• Tidak ada hasil yang ditemukan

Modul PT3 SM 206. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Modul PT3 SM 206. Nama :"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Edubest

Modul PT3

SM 206

(2)

Format Bahasa Melayu PT3 Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)

Bahagian A: (20%) 20 Soalan aneka pilihan

a. Sistem bahasa

b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)

Bahagian B: (25%)

Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)

Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%) Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)

Bahagian C: (15%)

Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2)

Kertas 2 : 40% (1 jam)

Bahagian A: (10%)

Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)

Bahagian B: (30%)

Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)

Bahasa

Melayu

(3)

Sistem Bahasa Bahagian A :

A. Golongan Kata I. Kata Seru

 Kata sera ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan.

Kata Seru:

Aduh – kurang selesa

Aduhai – hampa / malang / kagum Amboi – sindir/ kagum

Ah – menolak sesuatu secara marah Cis – marah

Eh – terkejut

Hai – menegur / terkejut / kecewa

Oh – menyeru (doa) / terkejut / menandakan faham Nah – memberikan/ menghulurkan sesuatu

Syabas / Tahniah- menguacpkan tahniah Wah – kagum

Wahai – menyeru orang

Latihan: Soalan 1-5

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. “_____________, sakitnya gigiku!” Kata Rahiman kepada Khalid sambil memegang pipinya yang bengkak itu.

A. Wah B. Amboi C. Syukur D. Aduh

2. _____________, anda telah berjaya mengharumkan nama negara! A. Aduhai B. Syabas C. Amboi D. Wahai

Bahasa

Melayu

Edubest

(4)

3. _____________, comelnya kucing itu! A. Amboi

B. Eh C. Cis D. Aduhai

4. “_____________, tuan hamba, lepaskanlah anak hamba!” Kata Kasturi kepada Hang Nadim.

A. Wahai B. Aduhai C. Syabas D. Amboi

5. “_____________, kecewanya hatiku apabila mendengar keputusannya!” Keluh Lina. A. Eh B. Oh C. Aduh D. Aduhai Soalan 6-8

Pilih ayat-ayat yang betul.

6. I Wah, busuknya bau longkang ini! II Cis, sanggup kau menganiayai aku!

III Oh, kamulah Salina yang menghilangkan diri itu! IV Cis, berani tuan hamba menderhaka kepada sultan! A. I, II, dan III sahaja

B. II, III, dan IV sahaja C. I, II, dan IV sahaja D. I, III, dan IV sahaja

7. I Ah, comelnya bayi ini!

II Amboi, mahal benar baju itu!

III Ah, aku tidak mahu berjumpa dengannya lagi! IV Aduh, jangan letak kasut ini di sini!

A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. I dan IV sahaja

D. II dan IV sahaja

Bahasa

Melayu

(5)

8. I Aduhai, sopan sungguh tingkah laku gadis itu! II Hai, besarnya rumah Fauziah ini!

III Nah, beraninya dia menentang aku!

IV Oh, maafkanlah aku kerana mengingkari janjiku! A. I dan II sahaja

B. III dan IV sahaja C. I dan IV sahaja D. II dan IV sahaja

II. Kata perintah- arahan, suruhan, larangan, gesaan, tegahan, permohonan,

permintaan

Contoh: jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, harap

III. Kata pembesar- mengesahkan sesuatu pernyataan

Contoh: ya, benar, betul, sungguh, memang

IV. Kata penegas- berfungsi menekankan bahagian tertentu dalam ayat

a) Menegaskan hanya frasa predikat atau bahagianbahagian. Contoh: kah,

-lah, -tah

b) Menegaskan kedua-dua bahagian ayat, subjek atau predikat, atau

bahagian-bahagiannya. Contoh: juga, jua, pun, hanya, sahaja, lagi, memang

Latihan: Soalan 1-5

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. “__________ buang buku itu kerana buku itu masih boleh digunakan lagi," kata abang.

A. Harap B. Jangan C. Jemput D. Tolong

2. “__________, dialah anak saya," kata Puan Fatimah kepada pegawai polis itu. A. Benar B. Hanya C. Lagi D. Kah

Bahasa

Melayu

Edubest

(6)

3. Selain gemar menonton wayang, Azlan __________ gemar membaca novel. A. sahaja

B. betul C. ya D. juga

4. “__________ minum," kata Rodziah kepada tetamunya. A. Jangan

B. Usah C. Minta D. Jemput

5. Apa __________ keupayaanku hendak menghalangnya pergi. A. kah

B. tah C. mesti D. benar

Soalan 6-8

Pilih ayat-ayat yang betul.

6. I "Bilakah kamu akan bertolak ke Jakarta?" Tanya Siew Lan kepada Anita. II "Berapatah harga sekeping cakera padat itu?" Tanya Adam kepada jurujual itu. III Biarlah perkara itu berlalu begitu sahaja.

IV "Bersabarlah kerana dia pasti akan tiba sebentar lagi," pujuk Hanim kepada dirinya sendiri.

A. I, II, dan III sahaja B. II, III, dan IV sahaja C. I, II dan IV sahaja D. I, III, dan IV sahaja

7. I "Benar, dialah pemandu motosikal yang telah meragut beg tangan saya," jelas Sandha kepada pegawai polis itu.

II Setiap orang benar membayar yuran penyertaan.

III "Sungguh, saya tidak pernah menyangka bahawa dia sanggup bertindak sedemikian," akui Salman.

IV "Ya, sayalah orang yang kamu cari selama ini," kata Zakiah. A. I, II dan III sahaja

B. II, III, dan IV sahaja C. I, II, dan IV sahaja

D. I, III, dan IV sahaja

Bahasa

Melayu

(7)

8. I "Jemput duduk dahulu sementara mak cik memanggil Azizah," kata Mak Cik Kiah.

II "Tolong serahkan dokumen ini kepada Puan Wong dengan segera," kata Encik Lim.

III "Harap beri kain ini kepada Salmah," kata Atikah kepada adiknya. IV "Tolong beratur di luar kelas," kata ketua pengawas itu.

A. I, II dan III sahaja B. II, III, dan IV sahaja C. I, II, dan IV sahaja D. I, III, dan IV sahaja

B. Penggunaan Kata Dalam Ayat

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

1. I Kebesaran Jais mengelirukan kerana semua yang menemuinya menyangka dia sudah dewasa.

II Di Malaysia, hari-hari kebesaran keagamaan disambut secara berasingan tetapi hari-hari perayaan disambut bersama.

III Kejadian yang aneh itu sebenarnya tanda kebesaran Tuhan

IV Kebesaran rumahnya tidak dapat menampung keluarganya yang besar. A. I sahaja

B. II dan III C. I, III, dan IV D. I, II, III, dan IV

2. I Fikirannya sempit kerana terlalu kurang membaca.

II Oleh sebab kainnya yang sempit, dia tidak dapat berjalan dengan pantas. III Mereka sering sempit ruang sejak akhir-akhir ini.

IV Bas itu kelihatan sempit kerana terlalu banyak penumpang di dalamnya. A. I dan II

B. I, II, dan III C. I, III, dan IV D. II, III, dan IV

3. I Saya tidak sampai hati hendak menolak permintaannya. II Ramu menolak adiknya dari belakang.

III Mini sudah pandai membuat matematik bagi menolak dan mencampur. IV Kereta api ke utara akan menolak dari Stesen Kuala Lumpur sebentar lagi manakala yang ke selatan pula dua jam kemudian.

Bahasa

Melayu

(8)

A. I dan II

B. I, II, dan III C. I, III, dan IV D. I, II, III, dan IV

C. Memilih Frasa Yang Betul

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai

kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandai sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandai D jika

tiada kesalahan.

1. "Masalah itu akan saya menyelesaikan cepat mungkin," kata penghulu kepada anak buahnya.

A. saya menyelesaikan secepat mungkin B. saya selesaikan cepat mungkin

C. saya selesaikan secepat mungkin D. saya menyelesaikan cepat mungkin

2. Sepanjang umurnya, Dahlia belum pernah menyaksikan pertunjukan yang sehebat semacam itu.

A. pertunjukan yang sehebat macam itu B. pertunjukan yang sehebat itu

C. pertunjukan yang semacam hebat itu D. pertunjukan yang sehebat semacam itu

3. Rosman kelihatan lemah lembut ketika tiba di garisan yang menamatkan lalu rebah tidak sedarkan diri.

A. lemah lesu ketika tiba di garisan penamat B. lemah longlai ketika tiba di garisan penamat

C. lemah longlai ketika tiba di garisan yang menamatkan D. lemah lembut ketika tiba di garisan yang menamatkan

D. Memilih Ayat Yang Betul

Pilih ayat-ayat yang betul.

1. I Mereka berjalan bersaingan sambil bergandingan tangan. II Persaingan hebat dialaminya sejak memulakan perniagaan.

III David bersaing dengan Sani untuk merebut kejuaraan pertandingan bahas itu.

Bahasa

Melayu

(9)

IV Saingan antara mereka amat ketara. A. I dan II

B. II dan III C. I, II, dan III D. I, II, III, dan IV

2. I Setakat ini, belum ada yang tampil ke hadapan untuk menjadi saksi kes itu. II Kejadian itu menakutkan orang ramai yang sering berkunjung ke situ.

III Khabar angin bertiup kencang mengatakan beliau akan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Syarikat Usahajaya.

IV Timbunan sampah di kawasan itu menyakitkan mata yang memandangnya. A. IV sahaja

B. II dan IV C. I, II, dan III D. II, III, dan IV

3. I Baju yang dipakainya terlalu lapang dan tidak cocok dengan bentuk badannya. II Jika ada kelapangan, saya sekeluarga akan berkunjung ke sana.

III Fikirannya menjadi lapang setelah menerima keputusan peperiksaan yang ditunggu-tunggunya selama

IV Pelajar-pelajar diingatkan supaya berkumpul di tempat lapang yang disediakan mengikut kelas masing-masing.

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. II, III, dan IV

E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang

paling hampir dengan ayat tang dicetak tebal.

1. Dia bukannya suka menyertai ekspedisi pelancongan tetapi lebih gemar bersiar-siar bersama rakan-rakannya.

A. Dia bukannya suka bersiar-siar bersama rakan-rakannya tetapi lebih gemar menyertai ekspedisi pelancongan.

B. Antara ekspedisi pelancongan dan bersiar-siar dia bukannya suka menyertai rakan-rakannya.

C. Dia lebih gemar bersiar-siar bersama rakan-rakannya berbanding dengan menyertai ekspedisi pelancongan.

D. Dia bukannya suka bersiar-siar bersama rakan-rakannya dan menyertai ekspedisi pelancongan.

Bahasa

Melayu

(10)

2. Awang membantu Zainal bertukang di belakang rumah untuk membaiki pintu yang telah reput serta rosak akibat terdedah kepada panas dan hujan.

A. Zainal membantu Awang bertukang di belakang rumah untuk membaiki pintu yang telah reput serta rosak akibat terdedah kepada panas dan hujan.

B. Pintu yang telah reput serta rosak di belakang rumah akibat terdedah kepada panas dan hujan dibaiki oleh Zainal dengan dibantu oleh Awang.

C. Pintu yang telah reput serta rosak dibaiki oleh Zainal dengan bantuan Awang yang bertukang di belakang rumah.

D. Untuk membaiki pintu yang telah reput serta rosak akibat terdedah kepada panas dan hujan, Awang membantu Zainal bertukang di belakang rumah.

3. Nenek yang berusia hampir lapan puluh tahun itu mengalami sesak nafas sebelum beliau tidak sedarkan diri selama beberapa hari.

A. Sebelum tidak sedarkan diri selama beberapa hari, nenek yang berusia hampir lapan puluh tahun itu mengalami sesak nafas.

B. Sesak nafas menyebabkan nenek yang berusia hampir lapan puluh tahun itu tidak sedarkan diri selama beberapa hari.

C. Nenek yang berusia hampir lapan puluh tahun itu tidak sedarkan diri selama beberapa hari sebelum mengalami sesak nafas.

D. Nenek itu tidak sedarkan diri sebelum sesak nafas selama beberapa hari.

F. Peribahasa

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

1. Di sebalik kata-katanya yang manis, terselit sindiran yang amat tajam ibarat A. ringan mulut berat tulang.

B. lidah tidak bertulang. C. bertanam tebu di bibir

D. lemak-lemak santan berlada.

2. Hilmi mengikut segala arahan ayahnya sahaja tanpa bantahan. Sikap Hilmi dikatakan

A. pejam mata.

B. mengikut telunjuk. C. bodoh alang. D. anak emas.

3. Alina mudah gugup dan cemas apabila dia disuruh bercakap di khalayak ramai. Mina dikatakan

Bahasa

Melayu

(11)

A. keramat hidup. B. pening lalat. C. tin kosong. D. darah gemuruh. ( / )

Bahasa

Melayu

Edubest

(12)

Bahagian B

1. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan tatabahasa:

Kata tugas

Ayat Istilah

Imbuhan

Hukum DM

Ayat Jenis Kesalahan Tatabahasa (i) Kakak tatang sedulang air untuk dihidangkan kepada

tetamu yang sedang berbual-bual dengan ayah di ruang tamu.

__________________________________________________

(ii) Pembahas itu berhati-hati semasa menyampaikan hujahnya agar tidak terpesong dari tajuk yang diperdebatkan.

__________________________________________________

(iii) “Keluarga kami akan melancong ke Pulau Langkawi pada cuti penggal nanti,” kata Rina kepada Azmi.

__________________________________________________

(iv) Kursus baharu yang diperkenalkan di universiti ialah untuk melahirkan graduan yang mahir dalam pengurusan.

__________________________________________________

( /8)

Bahasa

Melayu

(13)

2. Dalam petikan di bawah terdapat kesalahan Kenal pasti kesalahan-kesalahan dan tulis yang pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Jenis kesalahan ejaan:

Kata majmuk BA BM

Vokal (a e i o u)

Tanda baca (Aa / “ ” / - ) Imbuhan (gg & kk)

Ayat Jenis Kesalahan Ejaan (i) Kaki Farhan terperosok ke dalam lobang ketika dia berlari

mengejar seekor ayam di belakang rumahnya.

_________________________________________________

(ii) Amir sedang merancang strategy tentang cara untuk meningkatkan hasil keuntungan syarikatnya pada tahun hadapan.

_________________________________________________

(iii) Pak Long Saleh telah membeli ikan haruan yang dianggarkan seberat dua kilo gram yang dipancing oleh Pak Wan. _________________________________________________ ( /3)

Bahasa

Melayu

Edubest

(14)

3 Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah ini supaya menjadi dua ayat tunggal..

(i) Kamu hendak membeli kasut yang berwarna merah atau biru ?

(a) __________________________________________________________________

(b) __________________________________________________________________

(ii) Ayah membaca surat khabar manakala ibu menjahit baju kurung.

(a) __________________________________________________________________

(b) __________________________________________________________________

(iii) Saya sedar bahawa kejayaan tidak dapat dicapai dengan mudah.

(a) __________________________________________________________________

(b) __________________________________________________________________

(iv) Saya berharap agar kamu dapat menghubungi saya dengan segera.

(a) __________________________________________________________________

(b) __________________________________________________________________

(v) Najwa menangis kerana terlalu sedih.

(a) __________________________________________________________________ (b) __________________________________________________________________ ( /10)

Bahasa

Melayu

Edubest

(15)

4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan pasangan gambar di bawah, tulis peribahasa yang sesuai.

( /4)

Bahasa

Melayu

(16)

Kertas 2 Masa: 2jam

Penulisan :

A. Rumusan (15%)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu rumusan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiritanpa mengubah maksud asal petikan.

Makanan yang seimbang kaya dengan pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh badan manusia. Pada kebiasaannya, makanan yang seimbang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, air, vitamin, garam mineral dan pelawas yang mencukupi untuk kegunaan badan manusia. Tenaga yang terhasil selepas zat-zat makanan tersebut selesai dioksidakan akan digunakan untuk memanaskan badan; menggantikan sel-sel yang mati atau yang rosak dengan yang baru; membina tisu-tisu yang baru dan menjamin proses pertumbuhan yang berterusan.

Untuk mengamalkan pemakanan yang sihat, Piramid Makanan haruslah dijadikan rujukan. Piramid Makanan terbahagi kepada empat peringkat. Bahagian dasar terdiri daripada makanan yang kaya dengan karbohidrat dan gentian seperti roti, nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan ini haruslah banyak dimakan untuk menjamin bekalan tenaga yang berterusan agar aktiviti-aktiviti seharian dapat dilakukan. Peringkat kedua piramid pula terdiri daripada makanan yang kaya dengan protein seperti susu, dadih, daging tanpa lemak, daging ayam, kekacang dan telur. Protein merupakan sumber makanan yang menjamin pertumbuhan berterusan di samping menggantikan tisu-tisu dan sel-sel yang rosak dengan yang baru.

Makanan berlemak seperti majerin, mentega dan minyak serta manisan seperti gula, air sirap, kek, dan sebagainya menduduki puncak piramid. Makanan ini tidak boleh dimakan dengan banyak kerana akan menyebabkan penyakit obesiti dan masalah kesihatan yang lain seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi dan cepat letih. Gula yang berlebihan dalam badan mungkin akan menyebabkan penyakit diabetes yang memudaratkan kesihatan manusia.

Bahasa

Melayu

(17)

Pengamalan cara pemakanan yang sihat akan menjamin kehidupan yang bahagia dan harmoni. Sehubungan itu, setiap orang harus memberi lebih tumpuan terhadap makanan yang dimakan oleh mereka dalam sehari-hari demi tubuh badan yang lebih sihat dan cergas.

B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit

Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis sebuah karangan pendek yang tentang

Faktor-faktor Pencemaran Sungai. Panjang karangan anda adalah antara 50 hingga

80 patah perkataan. Isi :

Bahasa

Melayu

Edubest

(18)

C. Karangan Umum (30%)

KARANGAN JENIS DIALOG / WAWANCARA Panduan Menulis Karangan Dialog / Wawanara

1. Penulisan karangan jenis dialog dan wawancara melibatkan dua ppihak sekurang-kurangnya untuk bertukar-tukar fikiran tentang sesuatu hal.

2. oleh sebab itu, perkara dan jalan ceritanya perlulah ditentukan lebih dulu sebelum penulisan dimulakan.

3. Dalam soalan peperiksaan, biasanya satu situasi akan diberikan dan anda mestilah menulis dialog atau wawancara dengan berdasarkan situasi tersebut.

4. Dalam penulisan dialog atau wawancara, kedua-dua pihak haruslah saling bertanya dan memberikan pendapat atau pandangan masing-masing.

5. Selain memasukkan pendapat atau pandangan tersebut, anda juga boleh menulis aksi kedua-dua pihak itu dalam kurungan.

6. Walau bagaimanapun, aksi tersebut biasanya ditulis dalam dialog saja dan bukan dalam wawancara yang lebih formal sifatnya.

7. Inilah yang membezakan dialog dengan wawancara.

8. Gunakanlah kata-kata dan ayat-ayat yang mudah dan ringkas serta yang betul dari segi tatabahasanya.

Format Dialog/ Wawancara 1. Pendahuluan

Berisi kata-kata untuk memulakan perbualan.

2. Isi-isi

Isi perbualan tentang sesuatu perkara- saling bertanya dan memberikan pendapat orang yang berbual.

3. Penutup

Kata-kata untuk menunjukkan bahawa perbualan akan ditamatkan.

Bahasa

Melayu

(19)

4. Nama-nama orang yang terlibat dalam perbualan

Dibubuh tanda noktah bertindih selepas setiap nama itu.

Anda telah ditugaskan oleh pihak sekolah mewawancara seorang ahli sukan di negara kita ur: ertanyakan pengalaman beliau dalam bidang sukan yang diceburinya. Tulis wawancara tersebut

Baru-baru ini, saya telah mewawancara Misbun Haji Sidek, seorang jaguh badminton di negara kita. Saya telah mencungkil pengalaman beliau ketika menjalani latihan sehingga muncul juara dalam banyak pertandingan, ganjaran yang diperoleh, serta pandangan beliau tentang pemain muda di negara kita.

Haikal : Assalamualaikum saudara Misbun. Saya Haikal bin Halim dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak, Muar ditugaskan untuk mewawancara saudara. Hasil wawancara ini akan disiarkan dalam majalah sekolah tahun ini.

Misbun: Waalaikumussalam. Sila duduk. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana anda sudi bertemu dengan saya untuk tujuan yang dinyatakan tadi.

Haikal : Seperti yang diketahui umum, saudara terlibat dalam permainan badminton sejak dua puluh tahun dahulu. Bermula sebagai seorang pemain dan kini bergelar jurulatih kebangsaan. Bagaimanakah minat saudara timbul dan terus membara hingga kini?

Misbun: Saya menceburi bidang ini semenjak berumur tujuh tahun. Ayah saya merupakan pendorong utama. Ayah saya membina sebuah gelanggang badminton di halaman rumah kami. Setiap hari, ayah akan memastikan saya dan empat orang adik saya bermain badminton sekurang-kurangnya dua jam sehari. Hal ini disebabkan ayah mahu kami mewarisi permainan kegemarannya semasa beliau muda dahulu.

Haikal : Adakah saudara dilatih oleh ayah sendiri dalam permainan ini?

Misbun: Ya, tepat sekali. Kami dilatih oleh ayah sendiri kerana beliau merupakan jaguh badminton di kampung kami. Beliau melalui pelbagai pengalaman pahit untuk muncul juara. Pengalaman tersebut telah beliau berikan kepada kami.

Haikal : Bolehkah saudara ceritakan corak latihan yang diterima sehingga saudara berjaya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa?

Bahasa

Melayu

(20)

Misbun: Latihan yang saya lalui memang berat. Setiap pagi saya bangun pada pukul 5.00 pagi dan selepas solat subuh saya berlari sejauh 10 hingga 15 kilometer. Larian tersebut untuk membentuk daya tahan diri. Kemudian, pada sebelah petang mulai pukul 3.00 petang, saya akan membuat latihan yang lain. Pada bulan puasa latihan diteruskan tetapi agak ringan sedikit.

Haikal : Selain ayah sendiri, siapakah lagi jurulatih yang pernah melatih saudara. Ceritakan sumbangan mereka dalam membantu saudara di arena badminton.

Misbun: Antaranya ialah Punch Gunalan. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam pertandingan di peringkat antarabangsa. Beliau banyak memberi panduan kepada saya semasa bertanding di peringkat antarabangsa. Sungguhpun begitu, saya tetap memerlukan kehadiran ayah untuk menyuntik kekuatan semangat ketika bertanding.

Haikal : Jika tidak keberatan,bolehkah saudara menyatakan bentuk hadiah atau ganjaran yang diperoleh ketika memenangi sesuatu pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa dan bagaimana saudara memanfaatkan hadiah tersebut ?

Misbun: Biasanya kalau saya memenangi Kejohanan Terbuka Badminton Malaysia, saya akan menerima wang tunai sebanyak RM10 000. Sepanjang tempoh penglibatan saya dalam permainan ini, saya telah menjadi juara sebanyak 10 kali. Bermakna saya telah memperoleh sebanyak RM100 000.Wang tersebut telah saya laburkan dalam perniagaan kenderaan milik syarikat saya sendiri. Jika saya muncul juara dunia ganjarannya lebih besar daripada itu.

Haikal : Kini saudara bertugas sebagai jurulatih kebangsaan. Apakah wawasan saudara terhadap Roslin Hashim dan adiknya, Hafiz dalam bidang ini ?

Misbun : Mereka merupakan bakat baru dalam badminton. Mereka mempunyai komitmen yang tinggi tetapi terpaksa banyak menempuh halangan untuk meneruskan latihan. Contohnya dari segi kewangan dan sokongan moral. Justeru, saya memastikan mereka mempunyai pekerjaan tetap di samping mendapat sokongan moral daripada majikan masing-masing kerana banyak pihak terpaksa berkorban untuk memastikan mereka dapat mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Haikal : Sebelum mengundurkan diri, saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian saudara melapangkan masa menerima undangan wawancara ini.

Bahasa

Melayu

(21)

Semoga has rat saudara untuk melahirkan pemain yang terkenal akan dimakbulkan Allah. Sekian, terima kasih.

Misbun: Sama-sama

Latihan:

1. Anda telah dilantik untuk menemu ramah guru besar yang akan bersara tidak lama lagi. Temu ramah tersebut akan disiarkan dalam majalah sekolah. Tuliskan temu ramah itu selengkapnya.

2. Anda ditugaskan untuk menemu ramah seorang pelajar di sekolah anda yang telah memenangi anugerah “Olahragawan Terbaik” pada tahun ini. Tulis temu ramah tersebut selengkapnya.

Bahasa

Melayu

(22)
(23)
(24)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

Tidak terjadi variasi temporal nilai faktor kondisi ikan pada setiap harinya secara ekstrim bahkan relatif nilai yang berkisar antara 1 – 3 maka dari data hasil

Lima anggota negara BRICS berharap untuk membangun tatanan dunia yang lebih adil secara ekonomi dan keuangan global, yang sampai saat ini masih didominasi oleh

Berdasarkan hasil penelitian ini disimpulkan, bahwa IHK SB dapat diaplikasikan untuk peneguhan diagnosis AIV dan NDV dan terbukti, bahwa pada ayam petelur komersial dengan

Namun demikian, belum dapat mencapai grade daya tolak air 2 hingga 5 ( water repellent ), dengan penambahan laminasi resin akrilat daya tolak air mencapai grade 5 dan

Bermain peran ( role playing ) adalah suatu bentuk darama dimana peserta didik secara spontan memperagakan peran-peran dalam berinteraksi yang terkait

Teeew dalam (Yohanes Suhendi, 2014: 4) secara ringkas dan padat menyatakan bahwa sastra adalah segala sesuatu yang tertulis, pemakaian bahasa dalam bentuk tulis, meskipun

Masyarakat Perlindungan Indikasi Geografis Kopi Arabika Sumatera Mandailing (MPIG-KM) bertujuan untuk m emberikan perlindungan terhadap semua produk Kopi Arabika

Anwar, J. Ekologi Ekosistem Sumatera. Yogyakarta: UGM Press. Hortikultura aspek budaya. Cagar Alam Leuweung Sancang. In Informasi Kawasan Konservasi Propinsi Jawa Barat