• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAHAGIAN 1 : KESELAMATAN UMUM MAKMAL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAHAGIAN 1 : KESELAMATAN UMUM MAKMAL"

Copied!
65
0
0

Teks penuh

(1)

1

BAHAGIAN 1 : KESELAMATAN UMUM MAKMAL

1.1. Peraturan Umum Makmal

Objektif peraturan ini adalah untuk memastikan keselamatan diri sendiri, orang lain dan persekitaran makmal. Peraturan yang disarankan seharusnya dipatuhi oleh semua pengguna makmal bagi mencegah sebarang kemalangan yang tidak diingini di dalam makmal. Peraturan asas yang mesti dipatuhi adalah seperti berikut:

1. Kot makmal dan kasut bertutup mesti dipakai semasa berada di dalam makmal. Dilarang memakai sebarang jenis selipar atau kasut yang mendedahkan bahagian kaki

2. Rambut yang panjang perlu diikat dengan kemas. Tudung hendaklah dikemaskan dan dimasukkan ke dalam kot makmal.

3. Dilarang makan, minum dan merokok di dalam makmal.

4. Dilarang meletak makanan dan minuman di dalam peti sejuk makmal yang mengandungi bahan kimia.

5. Kenalpasti dan gunakan alat perlindungan peribadi yang sesuai ketika menjalankan kerja di dalam makmal.

6. Dilarang memakai kanta sentuh di dalam makmal.

7. Gunakan sarungtangan yang bersesuaian dalam semua kerja makmal yang melibatkan sentuhan secara langsung dengan bahan berbahaya.

8. Baca dan fahami prosedur kerja sebelum memulakan kerja. 9. Patuh terhadap tanda amaran dan kawasan larangan.

10. Pastikan kedudukanperalatan-peralatan kecemasan dan laluan keluar.

11. Pastikan tahu cara penggunaan peralatan-peralatan kecemasan, seperti pemadam api, peti kecemasan.

12. Pastikan tangan kering apabila memetik suis elektrik.

13. Baca Risalah Data Keselamatan Bahan (MSDS) bagi semua bahan kimia yang dikendalikan sebelum memulakan kerja.

14. Dapatkan penerangan lengkap dari kakitangan makmal sebelum menggunakan mana-mana peralatan makmal.

15. Laporkan sebarang kejadian, insiden atau kemalangan (cth: luka kecil) dengan segera kepada pegawai insiden/ kakitangan makmal/ penyelia.

(2)

2

16. Penggunaan sumber api secara terbuka perlu diberi perhatian dan jangan ditinggalkan begitu sahaja. Pastikan tiada pelarut mudah terbakar berhampiran dengan api.

17. Pastikan gas, bahan api dan elektrik telah ditutup sebelum meninggalkan makmal. 18. Meja kerja mestilah dikemaskan dan dilap bersih sebelum meninggalkan makmal. 19. Buang sarung tangan dan basuh tangan dengan bersih sebelum meninggalkan makmal. 20. Buang sisa amali ke dalam bekas berlabel yang disediakan. Sisa tidak boleh dibuang ke dalam sinki. Sebarang sisa atau benda yang berpotensi menyala atau berbara tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah.

21. Tanggalkan kot makmal, sarung tangan apabila hendak ke tandas, menaiki lif atau keluar dari makmal. Ini untuk mengelakkan pencemaran bahan berbahaya kepada orang dan tempat lain.

22. Pelajar yang bekerja di luar waktu pejabat perlu mengisi borang kebenaran bekerja luar waktu pejabat 3 hari sebelum penggunaan makmal. Elakkan dari menjalankan kerja makmal bersendirian.

1.2. Peraturan Keselamatan Umum Biologi

Bahan biologi merangkumi:

I. Kultur sel dan mikroorganisma II. Haiwan dan tumbuhan

III. Sampel darah dan urin manusia

Peraturan asas keselamatan biologi yang mesti dipatuhi adalah seperti berikut: 1. Pengguna perlu mematuhi Peraturan Umum Keselamatan Makmal.

2. Pengguna harus tahu tentang klasifikasi risiko bahaya bahan biologi (Bahagian 8.3) 3. Pengguna hendaklah sentiasa beranggapan bahawa setiap mikroorganisma berupaya

menyebabkan penyakit.

4. Bagi sarung tangan pula, untuk kerja rutin/ harian, penggunaan sarung tangan adalah tidak ditekankan. Sarung tangan perlu dipakai apabila terjadi kejadian berikut :

i. apabila mengendalikan prosedur/kerja yang memberi risiko yang

tinggi kepada pekerja atau tugasan yang boleh menyebabkan kontaminasi kepada tangan pekerja.

ii. apabila membersihkan tumpahan terutamanya yang melibatkan tumpahan terutamanya yang melibatkan tumpahan kultur mikroorganisma.

iii. apabila luka pada tangan atau kulit.

5. Sebelum memulakan kerja, kawasan/meja tempat kerja perlulah dinyahjangkitan dengan larutan disinfektan terlebih dahulu.

(3)

3

6. Semua pengguna makmal hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri dan juga persekitaran tempat kerja untuk mengelakkan sebarang kontaminasi berlaku.

7. Sedutan pipet hendaklah dilakukan secara perlahan dan tidak tergesa‐gesa bagi mengelakkan pembebasan aerosol.

8. Kultur yang berspora perlu dikendalikan secara berhati hati di dalam kabinet khas (c th : Biohazard Cabinet).

9. Penggunaan kapas dalam pipet adalah perlu untuk mengelakkan kontaminasi terhadap cecair yang dikendalikan

10. Dawai inokulasi perlulah disterilkan sebelum dan selepas digunakan dengan memanaskannya menggunakan penunu Bunsen sehingga keseluruhan dawai tersebut menjadi merah menyala.

11. Pastikan kawasan kerja dikemas dan kultur mikroorganisma/ peralatan yang telah digunakan dihantar ke bilik autoklaf untuk disterilkan setelah selesai.

12. Kawasan kerja perlu dicuci/dilap dengan disinfektan. Tangan hendaklah dibasuh dengan disinfektan sebelum meninggalkan makmal.

1.3. Peraturan Keselamatan Umum Kimia

Peraturan asas keselamatan kimia yang mesti dipatuhi adalah seperti berikut: 1. Mematuhi Peraturan Umum Keselamatan Makmal.

2. Alat pelindung mata, tangan dan pernafasan perlu dipakai semasa bekerja dengan bahan kimia berbahaya.

3. Elakkan menghidu dan menyentuh secara langsung dengan sebarang bahan kimia. 4. Berhati-hati semasa membawa dan mengendali bahan kimia di dalam makmal. 5. Larutan bahan kimia tidak boleh dipipet menggunakan mulut.

6. Kendalikan semua bahan kimia meruap dan beracun di dalam kebuk wasap.

7. Botol atau bekas bahan kimia tidak boleh ditinggalkan di dalam kebuk wasap selepas digunakan.

8. Apabila melakukan sebarang pencairan, sentiasa masukkan larutan yang pekat ke dalam larutan yang cair bukan sebaliknya dan mesti dilakukan di dalam kebuk wasap. 9. Labelkan semua larutan dan bahan kimia yang disediakan menggunakan label yang

telah disediakan di makmal. (Rujuk Bahagian 7.4: Penggunaan Bahan Kimia)

10. Gunakan bahan kimia mengikut keperluan sahaja, tentukan kuantiti yang diperlukan dari botol stok.

11. Bahan kimia yang berlebihan tidak boleh dituang semula ke dalam botol asal.

12. Segala lebihan bahan kimia mestilah dibuang ke dalam botol sisa mengikut pengkelasan sisa terjadual.

1.4. Peraturan Keselamatan Umum dapur komersil /pemprosesan makanan

Terdapat tiga buah makmal yang tertakluk kepada peraturan keselamatan dapur komersil dan pemprosesan makanan ini iaitu Makmal Asas Penyediaan Makanan, Makmal Komersil Makanan dan Makmal Pemprosesan dan Penghasilan Produk Makanan. Pematuhan terhadap peraturan, prosedur dan amalan yang selamat dalam makmal ini merupakan tanggungjawab bersama untuk melindungi diri dan orang lain daripada dijangkiti atau terdedah kepada bahaya dan risiko kemalangan.

(4)

4

Peraturan asas keselamatan yang mesti dipatuhi adalah seperti berikut: 1. Kot makmal mesti dipakai sepanjang berada di dalam makmal. 2. Kasut bertutup mesti dipakai sepanjang berada di dalam makmal.

3. Penutup kepala (menutup seluruh rambut dan telinga) mesti dipakai sepanjang berada di dalam makmal.

4. Sarung tangan yang bersesuaian dengan jenis kerja mesti dipakai sepanjang berada di dalam makmal.

5. Jam dan barang kemas tidak boleh dipakai sepanjang berada di dalam makmal. 6. Penutup muka (face mask) mesti dipakai sekiranya memerlukan (debu, selsema dan

batuk).

7. Kenalpasti kedudukan suis utama, alat pemadam api, pintu kecemasan, alat kecemasan dan telefon makmal.

8. Jangan berlari, bergurau atau bermain di dalam makmal atau di sepanjang koridor makmal.

9. Jangan makan/ minum, membawa atau menyimpan makanan/ minuman luar di dalam makmal, termasuk menyimpan makanan/ minuman di dalam peti sejuk makmal.

10. Pastikan pintu atau laluan kecemasan tidak terhalang dan dapat dibuka dengan mudah semasa berlaku kecemasan/ kebakaran.

11. Hanya pelajar yang mendapat kebenaran pegawai makmal sahaja dibenarkan berada dan menggunakan makmal.

12. Setiap tumpahan mestilah dibersihkan dengan segera.

13. Jangan bekerja sendirian di makmal. Pastikan peraturan makmal dipatuhi.

14. Semua sumber eletrik, air dan gas mesti dipadamkan atau ditutup semasa waktu tidak bekerja sebelum meninggalkan tempat kerja.

15. Kemas segala peralatan /perkakas daripada mesin /peralatan yang berkaitan, di tempat yang di sediakan selepas menggunakannya.

16. Pelajar diminta mematikan telefon bimbit atau menetapkannya pada mod senyap ketika berada di dalam makmal.

1.5 Peraturan Keselamatan Ladang Agro

Peraturan asas keselamatan ladang agro perlu dipatuhi apabila pengguna berada di Makmal Penyelidikan Luar atau di ladang.

1. Pengguna makmal mestilah mengenalpasti setiap kakitangan makmal yang bertugas. 2. Pengguna makmal mesti membaca, faham dan ikuti semua peraturan umum makmal 3. Pengguna perlu berhati-hati dan mengambil langkah–langkah keselamatan semasa

menggunakan racun perosak (rujuk pengendalian bahan kimia), peralatan dan jentera (rujuk pengendalian bahan berisiko tinggi).

4. Mematuhi peraturan pemakaian yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan- tidak memakai pakaian yang longgar dan aksesori yang labuh kerana ia mudah tersangkut dan boleh menyebabkan kemalangan.

5. Pastikan kawasan bengkel tidak berminyak bagi mengelakkan kemalangan.

6. Tempat kerja mestilah mendapat cahaya yang mencukupi dan sistem pengudaraan yang baik bagi memastikan kerja yang dilakukan tidak menghadapi sebarang masalah.

(5)

5

7. Tempat kerja hendaklah sentiasa bersih daripada sebarang sisa kerja seperti serpihan besi dan minyak bagi mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh bahan tersebut. 8. Sisa haiwan dan sisa tumbuhan perlu dikendalikan dengan selamat (rujuk pengendalian

(6)

6

BAHAGIAN 2: PERALATAN PERLINDUNGAN PERIBADI (PPE)

Peralatan Pelindungan Peribadi atau Personel Protective Equipment (PPE) adalah peralatan keselamatan yang perlu dipakai dan digunakan ketika melakukan kerja-kerja pengendalian di dalam makmal. Ianya penting untuk mengelakkan berlaku kecederaan pada anggota tubuh dan kesihatan sewaktu bekerja. Peralatan perlindungan diri yang digunakan mestilah bersesuaian dengan kerja-kerja yang dilakukan.

2.1 Alat Pelindungan Mata

Terdapat 3 jenis peralatan perlindungan mata yang biasa digunakan iaitu kaca mata keselamatan (Safety Glasses) (Rajah 2.1a), Goggle (Rajah 2.1b), dan juga kaca mata keselamatan untuk laser.

Kaca Mata Keselamatan (Safety Glasses) Kacamata keselamatan atau safety glasses digunakan untuk melindungi mata. Sesetengah model diperbuat dari bahan yang dapat menahan jenis sinaran UV dan terdapat pelindung pada bahagian kanan dan kiri bingkai. Kacamata digunakan ketika mengendalikan bahan kimia.

Goggle

Goggle memberi perlindungan seluruh kawasan mata. Goggle melindungi mata dari impak, habuk dan percikan bahan kimia dan wasap yang datang dari semua arah.Terdapat bingkai pada kiri dan kanan yang melindungi mata dan permukaan kulit di bahagian tepi mata.Goggle lebih tahan hentakan dan boleh digunakan oleh pengguna berkaca mata.

2.2 Alat Pelindungan Muka

Tiga jenis peralatan keselamatan bagi perlindungan muka yang biasa digunakan ialah pelindung wajah (face shield)(Rajah 2.2a), topeng muka pembedahan (Surgical Face Mask) (Rajah 2.2b) dan topeng muka N95 (Rajah 2.2c).

Pelindung Muka (Face Shield)

Pelindung muka atau ‘face shield’ memberikan pelindungan menyeluruh di bahagian muka dan digunakan ketika pengimpalan logam, mengendalikan bahan kimia yang menghasilkan percikan atau partikel melayang. Walau bagaimanapun, pelindung muka ini tidak dapat melindungi mata dari sinaran UV. Oleh itu, alat ini hendaklah dipakai bersama-sama ‘safety glasses’ atau ‘goggle’.

Rajah 2.1b

Rajah 2.1a

(7)

7

Topeng Muka Pembedahan (Surgical Face Mask) Topeng muka berfungsi untuk melindungi hidung dan mulut dari zat berbau menyengat dan debu. Topeng muka ini, (Rajah 2.2b) hanya dapat menapis zarah-zarah bersaiz besar di udara tetapi tidak dapat memberi pelindungan terhadap wasap bahan kimia dan kebanyakan aerosol biologi seperti virus dan bakteria. Fungsi utama adalah untuk mencegah sebarang zarah biologi dari mulut dan hidung disebarkan oleh pemakai ke persekitaran.

Topeng Muka N95

Topeng muka jenis ini, (Rajah 2.2c) adalah untuk menapis zarah-zarah melebihi 5 micrometer seperti bakteria, spora, kulat dan zat-zat pepejal dan cecair. Abjad ‘N’ merujuk kepada sifat penapis yang tidak tahan terhadap minyak (non-oil resistant), dan ‘95’ merujuk kepada tahap kecekapan menapis iaitu minimum 95% cekap. Jenis penapis adalah bergantung terhadap ketahanan iaitu R-tahan minyak (oil- resistant) dan P- diyakini tahan terhadap minyak (oil-proof).

2.3 Alat Pelindungan Pernafasan

Alat Pernafasan (Respirator) (Rajah 2.3)

Alat pernafasan atau respirator hanya digunakan apabila alat kawalan kejuruteraan seperti kebuk wasap tidak dapat digunakan ketika mengendalikan bahan kimia tertentu. Ia direka khas untuk melindungi sistem pernafasan dari dedahan terhadap bahan kimia yang hadir dalam bentuk gas atau zarah-zarah kecil dalam kadar kepekatan yang terhad. Jenis respirator yang dipilih untuk digunakan adalah berdasarkan fungsi berikut, iaitu menapis udara dengan menyahkan gas dan wasap berbahaya atau membekalkan pengudaraan.

2.4 Alat Pelindungan Tangan

Alat pelindungan tangan dapat melindungi tangan daripada sentuhan secara langsung terhadap bahan kimia, bahan biologi atau bahan-bahan pada suhu terlampau yang menyebabkan kerengsaan atau rasa terbakar pada kulit. Melalui pemakaian sarung tangan yang sesuai, risiko pendedahan secara langsung dapat dikurangkan. Pemilihan jenis sarung tangan adalah berdasarkan kesesuaian kerja yang akan dilakukan serta saiz yang bersesuaian dengan pengguna.

Sarung tangan getah (Latex) (Rajah 2.4a)

Sarung tangan jenis getah (latex) dapat melindungi tangan dari mikroorganisma dan bahan kimia tertentu. Sarung tangan ini hanya sesuai digunakan untuk sekali pakai sahaja.

Rajah 2.2b

Rajah 2.2c

Rajah 2.3

(8)

8  Sarung Tangan Neoprene (Rajah 2.4b)

Sarung tangan ini diperbuat dari getah sintetik yang melindungi tangan dari cecair hidraulik, gasolin, alkohol, asid organik dan alkali.

Sarung Tangan Jenis Nitril (Rajah 2.4c)

Sarung tangan yang diperbuat dari polimer memberi pelindungan dari larutan berklorin, minyak, gris, asid dan alkohol tetapi tidak dapat melindungi dari agen pengoksidaan yang kuat, keton dan asetat.

Sarung Tangan Jenis Butil (Rajah 2.4d)

Diperbuat dari getah sintetik dan memberi pelindungan terhadap pelbagai jenis bahan kimia seperti bahan peroksida, asid mengkakis, alkali kuat, alkohol, aldehid, keton dan ester.

Sarung Tangan Jenis Kulit (Rajah 2.4e)

Sarung tangan jenis ini dapat melindungi kulit dari permukaan kasar, percikan api dan objek keras.

Sarung Tangan ‘Padded Cloth’ (Rajah 2.4f)

Sarung tangan jenis ini dapat melindungi tangan dari hujung tajam, pecahan kaca, kotoran dan getaran. Sesuai digunakan untuk mengendalikan bahan sejuk atau dalam cuaca sejuk.

Sarung Tangan Kriogenik (Rajah 2.4g)

Sarung tangan kriogenik ini digunakan untuk pengendalian bahan kriogenik pada suhu sejuk lampau seperti cecair nitrogen, oksigen, argon. Rajah 2.4b Rajah 2.4c Rajah 2.4d Rajah 2.4e Rajah 2.4g Rajah 2.4f

(9)

9  Sarung Tangan Tahan Panas (Rajah 2.4h)

Sarung tangan ini melindungi tangan dari kepanasan semasa mengendalikan peralatan seperti oven, furnace dan alat radas/ sampel yang panas.

Sarung Tangan Metal mesh (Rajah 2.4i)

Sarung tangan ini melindungi tangan daripada alatan tajam seperti pisau dan mesin tajam seperti yang terdapat di Makmal Pemprosesan Makanan.

2.5 Kot Keselamatan Makmal (Rajah 2.5a)

Kot keselamatan makmal dipakai untuk melindungi diri dan pakaian dari sentuhan secara langsung terhadap bahan kimia melalui percikan mahupun tumpahan. Kot keselamatan makmal tidak boleh dipakai di luar makmal. Terdapat beberapa jenis kot keselamatan makmal. Ia bergantung kepada penggunaan dan jenis kendalian yang dilakukan.

Ciri-ciri pemakaian kot makmal yang sesuai adalah; a. selesa dipakai

b. diperbuat dari bahan kain yang cukup tebal c. berwarna terang (putih)

d. panjang lengan hendaklah meliputi pergelangan tangan dan panjang sehingga ke aras lutut.

e. berkancing atau berbutang dan mudah ditanggalkan f. ukuran sesuai dan tidak terlalu kecil atau terlalu besar. Rajah 2.4h

Rajah 2.4i

Rajah 2.5a Rajah 2.4h

(10)

10  Kot keselamatan Ladang

Kot keselamatan Ladang (Rajah 2.5b), dipakai untuk melindungi diri dan pakaian, hendaklah menggunakan apron plastik (dilarang menggunakan apron yang diperbuat daripada kain).

Setiap pengguna racun perosak hendaklah memakai pakaian keselamatan yang sempurna semasa mengendalikan racun seperti penutup muka, penutup mulut, sarung tangan, seluar panjang, baju berlengan panjang, kasut but dan topi. Peralatan ini hendaklah dibersihkan selepas diguna dan disimpan berasingan dari tempat simpanan racun perosak.

Kot Keselamatan Dapur Komersil

Kot keselamatan Dapur Komersil hendaklah dipakai untuk

melindungi diri dan pakaian, hendaklah menggunakan Chef jaket (Rajah 2.5c) dan apron.

2.6

Alat Pelindung Kaki

Kasut bertutup yang meliputi seluruh bahagian kaki dipakai bagi melindungi bahagian kaki dari tumpahan bahan kimia, alat kaca pecah dan debu. Pemakaian selipar dan sandal adalah dilarang sama sekali bagi mengelakkan sebarang kecederaan sekiranya berlaku kemalangan. Kasut bertumit tinggi juga dilarang kerana menyukarkan pergerakan dan meningkatkan risiko kemalangan.

Kasut Tahan Kimia

Terdapat beberapa jenis kasut yang boleh digunakan untuk melindungi dari terkena tumpahan bahan kimia seperti berikut;

Kasut yang diperbuat dari ‘latex’ (getah)

Melindungi kaki terhadap bahan kimia tertentu dan permukaan licin.  Kasut yang diperbuat dari butil

Memberi pelindungan terhadap keton, aldehid, alkohol, asid dan bes.  Kasut yang diperbuat dari vinil

Tahan terhadap bahan pelarut, asid, bes.  Kasut yang diperbuat dari nitril

Kasut jenis ini tahan terhadap lemak haiwan, oleo dan bahan kimia.

Rajah 2.5b

(11)

11

BAHAGIAN 3: SIMBOL DAN PAPAN TANDA KESELAMATAN

3.1 Pengenalan

Simbol dan papan tanda keselamatan di makmal adalah sangat penting bagi memudahkan pengguna mengenalpasti jenis bahaya serta hazard yang ada di kawasan kerja serta secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko berlakunya kemalangan. Occupational Safety and Health Act (OSHA) telah pun mengeluarkan simbol-simbol piawai yang seragam untuk digunakan di seluruh negara. Setiap simbol mempunyai maksud yang tersendiri.

3.2 Pengkelasan bahan berbahaya

Secara umumnya bahan berbahaya dibahagikan kepada 9 kelas utama iaitu: i) Kelas 1: Bahan Peledak

ii) Kelas 2: Gas

iii) Kelas 3: Cecair Mudah Terbakar iv) Kelas 4: Pepejal Mudah Terbakar

v) Kelas 5: Bahan Pengoksida dan Peroksida Organik vi) Kelas 6: Bahan Toksik dan Bahan Berjangkit vii) Kelas 7: Bahan Radioaktif

viii) Kelas 8: Bahan Mengkakis

ix) Kelas 9: Bahan dan Artikel Berbahaya Lain.

Kelas 1 – Bahan Peledak (Rajah 3.2i)

Bahan ini merupakan bahan kimia yang berbahaya dan harus dikendalikan dengan berhati-hati. Penstoran bahan kimia di dalam kumpulan ini hendaklah disimpan di ruang yang berasingan daripada bahan lain dan mempunyai suhu yang stabil. Bahan kimia di dalam kumpulan ini mudah meletup sekiranya berlaku gegaran, geseran, ketukan serta terdapat percikan api dan juga haba. Antara contoh bahan kimia yang tergolong di dalam kumpulan ini adalah seperti ammonium nitrat.

(12)

12 Kelas 2 – Gas (Rajah 3.2ii)

Terdapat 3 subkelas gas iaitu gas mudah terbakar, gas tidak mudah terbakar dan juga gas beracun. Gas yang digunakan di dalam makmal biasanya diisi di dalam silinder besi waja pada tekanan yang tinggi. Oleh itu, silinder gas di dalam makmal perlu berada dalam kedudukan tegak dan dirantai untuk memastikan keselamatan pengguna di makmal. Penstoran gas termampat memerlukan bilik yang mempunyai pengudaraan yang baik dan berasingan daripada bahan atau gas lain yang boleh menghasilkan tindak balas bagi mengelakkan sebarang kebakaran berlaku.

Kelas 3 – Cecair Mudah Terbakar (Rajah 3.2iii)

Bahan kimia di dalam kumpulan ini menghasilkan wap yang mudah terbakar pada suhu rendah daripada 61°C (142°F). Terdapat 3 subkelas yang diasingkan mengikut takat kilat iaitu: i) Cecair dengan takat kilat kurang daripada 18°C (0°F)

ii) Cecair dengan takat kilat antara 18°C (0°F) hingga 23°C (73°F) iii) Cecair dengan takat kilat antara 23°C (73°F) hingga 61°C (142°F)

Penstoran dan pengendalian bahan kimia di dalam kumpulan ini perlulah mengikut subkelas di atas bagi mengelakkan sebarang

kebakaran berlaku. Pengguna perlu menggunakan bahan ini di tempat yang jauh daripada percikan api dan juga haba.

Kelas 4 –Pepejal Mudah Terbakar

Hazard dalam Kelas 4 terbahagi kepada tiga subkelas iaitu: i) Kelas 4.1: Pepejal Mudah Terbakar (Rajah 3.2iv-a)

Bahan kimia dalam subkelas ini merupakan pepejal yang sangat mudah terbakar walaupun tanpa sumber api. Faktor lain seperti geseran dan haba yang wujud semasa proses pemindahan bahan tersebut dari satu bekas ke bekas yang lain juga boleh menyebabkan berlakunya kebakaran serta-merta. Contoh pepejal yang mudah terbakar ialah logam natrium, kalium, hidrida dan produk nitroselulosa.

Rajah 3.2ii

Rajah 3.2iii

(13)

13

ii) Kelas 4.2 : Bahan Mungkin Terbakar Secara Spontan

(Rajah 3.2iv-b)

Cecair atau pepejal piroforik yang terdedah kepada oksigen, air atau lembapan udara selama 5 minit boleh menyebabkan berlakunya letupan dan terbakar secara

spontan walaupun bahan tersebut dalam kuantiti yang sedikit dan tanpa sumber api. Bahan-bahan piroforik mempunyai suhu pengautocucuhan di bawah suhu bilik yang apabila terdedah dengan udara atau air dengan mudahnya boleh menyebabkan kebakaran secara spontan. Contoh bahan bagi subkelas ini ialah logam natrium, pentaboran, karbon teraktif, fosforus, dan Raney Nikel (bahan pemangkin diperbuat daripada aloi, aluminium dan nikel).

iii) Kelas 4.3 : Bahan Membebaskan Gas Mudah

Terbakar Apabila Bersentuhan Dengan Air

(Rajah 3.2iv-c)

Suatu bahan yang apabila terkena pada air secara spontannya boleh terbakar atau mengeluarkan gas yang mudah terbakar serta beracun pada kadar yang lebih besar daripada 1 liter/ kilogram bahan/ jam. Contoh bahan dalam kumpulan ini ialah logam natrium, kalsium hidrida, kalsium karbida, barium dan serbuk aluminium. Penstoran bagi Kelas 4 ini perlulah disimpan mengikut pengkelasan hazard bahan kimia yang telah ditetapkan. Antara langkah berjaga-jaga yang perlu diambil semasa mengendalikan bahan-bahan kimia dalam Kelas 4 ini ialah:

i) jauhkan bahan tersebut dari percikan api dan sumber haba. ii) jangan sesekali memanaskan bahan tersebut dalam keadaan

api terbuka dan hendaklah dilakukan di dalam kebuk wasap serta menggunakan steam bath, water bath atau oil bath.

Kelas 5 – Bahan Pengoksida dan Peroksida Organik i) Bahan Pengoksida (Rajah 3.2v-a)

Bahan pengoksida merupakan suatu bahan yang boleh menghasilkan oksigen melalui proses pengoksidaan sehingga menyebabkan kebakaran dan merebak pada bahan-bahan lain dan dikenali sebagai agen pengoksida. Bahan pengoksida sangat tidak serasi dengan bahan kimia dari Kelas 3 dan 4. Bahan pengoksida perlu disimpan berasingan daripada pepejal atau cecair mudah terbakar.

ii) Peroksida Organik (Rajah 3.2v-b)

Bahan-bahan organik yang mengandungi struktur bivalen (-O-O-) hasil terbitan hidrogen peroksida ,satu atau kedua-dua atom hidrogen telah diganti oleh radikal organik. Peroksida organik mempunyai sifat terma yang tidak stabil menyebabkan berlaku proses penguraian eksotermik apabila terkena haba atau cecair mudah terbakar.

Rajah 3.2iv-b

Rajah 3.2iv-c

(14)

14 Antara ciri-ciri bahan organik dalam subkelas ini ialah: a) Bahan boleh terurai menyebabkan letupan

b) Boleh terbakar dengan cepat c) Sensitif kepada geseran

d) Menghasilkan tindak balas berbahaya dengan bahanlain e) Boleh menyebabkan kerosakan pada mata.

Contoh bahan kimia dalam subkelas ini ialah hidrogen peroksida, ferum nitrat, litium nitrat, plumbum perklorat, benzoil peroksida serta pepejal dan cecair peroksida organik

yang lain. Penstoran bagi bahan kimia perlu disimpan di tempat berasingan dengan bahan mudah terbakar atau cecair yang mempunyai takat kilat yang rendah. Bilik penstoran perlu mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan dingin bagi mengelakkan berlakunya penguraian bahan.

Kelas 6 – Bahan Toksik & Bahan Berjangkit

Hazard Kelas 6 terbahagi kepada dua subkelas yang lain iaitu: i) Kelas 6.1 – Bahan Bertoksik (Rajah3.2vi-a)

Bahan kimia di dalam subkelas ini termasuklah bahan bertoksik, beracun dan berbahaya. Antara contoh bahan kimia ialah logam bromida, bromoaseton, bromobenzil sianida dan gas pemedih mata. Elakkan daripada terkena sentuhan pada anggota badan kerana boleh menyebabkan kerosakan teruk atau parah. Tempat penstoran bagi bahan kimia beracun perlulah berasingan daripada asid dan bahan pengoksida yang kuat serta mempunyai pengudaraan yang baik. Bahan toksik yang mudah meruap perlu disimpan di dalam peti penyimpanan pada suhu (-20⁰C) untuk mengelakkan proses penyejatan berlaku. Bekas

bahan kimia yang telah dibuka perlu ditutup semula dengan ketat dan dipita (seal) bagi mengelakkan kebocoran.

ii) Kelas 6.2 – Bahan Berjangkit (Rajah3.2vi-b)

Bahan berjangkit adalah satu bahan yang berkemungkinan atau membawa patogen. Patogen ialah bendasing yang boleh menyebabkan penyakit pada manusia atau haiwan. Contoh-contoh patogen termasuklah bakteria, virus, kulat dan ejen-ejen berjangkit yang lain. Contoh bahan bagi subkelas ini ialah sisa perubatan, sisa biologi, bahan-bahan forensik dan produk penjagaan kesihatan terpakai.

Rajah 3.2v-b

Rajah 3.2vi-a

(15)

15 Kelas 7 – Bahan Radioaktif (Rajah 3.2vii)

Bahan radioaktif bermaksud bahan pepejal, cecair dan gas yang boleh mengeluarkan sinaran mengion secara spontan seperti sinaran alfa, beta dan gamma. Bahan ini boleh didapati sama ada dalam bentuk punca terkedap dan punca tidak terkedap:

i) Punca terkedap (Sealed sources) adalah suatu punca sinaran yang terdiri daripada bahan radioaktif yang disatukan dengan kukuh dalam bahan yang pejal dan tidak aktif atau dikedapkan dalam satu bekas tidak aktif yang mempunyai kekuatan untuk mencegah penyerakan isi kandungannya.

ii) Punca tidak terkedap (Unsealed sources) adalah bahan radioaktif dalam bentuk yang boleh terserak sama ada dalam bentuk cecair, pepejal dan gas.

Contoh bahan radioaktif adalah seperti uranium, thorium, radium dan tritium. Bahan radioaktif ini sangat berbahaya dan boleh menyebabkan gangguan pada sistem biologi organisma hidup terutamanya manusia. Pendedahan radiasi pada tahap yang tinggi boleh menyebabkan kematian dan kemusnahan pada peringkat selular. Pengendalian yang selamat terhadap bahan ini adalah menggunakan PPE (Personal Protective Equipment) yang sesuai seperti kot makmal radioaktif, sarung tangan dan cermin mata keselamatan.

Kelas 8 – Bahan Mengkakis (Rajah 3.2viii)

Bahan mengkakis bermaksud bahan yang boleh menyebabkan kerosakan yang dapat dilihat atau perubahan kekal pada permukaan tisu kulit dan permukaan logam. Klasifikasi bahan kimia yang mudah mengkakis adalah asid kuat, bes kuat dan agen dehidrasi. Bahan mengkakis boleh menyebabkan kerosakan pada tisu kulit dan juga mata melalui sentuhan secara langsung. Pengguna yang tertelan bahan kimia jenis ini boleh menyebabkan kerosakan pada salur pernafasan dan gastrointestinal. Contohnya asid hidroklorik, asid sulfurik, natrium hidroksida dan hidrogen peroksida. Pengendalian yang selamat terhadap bahan ini adalah menggunakan PPE yang

sesuai seperti kot makmal, sarung tangan jenis nitril, topeng muka dan cermin mata keselamatan. Pengendalian bahan kimia jenis ini juga perlu dilakukan di dalam kebuk wasap.

Rajah 3.2vii

(16)

16

Kelas 9 – Bahan dan Artikel Berbahaya Lain (Rajah 3.2ix)

Bahan yang berbahaya kepada alam sekitar bermaksud bahan yang boleh menyebabkan risiko pencemaran terhadap tanah, air dan udara. Bahan berbahaya kepada alam sekitar boleh menyebabkan kemusnahan terhadap hidupan akuatik dan perlu dilupuskan mengikut peraturan pelupusan yang telah ditetapkan. Contoh bahan kimia bagi kelas ini ialah ammonium hidroksida, benzene klorida dan logam berat (plumbum dan kromium).

3.3 Piktogram bahaya

Piktogram bahaya ini kebiasaannya didapati pada label botol atau bekas bahan kimia. Simbol ini membawa maksud pengkelasan bahaya jika menggunakan bahan kimia tersebut. Piktogram yang biasa digunakan dalam pengkelasan bahan berbahaya di peringkat antarabangsa adalah seperti di bawah.

Bahan letup (Rajah 3.3a)  Bahan letup tidak stabil

 Bahan letup; bahaya letupan besar  Bahan letup; bahaya luncuran teruk

 Bahan letup; bahaya kebakaran, ledakan atau luncuran

Mudah Terbakar (Rajah 3.3b)  Gas mudah terbakar  Aerosol mudah terbakar

 Cecair dan wap mudah terbakar  Pepejal mudah terbakar

Rajah 3.2ix

Rajah 3.3a

(17)

17

Gas, cecair atau pepejal mengoksida (Rajah 3.3c) (Nyalaan atas bulatan)

 Boleh menyebabkan atau memarakkan kebakaran; pengoksida  Boleh menyebabkan kebakaran atau letupan ; pengoksida kuat

 Boleh memarakkan kebakaran; pengoksida

Toksik dan Sangat Toksik (Tengkorak dan tulang bersilang) (Rajah 3.3d)  Ketoksikan akut (oral) – Maut jika tertelan /toksik jika tertelan

 Ketoksikan akut (kulit) – Maut jika terkena kulit/toksik jika terkena kulit  Ketoksikan akut (penyedutan) – Maut jika tersedu/toksik jika tersedut

Mengkakis (Rajah 3.3e)

 Kakisan atau kerengsaan kulit

 Kerosakan mata atau kerengsaan mata yang serius  Mengakis logam

Berbahaya Kepada Alam Sekitar (Rajah 3.3f)

 Berbahaya kepada persekitaran akuatik-bahaya akut  Berbahaya kepada persekitaran akuatik-bahaya kronik

Bahaya kesihatan (Rajah 3.3g)

Boleh menyebabkan kanser (carcinogenic)

 Kemutagenan sel germa (boleh menyebabkan kecatatan genetik)  Ketoksikan pembiakan (boleh merosakkan kesuburan/janin)  Ketoksikan organ khusus (menyebabkan kerosakan organ)

 Ketoksikan aspirasi (boleh membawa maut jika tertelan dan memasuki saluran pernafasan Rajah 3.3c Rajah 3.3d Rajah 3.3e Rajah 3.3f Rajah 3.3g

(18)

18 Gas termampat (Rajah 3.3h)

 Mengandungi gas di bawah tekanan; boleh meletup jika dipanaskan  Mengandungi gas sejuk; boleh menyebabkan lecuran atau

kecederaan kriogenik.

Tanda seru (Rajah 3.3i)

 Menyebabkan kerengsaan kulit

 Menyebabkan kerengsaan saluran pernafasan  Boleh menyebabkan tindak balas alahan kulit

 Memudaratkan jika terkena kulit / jika tersedut/ jika tertelan  Ketoksikan akut (memudaratkan)

 Kesan narkotik (menyebabkan mengantuk atau kepeningan)

3.4 Pengkelasan dan simbol bagi racun perosak

 Terdapat 3 jenis racun perosak iaitu racun serangga, racun kulat dan racun rumpai.

 Setiap pengguna mestilah terlebih dahulu membaca label pada racun perosak sebelum menggunakannya

 Setiap racun berbeza mengikut pengkelasan seperti Jadual 3.4 Jadual 3.4 : Pengelasan dan simbol bagi racun perosak Rajah 3.3h

(19)

19

BAHAGIAN 4: PERALATAN KESELAMATAN MAKMAL

Peralatan Keselamatan yang terdapat di makmal adalah berfungsi untuk menyelamatkan pengguna makmal sekiranya berlaku insiden atau kemalangan yang tidak diingini. Tindakan pantas menggunakan peralatan keselamatan dengan betul dapat mengurangkan risiko kecederaan.

4.1 Pembilas Mata Keselamatan (Eye Wash)

Alat ini digunakan untuk membilas mata apabila terkena percikan bahan kimia atau bendasing yang boleh memudaratkan mata. Ianya merupakan keselamatan asas yang perlu ada di dalam makmal dan pengguna makmal perlu tahu bagaimana cara menggunakan pembilas mata ini. (Rajah 4.1)

4.2 Selimut Kebakaran

Alat ini digunakan untuk memadamkan api pada badan mangsa semasa kebakaran. Selimut ini berfungsi mengurangkan bekalan oksigen pembakaran supaya kebakaran badan

mangsa dapat dipadamkan. Balut badan mangsa dengan selimut dan gulingkan mangsa yang terbakar di atas tanah /lantai sehingga api padam. (Rajah 4.2)

4.3 Peti Pertolongan Cemas

Peti pertolongan cemas adalah sebuah bekas yang dilengkapkan dengan bahan asas bantu kecederaan. Di dalam peti pertolongan ini terdapat ubat-ubatan untuk kegunaan luaran sahaja. Ubat makan seperti paracetamol tidak boleh disimpan di dalam peti ini. Peti ini seharusnya berada pada keadaan yang mudah dilihat dan dicapai. Ubatan di dalam peti ini

perlu berkeadaan baik dan tidak luput tarikh. (Rajah 4.3) Rajah 4.1 : Eye Wash

Rajah 4.2 : Selimut kebakaran

(20)

20 4.4 Pancuran Air Keselamatan (Safety Shower)

Pancuran air keselamatan ini dikhaskan untuk menyingkirkan tumpahan bahan kimia dari anggota tubuh atau pakaian mangsa. Alat ini perlu ada di dalam makmal yang menggunakan bahan kimia. Aliran air mestilah deras dan banyak bagi menyingkirkan tumpahan bahan kimia. Pancuran air keselamatan ini mestilah diperiksa secara berkala dan direkodkan bagi memastikan ianya berfungsi apabila diperlukan. Kebiasaannya alat ini dilengkapi dengan pembilas mata keselamatan (eye wash). (Rajah 4.4)

4.5 Alat Pemadam Api

Alat pemadam api ini digunakan dalam bantu mula untuk mengawal kebakaran. Alat ini mempunyai beberapa jenis, antaranya jenis busa (foam), jenis serbuk ABC, jenis CO2, jenis air dan jenis tekanan (Rajah 4.5). Penggunaannya adalah bergantung kepada punca kebakaran. Pengguna harus tahu punca kebakaran supaya api dapat dikawal sebelum merebak menjadi besar. Jadual 4.5a menunjukkan jenis alat pemadam kebakaran yang bersesuaian dengan jenis kebakaran, manakala Jadual 4.5b menunjukkan cara penggunaan alat pemadam kebakaran.

Rajah 4.3 : Peti pertolongan cemas

Rajah 4.4 : Safety Shower

(21)

21 Jadual 4.5a: Kelas api dan jenis pemadam kebakaran

Kelas Api Jenis Kebakaran Jenis Alat Pemadam

Kebakaran A Pepejal seperti kayu, kertas, kain dan

sebarang bahan mudah terbakar.

Serbuk Kering B Cecair seperti minyak, varnis, plastik

dan lain-lain

Serbuk Kering C Gas dan Elektrik seperti gas butana,

gas asetilena, pendawaian, kotak fius, perkakasan elektrik dan lain-lain.

Serbuk Kering dan Karbon dioksida D Logam seperti kalium (potassium),

logam natrium (sodium), kalsium dan magnesium.

Serbuk Kering

E Minyak seperti minyak yang digunakan secara komersial.

Serbuk Kering

Jadual 4.5b: Cara Penggunaan Alat Pemadam Kebakaran (PASS):

TINDAKAN KETERANGAN GAMBAR

Tarik (Pull) Cabutkan pin keselamatan pada pemadam kebakaran.

Hala (Aim) Halakan muncung (nozzle) pemadam kebakaran ke arah punca kebakaran. Pastikan semburan tidak melawan arus angin. Sebaliknya mengikut arah angin.

Tekan (Squeeze) Tekan tuil

Layang (Sweep)

(22)

22 4.6 Kit Kawalan Tumpahan (Spillage Kit)

Alat ini merupakan satu set lengkap pengawalan tumpahan bahan kimia di ruang kerja/ makmal. Set ini perlu digunakan serta merta jika berlaku tumpahan bahan kimia. Set ini dilengkapi dengan bahan yang boleh menyerap tumpahan bahan kimia dengan cepat dan seterusnya meminimakan pencemaran. Perkakasan dalam set ini adalah seperti sarung tangan getah, pad tumpahan, granul (natural, asid dan alkali). (Rajah 4.6)

4.7 Kebuk Wasap

Terdapat 2 jenis kebuk wasap (Rajah 4.7) yang biasa ditemui iaitu kebuk wasap umum dan kebuk wasap perklorik. Kebuk wasap ini perlu digunakan oleh pengguna makmal ketika mengendalikan bahan kimia berbahaya yang meruap bagi menggelakkan kebocoran gas berbahaya dalam makmal. Kebuk wasap ini perlu diselenggara sebaiknya bagi memastikan sedutan dan pengaliran gas ke luar makmal adalah baik.

4.8 Biological Safety Cabinet (BSC)

Biological safety cabinet merupakan satu peralatan primer yang efektif apabila mengendalikan agen infeksi (cth: patogen). Amnya, terdapat 3 jenis BSC iaitu Kelas 1, Kelas 2 dan Kelas 3. Penggunaan jenis kabinet bergantung kepada biosafety level agen infeksi yang dikendalikan oleh pekerja (Rajah 4.8).

Kelas 1 BSC‐ memberi perlindungan kepada pekerja dan persekitaran, tetapi tidak kepada produk. Pergerakan udara menyerupai chemical fume hood, bezanya ia mempunyai penapis HEPA dalam sistem ekzos untuk melindungi persekitaran.

Kelas 2 BSC (Types A, Bl, B2,and B3) - memberi perlindungan kepada pekerja, persekitaran dan juga produk.

Kelas 3 BSC –direka untuk mengendalikan agen mikrobiologi biosafety level peringkat 4. Ianya menyediakan perlindungan yang maksimum kepada pekerja.

Rajah 4.6 : Spillage kit

(23)

23 4.9 Laminar Airflow Cabinet:

Terdapat 2 jenis laminar iaitu horizontal dan vertical. Kedua‐ duanya bukan biological safety cabinet. (Rajah 4.9)

Horizontal laminar air flow – udara yang melalui penapis HEPA dilepaskan ke arah pengguna. Laminar jenis ini hanya menyediakan perlindungan kepada produk sahaja. Elakkan menggunakan laminar sekiranya mengendalikan kultur mikroorganisma yang berbahaya.

Vertical laminar air flow – digunakan sebagai kawasan bersih (clean area) untuk apa juga penyediaan yang tidak melibatkan mikroorganisma seperti persampelan makanan, pengeringan plate, tisu kultur dll. Laminar jenis vertical mempunyai sash dan udara dilepaskan ke persekitaran melalui bawah sash tersebut. Seperti laminar jenis horizontal, elakkan menggunakannya sekiranya pekerja mengendalikan patogen atau lain‐lain kultur mikroorganisma yang berbahaya.

4.10 Bekas Sisa

Bekas Sisa Kaca

Kotak sisa kaca (Rajah 4.10a) digunakan untuk mengumpulkan sisa bahan kaca yang pecah bagi mengelakkan kemalangan di dalam makmal. Apabila kotak khas ini telah penuh, sisanya perlu dilupuskan mengikut jadual pelupusan sisa kaca yang ditetapkan

Rajah 4.8 : Biological safety cabinet

(24)

24 .

Bekas sisa bahan tajam

Bekas sisa bahan tajam (Rajah 4.10b) digunakan untuk membuang sisa klinikal yang tajam seperti jarum dan slaid kaca.

Tong Sisa Biohazard

Tong sisa ini digunakan untuk mengumpulkan sisa bahan biohazard bagi mengelakkan pencemaran biohazard di dalam makmal. Sisa perlu dilupuskan mengikut jadual pelupusan biohazard yang ditetapkan dengan pengendalian yang betul. (Rajah 4.10c)

Tong Sisa Radioaktif

Tong sisa radioaktif (4.10d) digunakan untuk mengumpulkan sisa radioaktif dan bahan tercemar radioaktif sebelum dilupuskan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Rajah 4.10a : Bekas sisa kaca

Rajah 4.10b : Bekas sisa bahan tajam

(25)

25 5.0 Alat Pengesan Kebakaran

Alat pengesan kebakaran ini digunakan untuk mengesan asap dan haba yang tinggi di dalam bangunan. Alat ini ditempatkan di atas siling di kebanyakan koridor bangunan dan di dalam makmal. Alat ini akan menghantar isyarat kepada panel keselamatan bangunan jika mengesan kehadiran asap dan haba yang tinggi. Seterusnya panel keselamatan akan membunyikan loceng kebakaran secara automatik sebagai isyarat kepada semua pengguna di dalam bangunan untuk pengungsian bangunan. Alat pengesan kebakaran terbahagi kepada 3 jenis iaitu alat pengesan asap (Rajah 5.0a), alat pengesan haba (Rajah 5.0b), alat pengesan haba dan asap (Rajah 5.0c).

 Rajah 5.0a: Alat Pengesan Asap.

 Rajah 5.0b: Alat Pengesan Haba.

 Rajah 5.0c: Alat Pengesan haba dan asap.

(26)

26 6.0 Simbol – simbol Peralatan Keselamatan

Terdapat beberapa simbol peralatan keselamatan yang sering dipaparkan di kawasan makmal untuk memberitahu pengguna makmal lokasi alat tersebut seperti simbol alat pemadam api (Rajah 6.0a), simbol selimut kebakaran (Rajah 6.0b), simbol pembilas mata keselamatan (Rajah 6.0c) dan simbol pancuran air keselamatan (Rajah 6.0d).

 Rajah 6.0a: Simbol Alat Pemadam Api.

 Rajah 6.0b: Simbol Selimut Kebakaran.

 Rajah 6.0c: Simbol Pembilas Mata Keselamatan.

(27)

27

BAHAGIAN 5: PENGENDALIAN PERALATAN BERISIKO TINGGI

Pengendali alatan perlu mendapat latihan secukupnya dari staf bertanggungjawab sebelum mengendalikan alatan berisiko tinggi. Laporkan segera kepada staf makmal jika berlaku sebarang kerosakan pada alat.

5.1 PERALATAN SUHU TINGGI

Contoh alatan seperti Furnace (Rajah 5.1), oven, water boiler dan steamer.

1. Pengguna hendaklah memakai peralatan perlindungan diri ketika mengendalikan peralatan yang panas.

3. Gunakan sarung tangan yang sesuai dipakai iaitu yang bersifat rintang haba.

3. Kot makmal hendaklah dipakai dengan sempurna semasa

menjalankan kerja di makmal yang berkaitan untuk melindungi anggota badan.

5.2 PERALATAN BERHAMPAGAS (VACUUM)

Contoh alatan seperti vacuumdessicator, rotary evaporator (Rajah 5.2) , vacuum flask, vacuum oven, vacuum evaporator, ultracentrifuge dan Freeze Dryer

Rotary evaporator

1. Pastikan ia diperiksa sebelum digunakan bagi mengelakkan ia rosak (implode) semasa digunakan.

2. Pastikan ia sentiasa ditutup dengan sempurna dengan menggunakan alat pelindung khas yang diluluskan. Pastikan nilai hampagas yang digunakan tidak melebihi had yang dibenarkan.

3. Selepas digunakan, pastikan tekanan di dalam peralatan tersebut sama dengan tekanan atmosfera sebelum pelindung/ penutup dibuka.

4. Waste container perlu dikosongkan selepas selesai analisis

Rajah 5.1 : Furnace

(28)

28 5.3 PERALATAN BERTEKANAN TINGGI

Contoh alatan seperti autoclave (Rajah 5.3a), retort (Rajah 5.3b) , air compressor dan hydraulic press.

1. Pastikan ia diperiksa setiap masa sebelum digunakan bagi mengelakkan ia meletup (explode) semasa menggunakannya.

1. Pastikan ruang kerja mencukupi bagi memastikan keselamatan semasa mengendalikan peralatan tersebut.

2. Pastikan nilai tekanan yang digunakan tidak melebihi had yang dibenarkan.

3. Selepas digunakan, pastikan tekanan di dalam peralatan tersebut sama dengan tekanan atmosfera sebelum pelindung dibuka.

Autoklaf

1. Sebelum menggunakan autoklaf untuk kali pertama, pastikan anda membaca SOP yang disediakan.

2. Pastikan penutup botol cecair yang hendak diautoklaf ditutup dengan longgar supaya tekanan dari wap air yang terhasil semasa pemanasan tidak menyebabkan letupan.

3. Perhatikan paras air sebelum proses pensterilan dilakukan.

4. Jangan autoklaf cecair yang mudah terbakar atau yang mudah meruap kerana bahan‐bahan tersebut boleh meletup.

5. Pastikan pintu autoklaf dikunci sebelum beroperasi. Ini untuk mengelakkan pelepasan stim tekanan tinggi secara tiba‐tiba.

6. Jangan buka autoklaf sebelum tekanan turun ke kosong atau suhu di bawah 100°C

7. Gunakan heat‐resistant glove apabila memindahkan botol dari autoklaf selepas pensterilan dilakukan.

Pengempar

1. Sebelum menggunakan pengempar untuk pertama kali, pastikan anda membaca dan memahami SOP yang disediakan.

2. Elakkan menggunakan tiub pengempar yang retak. Ini adalah untuk mengelakkantiub dari pecah semasa pengempar beroperasi.

3. Berat/ isipadu sampel di dalam setiap tiub pengempar mestilah seimbang. 4. Elakkan mengisi tiub yang mengandungi sampel sehingga telah penuh.

5. Tiub pengempar yang mengandungi mikroorganisma berbahaya perlu dibuka di dalam biological safety cabinet.

6. Apabila rotor berhenti, jangan buka pengempar, biarkan seketika untuk mengelakkan aerosol tersebar.

7. Semasa membuka tiub tersebut, pastikan sarung tangan dipakai sekiranya sampel mengandungi mikroorganisma berbahaya. Ini adalah kerana penutup tiub tersebut berpotensi untuk dikontaminasi oleh sampel tersebut.

Rajah 5.3b : Retort

(29)

29

8. Selepas menggunakan pengempar, bahagian‐bahagian pengempar seperti tiub pengempar dan rotor perlu disterilkan sekiranya alat tersebut mengempar sampel yang mengandungi mikroorganisma.

5.4 Peralatan Tajam

Pisau Dan Peralatan Memotong Di Makmal Memasak i) Cara pengendalian pisau (Rajah 5.4a)

1. Pastikan pisau yang digunakan tajam bagi mengurangkan tekanan ketika menggunakan pisau dan bagi mengelakkan pisau tersebut tergelincir ketika memotong.

2. Gunakan papan pemotong yang dialaskan dengan kain lembab untuk mengelakkannya dari tergelincir.

3. Elakkan dari memotong terus di atas permukaan meja kerja. 4. Jangan gunakan lebih dari satu pisau pada satu-satu masa.

5. Sekiranya peralatan tajam jatuh, jangan cuba untuk menangkap atau menyambut alat tersebut. Berundur ke belakang dan biarkan alat tersebut jatuh.

6. Semasa membersihkan alatan tajam, elakkan daripada meletakkan alat tersebut di dalam sinki.

7. Bawa pisau dengan cara yang betul, pastikan pisau berada di sisi tubuh dengan hujung yang tajam menghala ke bawah.

8. Bagi menggunakan mesin yang bermata tajam, pakai sarung tangan keselamatan bagi mengelakkan kecederaan.

ii) Cara pengendalian peralatan memotong elektrik.

Contoh peralatan memotong elektrik adalah seperti meat slicer (Rajah 5.4b), Bowl Cutter (Rajah 5.4c) dan Pengisar makanan (Rajah 5.4d)

1. Baca buku panduan penggunaan alat terlebih dahulu sebelum menggunakan sesuatu peralatan. Rancang setiap kerja. Fikir apakah yang mungkin gagal dan tentukan faktor yang memungkinkan ia berlaku.

2. Pastikan lokasi suis utama bekalan elektrik dan tempat bekerja dalam keadaan kering. 3. Tentukan peralatan yang akan digunakan berada dalam keadaan selamat dan

berfungsi.

4. Jangan bekerja dengan tangan yang basah atau berdiri di atas lantai yang lembab apabila menggunakan peralatan elektrik.

(30)

30

5. Matikan suis sumber kuasa dan tanggalkan palam daripada soket elektrik sebelum membuat sambungan atau sebarang perubahan pada litar atau peralatan.

6. Pastikan suis peralatan dimatikan dan palam ditanggalkan daripada soket elektrik sebelum kerja-kerja pembersihan alatan dibuat.

7. Pakai PPE yang bersesuaian dengan alatan yang digunakan.

Peralatan Memotong Di Makmal Penyelidikan Luar Dan Ladang Jigsaw, Disc Metal Cutter,Chain Saw (Rajah 5.4e)

i) Cara pengendalian peralatan mesin rumput

1. Memastikan bilah mata pemotong diketatkan dengan sempurna. 2. Memastikan tiada orang berada dalam lingkungan radius 3 meter. 3. Jangan merokok ketika menggunakan alat ini.

4. Jangan memotong dahan pokok menggunakan alat ini.

5. Jangan meninggalkan peralatan ini yang sedang berfungsi tanpa operator. 6. Gunakan semua Alat Perlindungan Diri yang diperlukan.

7. Guna mata bilah yang sesuai bagi sesuatu kerja.

Rajah 5.4b : Meat slicer Rajah 5.4c : Bowl cutter Rajah 5.4d : Pengisar makanan

(31)

31

8. Jika berlaku kecemasan semasa melaksanakan kerja, berhentikan kerja dan hantar pekerja ke hospital yang berhampiran.

9. Memastikan semua komponen dan peralatan disusun dengan teratur, mengikut turutan penggunaan sebelum, semasa dan selepas kerja pemotongan rumput.

5.5 Peralatan berjentera

Peralatan seperti Power Tiller C/W Roda Getah & Pemutar Cultivator Tiller (Rajah 5.5) digunakan untuk membajak tanah dan melibatkan komponen berjentera.

Rajah 5.5: Power Tiller C/W Roda Getah & Pemutar Cultivator Tiller

5.6 Peralatan Menggunakan Haba Tinggi

Peralatan menggunakan haba tinggi yang sering terdapat di dalam makmal adalah seperti Oven (Rajah 5.6a), Water boiler (Rajah 5.6b), dapur memasak (Rajah 5.6c), Deep fat fryer (Rajah 5.6d) dan Griller (Rajah 5.6e)

1. Pengguna hendaklah memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) ketika mengendalikan peralatan yang panas.

2. Pemakaian yang betul dalam pengendalian peralatan panas adalah penting bagi mengelakkan berlakunya kecederaan kepada mangsa atau mengelakkan sebarang kecuaian yang boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan.

3. Biasanya, penggunaan sarung tangan yang sesuai dipakai adalah bersifat rintang haba.Elakkan daripada memakai sarung tangan yang basah kerana stim yang terhasil dari tindak balas haba dengan air akan menyebabkan melecur.

4. Sarung tangan rintang haba dapat melindungi tangan dari haba panas semasa mengendalikan peralatan suhu tinggi.

5. Kot makmal hendaklah dipakai dengan sempurna semasa menjalankan kerja di makmal yang berkaitan untuk melindungi anggota badan.

6. Jangan tinggalkan cecair yang panas seperti air atau minyak tanpa pengawasan di atas dapur.

(32)

32 5.7 Peralatan Yang Besar Dan Berat

Peralatan berat dan besar yang sering digunakan di dalam makmal adalah seperti Fish deboner (Rajah 5.7a), Soybean grinder (Rajah 5.7b), Stand mixer (Rajah 5.7c)

Cara pengendalian

1. Pastikan kaki anda berada dalam posisi yang betul dan berdiri serapat mungkin dengan muatan.

2. Bengkokkan lutut dan luruskan belakang badan.

Rajah 5.6a : Oven Rajah 5.6b : Water boiler

Rajah 5.6c : Dapur memasak

Rajah 5.6d : Deep fat fryer

(33)

33

3. Pegang objek dengan tangan yang kukuh, dan angkat kepala apabila mengangkat muatan.

4. Angkat muatan menggunakan kekuatan otot kaki dengan struktur badan yang lurus. 5. Letakkan muatan di atas permukaan yang kukuh dan rata, semasa menurunkan beban

bengkokkan lutut dan bukan bahagian belakang badan. Postur badan yang betul semasa mengangkat bebanan adalah seperti Rajah 5.7d.

6. Pertimbangkan risiko yang mungkin berlaku sebelum memulakan pengendalian (mengangkat) secara manual.

7. Sentiasa ingat had kemampuan anda, jangan cuba sesuatu yang tidak mampu dilakukan.

8. Gunakan pengangkat mekanikal (trolley) jika muatan tersebut besar, atau sukar untuk dikendalikan (janggal dari saiz atau bentuk).

9. Dapatkan bantuan secara berpasukan, sekurang-kurangnya dua orang jika muatan tersebut sederhana berat atau sukar untuk dikendalikan.

10. Pastikan dahulu saiz, berat, bentuk objek dan jarak perjalanan.Jangan bawa objek yang terlalu besar sehingga menghalang pandangan.

11. Pastikan juga keadaan lantai tidak licin atau tidak rata ataupun terdapat halangan yang boleh membahayakan anda.

12. Matikan suis elektrik dan cabut palam (plug) peralatan elektrik sebelum dibersihkan. Pastikan tangan anda kering sebelum menyentuh suis elektrik.

Rajah 5.7c : Stand Mixer

Rajah 5.7b : Soybean Grinder Rajah 5.7a : Fish Deboner

(34)

34 5.8 Peralatan Sinaran UV

Peralatan yang dlengkapi dengan sinaran UV adalah seperti Biohazard Cabinet dan UV Cabinet

Cara pengendalian

1. Gunakan alat perlindungan diri yang sesuai ketika mengendalikan alat. 2. Elakkan dari terkena terus pada pancaran UV tersebut.

5.9 Peralatan Bersuhu Rendah

Peralatan bersuhu rendah yang sering terdapat di dalam makmal adalah seperti Freezer bersuhu (-20⁰C), (-40⁰C) dan (-80⁰C) serta Cold Room.

Cara pengendalian:

1. Gunakan alat perlindungan diri seperti Cryogenic gloves semasa mengambil atau menyimpan sampel/bahan di dalam peralatan bersuhu rendah.

2. Jangan buka pintu freezer terlalu lama.

(35)

35

BAHAGIAN 6: PENGENDALIAN PERALATAN KACA

6.1 Teknik Pemanasan Dan Penyejukan Radas Kaca

1. Menggunakan radas kaca yang tahan pada haba ketika pemanasan. Tidak dibenarkan memanaskan radas kaca yang retak/ calar kerana ketahanan terhadap haba telah berkurang. 2. Jangan panaskan radas kaca pada suhu yang maksima kerana boleh menyebabkannya pecah.

3. Ketika melakukan penyejatan cecair, suhu hendaklah dibiarkan turun secara perlahan– lahan mengikut penurunan paras cecair untuk mengelakkan retak pada radas kaca.

4. Jangan meletakkan peralatan kaca yang panas kepada permukaan sejuk atau sebaliknya.

6.2 Teknik Pemotongan Radas Kaca

1. Membuat tanda pada bahagian yang hendak dipotong dengan kikir atau pemotong kaca. 2. Memastikan pemakaian sarung tangan, kot makmal dan goggle jika perlu bagi langkah keselamatan.

3. Kedua-dua ibu jari diletakkan pada garisan yang telah dibuat dan sentap dengan perlahan untuk mematahkan tiub atau batang kaca.

4. Kemudian, memastikan keratan yang telah dibuat dilicinkan dengan cara dibakar.

6.3 Teknik Penyambungan Dan Penanggalan Radas Kaca

1. Pengguna hendaklah berhati-hati semasa melakukan penyambungan yang melibatkan radas kaca. Gunakan gris untuk memudahkan penyambungan.

2. Dapatkan bantuan pembantu makmal jika terdapat kesukaran membuka penyambungan tersebut.

6.4 Teknik Ekstraksi / Refluks

1. Memastikan sambungan tiub getah dari condenser ke punca air adalah tidak tertanggal dan dalam keadaan baik.

2. Mantel pemanas boleh digunakan untuk kerja pengekstrakan kerana ia boleh dipanaskan dengan haba yang seragam dan terkawal.

6.5 Pengendalian peralatan kaca dapur komersil

1. Sentiasa berhati-hati semasa mengendalikan peralatan kaca.

2. Peralatan kaca mesti disusun pada saiz yang sama dan elakkan menyusun terlalu tinggi. 3. Lakukan pra pemanasan peralatan kaca sebelum diisi dengan masakan panas.

(36)

36

4. Jangan meletakkan peralatan kaca yang panas kepada permukaan sejuk atau sebaliknya.

5. Jika peralatan kaca pecah di dalam sinki yang berair, keluarkan cecair yang berada di dalam sinki sebelum mengutip serpihan kaca tersebut dengan menggunakan sarung tangan yang sesuai.

6.5 Teknik Pembuangan Sisa Kaca

1. Jika peralatan kaca pecah di dalam sinki yang berair, keluarkan cecair yang berada di dalam sinki sebelum mengutip serpihan kaca tersebut dengan menggunakan sarung tangan yang sesuai.

2. Semua bahan buangan berasaskan kaca perlu dibungkus dengan kertas dan diletakkan di dalam kotak yang dilapisi dengan plastik polibag (Rajah 6.5). Semua bekas buangan kaca yang pecah perlu dilabel dengan jelas. Pastikan bekas buangan tidak terlebih muatan. Apabila bekas buangan telah ¾ penuh, bekas buangan kaca mesti diseal dan dibuang. Peralatan kaca yang sumbing dan pecah tidak boleh digunakan semula. Pastikan peralatan kaca yang dibuang dalam keadaan kering.

(37)

37

BAHAGIAN 7: PENGENDALIAN BAHAN KIMIA

7.1 PEMBELIAN BAHAN KIMIA

1. Semua bahan kimia hendaklah dibeli dari pembekal yang berkelayakan (kod bidang pembekalan bahan kimia, rekod perkhidmatan yang baik, kaedah hantaran yang sesuai).

2. Kuantiti bahan kimia yg dipesan hendaklah sesuai digunakan dalam masa setahun sahaja atau selesai sesuatu projek.

3. Dilarang membeli bahan kimia tanpa sebarang tujuan yang khusus.

4. Pastikan pakej pembungkusan bahan kimia yang dipesan perlu sesuai dengan tempat penyimpanan atau stor sedia ada. Elakkan memesan bahan kimia dalam pembungkusan 10 Liter ke atas.

5. Elakkan membeli larutan (pelarut) kimia yang disimpan di dalam tin kerana mudah berkarat dan seterusnya bocor.

6. Jika ingin membeli bahan kimia yg dikategorikan sebagai bahan kawalan/larangan oleh pihak berkuasa dipastikan mendapat kelulusan terlebih dahulu, sebelum urusan jual-beli dibuat.

7. Pastikan bahan kimia yang akan dibeli boleh digunakan dengan selamat oleh persekitaran makmal yang sedia ada.

8. Sebelum membeli bahan kimia dipastikan langkah kawalan penggunaan selamat telah diwujudkan.

7.2 PENERIMAAN BAHAN KIMIA

1. Hendaklah dipastikan spesifikasi bahan kimia diterima adalah sama dengan pesanan belian.

2. Adalah dilarang menerima bahan kimia yang tidak dipesan.

3. Pembekal perlu melampirkan Helaian Data Keselamatan (SDS - Safety Data Sheet) yang lengkap bagi setiap bahan kimia yg dihantar.

4. SDS mestilah disediakan dalam dwibahasa. SDS hendaklah didokumenkan serta mudah diakses oleh semua pengguna makmal.

5. Pastikan bahan kimia yang diterima itu sempurna dari segi pembungkusan, penutup, pelabelan dan fizikal luarnya.

6. Jika bekas/ botol telah rosak, jangan sahkan penerimaan. Bahan kimia yang diterima hendaklah disimpan di dalam stor dengan segera di ruangan yang sesuai.

7. Tidak dibenarkan menerima bahan kimia milik orang lain.

8. Daftarkan dengan segera bahan kimia yang diterima dalam Rekod Inventori Bahan Kimia.

(38)

38

9. Jabatan perlu menyediakan Daftar Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan.

10. Jabatan juga perlu menyediakan Senarai Bahan Kimia yang memerlukan Pengawasan Perubatan.

7.3 PENYIMPANAN BAHAN KIMIA

1. Tempat yang paling sesuai menyimpan bahan kimia ialah Stor Kimia yang lengkap dengan sistem pencegahan kebakaran dan keselamatan lain.

2. Stor mestilah mempunyai pengudaraan yang cukup (dilengkapi dengan exhaust fan). 3. Stor bahan kimia perlu mempunyai rekod inventori bahan kimia keluar masuk.

4. Bahan kimia hendaklah disimpan mengikut kaedah mengasing dan menyimpan yang betul (Jadual 7.3a)

5. Bahan kimia boleh dikelaskan mengikut sifat fisiokimia iaitu mudah meletup, pengoksidaan, amat mudah terbakar, sangat mudah terbakar, mudah terbakar. 6. Bahan kimia juga boleh dikelaskan mengikut kesan kesihatan iaitu sangat toksik,

toksik, memudaratkan, mengakis, merengsa.

7. Lambang bahaya atau tanda bahaya (berdasarkan sifat fisiokimia perlu ditampal di luar pintu stor sebagai peringatan.

8. Di dalam stor kimia bahan kimia cecair disusun mengikut keserasian fisiokimia dan lokasi yang disediakan dan tidak disusun mengikut abjad.

9. Keserasian fisiokimia merujuk kepada hazard serupa diletakkan bersama atau hazard berlainan tetapi tiada tindakbalas.

10. Lokasi penyimpanan kimia baik adalah merujuk kepada penggunaan rak, kabinet, peti sejuk, peti sejukbeku, chemical safety cabinet (Rajah 7.3a) dan Corrosive cabinet (Rajah 7.3b) Lokasi penyimpanan tidak baik ialah atas meja (bench top), kebuk wasap, di bawah laminar flow, di atas lantai, laci, bawah sink, tempat lebih tinggi dari aras mata.

11. Sebuah stor kimia yang baik mesti dilengkapi dengan kabinet asid, kabinet bahan mudah terbakar, kabinet penyimpanan kimia, peti sejuk beku dll. Suhu dalaman stor mesti dikawal supaya tidak panas, begitu juga dengan sistem pengudaraan.

(39)

39

Jadual 7.3a : Langkah mengasing dan menyimpan kimia dalam stor

Kategori Kimia Cadangan penyimpanan

Hazard, Toksik Persekitaran (Pepejal/cecair), racun makhluk perosak

Disimpan di seksyen yang berasingan. Cecair hazad diletakkan dalam bekas sekunder (secondary container) dan disimpan di rak/ kabinet/ peti sejuk/ peti sejukbeku.

Cth : arsenik, merkuri, radioaktif, Gramoxone® Harquat® , OZA 276.

Pepejal tidak teroksida, tidak mudah terbakar

Disimpan di atas rak atau kabinet bersama kumpulannya (mengikut abjad).

Pepejal mudah terbakar Disimpan dalam Flammable Storage Cabinet (bahan mudah terbakar lain boleh ditempatkan bersama).

Cth: camphor, naphtalene, kalium sulfida. Cecair mudah menyala/terbakar Disimpan dalam flammable cabinet (steel

cabinet), jangan disimpan dalam peti sejuk rumah Cth: eter, methanol, ethanol, aceton, toluena. Acid Inorganik. Disimpan dalam bekas sekunder (untuk asingkan

dengan asid & bes lain) dan ditempatkan dalam acid/ corrosive cabinet.

Cth: nitric acid, sulphuric acid, hydrochloric acid. Acid Organik Disimpan dalam bekas sekunder (untuk asingkan

dengan asid & bes lain) dan ditempatkan dalam Acid/Corrosive cabinet.

Cth: lactic acid, acetic acid, formic acid, oxalic acid, benzoic acid.

Peroksida Organik Disimpan dalam bekas sekunder (untuk asingkan dengan bahan organik & tidak organik).

Cth : mempunyai nama peroksida – benzoil peroksida, hidrogen peroksida dll.

Pyrophoric / aktif air Disimpan dibawah minyak paraffin, diasingkan dari bahan mudah teroksida.

Cth: logam natrium,alkali logam, iron sulfate. Agen Pengoksidaan (oxidizer/oxidant) Disimpan dalam bekas sekunder (untuk asingkan

dengan bahan organic & inorganic). Cth: Potassium permanganate, potassium dikromat, perchlorat, ozon,

(40)

40

12. Racun perosak juga perlu dikendalikan seperti bahan kimia berbahaya dan boleh dikelaskan mengikut tahap keracunannya sepertimana jadual 7.3b.

Jadual 7.3b: Kelas Racun Perosak

13. Racun perosak disimpan mengikut fungsinya iaitu racun serangga, racun kulat dan racun rumpai.

14. Pengguna perlu mengasingkan pengunaan peralatan menyembur, menyukat mengikut racun serangga, rumpai dan kulat.

7.4 PENGGUNAAN BAHAN KIMIA Peraturan am pengendalian kimia:

1. Pengguna mestilah merujuk Helaian Data Keselamatan (SDS - Safety Data Sheet) sebelum menggunakan bahan kimia.

2. Pengguna hendaklah memahami label amaran yang tertera pada botol tersebut sebelum menggunakan bahan kimia.

3. Guna alat pelindung diri yang sesuai sebelum bekerja. Sila rujuk Helaian Data Keselamatan yang berkaitan untuk maklumat lanjut.

4. Pengguna wajib melabelkan semua bekas yang mengandungi bahan kimia (nama bahan, kepekatan, tarikh penyediaan, disediakan oleh) sepertimana contoh di bawah:

(41)

41

5. Elakkan dari mengendali bahan kimia mudah terbakar berhampiran dengan sumber nyalaan api. Contoh : asetaldehid, dimetil sulfide, dietil eter, etilena oksida, propana, pentane.

6. Pengguna tidak dibenarkan menyentuh, merasa dan menghidu secara langsung dengan bahan kimia.

7. Pengguna perlu merancang kuantiti keperluan bahan kimia. Ia penting untuk mengelakkan pembaziran.

8. Semasa penyediaan larutan, pastikan larutan berkepekatan tinggi dituang kepada larutan berkepekatan rendah. Larutan asid atau alkali hendaklah dituang ke dalam air, dilarang menuang sebaliknya.

9. Eksperimen yang melibatkan penggunaan pelarut organik, atau bahan mudah meruap, berbau, berasid, beralkali pekat hendaklah dijalankan di dalam kebuk wasap. 10. Jika larutan kimia yang jenis mudah terbakar disediakan, pastikan ianya disimpan di

dalam botol gelap dan tempat bersuhu rendah.

11. Jika terlebih mengambil bahan kimia, jangan letakkan semula di dalam bekas asal (elakkan pencemaran).

12. Setiap pengguna racun perosak hendaklah memakai pakaian keselamatan yang sempurna semasa mengangkut, membancuh, menyembur dan mencuci peralatan meracun.

13. Peralatan perlindungan peribadi (PPE) hendaklah dibersihkan selepas digunakan dan disimpan ditempat berasingan dari racun perosak.

7.5 PERATURAN PENGGUNAAN CECAIR KRIOGENIK

1. Kriogenik adalah merupakan sesuatu bahan yang mempunyai suhu yang terlampau rendah di bawah -150⁰C.

2. Ketika mengendalikan cecair kriogenik mestilah menitikberatkan peraturan-peraturan berikut.

i) Mengelakkan berlakunya sentuhan antara anggota badan dengan cecair atau bekas kriogenik.

ii) Memakai pakaian dan peralatan perlindungan diri (PPE) terutamanya sarung tangan, pelindung muka, goggle dan kot makmal. Pastikan memakai kasut keselamatan.

iii) Memastikan peredaran udara berkeadaan baik.

iv) Menggunakan bekas yang betul. Cecair kriogenik hendaklah digunakan di dalam bekas yang dapat membendung perubahan suhu yang cepat.

v) Jangan mencampur cecair-cecair kriogenik yang berlainan kerana mempunyai takat beku yang berbeza.

(42)

42

vi) Contoh cecair yang bersifat kriogenik adalah cecair nitrogen, oksigen dan helium. Ciri-ciri cecair kriogenik adalah seperti dalam Jadual 7.5

Jadual 7.5: Jenis dan ciri-ciri cecair kriogenik

Jenis cecair kriogenik Ciri-ciri

Oksigen Pencampuran antara cecair oksigen dengan bahan-bahan organik yang mudah terbakar boleh mengakibatkan letupan yang hebat dan menyebabkan kebakaran.

Nitrogen Gas daripada cecair nitrogen berupaya memenuhi ruang dengan cepat. Walaupun gas nitrogen tidak bahaya, tetapi gas ini akan menggantikan oksigen di dalam ruang yang tertutup. Ini akan menyebabkan kesukaran bernafas. Peredaran udara yang baik adalah penting semasa pengendalian cecair nitrogen

Karbon Dioksida Karbon dioksida adalah dalam bentuk ais kering yang berupaya membebaskan gas karbon dioksida hingga menyebabkan kesukaran bernafas. Penggunaan ais kering dilakukan di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik.

Hidrogen Cecair hidrogen yang melepaskan gas hidrogen boleh

menyebabkan kelemasan kerana ianya menggantikan oksigen dalam udara. Gas hidrogen bersifat mudah terbakar, tidak berbau dan tidak beracun.

4. Keselamatan pengendalian bahan/cecair kriogenik adalah menggunakan sarung tangan kriogenik dan goggle.

5. Penggunaan cecair kriogenik boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada tisu badan iaitu sama seperti kemalangan kebakaran sejuk.

6. Selain daripada itu, boleh menyebabkan kebas pada tangan jika cecair kriogenik terkena pada permukaan kulit.

7. Jangan sesekali mengurut atau menggosok kawasan yang terkena cecair kriogenik. 8. Jangan membenarkan mangsa merokok atau meminum minuman keras.

9. Jika mangsa mengalami kesukaran bernafas, bawa mangsa tersebut ke kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik dan longgarkan pakaian mangsa.

10. Dapatkan rawatan doktor dengan segera.

11. Cara pengendalian cecair nitrogen:

a. Cecair nitrogen perlu dikendalikan dengan sangat berhati-hati kerana sifatnya yang terlalu sejuk (-196⁰C/77.3K) boleh menyebabkan frost bite kepada pengguna dan letupan jika diletakkan di dalam bekas yang tidak sesuai.

b. Panduan untuk mengendalikan cecair nitrogen:

i. Berhati- hati mengendalikan cecair nitrogen dan sampel yang disejukkan dengan cecair nitrogen.

(43)

43

iii. Memakai alat perlindungan mata, muka dan sarung tangan khas semasa mengendalikan cecair nitrogen dan menyentuh sampel yang disejukkan dengan cecair nitrogen.

iv. Menggunakan bekas yang sesuai sahaja unuk mengisi cecair nitrogen untuk mengelakkan letupan.

v. Jangan celup sebarang tiub yang berlubang ke dalam bekas yang diisi cecair nitrogen.

vi. Kendalikan cecair nitrogen di dalam bilik yang luas dan mempunyai peredaran udara keluar masuk/ tempat terbuka unuk mengelakkan suffocation.

vii. Jangan tuang cecair nitrogen ke atas lantai.

viii. Jangan menyimpan cecair nitrogen di dalam bekas yang tidak tertutup terlalu lama. Walaubagaimanapun, bekas yang digunakan tidak boleh ditutup sepenuhnya untuk mengelakkan letupan.

ix. Jika terdapat gejala-gejala seperti pening dan tidak sedarkan diri kepada pengendali, bawa pengendali ke tempat terbuka dan hubungi pegawai yang bertugas.

x. Jika pengendali mengalami frost bite, dedahkan kawasan yang terkena ke suhu yang normal (37⁰C). Longgarkan pakaian pengendali untuk membenarkan pengaliran darah yang aktif ke kawasan badan yang berkenaan dan hubungi pegawai yang bertugas.

Referensi

Dokumen terkait

Rekapitulasi hasil analisis sidik ragam (uji F) produk mie kering substitusi tepung sagu terfermentasi dengan penambahan putih telur terhadap penilaian sensorik

Pada Tabel 11 nilai rata-rata rupabiskuit minyak ikan adalah biskuit minyak (B 1 ) dengan nilai rata-rata sebesar 2,84% hasil perhitungan anava menunjukkan bahwa

Informasi umur simpan untuk produk tersebut belum banyak dilaporkan.Tujuan dari penelitian ini adalah menentukan laju perubahan mutu, menentukan parameter kritis, dan

Berikut disajikan persamaan regresi linier plot 1/T dan ln k yang merupakan persamaan Arrhenius untuk setiap parameter pengamatan tepung pisang goreng pada

Dari hasil pengujian viskositas dengan Saybolt-Furol, dapat ditarik hubungan antara suhu dengan Viskositas Kinematik seperti pada Gambar 6 berikut. Gambar 6: Hubungan

a) Tidak ada kehidupan. b) Bebas dari bakteri patogen. c) Bebas dari organisme pembusuk. d) Tidak terdapat kegiatan mikroba dalam keadaan normal.. 153 Dalam proses

Dengan bantuan software SamIam, mata kuliah-mata kuliah dapat dimodelkan menjadi Bayesian network dan network ini dapat digunakan sebagai alat bantu bagi mahasiswa

Dari hasil pengujian didapat bahwa kemampuan balok substitusi cangkang kelapa sawit memikul lentur lebih kecil bila dibandingkan dengan balok normal, hal ini