• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap SM4. Modul 407B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tahap SM4. Modul 407B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan. Nama :"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Edubest

Tahap SM4

Modul 407B-2

Pemahaman. Novel. Rumusan

(2)

Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis

Kertas 1 (2 jam)

A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan) B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)

4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya

Kertas 2 (2 jam 30 minit)

A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa 1. Morfologi (6%-8%) 2. Sintaksis (6%)

3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)

4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu Standard) (6%)

5. Peribahasa (4%)

B (35%) : Pemahaman

6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

7. Pemahaman petikan sastera (antologi) (4 soalan ; 13%) 8. Novel (2 soalan; 10 %)

C (30%) : 9. Rumusan (30%)

Ujian Lisan

Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur

A (40%) : 1 petikan / bahan rangsangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir

(3-5 minit)

B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)

Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)

4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan

Program

Bahasa

Melayu

(3)

Pemahaman

1. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

a. Dua bahan disediakan iaitu Bahan 1 dan Bahan 2. Bahan ini dipetik daripada majalah atau surat khabar.

b. Empat soalan pemahaman disediakan. Sejumlah 12 markah diperuntukkan untuk soalan ini.

c. Soalan yang pertama lazimnya tentang maksud rangkai kata atau isi yang berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

d. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan pelajar sama ada membuat banding beza atau penilaian. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

e. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

f. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan murid mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

Latihan:

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telilinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Nama asal Taiping ialan Klian Pauh. Klian bermaksud lombong manakala pauh pula ialah sejenis buah manga yang bersaiz kecil. Bandar ini mempunyai bangunan warisan yang tertumpu kepada bangunan kerajaan dan rumah kedai yang seni binanya adalah daripada pengaruh Inggeris. Terdapat 83 buah rumah kedai dan 34 buah bangunan awam di Taiping. Rumah kedai merupakan bangunan yang paling nyata dan menjadi

Program

Bahasa

Melayu

(4)

tanda tempat yang penting di Taiping. Bahan binaannya diimport dari China. Seni binaannya dipengaruhi pula oleh seni bina kolonial yang berkembang pada abad ke-16 hingga pertengahan abad ke-20.

Bandar ini sering diberikan julukan “yang pertama” dalam media cetak dan media elektronik. Julukan ini telah diberikan kerana ada banyak binaan dan kemudahan awam yang pertama di Malaysia terdapat di Taiping. Antara hasil binaan dan kemudahan awam tersebut termasuklah penjara, stesen kereta api, zoo, muzium, lapangan terbang, dan taman rekreasi. Taiping masih tetap unggul dengan ciri-ciri sejarahnya sehingga dikenali sebgai Bandar Warisan. Pada 6 mac 2019 pula, Taiping telah diiktiraf sebagai bandar ketiga terbaik dunia bagi kategori Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia 2018 yang dianjurkan oleh 13 organisasi dari seluruh dunia.

Bahan 2

Taiping menjadi tempat tumpuan pakej pelancongan kerana wujudnya tempat-tempat menarik untuk dikunjungi oleh para pelancong dari dalam dan luar negara. Antara tempat tersebut ialah Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim, Zoon Taiping, Inap Desa Agro Bukit Gantang, Kuala Sepetang, dan Hutan Paya Laut Matang. Taman Tasik Taiping yang dibuka pada tahun 1884 yang menyamai Kensington Park di London, iaitu sebuah taman awam yang tersenarai dalam lapan Royal Park tercantik di London telah diiktiraf sebagai tapak warisan kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara berdasarkan Akta 645, iaitu Akta Warisan Kebangsaan.

Taiping juga kaya dengan resipi makanan dan minuman tempatan dan barat yang istimewa, enak, dan murah. Makanan istimewa yang wajar dirasai antaranya termasuklah kuetiau goreng, mi rebus, mi banjir udang, chee cheong fun, jicama (sengkuang) dan lok-lok. Yang pastinya, percutian di Taiping membolehkan pelancong

menghayati keindahan landskap semula jadi, menelusuri warna-warni budaya

masyarakat berbilang ras, agama dan latar belakang setempat. Bandar Taiping pernah mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa termasuklah Pengurus Destinasi Terbaik 2016 oleh Lembaga Promosi Pelancongan Asia Pasifik, Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia 2017 bagi kategori Destinasi Ekopelancongan Warisan Terbaik serta Anugerah Best City & Town Park 2018 peringkat kebangsaan.

Program

Bahasa

Melayu

(5)

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud menghayati keindahan ? [2 markah]

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut. [ 3 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

(iii) Bangunan bersejarah di Malaysia seharusnya dipelihara dan dipulihara agar tidak ditelan zaman. Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah memelihara dan memulihara bangunan bersejarah kepada generasi akan datang ? [ 3 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

(iv) Guru mata pelajaran Sejarah kelas anda telah memberikan tugasan kepada murid-murid untuk mencari maklumat tepatang sebuah bangunan bersejarah yang terdapat di kawasan tempat tinggal anda secara berkumpulan. Cadangkan maklumat-maklumat yang perlu kumpulan anda cari untuk melengkapi tugasan tersebut. [4 markah]

Program

Bahasa

Melayu

(6)

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

2. Pemahaman petikan sastera (antologi) ( 4 soalan ; 13%)

a. Sekurang-kurangnya dua bahan disediakan yang terdiri daripada bahan prosa dan bukan prosa.

b. Dengan berdasarkan bahan 1 bahan 2 atau bahan 3. murid perlu menjawab beberapa soalan.

c. Empat soalan pemahaman disediakan.

d. Sejumlah 13 markah diperuntukkan untuk soalan ini.

e. Soalan yang pertama lazimnva tentang maksud rangkai kata atau isi yang berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

f. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan murid sama ada membuat banding beza atau penilaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

g. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

h. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan pelajar mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat(4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

Program

Bahasa

Melayu

(7)

Drama - “Berkhidmat Untuk Negara” Sinopsis :

Drama ini rnengisahkan Aiman, seorang murid berusia 17 tahun yang memberikan berbagai-bagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Cerita bermula apabila Aiman rnenerima sepucuk surat tawaran daripada Jabatan Latihan Khidrnat Negara yang dihantar oleh posmen. Surat tawaran tersebut memaklumkan pemilihan Aiman sebagai salah seorang pelatih PLKN. Keadaan ini menimbulkan konflik dalaman kepada Aiman kerana dia sememangnya tidak berminat untuk mengikuti siri PLKN itu disebabkan pengetahuan serta pemahamannya yang kurang tentang kebaikan seseorang remaja mengikuti program berkenaan. Selain itu, Aiman beranggapan bahawa PLKN mungkin akan menggugat zon keselesaannya kerana dia berasal daripada keluarga yang berada dan sudah biasa hidup dalam kemewahan.

Konflik antara Aiman dengan Nek Sinah bermula apabila dia merasakan Nek Sinah seolah-olah mengatur kehidupannya apabila menjemputnya untuk makan tengah hari. O!eh itu, dia telah melayan orang gajinya itu dengan kasar dan kurang sopan. Nek Sinah kecewa dengan sikap Aiman yang tidak menghormatinya sebagai orang tua. Walau bagaimanapun, Nek Sinah hanya bersabar ketika berhadapan dengan kerenah Aiman itu.

Cerita diteruskan dengan peristiwa Aiman di sekolah. Kawan-kawannya memberitahu Aiman tentang namanya yang telah terpilih bagi mengikuti PLKN. Aiman tawar hati apabila mendengar berita itu. Sundarani, Nora, Syuhada. Ah Tiau, dan Aiman berbincang tentang PLKN. Masing-masing melahirkan rasa bangga dan teruja kerana terpilih sebagai pelatih baharu PLKN kecuali Aiman. Semasa sesi pembelajaran di kelas, Cikgu Dahari telah menerangkan PLKN kepada Aiman dan rakan-rakan sekelasnya dengan panjang lebar. Kebetulan, Cikgu Dahari juga merupakan pengajar

Program

Bahasa

Melayu

(8)

sambilan PLKN yang memfokuskan modul PPSB, iaitu Program Penghayatan Sastera dan Budaya.

Selepas pulang dari sekolah, Aiman mengemukakan masalah pemilihan namanya sebagai salah seorang pelatih PLKN kepada bapanya bagi meraih simpati dan pertolongan. Puncak cerita dalam drama ini apabila hasrat Aiman meminta bantuan bapanya yang mempunyai pengaruh dan kedudukan untuk mengecualikan penyertaannya dalam PLKN tidak kesampaian apabila bapanya menolak kemahuannya. Sebaliknya, bapa Aiman bertegas agar Aiman mengikuti PLKN kerana program tersebut banyak mengandungi kebaikan yang tidak diketahui oleh Aiman. Sementara itu, Puan Masnah, iaitu ibu Aiman menyebelahi anaknya. Dia kurang bersetuju Aiman mengikuti PLKN atas faktor keselamatan nyawa anaknya. Namun, bapanya tetap teguh dengan pendirian asalnya. Kegagalan ibunya memujuk bapanya menyebabkan Aiman masuk ke biliknya. Sementara itu, bapa Aiman bercadang untuk merehatkan fikirannya di kelab golf.

Ketika Aiman melayari internet di biliknya, dia telah terbaca berita tentang kejayaan seniornya, Syufia mendapat anugerah pelatih terbaik wirawati di Kem Gerakhas, Desaru, Johor dan juga seniornya, Ziman yang berjaya hidup berdikari selepas menjalani program PLKN. Kejayaan mereka itu telah menyuntik semangat baharu dalam dirinya. Akhirnya, Aiman tersedar akan kesilapannya yang memberikan tanggapan negatif terhadap pelaksanaan PLKN. Aiman berjanji akan mengikuti PLKN bagi membentuk dirinya supaya boleh berdikari seterusnya menyahut seruan berkhidmat untuk tanah air tercinta.

Tema

1. Tema drama ini ialah kesedaran generasi muda dalam memupuk semangat cinta akan negara yang diperoleh melalui penglibatan mereka dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Program

Bahasa

Melayu

(9)

2. Terbitnya rasa bangga dan teruja dalam kalangan generasi muda untuk mengikuti PLKN ini sudah pasti dapat melahirkan generasi muda yang sentiasa siap sedia berkhidmat untuk negara, mengukuhkan pembinaan sahsiah diri di samping memupuk semangat perpaduan kaum dan integrasi nasional.

Persoalan

1. Kesediaan generasi muda mengikuti dasar kerajaan. Contohnya, Nora, Syuhada, Ah Tiau, dan Sundarani mewakili golongan generasi muda yang berasa bangga dan begitu teruja untuk mengikuti PLKN.

2. Tanggungjawab ibu bapa dalam menentukan keberkesanan dasar kerajaan. Contohnya, sebagai bapa, Khir Ghazali bertanggungjawab untuk menyokong setiap dasar kerajaan dengan mewajibkan anaknya, Aiman memyertai PLKN.

3. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. Contohnya, Datuk Khir Ghazali amat menyayangi Aiman dan keluarganya. Beliau memutuskan agar Aiman perlu menghadiri PLKN untuk membentuk sahsiah positif dalam diri anaknya itu yang diharapkan menjadi insan yang berguna kepada nusa dan bangsa.

4. Kesedaran tentang kepentingan menyertai program kerajaan. Contohnya, Aiman sedar akan sikap negatif dan tanggapannya yang salah terhadap pelaksanaan PLKN setelah membaca berita tentang PLKN di laman sesawang. Dia berazam untuk menyertai PLKN dan menyahut seruan berkhidmat untuk negara tercinta.

5. PLKN membentuk sikap berdikari dan jati diri dalam diri generasi muda. Contohnya, Ziman telah berjaya membina sikap berdikari dan jati diri dalam hidupnya setelah mengikuti dengan jayanya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Watak dan Perwatakan 1. Watak utama ialah Aiman.

2. Watak sampingan pula ialah Khir Ghazali, Masnah, Cikgu Dahari, Posmen, Nek Sinah, Syuhada, Ah Tiau, Sundarani, dan sebagainya.

Program

Bahasa

Melayu

(10)

Aiman

1. Nama penuhnya ialah Aiman Faizullah bin Khir Ghazali. 2. Dia merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik. 3. Dia berumur 17 tahun.

4. Seorang yang bersifat agresif, iaitu dia menentang keras pemilihan namanya sebagai pelatih baharu PLKN.

5. Seorang yang suka tidur. Contohnya, Aiman akan tidur apabila mempunyai masalah untuk menenangkan fikirannya.

6. Seorang yang mementingkan kemewahan hidup. Contohnya, dia tidak mahu menyertai PLKN kerana tidak sanggup berpanas.

7. Seorang yang bersikap biadap dan kurang sopan. Contohnya, dia menggunakan kata-kata yang kurang sopan sewaktu bercakap dengan Nek Sinah.

8. Seorang yang sedar akan kesilapan dan ingin berubah. Contohnya, Aiman sedar akan kesilapannya tentang PLKN dan berazam untuk menyertai PLKN bagi memupuk sikap berdikari.

Khir Ghazali

1. Bapa kepada Aiman dan Dapnia. 2. Suami kepada Masnah.

3. Beliau berpangkat Datuk.

4. Seorang yang gigih bekerja. Contohnya, Khir Ghazali biasanya pulang ke rumah hanya pada waktu malam lantaran gigih mencari rezeki.

5. Seorang yang berpengaruh dalam kalangan masyarakat. Contohnya, Masnah mencadangkan suaminya menggunakan kedudukan dan pengaruh untuk mendapatkan pengecualian untuk Aiman supaya tidak perlu menyertai PLKN.

6. Seorang yang berpendirian tegas. Contohnya, Khir Ghazali tegas dan tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Aiman sebagai pelatih PLKN yang baharu walaupun dipujuk oleh Aiman dan Masnah.

Program

Bahasa

Melayu

(11)

7. Seorang yang berpandangan jauh. Contohnya, Khir Ghazali menerangkan faedah yang akan diperoleh oleh Aiman apabila dia menyertai PLKN di samping boleh membentuk sikap berdikari dalam diri Aiman.

8. Seorang bapa yang penyayang. Contohnya, Khir Ghazali mahu Aiman menyertai PLKN supaya, cuti sekolahnya selama tiga bulan itu akan terisi dengan aktiviti yang berfaedah.

9. Seorang yang bersifat merendah diri. Contohnya, Datuk Khir Ghazali tidak menggunakan pengaruh dan kedudukannya bagi mengeluarkan nama anaknya daripada senarai pelatih baharu PLKN.

Masnah

1. Ibu kepada Dapnia dan Aiman. 2. Beliau bergelar datin.

3. Seorang yang penyayang. Contohnya, dia tidak bersetuju Aiman menyertai PLKN kerana bimbang akan keselamatan anaknya.

4. Seorang yang sibuk dengan berbagai-bagai urusan. Contohnya, dia telah menggunakan khidmat orang gaji bagi mengurus rumahnya.

5. Seorang yang mudah mengakui kesilapan diri. Masnah berasa bersalah dengan tindakannya memihak kepada Airnan dan cuba memujuk semula hati suaminya yang terluka.

Cikgu Dahari

1. Beliau bertugas sebagai guru sastera di sekolah Aiman.

2. Beliau bertugas sebagai fasilitator sambilan di Kem PLKN yang terlibat dalam pengajaran modul PPSB - Program Penghayatan Sastera dan Budaya.

Program

Bahasa

Melayu

(12)

Nilai

1. Nilai kasih sayang. Contohnya, Datuk Khir Ghazali amat menyayangi Aiman dan keluarganya. Beliau memutuskan agar Aiman menghadiri PLKN untuk membentuk peribadi anaknya itu menjadi seorang insan yang berguna kepada nusa dan bangsa. 2. Nilai baik hati. Contohnya, Encik Posmen telah menyerahkan surat tawaran PLKN kepada Aiman sambil menasihatinya agar menerima tawaran tersebut.

3. Nilai tanggungjawab. Contohnya, Cikgu Dahari melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang guru dengan baik apabila turut menyentuh tentang pelaksanaan dan keberkesanan PLKN untuk membentuk generasi muda yang berjiwa patriotik.

4. Nilai cinta akan negara/patriotisme. Contohnya, kawan-kawan sekelas Aiman yang terdiri daripada Nora, Syuhada, Ah Tiau, dan Sundarani sangat teruja dan berbangga apabila nama mereka terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidrnat Negara. 5. Nilai kegigihan. Contohnya, Cikgu Dahari gigih membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pelatih PLKN tentang Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB). 6. Nilai hemah tinggi. Contohnya, Nek Sinah bertutur dengan suara yang lemah lembut ketika mengajak Aiman makan tengah hari walaupun Aiman melayannya dengan bersikap kurang sopan.

7. Nilai berpandangan jauh. Contohnya, Datuk Khir Ghazali ingin Aiman menyertai PLKN untuk membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni di samping menanam semangat patriotik dalam jiwa anaknya.

8. Nilai berdikari. Contohnya, Syufia telah berjaya membentuk sikap berdikari apabila terpilih sebagai pelatih terbaik wirawati untuk Kem Gerakhas, Desaru, Johor dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

9. Nilai kesedaran. Contohnya, Aiman sedar akan sikap negatifnya terhadap pelaksanaan PLKN setelah membaca berita PLKN di laman sesawang. Dia berazam untuk menyertai PLKN dan menyahut seruan berkhidmat untuk negara tercinta.

10. Nilai kesabaran. Contohnya, Mek Sinah bersabar dengan sikap biadap Aiman yang tidak menghorrnatinya sebagai orang tua.

Program

Bahasa

Melayu

(13)

Pengajaran

1. Kita hendaklah memupuk semangat patriotik/cinta akan negara dalam kalangan generasi muda. Contohnya, Cikgu Dahari memberikan sokongan kepada Nora, Sundarani, dan Ah Tiau yang bersemangat kerana terpilih untuk mengikuti PLKN. 2. Kita perlulah menjadi seorang insan yang berintegriti dan amanah dalam memikul tanggungjawab. Contohnya, posmen menjalankan tugasnya menghantar surat-surat pelanggan dengan penuh integriti.

3. Kita mestilah rajin membaca bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan luas dalam satu-satu perkara. Contohnya, Cikgu Dahari rajin membaca dan mendalami maklumat berkaitan dengan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

4. Kita hendaklah bersabar menghadapi kerenah manusia yang biadab. Contohnya, Nek Sinah bersabar dengan sikap biadab Aiman yang tidak menghormatinya sebagai orang tua.

5. Kita perlulah berpandangan jauh dalam usaha membina kehidupan yang lebih sempurna. Contohnya, Datuk Khir Ghazali menerangkan faedah yang akan diperoleh oleh Aiman apabila dia menyertai PLKN.

6. Kita mestilah berpendirian tegas dan teguh dalam menegakkan satu-satu perkara yang bermanfaat kepada nusa dan bangsa. Contohnya, Datuk Khir Ghazali tetap dengan keputusannya meminta Aiman menyertai PLKN walaupun dipujuk oleh Aiman dan Datin Masnah.

7. Kita hendaklah gigih mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga. Contohnya, Datuk Khir Ghazali selalu pulang ke rumah pada waktu malam lantaran gigih mencari rezeki untuk menyara keluarganya.

8. Kita mestilah adil dan saksama dalam membuat satu-satu keputusan dengan tidak menggunakan pangkat dan pengaruh yang ada. Contohnya, Datuk Khir Ghazali tidak menggunakan pengaruh dan kedudukannya untuk mengecualikan anaknya daripada mengikuti PLKN.

Program

Bahasa

Melayu

(14)

Latihan

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

NEK SINAH: Nak Aiman, mari makan. Nek dah siapkan makanan kegemaran Aiman, ayam masak asam pedas.

AIMAN : Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah. Nek Sinah tu cuma orang gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar. Belum nak makan lagi. Saya nak tunggu Kak Dapnia balik, saya nak makan dengan dia.

NEK SINAH: Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada telefon beritahu yang dia tak balik makan tengah hari, dia banyak

tugasan di universiti. Malam baru dia pulang. Datin juga sibuk, malam baru dia pulang.

AIMAN : Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama? Semua orang dalam rumah ini sentiasa sibuk saja. Macamlah esok dah nak kiamat. NEK SINAH: Tak baik cakap begitu. Mereka pastinya ada urusan yang penting. AIMAN : Sudahlah, Nek Sinah boleh keluar dari bilik saya ini. Nanti kalau

Saya lapar, saya pergi makan. Tak perlu sentiasa nak aturkan perkara yang perlu saya buat. Saya bukannya budak kecil lagi.

(Dipetik daripada drama "Berkhidmat untuk Negara" oleh Affix Zulkarnaen Adam, dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

i) Apakah maksu “sedar siapa diri”?

[2 markah]

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

(ii) Apakah persamaan antara kakak Aiman dan ibunya serta perbezaan dalam cara dia

melayan nek Sinah dan bapanya ? [4 markah]

___________________________________________________________________

Program

Bahasa

Melayu

(15)

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ (iii) Pada pendapat anda, wajarkah seseorang anak muda menggunakan kata-kata yang kasar dan kurang sopan apabila bercakap dengan orang yang lebih tua? Berikan tiga sebab. [3 markah] ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ____________________________________________________________________

(iv) Jika adik anda bersikap kurang sopan terhadap orang tua di rumah, bagaimanakah anda mengubah sikapnya

[4 markah] ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ____________________________________________________________________

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(16)

3.Pemahaman Novel (2 soalan; 10 %)

Soalan 1:

Baca petkan novel di bawah dengan telitinya. Kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

"Maafkan Milah, abang. Nak tanya satu soalan, tapi abang jangan marah,' kata Mak Milah.

"Abang janji tak marah,' ujar Pak Saidi.

"Bukankah abang ini keturunan pahlawan. Datuk moyang abang dulu sanggup mati kerana menentang lnggeris. Mereka benci sungguh dengan orang putih. Alih-alih, abang nak hantar anak ke sekolah lnggeris." Pak Saidi tidak segera menjawab pertanyaan itu. Dia seperti sudah menjangka pertanyaan itu akan muncul daripada mulut isterinya. Dia berfikir sejenak bagi mencari jawapan yang paling baik.

“Orang Melayu akan terus menentang Inggeris selagi mereka menjajah tanah air kita. Tetapi penentangan itu sudah berbeza. Kalau dahulu pahlawan Melayu menentang Inggeris dengan kekerasan atau menggunakan senjata sekarang kita menentang penjajah menggunakan cara politik. Oleh itu, anak-anak kita mesti diberi ilmu pengetahuan supaya setanding dengan orang Inggeris. Kalau orang Melayu masih tidak mahu berubah, maka selamanya akan dicucuk hidungnya olen penjajah."

(Dipetik danpada Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa Karya Abdul Latip bin Talib Kementerian Pendidikan Malaysia)

Mengapakah Pak Saidi mengatakan bahawa orang Melayu masih tidak mahu berubah, maka selamanya akan dicucuk hidungnya oleh penjajah?. [4 markah]

Soalan 2 :

Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a) Leftenan Adrian Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor

c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin

Program

Bahasa

Melayu

(17)

Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Jelaskan dua peristiwa paling menarik dalam satu novel yang anda kaji. Mengapakah anda mempunyai pandangan sedemikian? [6 markah]

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(18)

4. Rumusan (30%)

a. Masa yang perlu diperuntukkan untuk menjawab soalan rumusan ini ialah empat puluh lima minit.

b. Markah yang disediakan untuk bahagian ini ialah 30 markah, iaitu pengenalan 2 markan, isi tersurat 16 markah dan kesimpulan 2 markah. Markah bahasa ialah 10 seperti yang berikut:

c.

Pengenalan : 2 markah lsi Bahan 1 (Petikan) : 12 markah lsi Bahan 2 (Grafik) : 4 markah Kesimpulan : 2 markah _ --- Isi : 20 markah Bahasa : 10 markah --- Jumlah : 30 markah

d. Bilangan soalan yang dikemukakan satu soalan sahaja.

e. Soalan ini mengandungi dua bahan. Bahan yang pertama ialah petikan, manakala bahan yang kedua terdiri daripada bahan grafik.

f. Petikan lazimnya terdiri daripada 300 patah perkataan daripada pelbagai sumber berdasarkan tema yang terdapat dalam DSKP.

g. Tema dan kata kunci petikan tidak dinyatakan dalam soalan,

h. Setiap bahan sekurang-kurangnya mengandungi dua fokus. Fokus ialah tema dan kata kunci isi. Contoh fokus:

(i) Punca-punca seseorang itu muflis

(ii) Langkah-langkah untuk menangani masalah kemuflisan (iii) Kesan-kesan jika seseorang itu muflis.

i. Jawapan perlu dikemukakan dalam bentuk perenggan.

Program

Bahasa

Melayu

(19)

Latihan :

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah. Kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal dan bahan.

Bahan 1

Pandemik Covid-19 ini benar-benar menguji semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama, status ekonomi dan umur. Semua perlu melalui kehidupan yang sama duduk di rumah. Rakyat tidak lagi dibenarkan bergerak bebas sesuka hati seperti sebelumnva. Dalam sekelip mata, kita mahu atau tidak perlu mengubah kehidupan kita. Ramai yang bekerja dan bersekolah dari rumah. Tiada lagi perhimpunan, sambutan, program dan aktiviti sosial dibenarkan. Jika graf Covid-19 dapat dilandaikan, hal ini tidak bermakna kita akan dapat menjalankan aktiviti seperti sebelumnya. Dr. Noor Hisham menjelaskan bahawa hal itu mungkin mengambil masa sehingga satu tahun untuk dielakkan. Suka atau tidak, inilah kepahitan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Malaysia. Diharapkan keadaan ini akan membawa impak positif walaupun kita perlu mengalami kepahitan hidup.

Dalam tempoh tiga bulan yang lalu Covid-19 telah membawa kepada gangguan sosioekonomi global, penangguhan dan pembatalan acara kebudayaan, keagamaan dan kesukanan termasuk Sukan Olimpik 2020. Hal ini pastinya memburukkan keadaan ekonomi dengan penurunan kuasa membeli, pulangan dan peluang pekerjaan yang berkurangan. Pasaran saham Juga jatuh merudum. Setiausana Agung pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Arutorun Guiterres menyifatkan pandemik Covid-19 merupakan krisis kesihatan paling teruk dalam sejarah F'BB dan pasti akan mencetuskan potensi kemelesetan ekonomi terburuk yang pernah direkodkan. "Kita sedang menghadapi krisis kesihatan global dalam sejarah 75 tahun PBB”.

Yang pastinya, Malaysia juga turut terkesan. Krisis kesihatan dan ekonomi bakal membawa satu pengalaman baharu dalam kehidupan yang mahu atau tidak. Kita perlu mengadaptasikannya mengikut keperluan dan kehendak semasa. Olen sebah itu, dalam menangani pandemik Covid-19, kerajaan tiada pilihan lain kecuali menguatkuasakan beberapa langkah tegas. Hal ini termasuklah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Program

Bahasa

Melayu

(20)

selama sebulan bermula 18 Mac di seluruh negara, langkah awal kerajaan ini dilihat langkah paling tepat dalam membendung penularan rantaian Covid-19.

Dalam temu bual menerusi video dengan BBC pada penghujung Mac lalu, Menteri Luar Korea Selatan, Kang Kyung-wha, yang berkongsi kejayaan negaranya dan pengiktirafan dunia atas respons yang sangat baik dalam mengatasi krisis Covid-19 berkata, "sebagaimana anda fikir, walaupun anda dapat melalui keadaan ini, ini bukanlah pengakhiran kepada episod kehidupan. Apa-apa yang disaksikan sekarang sebenarnya ialah permulaan kepada cara hidup yang baharu.

Bahan 2

Program

Bahasa

Melayu

(21)
(22)
(23)
(24)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

By using low intensity ultrasonic in NDT, object under examination will not ruin or experiences changes in dimension and structure as long as the applied

Artikel yang terakhir ditulis oleh Stanov Purnawibowo dari Balai Arkeologi Sumatera Utara yang berjudul, “Analisis Stakeholders pada Ceruk-Ceruk Hunian Prasejarah

Tentukan daerah himpunan penyelesaian dari sistem pertidaksamaan linear dua variabel yang terdapat pada masalah (irisan dari setiap pertidaksamaan linear dua variabel

Dari alur kerangka pemikiran dapat dilihat bahwa penelitian akan dilaksanakan dengan melihat bagaimana hubungan antara peubah-peubah penjelas yaitu faktor internal dan

Menimbang, bahwa atas pertimbangan hukum majelis hakim Pengadilan Agama Sengkang sebagaimana tersebut di atas maka Pengadilan Tinggi Agama Makassar menyatakan tidak

a. Pendekatan keruangan, merupakan pendekatan dalam geografi yang digunakan untuk mengetahui persebaran penggunaan ruang atau lokasi mengenai sifat-sifat lokasi yang

Perencanaan pembangunan kabupaten Banyuasin yang dilakukan sesuai peraturan perundang-undangan dan memperhatikan Dokumen- dokumen perencanaan yang telah ada, seperti Rencana

Kabupaten Maluku Tenggara Barat (Lembaran Negara Republik Indonesia Tahun 2000 Nomor 174, Tambahan Lembaran Negara Republik Indonesia Nomor 3895); sebagaimana telah diubah