• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesan Mata Pelajaran Pendidikan Islam Ke Atas Pembangunan Diri Pelajar : Tinjauan Di MRSM Tun Ghafar Baba. Ahmad Hambali Mat Daud MRSM Tun Ghafar Baba

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kesan Mata Pelajaran Pendidikan Islam Ke Atas Pembangunan Diri Pelajar : Tinjauan Di MRSM Tun Ghafar Baba. Ahmad Hambali Mat Daud MRSM Tun Ghafar Baba"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

1480

Kesan Mata Pelajaran Pendidikan Islam Ke Atas Pembangunan Diri Pelajar : Tinjauan Di MRSM Tun Ghafar Baba

Ahmad Hambali Mat Daud MRSM Tun Ghafar Baba

Madihah Mohd Yusof SMKA Sharifah Rodziah

___________________________________________________________________________ Abstrak

Artikel ini membincangkan mengenai kesan mata pelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar di MRSM Tun Ghafar Baba. Kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu elemen yang penting dalam meningkatkan kualiti mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini menggunakan satu set borang soal selidik telah diedarkan kepada 200 orang pelajar Tingkatan 5 MRSM Tun Ghafar Baba. Data dianalisis secara deskriptif bagi mencari taburan kekerapan, peratusan dan min dan data juga dianalisis secara inferensi dengan menggunakan ujian-t. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam adalah sederhana tinggi dengan nilai purata min 3.32. Selain itu, hasil ujian-t yang dilakukan bagi melihat perbezaan terhadap kesan mata pelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar berdasarkan jantina dan TPNG mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Selain itu, hasil ujian-t yang dilakukan bagi melihat perbezaan minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam berdasarkan jantina dan TPNG turut mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Secara kesimpulannya kajian ini mendapati bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam tidak memberi impak yang maksimum terhadap diri pelajar. Oleh itu, gaya kaedah pengajaran dan pembelajaran harus diubah dan dipelbagaikan agar dapat memberi kesan yang mendalam ke atas diri pelajar.

Kata kunci : Pendidikan Islam, pembangunan diri, pengajaran dan pembelajaran, MRSM.

_________________________________________________________________________________ Pengenalan

Pendidikan Islam merupakan antara mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar Islam di peringkat rendah dan menengah di Malaysia. Mata pelajaran ini merupakan kesinambungan pengajian berkaitan fardu ain seseorang individu Muslim (Kamarul Azmi & Ab. Halim (2010). Pendidikan Islam menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu Muslim merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Tumpuan khusus mata pelajaran ini ialah, pertama; pendidikan asas tilawah al-Quran, kedua; pembentukan akidah dan bimbingan Asas Fardu ‘Ain, ketiga; pemupukan amalan Fardu ‘Ain dan Fardu Kifayah yang dituntut oleh syariat Islam dan keempat; penerapan adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri murid (KPM 2012). Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan.

Corresponding author. Tel: +6011-11335354 E-mailaddress: [email protected]

(2)

1481

Menurut Ab. Halim et. Al (2010), penyampaian yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk para pelajar agar mempunyai cita-cita yang tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri yang menyumbang kepada asas tamadun masyarakat, bangsa dan negara. Selain itu, Habib Mat Som (2010) mengatakan dari sudut pandangan Islam, teknologi dan perkembangan terkini telah menghasilkan banyak kaedah pendidikan yang baik. Kejayaan P&P Pendidikan Islam berkait rapat dengan kemahiran dan peranan guru di sekolah dan tanggungjawab ibu bapa di rumah. Kepelbagaian kaedah pengajaran dan kemahiran penting supaya bertepatan dengan falsafah Pendidikan Islam itu sendiri. Oleh yang demikian, para pendidik perlu memastikan setiap pelajar menguasai ilmu, amalan dan kemahiran yang telah ditetapkan supaya mata pelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang ke arah pembentukan muslim mukmin yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab, beramal soleh an bertakwa selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.

Latar Belakang Kajian

Mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan salah satu usaha yang berterusan dalam menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Walau bagaimana pun, sehingga kini masih wujud beberapa isu yang perlu diketengahkan untuk dibincangkan bersama secara ilmiah. Isu yang seringkali dihadapi oleh guru dalam mendepani tugas dan tanggungjawab yang berat sesuai dengan amanah ilmu yang dipikul iaitu mampu membentuk pelajar menjadi insan soleh.

Dalam membincangkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di peringkat sekolah, terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan oleh beberapa pihak terutamanya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga universiti-universiti di seluruh dunia. Namun begitu, di peringkat institusi MARA terutamanya di MRSM Tun Ghafar Baba masih tidak ada kajian yang dilakukan khusus berkaitan dengan amalan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di MRSM. Oleh yang demikian, kajian yang dijalankan ini

(3)

1482

tujuan utamanya adalah bagi menilai dan memperbaiki teknik amalan pengajaran dan pengajaran Pendidikan Islam di MRSM Tun Ghafar Baba.

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan mengkaji keberkesanan mata pelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar MRSM Tun Ghafar Baba. Secara khususnya objektif kajian ini ialah:

1. Mengenal pasti kesan mata pelajaran Pendidikan Islam terhadap pembangunan diri pelajar.

2. Mengenal pasti tahap minat pelajar terhadap komponen mata pelajaran Pendidikan Islam.

3. Mengkaji perbezaan kesan mata pelajaran Pendidikan Islam terhadap pembangunan diri pelajar berdasarkan jantina dan TPNG.

4. Mengkaji perbezaan minat pelajar terhadap komponen mata pelajaran Pendidikan Islam berdasarkan jantina dan TPNG.

Metodologi Kajian

Kajian ini merupakan satu tinjauan yang dijalankan terhadap pelajar tingkatan lima MRSM Tun Ghafar Baba. Sampel kajian melibatkan 200 orang pelajar yang dipilih daripada jumlah keseluruhan pelajar iaitu 445 orang. Reka bentuk kajian yang dijalankan ini menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif yang bertujuan mengumpul data dan maklumat untuk mengenal pasti aspek-aspek tentang keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar.

Alat kajian yang digunakan ialah jenis borang soal selidik yang mana diadaptasi daripada instrumen kajian Ab. Halim et.al (2004) tanpa mengubah instrumen tersebut. Bahagian A mengandungi maklumat demografi responden, bahagian B pula adalah berkaitan dengan persepsi pelajar terhadap kesan mata pelajaran Pendidikan Islam dalam pembangunan diri pelajar, bahagian C adalah berkaitan dengan tahap minat pelajar terhadap pengajaran berdasarkan komponen dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

Data yang diperoleh daripada kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan perisian PASW Statistic 18 untuk menguji ketekalan soalan soal selidik. Pekali alfa Cronbach digunakan untuk memperoleh tahap kebolehpercayaan kesahan dalaman dan keseragaman

(4)

1483

item soal selidik. Nilai alfa Cronbach bagi bahagian B yang mengandungi 42 item yang diperoleh adalah .922 yang mana ia menunjukkan bahawa setiap item tersebut memuaskan dan boleh dipercayai.

Dapatan Kajian

Hasil data kajian telah dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Analisis deskriptif adalah untuk melihat dapatan keseluruhan min manakala analisis inferensi untuk melihat dapatan perbezaan yang wujud berdasarkan objektif kajian.

Dapatan Analisis Deskriptif

Bahagian A: Profil Responden Kajian

JANTINA Bilangan Peratus

Lelaki 108 54

Perempuan 92 46

Jumlah 200 100

Jadual 1: Jumlah responden berdasarkan jantina

Seramai 200 orang responden yang telah dipilih secara rawak dalam kalangan pelajar Tingkatan Lima MRSM Tun Ghafar Baba. Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada 200 pelajar yang terdiri daripada 108 pelajar lelaki dan 92 pelajar perempuan. Oleh yang demikian, seramai 200 pelajar telah dipilih daripada jumlah keseluruhan pelajar Tingkatan Lima iaitu 445 pelajar.

JANTINA TPNG Jumlah 3.00-3.49 3.50-4.00 Lelaki 64 44 108 Perempuan 20 72 92 Jumlah 84 116 200

Jadual 2: Pecahan responden mengikut TPNG berdasarkan jantina

Dari aspek tahap pencapaian akademik pelajar berdasarkan nilai TPNG, seramai 84 responden yang terdiri daripada 64 pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan mendapat TPNG 3.00-3.49. Manakala seramai 116 responden TPNG mereka 3.50-4.00 yang terdiri daripada 44 pelajar lelaki dan 72 pelajar perempuan. Oleh yang demikian, data menunjukkan pelajar

(5)

1484

perempuan lebih ramai yang mendapat keputusan TPNG 3.50-4.00 berbanding daripada pelajar lelaki.

Bahagian B: Penilaian Responden Terhadap Kesan Mata Pelajaran Pendidikan Islam Ke Atas Pembangunan Diri Pelajar

Skor Min Tahap Pengetahuan, Persepsi, Kemahiran dan Kekerapan

1.00 – 2.50 Rendah

2.51-3.50 Sederhana

3.51-4.00 Tinggi

Jadual 3: Skala Interpretasi Skor Min

Bil Item STS TS TP S SS Min

B-01

Saya dapat mengaitkan Pendidikan Islam yang dipelajari dalam kehidupan seharian saya. 0 (0%) 0 (0%) 6 (3%) 76 (38%) 118 (59%) 3.50 B-02 Pendidikan Islam adalah mata pelajaran

yang penting di sekolah.

0 (0%) 0 (0%) 2 (1%) 48 (24%) 150 (75%) 3.72 B-03

Pendidikan Islam menggalakkan saya untuk mempelajari bidang sains dan teknologi. 0 (0%) 22 (11%) 12 (6%) 78 (39%) 88 (44%) 3.15 B-04 Saya mempelajari kehebatan tamadun

Islam dalam Pendidikan Islam.

0 (0%) 2 (1%) 6 (3%) 66 (33%) 126 (63%) 3.53 B-05 Pengajaran Pendidikan Islam di sekolah

berguna kepada saya.

0 (0%) 2 (1%) 4 (2%) 58 (29%) 136 (68%) 3.61 B-06

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam meningkatkan keyakinan saya terhadap Islam.

0 (0%) 2 (1%) 6 (3%) 46 (23%) 146 (73%) 3.63 B-07

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam membantu saya mengamalkan cara hidup Islam.

9 (4.5%) 6 (3%) 14 (7%) 34 (17%) 137 (68.5%) 3.36 B-08

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam memotivasikan saya untuk belajar. 11 (5.5%) 28 (14%) 16 (8%) 44 (22%) 101 (50.5%) 3.02 B-09

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam telah membentuk disiplin hidup saya.

2 (2%) 10 (5%) 14 (7%) 102 (51%) 72 (36%) 3.08 B-10

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam berjaya membentuk akhlak dan tingkah laku saya.

0 (0%) 10 (5%) 12 (6%) 110 (55%) 68 (34%) 3.11 B-11

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam telah menyedarkan saya bahawa belajar adalah satu ibadah.

0 (0%) 2 (1%) 4 (2%) 86 (43%) 108 (54%) 3.47 B-12

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam berjaya meningkatkan keimanan saya kepada Allah s.w.t.

0 (0%) 2 (1%) 4 (2%) 70 (35%) 124 (62%) 3.55

(6)

1485 B-13

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam memberikan kesedaran kepada saya tentang kehidupan di akhirat.

0 (0%) 0 (0%) 6 (3%) 74 (37%) 120 (60%) 3.51 B-14

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam menyedarkan saya bahawa solat merupakan satu kewajipan.

2 (1%) 0 (0%) 4 (2%) 56 (28%) 138 (69%) 3.61 B-15

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam telah berjaya mengubah cara saya berfikir.

0 (0%) 12 (6%) 20 (10%) 90 (45%) 78 (39%) 3.03 B-16

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam telah memberikan ketenangan kepada saya.

0 (0%) 6 (3%) 18 (9%) 82 (41%) 94 (47%) 3.17 B-17

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam telah meningkatkan kekuatan rohani saya.

0 (0%) 4 (2%) 8 (4%) 92 (46%) 96 (48%) 3.34 B-18

Pendidikan Islam menambah

pengetahuan saya tentang ilmu-ilmu agama Islam. 0 (0%) 0 (0%) 2 (1%) 72 (36%) 126 (63%) 3.60 B-19 Pendidikan Islam membantu saya berfikir

sebelum melakukan sesuatu perkara

0 (0%) 6 (3%) 18 (9%) 84 (42%) 92 (46%) 3.16 B-20

Pendidikan Islam dapat menghalang saya daripada melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam.

6 (3%) 14 (7%) 12 (6%) 68 (34%) 100 (50%) 3.19 B-21 Saya belajar Pendidikan Islam bukan

untuk lulus peperiksaan semata-mata.

6 (3%) 14 (7%) 12 (6%) 68 (34%) 100 (50%) 3.19 B-22

Pendidikan Islam membantu saya membaca al-Quran dengan fasih dan bertajwid. 8 (4%) 8 (4%) 10 (5%) 82 (41%) 92 (46%) 3.19 B-23 Saya sangat minat untuk menghafaz

ayat-ayat al-Quran. 11 (5.5%) 16 (8%) 20 (10%) 52 (26%) 101 (50.5%) 3.02 B-24 Pendidikan Islam telah menggalakkan

saya membaca al-Quran.

2 (1%) 6 (3%) 6 (3%) 80 (40%) 106 (53%) 3.39 B-25 Pendidikan Islam telah membantu saya

membaca jawi dengan baik.

2 (1%) 6 (3%) 6 (3%) 82 (41%) 104 (52%) 3.38 B-26 Pendidikan Islam telah membantu saya

menulis jawi dengan baik.

2 (1%) 10 (5%) 8 (4%) 84 (42%) 96 (48%) 3.29 B-27 Pendidikan Islam membantu saya

memahami maksud Hadis dengan baik.

2 (1%) 2 (1%) 18 (9%) 90 (45%) 88 (44%) 3.14 B-28 Saya masih keliru dengan pelbagai istilah

Islam dalam Pendidikan Islam.

22 (11%) 74 (37%) 22 (11%) 54 (27%) 28 (14%) 2.22 B-29 Saya dapat membezakan antara tuntutan

fardu ain dengan fardu kifayah.

4 (2%) 8 (4%) 6 (3%) 70 (35%) 112 (56%) 3.39 B-30 Pendidikan Islam membantu saya

melakukan ibadah dengan sempurna.

6 (3%) 2 (1%) 10 (5%) 84 (42%) 98 (49%) 3.27 B-31 Pendidikan Islam TIDAK menghalang

penglibatan saya dalam sukan.

0 (0%) 0 (0%) 6 (3%) 80 (40%) 114 (57%) 3.48 B-32 Pendidikan Islam mendidik saya selalu

bersyukur dengan nikmat Allah s.w.t.

0 (0%) 0 (0%) 4 (2%) 76 (38%) 120 (60%) 3.54

(7)

1486 B-33

Pendidikan Islam mengajar saya batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. 2 (1%) 0 (0%) 4 (2%) 64 (32%) 130 (65%) 3.57 B-34 Pendidikan Islam mendidik saya

menghormati ibu bapa saya.

0 (0%) 0 (0%) 2 (1%) 54 (27%) 144 (72%) 3.69 B-35

Pendidikan Islam membantu saya menghayati adab-adab hidup seorang Muslim. 10 (5%) 8 (4%) 18 (9%) 46 (23%) 118 (5.9%) 3.18 B-36

Pendidikan Islam telah menyedarkan saya bahawa al-Quran dan Hadis adalah panduan utama kehidupan seorang Muslim. 4 (2%) 2 (1%) 4 (2%) 56 (28%) 134 (67%) 3.56 B-37 Subjek Pendidikan Islam wajar dijadikan

subjek wajib lulus dalam SPM.

5 (2.5%) 2 (1%) 20 (10%) 28 (14%) 145 (72.5%) 3.37 B-38

Pendidikan Islam dapat mengawal diri daripada unsur-unsur negatif yang dibawa oleh media massa.

6 (3%) 10 (5%) 10 (5%) 92 (46%) 82 (41%) 3.15 B-39

Pendidikan Islam yang diajar di sekolah sekarang adalah sesuai/relevan bagi golongan remaja. 0 (0%) 14 (7%) 12 (6%) 82 (41%) 92 (46%) 3.21 B-40 Ilmu yang dipelajari dalam Pendidikan

Islam amat berguna kepada saya.

0 (0%) 0 (0%) 4 (2%) 60 (30%) 136 (68%) 3.62 Keseluruhan 3.32

Jadual 4: Kesan Mata Pelajaran Pendidikan Islam Ke Atas Pembangunan Diri Pelajar Secara keseluruhannya, pelajar bersetuju bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam yang dipelajari dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka dengan nilai min (3.50). Pelajar juga bersetuju bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam penting di sekolah (3.72) dan pengajaran Pendidikan Islam berguna kepada mereka (3.61). Selain itu, mereka juga bersetuju mata pelajaran Pendidikan Islam menggalakkan mereka untuk mempelajari sains dan teknologi (3.15) dan mempelajari kehebatan tamadun Islam dalam Pendidikan Islam (3.53).

Pelajar juga bersetuju aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam meningkatkan keyakinan mereka terhadap Islam (3.63), membentuk disiplin hidup mereka (3.08), membentuk akhlak dan tingkah laku (3.11), menyedarkan mereka bahawa belajar adalah suatu ibadah (3.47) dan berjaya meningkatkan keimanan mereka kepada Allah (3.55). Selain itu mereka juga bersetuju aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam memberikan kesedaran kepada mereka kehidupan di akhirat (3.51), menyedarkan mereka bahawa solat merupakan suatu kewajipan (3.61), berjaya mengubah cara mereka berfikir (3.03), memberi ketenangan kepada mereka (3.17), dan meningkatkan kekuatan rohani mereka (3.34).

(8)

1487

Dengan nilai min (3.60), pelajar bersetuju mata pelajaran Pendidikan Islam membantu mengembangkan kemampuan diri mereka, selain menambah pengetahuan mereka tentang ilmu-ilmu agama Islam. Mereka juga bersetuju Pendidikan Islam membantu mereka berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara (3.16), menghalang mereka melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam (3.19), membantu mereka membaca al-Quran dengan fasih dan bertajwid (3.19), menggalakkan mereka membaca al-Quran (3.39), membantu mereka membaca jawi dengan baik (3.38) dan membantu memahami maksud hadis dengan baik (3.14).

Pelajar turut bersetuju mereka dapat membezakan antara tuntutan fardu ain dan fardu kifayah dalam Pendidikan Islam (3.39), membantu mereka melakukan ibadah dengan sempurna (3.27), mendidik mereka bersyukur dengan nikmat Allah (3.54), mengajar mereka batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan (3.57), mendidik mereka menghormati ibu-bapa (3.69) dan telah menyedarkan mereka bahawa al-Quran dan hadis adalah panduan utama kehidupan seorang muslim (3.56). Mereka juga bersetuju Pendidikan Islam tidak menghalang mereka dalam sukan (3.48). Selain itu mereka juga bersetuju Pendidikan Islam dapat mengawal diri daripada unsur-unsur negatif yang dibawa oleh media massa (3.15).

Mereka juga bersetuju Pendidikan Islam yang diajar di sekolah adalah sesuai dan relevan bagi golongan remaja (3.21) dan ilmu yang dipelajari dalam Pendidikan Islam amat berguna kepada mereka (3.62). Selain itu, mereka turut bersetuju aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam membantu mereka mengamalkan cara hidup Islam (3.36) dan memotivasikan mereka untuk belajar (3.02). Secara keseluruhannya penilaian responden terhadap kesan mata pelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar adalah sederhana dengan nilai min 3.32.

Bahagian C: Minat Pelajar Terhadap Komponen Mata Pelajaran Pendidikan Islam

Bil Item Sangat Tidak Minat Tidak Minat Tidak Pasti Minat Sangat Minat Min C-01 Tilawah Al-Quran 0 (0%) 0 (0%) 0 (0%) 84 (42%) 116 (58%) 3.58 C-02 Kefahaman Al-Quran 0 (0%) 2 (1%) 4 (2%) 88 (44%) 106 (53%) 3.46 C-03 Hafalan Al-Quran 2 (1%) 30 (15%) 14 (7%) 82 (41%) 72 (36%) 2.98 C-04 Hadis 0 (0%) 14 (7%) 2 (1%) 102 (51%) 82 (41%) 3.31

(9)

1488 C-05 Aqidah 0 (0%) 10 (5%) 2 (1%) 82 (41%) 106 (53%) 3.45 C-06 Ibadah 0 (0%) 2 (1%) 0 (0%) 64 (32%) 134 (67%) 3.66 C-07 Sirah Dan Tamadun 0

(0%) 32 (16%) 6 (3%) 88 (44%) 74 (37%) 3.12 C-08 Adab Dan Akhlak Islamiah 4

(2%) 10 (5%) 2 (1%) 72 (36%) 112 (56%) 3.44 Jumlah Keseluruhan 3.37

Jadual 5: Minat Pelajar Terhadap Komponen Mata Pelajaran Pendidikan Islam

Dalam segmen ini, pelajar mengemukakan minat mereka berhubung komponen tertentu dalam pelajaran Pendidikan Islam. Dapatan yang diperoleh dalam segmen ini akan mengukuhkan dapatan yang diperoleh dalam segmen sebelumnya. Dilihat secara umumnya, pelajar menunjukkan minat yang tinggi kepada setiap komponen dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dengan nilai min berada dalam julat 3.64 hingga 3.00. Pengamatan secara terperinci menunjukkan bahawa Ibadah merupakan bahagian yang paling diminati pelajar (3.66) dan disusuli dengan Tilawah Al-Quran (3.58) serta Kefahaman Al-Quran (3.46). Diikuti dengan Akidah (3.45) dan Adab dan Akhlak Islamiah (3.44). Namun demikian, komponen yang berkaitan dengan Hadis (3.31), Sirah dan Tamadun (3.12) dan Hafalan Al-Quran (2.98) merupakan bahagian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang kurang diminati pelajar.

Dapatan Analisis Inferensi

Perbezaan Kesan Mata Pelajaran Pendidikan Islam Ke Atas Pembangunan Diri Pelajar Berdasarkan Jantina

Hipotesis penyelidikan: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara kesan mata pelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar berdasarkan jantina.

Hipotesis nul: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kesan mata pelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar berdasarkan jantina.

Melalui kajian yang dijalankan, pengkaji cuba menjawab persoalan kajian iaitu adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara kesan mata pelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar berdasarkan jantina. Justeru itu, dapatan kajian ditunjukkan di dalam jadual 6 seperti berikut:

(10)

1489

Jantina N Min SP t Sig.P

Lelaki 107 3.29 .526

.712 .477

Perempuan 92 3.34 .437

Signifikan pada tahap p<0.05

Jadual 6: Hasil Ujian-t Kesan Mata Pelajaran Pendidikan Islam Ke Atas Pembangunan Diri Pelajar Berdasarkan Jantina

Hasil dapatan daripada ujian-t yang dilakukan, skor min bagi responden lelaki ialah 3.29 (SP = 0.526, n = 107), berbeza dengan skor min bagi responden perempuan iaitu 3.34 (SP = 0.437 n = 92). Hal sedemikian menunjukkan min pelajar lelaki adalah lebih rendah daripada pelajar perempuan. Manakala nilai-t antara jantina ialah t = -0.712 dan tahap signifikan ialah p = 0.477. Tahap signifikan pula adalah lebih besar daripada 0.05 (p>0.05). Oleh yang demikian, hipotesis nul adalah diterima. Justeru, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kesan mata pelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar di antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.

Perbezaan Kesan Mata Pelajaran Pendidikan Islam Ke Atas Pembangunan Diri Pelajar Berdasarkan TPNG

Hipotesis penyelidikan: Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesan mata pelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar berdasarkan TPNG.

Hipotesis nul: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesan mata pelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar berdasarkan TPNG.

Perbincangan seterusnya adalah untuk melihat perbezaan terhadap kesan mata pelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar berdasarkan TPNG. Terdapat dua kategori TPNG pelajar iaitu 3.00-3.49 dan 3.50-4.00. Melalui kajian yang dijalankan, pengkaji cuba menjawab persoalan kajian iaitu adakah terdapat perbezaan terhadap kesan mata pelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar berdasarkan TPNG. Dapatan kajian ditunjukkan di dalam jadual 7 seperti berikut:

TPNG N Min SP t Sig.P

3.00-3.49 84 3.34 .575

.555 .580

3.50-4.00 116 3.30 .411

Signifikan pada tahap p<0.05

Jadual 7: Hasil Ujian-t Kesan Mata Pelajaran Pendidikan Islam Ke Atas Pembangunan Diri Pelajar Berdasarkan TPNG

(11)

1490

Hasil analisis ujian-t terhadap perbezaan kesan mata pelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar berdasarkan TPNG. Bagi sampel kajian ini, skor min bagi kumpulan pelajar yang memperoleh TPNG 3.00-3.49 (M = 3.34, SP = 0.575 n = 84) lebih rendah berbanding dengan kumpulan pelajar yang memperoleh TPNG 3.50-3.74 (M = 3.30, SP = 0.411 n = 116). Manakala nilai-t antara jantina ialah t = -0.555 dan tahap signifikan ialah p = 0.580. Tahap signifikan pula adalah lebih besar daripada 0.05 (p>0.05). Oleh yang demikian, hipotesis nul adalah diterima. Justeru, tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesan mata pelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar berdasarkan TPNG.

Perbezaan Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam Berdasarkan Jantina

Hipotesis penyelidikan: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam berdasarkan jantina.

Hipotesis nul: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam berdasarkan jantina.

Melalui kajian yang dijalankan, pengkaji cuba menjawab persoalan kajian iaitu adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam berdasarkan jantina. Justeru itu, dapatan kajian ditunjukkan di dalam jadual 8 seperti berikut:

Jantina N Min SP t Sig.P

Lelaki 108 3.39 0.464

.574 .566

Perempuan 92 3.35 0.391

Signifikan pada tahap p<0.05

Jadual 8: Hasil Ujian-t Perbezaan Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam Berdasarkan Jantina

Hasil dapatan daripada ujian-t yang dilakukan, skor min bagi responden lelaki ialah 3.39 (SP = 0.464, n = 108), berbeza dengan skor min bagi responden perempuan iaitu 3.35 (SP = 0.391 n = 92). Hal sedemikian menunjukkan pelajar lelaki adalah lebih tinggi daripada pelajar perempuan. Manakala nilai-t antara jantina ialah t = 0.574 dan tahap signifikan ialah p = 0.566. Tahap signifikan pula adalah lebih besar daripada 0.05 (p>0.05). Oleh yang

(12)

1491

demikian, hipotesis nul adalah diterima. Justeru, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara minat pelajar terhadap mata Pelajaran Pendidikan Islam berdasarkan jantina.

Perbezaan Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam Berdasarkan TPNG

Hipotesis penyelidikan: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara minat pelajar terhadap mata Pelajaran Pendidikan Islam berdasarkan TPNG.

Hipotesis nul: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara minat pelajar terhadap mata Pelajaran Pendidikan Islam berdasarkan TPNG.

Perbincangan seterusnya adalah untuk melihat perbezaan minat pelajar terhadap mata Pelajaran Pendidikan Islam berdasarkan TPNG. Terdapat dua kategori TPNG pelajar iaitu 3.00-3.49 dan 3.50-4.00. Melalui kajian yang dijalankan, pengkaji cuba menjawab persoalan kajian iaitu adakah terdapat perbezaan minat pelajar terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam berdasarkan TPNG. Dapatan kajian ditunjukkan di dalam jadual 9 seperti berikut:

TPNG N Min SP t Sig.P

3.00-3.49 84 3.39 .494

.497 .620

3.50-4.00 116 3.36 .381

Signifikan pada tahap p<0.05

Jadual 9: Hasil Ujian-t Terhadap Perbezaan Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam Berdasarkan TPNG

Hasil analisis ujian-t terhadap minat pelajar terhadap mata Pelajaran Pendidikan Islam berdasarkan TPNG pelajar tingkatan lima MRSM Tun Ghafar Baba. Bagi sampel kajian ini, skor min bagi kumpulan pelajar yang memperoleh TPNG 3.00-3.49 (M = 3.39, SP = 0.494 n = 84) lebih tinggi berbanding dengan kumpulan pelajar yang memperoleh TPNG 3.50-3.74 (M = 3.36, SP = 0.381 n = 116). Manakala nilai-t antara jantina ialah t = -0.497 dan tahap signifikan ialah p = 0.620. Tahap signifikan pula adalah lebih besar daripada 0.05 (p>0.05). Oleh yang demikian, hipotesis nul adalah diterima. Justeru, tidak terdapat perbezaan yang signifikan minat pelajar terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam berdasarkan TPNG. Perbincangan

Daripada hasil dapatan kajian secara deskriptif berkaitan dengan kesan mata pelajaran Pendidikan Islam ke atas diri pelajar MRSM Tun Ghafar Baba menunjukkan berada pada tahap yang sederhana dengan nilai min 3.32. Hasil dapatan ini adalah sama dengan dapatan

(13)

1492

kajian oleh Ab. Halim et. al (2004) yang dijalankan ke atas 1056 pelajar tingkatan lima sekolah di negeri Selangor, Perak dan Terengganu yang mana ia berada pada tahap yang sederhana dengan nilai min keseluruhannya 3.17. Justeru itu, dapatan kajian yang dijalankan oleh penyelidik dengan dapatan kajian oleh Ab. Halim et. al (2004) ia menunjukkan tiada perbezaan yang ketara persepsi pelajar terhadap kesan mata pelajaran Pendidikan Islam ke atas diri pelajar.

Dengan dapatan tersebut ia menggambarkan mata pelajaran Pendidikan Islam kurang memberi kesan terhadap diri pelajar. Oleh yang demikian, guru Pendidikan Islam perlu sedaya upaya mengubah persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan dengan menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ab. Halim dan Nik Mohd Rahimi (2011), guru Pendidikan Islam pada masa kini perlu mengubah gaya pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar terkesan dengan Pendidikan Islam dalam diri mereka. Tambahan lagi, guru Pendidikan Islam seharusnya menjalankan aktiviti pengajaran Pendidikan Islam yang diminati pelajar seperti mengadakan lawatan sambil belajar, penggunaan komputer, tayangan video dan sebagainya.

Manakala dapatan berkaitan dengan minat pelajar tingkatan lima MRSM Tun Ghafar Baba terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam secara keseluruhannya adalah sederhana dengan nilai min 3.37. Berbeza dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Ab. Halim et. al (2004) yang mendapati minat pelajar tingkatan lima di sekolah-sekolah negeri Selangor, Perak dan Terengganu berada pada tahap yang rendah dengan nilai min 2.94. Selain itu, komponen Ibadah adalah yang paling diminati oleh pelajar tingkatan lima MRSM Tun Ghafar Baba. Berbeza dengan dapatan kajian oleh Ab. Halim et. al (2004) yang mendapati komponen yang paling diminati oleh pelajar adalah Adab dan Akhlak Islamiah. Tambahan lagi, komponen yang paling tidak diminati oleh pelajar MRSM Tun Ghafar Baba adalah komponen Hafalan Al-Quran dengan nilai min 2.98.

Secara umumnya dapatan tersebut menggambarkan pelajar masih lagi kurang meminati mata pelajaran Pendidikan Islam. Guru Pendidikan Islam perlu mengetahui kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan komponen Pendidikan Islam agar dapat menarik minat pelajar mempelajari Pendidikan Islam (Zakaria dan Ab. Halim, 2011). Sebagai contoh, komponen Ibadah boleh diajar dengan kaedah amali, komponen Sirah dan Tamadun Islam boleh diajar dengan video dokumentari dan sebagainya (Ab. Halim et. al, 2011)

(14)

1493

Selain daripada itu, hasil daripada ujian-t yang dilakukan mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan terhadap kesan mata pelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar. Berdasarkan TPNG juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesan mata pelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar

Hasil dapatan daripada ujian-t turut mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara minat pelajar lelaki dan perempuan tingkatan lima MRSM Tun Ghafar Baba terhadap mata Pelajaran Pendidikan Islam berdasarkan jantina. Begitu juga dengan hasil analisis ujian-t terhadap minat pelajar terhadap mata Pelajaran Pendidikan Islam berdasarkan TPNG pelajar tingkatan lima MRSM Tun Ghafar Baba mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan.

Kesimpulan

Satu persoalan yang menjadi kegusaran hasil daripada dapatan kajian adalah pelajar masih lagi kurang meminati mata pelajaran Pendidikan Islam. Walaupun mata pelajaran Pendidikan Islam di MRSM diklasifikasikan sebagai mata pelajaran tidak kritikal tidak seperti mata pelajaran Biologi, Kimia, Fizik dan sebagainya, guru dan pelajar tidak boleh pandang enteng terhadap Pendidikan Islam. Sebagai orang Islam, Pendidikan Islam sahajalah yang mampu membimbing seseorang itu ke jalan yang lurus di dunia dan di akhirat.

Pengabaian terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam boleh mendorong pelajar ke lembah kehancuran dalam kehidupan masing-masing. Kita boleh melihat dengan suasana yang menyelubungi kehidupan pelajar yang berlaku di negara ini seperti peningkatan kes jenayah seperti merompak, zina, membunuh dan sebagainya. Hal sedemikian menggambarkan pelajar Islam tidak menghayati Islam sepenuhnya dan mereka merasakan Pendidikan Islam tidak memberi kesan dalam pembangunan diri mereka sama ada secara rohaniah mahupun jasmaniah. Oleh yang demikian, peranan para ilmuwan Islam sama ada guru Pendidikan Islam, penggubal dasar mata pelajaran Pendidikan Islam dan sebagainya seharusnya sedar mengenai kepentingan mata pelajaran Pendidikan Islam. Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan agar dapat menarik minat pelajar terhadap Pendidikan Islam.

(15)

1494 RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri. 2011. Kreativiti Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Di Malaysia. Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Islam 2011 (KO-PIM 11). Universiti Malaya.

Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 2011. Isu Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Dalam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Bangi: UKM.

Ab. Halim Tamuri & Mohd Khairul Azman Ajuhary. 2010. Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Berkesan Berteraskan Konsep Mu’alim. Journal of Islamic and Arabic Education 2(1), 2010 43-56. Bangi: UKM.

Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaluddin, Zamri Abdul Rahim & Khadijah Abdul Razak. 2004. Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Ke Atas Pembangunan Diri Pelajar. Laporan Penyelidikan UKM, Kod Penyelidikan : GG002/2004.

Ab. Halim, KKhadijah Abdul Razak & Shahrin Awaluddin. 2011. Dalam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Bangi: UKM.

Ab. Halim Tamuri & Zarin Ismail. 2006. Model Guru Pendidikan Islam: Konsep 5 M. Seminar Amalan Pengajaran Guru. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Habib Mat Som. 2010. Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam: Ke Arah Pembentukan Generasi Ulul Albab. 1st International Conference On Islamic Education (ICIED 2010). Selangor.

Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. 2010. Pendidikan Islam, Kaedah Pengajaran dan

Pembelajaran. Skudai. Universiti Teknologi Malaysia.

Kamarulzaman Abdul Ghani & Mohd Aderi Che Noh. 2006. Amalan Pengajaran Guru

Pendidikan Islam Mengikut Persepsi Pelajar. Seminar Amalan Pengajaran Guru.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

T. Subahan Mohd. Meerah. 2003. Isu-Isu Perkaedahan Pengajaran Pendidikan Islam. Dalam Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 1). Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia. Zakaria Din @ Nasirudin & Ab. Halim Tamuri. 2011. Pendekatan Bersepadu Pengajaran

dan Pembelajaran Akidah Dalam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Bangi: UKM.

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil karakterisasi dapat diperoleh kondisi optimum yang dihasilkan plastik biodegradabel dengan perbandingan limbah LDPE, pati TKS, maleat anhidrida, benzoil

Rakhmat (2013) menyatakan bahwa Pengetahuan tentang diri akan meningkatkan komunikasi, pada saat yang sama, berkomunikasi dengan orang lain meningkatkan pengetahuan

Keterlambatan dari pengelola benda wakaf dalam membuat laporan tentang hasil perwakafan, kenyataan yang terjadi pada point nomor 3 tersebut menimbulkan adanya

Fenomena serupa yaitu arisan juga sering terjadi di kota-kota besar lainnya, banyak kelompok kelompok sosial yang menggunakan waktu luang mereka dengan

Fenomena serupa yaitu arisan juga sering terjadi di kota-kota besar lainnya, banyak kelompok kelompok sosial yang menggunakan waktu luang mereka dengan

Bagi keluarga yang memiliki anggota keluarga yang menderita gagal ginjal kronik, diharapkan dapat memberikan dukungan yang lebih baik secara materi, informasi, serta

Penelitian ini bertujuan untuk mengkaji; (1) dinamika sejarah modernisasi pertanian, (2) proses perubahan teknis dan ekonomi dalam pengelolaan usahatani padi sawah

Hal ini terlihat dari keserasian material yang digunakan pada beberapa elemen interior di setiap area Dream of Kahyangan Art Resto, yaitu penggunaan kayu, rotan, bambu,