• Tidak ada hasil yang ditemukan

Modul PT3 SM 106. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Modul PT3 SM 106. Nama :"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Edubest

Modul PT3

SM 106

(2)

Format Bahasa Melayu PT3 Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)

Bahagian A: (20%) 20 Soalan aneka pilihan

a. Sistem bahasa

b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)

Bahagian B: (25%)

Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)

Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%) Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)

Bahagian C: (15%)

Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2)

Kertas 2 : 40% (1 jam)

Bahagian A: (10%)

Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)

Bahagian B: (30%)

Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)

Bahasa

Melayu

(3)

Sistem Bahasa Bahagian A

A. Golongan Kata

Kata Penguat

 Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.

Terdapat tiga jenis kata penguat iaitu:

1. Kata Penguat Hadapan

Perkataan yang terletak di hadapan kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak

 Contoh ayat:

Sungai itu agak dalam.

Masakan isterinya paling sedap.

2. Kata Penguat Belakang

 Perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif.

Contoh: sekali, benar, nian

Contoh ayat:

Cantik benar rumah di atas bukit itu. Kemas sekali jahitannya.

3. Kata Penguat Bebas

Perkataan yang kedudukannya bebas iaitu sama ada di hadapan atau di

belakang kata adjektif.

Contoh: amat, sangat, sungguh  Contoh ayat:

Sungai itu sangat dalam

Pemandangan di tepi pantai itu indah sungguh.

Soalan:

A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling

sesuai.

1. Indah suasana pada waktu pagi di kampung itu. A. nian

Bahasa

Melayu

(4)

B. agak C. paling D. sangat

2. Cuaca pada hari ini mendung dan berangin juga. A. agak

B. paling C. sangat D. sungguh

3. Laluan yang untuk ke bandar telah ditutup kelmarin. A. terbaik

B. terkecil C. terbesar D. terdekat

4. Kami amat senang dengan layanan yang kamu berikan sepanjang percutian kami di sini.

A. nian B. betul C. sekali D. sungguh

5. Janganlah kamu mudah menerima kedatangan tamu yang tidak dikenali itu.

A. agak B. benar C. paling D. begitu

6. Inilah dewan yang yang dapat kami sediakan untuk anda semua. A. terluas

B. terlebar C. terhebat D. terpanjang

7. Papan iklan itu adalah yang besar pernah dihasilkan di negara ini. A. amat

B. paling C. teramat D. tersangat

8. Kecaman yang pedas sekali itu dilontarkan oleh wakil dari Selangor.

Bahasa

Melayu

(5)

A. amat B. begitu C. terlalu D. tersangat

9. Penjelasannya itu jelas dan semua pihak nampaknya telah berpuas hati.

A. agak B. paling C. sungguh D. memang

10. Kuat angin yang bertiup tadi sehingga terbang segala kertas yang ada di atas meja itu.

A. nian B. benar C. begitu D. belaka

Soalan B

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai

kesalahan dalam penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan

sama ada A, B, C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika

tiada kesalahan.

1. Mereka terkejut melihatkan haiwan yang begitu besar sekali itu berada di kampung tersebut selamna ini.

A. begitu besar B. terbesar sekali C. paling besar sekali D. begitu besar sekali

2. Jurang di bawah laut yang paling dalam sekali di dunia terletak di Filipina. A. paling dalam

B. terdalam sekali C. paling terdalam D. paling dalam sekali

3. Begitu kagum sekali Harun melihat ikan toman sepanjang dua meter yang dipelihara oleh Pak Don itu.

A. Agak kagum

B. Agak kagum betul C. Agak kagum benar

Bahasa

Melayu

(6)

D. Begitu kagum sekali

4. Baju ini kelihatan sungguh cantik betul apabila dipadankan dengan aksesori ini. A. amat cantik sekali

B. begitu cantik benar C. paling cantik sekali D. sungguh cantik betul

5. Suara penyanyi itu adalah yang paling merdu sekali. A. yang merdu sekali

B. yang termerdu amat C. yang termerdu sekali D. yang paling merdu sekali

B. Penggunaan Kata Dalam Ayat

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

1. I Gangguan bekalan air yang berlangsung di daerah itu telah berjaya diatasi. II Persandingan anak pembesar negeri itu berlangsung tiga hari tiga malam. III Larangan memasuki bandar itu berlangsung mulai dari hari Isnin.

IV Pertemuan dua orang menteri besar itu berlangsung di pejabat Perdana Menteri. A. I dan II

B. II dan IV C. I, II, dan III D. II, III, dan IV

2. I Burung helang itu berputar-putar di udara sebelum menyambar mangsanya. II Untuk kami memahami penjelasannya yang berputar-putar itu sangat sukar. III Kapal terbang itu berputar-putar beberapa kali sebelum terhempas ke bumi. IV Menara KL mempunyai sebuah restoran berputar-putar.

A. I dan II B. III dan IV C. I, II, dan III D. I, II, III, dan IV

Bahasa

Melayu

(7)

C. Memilih Frasa Yang Betul

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai

kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandai sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandai D jika

tiada kesalahan.

1. Tumirah tidak akan sekali-sekali menyerahkan adik- adiknya yang masih kecil kepada keluarga angkat.

A. tidak akan sekali B. tidak akan sekali-kali C. tidak akan sekali-sekala D. tidak akan sekali-sekali

2. Sambil menjunjung sebuntil beras di kepalanya, Puan Anjali menjinjing sebakul ikan sepat di tangan kirinya.

A. Sambil menjulang sebuntil beras B. Sambil menatang buntil beras C. Sambil memikul buntil beras D. Sambil menjunjung buntil beras

3. Pesakit itu amat lemah selepas menjalankan pembedahan jantung. A. dijalankan pembedahan jantung

B. menjalani pembedahan jantung C. pembedahan jantung berjalan D. menjalankan pembedahan jantung

D. Memilih Ayat Yang Betul

Pilih ayat-ayat yang betul.

1. I Puan Hasnah tidak sekali akan melupakan suaminya yang telah meninggal dunia itu.

II Jangan mudah terperdaya oleh puji-pujian yang diberikan orang kepada kita. III Oleh sebab tidak rela dimadu, Puan Erma meminta cerai daripada suaminya. IV Apa-apa juga yang diperkatakan oleh rakannya yang gemar berbohong itu tidak dipercayainya lagi.

A. I dan II B. II dan III C. II dan IV D. III dan IV

Bahasa

Melayu

Edubest

(8)

2. I Manakala menunggu keretanya siap dibasuh, Encik Farid membaca akhbar. II Lelaki-lelaki yang mencolek kedua-dua anak jutawan itu telah diberkas polls. III Lori yang bermuat dengan berpuluh-puluh tong gas itu mengalami kerosakan. IV Wanita yang diperisteri oleh Encik Mazlan itu janda beranak satu.

A. I dan III B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

3. I Puteri yang dijadikan permaisuri oleh raja itu direstui rakyat.

II Walaupun kulitnya amat hitam legam, budak itu disukai oleh rakan-rakannya. III Dia berharap agar kejadian itu menjadi pengajaran kepada anak-anaknya. IV Berdasar pada prestasi semasa Lim, dia tidak mungkin dapat mengalahkan Ravin.

A. I dan IV B. II dan III C. I, III, dan IV D. II, III, dan IV

E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang

paling hampir dengan ayat tang dicetak tebal.

1. Kebanyakan pelajar kurang gemar mengulang kaji pelajaran di

perpustakaan kerana peraturan yang diguna pakai mengehadkan aktiviti mereka.

A. Undang-undang yang diaplikasi di perpustakaan menyebabkan pelajar tidak suka menelaah pelajaran yang terhad di sana.

B. Undang-undang perpustakaan yang ketat mengehadkan aktiviti pelajar, oleh itu tidak sesuai dijadikan tempat menelaah pelajaran.

C. Oleh sebab peraturan perpustakaan mengehadkan aktiviti mereka, banyak pelajar yang kurang suka menelaah pelajaran di situ.

D. Dengan adanya peraturan yang ketat di perpustakaan, aktiviti pelajar

menjadi terhad dan hal ini mengurangkan minat mereka untuk belajar di situ.

2. Peluang Hafiz Hashim untuk melangkah ke perlawanan akhir semakin cerah berikutan kekalahan Lin Dan kepada Lee Hyung Ii.

A. Hafiz Hashim berpeluang memasuki perlawanan akhir selepas Lee Hyung Ii tumpas di tangan Lin Dan.

Bahasa

Melayu

(9)

B. Kekalahan Lin Dan kepada Lee Hyung Ii mencerahkan peluang Hafiz Hashim untuk memasuki perlawanan akhir.

C. Hafiz Hashim berpeluang untuk memasuki perlawanan akhir jika dia dapat menewaskan Lee Hyung Ii yang menumpaskan Lin Dan.

D. Hafiz Hashim berjaya melangkah ke perlawanan akhir selepas Lee Hyung Ii menumpaskan Lin Dan.

3. Pemecatan Encik Govinda daripada jawatan yang disandangnya mengejutkan kakitangan syarikat itu.

A. Kakitangan Syarikat itu terkejut apabila Encik Govinda dipecat daripada jawatannya.

B. Pemecatan jawatan Encik Govinda mengejutkan kakitangan yang menyandang syarikat itu.

C. Encik Govinda mengejutkan kakitangan syarikat itu dengan memecat jawatan yang disandangnya.

D. Encik Govinda dipecat daripada jawatannya kerana mengejutkan kakitangannya.

F. Peribahasa

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

1. Rahimah yang degil itu akhirnya dapat dipujuk oleh ayahnya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan.

Keadaan ini dikatakan ………. A. hari tidak selamanya panas

B. batu pun empuk, jangankan hati manusia C. kepala sama hitam, hati lain-lain

D. rusa masuk ke kampung

2. Sementara menunggu pokok kelapa yang ditanam oleh mereka berbuah, Pak Seman dan isterinya menanam sayur untuk menampung perbelanjaan keluarga. Perbuatan mereka ibarat

A. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagu B. berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak C. diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat

D. ringan tulang berat perut

3. Setelah hampir tiga puluh tahun Sulaiman merantau dari sebuah negara ke sebuah negara, akhirnya dia kembali ke tanah airnya semula.

Keadaan ini dikatakan ……….

A. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri

Bahasa

Melayu

(10)

B. turutkan hati mati, turutkan rasa binasa

C. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

D. setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga

( / )

Bahasa

Melayu

(11)

Bahagian B:

1 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan

kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan tatabahasa:

Kata tugas

Ayat

Istilah

Imbuhan

Hukum DM

Ayat Jenis Kesalahan Tatabahasa (i) Para perantau begitu teruja untuk balik di kampung setiap

kali tiba musim perayaan..

(ii) „Fesyen tudung yang dihasilkan oleh pereka muda itu memang lain dari yang yang lain,” kata Puan Mawar selaku juri dalam pertandingan rekaan tudung itu.

(iii) Puan Azlina lebih gemar membelikan pakaian anak-anaknya di pusat belah-belah yang berdekatan dengan rumahnya.

(iv) Semua murid-murid dikehendaki turun dan berkumpul di padang semasa latihan kebakaran itu diadakan.

( /8)

Bahasa

Melayu

(12)

2 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan ejaan:

Kata majmuk

BA BM

Vokal (a e i o u)

Tanda baca (Aa / “ ” / - )

Imbuhan (gg & kk)

Ayat Jenis Kesalahan Ejaan (i) Kerajaan telah menyediakan peruntukkan yang besar untuk

pelbagai infrastruktur di kawasan luar bandar.

(ii) Encik Azim telah membeli kasu dan stokin sebagai persediaan untuk anaknya yang akan memasuki prasekolah pada tahun depan.

(iii) Semua guru Bahasa Inggeris di sekolah itu telah menerima cekera padat yang mengandungi modul pembelajaran interaktif.

( /3)

Bahasa

Melayu

(13)

3. Tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi ayat di bawah ini.

Subjek : pelaku / pembuat

Predikat : penerangan kepada subjek / perkara yang berlaku

Latihan :

(i) Program Perkampungan Ilmu itu disertai oleh semua murid Tingkatan Tiga.

Subjek : _________________________________________________________

Predikat : _________________________________________________________

(ii) Pertandingan mengopek buah kelapa itu hanya terbuka kepada peserta perempuan.

Subjek : _________________________________________________________

Predikat : _________________________________________________________

(iii) Buah mangga yang gugur di bawah pokok di tepi sungai itu diambil oleh Aina.

Subjek : ________________________________________________________

Predikat :__________________________________________________________

(iv) Encik Kamal dinasihati oleh Doktor supaya berhenti merokok.

Subjek : _________________________________________________________

Predikat : _________________________________________________________

(v) Mak Cik Asiah dan Pak Cik Malek masih sihat dan aktif walaupun sudah berusia 80 tahun. Subjek : _________________________________________________________ Predikat : _________________________________________________________

Bahasa

Melayu

Edubest

(14)

( /10) 4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.

( /4)

Bahasa

Melayu

(15)

Penulisan :

A. Rumusan (15%)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu rumusan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiritanpa mengubah maksud asal petikan.

Kegiatan gangsterisme di sekolah bukan merupakan suatu perkara yang baru. Malahan gejala tersebut telah berlaku sejak puluhan tahun yang lalu dan menjadi satu masalah yang masih belum berjaya diselesaikan hingga hari ini. Kalau dahulu kegiatan samseng ini hanya melibatkan pelajar -pelajar di sekolah menengah tetapi kini mulai menular ke sekolah rendah. Pengaruh geng ini memberikan impak yang sangat besar kepada sekolah kerana ahli-ahli kumpulan geng sering melakukan kegiatan-kegiatan ganas. Sekiranya ahli geng dapat menubuhkan satu jaringan aktiviti yang amat kuat di sekolah, mereka akan mengganggu dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah. Hal ini seterusnya akan memberikan kesan negatif kepada pelajar-pelajar, pihak pengurusan, keselamatan sekolah, dan juga proses penyampaian pendidikan.

Kehadiran geng di sekolah turut menyebabkan para pelajar menjadi dua kali ganda lebih takut berbanding para pelajar dari sekolah yang tidak mempunyai geng. Malahan sekolah dijadikan pusat aktiviti geng yang penting terutama untuk pengambilan ahli-ahli baru dan tujuan-tujuan sosial yang lain. Sehubungan dengan hal itu, ahli geng menjadikan sekolah sebagai tempat berkumpul dan membincangkan aktiviti-aktiviti mereka, menunjuk-nunjuk bahawa mereka ialah geng-geng yang kuat dengan mempamerkan peralatan, menunjukkan kekuatan, memberi perlindungan kepada ahli, menakutkan pelajar lain dan melibatkan diri dalam perlakuan jenayah. Di sekolah, pelajar-pelajar yang tidak bersalah menjadi mangsa ugutan, dicederakan dan sebagainya.

Salah laku pelajar ini juga memberi impak secara langsung ke atas kualiti

pendidikan yang diberikan di sekolah. Kumpulan ini mencurahkan perasaan benci

Bahasa

Melayu

(16)

dan tidak puas hati dengan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Satu lagi masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah ialah grafiti. Tidak dapat dinafikan bahawa jenis vandalisme ini meninggalkan kesan yang buruk. Ahli-ahli geng akan merosakkan bahagian-bahagian sekolah dengan membuat tulisan dan contengan grafiti. Grafiti-grafiti ini sukar dipadam dan memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk membersihkannya.

Sebenarnya, kebanyakan ahli geng di sekolah mempunyai masa hadapan yang gelap. Pergaulan dengan ahli-ahli geng boleh mengancam kehidupan kerana sering terdedah dengan risiko-risiko keganasan fizikal, kecederaan dan kematian semasa melakukan kegiatan-kegiatan ganas. Kebanyakan ahli geng tercicir dari sekolah dan secara tidak langsung mengehadkan peluang-peluang mereka untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.

B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit

Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis sebuah karangan pendek. Panjang karangan anda antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Pengalaman Ketika Banjir

hujan turun dengan lebatnya - beberapa hari - paras air - meningkat - menyebabkan banjir - mengemas pakaian dan barang-barang penting - ke pusat pemindahan banjir - tidak selamat tinggal di rumah - menaiki bot penyelamat - ditempatkan di dalam dewan - diberi sebuah khemah, bantal, dan selimut - berharap air banjir akan surut

Isi :

Bahasa

Melayu

(17)

C. Karangan Umum (30%)

Karangan Jenis Keperihalan

Petua Menulis Karangan Jenis Keperihalan

1. Karangan jenis ini menghendaki calon menceritakan atau menggambarkan pengalaman sendiri semula sama ada dirasai sendiri, dibaca, dilihat atau didengar dan sebagainya.

2. Contoh kenis karangan keperihalan ialah majlis, suasana, keadaan, aktiviti dan pemandangan

3. Perkara-perkara yang hendak diceritakan boleh disampaikan dalam bentuk khayalan, rekaan atau kenyataan.

4. Penulisan karangan jenis ini memerlukan calon mempunyai imaginasi yang kuat, pemilihan kata yang tepat, penggunaan kata-kata kiasan dan pelbagai jenis ayat. 5. Karangan ini juga mesti mempunyai pendahuluan, pengembangan isi dan

penutup.

6. Para calon seharusnya mengolah isi dan menggunakan bahasa yang menarik agar dapat mempengaruhi pembaca atau pemeriksa.

Contoh:

Anda telah berpeluang menaiki kapal terbang buat kali pertama ketika mengikuti suatu program melawat sambil belajar ke Sarawak. Tulis pengalaman anda itu.

Sebelum ini aku hanya melihat keseronokan orang lain menaiki kapal terbang. Tergambar di fikiranku senyuman anak-anak kapal menyambut ketibaan para penumpang dan layanan mesra pramugari ketika menghulurkan makanan dan minuman di dalam perut pesawat. Tidak terfikir di kotak fikiranku detik-detik kecemasan ketika berada di angkasa sehinggalah aku sendiri mengalaminya.

Aku dan rakan-rakan sekelas telah berlepas dari Lapangan Terbang Senai menuju ke Kuching pada pukul 3.00 petang. Kami menaiki pesawat MH 656. Aku dan Syikin mendapat tempat duduk di bahagian kanan berdekatan dengan tingkap. Kedudukan tempat duduk kami ini membolehkan kami melihat pemandangan dari angkasa.

Setelah semua penumpang mengambil tempat masing-masing, pramugari bertugas telah menyarankan kepada kami agar memakai tali pinggang keledar. Sementara itu bunyi enjin pesawat berdesing dan amat menyakitkan telinga. Beberapa minit kemudian aku merasakan pesawat berada dalam keadaan mendongak ke langit. Kubiarkan botol air yang

Bahasa

Melayu

(18)

diletakkan di bahagian kakiku meluru ke buritan dan melanggar kaki penumpang lain.

Lamunanku terhenti apabila tiba-tiba pesawat bergegar seolah-olah melanggar suatu benda yang besar. Berdegus-degus bunyinya. Aku menoleh ke kiri, Syikin sedang tidur lena. Begitu juga dengan penumpang-penumpang yang lain. Aku kemudian memandang luar melalui tingkap. Hanya warna kelabu yang kelihatan. Tiba-tiba sekali lagi gegaran kuat berlaku. Keadaan ini sungguh mencemaskan aku.

Dari arah hadapan terdengar suara meminta penumpang agar bertenang. Aku membaca ayat-ayat suci yang aku ingat sambil berdoa supaya terhindar daripada kecelakaan. Aku melihat seorang pak cik yang duduk di sebelah Syikin melaungkan azan sementara mulut penumpang lain terkumat-kamit memohon keselamatan daripada Allah.

Setelah tiba di Lapangan Terbang Kuching, kami diberitahu bahawa pesawat MH 656 mendarat 45 minit lewat daripada masa yang dijangkakan kerana cuaca buruk dan terpaksa naik ke udara semula sehingga keadaan mengizinkan untuk mendarat. Aku bersyukur kerana kami semua akhirnya dapat mendarat dengan selamat.

LATIHAN

1. Tinggal tiga hari lagi anda akan menyambut ulang tahun kelahiran anda. Pelbagai persiapan telah anda fikirkan sempena majlis tersebut. Gambarkan pengalaman anda ketika membuat persiapan itu.

2. Sekolah anda telah mengadakan Hari Pengambilan Kad Laporan Kemajuan. Gambarkan pengalaman anda pada hari tersebut.

Bahasa

Melayu

(19)
(20)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

Melalui mengamati slide power point tentang gambar kebersamaan Dayu dan keluarga, siswa dapat mengidentifikasi berbagai kegiatan yang menunjukkan persatuan

Artikel ini mengambil judul “Perjanian Sewa Menyewa Tanah Pekarangan Desa (PKD) Berdasarkan Peraturan Daerah Propinsi Bali Nomor 3 Tahun 2001 Tentang Desa Pakraman” tanah

Nama Umur Pendidikan Terakhir Jumlah Tanggungan (jiwa) Lamanya Berjualan (tahun) 16 H... Karakteristik Ekonomi Penjual Daging Sapi di Pasar Tradisional Kota Medan

Kedua, karya lukis perupa BYAR Imajinasi bergaya seni lukis kontemporer yang terlihat dari ciri meminjam idiom masa lalu untuk digunakan dalam konteks baru, berkarya pada tema

Tujuan penelitian ini adalah untuk mendapatkan rancangan proses produksi biodiesel dari minyak biji nyamplung melalui reaksi esterifikasi dan transesterifikasi sehingga

Negara Indonesia adalah salah satu negara berkembang yang sedang berusaha membangun dalam segala bidang aspek seperti politik, sosial, pendidikan, ekonomi dan

Dengan adanya penelitian ini diharapkan ikan nila dapat dijadikan bioindikator pada pencemaran limbah deterjen dan dapat dijadikan sebagai bahan informasi