• Tidak ada hasil yang ditemukan

Modul PT3 SM 303. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Modul PT3 SM 303. Nama :"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Edubest

Modul PT3

SM 303

(2)

Format Bahasa Melayu PT3 Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)

Bahagian A: (20%) 20 Soalan aneka pilihan

a. Sistem bahasa

b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)

Bahagian B: (25%)

Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)

Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%) Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)

Bahagian C: (15%)

Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2)

Kertas 2 : 40% (1 jam)

Bahagian A: (10%)

Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)

Bahagian B: (30%)

Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)

Bahasa

Melayu

(3)

Sistem Bahasa Bahagian A

A. Golongan Kata

Kata Kerja Tak Transitif dan Transitif Kata Kerja Tak Transitif

1. Tidak memerlukan objek atau penyambut selepasnya 2. Terbahagi kepada dua, iaitu:

a. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut.

o Contoh: Wanita itu sedang tersenyum.

 Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap juga boleh disertai unsur keterangan.

o Contoh: Wanita itu sedang tersenyum seorang diri. b. Kata kerja tak transitif berpelengkap

Kata kerja tak transitif berpelengkap mesti diikuti pelengkap.

 Pelengkap berbeza dengan objek kerana pekengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan ayat.

Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. o Contoh: Kita dilarang berbuat jahat.

Kata Kerja Transitif

1. Memerlukan objek daripada frasa nama selepasnya. 2. Terbahagi kepada dua, iaitu:

a. Kata kerja transitif aktif

menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran -kan atau -i.

Contoh: Munirah sedang membaca buku. Pekerja itu tidak mengabaikan tugasnya

b. Kata kerja transitif pasif

Kata kerja pasif yang disertai awalan di-.

o Contoh: Buku sedang dibaca oleh Munirah.

Kata kerja pasif yang disertai awalan ter-.

o Contoh: Kotak yang berat itu terangkat olehnya.

Bahasa

Melayu

(4)

Kata kerja pasif yang disertai akhiran –kan dan -i dan bagi kata ganti nama diri orang pertama dan kedua.

o Contoh:Artikel-artikel itu saya bukukan.

Perangainya yang baik perlu kamu contohi.

Kata kerja pasif yang disertai apitan ke-...-an. o Contoh: Malam tadi jiran saya kecurian.

Kata kerja pasif yang disertai apitan dipeR-...-kan.

o Contoh: Anak bongsunya diperisterikan oleh Puan Mahani.

Latihan: Soalan 1-4

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Sungguhpun baru beberapa bulan tinggal di negara ini, pekerja asing itu mampu ___________ bahasa Malaysia dengan baik.

a) menuruti b) mengikuti

c) menguasai

d) memaklumi

2. Sesetengah atlet negara kita layak sebagai ____________ ahli sukan profesional.

a) dikelompokkan

b) dikategorikan

c) dikumpulkan

d) dimasukkan

3. Tetamu sedang ____________ air mawar kepada pasangan mempelai yang sedang bersanding itu.

a) merenjis

b) menjirus

c) menyiram

d) memercik

4. Oleh sebab mengelamun ketika guru sedang mengajar, Fiona ______________ menjawab soalan yang ditanya okeh Cikgu Faridah.

Bahasa

Melayu

(5)

a) tersedu-sedu

b) tersipu-sipu

c) tertanya-tanya

d) termangu-mangu

Soalan 5-6

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

5. Pihak urus setia memperakukan bahawa salinan sijil itu adalah sah setelah A

melihat sijil asal yang dilampirkan bersama-sama surat permohonan. Tiada

B C D

kesalahan.

6. Lelaki tua yang sering merayau-rayau itu mengalami kecederaan parah dalam A B

kemalangan ngeri itu. Tiada kesalahan. C D

Soalan 7-8

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

7. I Kawasan perkampungan itu bergelora akibat diancam gajah liar.

II Perasaan Mak Joyah bergelora semasa menanti kepulangan anaknya yang balik bertugas dari luar negara.

III Para perajurit negara mempunyai semangat yang bergelora untuk mempertahankan negara daripada ancaman pengganas.

IV Nelayan tidak turun ke laut ketika laut bergelora.

a) I, II, dan III

b) II, III, dan IV

c) I, II, dan IV

d) I, III, dan IV

Bahasa

Melayu

(6)

8. I Budak itu benar-benar menurun kelakuan bapanya.

II Pasukan ekspedisi itu bergegas menurun bukit yang curam itu.

III Anggota bomba itu menurun tangga dengan cepat apabila sampai di tempat kebakaran.

IV Pawang itu menurun ketika mengubati pesakitnya.

a) I dan II

b) II dan III

c) III dan IV

d) I dan IV

B. Penggunaan Kata Dalam Ayat

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

1. I Asmahani menyapu air matanya dengan sehelai kertas tisu.

II Negara China dijangka akan menyapu semua pingat , emas acara badminton dalam Sukan Asia nanti.

III Halaman rumah itu dipenuhi sampah sarap kerana tidak pernah menyapu. IV Samantha menyapu krim pada kedua-dua belah pipinya.

a) I dan II b) II dan III c) I, II, dan IV d) I, III, dan IV

2. I Pengerusi pertubuhan itu menimbulkan beberapa isu dalam mesyuarat tersebut.

II Untuk menimbulkan kapal yang karam itu bukanlah pekerjaan yang mudah. III Penutupan sebahagian daripada jalan utama itu telah menimbulkan

kesesakan yang teruk.

IV Penggunaan baja yang bermutu telah menimbulkan benih itu dengan cepat. a) I dan III

b) II dan IV c) I, II, dan III d) I, III, dan IV

3. I Pada waktu pemerintahan Inggeris dahulu, Malaysia dikenali dengan nama

Bahasa

Melayu

(7)

"Malaya".

II Fariz dan Ihsan sudah berada di tempat itu tepat pada waktu 7.30 pagi. III Pada waktu lapang, Ustaz Harun dan anak-anaknya gemar memancing. IV Waktu saya berpindah ke kampung ini, penduduknya masih mundur lagi.

a) I dan III

b) II dan IV

c) I, III, dan IV

d) I, II, III, dan IV

C. Memilih Frasa Yang Betul

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai

kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

1. Hal yang beliau beritahukan kepada penyokongnya itu dusta semata-mata. a) beliau beritahu

b) diberitahu beliau c) diberitahukan beliau d) beliau beritahukan

2. Jiran saya tidak tahu yang adik bongsu saya teman sepersekolahan anaknya. a) tidak tahu akan adik bongsu

b) tidak tahu bahawa adik bongsu c) tidak mengetahui yang adik bongsu d) tidak tahu yang adik bongsu

3. Perhatian penonton tertumpu penuh pada ahli sarkas yang lincah itu. a) tertumpu penuh kepada

b) tertumpu dengan sepenuhnya pada c) tertumpu dengan sepenuhnya kepada d) tertumpu penuh pada

D. Memilih Ayat Yang Betul

Pilih ayat-ayat yang betul.

1. I Para penonton tidak berhenti-henti memuji kecantikan peragawati yang telah menjadi pelakon itu.

II Hartawan itu membeli tiga gelung permaidani buatan Turki yang berharga

Bahasa

Melayu

(8)

ribuan ringgit.

III Atlet Malaysia yang memenangi pingat emas di Sukan Asia ke-15 di Doha akan diberi ganjaran RM80,000.00.

IV Keempat-empat ekor anak kucing yang kematian ibu itu diberi minum susu oleh ibu setiap tiga jam.

a) I dan II b) III dan IV c) I, III, dan IV d) II, III, dan IV

2. I Suhaimi dijadikan anak angkat oleh Encik Lamin dan Puan Gayah sejak dia berusia satu tahun.

II Sayur-sayuran itu dibeli Pak Nik daripada peniaga di Pasar Tani. III Kakitangan kerajaan dinasihati oleh YAB Perdana Menteri supaya lebih berdedikasi dalam menjalankan tugas mereka.

IV Pak Pandir tidak sedar bahawa kain yang dipakainya sudah melurut ke bawah pinggangnya.

a) I dan III

b) II dan IV

c) I, II, dan III d) I, II, III, dan IV

3. I Pelajar-pelajar perempuan yang akan membuat persembahan itu disolekkan oleh guru mereka sendiri.

II Kakak mengangkat kesemua cucur udang yang digorengnya itu setelah membalik- balikkannya beberapa kali.

III Walaupun tergolong sebagai orang yang terpandang di daerah itu, Data Mustafa tidak pernah meninggi diri.

IV Encik Jabir masih belum mahu menuntut semula wang yang dipinjamkannya kepada jirannya itu.

a) I dan III

b) II dan IV

c) I, II, dan III

d) II, III, dan IV

Bahasa

Melayu

(9)

E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

1. Untuk mengendurkan kemarahan Bangko, Marsha menyuruh budak yang menjadi punca kemarahan abangnya itu beredar dari situ.

A. Bagi mengurangkan amarah abangnya terhadap Bangko, Marsha mengarahkan budak itu pergi dari situ.

B. Dengan menyuruh budak yang menjadi punca kemarahan Bangko pergi dari situ, barulah kemarahannya reda.

C. Budak yang menjadi penyebab kemarahan Bangko disuruh oleh Marsha beredar dari situ bagi meredakan kemarahan abangnya itu.

D. Budak yang menjadi punca kemarahan Bangko segera beredar dari situ apabila disuruh oleh Marsha.

2. Cikgu Buram akan menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini rakan yang pernah bermain dengannya semasa kecil dahulu.

A. Cikgu Buram akan mengakhiri zaman remajanya dengan memperisteri rakan kanak-kanak sepermainannya suatu ketika dahulu.

B. Gadis yang bakal diperisteri oleh Cikgu Buram bagi mengakhiri zaman bujangnya merupakan kawan sepermainannya semasa dia kanak-kanak dahulu.

C. Dengan menikahi bekas teman sepermainannya dahulu, berakhirlah zaman bujang Cikgu Buram.

D. Zaman bujang Cikgu Buram tamat apabila beliau bernikah dengan teman sepermainannya semasa dia kanak-kanak dahulu.

3. Kerajaan negeri Perak sedang giat membangunkan kawasan rezab Melayu yang lama terbiar di pinggir bandar itu.

A. Kawasan rezab Melayu yang sedang giat dimajukan oleh kerajaan Perak itu telah

lama terbiar di pinggir bandar itu.

B. Kawasan rezab Melayu yang lama terbiar di pinggir bandar itu sedang pesat dimajukan oleh kerajaan negeri Perak.

C. Pembangunan pesat kawasan rezab Melayu yang lama terbiar di pinggir bandar itu diusahakan oleh kerajaan negeri Perak.

D. Pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan negeri Perak di kawasan rezab yang lama terbiar itu adalah untuk kegiatan orang Melayu.

Bahasa

Melayu

(10)

F. Peribahasa

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

1. "Saya sangat kecewa kerana dusun yang saya usahakan ini ayah serahkan kepada kakak," kata Sulung kepada bapanya.

Nasib yang menimpa Sulung itu sesuai dengan peribahasa _____________. a) kerbau punya susu, sapi punya nama

b) habis sepah manis dibuang

c) gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah d) tangan penat memerah, pasu mendapat santannya

“Ada tangga henda memanjat tiang”

2. Peribahasa di atas merujuk kepada seseorang yang ________________. a) tidak menurut aturan dalam melakukan sesuatu

b) sengaja mencari kesusahan dalam melakukan sesuatu c) berusaha keras dalam mengerjakan sesuatu

d) tahu untuk mencari ikhtiar apabila menghadapi kesukaran

3. Tuk Amin sering dikunjungi para pemuda di kampung itu bagi mendapatkan pandangannya tentang pelbagai hal kerana Pak Amin _______________.

a) beraja di mata, bersultan di hati b) banyak makan garam

c) cepat kaki, ringan tangan d) musang berbulu ayam

( / )

Bahasa

Melayu

(11)

Bahagian B

1 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan tatabahasa:

Kata tugas Ayat

Istilah

Imbuhan Hukum DM

Ayat Jenis Kesalahan Tatabahasa (i) Kedua warganegara Indonesia itu diberkas oleh pihak

berkuasa kerana memasuki Malaysia secara haram.

(ii) Pertengkaran yang berlaku di antara Zaidi dan Amran telah membuatkan hubungan mereka semakin renggang.

(iii) Murid-murid dikehendaki menyiapkan lukisan mereka dalam masa satu setengah jam.

(iv) Para-para penonton yang menyaksikan perlawanan bola sepak itu bertepuk sambil bersorak untuk meyokong pasukan masing-masing.

( /8)

Bahasa

Melayu

(12)

2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan ejaan:

Kata majmuk BA BM

Vokal (a e i o u)

Tanda baca (Aa / “ ” / - ) Imbuhan (gg & kk)

Ayat Jenis Kesalahan Ejaan (i) Pegawai kerajaan itu berusaha mententeramkan orang

ramai yang mulai gelisah itu.

(ii) Penerapan disiplin dapat dilakukan dari segi tingkahlaku dan hubungan antara satu dengan lain.

(iii) Walaupun Azihadin sibuk dengan aktiviti ko-kurikulum, namun dia tidak pernah mengabaikan pelajarannya.

( /3)

Bahasa

Melayu

(13)

3 Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah tanpa mengubah

maksud asalnya.

Teknik :

i. Penutur / Pihak yang cakap ii. Pendengar / Pihak yang dengar iii. Nada: 1. memberitahu 2. berkata bahawa 3. menasihati 4. meminta 5. memesan 6. menyuruh 7. melarang 8. merayu 9. menafikan 10. ingin tahu 11. menanya 12. bertanyakan 13. mengajak 14. menjemput

15. meminta keizinan / kebenaran

(i) “Bagaimanakah percutian awak di Sabah?” tanya Ai Ling kepada Kavita.

__________________________________________________________________

(ii) “Bagaimanakah kemalangan itu berlaku?” tanya seorang pemberita kepada seorang wanita yang menyaksikan kejadian tersebut.

__________________________________________________________________

(iii) “Aduh, sakitnya kaki saya ini!” rintih Mak Minah.

__________________________________________________________________

(iv) “Jangan bermain layang-layang berdekatan dengan pencawang elektrik itu,” kata Pak Abu kepada Amin.

Bahasa

Melayu

(14)

__________________________________________________________________

(v) “Siapakah nama kawan karib kamu?” tanya Diana kepada Mira.

__________________________________________________________________

( /10)

4. Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.

( /4)

Bahasa

Melayu

(15)

Penulisan :

A. Rumusan (15%)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu rumusan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiritanpa mengubah maksud asal petikan.

Fenomena vandalisme atau lebih dikenali sebagai perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian bukanlah suatu senario yang baru di Malaysia. Malah polemik ini semakin hangat diperkatakan di media massa. Banyak harta awam seperti pondok telefon, tandas awam, dan sebagainya telah dirosakkan menyebabkan kerajaan terpaksa membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menggantikan harta benda awam tersebut.

Persoalannya, bagaimanakah gejala ini dapat dibendung agar tidak menular dalam kalangan masyarakat kita? Salah satu aspek yang harus diberi penekanan ialah pendidikan. Pendidikan merupakan asas pembentukan sahsiah individu. Ceramah yang diadakan di sekolah-sekolah diharapkan dapat memberi utilitarian sepenuhnya serta mencambahkan kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah. Nilai-nilai murni pula ditekankan dalam subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Di samping itu, hukuman dan denda yang lebih berat harus dikenakan ke atas para vandelis yang tidak bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, ada sesetengah pihak memberi cadangan bahawa pesalah vandalisme didenda membersihkan kawasan awam. Cara ini diharapkan dapat menginsafkan pesalah atas kesalahan yang telah dilakukan.

Kerajaan pula bertindak tegas dalam membasmi gejala ini daripada terus berleluasa. Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau.jawatankuasa-jawatankuasa lain haruslah mencurah bakti demi menangani gejala ini. Bagi masyarakat pula, mereka boleh memainkan peranan dengan menegur dan menasihati pesalah. Sekir anya semua pihak berganding bahu, masalah ini nescaya dapat dikurangkan.

Bahasa

Melayu

(16)

B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit

Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis sebuah karangan pendek yang tentang

gaya hidup sihat. Panjang karangan anda adalah antara 50 hingga 80 patah

perkataan.

Isi :

Bahasa

Melayu

(17)

C. Karangan Umum (30%) Karangan Jenis Syarahan

Panduan Menulis Karangan Syarahan

1. Karangan jenis syarahan atau dikenal juga sebagai pidato merupakan karangan berformat.

2. Berikut adalah format yang perlu diikuti apabila menulis karangan jenis ini. (a) Kata alu-aluan kepada para hadirin. Kata-kata ini mestilah mengikut

pangkat seperti Yang Mulia, Yang Berhormat, Yang Berbahagia, Yang dihormati, dan lain-lain.

(b) Kata-kata penghadapan diselang-selikan antara satu atau dua perenggan. Antara kata-kata penghadapan yang biasa digunakan ialah, Hadirin yang dihormati, Hadirin dan hadirat sekalian, Tuan-tuan dan puan-puan, Saudara-saudari, dan lain-lain. Penulisannya hendaklah dimulakan betul-betul di sebelah kiri dan selepas dilangkau satu baris daripada isi sebelumnya.

3. Kandungan syarahan terbahagi kepada tiga, iaitu : (a) Pendahuluan – Berisi kata alu-aluan.

(b) Isi – Memuatkan perkara-perkara penting yang hendak disampaikan (berdasarkan tajuk yang diberi). Berikan definisi tajuk dan setiap fakta mestilah dihuraikan dan ada contoh yang sesuai. Isi perlu diselang-seli dengan kata-kata penghadapan seperti Tuan-tuan dan puan-puan, Hadirin yang dihormati sekalian, dan sebagainya.

(c) Penutup – Memuatkan kesimpulan, ucapan maaf dan terima kasih.

4. Dalam peperiksaan, karangan jenis ini lazimnya dikemukakan dalam bentuk pertandingan. Oleh hal yang demikian, anda perlu memberikan kata-kata pujian kepada hakim yang mengadilinya, seperti Tuan Hakim yang arif lagi bijaksana atau yang sama maksud dengannya.

5. Untuk menulis syarahan yang bermutu, anda mestilah mengemukakan isi yang bernas, tepat, dan jelas.

Gunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Anda boleh juga menyelitkan jenaka yang sopan atau kata-kata kiasan untuk menghindarkan perasaan jemu para pendengar.

Bahasa

Melayu

(18)

Contoh:

Anda bercadang memasuki satu pertandingan syarahan. Tajuk yang dipilih ialah “ Kesan Penggunaan Internet kepada Pelajar. Sediakan teks syarahan anda itu selengkapnya.

Rangka karangan

Pendahuluan

Kata alu-aluan – nyatakan tajuk syarahan

Isi Positif

 Internet memudahkan para pelajar

 Memperoleh maklumat

Memudahkan kita menghubungi rakan  Boleh menonton cerita dan dengar lagu Negatif

 Melayari cerita porno

Buang masa yang lama untuk melayari internet

Penutup

 Kesan negatif dan positif – peranan ibu bapa

KESAN PENGGUNAAN INTERNET KEPADA PELAJAR

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan, guru-guru penolong kanan, para hakim yang adil, guru-guru, dan rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya merakamkan penghargaan kerana diberi peluang menyampaikan syarahan dalam majlis yang bermakna ini. Tajuk syarahan saya ialah “Kesan

Penggunaan Internet kepada Pelajar”.

Selaras dengan perkembangan sains dan teknologi, perkembangan internet telah

Bahasa

Melayu

(19)

mengambil alih untuk mempercepat usaha pembangunan manusia. Kini internet boleh dilanggani menerusi komputer yang dihubungkan menerusi talian telefon dan juga telefon bimbit.

Hadirin yang dihormati,

Internet memudahkan para pelajar memperoleh maklumat. Sebagai contoh, untuk menyiapkan tugasan yang guru beri, kadang-kala kita perlu mencari maklumat daripada sumber yang terdapat di perpustakaan. Namun, itu cara lama. Kini, dengan adanya internet, sekadar menekan huruf-huruf di papan kekunci komputer, pelbagai maklumat akan kita peroleh seperti tentang ekonomi, pendidikan, dan budaya. Maklumat tersebut pula tidak terhad dari dalam negara, tetapi di seluruh dunia. Jika bergantung cara lama untuk memperoleh maklumat, bukan sahaja membuang masa, malah maklumat yang diperoleh tidak terkini.

Internet memudahkan kita menghubungi rakan kita di mana sahaja kita berada. Menerusi internet dan telefon bimbit, kita boleh menghubungi orang yang kita sayangi, bila-bila masa sahaja. Sebelum ini, alat perhubungan yang mudah ialah telefon. Kita tidak dapat menghubungi seseorang itu jika orang yang dihubungi tidak berdekatan dengan telefon. Tetapi kini, kita boleh menghubungi ayah dan ibu yang akan membawa telefon bimbit setiap masa. Memang sebagai seorang pelajar dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah, tetapi tidak bermakna kita dilarang menghubungi ayah dan ibu kita pada waktu rehat dengan menggunakan telefon awam. Kesannya, kemudahan yang diperoleh dapat memperteguh ikatan kasih sayang dengan kedua-dua orang tua kita.

Hadirin yang dikasihi,

Ada masa untuk belajar dan ada masa untuk berhibur. Hiburan amat penting bagi seorang pelajar yang letih seharian mengulang kaji pelajaran. Oleh itu, dengan kita dapat menonton cerita yang menarik ataupun mendengar lagu dengan kehadiran internet. Cerita yang dipaparkan masih baru, serentak dengan tayangannya di pawagam. Cara ini, sekurang-kurangnya menjimat masa. Apa tidaknya, jika tidak terpaksa kita ke pawagam untuk menonton wayang. Anda semua tahulah, menonton dengan mangambil masa dua jam, perjalanan pergi dan balik kadang-kadang mengambil masa dua jam juga. Selama empat jam dihabiskan untuk menonton. Jadi, dengan adanya internet, kita tidak banyak membuang masa hanya untuk menonton

Bahasa

Melayu

(20)

sebuah cerita yang kita gemari

Namun begitu, internet juga membawa kesan yang negatif. Ramai dalam kalangan remaja, khususnya pelajar menggunakan kemudahan internet untuk melayari cerita porno, iaitu cerita yang dipenuhi unsur seks. Jika tidak menonton cerita, pemaparan gambar-gambar tanpa seurat benang amat memalukan sekali. Bayangkanlah, dalam usia yang muda, yang sewajarnya diisi dengan gambar yang murni, cerita yang indah, tetapi gambar sebegitu buruk pula mengambil tempat. Unsur-unsur Inilah menjadi faktor utama sesetengah remaja ini terjebak dalam gejala tidak sihat seperti merogol. Hal ini berlaku kerana jika berterusan menonton gambar yang berbaur lucah, lama-kelamaan pemikiran akan terpengaruh untuk melakukan sendiri perbuatan tersebut.

Hadirin yang dimuliakan,

Malah, sesetengah pelajar sanggup membuang masa berjam-jam melayari internet. Sesudah menonton cerita akan melihat gambar yang beunsur negatif, kemudian menghubungi rakan menerusi e-mel. Mereka sanggup seharian suntuk duduk di rumah melayari internet. Dalam banyak kes, pelajar yang bersikap negatif ini, akan melupakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang sepatutnya menghabiskan masa dengan menelaah nota pelajaran. Malah, golongan ini juga tidak akan bercampur gaul dengan rakan sebaya yang menghabiskan masa di padang permainan untuk beriadah. Kesannya, wujudlah senario yang tidak diingini dalam masyarakat kita pada zaman kini.

Demikianlah serba sedikit kesan internet kepada pelajar. Sebenarnya, teknologi yang dibawa masuk ke negara kita pada penghujung tahun 1980-an ini banyak faedahnya, tetapi ramai yang menyalahgunakan. Oleh itu, sudah tentu peranan ibu bapa memantau pergerakan ini amat diperlukan.

Ke Kuala Muda memcari beronok,

Beronok ke sorok ke lembah puaka, Tempat belia menyebar jala,

Melayari internet memang seronok, Klik sahaja yang kita suka,

Silap klik membawa bala.

Demikian sahaja syarahan saya pada pagi ini. Saya akhiri syarahan dengna lafaz terima kasih. Sekian

Bahasa

Melayu

(21)

Latihan:

(Sila rujuk peta minda yang disediakan)

1. Anda ingin menyertai pertandingan syarahan yang bertajuk " Golongan Istimewa Harus Diberi Layanan Istimewa". Tulis teks syarahan anda itu selengkapnya.

2. Anda menyertai pertandingan syarahan. Tajuk syarahan anda ialah “ Kegiatan Kokurikulum yang Disertai olehPelajar Sekolah”. Tulis teks syarahan anda itu selengkapnya.

Bahasa

Melayu

(22)
(23)
(24)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

Tenaga yang terhasil selepas zat-zat makanan tersebut selesai dioksidakan akan digunakan untuk memanaskan badan; menggantikan sel-sel yang mati atau yang rosak dengan

Santap beradat, santap istiadat, Santap nasi suap pertama, Santap raja di majlis kebesaran, Berturut dengan suap kedua; Santap merai, hormat-menghormat; Dua suap, ketiga sudah,

Keuntungan yang amat besar berjaya diraih kumpulan yang ulung tersebut dalam persembahan mereka.. Persembahan tersebut berjaya meraih keuntungan yang amat besar oleh kumpulan

Anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu menyambut kepulangan ibu ke rumah.

Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, dan Sang Udang sentiasa bersedia dengan tugas masing-masing apabila merasakan bahawa Nabi

Undang-undang perpustakaan yang ketat mengehadkan aktiviti pelajar, oleh itu tidak sesuai dijadikan tempat menelaah pelajaran.. Oleh sebab peraturan perpustakaan mengehadkan

Peguam bela menyambung hujahnya dengan menyatakan bahawa Bulat bin Leper telah membuang kulit pisang itu ke dalam tong sampah.. Namun begitu, seekor kambing yang

Sebenarnya, penduduk Malaysia harus sedar akan kepentingan tabiat suka membaca buku kerana melalui cara inilah mereka dapat melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu