• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pemahaman. Modul PT3 SM 206. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pemahaman. Modul PT3 SM 206. Nama :"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Edubest

Pemahaman

Modul PT3

SM 206

(2)

Analisis Prosa Genre Prosa Tradisional / Klasik Moden Cerpen Tema Persoalan

Watak & Perwatakan

Plot Permulaan Perkembangan Kemuncak / Klimaks Peleraian Penurunan Pengakhiran Teknik Plot Pemerian / Penceritaan Monolog Monolog dalaman Dialog Imbas muka Imbas kembali Latar Latar tempat Latar masa Latar masyarakat Gaya Bahasa Ayat Diksi Kata ganda Repitisi

Sinkope Singkatan : ku, mu, nak Inversi terbalik : akan kuambil Perlambangan Bunga : wanita Personifikasi bersifat manusia Hiperbola Melebih-lebihkan

Nilai

Program

Bahasa

Melayu

(3)

1. Pemahaman Petikan

Kebersihan merupakan faktor urama dalam kehidupan. Sebagai rakyat, kita diingatkan supaya sentiasa mementingkan kebersihan alam sekitar dan kediaman kita. Pembuangan sampah sarap yang tidak teratur dapat mencemarkan pemandangan dan menjatuhkan nama baik negara.

Namun demikian, sikap segelintir daripada kita bagai pahat dengan penukul. Kita tidak seharusnya berpeluk tubuh dan meletakkan tanggungjawab ini kepada pihak kerajaan sahaja. Sesetangah ahli masyarakat sanggup hidup dengan dikelilingi oleh timbunan sampah

Selain mengeluarkan bau busuk yang mencemarkan udara, kawasan itu akan menjadi tempat pembiakan tikus dan lalat. Di samping itu, tayar-tayar buruk dan tin-tin yang kosong yang dibuang sesuka hati bukan sahaja menyakitkan mata yang memandang malahan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Kita membaca laporan kes demam yang meningkat dari semasa ke semasa bahkan ada yang mengakibatkan kematian.

Banjir kilat sering terjadi terutama di kawasan yang pesat membangun. Keadaan ini disebabkan oleh sistem saliran yang tidak berfungsi dengan baik. Hal ini berpunca daripada sikap manusia yang suka membuang sampah sarap dan sisa-sisa makanan ke dalam longkang. Penggunaan air tercemar pula menyebabkan banyak orang mendapat cirit-birit dan penyakit kulit. Sikap tidak bertanggungjawab ini jelas menyusahkan kita.

Oleh itu. rakyat perlu sedar akan kepentingan kebersihan dan tidak memikirkan diri sendiri sahaja. Sesungguhnya, kebersihan itu tanggungjawab bersama.

1. Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan alam sekitar? A Supaya udara tidak berkurangan

B Supaya negara dilawati pelancong C Supaya kehidupan kita sentiasa sihat D Supaya tidak menjejaskan pandangan

2. Semua yang berikut ialah kesan-kesan pencemaran alam sekitar, kecuali A menyebabkan banjir kilat.

Program

Bahasa

Melayu

(4)

B menjatuhkan imej negara.

C peningkatan kes demam denggi. D mengakibatkan kematian yang tinggi.

3. Apakah maksud frasa bagai pahat dengan penukul ? A Sentiasa mengikut arahan

B Selalu berkelahi apahila bertemu C Hanya bekerja apabila diperintah D Sering melakukan kerja bersama-sama

4. Pada pendapat anda, bagaimanakah pencemaran alam sekitar dapat dielakkan? (KBAT)

A Semua pihak perlu menguruskan sampah secara sistematik.

B Pihak berkuasa mendenda pihak yang melakukan pencemaran alam sekitar. C Pihak media mengadakan kempen alam sekitar apabila berlakunya pencemaran. D Penduduk kampung bergotong-royong bagi membersihkan kawasan tempat tinggal. ( /10)

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(5)

2. Pemahaman Prosa Tradisional

“Pelanduk Mengajar Memerang”

Pada zaman Nabi Allah Sulaiman semua haiwan ditakdirkan oleh Allah dapat berkata-kata. Nabi Allah Sulaiman mempunyai lima Perdana Menteri yang terdiri daripada manusia, jin yang bernama Ifrit, unggas, landak, dan pelanduk. Antara kelima-lima menteri itu, Syah Alam di Rimba, iaitu pelanduklah yang paling masyhur kebijaksanaannya.

Pada suatu hari, Syah Alam di Rimba melawat ke kawasan di wilayah pemerintahannya. Syah Alam di Rimba sampai di sebuah lubang yang menjadi tempat tinggal memerang. Ada tuiuh ekor anak memerang di dalam lubang itu. Anak-anak memerang itu keluar dari lubang lalu bermain-main. Syah Alam di Rimba bertanyakan tempat ibu dan bapa anak-anak memerang itu pergi. Anak memerang menyatakan bahawa ibu dan bapanya pergi mencari ikan untuk dijadikan makanan. Oleh itu, Syah Alam di Rimba terfikir bahawa memerang selalu melakukan penganiayaan terhadap ikan di rimba itu, Syah Alam di Rimba runsing apabila memikirkan aduan ikan-ikan itu kepada Nabi Allah Sulaiman. Syah Alam di Rimba mahu membuat pakatan. Tidak berapa lama kemudian, burung bubut berbunyi secara bersahut-sahutan. Apabila mendengar bunyi itu, Syah Alam di Rimba terus bersilat. Tanpa sedar, Syah Alam di Rimba telah memijak anak-anak memerang itu sehingga semuanya mati.

Setelah hari petang, ibu dan bapa anak memerang pulang ke lubang tersebut. Ibu dan bapa memerang melihat semua anaknya sudah mati. Ibu dan bapa memerang mengetahui Syah Alam di Rimbalah yang melalukan perkara tersebut kerana terdapat kesan tapak kakinya di situ. Ibu dan bapa memerang berasa sangat sedih kerana sangat sayang akan anak-anak memerang itu. Pada malam itu, ibu dan bapa memerang melakukan perbincangan. Ibu dan bapa memerang membuat keputusan untuk memaklumkan kejadian tersebut kepada Nabi Allah Sulaiman.

Program

Bahasa

Melayu

(6)

Pada keesokan harinya, ibu dan bapa memerang pergi berjumpa dengan Nabi Allah Sulaiman. Ibu dan bapa memerang mengadu tentang perbuatan yang dilakukan oleh Syah Alam di Rimba terhadap anak-anak mereka. Setelah baginda mendengar aduan tersebut, baginda berasa hairan akan kelakuan Syah Alam di Rimba. Oleh itu, baginda mahu mengadakan perbicaraan. Syah Alam di Rimba dipanggil oleh belatuk untuk menghadap Nabi Allah Sulaiman. Apabila Syah Alam di Rimba sampai di balai penghadapan, baginda mengemukakan pelbagai soalan kepada Syah Alam di Rimba. Syah Alam di Rimba menyatakan bahawa kejadian itu berlaku kerana Syah Alam di Rimba terdengar bunyi Sang Bubut memukul gendang perang. Pada pendapat Syah Alam di Rimba, bunyi tersebut menandakan bahawa terdapat musuh yang datang menyerang kota istana. Oleh itu, Syah Alam di Rimba pun mulalah bersilat seperti yang telah diajarkan oleh orang-orang tuanya. Tanpa sedar, Syah Alam di Rimba telah memijak anak-anak memerang itu sehingga mati.

Setelah Nabi Allah Sulaiman mendengar segala cerita Syah Alam di Rimba, baginda pun menitahkan belatuk memanggil Sang Bubut. Nabi Allah Sulaiman bertanyakan sebab Sang Bubut memalu gendang perang tanpa perintah baginda. Sang Bubut menjawab bahawa tindakannya itu berpunca daripada perihal melihat Sang Biawak membawa pedang tercabut sambil berlari-lari. Oleh itu, Sang Bubut menyangka bahawa ada musuh yang datang menyerang Nabi Allah Sulaiman. Sang Bubut memalu gendang dengan bersungguh-sungguh supaya segala hulubalang tahu tentang kejadian tersebut.

Setelah Nabi Allah Sulaiman mendengar cerita Sang Bubut, Nabi Allah Sulaiman menitahkan belatuk memanggil Sang Biawak. Nabi Allah Sulaiman bertanya kepada Sang Biawak sebab Sang Biawak membawa pedang tercabut. Sang Biawak memberitahu Nabi Allah Sulaiman bahawa Sang Biawak bertindak demikian kerana ternampak Sang Labi-Labi membawa perisai. Hal tersebut membuatkan Sang Biawak menyangka bahawa terdapat musuh yang akan menyerang Nabi Allah

Sulaiman.

Program

Bahasa

Melayu

(7)

Setelah mendengar cerita Sang Biawak, Nabi Allah Sulaiman menitahkan belatuk memanggil Sang Labi-Labi. Sang Labi-Labi pun datang menyembah Nabi Allah Sulaiman. Nabi Allah Sulaiman bertanyakan sebab Sang Labi-Labi membawa perisai. Sang Labi-Labi menyatakan bahawa Sang Labi-Labi bertindak demikian kerana ternampak Sang Udang membawa tombak. Oleh itu, Sang Labi-Labi menyangka bahawa terdapat musuh yang datang menyerang baginda.

Setelah mendengar cerita Sang Labi-Labi, Nabi Allah Sulaiman menitahkan belatuk memanggil Sang Udang. Sang Udang pun datang menyembah Nabi Allah Sulaiman. Nabi Allah Sulaiman bertanyakan sebab Sang Udang membawa tombak. Sang Udang menyatakan bahawa Sang Udang bertindak demikian kerana melihat Sang Sebarau berikat pinggang. Keadaan Sang Sebarau tersebut kelihatan seperti sedang susah hati. Oleh itu, Sang Udang berfikir pasti ada musuh yang akan datang menyerang baginda. Sang Udang membawa tombak sebagai persediaan untuk menghadapi musuh.

Setelah mendengar cerita Sang Udang, Nabi Allah Sulaiman menitahkan belatuk memanggil Sang Sebarau. Sang Sebarau pun datang menyembah Nabi Allah Sulaiman. Nabi Allah Sulaiman pun menceritakan segala hal yang berlaku dan bertanyakan sebab Sang Sebarau susah hati. Sang Sebarau menyatakan bahawa semua anaknya telah menjadi mangsa Sang Memerang. Sang Memerang telah makan semua anaknya. Sang Sebarau seekor sahaja yang tinggal di dalam lubuk tempat kediamannya itu. Oleh itu, Sang Sebarau meminta Nabi Allah Sulaiman menjatuhkan hukuman terhadap Sang Memerang. Setelah Nabi Allah Sulaiman mendengar cerita Sang Sebarau, maka baginda memerintahkan Sang Memerang mengakui perbuatannya. Dengan takut, Sang Memerang mengakui kesalahannya. Nabi Allah Sulaiman memutuskan bahawa Syah Alam di Rimba tidak bersalah. Kematian anak-anak Sang Memerang disebabkan oleh kesalahan Sang Memerang sendiri.

Program

Bahasa

Melayu

(8)

Tema

Balasan terhadap golongan yang menganiayai golongan lain. Hal ini digambarkan melalui kisah memerang yang menganiayai anak-anak Sang Sebarau. Sebagai balasannya, dengan takdir Allah Subhanahuwataala, anak-anak Sang Memerang sendiri terbunuh selepas dipijak oleh Syah Alam di Rimba ketika Syah Alam di Rimba bersilat sewaktu terdengar bunyi paluan gendang perang yang dilakukan oleh Sang Bubut.

Persoalan

(a) Sikap tamak yang mahu mendapatkan sesuatu dengan sebanyak-banyaknya tanpa memikirkan nasib pihak lain. Contohnya, Sang Memerang telah makan semua anak Sang Sebarau sehingga hanya Sang Sebarau yang tinggal dalam keadaan bersusah hati.

(b) Pengaduan dilakukan kepada pihak yang berkuasa. Contohnya, Sang Memerang membuat pengaduan kepada pihak yang berkuasa, iaitu Nabi Allah Sulaiman tentang peristiwa kematian anak-anaknya disebabkan perbuatan Syah Alam di Rimba.

(c) Pengadilan memerlukan saksi. Contohnya, Nabi Allah Sulaiman memanggil semua rakyat yang terlibat dengan hal yang menyebabkan kematian anak-anak Sang Memerang.

(d) Kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah. Contohnya, Syah Alam di Rimba bijak mencari jalan penyelesaian untuk memberikan kesedaran kepada Sang Memerang.

(e) Bercakap benar di hadapan pemerintah. Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan Sang Memerang bercakap benar di hadapan Nabi Allah Sulaiman.

(f) Sentiasa bersedia untuk menyelamatkan pemerintah. Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, dan Sang Udang bersedia dengan

Program

Bahasa

Melayu

(9)

tugas masing-masing apabila merasakan Nabi Allah Sulaiman diancam oleh pihak musuh.

(h) Mengakui kesalahan yang telah dilakukan. Contohnya, Sang Memerang mengakui kematian anak-anaknya berlaku disebabkan oleh perbuatannya yang memakan semua anak Sang Sebarau.

Plot

Binaan Plot

(a) Permulaan - Syah Alam di Rimba pergi melawat ke kawasan di wilayah pemerintahannya. Syah Alam di Rimba pun menjumpai anak-anak memerang yang sedang bermain-main. Syah Alam di Rimba pun bertanya kepada anak-anak memerang itu tentang tempat mak dan bapa memerang pergi. Anak-anak memerang memberitahu bahawa mak dan bapa memerang pergi mencari ikan untuk dijadikan makanan. Oleh itu, Syah Alam di Rimba terfikir bahawa memerang selalu melakukan penganiayaan terhadap ikan-ikan di rimba itu. Ikan-ikan itu membuat pengaduan kepada Nabi Allah Sulaiman. Syah Alam di Rimba tidak senang apabila mendengar pengaduan ikan-ikan tersebut kepada Nabi Allah Sulaiman, lalu dia berhajat untuk membuat pakatan. Tidak berapa lama kemudian dengan takdir Allah, burung bubut berbunyi secara bersahut-sahutan. Apabila mendengar bunyi itu, Syah Alam di Rimba terus bersilat. Tanpa sedar, Syah Alam di Rimba telah memijak anak-anak memerang itu sehingga kesemua anak memerang itu mati.

(b) Perkembangan - Setelah hari petang, mak dan bapa memerang pulang ke lubang. Mak dan bapa memerang berasa amat sedih apabila melihat kesemua anak mereka telah mati. Memerang mengetahui bahawa Syah Alam di Rimba yang melakukan perkara tersebut berdasarkan kesan tapak kaki Syah Alam di Rimba di kawasan itu. Mak dan bapa memerang berasa terlalu sedih kerana amat menyayangi anak-anaknya itu. Pada malam itu, mak dan bapa memerang mengadakan perbincangan. Mak dan

Program

Bahasa

Melayu

(10)

bapa memerang membuat keputusan untuk memaklumkan kejadian tersebut kepada Nabi Allah Sulaiman.

(c) Klimaks - Pada keesokan harinya, mak dan bapa memerang pergi berjumpa dengan Nabi Allah Sulaiman. Mak dan bapa memerang mengadu tentang perbuatan yang telah dilakukan oleh Syah Alam di Rimba sehingga menyebabkan anak-anak memerang mati. Setelah baginda mendengar pengaduan tersebut, baginda berasa hairan dengan kelakuan Syah Alam di Rimba lalu baginda membuat keputusan untuk mengadakan perbicaraan. Oleh itu, kesemua haiwan yang terlibat dalam hal yang menyebabkan kematian anak-anak memerang itu telah dipanggil untuk menghadap Nabi Allah Sulaiman. Antara haiwan yang dipanggil itu termasuklah Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Biawak, Sang Labi-labi, Sang Udang, dan Sang Sebarau. Kesemua haiwan yang dipanggil oleh Nabi Allah Sulaiman itu membuat kenyataan dengan jujur tentang perkara-perkara yang telah berlaku.

(d) Peleraian – Setelah Nabi Allah Sulaiman mendengar kesemua kenyataan binatang-bintang tersebut, maka baginda pun telah memerintahkan Sang Memerang untuk membuat pengakuan di hadapan baginda. Dengan takut, Sang Memerang menurut perintah dan mengaku salah. Akhir sekali, Nabi Allah Sulaiman menyatakan bahawa dalam hal yang telah berlaku itu, Syah Alam di Rimba tidak bersalah. Kematian anak-anak Sang Memerang berlaku disebabkan kesalahan yang dilakukan oleh Sang Memerang itu sendiri yang telah membuat penganiayaan terhadap anak-anak Sang Sebarau.

Teknik Plot

(a) Dialog. Contohnya,

• "Hai kanak-kanak, ke manakah pergi mak bapa kamu?" [hlm. 35]

(b) Monolog dalaman. Contohnya,

• Fikir Syah Alam di Rimba, "Itulah akan memerang ini, selalu saja ia membuat

aniaya atas ikan-ikan itu, terlalu runsing hatiku mendengar pengaduannya kepada

Program

Bahasa

Melayu

(11)

(c) Pemerian. Contohnya,

• Sebermula adalah suatu hari Syah Alam di Rimba pergi berjalan menatapi sekalian

anak buah di dalam pemerintahannya. Berjumpalah ia suatu lubang tempat

memerang, ada anaknya tujuh ekor. [hlm. 35]

Latar

Latar Tempat

(a) Hutan rimba. Tempat Syah Alam di Rimba memerintah dan membuat lawatan ke kawasan wilayah pemerintahannya.

(b) Lubang. Tempat tinggal mak, bapa, dan anak-anak memerang. (c) Kota istana. Singgahsana Nabi Allah Sulaiman di kota istana.

(d) Lubuk. Tempat tinggal Sang Sebarau dan anak-anak Sang Sebarau di dalam lubuk.

Latar Masa

(a) Pada zaman dahulu. Contohnya, zaman pemerintahan Nabi Allah Sulaiman adalah pada zaman dahulu.

(b) Siang. Contohnya, mak dan bapa memerang pergi menghadap Nabi Allah Sulaiman pada waktu siang.

(c) Petang. Contohnya, mak dan bapa memerang pulang ke lubang pada waktu petang.

(d) Malam. Contohnya, mak dan bapa memerang melakukan perbincangan serta membuat keputusan untuk berjumpa dengan Nabi Allah Sulaiman pada waktu malam.

Latar Masyarakat

(a) Masyarakat binatang yang tinggal di rimba, Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Memerang, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan Sang Sebarau merupakan masyarakat binatang yang tinggal di rimba.

Program

Bahasa

Melayu

(12)

(b) Masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Contohnya, Sang Memerang begitu tamak ketika menangkap ikan untuk dijadikan makanan tanpa memikirkan nasib yang menimpa ikan-ikan tersebut.

(c) Masyarakat yang berlaku jujur terhadap pemerintah. Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan Sang Memerang bercakap benar di hadapan Nabi Allah Sulaiman.

(d) Masyarakat yang patuh akan pemerintah. Contohnya, mak dan bapa memerang taat akan perintah Nabi Allah Sulaiman supaya membuat pengakuan terhadap kesalahan yang telah dilakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau.

(e) Masyarakat yang sentiasa bersedia untuk menjaga keselamatan pemerintah. Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, dan Sang Udang sentiasa bersedia dengan tugas masing-masing apabila merasakan bahawa Nabi Allah Sulaiman diancam oleh pihak musuh.

(f) Masyarakat yang cepat bertindak. Contohnya, burung belatuk amat cepat menjalankan perintah Nabi Allah Sulaiman supaya memanggil binatang-binatang lain untuk datang menghadap baginda.

(g) Masyarakat yang mengaku kesilapan diri. Contohnya, mak dan bapa memerang telah membuat pengakuan tentang kesalahan yang dilakukan di hadapan Nabi Allah Sulaiman.

(h) Masyarakat yang bijak menyelesaikan masalah. Contohnya, Syah Alam di Rimba dan Nabi Allah Sulaiman bijak menyelesaikan masalah dengan cara yang baik.

Watak dan Perwatakan

Pelanduk atau Syah Alam di Rimba

(a) Dilantik oleh Nabi Allah Sulaiman untuk menjadi menteri.

(b) Merupakan menteri yang paling termasyhur kerana kebijaksanaannya. (c) Bijak untuk memberikan kesedaran kepada memerang.

(d) Pandai bersilat.

Program

Bahasa

Melayu

(13)

(e) Sebagai menteri, Syah Alam di Rimba sentiasa mengambil berat akan kehidupan rakyatnya.

(f) Syah Alam di Rimba taat kepada pemerintah, iaitu Nabi Allah Sulaiman. (g) Mudah berasa risau sekiranya anak buahnya ditimpa sebarang masalah. (h) Jujur ketika berhadapan dengan Nabi Allah Sulaiman.

Memerang atau Sang Memerang

(a) Mempunyai tujuh orang anak. (b) Menjadikan ikan sebagai makanan. (b) Tamak terutamanya dalam hal makanan.

(c) Mak dan bapa yang bertanggungjawab, iaitu mencari makanan untuk anak-anak. (d) Mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib orang lain.

(e) Taat kepada perintah Nabi Allah Sulaiman supaya mengaku salah.

(f) Sedar akan penganiayaan yang telah dilakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau.

Nabi Allah Sulaiman

(a) Seorang pemerintah yang rakyatnya terdiri daripada manusia, jin, dan binatang.

(b) Melantik lima Perdana Menteri dalam urusan pemerintahan baginda. (c) Bijak menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh semua rakyatnya. (d) Tidak terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan.

(e) Pemerintah yang adil.

(f) Tegas dalam membuat keputusan. Gaya Bahasa

Ayat

(a) Pengarang menggunakan ayat pendek. Contohnya:

• Hatta seketika lagi hari pun petanglah. [hlm. 36]

• Seketika lagi hari pun siang. [hlm. 37]

Program

Bahasa

Melayu

(14)

(b) Pengarang menggunakan ayat panjang. Contohnya,

• ...Memerang yang kedua lalu menangis yang teramat sangat sayang akan anaknya

itu, putuslah asanya membawa ikan terlalu banyak hendak memberi makanan akan

anak-anaknya itu. [hlm. 36]

Diksi

(a) Penggunaan bahasa Arab. Contohnya,

• Nabi Allah Sulaiman alaihissalam [hlm. 35]

• Allah Subhanahuwataala [hlm. 36]

• kudrat-Nya [hlm. 36]

• fasal [hlm. 38]

• taalif [hlm. 43]

(b) Penggunaan bahasa istana. Contohnya,

• bersemayam [hlm. 37] • singgahsana [hlm. 37] • patik [hlm. 37] • baginda [hlm. 38] • titah [hlm. 38] • tuanku [hlm. 40] • beta [hlm. 41]

(c) Penggunaan bahasa klasik. Contohnya,

• Sebermula [hlm. 35]

• Hatta [hlm. 36]

• ayapan [hlm. 37]

• pacal [hlm. 43]

Sinkope

• ... Sang Biawak membawa pedang tercabut saja berlari-lari; jadi kepada .... [hlm. 40]

Program

Bahasa

Melayu

(15)

Repetisi

• ... Sebab patik mudik membawa perisai itu, patik lihat Sang Udang pun bersama

membawa perisai itu, patik lihat Sang Udang pun bersama membawa tombak

bercanggah mudik. [hlm. 41]

Nilai

(a) Keberanian. Contohnya, semua binatang yang terlibat dengan kematian anak-anak memerang berani datang menghadap Nabi Allah Sulaiman.

(b) Keadilan. Contohnya, anak-anak memerang teraniaya disebabkan mak dan bapa memerang juga telah menganiaya anak-anak Sang Sebarau.

(c) Kejujuran. Contohnya, setiap binatang yang dipanggil oleh Nabi Allah Sulaiman bercakap benar dan jujur di hadapan baginda.

(d) Kebijaksanaan. Contohnya, Nabi Allah Sulaiman bijak menyelesaikan masalah dengan cara yang tenang.

(e) Keprihatinan. Contohnya, Syah Alam di Rimba prihatin dengan kehidupan anak-anak buahnya.

(f) Tanggungjawab. Contohnya, mak dan bapa memerang keluar mencari makanan untuk anak-anak memerang.

(g) Kepatuhan. Contohnya, mak dan bapa memerang patuh akan perintah Nabi Allah Sulaiman supaya membuat pengakuan terhadap kesalahan yang telah dilakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau.

(h) Kesedaran. Contohnya, mak dan bapa memerang sedar akan penganiayaan yang telah dilakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau.

Pengajaran

(a) Kita hendaklah menjadi pemimpin yang prihatin terhadap kehidupan rakyat. (b) Kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang ancaman daripada

pihak musuh.

Program

Bahasa

Melayu

(16)

(c) Sebagai rakyat, kita hendaklah patuh akan setiap arahan pemerintah.

(d) Jika kita dilantik menjadi pemerintah, kita hendaklah membuat keputusan dengan adil.

(e) Kita hendaklah mencari bukti-bukti yang jelas lebih dahulu sebelum membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

(f) Kita hendaklah menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab.

(g) Sebagai pemerintah, kita mestilah bijak untuk menyelesaikan masalah rakyat dengan baik.

(h) Kita mestilah berkata dengan jujur apabila kita dihadapkan ke muka pengadilan. (i) Kita hendaklah sedar akan kesalahan yang telah kita lakukan.

Latihan

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah didengar Sang Sebarau akan titah baginda itu, ia pun lalu sujud menyembah, sembahnya, "Daulat duli tuanku, ampun sembah patik harapkan diampun, seperti titah Duli yang Maha Mulia itu, terjunjunglah di atas jemala ubun-ubun patik, akan tetapi harapkan diampun jikalau sekiranya tiada tuanku memanggil patik ini, sahaja patik hendak menghadap juga hendak bermaklumkan hal diri patik. Hamba rakyat tuanku ini sangatlah dianiaya oleh Sang Memerang ke atas patik-patik sekalian, habis rakyat tentera tuanku dimakannya, dan seperti hamba tuanku dan anak-anak didik itu, habislah sudah dimakan, tuanku, oleh Sang Memerang itu. Di dalam suatu lubuk tempat kediaman patik-patik tinggal patik seekor sahaja. Maka inilah berupa kesusahan yang dilihat pacal Sang Udang itu kerana terlebih maklum tuanku fasal melarikan nyawa ini, tiada berketahuan dukacita hati patik kedudukan tiada mendapat aman sentosa sekali-kali. Inilah patik memohon hukum titah Duli yang Maha Mulia taalif timbangan yang keadilan di atas antara patik-patik ini dengan Sang

Program

Bahasa

Melayu

(17)

Memerang ini, yang selalu suka mengadakan aniaya ke atas patik dengan tiada menaruh kasihan belas, berinsaf-insaf sama-sama hamba Allah dan rakyat tentera Duli yang Maha Mulia ini. Inilah patik pohonkan hukumannya."

Hatta setelah baginda mendengarkan sembah Sang Sebarau itu, baginda pun bertitah kepada Sang Memerang dengan murkanya, titahnya, "Hai Sang Memerang, sebenarnya seperti kata Sang Sebarau ini, selalu engkau membuat aniaya ke atas dia sekaliannya? Boleh engkau sembahkan dengan sebenarnya?"

Sembah Sang Memerang dengan ketakutannya, "Harapkan diampun tuanku, beribu-ribu ampun, telah sebenarnyalah seperti sembah Sang Sebarau itu; mengaku kesalahanlah patik-patik yang kedua ini, titah tuanku patik junjung."

Titah baginda, "Hai Syah Alam di Rimba, menanglah engkau; patut engkau diatkan nyawa anak memerang itu ganti nyawa anak dan bini Sang Sebarau ini yang telah dimakan Sang Memerang itu; bukan salah engkau melainkan salah Sang Memerang sendiri anaknya mati dipijak sekaliannya." Demikian adanya.

(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)

(i) Berdasarkan petikan prosa tradisional tersebut, nyatakan dua perkara yang dimaklumkan oleh Sang Sebarau kepada Nabi Allah Sulaiman.

[3 markah] _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(18)

(ii) Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam petikan tersebut beserta dengan

contoh yang sesuai. [3 markah]

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

(iii) Sikap saling bermaafan amat penting dalam hidup bermasyarakat. Sekiranya anda Sang Memerang, adakah anda akan memaafkan perbuatan yang telah dilakukan oleh Syah Alam di Rimba terhadap anak-anak Sang Memerang? Mengapa? [KBAT] [4 markah] _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ ( /10)

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(19)
(20)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

Santap beradat, santap istiadat, Santap nasi suap pertama, Santap raja di majlis kebesaran, Berturut dengan suap kedua; Santap merai, hormat-menghormat; Dua suap, ketiga sudah,

Penyajak berpesan agar gadis-gadis tidak akan membiarkan diri mereka tercemar dalam menghadapi kehidupan yang serba mencabar ini, sebaliknya hendaklah menjaga diri

Contohnya, Sultan Muzaffar Syah seorang yang bijaksana kerana telah berjaya mendamaikan Seri Nara Diraja dan Paduka Raja melalui perkahwinan antara Seri Nara Diraja