• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap SM4. Modul 401B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tahap SM4. Modul 401B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan. Nama :"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Edubest

Tahap SM

4

Modul

4

01B-2

Pemahaman. Novel. Rumusan

(2)

Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis

Kertas 1 (2 jam)

A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan) B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)

4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya

Kertas 2 (2 jam 30 minit)

A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa 1. Morfologi (6%-8%) 2. Sintaksis (6%)

3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)

4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu Standard) (6%)

5. Peribahasa (4%) B (35%) : Pemahaman

6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

7. Pemahaman petikan sastera (antologi) (4 soalan ; 13%) 8. Novel (2 soalan; 10 %)

C (30%) : 9. Rumusan (30%)

Ujian Lisan

Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur

A (40%) : 1 petikan / bahan rangsangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir

(3-5 minit)

B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)

Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)

4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan

Program

Bahasa

Melayu

(3)

Pemahaman

1.Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

a. Dua bahan disediakan iaitu Bahan 1 dan Bahan 2. Bahan ini dipetik daripada majalah atau surat khabar.

b. Empat soalan pemahaman disediakan. Sejumlah 12 markah diperuntukkan untuk soalan ini.

c. Soalan yang pertama lazimnya tentang maksud rangkai kata atau isi yang berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

d. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan pelajar sama ada membuat banding beza atau penilaian. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

e. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

f. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan murid mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

Latihan:

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya, kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

YOUTUBER S Pavithra. 28 tahun mendedahkan pencapaian akademik yang diraihnya semasa mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dahulu mendapat keputusan cemerlang 5A termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu yang

Program

Bahasa

Melayu

(4)

menjadi subjek kegemarannya. Namun begitu, Pavithra tidak berpeluang menghabiskan persekolahannya di sekolah menengah.

Pavithra belajar setakat tingkatan empat disebabkan kesusahan hidup yang dialaminya dan menamatkan pengaiian lehih awal kerana terpaksa menambahkan pendapatan keluarga dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang. Kisah beliau menarik perhatian kerana kefasihan komunikasinya dalam bahasa Melayu ketika berkongsi resipi dan tutorial masakan bersama-sama suaminva, M. Sugu, 29 tahun.

Kisahnya menjadi tular berikutan kehidupan sederhana yang dipaparkan tampak realistik dan tidak dibuat-buat. Saluran YouTuber yang menggunakan nama @Sugu Pavithra kini diikuti melebihi 600 ribu pelanggan. Sekiranya beliau bersungguh-sungguh dalam bidang baharunya ini tidak mustahil suatu hari nanti beliau berjaya mencapai impian sebagai orang yang hebat dan berjaya.

Bahan 2

PEPERIKSAAN sering kali dijadikan kayu ukur untuk menentukan keupayaan dan kemampuan seseorang dalam sistem pemarkahan sama ada cemerlang, baik, sederhana ataupun gagal.

Selalunya, masyarakat berandaian bahawa sekiranya seseorang itu berjaya dalam peperiksaan dengan mengumpulkan banyak "A" dalam keputusannya, maka dirinya akan berjaya dalam kehidupan dan mempunyai peluang yang cerah untuk mendapat perkerjaan yang baik menikmati kehidupan yang selesa dan bahagia. Lantaran itu, berlumba-lumbalah kalangan ibu bapa mencari guru pakar yang menguasai ilmu dan mahir mengajar tentang teknik menghadapi peperiksaan untuk membimbing dan mengajar anak mereka. Gambaran sedemikian dilihat agak berkontradiksi dengan agenda kerajaan yang sentiasa mengutamakan pembangunan modal insan yang seimbang dan menyeluruh.

Pernahkah anda berasa kegagalan dalam peperiksaan? Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, gagal membawa maksud tidak berhasil atau tidak berjaya, iaitu tidak

Program

Bahasa

Melayu

(5)

mencapai matlamat yang diperlukan. Kegagalan dalam peperiksaan kerana tidak mendapat keputusan "A" seperti sering kali menghantui setiap individu yang mengambil peperiksaan. Setlap individu menerima kegagalan dengan cara yang berbeza-beza. Ada yang memilih untuk terus positif dengan ujian kegagalan dalam kehidupan mereka. Pengalaman gagal memburu kejayaan akan memotivasikan dirinya untuk bangkit daripada belenggu kegagalan. Namun demikian, tidak sedikit individu yang apabila dirundung kekecewaan, mengalami kemurungan, tertekan serta mengasingkan diri kerana mereka berasa kegagalan tersebut mampu menyentap impian indahnya dan memusnahkan kehldupan bahagia yang dicita-citakannya.

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud tampak realistik? [2 markah] _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan tentang kejayaan dalam pencapaian akademik. [ 3 markah] _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

(iii) Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi semakin menggambarkan kepentingan laman sosial dalam kehidupan. Pada pendapat anda, apakah kebaikan seseorang menjadi Youtuber? [ 3 markah] _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(6)

(iv) Kegaglan seseorang untuk memburu kejayaan boleh menyebabkan mereka hilang hala tuju dalam kehidupan. Jika anda mempunyai seorang rakan yang gagal memburu kejayaan, bagaimanakah anda dapat memotivasikan rakan tersebut agar mereka tidak dirundung kekecewaan sehingga menyebabkan masalah kemurungan? [4 markah] _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(7)

2. Pemahaman petikan sastera (antologi) ( 4 soalan ; 13%)

a. Sekurang-kurangnya dua bahan disediakan yang terdiri daripada bahan prosa dan bukan prosa.

b. Dengan berdasarkan bahan 1 bahan 2 atau bahan 3. murid perlu menjawab beberapa soalan.

c. Empat soalan pemahaman disediakan.

d. Sejumlah 13 markah diperuntukkan untuk soalan ini.

e. Soalan yang pertama lazimnva tentang maksud rangkai kata atau isi yang berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

f. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan murid sama ada membuat banding beza atau penilaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

g. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

h. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan pelajar mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat(4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

Puisi Tradisional

Gurindam – “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)”

Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,

Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,

Program

Bahasa

Melayu

(8)

Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah tiil yang tidak senonoh. Anggota tengah hendaklah diingat,

Di situlah banyak orang yang hilang semangat. Hendaklah peliharakan kaki,

Daripada berjalan yang membawa rugi.

(Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Maksud:

Rangkap 1: Apabila seseorang itu berjaya menjaga penglihatannya dengan baik, maka tidak akan timbul pelbagai keinginan yang dapat merosakkannya.

Rangkap 2: Apabila seseorang berjaya menjaga pendengarannya dengan baik, berita-berita yang tidak elok dapat dihindarinya.

Rangkap 3: Apabila seseorang berjaya mengawal pertuturannya, banyak kebaikan akan diperolehinya.

Rangkap 4: Apabila seseorang berjaya mengawal anggota tangannya, perkara yang berat dan ringan akan dapat diselesaikannya.

Rangkap 5: Sekiranya seseorang gagal mengawal nafsu makan, maka banyak perkara yang memudaratkan akan timbul.

Program

Bahasa

Melayu

(9)

Rangkap 6: Perlunya kebijaksanaan mengawal nafsu syahwatnya supaya semangat mereka tidak mudah luntur.

Rangkap 7: Perlunya mengawal pergerakan kaki agar tidak pergi ke tempat-tempat yang boleh membawa kepada kerosakan.

Tema

Gurindam ini bertemakan nasihat kepada murid agar memelihara anggota diri dan berbudi pekerti mulia. Penjagaan anggota diri mampu menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan buruk.

Persoalan

1. Kepentingan menjaga pancaindera, iaitu penglihatan, pendengaran, dan pertuturan

2. dalam kehidupan sehari-hari.

3. Kepentingan menjaga nafsu makan dan nafsu syahwat.

4. Kepentingan mengawal anggota badan terutarna tangan dan kaki.

Bentuk Gurindam

1. "Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga )" ini terdiri daripada tujuh rangkap. 2. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu dua baris serangkap. 3. Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara dua hingga tujuh patah kata dalam sebaris,

4. Bilangan suku kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara sembilan hingga sebelas suku kata sebaris.

5. Rima akhir gurindam ialah aa.

Program

Bahasa

Melayu

(10)

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

1. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis. Contohnya:

Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita.

2. Penggunaan bahasa kiasan. Contohnya:

Apabila perut sudah penuh,

Keluarlah fiil yang tidak senonoh.

3. Penggunaan inversi. Contohnya:

(a) Nescaya dapat daripadanya faedah.

Sepatutnya: Nescaya dapat faedah daripadanya.

(b) Khabar yang jahat tiadalah damping.

Sepatutnya: tidak berdamping dengan khabar yang jahat.

4. Unsur bunyi:

(a) asonansi (perulangan bunyi vokal), Contohnya:

Daripada segala berat dan ringan,

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal a sebanyak lapan kali. (b) aliterasi (perulangan bunyi konsonan). Contohnya:

Nescaya dapat daripadanya faedah.

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan d sebanyak dua kali.

(c) jeda (pemberhentian suara sekejap di tengah baris). Contobnya:

Apabila perut /sudah penuh,

Keluarlab fiil /yang tidak senonoh.

Program

Bahasa

Melayu

(11)

Nilai

1. Nilai berhati-hati. Contohnya, kita dinasihati agar berhati-hati mengawal pancaindera agar tidak membawa kepada kerosakan.

2. Nilai rasional. Contohnya, kita dinasihati agar tidak menurut kehendak nafsu makan dan nafsu syahwat.

3. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, kita dinasihati agar berusaha mengawal anggota tangan dan kaki.

Pengajaran

1. Kita hendaklah mengawal anggota pancaindera kerana banyak keburukan yang akan berlaku sekiranya kita gagal mengawal pancaindera dengan baik.

2. Kita tidak boleh terlalu menurut kehendak nafsu kerana tindakan itu akan menjerumuskan kita ke lembah kehinaan.

3. Kita hendaklah bijak mengawal anggota tubuh badan supaya kehidupan menjadi lebih sejahtera.

Latihan

Baca gurindam di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata “sedikitlah cita-cita” dalam rangkap pertama "Gurindam Dua Belas"? [2 markah]

________________________________________________________________ ________________________________________________________________

(ii) Apakah perbezaan orang yang dapat mengawal pertuturannya dengan mereka yang gagal berbuat demikian ?

Program

[4 markah]

Bahasa

Melayu

(12)

________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, apakah yang harus dilakukan oleh seseorang agar terhindar daripada melakukan kejahatan? [3 markah] ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

(iii) Bagaimanakah boleh kita mengawal anggota badan kita agar membawa kebaikan ? [4 markah] ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

3.Novel (2 soalan; 10 %) - Latihan babagian ini akan dkemukakan setelah Novel Tirani dikaji.

Program

Bahasa

Melayu

(13)

4. Rumusan (30%)

a. Masa yang perlu diperuntukkan untuk menjawab soalan rumusan ini ialah empat puluh lima minit.

b. Markah yang disediakan untuk bahagian ini ialah 30 markah, iaitu pengenalan 2 markan, isi tersurat 16 markah dan kesimpulan 2 markah. Markah bahasa ialah 10 seperti yang berikut:

c.

Pengenalan : 2 markah lsi Bahan 1 (Petikan) : 12 markah lsi Bahan 2 (Grafik) : 4 markah Kesimpulan : 2 markah _ --- Isi : 20 markah Bahasa : 10 markah --- Jumlah : 30 markah

d. Bilangan soalan yang dikemukakan satu soalan sahaja.

e. Soalan ini mengandungi dua bahan. Bahan yang pertama ialah petikan, manakala bahan yang kedua terdiri daripada bahan grafik.

f. Petikan lazimnya terdiri daripada 300 patah perkataan daripada pelbagai sumber berdasarkan tema yang terdapat dalam DSKP.

g. Tema dan kata kunci petikan tidak dinyatakan dalam soalan,

h. Setiap bahan sekurang-kurangnya mengandungi dua fokus. Fokus ialah tema dan kata kunci isi. Contoh fokus:

(i) Punca-punca seseorang itu muflis

(ii) Langkah-langkah untuk menangani masalah kemuflisan (iii) Kesan-kesan jika seseorang itu muflis.

i. Jawapan perlu dikemukakan dalam bentuk perenggan.

Program

Bahasa

Melayu

(14)

Latihan :

Baca petikan dan bahan grafik yang disertakan di bawah. Kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 20 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan.

Bahan 1 :

Kira-kira tiga dekad yang lalu, sepak takraw jelas mewarnai arena sukan negara tetapi sukan tradisi ini kini diibaratkan hidup segan mati tak mahu di bumi sendiri. Siapakah yang tidak mengenali nama Adnan Saidin Rehan MatDin, Zabidi Sharif, Norani Adnan dan ramai lagi yang berjaya memikat peminat takraw dengan aksi dan kemahiran mereka? Libasan dan julungan kencang, umpanan tepat serta servis yang mengelirukan amat dinantikan peminat, apatah lagi apabila mereka bertarung dengan musuh tradisi, Thailand. Namun demikian, pada hari ini, sukan tradisi yang menjadi kebanggaan kita selama ini, kini dilihat tidak bermaya dan hambar.

Yang pasti ialah sukan ini tidak lagi menjadi pilihan anak muda. Jarang-jarang kita dapat melihat mereka bermain sepak takraw seperti senario sebelum ini apabila gelanggang di kampung atau bandar sentiasa dipenuni pada setiap petang. Didapati bahawa bilangan murid yang bergiat aktif dalam sukan ini di peringkat sekelah rendah dan menengah amat kecil. Mengikut data terkini, hanya terdapat tidak sampai 5,000 pemain yang bergiat aktif di 120 sekelah di seluruh negara. Jika dikaji secara mendalam, sebenarnya banyak masalah yang menyebabkan sukan ini seperti tinggal nyawa-nyawa ikan. Salah satu faktornya ialah sukan ini sebenarnya tidak menjamin masa depan yang menyebabkan ramai yang enggan membabitkan diri selain kejohanan yang kurang dan hadiah kemenangan yang tidak setimpal. Sikap persatuan negeri dan badan induk pula saling menuding jari, berbalah sesama sendiri serta melepaskan tanggungjawab masing-masing untuk membangunkan sukan ini. Keadaan ini diburukkan lagi dengan keputusan Kementenan Kebudayaan Belia dan Sukan (KBBS) mengeluarkan acara sepaktakraw daripada program Sukan Teras di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) mulai tahun lalu. Keputusan ini menyebabkan peruntukan untuk pembangunan peringkat akar umbi semakin malap atau tiada langsung kecuali hanya di sekolah tertentu sahaja. Yang lebih menyedihkan lagi ialah sehingga kini, sukan ini masih belum memiliki akademi latihan dan stadium sendiri yang boleh dibanggakan. Sudah sampai masanya kepemimpinan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), ahli gabungan dan MSN duduk bersama untuk

Program

Bahasa

Melayu

(15)

mencari jalan bagi menghidupkan dan menyemarakkan sukan tradisi ini semula supaya tidak pupus. Menurut raja libas negara, Adnan Saidin, antara punca utama sukan tradisional orang Melayu berkenaan semakin menyepi dan tidak popular berpunca daripada faktor anak muda sekarang kurang meminati sukan terbabit Anak muda pada zaman ini lebih suka bermain futsal atau e-sukan.

Beliau juga melihat masalah ini berpunca daripada ketiadaan program pembangunan tersusun dan kerjasama erat antara badan induk dengan persatuan negeri. Keadaan ini menyebabkan kemerosotan sukan itu sekarang. Apabila mengulas isu ini, beliau melahirkan perasaan sedih dan terkilan kerana hingga hari ini skuad takraw kebangsaan masih belum memiliki akademi latihan dan stadium sendiri. Sepatutnya sukan takraw sudah lama mempunyai pusat latihan khusus dan stadium sendiri kerana sukan ini merupakan sukan tradisi rakyat Malaysia dan sudah lama wujud di negara kita. Oleh itu, beliau herharap agar semua pemimpin badan induk dan persatuan sukan negeri sepatutnya melakukan sesuatu bagi mengembalikan maruah dan kegemilangan serta populariti sukan ini kerana mereka lebih arif berbanding dengan beliau yang merupakan orang luar persatuan.

Bahan 2 :

Program

Bahasa

Melayu

(16)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

Tidak ketinggalan juga, semasa menjalani aktiviti kokurikulum murid-murid boleh berbincang dan bertukar-tukar fikiran tentang aktiviti yang dijalankan. Aktiviti ini

Soalan yang pertama lazimnya tentang maksud rangkai kata atau isi yang berkaitan dalam petikan.. Dua (2) markah diperuntukkan untuk

Histogram di bawah menunjukkan markah yang diperoleh oleh sekumpulan murid dalam satu ujian Sejarah. The histogram below shows the marks scored by a group of pupils in a

(a) Hitung baki pendapatan untuk Encik Gan selepas menolak semua perbelanjaan bagi kedua- dua pelan kewangan dan aliran tunai sebenar. Calculate the balance of income

• Terdapat dua fungsi utama akar: a Memberi sokongan dan kekuatan serta mengukuhkan kedudukan tumbuhan pada tanah b Menyerap air dan garam mineral dari tanah dan mengangkutnya

Namun begitu, ibu penyajak mengatakan bahawa penyajak tidak perlu berbuat demikian kerana ayah dan ibu penyajak sudah mempunyai bintang yang bercahaya di rumah dan dalam

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya.. Anda tidak boleh menambahkan

Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, dan Sang Udang sentiasa bersedia dengan tugas masing-masing apabila merasakan bahawa Nabi