• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap SM5. Modul 503B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tahap SM5. Modul 503B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan. Nama :"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Edubest

Tahap SM5

Modul 50

3

B-2

Pemahaman. Novel. Rumusan

(2)

Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis

Kertas 1 (2 jam)

A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan) B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)

4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya

Kertas 2 (2 jam 30 minit)

A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa 1. Morfologi (6%-8%) 2. Sintaksis (6%)

3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)

4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu Standard) (6%)

5. Peribahasa (4%) B (35%) : Pemahaman

6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

7. Pemahaman petikan sastera (antologi) (4 soalan ; 13%) 8. Novel (2 soalan; 10 %)

C (30%) : 9. Rumusan (30%)

Ujian Lisan

Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur

A (40%) : 1 petikan / bahan rangsangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir

(3-5 minit)

B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)

Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)

4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan

Program

Bahasa

Melayu

(3)

Pemahaman

1.Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

a. Dua bahan disediakan iaitu Bahan 1 dan Bahan 2. Bahan ini dipetik daripada majalah atau surat khabar.

b. Empat soalan pemahaman disediakan. Sejumlah 12 markah diperuntukkan untuk soalan ini.

c. Soalan yang pertama lazimnya tentang maksud rangkai kata atau isi yang berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

d. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan pelajar sama ada membuat banding beza atau penilaian. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

e. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

f. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan murid mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

Latihan:

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telilinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Pihak majikan mendakwa banyak graduan yang tidak mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang relevan dengan kehendak industri sedangkan graduan telah menghabiskan masa antara tiga hingga lima tahun untuk memperoleh diploma atau ijazah sarjana muda. Terdapat pelbagai pandangan berhubung dengan masalah tersebut. Antaranya ialah isu yang dibangkitkan tentang kemampuan institusi pengajian tinggi

Program

Bahasa

Melayu

(4)

(IPT) menawarkan kursus dan ilmu pengetahuan yang selari dengan kehendak industri dan keperluan semasa.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) berkata bahawa banyak graduan yang mengikuti kursus-kursus tertentu di IPT bekerja di luar bidang kelayakan mereka. Perkara ini berlaku disebabkan ketidakmampuan universiti untuk menukar kandungan kursus-kursus mereka dengan cepatnya. Seterusnya, beliau juga mengatakan bahawa kursus yang ditawarkan mungkin tidak relevan lagi dengan pasaran pekerjaan kerana pasaran pekerjaan berubah dengan begitu cepat selain sikap majikan yang terlalu cerewet ketika mengambil pekerja hingga menutup peluang graduan yang layak untuk bekerja.

-Bernama

Bahan 2

Lambakan graduan yang menyumbang kepada peningkatan jumlah rakyat yang menganggur di negara kita begitu membimbangkan, walaupun kerajaan telah menyediakan pelbagai peluang untuk memastikan mereka dapat ditempatkan dalam sektor pekerjaan. Masalah ini dapat diatasi sekiranya graduan membuat pelbagai persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan. Mereka perlu mempunyai kemahiran interaksi sosial. Selain itu, graduan perlu menguasai kemahiran komunikasi yang berkesan. Kepetahan dan kecekapan untuk berkomunikasi dapat menjadikan mereka berkarisma dan berwibawa semasa ditemu duga. Penguasaan pelbagai jenis bahasa di samping bahasa kebangsaan sepatutnya menjadi keutamaan para graduan negara ini. Kajian mendapati bahawa graduan yang beretika dan mempunyai nilai spiritual yang baik biasanya mudah ditawarkan pekerjaan.

-Dewan Siswa 2015

Program

Bahasa

Melayu

(5)

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud begitu membimbangkan.? [2 markah] _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perbezaan tentang isu pengangguran yang berlaku dalam kalangan graduan. [ 4 markah] _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

(iii) Walaupun graduan hari ini memiliki kelulusan akademik yang tinggi, mereka sukar memperoleh pekerjaan yang berkaitan dengan bidang yang dituntut di universiti. Hal ini terjadi demikian kerana graduan kurang menguasai lebih daripada satu bahasa sehingga mereka gagal bersaing dengan graduan lain.

Pada pendapat anda, mengapakah graduan hari ini perlu menguasai lebih daripada satu bahasa ? [ 3 markah] _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(6)

(iv) Abang sepupu anda telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya pada tahun lepas, tetapi dia masih belum memperoleh pekerjaan yang diingini dan kini dia hanya duduk di rumah sambal menunggu peluang pekerjaan yang telah dipohon.

Sebagai adik sepupunya, apakah cadangan yang perlu anda sarankan kepadanya sebelum mendapat pekerjaan tetap ? [4 markah] _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

2. Pemahaman petikan sastera (antologi) ( 4 soalan ; 13%)

a. Sekurang-kurangnya dua bahan disediakan yang terdiri daripada bahan prosa dan bukan prosa.

b. Dengan berdasarkan bahan 1 bahan 2 atau bahan 3. murid perlu menjawab beberapa soalan.

c. Empat soalan pemahaman disediakan.

d. Sejumlah 13 markah diperuntukkan untuk soalan ini.

e. Soalan yang pertama lazimnva tentang maksud rangkai kata atau isi yang berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

f. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan murid sama ada membuat banding beza atau penilaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

Program

Bahasa

Melayu

(7)

g. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

h. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan inimemerlukan pelajar mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat(4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

Latihan :

Sajak “Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus” Kuhantar kau mengecapi angin baru

udara lain dari kampung bendang kuningmu bumantara asing dari yang sering kaumesrai yang sama sekali berbeza

dengan suasana suntimu

kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu memesrai azimat dan tangkal

dari tangga gading.

Kulepaskan kau menjadi burung putih dengan sayap berkembang

menongkah awan perak dan kabut dingin mengenal kalimat hujan dan bilah petir menyelit antara sembilu nasib

dan waras akal.

Program

Bahasa

Melayu

(8)

Di awan kampus yang sarat ilmu hadir sihir angin bernafas api di pohon kampus yang tegar status

berceracak selumbar noda mengabur fikir di padang kampus yang hijau pertimbangan tumbuh gunung ego menghalau pekerti.

Pandai-pandailah kau terbang

menongkah awan mulus dan kabus dingin jangan kau pulang

dengan percikan duka dan balutan luka di sayapmu yang patah.

Sazalee Yacob

dalam antologi Sejadah Rindu,

Maksud Sajak

Rangkap 1: Penyajak menghantar anak dara suntinya ke tempat baharu yang jauh berbeza kehidupannya supaya anaknya itu menimba ilmu dan pengalaman di menara gading.

Rangkap 2: Penyajak melepaskan anak dara suntinya untuk mengenali kehidupan yang banyak dugaan dan cabaran serta memerlukan pertimbangan akal yang waras.

Rangkap 3: Penyajak mengingatkan bahawa kehidupan di kampus bukan sahaja penuh dengan ilmu pengetahuan, bahkan juga sarat dengan dugaan yang boleh menghanyutkan budi pekerti dan meninggikan ego.

Program

Bahasa

Melayu

(9)

Rangkap 4: Penyajak menasihati anak dara suntinya agar pandai membawa diri dalam mengharungi kehidupan baharu. Penyajak berharap agar anak dara suntinya itu tidak pulang dengan kedukaan dan kegagalan.

Tema

Sajak "Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus" bertemakan nasihat ibu bapa kepada anak-anak gadis yang akan melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi. Penyajak, iaitu lelaki kecil menasihati gadis desa yang masih sunti dan membesar di kawasan sawah bendang agar berhati-hati sewaktu hidup dan belajar di kampus. Lelaki kecil itu berharap agar si gadis memperoleh kejayaan dan tidak kecewa dalam mengejar cita-cita.

Persoalan

1. Perbezaan antara kehidupan di desa dengan kehidupan di kampus.

2. Harapan seorang ayah supaya anaknya dapat menikmati peluang untuk menimba ilmu di menara gading.

3. Keberanian seorang bapa yang melepaskan anak gadis suntinya untuk menuntut ilmu di menara gading.

4. Kehidupan di kampus yang banyakcabaran. 5. Keegoan yang mengetepikan pekerti.

6. Kebijaksanaan untuk menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan di kampus.

Bentuk Sajak

1. Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat. 2. Sajak ini terdiri daripada empatrangkap.

Program

Bahasa

Melayu

(10)

3. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap pertama mengandungi lapan baris, rangkap kedua mengandungi enam baris, rangkap ketiga mengandungi enam baris, dan rangkap keempat mengandungi lima baris.

4. Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidaksama, iaitu antara tiga hingga enam patah kata dalam satu baris.

5. Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada lima hingga lima belas suku kata.

6. Rima akhir sajak ini ialah rangkap pertama: aabcaade, rangkap kedua: abcdef, rangkap ketiga: abcdeb, dan rangkap keempat: abacd.

Gaya Bahasa

1. Pemilihan kata atau diksi dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu indah dan berkesan. Contohnya:

i. memesrai azimat dan tangkal- rangkap 1, baris 7

ii. menongkah awan perak dan kabut dingin - rangkap 2, baris 3 iii. tumbuh gunung ego menghalau pekerti - rangkap 3, baris 6 iv. menongkah awan mulus dan kabus dingin - rangkap 4, baris 2

2. Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak "Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus" termasuklah:

(a) personifikasi. Contohnya:

hadir sihir angin bernafas api - rangkap 3, baris 2

tumbuh gunung ego menghalau pekerti - rangkap 3, baris 6 (b) unsur alam. Contohnya:

i. angin - rangkap 1, baris 6

ii. burungputih - rangkap 2, baris 1

Program

Bahasa

Melayu

(11)

iii. kabut- rangkap 2, baris 3 iv. sembilu - rangkap 2, paris 5 v. kabus - rangkap 4, baris 2

(c) penggunaan bahasa Klasik atau Sanskrit. Contohnya: i. bumantara – rangkap 1, baris 3

ii. sunti - rangkap 1, baris 5 iii. azimat- rangkap 1, baris 7 iv. tangkal- rangkap 1, baris 7 v. pekerti - rangkap 3, baris 6 vi. mulus - rangkap 4, baris 2

Unsur Bunyi

(a) asonansi

Perulangan bunyi huruf vokal atau perulangan asonansi dalam sajak ini telah menimbulkan keindahan rentak bunyi dan memberikan kesan pada emosi semasa membaca sajak. Contohnya:

i. perulangan bunyi vokal a

bumantara asing dari yang sering kaumesrai - rangkap 1, baris 3 ii. perulangan bunyi vokal i

hadir sihir angin bernafas api - rangkap 3, baris 2 iii. perulangan bunyi vokal u

Kulepaskan kau menjadi burung putih - rangkap 2, baris 1 iv. perulangan bunyi vokal e

menyelit antara sembilu nasib - rangkap 2, baris 5

(b) aliterasi

Program

Bahasa

Melayu

(12)

Perulangan bunyi huruf konsonan atau perulangan aliterasi dalam sajak ini telah menimbulkan keindahan rentak bunyi dan memberikan kesan pada emosi semasa membaca sajak. Contohnya:

i. perulangan bunyi konsonan k

Kuhantar kau mengecapi angin baru - rangkap 1, baris 1 ii. perulangan bunyi konsonan s

dengan suasana suntimu - rangkap 1, baris 5

Nada

Sajak "Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus" bernada melankolik. Nada ini sesuai untuk menggambarkan kasih sayang ibu bapa kepada anaknya. Mereka sentiasa menasihati anak gadisnya agar sentiasa menjaga maruah diri semasa berada di perantauan.

Nilai

1. Nilai keberanian. Contohnya, keberanian penyair sebagai seorang bapa yang melepaskan anak gadis suntinya untuk menuntut ilmu.

2. Nilai kasihsayang. Contohnya, penyair sebagai seorang bapa amat sayang akan anak gadis suntinya.

3. Nilai baik hati. Contohnya, penyair sebagai bapa bersikap baik hati dengan memberikan nasihat kepada anak gadis suntinya yang berada jauh di kampus.

4. Nilai kecekalan. Contohnya, anak gadis sunti dinasihatkan oleh bapanya agar cekal menghadapi cabaran dan dugaan di kampus.

Pengajaran

1. Kita mestilah bersikap berani untuk melepaskan anak-anak demi kebaikan masa hadapan mereka.

Program

Bahasa

Melayu

(13)

2. Kita hendaklah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak agar mereka sentiasa diberi perhatian yang sewajarnya.

3. Kita mestilah bersikap baik hati supaya orang di sekeliling kita mendapat manfaat apabila mereka berada di sisi kita.

4. Kita haruslah cekal berhadapan dengan segala cabaran agar matlamat yang ditetapkan tercapai.

Latihan

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud Pandai-pandailah kau terbang.

[2 markah] ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

(ii) Apakah perbezaan-perbezaan kehidupan di desa dan kampus ?

________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ _______________________________________________________________ (4 markah)

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(14)

(iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan supaya pelajar berjaya dengan cemerlang dalam pengajiannya?

[3 markah] ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ____________________________________________

(iii) sbagaiibu bapa, apakah yang dapat kita lakukan aga anak-anak kita dapat berdikari di bandar yang penuh dengan cabaran dan dugaan tanpa dipengaruhi oleh budaya negatif ketika melanjutkan pelajaran atau bekerja?

[4 markah] ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

3.Novel (2 soalan; 10 %) - Latihan bahagian ini akan dikemukakan setelah Novel Tirani

Program

Bahasa

Melayu

(15)

4. Rumusan (30%)

a. Masa yang perlu diperuntukkan untuk menjawab soalan rumusan ini ialah empat puluh lima minit.

b. Markah yang disediakan untuk bahagian ini ialah 30 markah, iaitu pengenalan 2 markah, isi tersurat 16 markah dan kesimpulan 2 markah. Markah bahasa ialah 10 seperti yang berikut:

c.

Pengenalan : 2 markah lsi Bahan 1 (Petikan) : 12 markah lsi Bahan 2 (Grafik) : 4 markah Kesimpulan : 2 markah _ --- Isi : 20 markah Bahasa : 10 markah --- Jumlah : 30 markah

d. Bilangan soalan yang dikemukakan satu soalan sahaja.

e. Soalan ini mengandungi dua bahan. Bahan yang pertama ialah petikan, manakala bahan yang kedua terdiri daripada bahan grafik.

f. Petikan lazimnya terdiri daripada 300 patah perkataan daripada pelbagai sumber berdasarkan tema yang terdapat dalam DSKP.

g. Tema dan kata kunci petikan tidak dinyatakan dalam soalan,

h. Setiap bahan sekurang-kurangnya mengandungi dua fokus. Fokus ialah tema dan kata kunci isi. Contoh fokus:

(i) Punca-punca seseorang itu muflis

(ii) Langkah-langkah untuk menangani masalah kemuflisan (iii) Kesan-kesan jika seseorang itu muflis.

i. Jawapan perlu dikemukakan dalam bentuk perenggan.

Program

Bahasa

Melayu

(16)

Latihan :

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disediakan di bawah. Kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan.

Bahan 1 :

Menurut Kessel dan Walton (1965), terdapat masyarakat yang menganggap bahawa minum minuman keras menyebabkan peningkatan kadar masalah sosial dan kesihatan. Tabiat minum minuman keras secara tidak terkawal boleh menyebabkan toksin terhimpun di dalam badan yang boleh membawa kepada kematian. Golongan yang minum minuman keras secara berlebihan dianggap sebagai penyumbang kepada peningkatan masalah sosial dalam kalangan masyarakat. Assunta (2007) menyenaraikan kemiskinan, keganasan rumah tangga dan kemalangan jalan raya sebagai kesan terhadap mereka yang mengambil minuman keras seeara berlebihan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesan alkohol kepada kesihatan dan beban penyakit sememangnya telah banyak dikaji dan dibuktikan.

Insiden mabuk di jalan raya sehingga meragut nyawa semakin ketara belakangan ini. Kejadian pergaduhan dan perbalahan oleh pihak yang hilang kewarasan akal fikiran berlaku selepas mereka minum arak. Mereka mencetuskan konflik dalam masyarakat, menggugat ketenteraman awam dan memusnahkan kebahagiaan orang lain. Kemalangan jalan raya kerana mabuk pernah meragut nyawa seseorang anggota polis yang sedang bertugas dalam sekatan jalen raya OP Covid-19 di Plaza Tol. Langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengurangkan ketagihan alkohol dalam kalangan masyarakat menjadi satu model peranan yang dapat dicontohi oleh pelbagai pihak. Baru-baru ini, DBKL mengumumkan pembekuan semua permohonan baharu lesen minuman keras yang berkuat kuasa serta-merta. Tindakan penguatkuasaan yang

Program

Bahasa

Melayu

(17)

akan diambil terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti penjualan minuman keras tanpa lesen merupakan satu langkah yang terbaik.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula sedia mempertimbangkan cadangan untuk mengkaji undang-undang yang melibatkan penjualan arak ekoran berlakunya banyak insiden kemalangan jalan raya yang membabitkan pemandu rnabuk belakangan ini. Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bakal menyaksikan hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah atau memandu secara berbahaya. Kemudaratan atau bahaya yang berkaitan dengan perbuatan minum minuman beralkohol bukan hanya kepada peminumnya sahaja, tetapi juga kepada keluarga dan masyarakat yang tidak pernah mengambil minuman beralkohol. Banyak individu yang tidak bersalah menjadi mangsa kerakusan peminum alkohol. Setiap undang-undang haruslah dihormati dan dipatuhi. Pilihan sebenar terletak pada tangan setiap individu, sama ada hendak mematuhi atau melanggarnya kerana ikut rasa, akan binasa, ikut hati, akan mati.

Program

Bahasa

Melayu

(18)

Bahan 2 :

Program

Bahasa

Melayu

(19)
(20)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

Penghematan utilitas menggunakan metode usulan dengan CWSH yaitu sebesar 21%, menghemat waktu perjalanan selama 12 hari, jarak tempuh yang dapat dihemat sejauh 2.900,8 km

Tentukan daerah himpunan penyelesaian dari sistem pertidaksamaan linear dua variabel yang terdapat pada masalah (irisan dari setiap pertidaksamaan linear dua variabel

Berdasarkan tabel 1.1, total pembengkakan biaya pada pelaksanaan distribusi logistik PT. Sehingga dalam hal ini, PT. Dehael Nusantara Logistik membutuhkan metode

Menimbang, bahwa atas pertimbangan hukum majelis hakim Pengadilan Agama Sengkang sebagaimana tersebut di atas maka Pengadilan Tinggi Agama Makassar menyatakan tidak

a. Pendekatan keruangan, merupakan pendekatan dalam geografi yang digunakan untuk mengetahui persebaran penggunaan ruang atau lokasi mengenai sifat-sifat lokasi yang

Bagi Amerika Serikat, TPP merupakan cornerstone dari kebijakan ekonomi pemerintahan Obama di Asia-Pasifik, sebuah prioritas di dalam strategi rebalancing (Yu, 2013).. Oleh

Gagal ginjal kronis atau penyakit renal tahap akhir merupakan gangguan fungsi renal yang progresif dan irreversible dimana kemampuan tubuh gagal untuk mempertahankan metabolisme

Dalam tulisan ini akan dikaji perumuman dari Lemma Snake dan Lemma Lima yang memanfaatkan sifat-sifat dari barisan