• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pemahaman. Modul PT3 SM 209. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Pemahaman. Modul PT3 SM 209. Nama :"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Pemahaman

Modul PT3 SM 209

Nama : _____________________________

(2)

Analisis Puisi

Genre Puisi Tradisional

Pantun Syair Moden Sajak Tema

Persoalan

Bentuk Terikat

Rima akhir Pantun : ab / abab Rima akhir Syair : aaaa Bebas Rima akhir Sajak : abcdef

Unsur Bahasa

Pengulangan

Pengulangan baris Repitisi

Pengulangan Kata

Ulang kata depan Anafora Ulang kata belakang Responsi Ulang kata tengah Epifora

Sinkope Singkatan : ku, mu, nak Inversi terbalik : akan kuambil Perlambangan Bunga : wanita Personifikasi bersifat manusia Hiperbola Melebih-lebihkan

Unsur bunyi Pengulangan abjad

Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi

Nada

Romantis cinta, kasih sayang Melankolik sedih

Protes membantah

Sinis menyindir / mengejek Nilai

Pengajaran

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(3)

1. Pemahaman Puisi Moden (10 markah)

Sajak – “Kucari Damai di Sini”

Kucari damai di sini

di tanah subur makmur dan merdeka

yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi membebat perasaan kehidupan

dengan sejarah persaudaraan mengikat naluri kemanusiaan.

Kucari damai di sini cinta dan jati diri

bersemarak di laman sukma dengan kasih sayang

bersemadi di naluri.

Di sini damainya badai

moga gemilang sepanjang zaman menjadi catatan sejarah kebanggaan untuk generasi masa depan.

(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)

Maksud

Rangkap 1

Penyajak menyatakan bahawa dia mencari kedamaian di negaranya yang makmur dan merdeka. Kemerdekaan tersebut dianggap berada antara kenyataan dengan impian.

Hal ini demikian kerana wujudnya perasaan ketidakpuasan hati antara rakyat. Namun

Program Bahasa

Melayu

Edubest

(4)

demikian, penyajak menyatakan bahawa perasaan negatif itu perlu diubati dengan bersangka baik, iaitu dengan menjadikan sejarah persaudaraan sebagai dasar untuk membina rasa kemanusiaan.

Rangkap 2

Penyajak menyatakan bahawa kedamaian juga dicari dengan rasa kasih sayang dan dengan keperibadian mulia rakyat Malaysia. Perasaan kasih mengasihi yang tulen perlu disemai dalam sanubari.

Rangkap 3

Penyajak menyatakan bahawa walaupun negara kita mempunyai masalah, kita masih boleh berdamai dan hidup dengan aman. Penyajak berharap agar kemerdekaan yang dicapai akan berkekalan. Segala masalah perlulah diatasi dengan bijaksana supaya kejayaan yang tercipta menjadi kebanggaan generasi akan datang.

Tema

Tema sajak ini ialah penghargaan terhadap kedamaian dan kesejahteraan negara.

Rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman damai kerana wujudnya kasih sayang yang ikhlas dan tulen. Walaupun terdapat masalah yang dihadapi, masalah tersebut masih dapat diselesaikan. Negara ini menjadi kebanggaan rakyat hinggalah ke generasi yang akan datang.

Persoalan

(a) Kedamaian hendaklah diusahakan kerana kedamaian tidak akan datang dengan sendirinya.

(b) Negara kita ialah negara yang aman dan makmur.

(c) Kemerdekaan hendaklah diperjuangkan agar beroleh kemajuan.

(d) Kedamaian akan wujud dengan adanya nilai kasih sayang.

(e) Kemerdekaan negara kita ini akan menjadi kebanggaan generasi akan datang.

Program Bahasa

Melayu

Edubest

(5)

Bentuk

(a) Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.

(b) Bilangan baris untuk setiap rangkap tidak sama. Contohnya,

• rangkap 1: enam baris;

• rangkap 2: lima baris;

• rangkap 3: empat baris.

(c) Panjang pendek baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga lapan patah kata.

Contohnya,

dengan sejarah persaudaraan (3 patah kata) yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi (8 patah kata) (d) Jumlah suku kata dalam sajak ini antara enam hingga lapan belas suku kata.

Contohnya,

dengan kasih sayang (6 suku kata)

yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi (18 suku kata) (e) Sajak ini berbentuk bebas.

Unsur bunyi

(a) Asonansi. Contohnya,

• mengikat naluri kemanusiaan (perulangan vokal a);

• membebat perasaan kehidupan (perulangan vokal e);

• cinta dan jati diri (perulangan vokal i).

(b) Aliterasi. Contohnya, Kucari damai di sini (perulangan konsonan d).

(c) Rima akhirnya bebas. Contohnya,

• rangkap 1: abaccc;

• rangkap 2: aabca;

• rangkap 3: abbb.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(6)

Gaya Bahasa

(a) Paradoks. Contohnya, antara realiti dan mimpi.

(b) Hiperbola. Contohnya, membebat perasaan kehidupan.

(c) Metafora. Contohnya, laman sukma.

(d) Repetisi. Contohnya, Kucari damai di sini (rangkap 1, baris 1; rangkap 2, baris 1).

Nada Patriotik.

Nilai

(a) Kesyukuran. Contohnya, rakyat perlulah bersyukur kerana berada dalam negara yang aman.

(b) Hormat-menghormati. Contohnya, rakyat di negara ini saling menghormati dan berkasih sayang antara satu dengan yang lain.

(c) Patriotisme. Contohnya, rakyat di negara ini mencintai negara yang merdeka.

(d) Keinsafan. Contohnya, rakyat insaf dan tidak mahu mengulangi perselisihan.

Pengajaran

(a) Kita mestilah berusaha untuk mendapatkan dan mengekalkan kedamaian.

(b) Kita hendaklah menghargai kemerdekaan negara.

(c) Kita hendaklah memastikan kedamaian negara terus berkekalan.

(d) Kita hendaklah menyelesaikan sebarang krisis dengan bijaksana.

(e) Kita perlulah menjaga negara kita dengan baik untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(7)

Latihan

i. Berdasarkan sajak di atas, nyatakan dua harapan penyajak yang terdapat pada

rangkap terakhir sajak. [3 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

ii. Pelbagai pengajaran dapat diperoleh daripada sajak Kucari Damai di Sini.

Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

iii. Pada andaian anda, adakah generasi akan datang dapat hidup dengan aman dan damai di negara kita? Mengapa? [KBAT] [4 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

( /10)

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(8)

2. Pemahaman Puisi Moden (10 markah)

Sajak – “Pada Sekuntum Mawar”

Sehelai kelopakmu gugur adalah titis air mata bonda yang luruh dalam lipatan usia.

Merenung pada malam yang kematian angin pada laut yang kematian ombak

seperti telah menutup pintu kehidupan ini menjadi sepi dan lara

pada kemusnahan yang tak pernah dipinta.

Sekuntum mawar

bukan melontar harum indahmu di hujung lembah

tapi mengangkat seri mahkotamu ke puncak iman.

(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)

Maksud

Rangkap 1

Penyajak mengumpamakan bunga mawar sebagai gadis. Jika maruah seorang gadis tercemar, maka ibunya akan berasa amat sedih dalam menghadapi hari tua.

Rangkap 2

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(9)

Jika maruah anak gadisnya tercemar, maka ibu akan merasakan bahawa segala- galanya telah musnah. Dia merasakan bahawa hidupnya sia-sia atau tidak bermakna lagi. Dia juga merasakan bahawa segala-galanya telah musnah dan tidak ada lagi jalan untuk memperbaiki keadaan tersebut.

Rangkap 3

Penyajak berpesan agar gadis-gadis tidak akan membiarkan diri mereka tercemar dalam menghadapi kehidupan yang serba mencabar ini, sebaliknya hendaklah menjaga diri supaya menjadi gadis yang beriman dan dihormati masyarakat.

Tema

Sajak ini menyampaikan tema anak gadis yang sewajibnya menjaga martabat mereka sebagai seorang gadis. Jika seseorang gadis telah tercemar, iaitu hilang kegadisannya akibat pergaulan bebas, maka nama keluarganya turut tercemar.

Persoalan

(a) Ibu akan berasa sedih jika maruah anak gadisnya tercemar.

(b) Kesedihan menyebabkan seseorang ibu akan merasakan bahawa hidupnya sudah tidak bermakna lagi.

(c) Kehilangan maruah seorang gadis merupakan suatu kemusnahan yang tidak sanggup diterima oleh seseorang ibu.

(d) Seorang gadis hendaklah menjaga diri dengan memiliki pegangan agama yang kukuh, iaitu sebagai gadis yang beriman.

Bentuk

(a) Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.

(b) Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama. Contohnya,

• rangkap 1: tiga baris;

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(10)

• rangkap 2: enam baris;

• rangkap 3: lima baris.

(c) Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara dua hingga enam patah kata.

Contohnya,

Sekuntum mawar (2 patah kata)

Merenung pada malam yang kematian angin (6 patah kata)

(d) Jumlah suku kata dalam sajak ini antara lima hingga empat belas suku kata.

Contohnya,

di hujung lembah (5 suku kata)

Merenung pada malam yang kematian angin (14 suku kata) (e) Sajak ini berbentuk bebas.

Unsur Bunyi

(a) Asonansi. Contohnya,

• adalah titis air mata bonda (perulangan vokal a);

• seperti telah menutup (perulangan vokal e);

• pintu kehidupan ini (perulangan vokal i);

• bukan melontar harum indahmu (perulangan vokal u).

(b) Rima akhirnya bebas. Contohnya,

• rangkap 1: abb;

• rangkap 2: abcdee;

• rangkap 3: abcbd.

Gaya Bahasa

(a) Bahasa puitis. Contohnya, mengangkat seri mahkotamu.

(b) Metafora. Contohnya, lipatan usia; pintu kehidupan.

(c) Penggunaan unsur alam. Contohnya, malam; angin; laut; ombak; mawar; lembah.

(d) Simile. Contohnya, seperti telah menutup.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(11)

(e) Sinkope. Contohnya, pada kemusnahan yang tak pernah dipinta.

Nada

Melankolik.

Nilai

(a) Berhemah tinggi. Contohnya, kepentingan seorang gadis menjaga kesucian dirinya.

(b) Kasih sayang. Contohnya, seorang ibu amat menyayangi anak gadisnya.

(c) Berwaspada. Contohnya, seorang gadis perlu menjaga tingkah lakunya dengan baik.

(d) Kesedaran. Contohnya, seorang gadis perlu sedar untuk menjaga dirinya agar tidak terlanjur.

(e) Rasional. Contohnya, seorang gadis perlulah berfikir sebelum melakukan sesuatu agar tidak mudah terlibat dengan masalah sosial.

(f) Keimanan. Contohnya, nilai keimanan penting dalam diri seorang gadis agar martabatnya terbela.

Pengajaran

(a) Kita haruslah menjaga maruah diri dengan baik agar tidak tercemar.

(b) Kita hendaklah menjaga hati ibu agar ibu tidak menderita.

(c) Kita hendaklah menjaga diri agar tidak menghadapi kemusnahan dalam kehidupan.

(d) Kita hendaklah membina kehidupan agar beroleh kebahagiaan.

(e) Kita hendaklah mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah sosial.

(f) Kita mestilah mengukuhkan iman dalam diri supaya maruah diri akan terjaga.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(12)

Latihan

i. Berdasarkan sajak tersebut, bagaimanakah keadaan bonda apabila mengetahui bahawa maruah anak gadisnya telah tercemar? [3 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

ii. Pelbagai persoalan terdapat dalam sajak Pada Sekuntum Mawar.

Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

iii. Semakin hari semakin banyak gadis yang terlibat dengan masalah sosial.

Pada pendapat anda, apakah punca seseorang gadis itu terjerumus dalam

masalah sosial? [KBAT] [4 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

( /10)

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(13)
(14)
(15)
(16)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 7650 http://www.edubest.com.my

Referensi

Dokumen terkait

Teeew dalam (Yohanes Suhendi, 2014: 4) secara ringkas dan padat menyatakan bahwa sastra adalah segala sesuatu yang tertulis, pemakaian bahasa dalam bentuk tulis, meskipun

Koordinator BK adalah konselor yang mempunyai tugas, tanggung jawab, wewenang dan hak secara penuh dalam kegiatan BK terhadap sejumlah peserta didik. Pelayanan BK

Nama Umur Pendidikan Terakhir Jumlah Tanggungan (jiwa) Lamanya Berjualan (tahun) 16 H... Karakteristik Ekonomi Penjual Daging Sapi di Pasar Tradisional Kota Medan

Anwar, J. Ekologi Ekosistem Sumatera. Yogyakarta: UGM Press. Hortikultura aspek budaya. Cagar Alam Leuweung Sancang. In Informasi Kawasan Konservasi Propinsi Jawa Barat

Kedua, karya lukis perupa BYAR Imajinasi bergaya seni lukis kontemporer yang terlihat dari ciri meminjam idiom masa lalu untuk digunakan dalam konteks baru, berkarya pada tema

Oleh karena itu, untuk meringankan beban pajak terutang bagi wajib pajak, maka besarnya pajak yang dipotong atas penghasilan yang diterima atau diperoleh subjek pajak dalam negeri

Skema sertifikasi Okupasi Buku Elektronik/E-Book Developer adalah skema sertifikasi okupasi yang dikembangkan oleh Direktorat Pendidikan Vokasi Kementerian Pendidikan dan