• Tidak ada hasil yang ditemukan

Modul PT3 SM 204. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Modul PT3 SM 204. Nama :"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Edubest

Modul PT3

SM

204

(2)

Format Bahasa Melayu PT3 Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)

Bahagian A: (20%) 20 Soalan aneka pilihan

a. Sistem bahasa

b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)

Bahagian B: (25%)

Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)

Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%) Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)

Bahagian C: (15%)

Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2)

Kertas 2 : 40% (1 jam)

Bahagian A: (10%)

Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)

Bahagian B: (30%)

Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)

Bahasa

Melayu

(3)

Sistem Bahasa Bahagian A :

A. Golongan Kata Kata Adjektif

 Kata adjektif-menunjukkan sifat atau penerang kepada perkataan yang mendahuluinya.

 Dalam ayat, kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama atau frasa nama.

 Kata adjektif dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

a) Kata Adjektif Sifatan : baik, jahat, cerdik, pandai, gopoh, lemah, kasar, berani, takut, sihat, dengki, cemburu, peramah, pemalu, pembengis, penyayang, licik, zalim, kejam

b) Kata Adjektif Warna : merah, putih, biru, hitam, kuning, hijau,

jingga, kelabu, perak, biru muda, biru tua, perang, ungu

c) Kata Adjektif Ukuran : panjang, pendek, kecil, besar, tinggi, rendah, tebal, nipis,kerdil, renek, lampai,

d) Kata Adjektif Bentuk : bulat, lonjong, bujur, bundar, leper, bengkok, lurus, buncit, kempis, lekuk, langsing, ramping, rata, datar,

e) Kata Adjektif Waktu : baharu, lama, segera, silam, suntuk, lampau,lewat, cepat, lambat, awal

f) Kata Adjektif Jarak : jauh, dekat, hampir, nyaris

g) Kata Adjektif Cara : cepat, deras, laju, lambat, kukuh, perlahan, lincah, gopoh, jelas,sering, selalu

Bahasa

Melayu

(4)

h) Kata Adjektif Perasaan : rindu, benci, segan, suka, gembira,

berani, ragu, kasih, sayang, gayat, risau, bimbang, gementar, gugup, keliru,

bingung, ngeri, dahsyat

j)Kata Adjektif Pancaindera :

i. mata : ayu, jelita, anggun, lawa, manis, kacak, tampan, segak, indah

ii. telinga : merdu, lunak,sedap, nyaring, lantang, garau, serak, sunyi, senyap,

iii. hidung : hanyir, hancing, hapak, hangit, tengik, harum, wangi,

iv. lidah : tawar, kelat, pedas, payau, pahit, basi

v. kulit (sentuhan) : suam, kesat, kasar, licin, halus, lembut

Latihan: Soalan 1-4

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. "Sarawak merupakan negeri yang paling ___________ dalam Malaysia," kata Cikgu Zuraimi kepada para pelajarnya.

A. tinggi B. berat C. besar D. nipis

2. Aiman terkejut kerana disalak oleh anjing yang ___________ itu. A. garang

B. hodoh C. sihat D. pandai

3. Para peserta yang menyertai Program Latihan Khidmat Negara itu memakai pakaian seragam berwarna ___________.

A. warni B. gelap C. hijau D. biru

Bahasa

Melayu

Edubest

(5)

4. Ayah selalu terkenang akan peristiwa ___________ ketika duduk bersendirian menghadap sawah yang luas terbentang itu.

A. kelam B. lampau C. terang D. gelap

Soalan 5-8

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau

C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5. Bas kuning itu akan bertolak pada pukul 9.00 pagi kelmarin. Tiada kesalahan.

A B C D

6. Puan Azah Aziz ialah seorang budayawan yang gigih dalam mempertahankan

A B

warisan budaya negara. Tiada kesalahan.

C D

7. Meskipun Ghasidah berasal daripada keluarga yang kaya tetapi dia tidak bersikap

A

sombong dan sering merendah diri. Tiada kesalahan.

B C D

8. Persidangan damai, itu tidak mencapai apa-apa kemajuan kerana semua pihak tidak

A B

mahu beramah-mesra. Tiada kesalahan. C D

B. Penggunaan Kata Dalam Ayat

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

1. I Mereka akan tiba pada kira-kira pukul 9.00 malam.

II Pemuda yang bekerja sebagai tukang pukul itu telah ditangkap oleh pihak polis.

III Gong pun pukul menandakan keberangkatan tiba baginda sultan. IV "Tolong, jangan pukul saya, mak," kata Siti kepada ibunya.

Bahasa

Melayu

(6)

A. I sahaja B. I dan II C. I, dan IV

D. I, II, III, dan IV

2. I Tamparan di telinga dapat memekakkan seseorang. II Kejayaannya merupakan tamparan hebat kepadanya.

III Pasukannya menerima tamparan hebat akibat kekalahan dalam perlawanan itu.

IV Dia menghadapi tamparan itu dengan hati yang tabah. A. I sahaja

B. I dan III C. II dan IV

D. I, II, III, dan IV

3. I Minah terbuang cincin pertunangannya ketika mengemas mejanya.

II Segala usahanya terbuang sahaja jika dia tidak mendapat kenaikan pangkat. III Samad hidup terbuang daripada keluarga dan masyarakat.

IV Bahan terbuang dapat dikitar semula. A. I dan II

B. I, II, dan III C. I, III, dan IV D. I, II, III, dan IV

C. Memilih Frasa Yang Betul

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan

penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandai sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandai D jika tiada kesalahan.

1. Mona teramat mengingati rakan lamanya yang telah berpindah dan kini menetap di luar negara.

A. amat mengingati rakan lamanya B. teramat ingatkan rakan lamanya C. teramatlah mengingati rakan lamanya D. teramat mengingati rakan lamanya

2. Baju itu dibelinya di pasar malam dengan harga dua puluh setengah ringgit. A. dua puluh tengah ringgit

B. dua puluh ringgit setengah C. dua puluh ringgit dan setengah

Bahasa

Melayu

(7)

D. dua puluh setengah ringgit

3. Penglihatannya semakin hari menjadi makin kabur sejak beliau diserang penyakit diabetes.

A. Penglihatannya semakin hari semakin kabur B. Penglihatannya semakin hari makin kabur C. Penglihatannya semakin sehari makin kabur

D. Penglihatannya semakin hari menjadi makin kabur

D. Memilih Ayat Yang Betul

Pilih ayat-ayat yang betul.

1. I Kumpulan pengakap yang berkhemah di pinggir hutan itu dikejutkan oleh kehadiran tetamu yang tidak diundang.

II Hanya mereka yang berhemah tinggi diambil untuk menyertai seminar itu. III Tolong sampaikan salam saya kepada ibu bapamu di kampung.

IV Sally sentiasa berada di sisi ibunya sehingga ke saat-saat akhir. A. I dan III

B. 1, II, dan III C. I, dan IV

D. I, II, III, dan IV

2. I Begnya diletakkan di antara kedua-dua beg yang besar itu. II Di antara dia dan saya, tidak ada sebarang perbezaan.

III Mereka akan tiba di sini di antara pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang. IV Osmanlah yang menjadi batu penghalang dalam hubungan antara mereka. A. IV sahaja

B. I dan IV C. I, III, dan IV D. I, II, III, dan IV

3. I Para remaja masa kini lebih gemar berdarmawisata pada hujung minggu. II Ketika berlaku kejadian itu, sekumpulan pelajar sedang bersantai di situ. III Ayah saya beristirahat di kerusi malas setelah bekerja seharian di pejabat. IV Kejayaan pasti dapat dicapai oleh seseorang yang gigih berusaha.

A. I dan II B. I, III, dan IV C. II, III, dan IV D. I, II, III, dan IV

Bahasa

Melayu

(8)

E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang

paling hampir dengan ayat tang dicetak tebal.

1. Kini, barulah dia sedar bahawa selama ini dia dibodohkan oleh rakan-rakan yang sangat dipercayainya.

A. Rakan-rakan yang sangat-sangat dipercayainya menyedarkannya bahawa selama ini dia dibodohkan.

B. Selama ini, rakan-rakan yang sangat-sangat dipercayai telah berjaya membodohkannya.

C. Kini dia sedar bahawa selama ini dia dibodohkan oleh rakan-rakan yang sangat-sangat dipercayainya.

D. Baru kini dia menyedari bahawa rakan-rakan kepercayaannyalah yang membodohkannya selama ini.

2. Fikirannya bercelaru semenjak kejadian itu dan kini dia sering termenung. A. Fikirannya bercelaru semenjak kejadian itu dan menjadikan dia kini sering

termenung.

B. Dia sering termenung kini, lalu fikirannya bercelaru semenjak kejadian itu.

C. Dengan fikirannya yang bercelaru semenjak kejadian itu, kini dia sering termenung. D. Semenjak kejadian itu, fikirannya menjadi bercelaru dan sekarang dia selalu

termenung.

3. Sebelum berlepas ke luar negara, semua peserta diwajibkan menghadiri kursus di sebuah institusi yang ditetapkan anjuran pihak penaja.

A. Sebelum berlepas ke luar negara, semua peserta diwajibkan menghadiri kursus anjuran pihak penaja.

B. Pihak penaja mewajibkan bahawa sebelum berlepas ke luar negara, semua peserta menghadiri kursus di sebuah institusi yang ditetapkan anjurannya.

C. Para peserta yang akan berlepas ke luar negara diwajibkan menghadiri kursus di sebuah institusi yang ditetapkan anjuran pihak penaja sebelumnya.

D. Pihak penaja menganjurkan kursus di sebuah institusi yang ditetapkan serta mewajibkan kehadiran para peserta yang akan berlepas ke luar negara.

F. Peribahasa

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

Bahasa

Melayu

(9)

1. Selepas kematian suaminya, Kak Edah berasa sangat susah kerana terpaksa bekerja keras untuk membesarkan anak-anaknya. Lama-kelamaan, dia dapat mengatasi kesusahan tersebut dan menganggapnya sebagai perkara biasa. Keadaan ini dikatakan

A. alah bisa tegal bisa.

B. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

C. betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. D. berat sama ringan sama dijinjing.

2. Bunyi letupan gunung berapi itu sangat kuat seperti A. kaca jatuh ke batu.

B. bertemu buku dengan ruas. C. halilintar membelah bumi. D. merak mengigal di hutan.

3. Amri berani mempertahankan haknya untuk mendapatkan harta pusaka arwah ayahnya kerana dia pasti dia berada di pihak yang benar.

Tindakan Amri umpama A. ukur baju di badan sendiri.

B. takut kerana salah berani kerana benar. C. sudah terang lagi bersuluh.

D. membesarkan kerak nasi.

( / )

Bahasa

Melayu

(10)

Bahagian B

1. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa, Cariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan tatabahasa:

Kata tugas

Ayat

Istilah

Imbuhan

Hukum DM

Ayat Jenis Kesalahan

Tatabahasa (i) Kucing Hanna yang bernama Tompok itu sangat suka

minum susu dan ia jiga suka makan ikan goreng.

__________________________________________________ (ii) Pengawas Pusat Sumber sedang bertungkus lumus menjumlahkan buku-buku di perpustakaan.

__________________________________________________

(iii) “Saya hendak bermain badminton,” kata Sarah dan kawan-kawannya kepada guru subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

__________________________________________________

(iv) Jawatan-jawatankuasa persatuan, kelab dan badan beruniform diminta hadir ke mesyuarat pada hari Sabtu ini. __________________________________________________

( /8)

Bahasa

Melayu

(11)

2. Dalam petikan di bawah terdapat kesalahan Kenal pasti kesalahan-kesalahan dan tulis yang pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Jenis kesalahan ejaan:

Kata majmuk

BA BM

Vokal (a e i o u)

Tanda baca (Aa / “ ” / - )

Imbuhan (gg & kk)

Ayat Jenis Kesalahan

Ejaan (i) Adib telah berpeluang menemubual Olahragawan Negara

tahun 2014 diPusat Dagangan Dunia Putra baru-baru ini. _________________________________________________ (ii) Yang Dipertuan Agong telah mengurniakan pingat

kehormat kepada tokoh-tokoh politik yang telah

menyumbangkan jasa mereka kepada pembangunan negara. _________________________________________________ (iii) Dia terpaksa berulang alik dari tempat kerja ke hospital pada setiap hari kerana anak bongsunya dijangkiti demam campak. _________________________________________________ ( /3)

Bahasa

Melayu

Edubest

(12)

3 Tukar ayat-ayat aktif berikut kepada ayat-ayat pasif. Tulis jawapan pada ruang jawapan yang disediakan.

Teknik :

1. Kenal pasti (dengan simbol)

 Subjek ( )

 Kata kerja ______

 Objek

 Frasa kerja / hubung :

o Tidak ditanda simbol : kata bantu  kedudukan kedua dalam ayat aktif / ayat pasif

2. Tentukan pihak subjek :

 Pihak 1 & 2 : tidak boleh guna “di…oleh”

 guna “subjek +kata kerja tanpa imbuhan awalan meN- 3. Tukar kedudukan subjek dan objek.

 Frasa sendi kekal di belakang ayat.

 Kata bantu kekal di kedudukan kedua o Ayat aktif : selepas subjek o Ayat pasif : selepas objek

(i) Guru mendenda murid-murid yang tidak menyiapkan kerja rumah mereka. ______________________________________________________________

(ii) Adik melukis gambar-gambar pemandangan dengan menggunakan cat air. ______________________________________________________________

(iii) Saya membuat laporan polis apabila mendapati beberapa orang pemuda asyik berkeliaran di taman perumahan ini pada waktu malam.

______________________________________________________________

Bahasa

Melayu

(13)

(iv) Ayat menghadiakan sebentuk cincin kepada ibu semepna ulang tahun perkahwinan mereka.

______________________________________________________________

(v) Kami membersihkan kawasan tempat tinggal memandangkan kes demam denggi yang semakin meningkat di negara ini.

______________________________________________________________

( /10)

4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar, tulis dua peribahasa yang sesuai. i.___________________________________________________________________ ii. __________________________________________________________________ ( /4)

Bahasa

Melayu

Edubest

(14)

Kertas 2 Masa: 2jam

Penulisan : A. Ringkasan (15%)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis suatu ringkasan tentang

implikasi daripada kejadian kemusnahan belantara.

Sejak kehadiran El Nino dan La Nina, masyarakat lebih menyedari kepentingan mengekalkan tumbuhan hutan sebagai pelindung kepada kesan cuaca terutamanya sebagai pengawal suhu persekitaran. Amalan penebangan tidak terkawal dan pembakaran terbuka di hutan hujan tropika dikenal pasti sebagai punca peningkatan suhu secara mendadak yang lebih dikenali sebagai kesan rumah hijau. Sebagai pembekal oksigen yang utama, hutan berperanan untuk menyerap lebihan karbon dioksida dan menukarkannya kepada oksigen untuk digunakan oleh pelbagai hidupan. Pembalakan tanpa kawalan menjejaskan fungsi semula jadi tumbuhan dan sebagai kesannya bumi mengalami kenaikan suhu secara mendadak.

Selain fungsi tersebut, hutan juga merupakan kawasan tadahan air semula jadi kepada pelbagai hidupan di bumi. Kemusnahan hutan akan mendatangkan kesan mudarat kepada alam flora dan fauna kerana mereka akan diancam bahaya kepupusan. Habitat asli haiwan semakin hilang menyebabkan mereka terpaksa mencari habitat baru. Bukan itu sahaja, manusia turut akan diancam bahaya. Banyak kejadian tanah runtuh dikatakan berlaku berikutan tindakan manusia yang menebang pokok-pokok tanpa kawalan. Kejadian tersebut bukan sahaja merugikan malahan akan turut meragut nyawa yang tidak berdosa.

Langkah drastik perlu diambil untuk menangani masalah dengan efektif. Penguatkuasaan undang-undang difikirkan langkah berkesan kerana pihak terbabit mungkin akan berasa gerun dihadap ke muka keadilan. Selain itu, usaha untuk mewujudkan hutan simpanan harus diteruskan di samping menanam semula pokok-pokok yang telah ditebang. Kita berharap bclukar yang menghijau masih dapat ditatap oleh generasi akan datang.

Bahasa

Melayu

(15)

B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit

Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis sebuah karangan pendek yang tentang

kepentingan bidang pertanian. Panjang karangan anda adalah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Isi :

Bahasa

Melayu

Edubest

(16)

C. Karangan Umum (30%)

Karangan Jenis Surat Rasmi

Petua Menulis Surat Rasmi

1. Surat rasmi bersifat formal. Antara beberapa comtoh surat rasmi termasuklah: a. surat aduan

b. surat rayuan

c. surat pesanan barang d. surat undangan rasmi e. surat permohonan

f. surat edaran (pekeliling)

2. Bahasa yang anda gunakan hendaklah baku dan dengan menggunakan ejaan serta tanda baca yang betul.

3. Selain itu, bahasa yang anda gunakan harus juga mudah, tepat dan padat. 4. Penggunaan kiasan dan sebagainya tidak digalakkan dalam penulisan surat

rasmi ini.

5. Penulisan surat rasmi mempunyai format khusus yang mesti anda ikuti. 6. Format Surat Rasmi

I. Alamat pengirim

 Ditulis dengan lengkap di sebelah kiri bahagian atas surat.

II. Garis panjang melintang

 Dibuat selang sebaris setelah menulis alamat pengirim.

III. Nama dan Alamat Pengirim

 Ditulis di bawah garis panjang melintang, iaitu sudut sebelah kiri surat, sejajar dengan alamat pengirim. Baris akhir pada alamat penerima mestilah digarisi.

IV. Tarikh

Bahasa

Melayu

(17)

 Ditulis di sebelah kanan surat, sebelah dengan baris akhir alamat penerima. Nama bulan hendaklah ditulis dengan lengkap dan berhuruf besar sepenuhnya serta dibubuh tanda noktah(.)

V. Panggilan hormat penerima

 Ditulis di bawah alamat penerima setelah melangkaui satu baris kosong. Tanda koma dibubuh selepas panggilan penerima tersebut.

VI. Perkara

 Ditulis di bawah panggilan hormat penerima selepas melangkaui satu baris kosong dan diberi garis di bawahnya. Huruf besar digunakan pada setiap awal kata. Jangan bubuh tanda noktah di bahagian akhir ayat ini.

VII. Pemerengganan/ Isi-isi

 Perenggan pertama dan akhir tidak diberi nombor. Kedua-dua perenggan ini dimulakan dari tepi surat. Perenggan kedua dan seterusnya diberi nombor dan disertai noktah. Permulaan ayat perenggan ini dijarakkan sedikit dari nombor.

VIII. Pengakuan pengirim

 Ditulis di sebelah kiri surat selepas melangkaui dua atau tiga baris kosong.

IX. Tandatangan

 Diletakkan di bawah pengakuan pengirim.

X. Nama dan jawatan penulis surat

 Nama ditulis dengan huruf besar sepenuhnya di dalam kurungan.

Contoh:

Tulis sepucuk surat kepada Tenaga Nasional Berhad daerah anda untuk menyatakan tentang gangguan bekalan elektrik dan lampu jalan yang kerap berlaku di kampung anda.

Bahasa

Melayu

(18)

Rangka Karangan

1 Pendahuluan

a. Alamat pengirim

b. Nama ( jawatan ) dan alamat penerima c. Tarikh

2 Isi-isi

a. Perkara - Gangguan Bekalan Elektrik - berlaku sejak lima bulan lalu b. Masalah-masalah yang terpaksa dihadapi

c. Ketiadaan lampu jalan-menyukarkan pengguna d. Harap tindakan segera dapat diambil

3 Penutup

a. Ucapan terima kasih

b. Tandatangan - Nama – Jawatan

Karangan Lengkap

48, Jalan Dato’ Abdul Hamid 15, Taman Sentosa Baru,

42100 Klang,

Selangor Darul Ehsan.

__________________________________________________________________ Pengarah,

Tenaga Nasional Berhad, Jalan Meru,

42000 Klang,

Selangor Darul Ehsan. 7 OGOS 2019.

Tuan,

Gangguan Bekalan Elektrik

Bahasa

Melayu

(19)

Merujuk perkara di atas, saya sebagai wakil penduduk Taman Sentosa Baru, ingin memaklumkan kepada pihak tuan berkenaan perkara di atas. Kami telah mengalami masalah ini sejak lima bulan yang lepas.

2. Gangguan bekalan elektrik ini telah banyak menimbulkan masalah kepada kami. Gangguan ini berlaku tidak kira masa. Ada ketikanya gangguan ini berlaku sepamjang malam, pada sebelah pagi atau petang sahaja. Malah, ada ketikanya gangguan ini berlanjutan selama dua hari dua malam. Akibatnya, aktiviti seharian yang memerlukan tenaga elektrik tidak dapat dijalankan. Kami terpaksa menggunakan lilin dan pelita minyak tanah untuk menerangi kegelapan, mencuci pakaian tanpa menggunakan mesin basuh dan pelbagai kesukaran lain lagi.

3. Perkara yang paling membimbangkan kami ialah ketiadaan lampu jalan . pejalan-pejalan kaki khususnya pekerja kilang yang bekerja malam menghadapi kesukaran pada waktu malam kerana lampu jalan tidak berfungsi. Malah, ada yang pernah diragut dan disamun oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Bagi kenderaan pula, masalah di simpang-simpang jalan kerap berlaku. Mereka tidak dapat mengesan simpang di sepanjang jalan yang mereka lalui.

4. Oleh sebab itu, saya mewakili peduduk Taman Sentosa Baru, berharap pihak tuan akan mengambil tindakan segera mengatasi masalah ini. Adalah lebih baik jika pihak tuan dapat menghantar juruteknik TNB untuk membuat pemeriksaan serta membaiki kerosakan pada stesen jana kuasa di tempat kami dengan segera.

Sekian sahaja yang dapat saya maklumkan kepada tuan. Jasa baik tuan dalam mengatasi masalah ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang benar,

Raymond

………

( RAYMOND SIEW SWEE HOCK)

Wakil penduduk, Taman Sentosa Baru, Klang.

Bahasa

Melayu

(20)

Latihan:

1. Anda mendapati bahawa sebuah kilang di kawasan perumahan anda telah membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai. Tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa untuk mengadu masalah tersebut serta menyatakan kesan-kesan yang mungkin timbul berikutan tindakan mereka itu.

2. Anda ingin memohon penajaan daripada syarikat minuman untuk Hari Sukan sekolah anda.

Bahasa

Melayu

(21)
(22)
(23)
(24)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

Peranan Gaya Kepemimpinan Terhadap Kinerja Karyawan (Studi Kasus Pada PT. Asuransi Jiwasraya Madiun Branch Office). Skripsi Program Sarjana, Jurusan Manajemen, Universitas

Pembaruan Fungsi Litbang memiliki 2 (dua) fungsi strategis yang harus dikembangkan oleh Litbang : Pertama, fungsi Litbang dalam mendukung pengembangan dan

▪ Peserta didik diberi kesempatan menyampaikan pendapatnya mengenai gagasan pokok dan pendukung pada teks tersebut dan peserta didik yang lain dapat

Dengan adanya penelitian ini diharapkan ikan nila dapat dijadikan bioindikator pada pencemaran limbah deterjen dan dapat dijadikan sebagai bahan informasi

Nama Umur Pendidikan Terakhir Jumlah Tanggungan (jiwa) Lamanya Berjualan (tahun) 16 H... Karakteristik Ekonomi Penjual Daging Sapi di Pasar Tradisional Kota Medan

7 Penggunaan media video berdampak pada keaktifan peserta didik sehingga sehingga efektifitas guru dalam menyampaikan materi dapan terencana dan terprogram dengan

Anwar, J. Ekologi Ekosistem Sumatera. Yogyakarta: UGM Press. Hortikultura aspek budaya. Cagar Alam Leuweung Sancang. In Informasi Kawasan Konservasi Propinsi Jawa Barat

Nantinya, penerbitan obligasi tersebut merupakan bagian dari penawaran umum berkelanjutan (PUB) Rp 12 triliun, dimana sebelumnya telah diterbitkan sebesar Rp 7 triliun pada tahap