• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap SM4. Modul 410B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Tahap SM4. Modul 410B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan. Nama :"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Tahap SM4

Modul 410B-2

Pemahaman. Novel. Rumusan

Nama : _____________________________

(2)

Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis

Kertas 1 (2 jam)

A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan) B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)

4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya

Kertas 2 (2 jam 30 minit)

A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa 1. Morfologi (6%-8%) 2. Sintaksis (6%)

3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)

4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu Standard) (6%)

5. Peribahasa (4%) B (35%) : Pemahaman

6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

7. Pemahaman petikan sastera (antologi) (4 soalan ; 13%) 8. Novel (2 soalan; 10 %)

C (30%) : 9. Rumusan (30%)

Ujian Lisan

Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur

A (40%) : 1 petikan / bahan rangsangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir

(3-5 minit)

B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)

Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)

4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan

Program Bahasa

Melayu

Edubest

(3)

Pemahaman

1. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

a. Dua bahan disediakan iaitu Bahan 1 dan Bahan 2. Bahan ini dipetik daripada majalah atau surat khabar.

b. Empat soalan pemahaman disediakan. Sejumlah 12 markah diperuntukkan untuk soalan ini.

c. Soalan yang pertama lazimnya tentang maksud rangkai kata atau isi yang berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

d. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan pelajar sama ada membuat banding beza atau penilaian. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

e. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

f. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan murid mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

Latihan:

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telilinya, kemudian jawab soalan- soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

KUALA LUMUR- Penderma darah juga merupakan wira negara kerana pengorbanan mereka menderma darah secara sukarela membantu menyelamatkan nyawa pesakit. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pengorbanan masa dana tenaga penderma darah yang tampil secara sukarela saban hari juga dapat dilihat

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(4)

semasa negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi melawan COVID-19.

“Saya juga ingin merakankan penghargaan kepada semua pihak yang menganjurkan kempen derma darah. Menerusi kempen-kempen ini, masyakrat berpeluang untuk menderma dara berdekatan denga komuniti setempat dan ini lebih memudahkan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam video ucapan sempena Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan bertemakan “Darah yang Selamat Menyelamatkan Nyawa dan Derma Darah Demi Kesihatan Sejagat”, di laman sosial Facebooknya hari ini. Fokus tema pada tahun ini menjurus kepada sumbangan setiap penderma darah dalam membantu menyelamatkan nyawa pesakit dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan komuniti setempat.

Perdana Menteri berkata, dalam sitausi negara yang baru memasuki fasa pemulihan wabak COVID-19, normal kehidupan baharu perlu diteruskan untuk meraikan hari penderma darah pada tahun ini,” saya yakin semua platform media sosial akan dimanfaatkan dengan makluman berguna bagi meraikan penderma darah serta menyemarakkan kesedaran menderma darah,” katanya.

Muhyiddin turut meminta masyarakat meneruskan sokongan padu kepada Pusat Darah Negara dan tabung darah di seluruh negara.

“Saya ingin mengajak semua rakyat Malaysia , terutama yang masih belum menderma darah memulakan langkah pertama anda dalam menjadikan amalan menderma darah secara berkala sebagai budaya gaya hidup sihat,” katanya.

- Utusan Online

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(5)

Bahan 2

Mitos Pendermaan Darah

Mitos 1 Mitos 2 Mitos 3 Mitos 4 Mitos 5 Mitos 6 Mitos 7 Mitos 8 Berat

badan naik selepas derma darah

Derma darah ambil masa yang lama

Berat badan saya lemah selepas derma darah

Pesakit darah tinggi tidak boleh derma darah

Darh boleh disimpan lama

Boleh mendapat penyakit berjangkit

Perlukah saya

menderma darah ? Rakyat Malaysia kan dah ramai ?

Penderma Muslim tidak boleh derma / terima darah daripada orang bukan Muslim

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud sokongan padu? [2 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan yang terdapat dalam kedua-dua

bahan. [ 3 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(6)

(iii) Kempen Derma Darah masih belum Berjaya menyedarkan orang ramai tentang kepentingan pendermaan darah. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan orang ramai enggan menderma darah?

[ 3 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(iv) Salah seorang ahli kumpulan belajar anda menghidapi masalah tekanan darah rendah. Masalah yang dihidapinya itu ada kalanya mengganggu pembelajarannya ketika di sekolah. Cadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh rakan anda ketika berhadapan dengan masalahnya itu. [4 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(7)

2. Pemahaman petikan sastera (antologi) ( 4 soalan ; 13%)

a. Sekurang-kurangnya dua bahan disediakan yang terdiri daripada bahan prosa dan bukan prosa.

b. Dengan berdasarkan bahan 1 bahan 2 atau bahan 3. murid perlu menjawab beberapa soalan.

c. Empat soalan pemahaman disediakan.

d. Sejumlah 13 markah diperuntukkan untuk soalan ini.

e. Soalan yang pertama lazimnva tentang maksud rangkai kata atau isi yang berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

f. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan murid sama ada membuat banding beza atau penilaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

g. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

h. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan pelajar mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat(4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

Sajak– “Sang Gembala Kuda”

Dia lelaki bergelar perkasa

dengan cemeti keberanian di tangan rembat angkuhnya memacu takut menghalau kuda-kuda di padang berebutan memburu kandang.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(8)

Rumput dan jerami yang terhidang adalah kanun janji kesetiaan

dimamah rakus kala lapar

tak peduli nasib diri setelah kenyang jadi tunggangan memburu rakan.

Dia lelaki punya kuasa

sesekali suaranya lebih gempita daripada ringkik kuda sekandang pacuannya diiring seribu keberanian meredah onak di rimba perburuan meranduk lumpur di paya penindasan sambil melibas cemeti durjana

dia melampar muslihat aku penyelamat maruah

berjuang atas dasar kebenaran menentang semua kebobrokan,

Dia lelaki sang gembala kuda

hanya mengenal pantas tunggangan tanpa membaca keletihannya

did lelaki sang gembala kuda hanya tahu mengejar kehebatan tanpa rnenghitung kesakitannya dan kuda-kuda itu ditunggangi ditunggangi dan ditunggangi'

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(9)

Maksud:

Rangkap 1: Sang gembala kuda ialah seorang lelaki yang gagah. Berbekalkan keberanian yang dimilikinya, dia dengan angkuh merembat kuda dengan menggunakan cemeti untuk menakutkan kuda-kuda itu sambil menghalau kuda-kuda yang sedang berada di padang bersegera balik ke kandang.

Rangkap 2: Sementara itu, rumput dan jerami merupakan makanan yang lazim terhidang dan akan dimakan oleh kuda-kuda ketika lapar. Setelah kenyang, kuda-kuda itu tidak peduli akan nasib mereka dijadikan kuda tunggangan untuk menjejaki kuda- kuda yang lain.

Rangkap 3: Dengan kuasa yang ada padanya dan apabila sesekali bersuara nyaring, sang gembala kuda begitu berani dan yakin menunggang kuda-kuda itu menempuh segala rintangan dan kepayahan. Dia bijak menggunakan tipu helahnya dengan berpura- pura sebagai penyelamat maruah yang kononnya berjuang atas dasar kebenaran dan menentang segala penipuan.

Rangkap 4: Sang gembala kuda ialah seorang lelaki yang hanya ingin mengetahui kepantasan larian kudanya tanpa mempedulikan kepenatan kuda itu. Sang gembala kuda juga hanya tahu mengejar kejayaan tanpa mengambil kira kesengsaraan kuda itu. Sang gembala kuda hanya mementingkan diri apabila kuda-kuda itu terus ditunggangi berulang-ulang kali tanpa rasa belas.

Tema

Sajak ini bertemakan kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan tenaga haiwan yang dilakukannya terhadap kuda-kuda tunggangannva. Berbekalkan kuasa yang dimiliki, dengan angkuh dan berani, penjaga kuda berjaya menakutkan serta mengawal kuda- kudanya kembali ke kandang. Penjaga kuda hanya mementingkan diri dan sanggup

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(10)

menggunakan sepenuh tenaga kuda-kudanya tanpa mempedulikan nasib haiwan tunggangannya itu.

Persoalan

1. Kekuasaan mempengaruhi gaya kepemimpinan.

2. Ketegasan dalam memimpin.

3. Penganiayaan terhadap haiwan.

4. Keparuhan menurut perintah.

5. Keberanian menempuh cabaran dan rintangan.

6. Kebijaksanaan mengeksploitasi golongan yang lemah.

7. Pasrah dan reda akan ketentuan Ilahi.

Bentuk Sajak

1. Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat.

2. Sajak ini terdiri daripada ernpat rangkap.

3. Bilangan barisnya tidak sama, iaitu rangkap pertama ada lima baris, rangkap kedua ada lima baris, rangkap ketiga ada sebelas baris, dan rangkap keempat ada lapan baris.

4. Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara tiga hingga enam patah kata sebaris.

5. Jumlah suku kara dalam setiap baris terdiri daripada lapan hingga tiga belas suku kata.

6. Rima akhir sajak ini bebas/tidak sama; abcdd, abcab, aabcccadecc, abaabacc.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

1. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis, Contohnya:

(a) rembat angkuhnya memacu takut - rangkap 1, baris 3 (b) meredah onak di rimba perburuan - rangkap 3, baris 5

Program Bahasa

Melayu

Edubest

(11)

2. Epifora. Contohnya, Perulangan kata ditunggangi - rangkap 4, baris 7 dan baris 8.

3. Repetisi atau perulangan. Contohnya:

ditunggangi dan ditunggangi - rangkap 4, baris 8.

4. Penggunaan metafora. Contohnya:

(a) rimba perburuan (bi paya penindasan (c) cemeti durjana

5. Personitikasi. Contohnya:

(a) Rembat angkuhnya memacu takut - rangkap 1, baris .3 (b) Pacuan diiring seribu keberanian - rangkap 3, baris 4

6. Hiperbola. Contohnya:

Dimamah rakus kala lapar - rangkap 2, baris 3

7. Sinkope. Contohnya:

tak peduli nasib diri setelah kenyang - rangkap 2, baris 4

8. Inversi. Contohnya:

dan kuda-kuda itu ditunggangi - rangkap 4, baris 7 Sepatutnya: kuda-kuda itu ditunggangi dan

9. Unsur bunyi:

(a) asonansi. (perulangan bunyi vokal). Contohnya:

i. sesekali suaranya lebih gempita

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal i sebanyak tiga kali.

ii. menentang semua kebobrokan

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal e sebanyak tiga kali.

Program Bahasa

Melayu

Edubest

(12)

(b) aliterasi. (perulangan bunyi konsonan). Contohnya:

i. ditunggangi dan ditunggangi!

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan d scbanyak tiga kali.

ii. dia melampar muslihat

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan m sebanyak dua kali.

Nada

Sajak ini bemada sinis. Nada sinis sesuai dengan sajak "Sang Gembala Kuda" yang menyatakan sikap mementingkan diri penjaga kuda dalam menjalankan tugasnya hingga menganiayai dan mengabaikan soal-soal penjagaan khusus terhadap haiwan itu,

Nilai

1. Nilai tanggungjawab. Contohnya, penjaga kuda bertanggnngjawab menjaga kuda tunggangannya dengan mengurus makan dan minum secara baik.

2. Nilai keberanian. Contohnya, penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai-bagai kepayahan dan rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu.

3. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya ketika dia menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang.

4. Nilai kegigihan. Contohnya. penjaga kuda gigih melaksanakan tugasnya menjaga kuda-kuda tunggangan walaupun terpaksa menggunakan kekerasan terhadap kuda-kuda itu.

5. Nilai kepatuhan. Contohnya, sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga kuda.

Pengajaran

1. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diberikan oleh ketua.

2. Kita mestilah berani menghadapi berbagai-bagai rintangan tanpa mudah berputus

asa.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(13)

3. Kita perlulah gigih berusaha dalam melaksanakan satu-satu tugas agar kejayaan dapat dikecapi akhirnya.

4. Kita sewajamya patuh akan arahan dan suruhan ketua demi keharmonian sesebuah organisasi.

5. Kita hendaklah bijak dalam merancang dan menjalankan tugas dengan baik dan sempurna.

Latihan

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah maksud baris “tanpa membaca keletihan”.

[2 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(ii) Apakah perbezaan antara sang gembala kuda dalam sajak di atas dengan seorang

penternak kuda ? [4 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, mengapakahkah penganiayaan haiwan berlaku ? [3 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Program Bahasa

Melayu

Edubest

(14)

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(iv) Jika anda melihat perbuatan penganiayaan haiwan berlaku, apakah tindakan anda ?

[4 markah]

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(15)

3.Pemahaman Novel (2 soalan; 10 %) Soalan 1:

Baca petikan novel di bawah dengan telitinya. Kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

"Oii eepat! Leftenan Adnan perintah kita berkumpul di luar!" teriak Lans Koperal Bakar memanggil kawan-kawannya yang masih leka berbual.

Semua anggota yang bertugas diarahkan berbaris di padang kawad. Taklimat pembahagian tugas diberikan oleh LeftenanAdnan sendiri kepada anggota bawahannya.

Dia mahu beberapa tugasan penting bagi membaiki keadaan di pangkalan perlu disegerakan . Katanya sistem pertahanan yang ada amat lemah. Kubu pertahanan yang ada tidak cukup kukuh untuk dijadikan tempat pertahanan. Di samping itu juga, kerja pembersihan dl kawasan sekeliling pangkalan tentera turut dilakukan. Semak samun yang tumbuh meliar di tepi pagar dawai berduri dicantas dan dibersihkan. Pagar duri yang sudah rosak dibaiki semula.

Setelah beberapa jam bergotong-royong, akhirnya segala persiapan berjaya disiapkan seperti yang diarah. Kubu-kubu pertahanan telah siap dibina seperti yang diarah. Kubu-kubu pertahanan telah siap dibina seperti yang dirancang oleh Leftenan Adnan.

(Dipetik daripada Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa Karya Abdul Latip bin Talib Kementerian Pendidikan Malaysia)

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(16)

Nyatakan strategi yang telah diarahkan oleh Leftenan Adnan bagi memperkukuh kubu

pertahanan. [4 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Soalan 2 :

Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor

c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang menggembirakan hati anda sebagai pembaca serta alasan anda berperasaan tersebut?

[6 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(17)

4. Rumusan (30%)

a. Masa yang perlu diperuntukkan untuk menjawab soalan rumusan ini ialah empat puluh lima minit.

b. Markah yang disediakan untuk bahagian ini ialah 30 markah, iaitu pengenalan 2 markan, isi tersurat 16 markah dan kesimpulan 2 markah. Markah bahasa ialah 10 seperti yang berikut:

c.

Pengenalan : 2 markah lsi Bahan 1 (Petikan) : 12 markah lsi Bahan 2 (Grafik) : 4 markah Kesimpulan : 2 markah _ ---

Isi : 20 markah

Bahasa : 10 markah

---

Jumlah : 30 markah

d. Bilangan soalan yang dikemukakan satu soalan sahaja.

e. Soalan ini mengandungi dua bahan. Bahan yang pertama ialah petikan, manakala bahan yang kedua terdiri daripada bahan grafik.

f. Petikan lazimnya terdiri daripada 300 patah perkataan daripada pelbagai sumber berdasarkan tema yang terdapat dalam DSKP.

g. Tema dan kata kunci petikan tidak dinyatakan dalam soalan,

h. Setiap bahan sekurang-kurangnya mengandungi dua fokus. Fokus ialah tema dan kata kunci isi. Contoh fokus:

(i) Punca-punca seseorang itu muflis

(ii) Langkah-langkah untuk menangani masalah kemuflisan (iii) Kesan-kesan jika seseorang itu muflis.

i. Jawapan perlu dikemukakan dalam bentuk perenggan.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(18)

Latihan :

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah. Kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal dan bahan.

Bahan 1

Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya dan kesenian masyarakat. Sebagai tamsilnya, masyarakat Melayu sangat sinonim dengan seni ukiran kayu dan tenunan.

Walaupun beqitu, pelbagai cabaran yang perlu diatasi dengan sebaik-baik mungkin untuk mengembangkan produk kraf. Cabaranutama yang mengganggu perkembangan produk kraf di kawasan bandar ialah lambakan produk berteknologi moden dalam pasaran. Kuantiti produk berteknologi moden yang dihasilkan pada satu masa juga sangat tinggi jika dibandingkan dengan produk buah tangan. Produk buatan tangan pula Menawarkan harga yang agak tinggi sedikit kerana produk kraf menggunakan bahan semula jadi. Kemunculan bahan kimia dan sintetik juga merancakkan pengeluaran produk yang berasaskan plastik.

Sememangnya produk kraf tangan pada hari ini sukar untuk diketengahkan. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat pedalaman kurang mendapat pendidikan dan tidak mengikuti perkembangan semasa tetapi produk yang dihasilkan mempunyai kualiti yang tinggi. Di samping itu, ketiadaan pewaris dalam kalangan generasi muda juga menyukarkan perkembangan dan kemajuan produk kraf. Sebetulnya, golongan muda perlu lebih menonjol dan memainkan peranan bagi mempopularkan produk kraf.

Promosi dan pameran perlu dilakukan dengan lebih giat sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa untuk menonjolkan bakat mereka.

Halangan lain ialah kekurangan penawaran program latihan yang berteraskan seni di pusat pengajian tinggi . Tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir pihak yang kurang memikirkan kepentingan dan nilai sesuatu karya seni. Tidak kurang juga pengamal seni kraf pada hari ini tidak mempunyai modal yang cukup untuk memajukan perusahaan mereka. Oleh sebab itu, teknologi maklumat dan komunikasi menjadi cabang perniagaan yang terpenting untuk mengetengahkan produk kraf pada hari ini. Walau bagaimanapun, pengusaha kraf yang tinggal di kawasan pedalaman terutamanya masih kurang arif mengenai penggunaan teknologi. Sewajarnya, usaha mengembangkan

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(19)

produk kraf tidak boleh dipandang sebelah mata kerana seni im warisan turun-temurun dan mempunyai nilai estetik yang amat tinggi.

Bahan 2

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(20)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 7650 http://www.edubest.com.my

Referensi

Dokumen terkait

Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan empat kata majmuk mantap kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang

Santap beradat, santap istiadat, Santap nasi suap pertama, Santap raja di majlis kebesaran, Berturut dengan suap kedua; Santap merai, hormat-menghormat; Dua suap, ketiga sudah,

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajaran tentang keberanian yang terdapat dalam setiap novel tersebut..

Anda boleh memasukkan perkara yang berkaitan dengan gambar tetapi tidak dipaparkan dalam gambar tersebut.. Namun, isi-isi sebegini hendaklah sekurang

Contohnya, Sultan Muzaffar Syah seorang yang bijaksana kerana telah berjaya mendamaikan Seri Nara Diraja dan Paduka Raja melalui perkahwinan antara Seri Nara Diraja

Isikan tempat kosong dengan kata pemeri yang sesuai. Tan Sri Razali ________________ rakyat Malaysia yang pertama dilantik sebagai Pengerusi Mesyuarat