• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pemahaman. Modul PT3 SM 302. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pemahaman. Modul PT3 SM 302. Nama :"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Edubest

Pemahaman

Modul PT3

SM

302

(2)

Analisis Puisi

Genre Puisi Tradisional

Pantun Syair Moden Sajak Tema Persoalan Bentuk Terikat

Rima akhir Pantun : ab / abab Rima akhir Syair : aaaa

Bebas Rima akhir Sajak : abcdef

Unsur Bahasa

Pengulangan

Pengulangan baris Repitisi

Pengulangan Kata

Ulang kata depan Anafora Ulang kata belakang Responsi Ulang kata tengah Epifora

Sinkope Singkatan : ku, mu, nak Inversi terbalik : akan kuambil Perlambangan Bunga : wanita Personifikasi bersifat manusia Hiperbola Melebih-lebihkan

Unsur bunyi Pengulangan abjad

Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi

Nada

Romantis cinta, kasih sayang Melankolik sedih

Protes membantah

Sinis menyindir / mengejek

Nilai Pengajaran

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(3)

Pemahaman Teks Umum

Syarikat-syarikat Jepun merupakan antara syarikat yang paling berjaya di dunia. Syarikat perniagaan Jepun sentiasa berdaya saing dan inovatif, menjadikan syarikat Jepun sentiasa dikagumi dan dicontohi oleh syarikat-syarikat yang lain di dunia. Syarikat-syarikat Jepun sentiasa mencari dan mempelajari cara untuk mengatasi persaingan dalam negara seperti yang ditunjukkan dalam pasaran besar di Tokyo, Osaka, dan Nagoya.

Syarikat-syarikat ini mempelajari selok-belok pengurusan melalui persaingan tersebut. Namun bcgitu, untuk mengatasi persaingan dengan syarikat asing seperti Amerika Syarikat, Britain, dan Perancis, syarikat-syarikat Jepun saling bermuafakat dan bekerjasama. Sesetengah pihak berpendapat bahawa Jepun dapat bcrsaing dan mengatasi syarikat asing melalu bantuan kerajaan. Anggapan ini bagaimanapun tidak tepat. Walaupun terdapat unsur bantuan, namun bantuan tersebut adalah kecil dan tidak sampai tahap yang digembar-gemburkan.

Kejayaan syarikat Jepun juga adalah kerana mereka sentiasa memberikan tumpuan kepada sumber manusia atau pekerja. Mereka mempunyai mekanisme yang cukup canggih dalam menggaji dan melatih pekerja. Di samping itu, pekerja-pekerja Jepun ditanamkan dengan semangat setia terhadap syarikat melalui pemberian pelbagai insentif imbuhan, serta peluang kenaikan pangkat. Oleh yang demikian, soal berhenti kerja dan pertelingkahan dalam syarikat kurang serius.

Syarikat-syarikat Jepun juga cepat bertindak dalan mengawal kos. Mereka mampu mengurangkan kos pengeluaran apabila perlu. Mereka berupaya uutuk mengubah suai pengeluaran barangan dcngan mutu yang agak berlainan dengan harga yang lebih rendah. Pasukan kawalan mutu syarikat bcrfungsi dengan baik sepanjang masa. Selain itu, syarikat-syarikat Jepun amat menitikberatkan penyelidikan dan pcmbangunan produk. Produk dan hasil keluaran sentiasa dipertingkatkan hasil daripada kajian terperinci dan perkembanuan produk secara berterusan yang dijalankan oleh tenaga pakar syarikat.

Kenyataannya, syarikat-syarikat dan golongan pekerja di Malaysia wajar mencontohi sistem pengurusan cara Jepun ini jika ingin maju. Dengan

Bahasa

Melayu

(4)

kemajuan syarikat-syarikat di negara ini hasil daripada langkah ‘Pandang ke Timur', cita-cita untuk menjadikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020 pasti menjadi kenyataan.

1. Apakah maksud frasa mekanisme yang cukup canggih'!

A Alatan yang hebat B Cara yang agak moden C Kaedah yang serba maju D Insentif yang sangat tinggi

2. Bagaimanakah cara syarikat Jepun mengatasi persaingan dengan syarikat asing?

A Memaksa kakitangan supaya setia terhadap syarikat

B Bersaing sesama sendiri untuk memajukan syarikat masing-masing C Menitikberatkan aspek penyelidikan dan pembangunan produk

D Berupaya untuk mengubah suai pengeluaran barangan dengan mutu yang agak berlainan dengan harga yang lebih tinggi

3. Syarikat-syarikat Jepun memberikan tumpuan kepada sumber manusia dengan cara

A memberikan insentif dan imbuhan kepada pekerja-pekerja tertentu sahaja. B menggunakan mekanisme yang canggih dalarn menggaji dan melatih pekerja, C memperketat syarat kenaikan pangkat kepada setiap kakitangan sesebuah syarikat.

D memaksa setiap kakitangan sesebuah syarikat agar menumpahkan taat setia kepada syarikat.

4. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara masyarakat Malaysia dapat maju seperti masyarakat Jepun?

A Tekun dalam melakukan sesuatu pekerjaan

B Mengharapkan insentif dan imbuban daripada majikan

C Mengharapkan kenaikan pangkat untuk setia kepada syarikat

D Mendapatkan bantuan daripada tenaga pakar syarikat dari luar negara

( /10)

Bahasa

Melayu

(5)

Pemahaman Puisi Tradisional – Seloka

Santap Istiadat”

Santap beradat, santap istiadat, Santap nasi suap pertama, Santap raja di majlis kebesaran, Berturut dengan suap kedua; Santap merai, hormat-menghormat; Dua suap, ketiga sudah, Bukan santap hendakkan kenyang, Keempatnya basuh tangan; Santap santun dengan aturan. Kelima halwa juadah,

Keenam mengiring buah-buahan. Nasi disuap di tangan kanan,

Lauk dibinjat sopan siuman, Ketujuh berkumur-kumur, Sampai ke mulut mamah perlahan, Ke delapan makan sirih; Tanda tidak gelojoh makan. Kelat jatuh ke rengkungan, Selesai santap nasi - Seri naik ke peroman. Diiringkan seteguk minuman,

Isyarat menghormat, mulia-memuliakan. Itulah santap beradat kebesaran Di dalam riwayat zaman yang silam.

Za’ba

(Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Aras Mega (M) Sdn. Bhd.)

Rangkap 1

Santap beradat merupakan istiadat santap raja dalam majlis kebesaran. Santap tersebut bertujuan untuk meraikan dan menghormati tetamu. Majlis santapan ini bukanlah sekadar untuk mengenyangkan perut tetapi merupakan majlis santapan

Bahasa

Melayu

(6)

yang mengajar si penjamu selera agar makan secara sopan dan mengikut tatacara yang tepat.

Rangkap 2

Berdasarkan tatacara dan ketertiban sewaktu makan, nasi hendaklah disuap menggunakan tangan kanan manakala lauk perlulah diangkat secara sopan. Nasi di dalam mulut hendaklah dikunyah dengan perlahan-lahan sebagai tanda tertib dan tidak gelojoh ketika makan. Setelah selesai makan nasi barulah diambil seteguk air minuman sebagai isyarat hormat dan beradab sopan ketika berada dalam majlis santapan itu.

Rangkap 3

Dalam aturan dan cara-cara makan dan minum, suapan nasi bermula daripada suapan pertama hingga suapan ketiga sahaja. Selepas itu, si penjamu selera perlu membasuh tangan, sebelum diikuti dengan menjamah juadah halwa dan seterusnya memakan buah-buahan.

Rangkap 4

Cara-cara makan dan minum yang ketujuh ialah orang yang menjamu selera perlu berkumur-kumur dan diakhiri dengan memakan sirih. Air sirih kelat yang masuk ke kerongkong si penjamu selera akan menambahkan seri pada wajah mereka.

Rangkap 5

Tatacara dan peraturan santapan ini merupakan cara santap beradat kebesaran yang diajarkan oleh generasi terdahulu.

Tema

Ajaran beradab sopan dan tatacara makan dan minum di dalam majlis

mengikut tertib dengan berpandukan didikan generasi terdahulu.

Bahasa

Melayu

(7)

Persoalan

(a) Adab sopan dan tertib ketika menjamu selera dalam sesuatu majlis.

(b) Cara-cara menjamu selera dalam sesuatu majlis.

(c) Masyarakat Melayu yang mengutamakan nilai kesopanan ketika makan dan minum.

(d) Kepentingan beradab sopan dan tertib ketika menjamu selera.

Bentuk

(a) Seloka Santap Istiadat berbentuk bebas/tidak terikat. (b) Seloka ini terdiri daripada lima rangkap.

(c) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah tidak sama. Contohnya:

• rangkap 1: lima baris; • rangkap 2: tujuh baris; • rangkap 3: enam baris; • rangkap 4: empat baris; • rangkap 5: dua baris.

(d) Bilangan perkataan bagi setiap baris seloka ini antara dua hingga enam

patah kata. Contohnya:

Ketujuh berkumur-kumur, (2 patah kata) • Kelat jatuh ke rengkungan, (4 patah kata) • Nasi disuap di tangan kanan, (5 patah kata) • Di dalam riwayat zaman yang silam. (6 patah kata)

(e) Jumlah suku kata dalam seloka ini antara tujuh hingga empat belas suku

kata. Contohnya:

Selesai santap nasi, (7 suku kata) • Isyarat menghormat, mulia-memuliakan. (14 suku kata)

(f) Rima akhirnya bebas. Contohnya:

Bahasa

Melayu

(8)

• rangkap 1: abacb; • rangkap 2: aaaabaa; • rangkap 3: aabcbc; • rangkap 4: abcc; • rangkap 5: ab.

Unsur Bunyi

(a) Asonansi. Contohnya:

Santap santun dengan aturan. (perulangan vokal a) • Ketujuh berkumur-kumur, (perulangan vokal u)

(b) Aliterasi. Contohnya:

Sampai ke mulut mamah perlahan, (perulangan konsonan m) • Selesai santap nasi (perulangan konsonan s)

Gaya Bahasa

(a) Anafora (perulangan perkataan yang sama pada awal baris). Contohnya:

Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai, hormat-menghormat;

(b) Repetisi, Contohnya:

Santap beradat, santap istiadat (rangkap 1, baris 1).

(c) Kata arkaik. Contohnya, peroman.

(d) Personifikasi. Contohnya, Kelat jatuh ke rengkungan.

(e) Kata ganda. Contohnya, hormat-menghormat; mulia-memuliakan;

buah-buahan; berkumur-kumur.

(f) Inversi. Contohnya, Itulah santap beradat kebesaran.

(g) Metafora. Contohnya, riwayat zaman.

Bahasa

Melayu

(9)

Nilai

(a) Kesopanan. Contohnya, pembaca diajarkan cara-cara makan dan minum

dalam majlis secara tertib dan sopan.

(b) Kepatuhan. Contohnya, penjamu selera yang makan dan minum perlu

patuh pada segala etika yang telah digariskan dalam majlis tersebut.

(c) Hormat-menghormati. Contohnya, seseorang perlulah makan dan minum

secara sopan sebagai menghormati tetamu yang berada dalam majlis itu.

(d) Kesederhanaan. Contohnya, pembaca diajar cara makan dan minum secara

bersederhana dan bukannya makan secara berlebihan.

Pengajaran

(a) Kita hendaklah bersikap sopan dan beradab ketika sedang menjamu selera.

(b) Kita mestilah menghormati antara satu dengan yang lain ketika sedang menjamu selera dalam sesuatu majlis.

(e) Kita hendaklah mengikut peraturan ketika makan dengan mendahului perkara yang utama kemudian diikuti dengan perkara-perkara yang berikutnya.

(d) Kita mestilah bersederhana ketika makan dengan tidak mengambil makanan secara berlebihan.

Bahasa

Melayu

(10)

Latihan

(i) Berdasarkan seloka di atas, nyatakan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang selepas membasuh tangan sesudah makan. [3 markah] ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________

(ii) Nyatakan persoalan-persoalan yang dapat anda peroleh daripada petikan

seloka tersebut. [3 markah]

___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, apakah keburukan apabila seseorang makan secara gelojoh dan tidak beradab? [4 markah] ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ( /10)

Bahasa

Melayu

Edubest

(11)
(12)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

Oleh karena kemampuan partikel koloid dapat mengadsorpsi partikel lain maka sistem koloid dapat membentuk agregat sangat besar berupa jaringan, seperti pada

Sesuai dengan penelitian yang telah dilakukan oleh Everitt & Hothorn (2011), bahwa faktor-faktor tersebut dapat memberikan gambaran yang representatif terhadap variasi

Menyediakan perkhidmatan rujukan profesional seperti yang ditakrifkan oleh Association of College and Research Libraries (Amerika Syarikat) iaitu "perkhidmatan

Feministit ovat kiinnittäneet huomiota myös siihen, että paradoksaalisesti nainen on kuitenkin myös hyvin arvostettu, mutta vain rooleissa, jotka eivät vaaranna miehistä

Oleh karena itu tugas Penelitian Tindakan Kelas yang kami laksanakan ini mencoba mengambil tema “ Meningkatkan Pemahaman Pada Mata pelajaran IPA Materi bagian-bagian tumbuhan

Dalam hal ini terlihat bahwa dominasi kelompok Etnis Jawa sebagai etnis dominan dalam ruang public masih terlihat di Era Reformasi, namun di saat yang sama, proses demokratisasi

5 Tahun 2019 tentang Program Profesi Advokat (PPA) dalam pelaksanaanya Perguruan Tinggi harus memiliki kerjasama sesuai Pasal 7 ayat (1) Permenristekdikti No.5 Tahun 2019

Oleh karena itu, peneliti mencoba melakukan penelitian lebih lanjut mengenai pengaruh penambahan bubuk kaca sebagai pengganti sebagian semen dalam adukan beton