• Tidak ada hasil yang ditemukan

Modul PT3 SM 203. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Modul PT3 SM 203. Nama :"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Edubest

Modul PT3

SM 203

(2)

Format Bahasa Melayu PT3 Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)

Bahagian A: (20%) 20 Soalan aneka pilihan

a. Sistem bahasa

b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)

Bahagian B: (25%)

Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)

Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%) Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)

Bahagian C: (15%)

Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2)

Kertas 2 : 40% (1 jam)

Bahagian A: (10%)

Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)

Bahagian B: (30%)

(3)

Sistem Bahasa Bahagian A :

A. Golongan Kata Kata Kerja

 Kata kerja ialah perkataan yang menjadi unsur inti bagi binaan frasa kerja. Dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:

a) Kata Kerja Transitif

 Kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.

 Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

i. Kata kerja transitif aktif

 Kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran -kan atau –i.

Contoh – minum, meminta, membeli, mempersembahkan, meragut,

memperdaya

 Contoh ayat:

- Susiani mengirim surat.

ii. Kata kerja transitif pasif

 Kata kerja yang terhasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.

 Contoh – ditulis, disiram, saya masak, kaubaca, diperbesar

 Contoh ayat:

- Bakul rotan itu dianyam oleh Puan Minah.

b) Kata Kerja Tak Transitif

 Kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya.

 Dapat dibahagikan kepada dua subgolongan iaitu:

i. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap

 Kata kerja yang boleh berdiri sendiri objek atau penyambut.

 Contoh: mandi, duduk, berehat, menyanyi, berjalan, berfikir, berazam

 Contoh ayat:

- Nenek sedang berehat.

Bahasa

Melayu

(4)

- Para pelajar digalakkan untuk banyak berfikir.

Kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi

memberikan rnaklumat tarnbahan.

ii. Kata kerja tak transitif berpelengkap

 Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.

 Contoh: beransur, berazam, menjadi, beransur,

Contoh ayat:

- Budak nakal tidak mahu berbuat jahat lagi. - Penyakit nenek beransur baik.

Latihan: Soalan 1-4

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Menjelang musim perayaan, kebiasaannya kaum ibulah yang paling sibuk ___________ rumah mereka.

A. mewarna B. menghias C. mengecat D. memperbesar

2. Ahli jawatankuasa penduduk kampung telah bersetuju untuk menjemput menteri besar bagi __________ masjid yang baru dibina itu.

A. meresmikan B. merasmikan C. meraikan D. melihat

3. Ibu sukar hendak tidur malam tadi kerana adik asyik ___________. A. melaung

B. melompat C. menyanyi D. menangis

4. Karim berasa seram apabila ___________ rumah besar yang usang itu. A. membuang

B. menghantar

Bahasa

Melayu

(5)

C. menjalani D. melalui

Soalan 5-8

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

5. Pihak polis menyerbu tempat persembunyian perompak-perompak itu selepas A B

memperolehi maklumat daripada orang ramai. Tiada kesalahan. C D

6. Keadaan kesihatan penyanyi yang terlantar sakit sejak dua bulan lalu di hospital itu A B

telah beransur. Tiada kesalahan. C D

7. Mak Cik Munah dan adiknya makan pisang goreng yang masih panas itu sambil A B

berbual-bual. Tiada kesalahan. C D

8. Pasukan Pandu Puteri itu sedang berlatih berkawad di tengah padang sambil memberi A B C tabik hormat. Tiada kesalahan.

D

B. Penggunaan Kata Dalam Ayat

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

1. I Pakaian jarang tidak sesuai dipakai ke pejabat. II Ayah saya suka minum teh jarang.

III Beliau jarang batik ke kampungnya kerana terlalu sibuk. IV Lukisan itu terlalu jarang.

A. I dan III. B. II dan IV C. I, II, dan III

D. I, II, III, dan IV

Bahasa

Melayu

(6)

2. I Pandangan nenek saya menjadi kabur sejak ini. II Pandangan di tepi laut amat indah pada waktu senja.

III Pandangan Halim tentang cara menyelesaikan masalah itu diterima.

IV Gambar pandangan yang dilukis oleh pelukis terkenal itu dibeli oleh seorang hartawan. A. I sahaja

B. I dan III C. II dan III

D. I, II, III, dan IV

3. I Luka pada kakinya terasa pedih apabila terkena air.

II Pedih rasa hatinya apabila mendengar ungkapan kasar daripada anaknya. III Orang yang banyak melakukan dosa akan menerima azab yang amat pedih di akhirat nanti.

IV Asap rokok yang dihembus oleh pemuda itu pedih matanya. A. I sahaja

B. I dan II C. I, II, dan III D. I, II, dan IV

C. Memilih Frasa Yang Betul

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai

kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandai sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandai D jika

tiada kesalahan.

1. Mereka diarahkan supaya mencatat aktiviti yang diadakan pada tiap hari ketika berada di kem tersebut.

A. mencatat aktiviti yang diadakan tiap hari

B. mencatat aktiviti yang diadakan pada setiap hari

C. mencatatkan aktiviti yang diadakan pada setiap-tiap hari D. mencatat aktiviti yang diadakan pada tiap hari

2. Rombongan itu telah bertolak daripada lapangan terbang di Sepang tepat pada jam 10.00 pagi tadi.

A. bertolak dari lapangan terbang B. berlepas dari lapangan terbang C. bertolak daripada landasan terbang

D. bertolak daripada lapangan terbang

Bahasa

Melayu

(7)

3. "Sekiranya mendapat keizinan dari ibu bapanya, dia akan bercuti di rumah kita," kata Awang kepada ibunya.

A. Sekiranya dapat diizinkan oleh ibu bapanya B. Sekiranya dapat izin ibu bapanya

C. Sekiranya mendapat keizinan daripada ibu bapanya D. Sekiranya mendapat keizinan dari ibu bapanya

D. Memilih Ayat Yang Betul

Pilih ayat-ayat yang betul.

1. I Semua guru-guru diberikan peringatan agar sentiasa peka terhadap masalah disiplin pelajar-pelajar.

II Menteri-Menteri Perdagangan negara-negara anggota ASEAN akan bertemu di Kuala Lumpur.

III Keseluruhan warga kota menyambut baik cadangan tersebut lalu berikrar untuk bersama-sama menjayakannya.

IV Hanya sebahagian daripada masanya ditumpukan terhadap kerja-kerja amal sedangkan yang selebihnya dihabiskan bersendirian di rumah.

A. I dan III B. II dan IV C. I, II, dan III D. I, II, III, dan IV

2. I Kelewatan dalam menyiapkan projek perumahan itu menyebabkan para pembelinya membuat pengaduan kepada pihak berkuasa.

II Encik Lam amat berharapkan kehadiran saudara maranya dalam majlis perkahwinan anak sulungnya.

III Andainya semua rancangan berjalan lancar, majlis tersebut akan diadakan pada akhir tahun ini.

IV Aini begitu fasih bertutur dalam bahasa Inggeris setelah mendapat bimbingan daripada gurunya yang baru.

A. I dan II B. I dan III C. III dan IV D. II, III, dan IV

3. I Kedinginan angin malam dapat dirasainya.

II Perang dingin antara kedua-dua buah negara itu kini mulai reda. III Ibu bapanya meredai pemergiannya untuk menuntut ilmu. IV Sekumpulan gajah liar telah memusnahkan tanaman mereka.

Bahasa

Melayu

(8)

A. I dan II B. I dan III C. I, II, dan III D. II, III, dan IV

E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang

paling hampir dengan ayat tang dicetak tebal.

1. Kepesatan peningkatan ekonomi akan hanya dapat dinikmati andainya tidak ada sebarang penyelewengan dalam pengurusan pentadbiran.

A. Penyelewengan dalam pengurusan pentadbiran akan hanya dapat dinikmati kepesatannya andainya tidak ada sebarang peningkatan ekonomi.

B. Kepesatan peningkatan ekonomi tidak akan dapat dinikmati andainya berlaku sebarang penyelewengan dalam pengurusan pentadbiran.

C. Pengurusan pentadbiran akan hanya dapat dinikmati kepesatannya dengan adanya peningkatan ekonomi.

D. Sebarang penyelewengan dalam pengurusan pentadbiran akan membantut kepesatan peningkatan ekonomi yang dapat dinikmati.

2. Setelah sekian lama menghilangkan diri akhirnya dia pulang ke pangkuan keluarganya.

A. Setelah dia pulang ke pangkuan keluarganya sekian lama dia menghilangkan dirinya.

B. Akhirnya, dia pulang ke pangkuan keluarganya setelah sekian lama menghilangkan diri.

C. Setelah menghilangkan diri, akhirnya dia sekian lama pulang ke pangkuan keluarganya.

D. Setelah dia pulang ke pangkuan keluarganya sekian lama, akhirnya dia menghilangkan diri.

3. Pertandingan bola sepak anjuran Persatuan Belia Kampung Dusun mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.

A. Penduduk setempat memberikan sambutan hangat kepada pertandingan bola sepak anjuran Persatuan Belia Kampung Dusun.

B. Pertandingan belia Kampung Dusun anjuran penduduk setempat mendapat sambutan hangat.

C. Pertandingan bola sepak di Kampung Dusun anjuran Persatuan Belia mendapat sambutan hangat.

D. Penduduk Kampung Dusun menyambut hangat pertandingan bola sepak anjuran Persatuan Belia.

Bahasa

Melayu

(9)

F. Peribahasa

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

1. Haikal sering melawan cakap ibunya. Segala teguran dan nasihat ibunya tidak diikuti. Ibunya berasa menyesal kerana telalu memanjakannya ketika kecil. Kini, perangai Haikal tidak dapat diubah lagi.

Keadaan ini dikatakan A. ukur baju di badan sendiri.

B. melentur buluh biarlah dari rebungnya. C. hanya jauhari yang mengenal manikam. D. pinggan tak retak, nasi tak dingin.

2. Tuk Penghulu menasihati penduduk supaya tidak memecahbelahkan perpaduan yang dibina dan hidup dalam suasana aman. Amin berasa marah atas teguran itu kerana berasakan teguran itu ditujukan buatnya.

Keadaan ini dikatakan

A. hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. B. siapa yang makan cili, dialah yang berasa pedas. C. seperti dian, membakar diri menerangi orang lain. D. seperti melukut di tepi gantang.

3. Setelah gagal dalam peperiksaan SPMnya, Siva berniaga secara kecil-kecilan. Berkat ketekunan dan kesungguhannya, akhirnya dia berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Keadaan ini dikatakan

A. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

B. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. C. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. D. ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

( / )

Bahasa

Melayu

(10)

Bahagian B

1. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa, Cariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan tatabahasa:

Kata tugas

Ayat Istilah

Imbuhan

Hukum DM

Ayat Jenis Kesalahan Tatabahasa (i) Pembinaan rumah kos murah banyak membantu golongan

berpendapatan rendah milik rumah sendiri.

__________________________________________________

(ii) Faktor utama sesak jalan-jalan raya di bandar-bandar besar negara ini ialah pertambahan kenderaan saban tahun.

__________________________________________________

(iii) Kehadiran kami di perkampungan budaya itu sambut dengan tarian tradisional daripada pelbagai etnik.

__________________________________________________

(iv) Dasar Sukan Negara mengutarakan slogan”Sukan Untuk Semua” dan”Sukan Untuk Kecemerlangan” bagi tingkat prestasi bidang kesukanan di negara ini.

__________________________________________________

( /8)

Bahasa

Melayu

(11)

2. Dalam petikan di bawah terdapat kesalahan Kenal pasti kesalahan-kesalahan dan tulis yang pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Jenis kesalahan ejaan:

Kata majmuk BA BM

Vokal (a e i o u)

Tanda baca (Aa / “ ” / - ) Imbuhan (gg & kk)

Ayat Jenis Kesalahan Ejaan (i) Beberapa jawatan kuasa kecil dibentuk bagi melicinkan

perjalanan sukan tahunan kali ke-13 itu.

_________________________________________________

(ii) Dua letopan yang kuat di salah sebuah destinasi pelancongan negara jiran telah mengorbankan lima belas orang termasuk dua orang warganegara asing.

_________________________________________________

(iii) Kemusnahan alam sekitar yang berleluasa menyebabkan banyak spesis haiwan liar semakin pupus.

_________________________________________________

( /3)

Bahasa

Melayu

(12)

3 Baca ayat-ayat di bawah, kemudian kenal pasti pola ayat-ayat tersebut. Pola ayat : FN + FN FN + FK FN + FS FN + FA

(i) Encik Wong seorang guru Matematik.

______________________________________________________________

(ii) Kami sekeluarga melancong ke negara Eropah.

______________________________________________________________

(iii) Dia dari kalangan keluarga bangsawan.

______________________________________________________________

(iv) Sekumpulan pelajar sedang membuat pembetangan di hadapan kelas.

______________________________________________________________

(v) Cuaca pagi ini amat cerah.

______________________________________________________________

( /10)

Bahasa

Melayu

(13)

4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar, tulis dua peribahasa yang sesuai. i.___________________________________________________________________ ii. __________________________________________________________________ ( /4)

Bahasa

Melayu

Edubest

(14)

Kertas 2 Masa: 2jam

Penulisan :

A. Rumusan (15%)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu rumusan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiritanpa mengubah maksud asal petikan.

Tabiat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding dengan negara gergasi seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia. Menurut kajian, penduduk Malaysia hanya membaca dua buah buku dalam masa setahun. Sebenarnya, penduduk Malaysia harus sedar akan kepentingan tabiat suka membaca buku kerana melalui cara inilah mereka dapat melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang amat bcrguna dalam kehidupan seharian. Selain itu, penguasaan perbendaharaan kata-kata yang lebih luas juga akan memudahkan proses penulisan. Pengetahuan yang ada pada diri seseorang akan memudahkannya untuk berkomunikasi dengan orang lain di samping mencerminkan peribadi seseorang.

Namun, persoalan pokokuya adalah mengapakah rakyat Malaysia kurang mengamalkan tabiat suka membaca buku dalam kehidupan seharian? Salah satu sebabnya ialah kesibukan. Penduduk Malaysia sen tiasa merungut bahawa mereka kesuntukan masa untuk membaca buku. Jadual waktu seharian mereka sentiasadengan pelbagai aktiviti seperti menghadiri temu janji, mengikuti kelas tambahan, menyertai kegiatan kokurikulum dan sebagainya. Mereka tidak sedar akan kelemahan sendiri dalam membahagikan masa sehari-hari mereka dengan baik dari seimbang. Ada antara mereka lebih rela untuk menghabiskan masa

Bahasa

Melayu

(15)

menonton televisyen atau melayari internet daripada membaca buku. Tidak kurang juga yang merungut bahawa aktiviti membaca itu membosankan. Mereka terpaksa menghabiskan masa berjam-jam malahan berhari-hari untuk habis membaca sebuah buku. Sebagai akibatnya, tabiat membaca di kalangan rakyat negara masih tidak layak untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan penduduk luar negara.

Dunia tanpa sempadan akan menjadi realiti tidak lama lagi. Demi menghadapi cabaran dalam alaf baru, penduduk Malaysia diseru untuk melengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu agar mereka lebih berdaya saing pada masa depan. Salah satu caranya adalah pengamalan tabiat suka membaca buku dalam kehidupan seharian.

Bahasa

Melayu

(16)

B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit

Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis sebuah karangan pendek yang tentang buaha-buahan tempatan. Panjang karangan anda adalah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Isi :

Bahasa

Melayu

Edubest

(17)

C. Karangan Umum (30%)

Karangan Jenis cereka

Petua Menulis Karangan Jenis Cereka

1. karangan jenis cereka bermaksud karangan berbentuk cerita rekaan seperti cerpen atau cerita pendek, imaginasi atau khayalan, dan cerita jenaka.

2. Mempunyai ciri-ciri tertentu, iaitu peristiwa, watak, latar cerita, sebab dan akibat kejadian, serta plot atau jalan cerita.

3. Aspek-aspek yang dikemukan untuk dijadikan karangan termasuklah: menceritakan sesuatu peristiwa suka duka, atau lucu atau mengerikan : menceritakan pengalaman: melengkapkan cerita

4. Gunakanlah unsur-unsur yang kreatif seperti kiasan, peribahasa, dialog, dan sebagainya untuk menimbulkan gaya bahasa yang menarik dan sesuai dengan isi cerita.

5. Boleh mempelbgaikan penggunaan ayat dalam karangan anda untuk menjadikan cerita anda lebih menarik dan berkesan.

6. Tentukan bahawa cerita yang hendak anda tulis itu seharusnya cerita yang menarik, mencabar, dan menunjukkan daya kreatif anda.

7. Cerita rekaan anda hendaklah berisi unsur nasihat atau pengaajran yang berfaedah kepada pembaca.

Contoh Karangan:

“Keikhlasan”

Amir, Hafiz, dan Ivan melangkahkan kaki ke sekolah seperti biasa. Mereka hanya berjalan kaki kerana kedudukan sekolah yang tidak berapa jauh dari rumah masingmasing. Namun, pada pagi itu dirasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena. Mereka bertiga membisu sepanjang perjalanan ke sekolah. Hati masing-masing berkata-kata.

Bahasa

Melayu

(18)

"Drama di televisyen malam tadi sedihlah Amir," tiba-tiba Hafiz bersuara. "Saya menangis menonton cerita itu," kata Hafiz lagi walaupun kata-katanya tidak berbalas.

Mereka akhirnya sampai di sekolah. Hafiz mendapatkan Ivan dan Amir. Persoalan yang bermain di kotak fikirannya terus diajukan kepada sahabatnya itu.

"Kamu berdua menghadapi masalah ke? Cakaplah kepada saya jika tidak keberatan.

Mungkin saya dapat membantu untuk menyelesaikan masalah itu," kata Hafiz bersungguhsungguh.

Amir dan Ivan berpandangan. Mereka rasa bersalah kerana bersikap dingin terhadap Hafiz. Namun Amir tidak yakin dan berasa malu untuk menyatakan masalahnya kepada Hafiz. Amir melihat wajah Ivan yang seolah-olah memintanya agar berterus terang kepada Hafiz. Akhirnya Amir mengalah.

"Hafiz, maafkan saya kerana...," suaranya terhenti di situ. "Sebenarnya saya malu untuk menyatakan hal yang sebenarnya kepada awak. Awak telah banyak membantu saya sekeluarga. Saya sungguh malu untuk meminta bantuan daripada awak lagi," Amir menyuarakan masalahnya satu per satu sambil didengari oleh Hafiz dan Ivan.

"Esok adalah hari terakhir pembayaran yuran peperiksaan PMR. Tetapi keluarga saya masih gagal menyediakan wang tersebut. Apa yang harus saya katakan kepada Cikgu Linda esok. Saya bingung memikirkannya." Matanya mula mengalirkan air mata.

Pada pagi esoknya, pagi-pagi lagi Amir telah berjumpa dengan Cikgu Linda untuk menyatakan keputusannya menarik diri daripada mengambil peperiksaan PMR. Namun, Cikgu Linda ketawa mendengarnya. Amir tidak mengerti.

" Sebenarnya yuran peperiksaan awak telah lama dibayar. Berterima kasihlah kepada Hafiz dan keluarganya," kata Cikgu Linda.

Dalam hati, Amir bersyukur kerana mempunyai sahabat yang berhati mulia. Amir berjanji akan menghadiahkan kejayaannya sebagai membalas budi kebaikan sahabatnya yang ikhlas membantu itu.

Bahasa

Melayu

(19)

Latihan:

(Sila guna kertas “Plot 6 perenggan” untuk merangka karangan anda)

1. Tulis sebuah cerita yang bermula dengan perenggan di bawah:

Pak Alim bangkit menuju ke arah bunyi tersebut. Jantungnya berdebar-debar apabila dia melihat ke dalam semak-samun .

2. Akhiri karangan anda dengan penutup berikut :

Pengalaman pahit ini memberi aku suatu pengajaran iaitu kita mestilah mendengar nasihat orang yanglebih berpengalaman daripada kita. Mulai hariini, aku berazam untuk merendahkan hati untuk menerima nasihat orang lain.

Bahasa

Melayu

(20)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

Kedua, karya lukis perupa BYAR Imajinasi bergaya seni lukis kontemporer yang terlihat dari ciri meminjam idiom masa lalu untuk digunakan dalam konteks baru, berkarya pada tema

Oleh karena itu, untuk meringankan beban pajak terutang bagi wajib pajak, maka besarnya pajak yang dipotong atas penghasilan yang diterima atau diperoleh subjek pajak dalam negeri

Skema sertifikasi Okupasi Buku Elektronik/E-Book Developer adalah skema sertifikasi okupasi yang dikembangkan oleh Direktorat Pendidikan Vokasi Kementerian Pendidikan dan

• Saat diterapkan teknik rekonsiliasi data (SSDR) pada jaringan sensor laju aliran massa kondisi awal, masih terdapat 8 sensor yang memiliki nilai standard deviasi di atas 2%.

Koordinator BK adalah konselor yang mempunyai tugas, tanggung jawab, wewenang dan hak secara penuh dalam kegiatan BK terhadap sejumlah peserta didik. Pelayanan BK

Nama Umur Pendidikan Terakhir Jumlah Tanggungan (jiwa) Lamanya Berjualan (tahun) 16 H... Karakteristik Ekonomi Penjual Daging Sapi di Pasar Tradisional Kota Medan

Anwar, J. Ekologi Ekosistem Sumatera. Yogyakarta: UGM Press. Hortikultura aspek budaya. Cagar Alam Leuweung Sancang. In Informasi Kawasan Konservasi Propinsi Jawa Barat