• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penyelenggaraan Semasa Bangunan Warisan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Penyelenggaraan Semasa Bangunan Warisan"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

1

KAJIAN TERHADAP AMALAN SEMASA PENYENGGARAAN

BANGUNAN WARISAN DI MALAYSIA

Robiah Abdul Rashid

1

, Ahmad Sharim Abdullah

1

, A.Ghafar Ahmad

2

1.Universiti Teknologi MARA, Selangor, Malaysia 2.Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia

ABSTRAK: Penyenggaraan bangunan warisan memerlukan sistem yang sesuai bagi mencapai objektif penyenggaraan yang berkesan. Pemahaman tentang konsep penyengaraan bangunan warisan adalah sangat penting dalam mereka bentuk program penyenggaraan yang berkesan.Berdasarkan kajian awal yang telah dilakukan, tahap penyenggaraan bangunan warisan masih di tahap sederhana dan ia memerlukan penambahbaikan yang berterusan. Oleh yang demikian, matlamat utama dalam kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana perlaksanaan amalan semasa bagi pendekatan penyengaraan bangunan warisan diMalaysia. Kajian ini melibatkan soal selidik, temubual dan pemerhatian serta kajian kes seperti Bangunan Residensi ( Memorial Tunku Abdul Rahman Al -Haj ), Bangunan Keretapi Tanah Melayu Berhad (bangunan stesen), Bangunan Parlimen dan Muzium Negara. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk menganalisis data dan penemuan dengan pertimbangan terhadap beberapa aspek yang tertentu. Secara ringkasnya , pendekatan amalan semasa bagi penyenggaraan bangunan warisan ini akan membantu untuk meningkatkan kefahaman dan bertindak sebagai pemangkin ke arah penyenggaraan bangunan warisan yang lebih berkesan di masa hadapan.

Kata kunci: Penyenggaraan, bangunan warisan, amalan

1 PENDAHULUAN

Keadaan dan kualiti bangunan adalah komponen dasar yang utama bagi menikmati kehidupan yang berkualiti. Kebanyakan manusia menghabiskan masa lebih daripada 95% berada di dalam ataupun berdekatan bangunan (Wordsworth, 2001). Keadaan dan kualiti bangunan berupaya menggambarkan imej sesebuah masyarakat, tahap kehidupan dan sikap perlakuan sama ada pada masa lalu mahu pun masa kini yang mana telah bergabung bagi membentuk suatu karakter masyarakat yang unik (Wordsworth, 2001; Fielden, 2003). Apabila William Morris memperkenalkan sebuah persatuan yang dikenali sebagai Society for Protection of Ancient Buildings (SPAB) pada 1877 bagi melindungi bangunan purba, penyenggaraan telah pun dikenal pasti sebagai kaedah utama dalam melindungi binaan warisan (SPAB, 2008).

Berdasarkan senarai tapak warisan yang diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645), terdapat sebanyak 180 tapak warisan yang terdiri daripada bangunan/monumen, arkeologi dan semulajadi terdapat di seluruh Malaysia. Daripada jumlah itu, 176 adalah diklasifikasikan sebagai bangunan/monumen (Jabatan Warisan Negara, 2013). Sementara itu, sebanyak 47 bangunan/monument telahpun diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara (Rajah 1 dan Rajah 2). Pemuliharaan bangunan-bangunan tersebut adalah amat penting dalam usaha mempertingkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat terhadap sejarah lampau. Namun begitu, jika dilihat daripada usia

(2)

2

bangunan tersebut, struktur tersebut tidak akan dapat bertahan lama tanpa sebarang kerja-kerja penyenggaraan yang teratur dan betul dijalankan (Amir Fasha, 2002; Brit, 2003).

Rajah 1 : Senarai Warisan yang diwartakan (Jabatan Warisan Negara, 2013)

Rajah 2: Senarai Warisan Kebangsaan (Jabatan Warisan Negara, 2013)

2 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kertas kerja ini adalah untuk mengenal pasti pendekatan penyenggaraan bangunan yang diguna pakai di Malaysia pada masa kini dan melihat keberkesanan dari segi aplikasinya terhadap bangunan warisan. Hasil penemuan diharapkan akan menjadi panduan bagi membentuk satu garispanduan amalan baik yang boleh diguna pakai bagi mana-mana bangunan warisan yang terdapat di Malaysia dan seterusnya menambaik amalan penyenggaraan sedia ada.

(3)

3 3 PENYATAAN MASALAH

Secara umumnya, permasalahan yang dihadapi oleh bangunan-bangunan di Malaysia adalah akibat tiadanya suatu panduan amalan penyenggaraan semasa yang baik sekaligus mengundang kepada kerosakan yang berterusan. Ini dapat dibuktikan dengan berlakunya beberapa kejadian seperti kejadian siling runtuh di Bangunan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, dan Kompleks Mahkamah di Jalan Duta, serta kejadian bumbung bocor di bangunan Parlimen (JKR Perlu Juru Ukur Bangunan, 2007a). Merujuk kepada bangunan warisan, beberapa buah bangunan yang mempunyai kepentingan sejarah dan nilai estetik yang tinggi berada di dalam keadaan terbiar disebabkan ketiadaan panduan amalan baik penyenggaraan. Seperti mana yang terjadi kepada Bangunan Hotel Majestic Kuala Lumpur dan Bangunan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTMB) Kuala Lumpur (Hotel Majestic Yang terbiar, 2007b dan Stesen Keretapi KL Terbiar, 2007c). Kedua-dua bangunan ini adalah sebahagian daripada warisan negara yang tidak ternilai dan tiada tukar gantinya. Namun begitu, akibat daripada kelekaan dan kecuaian pihak-pihak yang tertentu bangunan-bangunan ini ditinggalkan terbiar tanpa sebarang penjagaan dan penyenggaraan yang baik menyebabkan keadaannya menjadi usang dan rosak.

4 KAJIAN LITERATUR

Merujuk kepada definisi Institut Bangunan Berkanun (Hasnan, 1994), kerja-kerja di dalam penyenggaraan bangunan meliputi tindakan yang diambil bagi maksud menjaga, memulih atau mempertingkatkan setiap kemudahan ke suatu tahap atau piawaian yang dipersetujui. Ia turut meliputi sebarang kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian yang dilakukan bagi mencapai maksud tersebut. Bagi kebanyakan bangunan, tujuan utama penyenggaraan adalah bagi melindungi fungsi, nilai aset dan penampilan (Hills dan Worthing, 2006). Perbezaan bagi penyenggaraan bangunan warisan adalah disebabkan oleh nilai bangunan itu sendiri yang mempunyai nilai kepentingan kebudayaan. Hills dan Worthing turut menyatakan bangunan warisan boleh dianggap sebagai suatu artifak bernilai yang mana fabrik bangunan mempunyai nilai arkeologi dan fungsi yang tersendiri.

Kerr (2004) turut berpendapat bahawa penyenggaraan adalah sebahagian daripada proses pemuliharaan. Beliau menyatakan penyenggaraan adalah suatu proses pemuliharaan yang amat penting dan beliau turut menekankan bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada pembaikan. Seterusnya, Dann dan Worthing (1999) berpendapat jika dilihat dari sudut bangunan warisan, penyenggaraan dan pembaikan tidak boleh dipisahkan yang mana sebarang kerja pembaikan yang dilakukan berupaya memanjangkan jangka hayat sesuatu komponen atau elemen bangunan. Oleh kerana itu ia diperlukan bagi melindungi kepentingan bangunan tetapi dalam masa yang sama menyebabkan kerosakan kepada fabrik bangunan. Penyataan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan oleh Brereton (1991) yang menyatakan sebarang penggantian yang tidak diperlukan ke atas fabrik bangunan warisan, tidak kira secantik dan seteliti mana kerja tersebut dilakukan, ia akan memberi kesan terhadap penampilan bangunan tersebut, ia juga turut mengurangkan nilai keaslian, dan seterusnya mengurangkan nilai sesebuah bangunan warisan.

Berdasarkan Ahmad (2002), salah satu aspek kepentingan penyenggaraan bangunan adalah bahan warisan. Beliau menyatakan bahawa kesedaran dan minat masyarakat serta negara kepada bahan warisan kian meningkat. Kesedaran tersebut bukan sahaja dipengaruhi oleh faktor sejarah atau nilai aset mahupun faktor reka bentuk semata-mata, namun ia juga berkait rapat dengan bahan atau sebagai daya tarikan pelancong. Ahmad turut menyatakan bangunan warisan dapat memberikan satu daripada sumber pendapatan kepada masyarakat setempat dan negara. Ini dapat dilihat contohnya tempat-tempat seperti Kota A-Famosa di Melaka, Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, Kota Cornwallis di Pulau

(4)

4

Pinang dan banyak lagi tempat-tempat bersejarah lain di seluruh Malaysia yang sering menjadi tumpuan pelancong tempatan mahupun luar Negara (Gambar 1 dan 2).

Gambar 1: Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur

(Penyelidik, 2011)

Gambar 2: Kota Cornwallis, Pulau Pinang

(Penyelidik, 2011)

Hasil daripada pemahaman teori penyenggaraan yang dihubungkaitkan dengan pemuliharaan amatlah jelas sekali bahawa penyenggaraan merupakan suatu kaedah yang tidak seharusnya diabaikan oleh mana-mana pemilik mahupun penghuni bangunan warisan. Penyenggaraan yang bersistematik mesti diamalkan bagi memastikan sesebuah bangunan warisan terus berdiri teguh bagi memberi peluang kepada generasi masa hadapan untuk menghargai kepentingannya sebagai salah satu aset penting negara. Keperluan terhadap penyenggaraan tidak seharusnya dipandang ringan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dan sudah sampai masanya satu langkah diambil bagi menambahbaik keadaan penyenggaraan sedia ada.

5 METODOLOGI

Penyelidikan ini dijalankan melalui penggunaan 3 kaedah iaitu soal selidik, temu bual dan pemerhatian terhadap kajian kes. 4 buah bangunan telah dipilih sebagai bangunan kajian kes iaitu Bangunan Residensi (Memorial Tunku Abdul Rahman Al-Haj), Bangunan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad, Bangunan Parlimen Malaysia dan Bangunan Muzium Negara. Penyelidikan kajian menggunakan kaedah kualitatif bagi analisis data dan penemuan dengan mengambilkira beberapa aspek amalan penyenggaraan hasil kajian literature yang dijalankan. Aspek-aspek yang diambil kira termasuklah organisasi penyenggaraan, keperluan terhadap inventori dan rekod, kaedah pemeriksaan dan tahap kepentingan kerja, keperluan terhadap program dan rangka kerja dan keperluan kepada kakitangan dan latihan yang bersesuaian.

6 PENEMUAN KAJIAN

Hasil dari kajian yang telah dijalankan terhadap empat (4) buah bangunan kajian kes yang juga

merupakan bangunan Warisan Kebangsaan, berikut dibentangkan penemuan kajian (Gambar

3,4,5 dan 6). Kajian yang telah dijalankan berdasarkan lima keperluan utama pendekatan amalan

penyenggaraan yang merangkumi organisasi penyenggaraan, inventori dan rekod, pemeriksaan

bangunan dan tahap kepentingan, program dan rangka kerja dan kakitangan dan latihan. Hasil

(5)

5

kajian menemukan bahawa keempat-empat bangunan kajian kes sememangnya mempunyai

usaha kea rah pendekatan penyenggaraan namun begitu masih banyak kelemahan yang perlu

diperbaiki dari masa ke semasa.

RESIDENSI KTMB PARLIMEN MUZIUM

NEGARA Organisasi

Penyenggaraan

   

Inventori dan Rekod

˟

˟

˟

˟

Pemeriksaan

bangunan dan tahap kepentingan.

˟

˟

˟

Program dan rangka

kerja

˟

˟

˟

˟

Kakitangan dan Latihan

   

Jadual 1: Ringkasan perbezaan amalan penyenggaraan yang diguna pakai oleh keempat-empat bangunan kajian kes (Penyelidik, 2011)

Gambar 3: Bangunan Residensi (Memorial Tunku Abdul Rahman) (Penyelidik, 2011)

Gambar 4: Bangunan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad – KTMB (Penyelidik, 2011)

(6)

6 Gambar 5: Bangunan Parlimen Malaysia

(Penyelidik, 2011)

Gambar 6: Bangunan Muzium Negara

(Penyelidik, 2011)

6.1 Organisasi Penyenggaraan

Hasil dari kajian yang dijalankan ke atas empat buah bangunan warisan, ia menunjukkan bahawa setiap bangunan sememangnya mempunyai organisasi penyenggaraan yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal penyenggaraan bangunan terbabit. Walaubagaimanapun, organisasi yang diwujudkan tidak berfungsi secara efektif disebabkan beberapa kekangan seperti struktur organisasi yang tidak lengkap, jumlah pekerja yang tidak mencukupi dan tiadanya pengkhususan dari segi skop kerja yang tidak begitu memberikan penekanan terhadap kepentingan penyenggaraan bangunan. Unit penyenggaraan yang ditubuhkan juga ada yang terdiri daripada beberapa orang kakitangan sahaja yang menyebabkan kesukaran kepada mereka menangani kerja penyenggaraan yang diperlukan.

6.2 Pengunaan Inventori & Rekod

Dari segi penyediaan inventori, hasil kajian mendapati memang terdapat kelemahan yang ketara kerana tiada sebarang inventori disediakan oleh pihak terbabit. Penyediaan inventori sering diabaikan kerana kesemua responden merasakan penyediaan inventori merupakan satu perkara yang menyukarkan dan tidak begitu memahami fungsi dan kepentingan inventori yang disediakan. Kaedah bagaimana ingin menyediakan sesebuah inventori juga merupakan satu permasalahan bagi setiap responden kerana mereka tidak tahu kaedah terbaik bagi penyediaan sesebuah inventori.

6.3 Pemeriksaan Bangunan & Tahap Kepentingan

Begitu juga dengan kaedah pemeriksaan bangunan dan penetapan tahap kepentingan kerja yang merupakan salah satu elemen penting bagi sesebuah organisasi penyenggaraan. Jadual 1 juga jelas sekali menunjukkan bahawa kebanyakan bangunan tidak mengamalkan sebarang kaedah pemeriksaan yang khusus. Pemeriksaan bangunan dijalankan berdasarkan kehendak para kakitangan dan jika terdapatnya keperluan yang mendesak contohnya jika berlaku sebarang kerosakan yang ketara kepada bangunan seperti mana yang pernah dialami oleh bangunan Parlimen yang mengalami kebocoran secara tiba-tiba. Kaedah pemeriksaan yang diamalkan oleh keempat-empat bangunan pada masa kini hanyalah berdasarkan pengalaman daripada kakitangan berkaitan tanpa menggunakan sebarang prosedur mahupun panduan khusus. Sesungguhnya kesemua responden sedar akan kepentingan menjalankan pemeriksaan bangunan ini namun tidak begitu arif dalam aspek bagaimanakah sesuatu pemeriksaan bangunan yang betul perlu dijalankan. Begitu juga dengan penetapan tahap kepentingan sesuatu kerja penyenggaraan

(7)

7

yang sering diabaikan oleh para kakitangan kerana mereka merasakan tiada sebarang keperluan berbuat demikian dalam bentuk yang formal. Kepentingan sesuatu kerja dinilai berdasarkan pemerhatian dan pengalaman semata-mata dan juga berdasarkan keselamatan penghuni dan struktur bangunan itu sendiri. Jika sesuatu kerja dirasakan tidak begitu penting dan berupaya ditangguhkan maka ia akan ditangguhkan ke suatu masa yang mereka sendiri tidak tahu bila akan dilakukan. Ini turut berkait rapat dengan faktor peruntukan yang sering tidak mencukupi dan sekaligus menyukarkan pelaksanaan kerja.

6.4 Program &Rangka Kerja

Satu lagi amalan yang sudah begitu sebati dengan mereka adalah amalan rosak dahulu baru baiki. Sehingga kini faktor ketiadaan sebarang program dan rangka kerja dalam menjalankan kerja-kerja penyenggaraan bangunan merupakan amalan yang sering digunakan dalam setiap organisasi penyenggaraan bangunan warisan di Malaysia. Apabila diutarakan faktor kepada permasalahan ini, mereka menyatakan tiada sebarang panduan yang boleh digunakan untuk menyediakan program dan rangka kerja terbabit. Ini menyukarkan mereka kerana mereka juga terdiri daripada para kakitangan yang tidak begitu berpengalaman dalam penyenggaraan bangunan warisan. Ada juga bangunan contohnya Muzium Negara yang mempunyai inisiatif dalam penyediaan program dan rangka kerja ini yang dimulai dengan program dan rangka kerja bagi sistem penghawa dingin. Ini merupakan inisiatif yang diambil oleh jurutera mekanikal bangunan itu sendiri dan seharusnya diberi pujian dan diharapkan dapat dikembangkan kepada sistem yang lain pula.

6.5 Kakitangan & Latihan

Dilihat daripada sudut kakitangan pula, selain daripada bangunan KTMB, lain-lain bangunan menggunakan khidmat para kakitangan yang dipinjamkan dalam tempoh sementara. Peminjaman kakitangan ini turut bergantung kepada pemilikan bangunan contohnya bangunan Residensi yang berada di bawah tanggungjawab Jabatan Arkib Negara yang menggunakan khidmat kakitangan yang dipinjamkan Jabatan Arkib Negara kepada bangunan Residensi ini. Bagi bangunan Parlimen dan Muzium Negara pula khidmat pinjaman kakitangan JKR digunakan. Kaedah pinjaman ini pada hakikatnya mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Kebaikan yang dapat dilihat adalah kerana para kakitangan pinjaman ini dilihat berupaya membantu setiap organisasi bangunan dalam menjalankan kerja-kerja penyenggaraan dengan lebih baik dan sempurna. Jika dilihat daripada sudut keburukannya pula, faktor tempoh pinjaman yang singkat tidak memberi peluang kepada para kakitangan terlibat menjalankan sesuatu kerja secara sempurna kerana ada setengah-setengah perancangan tidak sempat dilaksanakan mereka sudahpun menerima arahan untuk kembali ke tempat asal dan penggantian dengan kakitangan baru adakalanya tidak menyambung semula apa yang sudah dirancang sebaliknya membuat perancangan yang lain yang mana mungkin akan mengalami nasib yang sama apabila para kakitangan ini bertukar ganti.

Perasaan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan bangunan juga merupakan satu masalah apabila penggunaan kakitangan secara pinjaman diamalkan. Mereka tidak mempunyai rasa sayang dan kepunyaan kepada bangunan mengakibatkan kerja-kerja dijalankan secara sambil lewa sahaja tanpa mempunyai sebarang impian untuk dicapai. Faktor ini timbul kerana mereka merasakan bila-bila masa sahaja mereka akan dipanggil semula dan tiada gunanya mereka bertungkus lumus menjalankan kerja.

(8)

8 7 KESIMPULAN

Kewujudan Jabatan Warisan Negara sememangnya amat penting di dalam memastikan struktur bangunan warisan sentiasa terpelihara. Namun penemuan penyelidikan ini mendapati perkara utama yang harus diberi perhatian adalah dari segi kerja-kerja pemuliharaan bangunan sahaja tanpa memanjangkan keperluan kepada penyenggaraan bangunan-bangunan warisan terbabit. Faktor ini sememangnya tidak boleh dipandang remeh kerana umum mengetahui bahawa penyenggaraan merupakan perkara utama bagi memastikan usia bangunan dapat dipanjangkan. Pemuliharaan sahaja adalah tidak mencukupi tanpa sokongan kerja-kerja penyenggaraan yang berterusan.

Hasil analisis penyelidikan telah mendapati masih banyak kekurangan yang dihadapi oleh organisasi penyenggaraan bangunan warisan di Malaysia disebabkan faktor kekurangan panduan bagi membangunkan satu amalan penyenggaraan yang baik dan sempurna. Walau bagaimanapun, ruang bagi penambahbaikan masih lagi ada bagi setiap organisasi penyenggaraan terbabit dan seharusnya langkah-langkah penambahbaikan di ambil dalam masa terdekat bagi menjamin keutuhan dan kestabilan setiap bangunan warisan negara yang sekian lama terabai dan kurang diberi perhatian. Perhatian dan penyenggaraan berterusan sudah sepatutnya dijalankan ke atas kesemua bangunan ini melalui penggunaan kaedah yang betul agar nilai dan kepentingan setiap bangunan tetap terpelihara dan terpulihara sehingga bila-bila. Secara kesimpulanya, permasalahan-permasalahan yang diutarakan di dalam kajian ini sememangnya mempunyai jalan penyelesaian melalui satu penyelidikan yang lebih terperinci bagi menghasilkan satu cadangan penyelesaian yang diharapkan.

SENARAI RUJUKAN

Ahmad, R. (2002). Prinsip dan Praktis Pengurusan Penyenggaraan Bangunan. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmi.

Amir Fasha, M .I. (2002). Building Conservation in Malaysia: Case Study of Conservation Maintenance Management of Ipoh Railway Station. Sheffield Hallam University. MA Disertasi, United Kingdom.

Atkins, B., & Brooks, A. (2000). Total Facilities Management. United Kingdom, UK: Blackwell Science. Brereton, C. (1991). The Repair of Historic Buildings. London: English Heritage.

Brit, K. (2003). Pengekalan Bangunan Lama Kerajaan di Kuala Lumpur Dari Aspek Pengurusan Penyenggaraan. Universiti Malaya. MSc Disertasi, Malaysia.

Chew, M. Y. L., Nayanthara, D. S., & Tan, S. S. (2004a). Maintainability of Wet Areas of Non-Residential Buildings. Journal of Structural Survey, 22(1), 39-52.

Chew, M. Y. L., Tan, S. S., & Kang, K. H. (2004b). Building Maintainability - Review of State of the Art. Journal of Architectural Engineering, 10(3), 80-87.

Dann, N., Worthing, D., & Bond, S. (1999). Conservation Maintenance Management - Establishing A Research Agenda. Structural Survey, 17(3), pp143-153.

(9)

9

Hasnan, A. (1994). Pengurusan Penyelenggaraan. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Hills, S., & Worthing, D. (2006). Private Home, public cultural asset: the maintenance behaviour of listed building owner-occupiers. Housing Built Environment, 21(2), ms203-213.

Hotel Majestic Yang Terbiar. (2007b, 25 Ogos). Utusan Malaysia.

Horner, R. M. W., El-Haram, M. A., & Munns, A. K. (1997). Building Maintenance Strategy: A New Management Approach. Journal of Quality in Maintenance Engineering, 3(4), 273-280.

Jabatan Warisan Negara. (2005). Akta Warisan Kebangsaan (Akta 645), Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan, . Kuala Lumpur: International Law Book Services.

Jabatan Warisan Negara. (2013). Senarai Tapak Warisan yang akan digazetkan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Didapati daripada: https://www.heritage.gov.my/v2/index.php/en/heritage-register/statistic/national-heritage-register. Dapatan 28 Oktober 2013.

JKR Perlu Juru Ukur Bangunan. (2007a, 26 Ogos). Utusan Malaysia.

Kerr, J. S. (2004). The Sixth Edition Conservation Plan. Australia: The National Trust of Australia (NSW). Stesen Keretapi KL Terbiar. (2007c, 22 Ogos). Utusan Malaysia.

Society for the Protection of Ancient Buildings: SPAB. (2008,). The Purpose of the SPAB. Didapati daripada: www.spab.org.uk, Dapatan 24 Februari 2008.

Gambar

Gambar 1: Bangunan Sultan Abdul  Samad, Kuala Lumpur
Gambar 3: Bangunan Residensi (Memorial Tunku  Abdul Rahman) (Penyelidik, 2011)
Gambar 6: Bangunan Muzium Negara  (Penyelidik, 2011)

Referensi

Dokumen terkait

Sesuai dengan temuan penelitian, permasalahan hasil dan kesimpulan yang dikemukakan diatas, peneliti memberikan saran-saran upaya peningkatan manajemen program kelas CI pada

Dalam penyusunan APBD berorientasi pada anggaran berbasis kinerja yaitu suatu pendekatan penganggaran yang mengutamakan keluaran / hasil dari kegiatan atau program yang

Automasi bangunan industri dan sistem kawalan proses termasuk pemasangan dan penyenggaraan mikropemproses atau sistem kawalan komputer untuk bangunan dan sistem kawalan

1) Kedua variabel tersebut merupakan komponen indikator internal untuk menilai kebijakan utang, apabila jumlah persentase kepemilikan saham tinggi diharapkan pemilik saham

Indriana Arninda Dewi, Kertas Kerja Adaninggar dalam Bedhaya Suhingrat, 2016. Kertas kerja ini Membantu penyaji dalam memahami karya “Bedhaya Suhingrat” dan

Media tanam rockwool mengandung unsur hara penting seperti fosfor (P) dan kalium (K), selain itu media tanam rockwool juga memiliki daya simpan air lebih banyak

Keterangan :Di tahun pertama, suatu saat Mayor Thomas akan datang kerumahmu,dia minta tolong ke kamu untuk membantunya memberikan Pai Apel ke Ellen.Ia tidak dapat

Renja adalah Rencana Kerja Perangkat Daerah (Renja-PD) Dinas Sosial Tenaga Kerja dan Transmigrasi Kabupaten Purbalingga Tahun 2017 merupakan penjabaran teknis RPJM