• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pemahaman. Modul PT3 SM 306. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Pemahaman. Modul PT3 SM 306. Nama :"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Pemahaman

Modul PT3 SM 306

Nama : _____________________________

(2)

Analisis Puisi

Genre Puisi Tradisional

Pantun Syair Moden Sajak Tema

Persoalan

Bentuk Terikat

Rima akhir Pantun : ab / abab Rima akhir Syair : aaaa Bebas Rima akhir Sajak : abcdef

Unsur Bahasa

Pengulangan

Pengulangan baris Repitisi

Pengulangan Kata

Ulang kata depan Anafora Ulang kata belakang Responsi Ulang kata tengah Epifora

Sinkope Singkatan : ku, mu, nak Inversi terbalik : akan kuambil Perlambangan Bunga : wanita Personifikasi bersifat manusia Hiperbola Melebih-lebihkan

Unsur bunyi Pengulangan abjad

Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi

Nada

Romantis cinta, kasih sayang Melankolik sedih

Protes membantah

Sinis menyindir / mengejek

Nilai

Bahasa

Melayu

Edubest

(3)

Pemahaman Teks Umum

Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia sejak zaman merdeka. Perpaduan yang dipupuk dalam kalangan murid dengan berasaskan ideologi negara telah dilakukan dengan pengisytiharaan Rukun Negara pada tahun 1969. Sebelum itu, usaha memupuk perpaduan diterapkan melalui sistem persekolahan yang sama, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar serta kurikulum sekolah yang sama dan bercorak kebangsaan.

Perpaduan dapat dihayati menerusi usaha menerapkan perasaan bangga menjadi warganegara Malaysia. Penghayatan tentang kebanggaan menjadi warganegara itu mampu mempererat perpaduan antara kaum walaupun berlainan agama dan bangsa. Selain itu. perpaduan dipupuk melalui penghayatan perasaan muhibah dan semangat toleransi. Hal ini dapat dilakukan melalui sambutan perayaan yang diraikan secara bersama-sama antara kaum bagi membolehkan mereka berinteraksi. Semangat perpaduan dalam kalangan murid dipupuk melalui kurikulum yang menitikberatkan aspek pendidikan harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama diberikan keutamaan dalam setiap kurikulum mata pelajaran.

Pembentukan sekolah wawasan juga merupakan usaha memupuk perpaduan dalam kalangan murid. Sekolah wawasan merupakan gabungan sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan yang berkongsi kemudahan asas seperti kantin, padang permainan, dan sebagainya. Hal ini memberikan peluang kepada murid-murid untuk bergaul dan bertoleransi tanpa perasaan syak wasangka. Selain itu, perpaduan dapat diterapkan melalui kegiatan kokurikulum di sekolah. Aktiyiti kokurikulum merupakan bidang pembelajaran yang menekankan pemupukan dan perkembangan diri individu dalam program sukan, kelab, persatuan, dan badan beruniform.

1. Apakah maksud rangkai katn bercorak kebangsaan ? A Berbentuk sesuatu bangsa

B Berdasarkan bangsa tertentu C Mempunyai ciri-ciri setiap bangsa D Mempunyai ciri-ciri bangsa Malaysia

2. Bagaimanakah keharmonian dalam kalangan ahli masyarakat dipupuk?

Program Bahasa

Melayu

Edubest

(4)

A Melalui kegiatan kokurikulum di sekolah

B Merayakan hari perayaan seeara bersama-sama antara kaum

C Melalui kurikulum sekolah yang menitikberatkan aspek pendidikan harmonis

D Mewujudkan sekolah wawasan yang menggabungkan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan

3. Semua yang berikut ialah tujuan pembentukan sekolah wawasan, kecuali A muridmurid dapat bertoleransi tanpa prasangka.

B memberikan peluang kepada murid-murid untuk bergaul.

C murid-murid bersatu padu melalui kegiatan kokurikulum.

D murid-murid meraikan sambutan perayaan bersama-sama.

4. Pada pendapat anda, mengapakah perpaduan penting dalam kalangan rakyat Malaysia?

A Memastikan keamanan negara berkekalan B Mengurangkan kedatangan pelancong asing

C Pembangunan negara dapat dilakukan secara sederhana D Rakyat di negara kita diperhatikan oleh negara-negara luar

( /10)

Bahasa

Melayu

Edubest

(5)

Pemahaman Puisi Tradisional – Sajak Sajak – “Bintang”

Suatu malam aku duduk di halaman rumah

kulihat cantiknya bintang-bintang menghias langit yang terbentang aku ingin terbang ke sana

membawa pulang bintang-bintang tentu ibu gembira

tentu ayah bahagia melihat rumah ini penuh dengan cahaya.

Tetapi kata ibu itu tidak perlu

ayah sudah ada bintang begitu juga ibu

rumah sudah bercahaya begitu juga jiwa mereka bintang itu adalah aku bintang hati ayah dan ibu.

Siti Zaleha M. Hashim

(Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Aras Mega (M) Sdn. Bhd.)

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(6)

Maksud : Rangkap 1

Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman rumahnya sambil memerhatikan gugusan bintang di langit. Penyajak ingin terbang ke langit untuk mengambil bintang-bintang itu dan memberikan bintang-bintang itu kepada ayah dan ibunya. Penyajak merasakan perbuatannya itu akan membuatkan ibunya gembira dan ayahnya bahagia apabila melihat rumah mereka diterangi oleh cahaya bintang tersebut.

Rangkap 2

Namun begitu, ibu penyajak mengatakan bahawa penyajak tidak perlu berbuat demikian kerana ayah dan ibu penyajak sudah mempunyai bintang yang bercahaya di rumah dan dalam jiwa mereka. Hal ini demikian kerana penyajak ialah bintang hati ayah dan ibunya.

Tema

Kasih sayang yang utuh antara anak dengan ibu bapanya. Demi kasih sayang yang mendalam terhadap ibu dan ayahnya, penyajak ingin mengambil bintang-bintang di langit untuk dihadiahkan kepada ibu dan ayahnya bagi menerangi rumah mereka. Namun begitu, ibu penyajak mengatakan bahawa penyajak tidak perlu berbuat demikian kerana penyajak merupakan bintang hati ayah dan ibunya.

Persoalan

(a) Kasih sayang yang mendalam sesama ahli keluarga.

(b) Pengorbanan dan jasa ibu bapa yang tidak terkira nilainya.

(c) Tanggungjawab seorang anak untuk membahagiakan ibu bapanya.

(d) Kebahagiaan ibu bapa terhadap anak yang taat dan bertanggungjawab.

Bahasa Melayu

Edubest

(7)

Bentuk

(a) Sajak ini berbentuk bebas.

(b) Sajak ini terdiri daripada dua rangkap.

(c) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah tidak sama. Contohnya:

• rangkap 1: sepuluh baris;

• rangkap 2: lapan baris.

(d) Bilangan perkataan bagi setiap baris sajak ini antara tiga hingga lima patah kata. Contohnya:

membawa pulang bintang-bintang (3 patah kata) bintang hati ayah dan ibu (5 patah kata) (e) Jumlah suku kata dalam sajak ini antara enam hingga sepuluh suku kata.

Contohnya:

itu tidak perlu (6 suku kata)

kulihat cantiknya bintang-bintang (10 suku kata) (f) Rima akhirnya bebas. Contohnya:

• rangkap 1: abccdcdded;

• rangkap 2: aabaccaa.

Unsur Bunyi

(a) Asonansi. Contohnya:

• ayah sudah ada bintang (perulangan vokal a)

• begitu juga ibu (perulangan vokal u) (b) Aliterasi. Contohnya:

• begitu juga jiwa mereka (perulangan konsonan j)

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(8)

Gaya Bahasa

(a) Anafora (perulangan perkataan yang sama pada awal baris). Contohnya:

• tentu ibu gembira

tentu ayah bahagia (rangkap 1, baris 7 dan 8)

(b) Epifora (perulangan perkataan yang sama pada akhir baris). Contohnya:

• Kulihat cantiknya bintang-bintang

• Membawa pulang bintang-bintang (rangkap 1, baris 3 dan 6) (c) Personifikasi. Contohnya, menghias langit yang terbentang.

(d) Kata ganda. Contohnya, bintang-bintang.

(e) Inversi. Contohnya, tentu ibu gembira.

(f) Metafora. Contohnya, bintang hati.

Nada

Romantis.

Nilai

(a) Kasih sayang. Contohnya, penyajak amat menyayangi ayah dan ibunya.

(b) Mengenang jasa. Contohnya, penyajak ingin menghadiahkan bintang di langit kepada ayah dan ibunya sebagai membalas jasa mereka.

(c) Ketaatan. Contohnya, penyajak membesar sebagai seorang anak yang taat sehingga dia menjadi bintang hati ayah dan ibunya.

(d) Tanggungjawab. Contohnya, sebagai seorang anak, penyajak

bertanggungjawab untuk membahagiakan dan menggembirakan ayah dan

Bahasa Melayu

Edubest

(9)

(e) Kejujuran. Contohnya, ayah dan ibu penyajak mengatakan bahawa penyajak tidak perlu memetik bintang di langit untuk dihadiahkan kepada mereka kerana penyajak ialah bintang hati mereka.

Pengajaran

(a) Kita mestilah mengamalkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.

(b) Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang banyak berbudi kepada kita.

(c) Kita haruslah taat akan ajaran dan perintah kedua-dua ibu bapa yang membesarkan kita sejak kecil.

(d) Kita hendaklah bertanggungjawab dalam membahagiakan dan menggembirakan hati ibu bapa pada setiap masa.

(e) Kita seharusnya jujur dalam berkata-kata untuk menyatakan kebenaran.

Latihan

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berdasarkan sajak di atas, nyatakan dua sebab ayah dan ibu penyajak tidak memerlukan bintang di langit yang ingin dibawa pulang oleh penyajak.

[3 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(10)

(ii) Nyatakan dua nilai yang dapat diperoleh daripada petikan sajak tersebut.

[3 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

(iii) Seseorang anak haruslah membalas jasa kedua-dua ibu bapa dengan menggembirakan mereka.

Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh seseorang anak untuk menggembirakan hati ibu dan bapanya? (KBAT)

[4 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

( /10)

Bahasa

Melayu

Edubest

(11)
(12)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 7650 http://www.edubest.com.my

Referensi

Dokumen terkait

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.. Buku-buku yang tersusun di dalam almari

Santap beradat, santap istiadat, Santap nasi suap pertama, Santap raja di majlis kebesaran, Berturut dengan suap kedua; Santap merai, hormat-menghormat; Dua suap, ketiga sudah,

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.. Wang itu saya belum

Penyajak berpesan agar gadis-gadis tidak akan membiarkan diri mereka tercemar dalam menghadapi kehidupan yang serba mencabar ini, sebaliknya hendaklah menjaga diri

Dalam cerita ini , Sang Kancil menjadi hakim yang membicarakan kes seorang saudagar yang kurus dengan seorang kanak-kanak gemuk yang miskin yang merupakan

Setiap negara mempunyai daya tarikan tersendiri yang mampu menarik pelancong untuk datang ke Malaysia. Malaysia yang kaya dengan

Setiap negara mempunyai daya tarikan tersendiri yang mampu menarik pelancong untuk datang ke Malaysia. Malaysia yang kaya dengan

Rangkap 1 : Setiap perbuatan dan tindakan yang dilakukan berkait rapat dengan sifat seseorang itu sendiri.. Rangkap 2 : Orang yang asyik berselimut akan menjadi orang yang