• Tidak ada hasil yang ditemukan

Modul PT3 SM 305. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Modul PT3 SM 305. Nama :"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Modul PT3 SM 305

Nama : _____________________________

(2)

Format Bahasa Melayu PT3 Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)

Bahagian A: (20%) 20 Soalan aneka pilihan

a. Sistem bahasa

b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)

Bahagian B: (25%)

Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)

Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%) Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)

Bahagian C: (15%)

Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2)

Kertas 2 : 40% (1 jam)

Bahagian A: (10%)

Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)

Bahagian B: (30%)

Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(3)

Sistem Bahasa Bahagian A

A. Golongan Kata Kata Sendi Nama

1. Kata sendi nama ialah perkataan yang terletak di hadapan frasa nama.

2. Setiap kata sendi nama mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan.

3. Terdapat juga kata sendi nama yang tergolong dalam jenis kata lain. Contoh: akan (kata bantu), dalam (kata arah dan kata adjektif), sampai (kata kerja), antara (kata arah).

Kata sendi nama

Penggunaan

di Menunjukkan tempat (…di sekolah)

ke Menunjukkan tempat atau arah dituju… (…ke Indonesia) Menunjukkan masa atau waktu (…dari petang ke malam) dari Menunjukkan tempat atau arah (…dari arah barat)

Menunjukkan waktu atau masa (…dari zaman lampau) daripada Menunjukkan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan

unsur abstrak (…cadangan daripada Perdana Menteri) Menunjukkan sumber/asal kejadian (…dibuat daripada emas)

Menunjukkan perbandingan (…lebih banyak daripada…) kepada Menunjukkan sasaran/tujuan (…kepada kucing)

Menunjukkan bahagian/pecahan sesuatu (…kepada dua kumpulan)

Menunjukkan perubahan keadaan (…kepada paras bahaya)

pada Menunjukkan objek yang ditujui oleh sesuatu perbuatan (…tersangkut pada dahan pokok)

Menunjukkan orang yang terdapatnya sesuatu (…ada pada saya)

Menunjukkan keterangan waktu (…bermula pada tengah malam)

untuk Menunjukkan kegunaan sesuatu (…alat untuk menukul) Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan (…pelamin itu untuk pengantin)

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(4)

bagi Menunjukkan kegunaan sesuatu (…bagi kegunaan pejabat)

demi Menunjukkan tujuan (…demi negara) Menunjukkan urutan (…satu demi satu) Menegaskan sesuatu (…demi Tuhan)

tentang Menunjukkan rujukan (…tentang kejadian itu)

dengan Menunjukkan bersama-sama (…dengan rakan-rakan) Menunjukkan keterangan cara (…dengan hati terbuka) Menunjukkan penggunaan sesuatu sebagai alat (…dengan pisau)

Menunjukkan bandingan setara (…sama dengan warna seluarnya)

sejak, semenjak Menjadi penanda waktu atau masa (…sejak/semenjak kematian ayah)

terhadap Menunjukkan rujukan yang tentu (…kasihan terhadap haiwan)

oleh Menunjukkan pembuat dalam ayat pasif (…dibeli olehnya)

Menunjukkan sebab (…kalah oleh kecuaiannya)

akan Menunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif yang bersifat emotif (…rindu akan anaknya)

hingga, sampai Menunjukkan had masa atau peringkat (…belajar hingga/sampai tengah malam)

seperti, bagai, umpama,

laksana, bak

Menunjukkan perbandingan (...keras seperti / bagai / umpama / laksana / bak batu)

dalam/ antara Menunjukkan lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak / berunsur abstrak

(…dalam hal ini)

(…antara kedua-dua buah negara)

Latihan:

Soalan 1-3

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Mukhsin tidak sekali-kali lupa ____________ pesanan ibu bapanya.

Program Bahasa

Melayu

Edubest

(5)

A. pada B. demi C. bagi D. akan

2. Kakak berasa gembira apabila menerima sepucuk surat ___________

rakannya yang berada di luar negara.

A. daripada B. untuk C. bagi D. dari

3. Kedudukan rumah Alias terletak di antara rumah Abu ____________ rumah Ahmad.

A. dari B. hingga C. dengan D. daripada Soalan 4-6

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

4. Hingga ke hari ini, Fazlina masih belum bersua muka dengan ibu

A B C

kandungnya. Tiada kesalahan.

D

5. Puan Siti Hajar memberikan kepada pelajarnya tugasan untuk disiapkan pada A B C masa cuti sekolah. Tiada kesalahan.

D

6. Senarai nama pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam A B

peperiksaan pertengahan tahun akan ditampal di papan kenyataan. Tiada

C D

Kesalahan.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(6)

Soalan 7-8

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

7. Peserta dalam pertandingan silat itu melompat sambil memusingkan badannya ke kiri dan ke kanan untuk mengelakkan serangan lawan.

A. ke kiri kanan B. kiri dan ke kanan

C. ke kiri dan kepada kanan D. ke kiri dan ke kanan

8. Fatin Nabilah jarang-jarang pulang ke kampung setelah berhijrah ke kota.

A. jarang-jarang pulang dari kampung B. jarang-jarang pulang di kampung C. jarang-jarang pulang kampung D. jarang-jarang pulang ke kampung

B. Penggunaan Kata Dalam Ayat

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

1. I Tidak ada sebuah kereta pun yang dapat saya potong kerana semuanya dipandu dengan laju.

II Encik Mazlan membelikan anak tunggalnya tiga potong baju.

III Peragawati itu sering dipilih memperagakan pakaian kerana memiliki potong badan yang cantik.

IV Semua buluh lemang yang kami potong kami serahkan kepada datuk.

A. I dan IV B. II dan III C. I, II, dan IV D. I, III, dan IV

2. I Tempayan yang sudah lama kosong itu telah dipenuhi air hujan.

II Oleh sebab hasratku tidak dapat dipenuhi, beliau meminta maaf daripadaku.

III Botol yang sedang dipenuhi oleh Balan dengan air itu tidak selamat digunakan kerana kotor dan berkeladak.

IV Jawatan kosong yang tersiar di akhbar itu masih belum dipenuhi.

Program Bahasa

Melayu

Edubest

(7)

A. I, II, dan III B. I, II, dan IV C. II, III, dan IV D. I, II, III, dan IV

3. I Encik Mahat hanya bersedia untuk menjalani operasi jantung jika yang melakukannya ialah Doktor Zainal.

II Pihak polis dan Jabatan Imigresen akan menjalankan operasi bersama bagi menangkap pendatang tanpa izin.

III Encik Takayuki sedang menerangkan cara-cara jentera itu operasi kepada semua juruteknik pelatih itu.

IV Sehingga kini, tiga buah syarikat percetakan telah menghentikan operasi mereka.

A. I dan II B. II dan IV C. I, II, dan IV D. I, II, III, dan IV

C. Memilih Frasa Yang Betul

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

1. Buku-buku yang tersusun di dalam almari itu tebal-tebal belaka.

A. Buku yang tersusun di almari itu

B. Buku yang tersusun di dalam almari itu C. Buku-buku yang tersusun di almari itu

D. Buku-buku yang tersusun di dalam almari itu

2. Kuih ketayap yang berintikan kelapa parut sangat digemari oleh ayah.

A. berisi parut kelapa B. berinti parut kelapa C. berintikan parut kelapa D. berintikan kelapa parut

3. Selain kopi ais, minuman yang kami paling gemari ialah jus buah-buahan tropika.

A. kami paling gemar B. paling kami gemari

C. paling digemari oleh kami

D. saya paling gemari

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(8)

D. Memilih Ayat Yang Betul Pilih ayat-ayat yang betul.

1. I Berdasarkan kepada kenyataan pengawas yang bertugas, terbukti bahawa pelajar itu tidak bersalah.

II Semua jawaban untuk latihan itu saya peroleh dengan merujuk kepada halaman 122.

III Lebai Pa menasihati anak-anak muridnya supaya menjauhi perlakuan yang mencolok mata.

IV Pertemuan ahli-ahli Pertubuhan Pengakap sekolah itu diadakan pada setiap hari Sabtu.

A. I dan IV B. II dan III C. I, II, dan III D. I, III, dan IV

2. I Bagi penggemar sukan pingpong bolehlah bermain di dewan ini pada seti ap hari Selasa dan Jumaat.

II Puan Hartina sering menangis apabila teringat akan anak -anaknya yang kini jarang-jarang balik ke kampung.

III Beliau menafikan tuduhan sebilangan ahli partinya yang mengatakan yang surat layang itu ditulis atas arahannya.

IV Zaharah menghidangi rakan-rakan yang menjadi tetamunya itu makanan yang dimasaknya sendiri.

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

3. I Guru yang mengajarkan subjek Bahasa Melayu kepada kami ialah Cikgu Zain.

II Letaknya pekan Sungai Besar di Selangor adalah di antara pekan Pasir Panjang dengan Pekan Sabak Bernam.

III Pendekar itu melompat ke kiri dan ke kanan untuk mengelakkan tikaman yang bertali arus daripada musuhnya.

IV "Jangan sesekali kamu berbohong dalam percakapan kamu," kata bapa kepada saya.

A. I dan II B. II dan IV C. I, II, dan III D. I, II, III, dan IV

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(9)

E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

1. Ikram menenangkan lelaki itu dengan mengatakan bahawa anaknya itu akan selamat dalam pembedahan itu.

A. "Sabarlah, bang. Insya-Allah, Dia akan melindungi anak abang dalam pembedahan itu," kata Ikram.

B. "Sabarlah, bang. Abang berdoalah supaya anak abang selamat dala m pembedahan itu," kata Ikram.

C. "Abang bersabarlah apabila anak abang dibedah dengan selamat nanti," kata Ikram.

D. "Bertenanglah, bang. Anak abang pasti dapat diselamatkan dalam pembedahan itu," kata Ikram.

2. Pejabat Pertahanan Awam Negara China bersiap sedia untuk

menghadapi sebarang kemungkinan apabila Taufan Utor mula bergerak ke negara itu.

A. Taufan Utor mungkin bergerak ke Negara China semasa pihak Pejabat Pertahanan Awam negara itu mula bersiap sedia.

B. Taufan Utor yang bersiap sedia untuk bertiup mungkin dia rahkan oleh pihak Pejabat Pertahanan Awam bergerak ke Negara China.

C. Apabila mengetahui Taufan Utor mula bergerak ke negara mereka, pihak Pejabat Pertahanan Awam negara China bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.

D. Pelbagai kemungkinan akan sedia dihadapi oleh Taufan Utor apabila pihak Pejabat Pertahanan Awam China mula bergerak ke sana.

3. Sedangkan semasa muda pun wanita itu tidak gemar beriadah apatah lagi semasa dia sudah tua dan uzur.

A. Baik pada masa muda mahupun pada masa tua ini, wanita uzur itu memang tidak suka berekreasi.

B. Wanita itu memang tidak suka berekreasi, lebih-lebih lagi setelah tua dan uzur Mi.

C. Jangankan sewaktu tua dan uzur ini, sewaktu muda dulu pun wanita itu memang tidak suka berekreasi.

D. Dia memang tidak suka semasa wanita muda berekreasi, lebih-lebih lagi wanita yang tua dan uzur.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(10)

F. Peribahasa

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

1. "Janganlah awak bimbang. Kalau dirinya bertuah, di mana -mana pun anak kita itu berada, dia akan beroleh kesenangan," kata Pak Dani kepada Mak Nah.

Peribahasa yang bertepatan dengan nasib yang diperihalkan oleh Pak Dali dan Mak Nah itu ialah __________.

A. yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran B. yang dulu mendapat, yang kemudian tertinggal

C. yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang D. yang teguh disokong, yang rebah ditindih

2. Malaysia negara yang makmur. Oleh itu, negara ini menjadi tumpuan rakyat pelbagai negara, seperti Indonesia, India, Pakistan, dan Bangladesh, untuk mencari rezeki. Keadaan ini menepati peribahasa ___________.

A. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung B. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

C. di mana buah masak, di situ burung banyak tampil D. bumi mana yang tidak kena hujan

“Bagai lebah menghimpun madu:

3. Peribahasa di atas memerihalkan masyarakat yang hidupnya _____________.

A. sangat sibuk B. sangat miskin C. sangat malas D. sangat rajin

( / )

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(11)

Bahagian B

1 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan tatabahasa:

• Kata tugas

• Ayat

• Istilah

• Imbuhan

• Hukum DM

Ayat Jenis Kesalahan

Tatabahasa (i) Pemandangan di pantai itu sangat indah nian.

(ii) Semua penduduk-penduduk Kampung Harmoni berganding bahu untuk menceriakan taman permainan.

(iii) Zaidi hanya mendiamkan diri bila dimarahi oleh ayahnya.

(iv) Kami dikehendaki mematuhi peraturan sekolah.

( /8)

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(12)

2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan ejaan:

• Kata majmuk

• BA →BM

• Vokal (a e i o u)

• Tanda baca (Aa / “ ” / - )

• Imbuhan (gg & kk)

Ayat Jenis Kesalahan

Ejaan (i) Kain songket merupakan kraftangan yang terkenal di

Terengganu.

(ii) Kebanyakan rumah di Taman Midah telah diubahsuai demi keselesaan pemilik sekeluarga.

(iii) Setiap kali perlawanan bola sepak diadakan di Stadium Bukut Jalil, kesesakan lalulintas pasti berlaku.

( /3)

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(13)

3 Nyatakan pola ayat di bawah.

Pola ayat : FN + FN FN + FK FN + FS FN + FA

(i) Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat tahun ini.

__________________________________________________________________

(ii) Suara penyanyi undangan itu sangat merdu.

__________________________________________________________________

(iii) Gadis yang berkulit cerah itu kakak Joe.

__________________________________________________________________

(iv) Hadiah ini daripada kakak sepupu saya.

__________________________________________________________________

(v) Ikan pedas yang dimasak oleh nenek sangat sedap.

__________________________________________________________________

( /10)

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(14)

4. Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.

( /4)

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(15)

Penulisan : A. Ulasan (15%)

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar, tulis sebuah ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(16)

B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit

Berdasarkan notis yang diberikan, tulis sebuah karangan pendek yang tentang kepentingan etika ketika bersukan.

Isi :

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(17)

C. Karangan Umum (30%) Karangan Jenis Cereka

Panduan Menulis Karangan Cereka

• Karangan jenis cereka bermaksud karangan berbentuk cerita rekaan seperti cerpen atau cerita pendek, imaginasi atau khayalan, dan cerita jenaka.

• Mempunyai ciri-ciri tertentu, iaitu peristiwa, watak, latar cerita, sebab dan akibat kejadian, serta plot atau jalan cerita.

• Aspek-aspek yang dikemukan untuk dijadikan karangan termasuklah:

menceritakan sesuatu peristiwa suka duka, atau lucu atau mengerikan:

menceritakan pengalaman: melengkapkan cerita

• Gunakanlah unsur-unsur yang kreatif seperti kiasan, peribahasa, dialog, dan sebagainya untuk menimbulkan gaya bahasa yang menarik dan sesuai dengan isi cerita.

• Boleh mempelbagaikan penggunaan ayat dalam karangan anda untuk menjadikan cerita anda lebih menarik dan berkesan.

• Tentukan bahawa cerita yang hendak anda tulis itu seharusnya cerita yang menarik, mencabar, dan menunjukkan daya kreatif anda.

• Cerita rekaan anda hendaklah berisi unsur nasihat atau pengajaran yang berfaedah kepada pembaca.

Contoh Karangan:

Anda telah berjanji dengan rakan anda untuk menangkap ayam hutan di pinggir hutan itu pada hari esok. Sebelum tidur, kamu membayangkan keadaan di dalam hutan itu nanti.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(18)

Rangka Karangan 1. Pendahuluan

Mengejar ayam hutan yang cedera 2. Isi-isi

(a) Telah masuk jauh ke dalam hutan

(b) Keadaan hutan ganjil-pokok-pokok seperti keadaan pokok-pokok yang tumbuh beribu tahun dahulu

(c) Tidak menemui jalan pulang

(d) Membuat asap untuk meminta bantuan

(e) Sekumpulan Orang Asli cuba menangkap anda dan rakan-rakan (f) Menyelamatkan diri-ternampak ibu

Penutup

(a) Rupa-rupanya bermimpi Karangan Lengkap

Aku dan rakan-rakanku terus mengejar ayam hutan yang terjengkot-jengkot berlari. Namun, kami berasa pelik kerana semakin lama semakin laju ayam itu melarikan diri. Biasanya ayam hutan yang sudah cedera tidak mungkin dapat berlari sepantas itu.

Aku dan rakan-rakanku berhenti kerana keletihan. Masing-masing kelihatan tercungap-cungap.

“Pelik sungguhkan, ayam yang cedera dapat berlari pantas. Aku rasa tentu ayam itu bekas olahraga dalam kalangan ayam hutan,” kata Azim cuba membuat lawak. Aku dan rakan-rakan yang lain tersenyum mendengar kata-kata Azim itu.

“Eh! Kamu perasan tak di mana kita berada sekarang?” tanya Tat Leong.

“Di hutanlah!” kata Razmi.

“Memanglah di hutan, tapi aku rasa tempat ini kita belum pernah sampai,” jelas Tat Leong.

Razmi memandang sekelilingnya, begitu juga aku dan rakan-rakan yang lain.

Ternyata, apa yang dikatakan oleh Tat Leong adalah benar. Aku dan rakan-rakan kini berada di kawasan hutan yang agak ganjil. Pokok-pokok hutan yang tumbuh di situ kelihatan seolah-olah pokok-pokok hutan yang hidup beribu-ribu tahun yang lalu.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(19)

Marilah kita pulang,” ajak Zulfa. Mukanya kelihatan cemas.

Aku bersetuju dengan cadangannya itu. Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain. Hampir sejam aku dan rakan-rakanku meredah hutan, namun jalan keluar masih belum ditemui.

“Eh, aku rasa jalan ini kita sudah lalu sebentar tadi!” kataku kepada rakan-rakan.

“Betullah kata kamu itu!” sokong rakan-rakanku.

“Habis, apa yang harus kita lakukan sekarang?” tanya Razmi.

“Kita buat asap. Mana tahu kalau-kalau ada orang yang nampak. Untung-untung dia boleh selamatkan kita,” kata Ravi.

“Prak!” Kedengaran bunyi ranting patah seperti dipijak.

Tiba-tiba kelihatan sekumpulan Orang Asli keluar sambil memandang ke arah kami.

Kemudian, dia mengarahkan anak buahnya menangkap buahnya menangkap kami.

“Lari! Jeritku mengarahkan rakan-rakan untuk menyelamatkan diri. Sambil itu, kami menjerit meminta tolong.

Tiba-tiba kedengaran namaku dipanggil.

“Eh, ibu! Bagaimana ibu boleh berada di sini?” tanyaku kehairanan.

“Apa yang kamu merepek ni? Sudah! Pergi basuh muka! Suka sangat tidur waktu petang, inilah jadinya,” kata ibu.

Aku tersenyum sambil berjalan menuju ke bilik air. Aku bermimpi rupa- rupanya.

Latihan :

1. Anda sedang berada di dalam sebuah kedai emas. Tiba-tiba sekumpulan perompak masuk untuk merompak kedai emas tersebut. Ceritakan pengalaman dan perasaan anda ketika itu.

2. Ketika ujian sedang berlangsung, tiba-tiba guru pengawas ternampak seorang pelajar mengeluarkan sehelai kertas dari sakunya untuk dirujuk. Ceritakan kejadian tersebut.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(20)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 7650 http://www.edubest.com.my

Referensi

Dokumen terkait

Namun begitu, ibu penyajak mengatakan bahawa penyajak tidak perlu berbuat demikian kerana ayah dan ibu penyajak sudah mempunyai bintang yang bercahaya di rumah dan dalam