• Tidak ada hasil yang ditemukan

Modul PT3 SM 101. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Modul PT3 SM 101. Nama :"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Edubest

Modul PT3

SM 101

(2)

Format Bahasa Melayu PT3 Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)

Bahagian A: (20%) 20 Soalan aneka pilihan

a. Sistem bahasa

b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)

Bahagian B: (25%)

Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)

Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%) Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)

Bahagian C: (15%)

Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2)

Kertas 2 : 40% (1 jam)

Bahagian A: (10%)

Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)

Bahagian B: (30%)

(3)

Sistem Bahasa Bahagian A

A. Golongan Kata

Kata Nama:

Kata nama menerangkan sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur

inti pada binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, tempat atau benda.

Kata nama boleh dibahagikan kepada

i. Kata nama am ii. Kata nama khas

i. Kata nama am:

Merujuk nama sesuatu benda yang umum sifatnya.

 Dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil berdasarkan cirri makna perkataan seperti hidup, tidak hidup, manusia, bukan manusia, konkrit dan abstrak

 Termasuk kata nama terbitan – iaitu kata nama yang dibentuk dengan penambahan imbuhan. Contohnya, perhubungan,

kementerian dan sebagainya.

Contoh : mimpi, roh, idaman, kehendak, serapan, kedamaian,

demokrasi, kemerdekaan, perhimpunan, penyalahgunaan, tangan, rumah, lembu, sungai, pekerja, pelabuhan, kereta dan sebagainya.

ii. Kata nama khas :

 Merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar.

 Terbahagi kepada kata nama khas hidup dan tak hidup

Kata nama khas hidup:

Manusia – Ali, Pak Saad, Dr. Lim

Bukan manusia – Pak Belang, Sang Kancil

Kata nama khas tak hidup

Kuala Lumpur, Ahli Mangku Negara, Savvy

Bahasa

Melayu

(4)

Latihan 1 :

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 _____________ Cikgu Darlina sememangnya amat digeruni oleh pelajar-pelajarnya.

A Ketegasan B Keikhlasan C Keberanian D Kesungguhan

2 _____________ pelbagai budaya di Malaysia menarik minat banyak pelancong asing.

A Keunikan B Kebaikan C Kelebihan D Kecanggihan

3 _________________itu menghadiahkan beberapa buah komputer kepada sekolah kami.

A Seniman B Dermawan C Negarawan D Cendekiawan

4 _____________ restoran itu telah menumpahkan air yang ditatangnya secara tidak sengaja.

A Pemilik B Pekerja C Petugas D Pelayan

5 Pak Mustaffa menggunakan ___________ untuk menebas semak samun. A pisau

B sabit C kapak D cangkul

6 Datuk Malek berjanji akan memberikan _______________ kepada sesiapa yang berjaya

Bahasa

Melayu

(5)

mendapatkan kembali keretanya yang hilang. A bayaran

B ganjaran C sumbangan D penghormatan

7 __________ rupa paras anak Pak Samad menarik minat ramai jejaka di kampung itu. A Keindahan

B Kecantikan C Kebagusan D Kemulusan

8 Pegawai-pegawai di sektor awam digesa agar memberikan ___________ yang terbaik kepada orang ramai.

A pendapatan B perhubungan

C pengetahuan D perkhidmatan

Latihan 2 :

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 lliya lebih gemar mengisi masa lapangnya dengan meminjam buku-buku cerita dari ________

sekolahnya.

A kantin C perpustakaan B pejabat D koperasi

2 Ayah membawa kami sekeluarga menyaksikan perlumbaan kereta Formula 1 di __________.

A Sepang C Kuala Lumpur B Putrajaya D Cyberjaya

3 Kami sedang sibuk membuat persiapan persaraan ________ sekolah kami pada bulan Mei nanti.

Bahasa

Melayu

(6)

A pembesar C pengadil B pengetua D pemimpin

4 Adik menamai kucingnya _________ kerana bulunya berwarna hitam. A Si Hitam C Tompok

B si Janggut D si Kuning

5 Kita perlu memelihara __________ yang diamalkan oleh nenek moyang kita. A pakaian C makanan

B rumah D adat

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

6 Bukit Kepong merupakan novel yang mengisahkan kegigihan seorang A

anak muda mempertahankan kampungnya daripada serangan komunis. B C

Tiada Kesalahan D

7 Ayah membelikan adik sebuah Basikal sempena hari lahirnya yang ke-7. A B C

Tiada Kesalahan D

8 Beberapa ekor rama-rama yang berwarna-warni kelihatan berterbangan

A B di taman bunga itu. Tiada Kesalahan

C D

9 Isu pencemaran Sungai Lana telah dapat diatasi oleh pihak jabatan A B C alam sekitar baru-baru ini. Tiada Kesalahan.

D

Bahasa

Melayu

(7)

10 Sepucuk senapang telah dijumpai oleh penduduk di kawasan hutan A B C berdekatan. Tiada Kesalahan

D

Latihan 3 :

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan

dalam penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

1 Penyokong pasukan bola sepak itu bersorak kegembiraan kerana pasukannya layak ke perlawanan akhir.

A pasukan dia layak B pasukan kalian layak C pasukan mereka layak D pasukannya layak

2 Rozan membelikan ibunya sebentuk cincin permata untuk meraikan Hari Ibu. A membeli ibunya

B membeli untuk ibunya C membelikan untuk ibunya D membelikan ibunya

3 Buku-buku latihan dia diperiksa oleh Pengetua kerana dia kerap ponteng sekolah. A Buku-buku latihan ianya

B Buku-buku latihannya C Buku-buku latihan ia D Buku-buku latihan dia

Pilih ayat-ayat yang betul.

4 I ''Sukar bagiku untuk mempercayai kata-katanya lagi," kata Izni kepada tunangnya.

II ''Saya mahu awak siapkan tugasan ini dengan seberapa segera," kata majikannya.

III "Saya akan pastikan agar semua kamu dapat menduduki peperiksaan dengan selesa," kata pengawas peperiksaan

IV "Beta berasa gundah semenjak mendapat tahu tentang

Bahasa

Melayu

(8)

perkhabaran itu," kata Puteri Baiyah.

A I dan 11 C II dan IV B II dan III D III dan IV

5 I Saya berasa seronok dapat berkawan dengan is yang pernah berlakon dalam iklan “Pentene.”

II Bilakah kamu akan berpindah ke pejabat Baru itu?

III "Di manakah rumah saudara?" tanya jurujual itu kepada abang saya.

IV "Sudah lama beliau berjanji hendak mengirim surat kepada saya," kata Lidya kepada

Susan.

A I dan III C II dan IV B II dan III D III dan IV

B. Penggunaan Kata dalam Ayat

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

1 I Kerana baru dibedah, Doktor Lau melarang Dali bergerak dari katilnya

II Hati Asmahani bergerak untuk menziarahi datuknya di kampung. III Pertubuhan itu bergerak dengan cergas untuk membantu fakir miskin.

IV Mereka akan bergerak ke Pulau Langkawi pada pukul 9.00 pagi.

A I dan II C I, III, dan IV B I dan III D II,III dan lV

2 I Darah seni turut mengalir dalam diri anak-anaknya. II Hisyam ada pertalian darah dengan Cikgu Habibah.

III Sebagai anak darah, Haslinda ditegah ibunya keluar malam. IV Junaidi akan menderma darah di Hospital Ipoh.

A I dan II C I, II, dan IV B II dan III D II, III, dan IV

3 I Pertubuhan OIC mendesak Israel supaya 163 berundur dari Palestin.

II Kerja-kerja yang mendesak itu perlu diselesaikan sebelum hujung

Bahasa

Melayu

(9)

tahun ini.

III Ismail terdorong ke hadapan apabila ada orang mendesak dari belakang.

IV Tempohnya sangat mendesak, hutang-hutang itu perlu dilunaskan segera.

A I dan III C I, II, dan IV B II danIV D I, II,III dan lV

C. Memilih Frasa yang Betul

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai

kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandai sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan da tanda D jika

tiada kesalahan.

1 Fiza disuruh kakaknya memulangkan semula buku yang dipinjamnya kepada Niza.

A memulang semula buku yang dipinjamnya kepada Niza B memulangkan buku yang dipinjamnya kepada Niza semula C memulang buku yang dipinjamkannya semula kepada Niza D memulangkan semula buku yang dipinjamnya kepada Niza

2 Pasukan bola sepak Selangor sedang berusaha untuk memperkuatkan bahagian serangannya yang tumpul.

A memperkuat bahagian serangannya B memperkuat pasukan serangannya

C memperkuatkan lagi bahagian serangannya D memperkuatkan bahagian serangannya

3 Jika sekiranya bapa saya izinkan, dapatlah saya menyertai ekspedisi berkayak itu.

Bahasa

Melayu

(10)

A Sekiranya bapa saya izinkan B Jika sekiranya diizinkan bapa saya C Sekiranya diizinkan oleh bapa saya D Jika sekiranya bapa saya izinkan

D. Memilih Ayat yang Betul

Pilih ayat yang betul.

1 I Tun Haji Abdul Razak diberi gelar “Bapa Pembangunan” Malaysia.

II Semua ketua negara ASEAN akan bersidang di negeri Brunei. III “Eh, bila mak cik Nani sampai sini?” soal Yati kepada ibu

saudaranya itu.

IV Ketua-ketua darjah sedang bermesyuarat dengan guru disiplin dan ketua pengawas.

A I dan IV C I, II, dan III B II dan III D II, III, dan IV

2 I “Kau tidak patut meninggalkan adikmu yang kurang upaya itu bersendirian di rumah,” kata ibu kepada abang.

II Kerana tidak mahu berhenti daripada menagih dadah, beliau dihantar oleh ibu bapanya ke pusat pemulihan.

III “Ya Allah, janganlah Engkau biarkan hamba-Mu ini terus kesesatan.”

IV “Semua tawanan perang itu jangan kalian pengapakan,” kata Bendahara Ali kepada anak-anak buahnya.

A I dan II C I, II, dan III B III dan N D I, III, dan IV

3 I “Kamu menunggu saya sejak pukul berapa?” soal Vivian. II Apakah nama pelajar baharu itu?” tanya Param.

III “Kereta Cikgu Sufian yang mana?” tanya Londoh.

IV “Yang bermotosikal ke sekolah itu siapakah?” soal Lugman.

A I dan III C I, II, dan III

Bahasa

Melayu

(11)

B III dan N D I, II, III, dan IV

E. Memilih Ayat yang Sama Maksud

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang

paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

2 Setiap kali terkenangkan tragedi itu, air matanya segera membasahi

pipinya sambil mulutnya terkumat-kamit membaca doa.

A Dia tidak lupa menangis dan berdoa setiap kali teringat akan malapetaka itu.

B Dia segera menangis dan berdoa apabila peristiwa sedih itu muncul dalam ingatannya.

C Selagi tragedi itu bermain dalam ingatannya, dia akan menangis dan berdoa berkali-kali.

D Peristiwa tragis itu mengingatkannya supaya segera menangis dan berdoa beberapa kali.

2 Jika tubuh mereka sihat, pasangan suami isteri itu bercadang untuk

menunaikan umrah sekali lagi pada bulan Ramadan yang akan datang. A Sekali lagi, sekiranya sihat, pasangan suami isteri itu akan

menunaikan umrah pada bulan Ramadan akan datang.

B Kedua-dua suami isteri yang sihat itu akan datang menunaikan umrah sekali lagi pada bulan Ramadan.

C Kesihatan tubuh membolehkan suami isteri itu berumrah secara berpasangan pada bulan Ramadan akan datang.

D Suami isteri itu merancang untuk menunaikan umrah sekali lagi pada bulan

Ramadan yang mendatang sekiranya mereka sihat.

3 Ludin dengan tegas menafikan bahawa ibunya pernah mengalami sakit jiwa dan dirawat di Hospital Bahagia.

A “Ibu saya belum pernah dirawat di hospital sakit jiwa,” Ludin bertegas. B Ludin berkata, “Yang mendapat rawatan di Hospital Bahagia

kerana sakit jiwa bukan ibu saya”.

C “Tidak, ibu saya tidak pernah mengalami sakit jiwa apatah lagi mendapat rawatan di Hospital Bahagia,” kata Ludin.

D “Entah, setahu saya ibu saya tidak pernah sakit jiwa atau dirawat di Hospital Bahagia,” Ludin memberikan penegasan.

Bahasa

Melayu

(12)

F. Peribahasa

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

1 Perbalahan Azlee dengan abangnya tidak berpanjangan. Selepas beberapa ketika mereka berbaik-baik semula.

Keadaan ini dikatakan __________________. A ada air adalah ikan

B air pun ada pasang surutnya C air dicencang tidak akan putus

D air digenggam tiada tiris

2 Budin seorang yang pemalas. Dia hanya akan membuat kerja apabila disuruh oleh ibunya. Sikap Budin itu seperti ___________________.

A belakang parang jika diasah lagikan tajam B pahat dengan penukul

C mencurahkan air ke daun keladi D aur dengan tebing

3 Penduduk Kampung Medan dan Kampung Datuk Harun sentiasa bekerjasama dalam apa- apa juga aktiviti yang melibatkan kampung mereka. Keadaan ini dikatakan __________________.

A ada udang di sebalik batu B bagai kacang lupakan kulit C bagai aur dengan tebing D ada gula ada semut

( / )

Bahasa

Melayu

(13)

Bahagian B:

1 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan

kesalahantersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan tatabahasa:

Kata tugas

Ayat Istilah

Imbuhan

Hukum DM

Ayat Jenis Kesalahan Tatabahasa (i) Beberapa orang murid di sekolah menengah tersebut

diberikan hadiah atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah mereka di dalam pertandingan reka cipta itu.

(ii) Pihak pengurusan Sri Malaysia Hotel menawarkan pakej yang menarik kepada para pelanggan sempena cuti sekolah.

(iii) Pelancong dari negara Jepun itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti durian dan manggis.

(iv) "Sudahkah kamu menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?" tanya Cikgu Azizi kepada murid-murid Kelas Tingkatan Tiga Bestari.

( /8)

Bahasa

Melayu

(14)

2 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan ejaan:

Kata majmuk

BA BM

Vokal (a e i o u)

Tanda baca (Aa / “ ” / - )

Imbuhan (gg & kk)

Ayat Jenis Kesalahan Ejaan (i) Bandaraya itu seolah-olah hari siang kerana dilimpahi

lampu jalan yang terang-benderang.

(ii) Stem yang bertemakan tahun arnab ini dicetak di atas plastik yang berwarna emas.

(iii) Penduduk di kawasan pedalaman itu hanya menggunakan eka-bahasa sahaja, iaitu bahasa ibunda mereka.

( /3)

3 Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.

(i) Kami akan ke negeri Sarawak hujung bulan ini. Kami akan ke negeri Sarawak awal bulan hadapan.

___________________________________________________________

(ii) Pulau peranginan itu cantik.

Pulau peranginan itu tidak dijaga dengan baik.

Bahasa

Melayu

(15)

___________________________________________________________

(iii) Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran. Murid itu mencapai kejayaan yang cemerlang

___________________________________________________________

(iv) Saya ada masa pada hujung minggu ini Saya akan menziarahi rakan saya di hospital.

___________________________________________________________

(v) Wong Tat Meng membaca surat. Idzawira membaca

___________________________________________________________

( /10)

4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.

Bahasa

Melayu

(16)

Penulisan :

A. Ringkasan (15%)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis suatu ringkasan tentang peranan ladang sawit dalam mengimbangkan ekosistem alam.

Peningkatan paras karbon dioksida, methane dan chololluorocarbons merosakkan lapisan ozon dan punca peningkatan suhu global, banjir tidak menentu dan fenomena cuaca. Dengan ancaman global ini, ladang sawit memainkan peranan sebagai

pelindung seperti hujan semula jadi. Lebih 500 juta pokok sawit menyediakan

kawasan hijau seluas 3.80 juta hektar atau 11.75% kawasan tanah di Malaysia.

Secara amnya. kelapa sawit tiada bezanya dengan lain-lain jenis tumbuhan yang menyerap karbon dioksida dan mengeluarkan oksigen ke udara. Kesan fotosintesis yang tinggi daripada keluasan daun yang banyak dengan tanaman yang tumbuh sepanjang tahun dapat disediakan oleh ladang sawit. Malahan ladang sawit membantu menyejukkan udara yang diperlukan oleh hidupan di sekelilingnya dan membantu mengekalkan kelembapan udara. Berjuta-juta pokok sawit membantu mengurangkan peningkatan suhu global di negara kita.

Tanah adalah asas kepada industri sawit. Langkah-langkah penggunaan bahan buangan sawit seperti tandan kosong, daun dan batang sawit yang bertindak balas dengan bahan organik sebenarnya dapat menghasilkan sumber baja yang asli. Manakala bahan sampingan yang dihasilkan semasa proses pemerahan minyak digunakan dengan meluas sebagai sumber baja.

Di kawasan ladang yang curam, hakisan tanah dapat dikurangkan dengan amalan pembinaan teres dan dengan longgokan bahan buangan seperti daun sawit di sepanjang teres. Tujuannya untuk mengekalkan kelembapan tanah dan menghalang tanah daripada dihakis ketika hujan. Walau bagaimanapun, pihak industri bersama agensi penyelidikan sedang berusaha menghasilkan satu standard untuk amalan pertanian yang baik. Pihak industri sentiasa meningkatkan amalan pertanian dan pengurusan agar lebih baik dengan membuat kajian penyelidikan atas penemuan baru dalam sektor kelapa sawit.

Bahasa

Melayu

(17)

B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit

Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Isi :

Bahasa

Melayu

(18)

C. Karangan Umum

Karangan Jenis Fakta

Petua Menulis Karangan Jenis Fakta

1. Karangan jenis ini menghendaki anda mengemukakan isi dengan fakta yang benar, logis, dan menepati kehendak soalan.

2. Oleh itu anda harus mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang seperti sains dan teknologi, sejarah, geografi, ekonomi, perdagangan, kebudayaan, keagamaan, dan sebagainya.

3. Sebelum menulis karangan jenis ini, pastikan bahawa anda mempunyai

fakta-fakta yang cukup tentang topik yang dikemukakan.

4. Karangan jenis fakta mempunyai ciri-ciri yang berikut: a) memberikan petunjuk dan arahan

b) menerangkan bagaimana proses sesuatu perkara itu terjadi c) menerangkan sesuatu peraturan

d) tidak berbentuk khayalan

5. Pada umumnya, soalan-soalan peperiksaan menghendaki anda memberikan

fakta-fakta tentang isu, tema, peranan sesuatu pertubuhan, pelaksanaan sesuatu

kempen oleh kerajaan, dan sebagainya.

6. Gunakanlah bahasa yang jelas, tepat, dan mudah difahami oleh pemeriksa.

Bahasa

Melayu

(19)

SOALAN

Industri pelancongan di Malaysia semakin berkembang maju. Jelaskan kebaikan yang diperoleh oleh negara melalui industri pelancongan negara.

RANGKA KARANGAN

Pendahuluan

 destinasi menarik dan indah

 memajukan negara

Isi penting

 memperkenalkan Malaysia di mata dunia - Sukan Komanwel 1998

 meningkatkan ekonomi negara-pengaliran wang masuk

 memajukan industri perhotelan

 memperkenalkan identiti Malaysia kepada dunia luar-adat dan budaya

Penutup

sumbangan besar kepada ekonomi negara  wujudkan keistimewaan yang tersendiri.

CONTOH KARANGAN

Setiap negara mempunyai daya tarikan tersendiri yang mampu menarik pelancong untuk datang ke Malaysia. Malaysia yang kaya dengan tempat-tempat

Bahasa

Melayu

(20)

menarik dan indah mampu memukau warga asing. Sehubungan dengan hal itu, langkah kerajaan mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990 sekali gus menunjukkan industri pelancongan semakin diberi perhatian oleh kerajaan. Persoalannya, apakah kebaikan yang diperoleh oleh negara dalam usaha mempromosi Malaysia?

Kuala Lumpur ‟98 menjadi buah mulut bukan sahaja dalam kalangan rakyat Malaysia tetapi juga warga asing. Kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah bagi Sukan Komanwel telah memperkenalkan negara yang dahulunya dianggap kecil lagi terpencil kepada mata dunia. Negara luar mula sedar tentang kemampuan Malaysia menjadi tuan rumah kepada sukan bertaraf dunia lengkap dengan kemudahan prasarana. Hal ini membuktikan „Malaysia Boleh‟.

Sememangnya kedatangan pelancong dari luar negara akan memberi kebaikan yang besar kepada peningkatan ekonomi negara kita dari segi pengaliran wang masuk. Pelancong yang berkunjung ke Malaysia pasti tidak akan melepaskan peluang membeli oleh-oleh buat keluarga mereka. Sehubungan dengan hal itu, industri kraf tangan seperti wau atau barangan tempatan yang lain akan turut menjadi maju.

Memajukan industri perhotelan juga merupakan kebaikan yang diperoleh hasil daripada industri pelancongan negara kita. Pusat-pusat penginapan yang dibina di kawasan peranginan seperti pulau, tepi pantai, dan sebagainya menarik minat warga asing untuk menginap. Justeru industri perhotelan akan berkembang maju dan banyak kawasan baru akan dibuka.

Bahasa

Melayu

(21)

Selain itu, penduduk Malaysia yang berbilang bangsa mempunyai adat dan budaya yang pelbagai. Melalui industri pelancongan, adat dan budaya rakyat Malaysia yang pelbagai ini dapat diketengahkan kepada pelancong asing. Keramahan dan sopan santun yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia juga mampu menarik minat pelancong mengunjungi Malaysia.

Sesungguhnya industri pelancongan memberi sumbangan yang besar dari segi ekonomi kepada negara Malaysia. Kerjasama semua pihak terutama Tourism Malaysia dalam mempromosikan Malaysia mampu meningkatkan lagi nama Malaysia. Namun begitu, Malaysia perlu mewujudkan identiti tersendiri agar terus kekal sebagai tempat pelancongan yang unggul.

LATIHAN

1. Sistem pengangkutan awam di ibu negara semakin maju. Nyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk mencapai matlamat tersebut. 2. Cara-cara memperingati Jasa Tokoh yang Berjasa kepada Negara

Bahasa

Melayu

(22)
(23)
(24)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

Dengan adanya penelitian ini diharapkan ikan nila dapat dijadikan bioindikator pada pencemaran limbah deterjen dan dapat dijadikan sebagai bahan informasi

Kadar karbon arang sabut kelapa pada berbagai suhu ini lebih besar dibandingkan dengan karbon aktif komersial merk India dan juga karbon aktif dari empulur batang

Nama Umur Pendidikan Terakhir Jumlah Tanggungan (jiwa) Lamanya Berjualan (tahun) 16 H... Karakteristik Ekonomi Penjual Daging Sapi di Pasar Tradisional Kota Medan

Anwar, J. Ekologi Ekosistem Sumatera. Yogyakarta: UGM Press. Hortikultura aspek budaya. Cagar Alam Leuweung Sancang. In Informasi Kawasan Konservasi Propinsi Jawa Barat

Oleh karena itu, untuk meringankan beban pajak terutang bagi wajib pajak, maka besarnya pajak yang dipotong atas penghasilan yang diterima atau diperoleh subjek pajak dalam negeri

Skema sertifikasi Okupasi Buku Elektronik/E-Book Developer adalah skema sertifikasi okupasi yang dikembangkan oleh Direktorat Pendidikan Vokasi Kementerian Pendidikan dan

Bapak/Ibu Dosen pengajar beserta staf yang telah memberikan ilmu yang bermanfaat dan fasilitas yang memadai dalam menempuh pendidikan tinggi di Fakultas Ekonomi dan