• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tindakan Jika Tercedera Di Tempat Kerja Antara kecederaan yang mungkin berlaku ialah :

Dalam dokumen BAHAGIAN 1 : KESELAMATAN UMUM MAKMAL (Halaman 60-65)

BAHAGIAN 11: TINDAKAN KECEMASAN

11.6 Tindakan Jika Tercedera Di Tempat Kerja Antara kecederaan yang mungkin berlaku ialah :

a) Pengsan

Pengsan ialah keadaan seseorang yang dalam keadaan tidak sedar diri. Orang yang pengsan akan sedar kembali apabila darah mengalir kembali ke kepala. Tanda-tanda orang yang hampir pengsan ialah:

i) pucat

ii) nadi menjadi lemah, cepat dan tidak sama denyutannya iii) pening dan lemah badan.

iv) pernafasan menjadi lemah dan perlahan Tindakan rawatan bagi orang yang pengsan ialah:

i) memberi ruang yang selesa kepada mangsa dengan meminta orang ramai agar tidak mengerumuni mangsa

61

iii) longgarkan pakaian mangsa pada bahagian leher, dada dan pinggang

iv) minta rakan untuk menghubungi pegawai insiden atau kakitangan dalam makmal b) Luka

Luka merupakan kecederaan yang menyebabkan darah mengalir keluar dari tubuh. Luka juga akan memungkinkan pencemaran dalaman seperti terkena kotoran dan dijangkiti bakteria. Tindakan yang perlu dilakukan apabila berlaku kecederaan (luka) ialah:

i) buang kotoran yang terdapat pada luka dengan cermat. ii) pergi ke kawasan yang selesa.

iii) tinggikan bahagian yang luka. iv) cuci dan balut dengan kemas.

v) dapatkan rawatan yang selanjutnya sekiranya kecederaan berada dalam keadaan serius.

 Jenis-jenis luka

a) Luka terhiris (incised wound) - luka yang disebabkan oleh benda-benda atau senjata bermata tajam. Keadaan lukanya adalah berkeadaan bersih atau satu garisan. Contohnya luka disebabkan oleh hirisan pisau, pedang, semilu buluh, pisau cukur dan sebagainya.

b) Luka terkoyak (lacerated wound) - luka yang berkeadaan terkoyak yang kebiasaannya disebabkan oleh senjata atau alat-alat yang tidak tajam, contohnya kemalangan jalan raya, cakaran atau gigitan binatang atau sebagainya.

c) Luka lebam (contusion) - luka yang mencederakan tisu-tisu dalam yang mana darah yang keluar berkumpul dalam tisu. Luka jenis ini biasanya disebabkan oleh benda-benda berat yang tidak bermata tajam. Contohnya kena ketukan penukul, kena tumbukan, terhimpit kepada benda-benda yang berat.

d) Luka tembus (punctured wound) - luka atau kecederaan yang disebabkan oleh objek atau senjata yang hujungnya tajam. Luka ini berkeadaan kecil sahaja lukanya tetapi biasanya dalam dan mengeluarkan darah yang banyak. Contohnya tusukan pisau, jarum, paku, duri dan sebagainya.

 Jenis-jenis pendarahan

a) Pendarahan dari saluran arteri - darah yang keluar adalah secara memancut kerana ianya mengikut rentak denyutan jantung. Darah yang keluar pula keadaannya merah cerah.Ini disebabkan ianya mengandungi oksigen yang tinggi.

b) Pendarahan dari saluran vena - darah keluar secara meleleh dan berterusan. Di samping itu, warna darahnya pula berwarna merah gelap. Ini disebabkan darah mengandungi kandungan gas karbon dioksida yang tinggi.

62

c) Pendarahan dari salur kapilari- darah keluar secara menitis dan darah cepat berhenti. Warna darah adalah merah cerah kerana mengandungi kandungan oksigen.  Tanda dan gejala luka dan pendarahan adalah seperti berikut:

i. Mangsa mengadu sakit pada tempat yang cedera. ii. Pucat.

iii. Pening kepala.

iv. Meloya dan kemungkinan muntah. v. Gelisah dan berpeluh dengan banyak. vi. Gerak nadi cepat dan tidak kuat isipadunya.

vii. Sesak nafas dan pernafasan cepat dan pendek-pendek. viii. Kulit badan berpeluh dan sejuk.

ix. Hilang kekuatan atau keupayaan. x. Berlaku renjatan dan pengsan.  Rawatan am luka dan pendarahan

a) Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara yang sempurna.

b) Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar.

c) Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedar atau sebaliknya. Pastikan saluran pernafasan mangsa berada dalam keadaan yang baik. Beri bantuan CPR jika diperlukan.

d) Longgarkan pakaian si mangsa terutama di bahagian leher dan pinggang.

e) Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang mengeluarkan darah yang banyak.

f) Cara menghentikan pendarahan boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu: i) Hentikan pendarahan secara langsung:

- mengenakan tekanan pada tempat yang mengeluarkan darah selama 10 minit.

ii) Secara tidak langsung: - menekan urat-urat darah.

- menggunakan penjerut – catitan masa direkodkan. Longgarkan jerutan bagi setiap 20 minit selama seminit.

-setelah darah berhenti- cuci tempat luka dan buat balutan yang sesuai. - jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu pesakit tidak sedarkan diri atau baru sedar dari renjatan.

-dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.  Pendarahan-pendarahan / luka khas

i) Pendarahan dari hidung

o Picit pangkal tulang lembut dengan tulang mangsa 10 minit.

o Tundukan kepala si mangsa sedikit supaya darah tidak masuk ke dalam perut atau saluran pernafasan.

o Tenangkan mangsa dan mengarahkan mangsa bernafas melalui mulut. o Beri demahan sejuk pada bahagian hidung dan dahi mangsa agar dapat

mengurangkan sakit atau menghentikan pendarahan.

o Jangan buang ketulan-ketulan darah beku kerana ini boleh menyebabkan berlaku pendarahan kembali.

63 o Dapatkan rawatan perubatan segera. o Pendarahan dari gusi.

o Tenangkan mangsa dan letakkan di dalam keadaan yang selesa.

o Letakan kain kasa atau kapas pada tempat yang berdarah dan arah mangsa menggigit kain kapas selam 15 minit.

o Beri demahan sejuk di bahagian pipi supaya saluran darah menjadi kecut dan mengurangkan kesakitan.

o Jangan meludah-ludah tanpa berhenti-henti. o Jangan berkumur terlampau banyak.

o Jangan membuang darah beku pada tempat luka. o Dapatkan rawatan perubatan segera.

ii) Pendarahan dari telinga.

o Baringkan mangsa dengan merendahkan telinga yang mengalami pendarahan bagi mangsa yang tidak sedarkan diri kerana kemungkinan berlaku pendarahan atau pecah tengkorak.

o Jangan menyumbat kapas ke dalam telinga yang berdarah. o Balut telinga yang berdarah dengan kain yang bersih. o Dapatkan rawatan perubatan segera.

iii) Pendarahan lebam o Tenangkan mangsa.

o Berikan demahan sejuk pada tempat yang lebam bagi mengurangkan sakit dan bengkak

o Jangan mengurut tempat lebam

iv) Pendarahan Dalam Badan (Internal Bleeding) Tanda dan gejala:

o Muka mangsa pucat

o Mangsa lemah dan tiada upaya. o Gelisah

o Badan sejuk

o Pening kepala dan muntah o Pernafasan cepat dan lemah

o Nadi berdenyut cepat tetapi berkeadaan lemah. Rawatan :

o Tenangkan mangsa.

o Baringkan mangsa dalam keadaan tinggikan kaki. o Longgarkan pakaian yang ketat.

o Jangan beri sebarang makanan dan minuman.

o Periksa pergerakan nadi dan pernafasan dari masa ke semasa. o Sekiranya mangsa mengalami renjatan, cuba pulihkan mangsa. o Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

c) Terbakar dan melecur

i) Terbakar - kecederaan yang berpunca dari bahan-bahan panas kering. Contohnya api, kilat, besi panas, cahaya matahari, asid, alkali dan sebagainya.

ii) Melecur - kecederaan yang disebabkan oleh benda panas yang yang lembab atau basah. Contohnya wap, stim, air panas, minyak panas, tar panas dan lain-lain.

64  Tanda-tanda dan gejala :

i. Sakit yang kuat.

ii. Kulit menjadi bengkak, kemerahan, dan panas. iii. Terjadi gelembung air pada kulit.

iv. Kulit mengelupas dan berwarna kehitaman terutama sekiranya terbakar oleh asid atau alkali.

v. Tisu yang terdedah berwarna merah dan berair. vi. Terjadi tanda-tanda gejala am renjatan.

Rawatan Am Terbakar dan Melecur

a) Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat dan berudara.

b) Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena.

c) Tenangkan mangsa.

d) Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa. Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut.

e) Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih dahulu.

f) Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya pakaian yang melekat.

g) Cuci tempat cedera dengan cermat. Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan. h) Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera.

i) Jangan pecahkan gelembung kerana memudahkan jangkitan.

j) Jika pesakit dalam keadaan stabil –beri minum air yang banyak bagi menggantikan kehilangan cecair yang hilang.

k) Dapatkan rawatan perubatan segera.

Terbakar oleh Asid atau Alkali

a) Tanggalkan pakaian yang terkena bahan tersebut dengan segera. b) Alirkan atau rendam anggota yang cedera dengan air yang banyak.

c) Jika terkena asid, boleh gunakan larutan sodium bikarbonat untuk meneutralkan asid.

d) Sekiranya terkena bahan alkali, gunakan bahan asid untuk meneutralkan asid. Jangan gunakan bahan asid atau alkali sekiranya terkena mata. Kecederaan mata boleh menggunakan air biasa yang mengalir sahaja.

e) Setelah dicuci, balut atau tutup tempat yangt cedera dengan kain yang bersih. f) Dapatkan rawatan perubatan.

65  Rawatan Terbakar Pakaian

a) Selimutkan mangsa dengan kain basah, cadar basah atau guni basah supaya api dapat dipadamkan.

b) Arah mangsa berguling di atas rumput untuk memadamkan api di pakaian. c) Curahkan air ke arah mangsa boleh memadamkan api.

e) Cuci tempat terbakar dengan cermat.

f) Tutup tempat cedera dan dapatkan rawatan perubatan.

Rawatan Terbakar atau Melecur Tekak.

a) Beri mangsa minuman sejuk atau ais sebanyak mungkin. b) Beri demahan sejuk pada bahagian leher.

c) Dapatkan rawatan perubatan.

Dalam dokumen BAHAGIAN 1 : KESELAMATAN UMUM MAKMAL (Halaman 60-65)

Dokumen terkait