Terdapat pelbagai jenis sisa yang terhasil dari aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antaranya:
1. Sisa kimia 2. Sisa biologi 3. Sisa awam 4. Sisa Jentera
10.1 PENGENDALIAN SISA KIMIA
1. Sisa kimia merujuk kepada bahan kimia yang;
i) Terhasil dari ekperimen (bahan kimia yang telah digunakan) ii) Tidak diketahui komposisinya akibat tidak dilabel
iii) Bahan kimia yang tertumpah iv) Telah luput tarikh
v) Telah berubah sifat fizikal atau sifat kimia (akibat teroksida/terturun)
2. Pengguna hendaklah membuang sisa kimia ke dalam botol yang sesuai (Rujuk Helaian Data Keselamatan). Sisa kimia tidak dibenarkan dibuang ke dalam sinki atau tong sampah.
3. Pengguna tidak dibenarkan mencampur atau mengumpul sisa-sisa kimia yang tidak serasi di dalam satu bekas. (Jadual 10.1)
4. Pengguna hendaklah memastikan hanya ¾ isipadu botol dipenuhi dengan sisa kimia. 5. Pengguna hendaklah melabelkan setiap botol sisa dengan maklumat berikut:
i) Nama sisa kimia.
ii) Klasifikasi sisa kimia (Jadual 10.1). iii) Tarikh sisa kimia dibotolkan.
iv) Nama pengguna (penjana sisa).
6. Sisa asid hidroflorik dan sebatiannya hendaklah disimpan di dalam botol plastik. 7. Sisa bahan sianida dan sebatiannya hendaklah dibotolkan berasingan.
8. Pengguna tidak dibenarkan menyimpan botol sisa kimia di ruang tertutup (seperti dalam rak/ laci meja makmal) atau stor bahan kimia. Walaubagaimanapun sisa kimia tidak boleh terdedah secara terus dengan cahaya matahari.
9. Botol-botol sisa kimia boleh digunakan semula sebagai bekas buangan sisa kimia. 10. Botol plastik yang tidak digunakan hendaklah ditebuk di bahagian bawah bagi
mengelakkan diguna semula sebagai bekas minuman.
11. Botol kaca yang tidak digunakan diasingkan penutupnya dan dibuang untuk mengelakkan dari diguna semula.
54
12. Pengguna hendaklah memindahkan sisa kimia dengan segera ke tempat pengumpulan sisa kimia dan dilabelkan jenis sisa.
13. Bahan sisa kimia akan dibungkus mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh kontraktor yang di lantik, seterusnya diangkut oleh Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd.
Jadual 10.1 : Klasifikasi Sisa Kimia Kualiti Alam Sdn. Bhd
KUMPULAN JENIS SISA
A
SISA MINYAK MINERAL
Sisa mengandungi minyak pelincir, minyak hidrolik, tanah yang tercemar dengan minyak dan seumpamanya.
B
SISA KIMIA ORGANIK YANG MENGANDUNGI HALOGEN DAN/ ATAU SULFUR > 1 %
Freon, sisa-sisa PVC, kloroform, pelarut-pelarut, kapasitor dan pengubah arus (transformer) yang mengandungi printed circuit board dan seumpamanya.
C
SISA PELARUT YANG MENGANDUNGI HALOGEN DAN/ATAU SULFUR < 1 %
Aseton, alkohol (cth: etanol, metanol), benzena, turpentin, xilena dan seumpamanya. Sisa hendaklah boleh dipam, mengandungi <50 % air dan nilai kalorifik 18 MJ/kg.
H
SISA KIMIA ORGANIK YANG MENGANDUNGI HALOGEN DAN/ ATAU SULFUR < 1 %
Gam, lateks, cat, fenol, dakwat percetakan, minyak sintetik, sabun, epoksi dan seumpamanya.
K
SISA YANG MENGANDUNGI RAKSA
Raksa, lampu wap, cecair COD, bateri yang mengandungi raksa dan seumpamanya.
T
SISA PESTICIDE
Racun serangga, fungus, weed killer, racun tikus dll.
X
SISA TIDAK ORGANIK
Asid, alkali, natrium hipoklorit, garam-garam tak organik, enap cemar logam hidroksida, sisa kromat dan sianida dan seumpamanya.
Z
LAIN-LAIN
Sisa perubatan, lab - packs, sisa abestos, enap cemar mineral, isosianat (MDI, TDI), bateri dan seumpamanya.
55 10.2. PENGENDALIAN SISA BIOLOGI
Sisa biologi merangkumi bahan buangan biologi yang boleh menimbulkan kemudaratan atau hazard biologi. Bahan biologi ini termasuklah bahan kumuhan, tisu, bangkai dan patogen samada dari sumber haiwan atau tumbuhan. Setiap mikroorganisma di dalam makmal mesti dianggap berpotensi menjadi patogen dan dengan demikian mesti diperlakukan seperti bahan biologi. Prosedur pelupusan sisa biologi tidak hanya terhad kepada bahan biologi tetapi merangkumi bahan pembawanya seperti besi keluli, bekas plastik dan kaca. Oleh itu tindakan pelupusan sisa biologi haruslah mengambilkira jenis pembawanya.
1. Jenis sisa biologi
i) Sisa mengandungi bahan berjangkit. Contohnya sisa perubatan, spesimen perubatan, patologi dan makmal penyelidikan. Selain itu termasuk juga piring kultur, peralatan yang digunakan untuk memindah, inokulasi dan mencampurkan kultur serta buangan vaksin hidup/yang dilemahkan.
ii) Sisa patologi yang terhasil daripada aktiviti surgeri, autopsi, aktiviti pengajaran dan penyelidikan seperti darah, produk darah, tisu , organ dan cecair badan iii) Sisa klinikal seperti benda tajam yang telah tercemar dengan sisa biologi.
Contohnya jarum dan picagari, skapel, pisau, kaca pecah dan slaid kaca.
iv) Lain-lain sisa makmal yang tercemar dengan sisa biologi seperti bekas spesimen, sarung tangan pakai buang, tisu dan bahan yang digunakan untuk membersihkan tumpahan.
v) Sisa tanaman/haiwan yang digunakan dalam eksperimen atau penyelidikan. 2. Kaedah pengasingan sisa mestilah dilakukan mengikut kategori berikut:
i) Bahan tercemar untuk autoklaf dan dikitar semula. ii) Bahan tercemar untuk dilupus.
iii) Bahan tajam.
iv) Bahan tidak tercemar (sisa bahan tanaman/haiwan).
3. Pelupusan sisa biologi yang selamat boleh dilakukan dengan merujuk kepada Risalah Data Keselamatan (Safety Data Sheet). Di antara kaedah yang biasa digunakan adalah seperti berikut:
i. Pembakaran menggunakan insinerator.
Kaedah ini dilakukan untuk melupuskan sisa biologi tunggal yang sudah tidak mempunyai kaedah lain untuk dinyahjangkitkan.
ii. Autoklaf
Kaedah autoklaf digunakan ke atas sisa biologi dan bekas untuk menyahaktifkan sebarang patogen. (Contoh: petri dish, botol, strips urin atau darah yang telah digunakan, darah, urin, sel haiwan/tumbuhan)
a. Asingkan bekas spesimen, petri dish dan botol yang telah digunakan.
b. Kumpulkan sisa (plate agar yang telah digunakan) di dalam beg autoklaf. Pastikan autoklaf beg diisi hanya ¾ sahaja.
c. Sisa yang terus dibuang selepas autoklaf hendaklah diasingkan dengan peralatan yang boleh dikitar semula.
56
d. Bagi pelupusan sisa cecair yang berinfeksi (culture broth) pula hendaklah diletakkan ke dalam bekas yang dikhaskan untuk sisa berinfeksi dan diautoklaf. e. Bekas yang mengisi peralatan tersebut hendaklah diikat dengan ketat untuk mengelakkan tumpahan berlaku semasa pemindahan bekas tersebut ke bilik autoklaf.
f. Sisa yang telah diautoklaf dengan sempurna boleh dibuang sebagai sampah biasa setelah tanda Biologi ditanggalkan.
10.3. PENGENDALIAN SISA AWAM
Terdiri daripada bahan pembungkus, sisa pembungkus, sisa makanan, sisa haiwan, sisa tumbuhan dan lain-lain sisa yang tidak mempunyai/memberi masalah atau bahaya kepada kesihatan manusia atau alam sekitar.
a. Sisa makanan mesti dikumpul dan diletakkan dalam tong sampah bertutup yang dilapisi plastik dan dibuang di tempat pembuangan sampah. Kontraktor pembersihan akan melupuskan sisa mengikut kaedah yang ditetapkan.
b. Sisa bahan tanaman yang tidak berpenyakit boleh dijadikan kompos, makanan ternakan dan sungkupan serta digunakan sebagai ekstrak untuk tujuan pembajaan c. Sisa haiwan yang telah dirawat boleh digunakan untuk tujuan baja organik.
10.4 PENGENDALIAN SISA JENTERA
a. Sisa jentera dalam bentuk cecair (minyak pelincir) dilupuskan dengan cara yang betul (rujuk kaedah pelupusan sisa kimia)
b. Sisa jentera jenis pepejal (getah, besi, plastik, kaca, tekstil dll) dikumpulkan dan dilupuskan dengan cara yang betul di tempat yang dibenarkan seperti Pusat Kitar Semula atau pembeli yang berdaftar.
57