• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap SM5. Novel. Soalan Percubaan Negeri Lain Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tahap SM5. Novel. Soalan Percubaan Negeri Lain Nama :"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Edubest

Tahap SM5

Novel

▸ Baca selengkapnya: peristiwa yang menunjukkan keberanian dalam novel di sebalik dinara

(2)
(3)

Kedah

(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua latar tempat yang melibatkan watak utama dalam novel tersebut. [7 markah]

Leftenan Andan Muda

Kampung Sungai Ramal, Kajang. Tempat kelahiran Adnan dan keluarganya.

Kampung Sungai Merab dan Kampung Sungai Ramal. Perlawanan bola sepak

antara Kampung Sungai Merab dengan Kampung Sungai Ramal kerap diadakan.

Sekolah Melayu Sungai Ramal. Adnan telah terpilih sebagai guru pelatih dan diarah

mengajar di Sekolah Melayu Sungai Ramal.

Port Dickson dan Kem Haig Lines. Adnan bersama-sama dengan empat orang

rakannya menjalani proses temu duga untuk menjadi askar di situ.

Singapura. Adnan berkhidmat di Singapura selepas menamatkan latihan

ketenteraannya dan membawa keluarganya berpindah ke sana.

Pangkalan tentera Pasir Panjang. Beliau memulakan tugas barunya di pangkalan

tentera Pasir Panjang. Pasir Panjang juga merupakan salah satu kubu terakhir yang dipertahankan oleh askar Melayu ketika menentang tentera Jepun.

(4)

Tirani

Rumah Bazilah, di Yishun Street. Tempat Waheeda menumpang tinggal sementara

dia menjalani rawatan pembedahan mata dan hidungnya di Singapura.

Hospital Kuching. Tempat Waheeda menerima rawatan akibat kecederaan pada muka

dan hidungnya yang digigit dan dicakar oleh monyet Belanda.

Silicon Medical Center (SMC) di Singapura. Tempat Waheeda menjalani

pembedahan mata dan hidungnya yang dijalankan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh dan Dr. Averroes atau Dr. Rushdi.

Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur. Tempat Waheeda mendapatkan

rawatan lanjut dan khidmat kaunseling daripada Dr. Qamariah berkaitan dengan masalah kemurungan yang dialaminya selepas kegagalan dalam rumah tangganya bersama-sama dengan Zahid.

Chalet Tajau Emas. Tempat Waheeda mengalami kecederaan pada muka dan hidung

akibat digigit dan dicakar oleh monyet Belanda yang meluru masuk secara tiba-tiba.

Hotel Flamingo de La Rossa/Flamingo Resort. Tempat pertemuan pertama kali

antara Waheeda dengan Zahid.

Bahasa

Melayu

(5)

(b) Pengarang mengemukakan beberapa peristiwa keberanian dalam setiap novel. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajaran tentang keberanian yang terdapat dalam setiap novel tersebut. [8 markah]

Leftenan Andan Muda

Nilai keberanian. Contohnya, Leftenan Adnan merupakan anggota tentera yang memiliki sifat keberanian yang luar biasa. Beliau bersama-sama dengan askar Melayu yang lain berjuang menentang Jepun bermati-matian hingga ke titisan darah yang terakhir.

Tirani

Nilai keberanian. Contohnya, Waheeda berani menanggung risiko dengan membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah Bank Pembangunan untuk membeli chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran.

(6)

Kelantan

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan peristiwa bahagian peleraian yang menarik minat pembaca. (7 markah)

Leftenan Adnan Muda

Peleraian cerita adalah apabila Jepun berjaya menawan Bukit Candu. Semua anggota

askar Melayu terkorban kecuali Leftenan Adnan dan Koperal Yaakob. Leftenan Adrian berjaya ditangkap oleh tentera Jepun. Leftenan Renya Mutuguchi melepaskan perasaan marahnya terhadap Leftenan Adnan. Tentera Jepun mengikat Leftenan Adnan yang cedera dan menggantungnya pada pokok ceri. Leftenan Renya Mutuguchi mengambil bayonet lalu menikam perut Leftenan Adnan. Seorang demi seorang tentera Jepun mengambil giliran menikam tubuh Leftenan Adnan. Jeneral A. E. Percival akur akan kekalahan tenteranya kepada pihak Jepun. Beliau bertindak menghubungi Jeneral Yamashita bagi mendapatkan jaminan keselamatan sekiranya tentera British menyerah kalah. Pada pukul 5.15 petang, Jeneral A. E. Percival mengarahkan tentera-tentera British menyerah kalah di Kilang Kereta Ford, Alexandra. Dengan itu, Pasukan Tentera Berikat dengan rasminya telah menyerah kalah.

Tirani

Ghazi dan Raidah menemani Waheeda untuk mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur. Waheeda dan Ghazi membeli dan mengusahakan Chalet Iwana-Iwani milik Pak Cik Abdul Aziz yang terletak di Cameron Highlands dengan menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah. Zahid dan Aiman yang kebetulan menginap di Chalet Aya-Sajinah, berehat di Cafe Iwani dan bersembang tentang pelbagai perkara terutamanya perihal keinsafannya atas kesilapan masa silam. Zahid menangis apabila memberitahu dan mengesahkan bahawa Izzati merupakan anak kandungnya dan Waheeda, ibu Izzati merupakan insan yang dicarinya selama ini. Zahid meluahkan penyesalannya atas kesalahan besarnya terhadap Waheeda dan anak kandung mereka, Izzati. Lais cuba

Bahasa

Melayu

(7)

mententeramkan perasaan Zahid dan Waheeda manakala Izzati pula memujuk ibunya agar memaafkan kesalahan bapanya, Zahid.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajaran tentang hormat-menghormati bagi setiap novel.

Leftenan Adnan Muda

Ibu bapa Adnan menghormati keputusan Leftenan Adnan melepaskan jawatan guru pelatih dan memohon jawatan tentera demi cintanya kepada negara.

Tirani

Ketua Pegawai Eksekutif Flamingo de La Rossa, Halloway bersahabat baik dan saling menghormati pekerja-pekerja bawahannya yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama tanpa sedikit pun menyentuh isu sensitif berkaitan dengan agama, bangsa dan adat resam masing-masing.

(8)

MRSM

(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua peristiwa pada bahagian peleraian novel tersebut. (7 markah)

Bahasa

Melayu

(9)

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu peristiwa daripada latar tempat yang ditetapkan seperti yang berikut:

Leftenan Annan Muda - Bukit Candu

Tirani - Chalet Tajau Emas

(10)

Negeri Sembilan

(a) Latar memainkan peranan penting dalam perkembangan jalan cerita sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]

Bahasa

Melayu

(11)
(12)

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca. Berikan alasan anda. [8 markah]

Bahasa

Melayu

(13)
(14)

Bahasa

Melayu

(15)

Perlis

(a) Watak utama dalam sesebuah novel digambarkan mempunyai keistimewaan yang tertentu. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua perwatakan watak utama. [7 markah]

Adnan

1. Seorang yang rajin. Buktinya, Adnan banyak membantu ayahnya menoreh getah, bersawah padi, dan memungut buah durian di dusun duriannyn.

2 Seorang yang memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi. Buktinya, Adnan bcrcita-cita untuk menjadi seorang tentera kerana sayangnya kepada negara. Untuk mencapai cita-citanya.Adnan menolak jawatan guru pelatih dan memohon jawatan askar.

3. Seorang yang berani. Buktinya, Adnan berikrar tidak akan sekali-kali menyerah kalah walaupun apa-apa pun yang terjadi dalam pertempuran menentang tentera jepun, Setelah kehabisan peluru, beliau bertempur jarak dekat dengan hanya bersenjatakan bayonet.

4. Seorang yang penyayang. Buktinya, Adnan membawa isteri dan anak-anaknya berpindah mengikutnya ke Singapura. Beliau terpaksa menghantar isteri dan anak-anaknya pulang ke kampung demi keselamatan mereka apabila terdengar ura-ura Jepun akan menyerang Tanah Melayu dan Singapura.

5. Seorang yang bijak. Buktinya, Adnan telah menjuarai pertandingan pidato dalam Bahasa Inggeris yang diadakan di sekolahnya. Kebijaksanaan LeftenanAdnan menghidu penyamaran askar Jepun yang berlagak seperti tentera Sikh mendapat pujian daripada Jeneral A. E. Percival. Kesemua tentera Jepun yang menyamar itu

Edubest

(16)

7. Seorang yang rasional. Buktinya,Adnan tidak bertinju dangan Budin seperti yang diharapkan oleh penyokong Budin. Adnan dan Budin sedar bahawa tindakan tersebut tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada mereka berdua.

8. Seorang yang kuat mempertahankan maruah diri. Buktinya, Adnan mencekak leher baju Nordin apabila Nordin menghinanya.

9. Seorang yang merendah diri, Buktinya, Adnan menyatakan bahawa dirinya tidaklah terlalu pandai berbahasa Inggeris tetapi menyatakan kesanggupannya untuk membantu Mamat.

10. Seorang yang taat akan perintah agama. Buktinya, Leftenan Adnan meminta pasukannya mengadakan sembahyang hajat pada waktu malam.

11. Seorang yang pintar. Buktinya, di sekolah, Adnan terkenal sebagai seorang pelajar yang rajin dan pintar, Adnan amat discnangi oleh teman-teman dan guru-gurunya.

12. Seorang yang berpendirian teguh. Buktinya,Jepun menghantar wakilnya untuk meminta Leftenan Adnan dan anak-anak buahnya agar menyerah kalah, namun permintaan itu ditolak mentah-mentah oleh Leftenan Adnan.

Waheeda

1. Waheeda seorang yang cantik, anggun, berperawakan menarik dan

berketinggian lima kaki lima inci sehingga berjaya menjuarai Pertandingan Ratu Pelancongan Antarabangsa yang diadakan di The Four Seasons Hotel.

2. Dia seorang yang cekal dan tabah. Contohnya, Waheeda cekal menempuh dugaan dan masalah yang berlaku dalam dirinya, kerjayanya, dan rumah tangganya yang dibina bersama-sama dengan Zahid.

3. Dia seorang yang penyayang. Contohnya, Waheeda amat menyayangi ibu bapa dan ahli keluarganya. Waheeda menjaga dan mendidik anak perempuan tunggalnya, Izzati dengan penuh kasih sayang.

4. Waheeda seorang pekerja yang bertanggungjawab. Contohnya, Waheeda memikul tugasnya sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Hotel Flamingo de La Rossa dengan

penuh dedikasi dan tanggungjawab.

Bahasa

Melayu

(17)

5. Dia seorang yang bijaksana. Contohnya, Waheeda bijak mengurus masa dengan baik dan berkualiti, iaitu masa untuk mengurus kerja-kerja di Chalet Tajau Emas dan masa untuk bersama-sama dengan ahli keluarganya, terutama Izzati.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajaran tentang keprihatinan bagi setiap novel. [8 markah]

Leftenan Adnan Muda

Pak Saidi sekeluarga pergi ke tempat berlangsungnya pertandingan pidato bahasa Inggeris sebagai usaha untuk memberikan sokongan semangat kepada Adnan.

Tirani

Ibu Waheeda prihatin tentang keadaan Waheeda lalu menemaninya menjalani pembedahan di SMC.

(18)

Pulau Pinang

(a) Latar tempat sangat penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.

[7 markah]

(Rujuk soalan (a) Kedah)

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bincangkan satu kepincangan masyarakat yang terdapat dalam setiap novel tersebut. [8 markah]

Leftenan Adnan Muda

Masyarakat yang menggunakan kekerasan ketenteraan untuk tujuan penaklukan. Contohnya, Jepun yang menjadi salah satu kuasa Asia yang kuat cuba

menakluki negara-negara tertentu melalui peperangan.

Masyarakat pembelot dan pengkhianat bangsa. Contohnya, Samad menjadi tali

barut dengan memberikan maklumat risikan kepada tentera Jepun di Singapura.

Tirani

Masyarakat yang h menghadapi keruntuhan rumah tangga. Contohnya, sebagai ibu tunggal, Waheeda terpaksa mendidik dan membesarkan anak perempuannya, Izzati setelah diceraikan oleh suaminya, Zahid.

Masyarakat yang menghadapi tuduhan yang tidak benar. Contohnya, Waheeda yang terpaksa menangani sifat cemburu buta dan panas baran suaminya, Zahid yang menuduhnya mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Bahasa

Melayu

(19)

Terengganu

(a) Unsur saspens dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan novel. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua teknik saspen yang terdapat dalam novel tersebut.

Leftenan Adnan Muda

Saspens bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan

tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang

akan berlaku selanjutnya.

Leftenan Adnan bersama-sama anggota pasukannya sampai ke tempat persembunyian musuh. Cahaya malap dari rumah itu dapat dilihat. Kemudian Leftenan Adnan mengambil bahagian barisan hadapan. Anggotanya yang lain sudah mengambil posisi masing-masing dan rumah itu sudah dikepung. Pembaca tertanya-tanya tentang nasib Leftenan Adnan dan rakan-rakan sepasukannya ketika menentang Jepun.

hubungan antara Adnan dengan Budin dan Nordin. Dalam novel ini, hubungan mereka tidak begitu rapat selama berada di kampung. Pembaca tertanya-tanya mengenai kesudahan hubungan mereka ini.

Tirani

Peristiwa monyet berhidung besar atau monyet Belanda yang menyerang Chalet Tajau

(20)

adakah sempat hidung Waheeda pulih sebelum pertunangannya? Akhirnya majlis

pertunangan Zahid dan Waheeda terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan Ghazi dan Fatimah.

Peristiwa Zahid menemui Waheeda di salah sebuah bilik penginapan penghuninya di Chalet Tajau Emas mewujudkan perasaan cemburu dan salah sangka Zahid. Pembaca

tertanya-tanya, adakah rumah tangga Zahid dan Waheeda bertahan atau tidak

disebabkan perasaan cemburu buta Zahid. Akhirnya, rumah tangga mereka tidak bertahan, Zahid menceraikan Waheeda dengan talak satu.

Peristiwa ketika keputusan DNA anak Waheeda dikeluarkan. Pembaca

tertanya-tanya, adakah Izzati anak kepada Zahid atau tidak ? Akhirnya keputus

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajar, huraikan satu pengajaran berkaitan kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel tersebut

Leftenan Adnan Muda

Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita. Leftenan Adnan amat menyayangi isterinya, Sophia dan dua orang anaknya, iaitu Mokhtar dan Zainuddin. Apabila mendapat berita tentang serang jepun ke Singapura, dia menghantar ahli keluarganya pulang ke kampung demi keselamatan mereka.

Tirani

Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang untuk mempererat hubungan antara ahli keluarga. Contohnya, Raidah amat mengasihi anaknya, Waheeda. Dia berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura.

Bahasa

Melayu

(21)

Kuala Lumpur

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh peristiwa yang menunjukkan persoalan tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]

Novel Leftenan Adnan

Kita hendaklah / mestilah bertanggungjawab mempertahankan negara.

Adnan meminta rakan-rakannya berundur dari kubu mereka di Bukit Candu kerana mereka kehabisan peluru. Adnan berjuang berhabis-habisan untuk mempertahankan Bukit Candu hingga ke titisan darah terakhir – hanya menggunakan bayonet untuk berlawan dengan askar Jepun

Kita hendaklah / mestilah beranggungjawab memberi pendidikan kepada keluarga

Pak Saidi dan Mak Milah telah bertanggungjawab untuk menghantar Adnan dan adik-adiknya belajar di sekolah Inggeris bagi memastikan mereka memperoleh ilmu yang lebih baik. Pak Saidi bertanggujgjawab untuk menghantar Adnan pada setiap pagi ke Sekolah Inggeris Sungai Ramal walaupun jarak yang jauh

Kita hendaklah / mestilah bertanggungjawab sebagai ketua keluarga

Pak Saidi telah memberi kata-kata semangat ketika Adnan ingin menyertai pertandingan pidato Bahasa Inggeris. Pak Saidi dan Mak Milah telah bertanggungjawab untuk menghantar Adnan dan adik-adiknya belajar di sekolah Inggeris bagi memastikan mereka memperoleh ilmu yang lebih baik. Pak Saidi bertanggujgjawab untuk menghantar Adnan pada setiap pagi ke Sekolah Inggeris Sungai Ramal walaupun jarak yang jauh.  Adnan bertanggungjawab menghantar isteri dan anak-anaknya pulang ke kampung apabila mengetahui tentera Jepun menghampiri Tanah Melayu

(22)

Kita hendaklah / mestilah bertanggungjawab untuk berkongsi ilmu yang diperoleh

Pak Saidi sering ke Warung Pak Samad. Tujuannya kerana dia berasa bertanggungjawab untuk berkongsi apa-apa yang dibacanya terutama hasil penulisan Syed Sheikh Al-Hadi  Adnan juga berkongsi untuk mengajar Bahasa Inggeri kepada pelajar di sekolah Sungai Ramal – mengajar rakan-rakannya Bahasa Inggeris ketika di Kem Tentera Heig Lines.

Novel Tirani

Kita hendaklah / mestilah bertanggungjawab menguruskan perniagaan

Waheeda dan ahli keluarganya bertanggungjawab menaikkan nama Tajau Emas – melakukan pelbagai program untuk menarik pelancong datang Emas.

Kita hendaklah / mestilah bertanggungjawab mengekalkan hubungan kekeluargaan / suami isteri

Waheeda berusaha untuk mempertahankan hubungannya dengan Zahid – melakukan ujian DNA untuk membuktikan Izzati ialah anak Zahid

Kita hendaklah / mestilah bertanggungjawab melaksanakan tugasan yang diamanahkan

Waheeda melaksanakan amanah untuk menyiapkan brosur yang diamanahkan oleh Halloway / Waheeda juga telah membantu dalam membawa Tarian Etnik Sarawak ke Flamingo De La Rosa

Kita hendaklah / mestilah bertanggungjawab membantu keluarga dalam perniagaan

Ghazi sanggup untuk berhenti bekerja dengan Syarikat Petronas semata-mata ingin membantu Waheeda menguruskan Tajau Emas semasa Waheeda berasa di Singapura.

Kita hendaklah bertanggungjawab menguruskan keluarga

Setelah berkahwin, setiap pagi Waheeda akan bangun awal dan membantu ibunya untuk menyiapkan sarapan sebelum ke Tajau Emas untuk menguruskan perniagaannya, setelah itu Waheeda akan ke Seri Gading untuk membantu bapa mentuannya. Waheeda juga bertanggungjawab untuk memberika pendidikan yang sempurna kepada Izzati

Bahasa

Melayu

(23)

(b) Berdasarkan sebuah buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang memaparkan sikap-sikap terpuji dalam perwatakan watak utama bagi setiap novel tersebut. [8 markah]

Perwatakan / sikap-sikap terpuji Novel Leftenan Adnan

Seorang yang patriotik / Seorang yang cinta akan negara

Adnan meminta rakan-rakannya berundur dari kubu mereka di Bukit Candu kerana mereka kehabisan peluru. Adnan berjuang berhabis-habisan untuk mempertahankan Bukit Candu hingga ke titisan darah terakhir – hanya menggunakan bayonet untuk berlawan dengan askar Jepun

Seorang yang taat / patuh

Taat kepada ibu bapanya yang menjodohkannya dengan Sofia tanpa pangetahuannya.

Seorang yang bertanggungjawab

Adnan bertanggungjawab untuk menghantar keluarganya pulang ke kampong setelah mengetahui Jepun telah menghampiran Tanah Melayu. Adnan juga bertanggungjawab mengarahkan askar-askarnya membina kubu di Bukit Candu setelah mengetahu orang kampong Bukit Candu tidak melakukan sebarang persiapan menentang Jepun.

Seorang yang tabah

Adnan tabah menerima ketentuan Tuhan apabila bayi perempuannya yang baru lahir meninggal dunia.

Seorang yang rajin

Adnan rajin membantu bapanya ke kebun getah pada setiap pagi walaupun pada ketika

(24)

Adnan juga berani mengikuti Pak Saidi untuk turun ke bawah rumah pada waktu malam setelah mengsan suatu bunyi dari bawah rumahnya.

Seorang yang bijak

Adnan bijak mengesan tipu muslihat pihak Jepun yang berpakaian seperti askar Punjabi. Adnan bijak mengesan tipu muslihat tersebut melalui saiz tubuh, cara berjalan dan jenis senjata

Seorang yang berkeyakinan tinggi

Berkeyakinan tinggi untuk menyertai pertandingan pidato Bahasa Inggeris – Keyakinan Adnan menyebabkan rakan-raknnya yang lain turut menyertai pertandingan tersebut – Adnan memenangi pertandingan tersebut.

Seorang yang penyayang

Adnan bertanggungjawab untuk menghantar keluarganya pulang ke kampong setelah mengetahui Jepun telah menghampiran Tanah Melayu

Novel Tirani

Seorang yang penyayang

Waheeda menyayang Izzati - memastikan Izati mendapat perhatian dan pendidikan yang terbaik kerana dia terpaksa berkorban untuk membesarkan Izzati tanpa suami Waheeda juga amat menyayangi Zahid – dia cuba untuk memastikan perkahwinannya berkekalan dengan membuat ujian DNA untuk memastikan Zahid menerima Izzati.

Seorang yang tabah

Waheeda tabah membesarkan Izzati walaupun tanpa seorang suami.

Waheeda juga tabah apabila di ditinggalkan oleh Zahid. Tabah mendapatkan sesi kaunseling bagi memulihkan dirinya di Pusat Perubatan Islam Hospital Pusrawi

Seorang yang penyabar

Waheeda terpaksa bersabar dengan sikap cemburu Zahid yang melampau

Seorang yang berdikari

Bahasa

Melayu

(25)

Waheeda ingin menguruskan perniagaannya sendiri walaupun diminta oleh Zahid dan Datuk Yaseer untuk menggabungkan Tajau Emas dengan Seri Gading.

Waheeda berdikari dengan dating ke Singapura seorang diri Waheeda berdikari menguasahakan perniagaan 2 buah Chelet

Seorang yang berani

Waheeda seorang yang berani menanggung risiko – membuat pinjaman bank untuk membeli chalet Iwana Iwani yang hampir muflis daripada Pakcik Aziz.

Seorang yang rasional

Waheeda membuat keputusan untukbertemu dengan rakannya Nurjihan bagi membuat ujian DNA - Ujian ini dilakukan untuk membuktikan bahawa Izzati ialah anak kandung Zahid.

Seorang yang taat

Mengambil keputusan menerima nasihat ibu bapanya untuk tidak melakukan pembedahan untuk wajahnya setelah sedar tindakannya telah tertulis dalam surah Toha ayat 118.

Seorang yang rajin

Setelah berkahwin, setiap pagi Waheeda akan bangun awal untuk membantu ibunya menyiapkan sarapan, kemudian dia akan ke Tajau Emas untuk melaksanakan tugasnya sebagai pengurus dan kemudian dia akan ke Seri Gading bagi membantu bapa mentuanya terutama membantu perjalan program-program seperti persidangan antarabangsa.

(26)
(27)
(28)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

Gejala umum akibat serangan bakteri antara lain gerakan ikan lemah, gerakan abnormal, produksi lendir berkurang setelah ikan yang terinfeksi mengeluarkan lendir yang

Dengan menggunakan uji one-way ANOVA dan didapat hasil Fhitung = 2,891 sedangkan Ftabel = 2,33 pada taraf signifikansi α = 0,10, dan karena Fhitung > Ftabel.. 54

Pada algoritma klasifikasi yang standar, umumnya model basis pengetahuan dihasilkan dari algoritma model (algoritma pelatihan), yang memiliki kelemahan yaitu data

Hasil penelitian ini diharapkan dapat menjadi salah satu informasi bagi siswa dan pihak sekolah mengenai hubungan partisipasi dalam kegiatan ekstrakurikuler, efikasi diri

Menurut Arends (1997:39) jigsaw merupakan model pembelajaran kooperatif, dengan siswa belajar dalam kelompok kecil yang terdiri dari 4-6 orang secara heterogen dan

Menimbang, bahwa atas pertimbangan hukum majelis hakim Pengadilan Agama Sengkang sebagaimana tersebut di atas maka Pengadilan Tinggi Agama Makassar menyatakan tidak

a. Pendekatan keruangan, merupakan pendekatan dalam geografi yang digunakan untuk mengetahui persebaran penggunaan ruang atau lokasi mengenai sifat-sifat lokasi yang

Apabila captopril digunakan pada pasien dengan gangguan ginjal maka perlu dilakukan penyesuaian dosis dimana berfungsi untuk menurunkan klirens kreatininnya.