• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pemahaman. Modul PT3 SM 108. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pemahaman. Modul PT3 SM 108. Nama :"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Edubest

Pemahaman

Modul PT3

SM 108

(2)

Analisis Puisi

Genre Puisi Tradisional

Pantun Syair Moden Sajak Tema Persoalan Bentuk Terikat

Rima akhir Pantun : ab / abab Rima akhir Syair : aaaa

Bebas Rima akhir Sajak : abcdef

Unsur Bahasa

Pengulangan

Pengulangan baris Repitisi

Pengulangan Kata

Ulang kata depan Anafora Ulang kata belakang Responsi Ulang kata tengah Epifora

Sinkope Singkatan : ku, mu, nak Inversi terbalik : akan kuambil Perlambangan Bunga : wanita Personifikasi bersifat manusia Hiperbola Melebih-lebihkan

Unsur bunyi Pengulangan abjad

Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi

Nada

Romantis cinta, kasih sayang Melankolik sedih

Protes membantah

Sinis menyindir / mengejek

Nilai Pengajaran

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(3)

1. Pemahaman Pantun [10 markah] Pantun Dua Kerat (Nasihat)

Berapa jauh wujud dengan sitat, Sejauh lutut dengan pelipat. Sarang semut dalam gelap, Orang selimut selalu lelap. Hitam-hitam pucuk kawa,

Sungguh hitam dipandang lawa. Emas, perak, tembaga, suasa, Malas bergerak tidak merasa. Buah sintang buah senikul, Satu memegang satu memikul.

Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka

Maksud:

Rangkap 1 : Setiap perbuatan dan tindakan yang dilakukan berkait rapat dengan sifat seseorang itu sendiri.

Rangkap 2 : Orang yang asyik berselimut akan menjadi orang yang kuat tidur. Rangkap 3 : Walaupun diri seseorang itu mempunyai kekurangan, tetapi dia tetap

mempunyai keistimewaan atau kelebihan tersendiri.

Rangkap 4 : Seseorang yang tidak mahu berusaha atau berikhtiar akan menghadapi kegagalan.

Rangkap 5 : Kesungguhan dan kecekalan dalam melakukan pelbagai tugas atau kerja.

Tema

Nasibat tentang sikap dan diri sendiri menentukan semua yang dilakukan. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan itu tentunya akan memberikan kesan kepada diri sendiri.

Program

Bahasa

Melayu

(4)

Persoalan

(a) Sifat manusia itu akan terserlah pada setiap perbuatan dan tingkah lakunya. (b) Orang yang kuat tidur tidak aktif dan kurang produktif.

(c) Kekurangan diri bukan penghalang untuk berjaya dan menyumbang sesuatu yang berfaedah.

(d) Orang yang malas untuk bernsaha tentu ridak akan berjaya untuk memperoleh sesuatu.

(e) Setiap inisiatif untuk melakukan pekerjaan hendaklah dilakukan dengan penuh kesungguhan.

(f) Sifat manusia menzahirkan diri sendiri. (g) Orang yang berjaya tidak banyak tidur.

(h) Setiap kejayaan mesti dimulakan dengan usaha dan ikhtiar yang penuh komitmen.

Bentuk

(a) Pantun ini tcrdiri daripada lima rangkap.

(b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama. Contohnya, • rangkap 1: dua baris

• rangkap 2: dua baris • rangkap 3: dua baris • rangkap 4: dua baris • rangkap 5: dua baris

(c) Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata. Contohnya,

Hitam-hitam pucuk rawa (3 patah kata)

Berapa jauh wujud dengan sifat (5 patah kata)

(d) Jumlah suku kata dalam dalam pantun ini antara lapan hingga sebelas suku kata. Contohnya,

Sarang semut dalam gelap Berapa jauh wujud dengan sifat

Program

Bahasa

Melayu

(5)

(e) Pantun ini berbentuk terikat.

Unsur Bunyi

(a) Asonansi. Contohnya,

• Malas bergerak tidak merasa (perulangan vokal a) • Emas, perah, tembaga suasa (perulangan vokal e) • Sejauh lutut dengan pelikat (perulangan vokal u) (b) Aliterasi, Contohnya,

• Sarang semut dalam gelap (perulangan konsonan s) (c) Rima akhirnya terikat. Contohnya,

• rangkap 1: aa • rangkap 2: aa • rangkap 3: aa • rangkap 4: aa • rangkap5 : aa Gaya Bahasa

(a) Imej alamo Contohnya, pucuk kawa; buah sintang; buah senikul. (b) Penggunaan bahasa Arab. Conrohnya, wujud; sifat

(c) Repetisi, Contohnya,

Buah sintang buah senikul, Satu memegang satu memikul.

Nilai

(a) Berhati-hati. Contohnya, setiap perbuatan atau tindakan perlu dilakukan secara berhati-hati kerana perbuatan atau tindakan tersebut akan mencerminkan diri kita. (b) Kerajinan. Contohnya, orang yang suka atau banyak tidur merupakan orang yang

Program

Bahasa

Melayu

(6)

bersifat malas dan tidak produktif.

(c) Keredaan. Contohnya, sifat reda dengan diri sendiri penting bagi menjadikan diri tidak mudab berpurus asa.

(d) Kesungguhan. Contohnya, sesuatu matlamat hanya tercapai sekiranya kita berusaha dan berikhtiar dengan bersungguh-sungguh.

(e) Kecekalan. Contohnya, seseorang perlu cekal dan tabah menghadapi cabaran untuk memperoleh sesuatu matlamat.

Pengajaran

(a) Kita harus berhati-hari dalam setiap perbuaran dan tindakan kita supaya kita tidak malu atau menanggung keburukan.

(b) Kita harus mengelakkan diri daripada banyak tidur supaya kita cergas dan produktif.

(c) Kita janganlah kecewa dengan kekurangan diri supaya kita tidak berputus asa. (d) Sifat malas hendaklah kita hindari supaya kita memperoleh kejayaan.

(e) Kita hendaklah memiliki daya usaha yang tinggi untuk menghadapi cabaran supaya kita berjaya mencapai matlamat dengan cemerlang.

Latihan

(i) Berdasarkan "Pantun Dua Kerat (Nasihat)" di atas, nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu gagal. [3 markah]

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

(ii) Banyak nilai yang dapat diperoleh daripada "Pantun Dua Kerat (Nasihat)".

Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam pantun tersebut. [3 markah] _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(7)

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesannya jlka seseorang itu banyak tidur? [4 markahl _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ ( /10)

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(8)

2. Pemahaman Syair [10 markah] “Syair Pohon Buluh

Menara tinggi banyak bertingkat, Di sana dada bilik bersekat, Tiada bertangga naik melekat,

Mara-mara menjaga segenap pangkat. Yang ada sedia panji-panji bendera, Hingga sampai kemuncak menara, Banvak ada ia bersaudara,

Yang ada pula bersama gara. Selalu dipandang dilihat adanya, Tinggi rendah dijerat pangkatnya, Besar kecil ikat binanya,

Terlalu kuat pula asasnya. Ikatnya licin di luar di dalam, Gelapnya di dalam seperti malam, Air tak tiris seperti kolam,

Ikat tingkatnya tak nampak alam.

Tema

Perpaduan atau keutuhan hidup bersatu. Hal ini dapat digambarkan dengan sifat kepaduan atau keutuhan yang dimiliki oleh pohon-pohon buluh.

Persoalan

(a) Pihak berwajib yang melaksanakan tugas dengan adil dan saksama. (b) Anggota masyarakat yang hidup bersaudara.

(c) Anggota masyarakat berkongsi matlamat dan berusaha untuk mencapainya secara bersama-sama.

(d) Pangkat tidak membezakan seseorang dalam masyarakat.

(e) Kekukuhan perpaduan hidup dapat dibentuk sekiranya masyarakat dapat menempuh segaia cabaran dan dugaan dengan jayanya.

Program

Bahasa

Melayu

(9)

(f) Setiap anggota masyarakat tanpa mengira tua atau muda hidup bersatu padu. (g) Setiap anggora masyarakat bertanggungjawab menjaga nama baik negara.

Bentuk

(a) Syair ini terdiri daripada empat rangkap.

(b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama. Contohnya, • rangkap 1: empat baris

• rangkap 2: empat baris • rangkap 3: empat baris • rangkap 4: empat baris

(c) Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitn antara empat hingga enam patah kata. Contohnya,

Banyak ada ia bersaudara (4 patah kata) Ikatnya licin di luar di dalam (6 patah kata)

(d) jumlah suku kata dalam dalarn sajak ini antara sembilan hingga dua belas suku kata. Contohnya,

Besar kecil ikat binanya ( 9 suku kata) Mata-mata menjaga segenap pangkat (12 suku kata) (e) Syair ini berbentuk terikat.

UnsurBunyi

(a) Asonansi. Contohnya,

• Di sana. tiada bilik bersekat. (perulangan vokal a)

• Hingga sampai ke kemuncak: m~nara (perulangan vokal e) • Yang sedia ada panji-panji bendera (perulangan vokal i) (b) Aliterasi. Contohnya,

• Menara tinggi banyak bertingkat ( perulangan konsonan b) • Selalu dipandang dilihat adanya; (perulangan konsonan d) • Mata-mata menjaga segenap pangkat (perulangan konsonan m) • Air tak tiris seperti kolam (perulangan konsonan t)

Program

Bahasa

Melayu

(10)

(c) Rima akhirnya terikat. Contohnya, • rangka p 1: aaaa • rangkap 2: aaaa • rangkap 3: aaaa • rangkap 4: aaaa • rangkap 5: aaaa Gaya Bahasa

(a) Inversi. Contohnya, Terlalu kuat pula asasnya; Besar kecil ikat binanya (b) Kataganda. Comohnya, mata-mata; panji-panji

(c) Penggunaan kata arkaik. Contohnya, gara

(d) Repetisi. Contohnya, tinggi (baris 1 rangkap 1; baris 2 rangkap 3)

(e) Simile. Contohnya, Gelapnya di dalam seperti malam; Air tak tiris seperti kolam (f) Sinkope. Contohnya, tak

Nilai

(a) Keadilan. Contohnya, pihak berwajib bersikap adil kepada semua pihak tanpa mengira pangkat.

(b) Tolong-menolong. Contohnya, semua anggota masyarakat tolong-menolong antara satu sama lain.

(c) Perpaduan. Contohnya, anggota masyarakat hidup bersatu padu tanpa mengira pangkat.

(d) Persaudaraan. Contohnya, anggota masyarakat hidup seperti bersaudara. (e) Bertanggungjawab. Contohnya, setiap anggota masyarakat bertanggungjawab menjaga nama baik negara.

Pengajaran

(a) Pihak berkuasa hendaklah menjalankan tugas dengan adil supaya tidak timbul ketidakpuasan hati dalam kalangan masyarakat.

(b) Anggota masyarakat haruslah hidup dalam semangat persaudaraan yang kukuh. (c) Kita tidak sepatutnya menjadikan pangkat sebagai pemisah antara anggota masyarakat supaya perpaduan dalam kalangan masyarakat dapat diperkukuh.

(d) Setiap anggota masyarakat haruslah berganding bahu dalam memelihara nama baik

Program

Bahasa

Melayu

(11)

negara dan melindungi negara daripada sebarang ancaman.

(e) Kita perlulah memberikan layanan dengan saksama supaya tidak menimbulkan sebarang masalah.

(f) Golongan tua dan muda hendaklah berganding bahu dan bekerjasama supaya dapat memperkukuh asas perpaduan.

Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan syair di atas, nyatakan dua ciri yang terdapat pada buluh.

[3 markah] _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

(ii) Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam "Syair Pahan Buluh. [3 markah] _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk rnenyatupadukan masyarakat yang berpecah-belah? [KBAT] [4 markah] _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ ( /10)

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(12)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

Kedua, karya lukis perupa BYAR Imajinasi bergaya seni lukis kontemporer yang terlihat dari ciri meminjam idiom masa lalu untuk digunakan dalam konteks baru, berkarya pada tema

Uskup mempunyai kepenuhan sakramen tahbisan, maka ia menjadi “pengurus rahmat imamat tertinggi”, terutama dalam Ekaristi… Gereja Kristus sungguh hadir dalam jemaat beriman

Oleh karena itu, untuk meringankan beban pajak terutang bagi wajib pajak, maka besarnya pajak yang dipotong atas penghasilan yang diterima atau diperoleh subjek pajak dalam negeri

Teeew dalam (Yohanes Suhendi, 2014: 4) secara ringkas dan padat menyatakan bahwa sastra adalah segala sesuatu yang tertulis, pemakaian bahasa dalam bentuk tulis, meskipun

Koordinator BK adalah konselor yang mempunyai tugas, tanggung jawab, wewenang dan hak secara penuh dalam kegiatan BK terhadap sejumlah peserta didik. Pelayanan BK

Ada hubungan yang signifikan antara variabel perilaku konsumen (X 2 ) dengan variabel keputusan pembelian (Y) produk rokok Dunhill Mild di kawasan lesehan jalan dr

Anwar, J. Ekologi Ekosistem Sumatera. Yogyakarta: UGM Press. Hortikultura aspek budaya. Cagar Alam Leuweung Sancang. In Informasi Kawasan Konservasi Propinsi Jawa Barat

dan n %u %u&u &u. ;ntu& itu< &ami menghara,&an &e&urangan dan masih !auh dari &esem,urnaan.. #alah satu su% sistem &esehatan nasional