• Tidak ada hasil yang ditemukan

Modul PT3 SM 209. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Modul PT3 SM 209. Nama :"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Edubest

Modul PT3

SM

209

(2)

Format Bahasa Melayu PT3 Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)

Bahagian A: (20%) 20 Soalan aneka pilihan

a. Sistem bahasa

b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)

Bahagian B: (25%)

Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)

Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%) Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)

Bahagian C: (15%)

Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2)

Kertas 2 : 40% (1 jam)

Bahagian A: (10%)

Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)

Bahagian B: (30%)

Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)

Program

Bahasa

Melayu

(3)

Sistem Bahasa Bahagian A :

A. Golongan Kata 1. Penanda Wacana

Penanda wacana merupakan kata atau frasa yang digunakan untuk mewujudkan hubungan antara idea dalam percakapan atau penulisan.

Biasanya, penanda wacana digunakan untuk menghubungkan idea dalam ayat, antara ayat dengan ayat, dan antara perenggan dengan perenggan.

Contoh penggunaan penanda wacana: Jenis Penanda

Wacana

Contoh Penggunaannya

Penanda tambahan

Selain itu, tambahan pula, lagipun, lebih-lebih lagi, sekali lagi, dalam hal ini juga, bertitik tolak dari situ

-Perenggan isi -Ayat huraian Penanda akibat Oleh hal yang demikian, oleh itu,

sebagai akibatnya, implikasinya, kesan daripada itu

-Ayat huraian -Kesan sesuatu Penanda contoh Misalnya, contohnya, umpamanya,

khususnya, terutamanya, biar kita mengambil contoh, yang dimaksudkan ialah…, apa yang dimaksudkan ialah…, hal ini dapat dilihat

-Ayat contoh

Penanda

keterangan atau penjelasan

Dengan kata lain, ringkasnya, tegasnya, sebenarnya, iaitu, hal ini demikian kerana, secara

empirikalnya, menurut kajian

-Ayat huraian -Menegaskan sesuatu

Penanda kesimpulan

Akhirnya, kesimpulannya, pada keseluruhannya, intihanya, konklusinya, pendek kata, sesungguhnya, jelaslah bahawa

-Perenggan penutup

Penanda masa/ turutan

Pertamanya, keduanya, berkutnya, kemudian, kini, keesokannya, pada masa itu, selepas itu, pada ketika itu, seterusnya, pada masa sekarang ini, selaras dengan itu, seiring dengan itu, dewasa ini, marcapada

-Perenggan isi -Ayat huraian

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(4)

ini Penanda

perbandingan/ alternatif

Sebagai perbandingan, ironinya, sebaliknya, berbeza dengan, walau bagaimanapun, namun demikian, sehubungan dengan itu, dalam nada yang berbeza

-Perenggan isi -Ayat huraian -Membandingkan sesuatu

Penanda umum Dengan ini, lazimnya,

kebiasaannya, ramai berpendapat bahawa, pada hemat saya, pada pandangan saya -Ayat huraian -Ayat akhir perenggan isi Latihan: Soalan 1-5

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. “_______________ kita akan membincangkan faktor kedua kejadian banjir kilat,” kata penceramah itu.

A. Oleh itu B. Selanjutnya C. Semenjak itu D. Oleh sebab itu

2. “_______________, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar saya," Nuramalina mengakhiri ucapannya.

A. Tambahan pula B. Sebaliknya C. Namun

D. Akhir kata

3. _____________ minyak wangi itu mahal dan berjenama, bau minyak wangi itu tidak tahan lama.

A. Namun B. Meskipun C. Sebaliknya D. Malah

4. _____________, kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh jika ingin berjaya.

A. Sebelum itu

B. Selain itu

Program

Bahasa

Melayu

(5)

C. Justeru

D. Di samping itu

5. _____________, usaha-usaha lain juga wajar diadakan dengan kerjasama sektor swasta dalam memperkasakan industri kraf tangan tempatan.

A. Selanjutnya B. Semenjak itu C. Bagaimanapun D. Selain itu Soalan 6-8

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A,

B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

6. Walaupun setiap projek perumahan telah diwajibkan membuat penilaian kesan A

kepada alam sekitar, namun penguatkuasaannya masih boleh dipersoalkan. Tiada B C

kesalahan. D

7. Sikap boros berbelanja, dalam pada itu dengan menggunakan kad kredit akan

A B C

menyebabkan kesan buruk yang berpanjangan. Tiada kesalahan. D

8. Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah memainkan peranan dalam mengatasi

A B C

masalah salah laku pelajar. Tiada kesalahan. D

Program

Bahasa

Melayu

(6)

A. 2. Kata Bantu dan Kata Penguat Kata Bantu

a) Aspek – menimbulkan suasana perbezaan masa.

• Keadaan yang telah berlaku: sudah, pernah, telah

• Keadaan yang sedang berlaku: sedang, masih, tengah

• Keadaan yang belum berlaku: belum, akan

b) Ragam – menyatakan ragam persaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan.

• Menunjukkan kehendak, keupayaan/kebolehan, kebarangkalian/kemungkinan, dan kemestian

• Contoh: mahu, hendak, ingin, boleh, dapat, bisa, kemungkinan, mungkin, barangkali, mesti, wajib, harus, perlu, pasti, patut, tentu, menang

Kata Penguat – memberi penekanan maksud kata adjektif.

a) Kata penguat hadapan – agak, begitu, demikian, kurang, lebih, paling, terlalu, cukup

b) Kata penguat belakang – benar, betul, nian, sekali

c) Kata penguat bebas – amat, sangat, sungguh

Latihan: Soalan 1-4

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Dayang Saleha ___________ tiba dari Sarawak petang semalam. A. pernah

B. sedang C. masih D. telah

2. Kami sekeluarga ___________ menaiki kapal terbang ketika bercuti ke Hanoi.

A. pernah B. akan C. harus D. sedang

3. Encik Ariffin ___________ melanjutkan pelajaran pada peringkat sarjana.

A. yang

Program

Bahasa

Melayu

(7)

B. belum C. sedang D. dapat

4. Kebanyakan graduan kini sudah mula ___________ bekerja sendiri tanpa rnengharapkan kerja makan gaji sahaja.

A. paling B. sedang C. mahu D. akan Soalan 5-8

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A,

B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

5. Junaidah hendak menelefon suaminya kerana anak mereka belum pulang dari

A B

sekolah walaupun sudah lewat petang. Tiada kesalahan. C D

6. Sebagai anak, kita mesti membalas jasa ibu bapa yang akan membesarkan dan

A B

mendidik kita sejak kecil. Tiada kesalahan. C D

7. Meskipun belum melawat Jepun ketika masih kecil, Jacinta ingin ke negara

A B C

matahari terbit itu sekali lagi. Tiada kesalahan. D

8. Setiap pelajar ingin memakai pakaian seragam dan perlu mematuhi peraturan

A B

sekolah yang telah ditetapkan. Tiada kesalahan.

C D

Program

Bahasa

Melayu

(8)

B. Penggunaan Kata Dalam Ayat

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

1. I Adil berpusing mencari jalan pulang setelah tersesat di tengah-tengah bandar. II Pelari-pelari negara akan menamatkan berpusing yang kelima.

III Gasingnya berpusing ligat ketika dipangkah oleh rakannya. IV Kipas di biliknya berpusing siang dan malam.

A. III dan IV B. I, II, dan IV C. II, III, dan IV D. I, II, III, dan IV

2. I Nelayan itu sedang asyik menebar jala sehingga tidak menyedari keadaan cuaca menjadi gelap.

II Pembuat roti canai sedang sibuk menebar adunan yang telah diuli. III Ibu saya menebar kain yang hendak dibuat langsir pintu depan.

IV Para pekerja sedang menebar minyak tar di atas jalan yang sedang dibaiki. A. I dan II

B. II dan IV C. I, II, dan IV D. I, III, dan IV

3. I Siti mencelup pisang ke dalam tepung sebelum digoreng.

II Kita dilarang mencelup jari ke dalam makanan yang hendak dihidangkan. III Pakaiannya yang luntur kelihatan menarik setelah mencelup dengan warna asalnya.

IV David mencelup keretanya dengan warna yang lebih menarik. A. I dan II

B. II dan III C. I, II, dan IV D. I, II, III, dan IV

Program

Bahasa

Melayu

(9)

C. Memilih Frasa Yang Betul

Bahagian yang bergarisdalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandai sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandai Djika

tiada kesalahan.

1. Beliau kembali bertugas setelah selesai menjalankan kursus selama sebulan di Jepun.

A. selesai menjalani kursus B. selesai dijalankan kursus C. selesai perjalanan kursus D. selesai menjalankan kursus

2. Pakaiannya kelihatan luntur dan wajahnya lesu setelah berhari-hari sesat di hutan ketika menyertai ekspedisi menjelajah hutan.

A. Pakaiannya kelihatan lusuh dan wajahnya ayu B. Pakaiannya kelihatan lusuh dan wajahnya lesu C. Pakaiannya kelihatan kelabu dan wajahnya lesu D. Pakaiannya kelihatan luntur dan wajahnya lesu

3. Sehubungan dengan itu, mereka tidak dibenarkan memasuki makmal tanpa guru. A. Sehubungan itu

B. Sehubung itu C. Hubungan itu

D. Sehubungan dengan itu

D. Memilih Ayat Yang Betul

Pilih ayat-ayat yang betul.

1. I Rumah yang di atas bukit yang itulah yang dimiliki oleh datuknya yang amat disayanginya.

II Pada minggu yang lalu, keluarga saya bersantai di pantai Port Dickson yang letaknya tidak jauh dari Seremban.

III Mereka memungut kulit-kulit siput dan kerang sambil memerhatikan pergerakan umang-umang.

IV Ramai orang berkunjung ke pantai itu pada hari-hari cuti begini. A. I dan II

B. I dan III C. II dan III

D. I, II, III, dan IV

Program

Bahasa

Melayu

(10)

2. I "Cis, tergamak awak berkata begitu kepadaku!" kata Aiman kepada kawannya. II "Yang inikah rumah awak," tanya Nelly kepada Mary.

III Segala hutang-piutangnya dibereskan sebelum dia menamatkan perniagaannya. IV Pengunduran itu tidak bermakna kekalahan bagi pasukan keselamatan. A. I dan II

B. I dan IV C. I, II, dan III D. I, II, III, dan IV

3. I Pelbagai usaha dijalankan bagi menaikkan taraf hidup keluarganya yang selama ini

hidup dalam kemiskinan.

II Semua bendera dinaikkan separuh tiang.

III Mereka yang zalim tidak akan dapat melepaskan diri daripada kecaman. IV Ketika ditangkap, dia bermati-matian berusaha melepaskan diri.

A. I sahaja B. I dan IV C. II dan III

D. I, II, III, dan IV

E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang

paling hampir dengan ayat tang dicetak tebal.

1. Warga tua perlu diberikan perhatian yang sewajarnya oleh anggota keluarga dan masyarakat setempat agar mereka tidak berasa tersisih.

A. Perhatian sewajarnya amat diperlukan oleh warga tua daripada anggota keluarga dan masyarakat setempat agar mereka tidak berasa tersisih.

B. Agar mereka tidak berasa tersisih, anggota keluarga dan masyarakat setempat perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh warga tua.

C. Anggota keluarga dan masyarakat setempat perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh warga tua agar mereka tidak berasa tersisih.

D. Agar warga tua tidak berasa tersisih, perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh anggota keluarga dan masyarakat setempat.

2. Sebahagian besar pelajar yang berjaya dalam peperiksaan SPM diberikan tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam. A. Sebahagian besar institusi pengajian tinggi awam menawarkan tempat kepada

pelajar yang berjaya dalam peperiksaan SPM untuk melanjutkan pelajaran.

Program

Bahasa

Melayu

(11)

B. Untuk ke institusi pengajian tinggi awam, sebahagian besar pelajar yang berjaya dalam peperiksaan SPM diberikan tawaran untuk melanjutkan pelajaran.

C. Sebahagian besar tempat di institusi pengajian tinggi awam ditawarkan kepada pelajar yang berjaya dalam peperiksaan SPM.

D. Institusi pengajian tinggi awam menawarkan tempat bagi melanjutkan pelajaran kepada sebahagian besar pelajar yang berjaya dalam peperiksaan SPM.

3. Persembahan ulung oleh kumpulan tersebut berjaya meraih keuntungan yang amat besar.

A. Keuntungan yang amat besar berjaya diperoleh daripada persembahan ulung kumpulan tersebut.

B. Keuntungan yang amat besar berjaya diraih kumpulan yang ulung tersebut dalam persembahan mereka.

C. Persembahan tersebut berjaya meraih keuntungan yang amat besar oleh kumpulan ulung itu.

D. Persembahan kumpulan tersebut berjaya meraih keuntungan ulung yang amat besar.

F. Peribahasa

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

1. Lim menuduh Rama mencuri bukunya sedangkan Siva yang sebenarnya mencuri buku Lim. Keadaan ini umpama

A. keras-keras kerak nasi. B. lain bengkak lain bernanah. C. indah khabar dari rupa.

D. hujung lurus pangkal berkait.

2. Vincent telah dipecat kerana kesalahannya mencetuskan pergaduhan dalam pejabat walaupun dia pekerja yang jujur dan berdedikasi. Nasib Vincent ibarat

A. hapus panas setahun oleh hujan sehari. B. gigi dengan lidah ada kalanya tergigit juga. C. karam berdua basah seorang.

D. lempar batu sembunyi tangan.

3. Mastura, sebagai ketua tingkatan kelas itu, berusaha untuk menangani masalah itu dengan berhati-hati supaya dia dapat memuaskan hati semua pihak.

A. Bagai menarik rambut dalam tepung B. Bagai melepaskan anjing tersepit C. Bagai aur ditarik songsang

D. Bertemu buku dengan ruas

( / )

Program

Bahasa

Melayu

(12)

Bahagian B

1. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan tatabahasa:

Kata tugas

Ayat

Istilah

Imbuhan

Hukum DM

Ayat Jenis Kesalahan

Tatabahasa (i) Dewan itu dibersihkan oleh kami pada petang semalam.

__________________________________________________ (ii) Beribu penonton membanjiri Istana Budaya untuk menyaksikan persembahan penyanyi tersohor itu.

__________________________________________________

(iii) Ibu menghampar beberapa helai tikar di ruang tamu rumah.

__________________________________________________

(iv) Nelly dimarahi oleh emaknya kerana pulang lewat daripada sekolah . __________________________________________________ ( /8)

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(13)

2. Dalam petikan di bawah terdapat kesalahan Kenal pasti kesalahan-kesalahan dan tulis yang pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Jenis kesalahan ejaan:

Kata majmuk

BA →BM

Vokal (a e i o u)

Tanda baca (Aa / “ ” / - )

Imbuhan (gg & kk)

Ayat Jenis Kesalahan

Ejaan (i) Kerajaan perlu menjalankan kempen anti-dadah secara

besar-besaran dan berterusan bagi membendung penularannya.

_________________________________________________ (ii) Diana masih tidak dapat melupakan tragedi yang menimpa keluarganya dua tahun yang lalu.

_________________________________________________ (iii) Cerpen itu mengenegahkan nilai kasih sayang dan peranan ibu terhadap anak-anak.

_________________________________________________ ( /3)

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(14)

3 Baca ayat dibawah dengan teliti. Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat dalam ayat tersebut.

(i) Kami sedang menjalankan kajian di sungai itu sejak minggu lepas.

Subjek : __________________________________________________________ Predikat : __________________________________________________________

(ii) Siti dan Susan berbasikal ke sekolah.

Subjek : __________________________________________________________ Predikat : __________________________________________________________

(iii) Lelaki tua yang tinggal di rumah using itu baru sahaja kematian anak lelakinya. Subjek : __________________________________________________________ Predikat : __________________________________________________________

(iv) Indah nian pemandangan di tepi tasik itu.

Subjek : __________________________________________________________ Predikat : __________________________________________________________

(v) Mengusahakan tanah terbiar akan mendatangkan hasil.

Subjek : __________________________________________________________ Predikat : __________________________________________________________ ( /10)

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(15)

4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan pasangan gambar di bawah, tulis peribahasa yang sesuai.

( /4)

Program

Bahasa

Melayu

(16)

Kertas 2 Masa: 2jam

Penulisan : A. Rumusan (15%)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu rumusan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiritanpa mengubah maksud asal petikan.

Sebagai rakyat Malaysia, kita sudah sedia maklum bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara. Namun, mempelajari bahasa asing tidak bermakna kita menganaktirikan bahasa ibunda. Tidak terlintaskah di minda kita untuk menguasai bahasa asing, khususuya bahasa Inggeris?

Memandangkan bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa, maka wajarlah kita mempelajari dan menguasainya. Ternyata masih ramai lagi pelajar yang tidak bersungguh-sungguh untuk menguasai bahasa ini. Hampir keseluruhan negara yang terdapat di Asia menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selepas bahasa rasmi masing-masing. Dengan ini, jelaslah tergambar di minda kita berkenaan peri pentingnya penggunaan bahasa Inggeris.

Bagi mereka yang dapat menguasai bahasa Inggeris, ilmu di dada akan dapat diperkembang lagi dalam pelbagai bidang termasuklah sains dan teknologi. Hal ini demikian kerana kebanyakan bahan-bahan rujukan diterbitkan dalam bahasa Inggeris. Pendek kata, bagi mereka yang dapat menguasai bahasa tersebut mempunyai banyak pilihan untuk menambah ilmu.

Bahasa Inggeris turut memainkan peranan penting dalam institusi pengajian tinggi tidak kira di dalam atau luar negara. Pensyarah pula mengendalikan kelas-kelas kuliah dalam bahasa Inggeris. Dalam soal ini, pelajar yang lemah bahasa Inggeris dikhuatiri akan gagal untuk mengikuti kelas-kelas kuliah dengan efektif.

Dengan ini, maka adalah jelas bahawa ada kebaikannya jika rakyat kita menguasai bahasa asing selain bahasa rasmi kita. Adalah diyakini bahawa rakyat yang maju berketrampilan dalam pelbagai aspek akan lebih berdaya saing dalam era teknologi maklumat ini.

Program

Bahasa

Melayu

(17)

B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit

Berdasarkan gamabr yang diberikan, tulis sebuah karangan pendek yang tentang

Kejayaan Malaysia. Panjang karangan anda adalah antara 50 hingga 80 patah

perkataan. Isi :

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(18)

C. Karangan Umum (30%)

KARANGAN JENIS LAPORAN Panduan Menulis Karangan Laporan Nota

1. Karangan jenis laporan bertujuan melaporkan sesuatu hal, kegiatan atau peristiwa yang berlangsung.

2. Karangan jenis laporan biasanya melaporkan tenatng lawatan, kegiatan kokurikulum termasuk aktiviti kelab atau persatuan, pertandingan, pameran dan sebagainya.

3. Biasanya dalam karangan, calon mengandaikan diri sebagai setiausaha yang ditugaskan untuk menyediakan laporan selepas sesuatu aktiviti dilakukan.

4. Karangan laporan perlu tepat dan bukan berdasarkan khayalan. 5. Karangan jenis ini memerlukan format khusus.

6. Format laporan ini: (a) tajuk laporan;

• ditulis dengan huruf besar pada pangkal perkataan dan digaris (b) isi laporan;

• pengenalan

• perkara-perkara penting

• penutup – ulasan terhadap perkara-perkara penting (c) pengakuan pelapor;

• ditulis di sebelah kiri laporan selepas perenggan akhir

• contoh: “Laporan disediakan oleh”, “Yang melapor” (d) tarikh;

• ditulis di sebelah kanan bertentangan dengan pengakuan pelapor (e) nama pelapor

• ditulis dengan huruf besar, jawatan pelapor dan diikuti nama persatuan, kelab dan alamat institusi.

Program

Bahasa

Melayu

(19)

7. Calon perlu mematuhi format laporan untuk mendapatkan markah yang baik.

Contoh Soalan

Sekolah anda mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Tulis laporan tentang aktiviti pada hari tersebut untuk dimuatkan dalam majalah sekolah anda.

Rangka Karangan Pendahuluan

• Tajuk laporan – Laporan Aktiviti Sambutan Hari Guru Isi-isi penting

1. Latar belakang aktiviti – tempat, masa, tarikh 2. Aktiviti yang dilaksanakan

- perhimpunan rasmi

- pembacaan teks ucapan penghargaan - sukan antara guru dengan murid - penyampaian hadiah

- acara meriah dan objektif tercapai Penutup

• Nama pelapor dan tandatangan, tarikh laporan

Laporan Aktiviti Sambutan Hari Guru

Pada 20 Mei 2017 yang lalu, seperti tahun-tahun sebelumnya, SMK Perwira, Kajang, Selangor telah menganjurkan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Walaupun acara sambutan agak lewat beberapa hari dari tarikh sambutan peringkat kebangsaan, namun sambutan Hari Guru tersebut tetap meriah kerana komitmen seluruh warga sekolah.

Program

Bahasa

Melayu

(20)

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti acara perhimpunan rasmi, acara pembacaan teks ucapan penghargaan daripada Menteri Pelajaran dan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor.

Pada sebelah pagi diadakan perhimpunan rasmi. Semua guru dan AJK PIBG telah bersama-sama mendengar pembacaan teks penghargaan oleh Pengetua dan Guru Penolong Kanan. Kemudian, pelajar-pelajar mendengar kelunakan suara guru-guru menyanyikan lagu, “Kami Guru Malaysia”.

Selesai upacara perhimpunan, semua pelajar bergerak ke padang sekolah kerana ada pertandingan sukaneka antara guru dengan pelajar. Semua pelajar terhibur dengan telatah beberapa orang guru yang menggelikan hati semasa acara memasukkan air kea lam botol dan acara meniup belon.

Selepas rehat, iaitu pada pukul 11.00 pagi, acara pentas dipersembahan oleh Badan Pengawas Sekolah. Guru-guru diraikan dengan persembahan syair, deklamasi sajak dan nyanyian bertemakan pengorbanan guru.

Kemudian menyusul pula acara penyampaian penghargaan daripada pelajar-pelajar. Beberapa orang pelajar telah tampil ke atas pentas untuk menyampaikan cenderahati sambil mengucapkan, “Selamat Hari Guru”.

Keseluruhannya, acara sambutan pada tahun ini lebih meriah dan objektif sambutan, iaitu merapatkan hubungan antara pelajar dengan guru tercapai.

Laporan disediakan oleh, 23 MEI 2017

Anuar Hashim

(ANUAR BIN HASHIM)

Setiausaha Sambutan Hari Guru, SMK Perwira, Kajang.

Program

Bahasa

Melayu

(21)

Latihan:

1. Baru-baru ini anda telah menyertai lawatan sambil belajar ke pusat orang-orang buta. Di sana anda diberi penerangan dan dibawa melawat bahagian kraf tangan pusat tersebut. Tuliskan laporan tentang lawatan tersebut.

2. Persatuan Pengakap sekolah anda telah mengadakan suatu perkhemahan baru-baru ini. Sebagai Setiausaha Persatuan Pengakap, tulis laporan tentang perkhemahan tersebut. .

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(22)
(23)
(24)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

Genotipe-genotipe generasi F4 pada penelitian ini memiliki tingkat keragaman yang luas pada kandungan protein sehingga akan efektif melakukan seleksi untuk

pemilik Home Industry Shasa yaitu dengan tingkat pendidikan yang tergolong tinggi pemilik mampu menciptakan sebuah inovasi yaitu dengan menciptakan hasil olahan

Output yang Status diharapkan Memilih Menampilkan Sukses menu data informasi Gambar 4.26 suku cadang suku cadang masuk masuk Aplikasi dapat menampilkan informasi suku cadang masuk

Sedangkan pada hasil penelitian yang dilakukan oleh Primastuti (2014) mengenai Pengontrolan Kualitas Produk Menggunakan Metode Diagram Kontrol Multivariat np (Mnp) dalam

Sejalan dengan upaya meningkatkan kualitas pelayanan rumah sakit graha sehat, dilakukan serangkaian pembenahan manajemen dan pembangunan fisik (gedung) secara menyeluruh,

Selain laman resmi SNMPTN yang sudah dibuka pekan ini, aturan yang sudah ditetapkan pemerintah tersebut bisa secara pasti dan jelas disampaikan kepada siswa yang hadir. “Ada

Hasil karakterisasi asam humat hasil ekstraksi cair-cair tanah gambut fibrik dan hemik dengan menggunakan FTIR menunjukkan adanya kesamaan gugus fungsi dengan asam