• Tidak ada hasil yang ditemukan

PETA PEMIKIRAN (I-THINK) PEMANGKIN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PETA PEMIKIRAN (I-THINK) PEMANGKIN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

851

PETA PEMIKIRAN (I-THINK) PEMANGKIN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAHASA MELAYU Syahidah Binti Ghazali Jamaludin Bin Hj. Badusah

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Melahirkan masyarakat yang mampu berfikir pada aras tinggi perlu dijadikan landasan perubahan sosial bagi menghadapi kemajuan dan cabaran perubahan global kini. Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah dinyatakan secara eksplisit tentang kepentingan KBAT bagi menangani cabaran abad ke-21. Pengaplikasian peta pemikiran i-THINK dalam Pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Melayu mampu merealisasikan hasrat negara untuk melahirkan masyarakat yang berfikiran kritis, kreatif, inovatif serta mampu menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan lebih bijak dan berkesan. Hal ini kerana setiap peta pemikiran i-THINK membangunkan proses pemikiran tertentu yang menjurus ke arah KBAT. Abu Bakar Nordin (2013) menyifatkan program i-THINK sebagai salah satu kekuatan transformasi pendidikan yang dapat memupuk kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Namun begitu, guru-guru bahasa Melayu didapati masih belum memahami dan kurang mampu untuk menyebatikan KBAT dalam P&P di bilik darjah. Justeru, kertas konsep ini akan membincangkan tentang isu-isu pengajaran KBAT dalam P&P bahasa Melayu, pengaplikasian peta pemikiran i-THINK, fungsi dan kepentingannya dalam P&P bahasa Melayu. Kesimpulannya, pengaplikasian peta pemikiran i-THINK dalam P&P bahasa Melayu mampu membantu pelajar berfikir dengan lebih mendalam, berkesan dan konsisten seterusnya dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Kata Kunci: Peta Pemikiran (i-THINK); Kemahiran Berfikir Aras Tinggi; Pengajaran & pembelajaran Bahasa Melayu

PENGENALAN

Kerajaan telah menjadikan pendidikan sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ke arah menambah baik prestasi pelajar secara menyeluruh dan membolehkan pelajar mendapat akses kepada pendidikan berkualiti (Rancangan Malaysia Ke-10). Matlamat utama pendidikan menjelang abad ke-21 ialah merintis transformasi sosial melahirkan masyarakat berfikiran. Hal ini kerana sistem pendidikan di Malaysia sebelum ini kurang menekankan kemahiran berfikir disebabkan penekanan kepada sistem peperiksaan dan pencapaian akademik. Perhatian yang kurang terhadap keperluan pelajar menguasai kemahiran kognitif seperti penaakulan, pemikiran kreatif, kritis dan inovatif menyebabkan pelajar kurang berupaya untuk mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan berfikir secara kreatif di luar konteks akademik.

Bagi tujuan itu, salah satu anjakan untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

(2)

852

2013-2025 ialah pemfokusan kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) iaitu dengan merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap KBAT menjelang 2016. Penekanan kepada KBAT dan kesedaran bagaimana proses kognitif berlaku dalam kalangan pelajar juga bertujuan untuk menghasilkan modal insan yang berpengetahuan, berketerampilan, berfikiran kritis, kreatif, inovatif serta boleh membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Hal ini kerana, masih terdapat jurang yang luas untuk Malaysia mencapai modal insan bertaraf dunia dan risiko untuk ketinggalan semakin bertambah (Rancangan Malaysia Ke-10).

Penyerapan kemahiran berfikir dalam konteks pendidikan di Malaysia dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan, keputusan dan menyelesaikan sesuatu masalah (Yahya Othman, 2014). Guru berperanan membangunkan potensi intelektual pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang menuntut satu anjakan paradigma daripada dominasi peperiksaan kepada peranan pembangunan insan yang bersifat menyeluruh dan bersepadu dengan memfokuskan kepada aspek pembangunan intelek yang merangkumi konteks kemahiran berfikir. Langkah kerajaan memfokuskan KBAT melalui program i-THINK berikutan pencapaian pelajar Malaysia yang kurang memberangsangkan dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) tahun 2009. Pentaksiran ini mengambil kira pelbagai kemahiran kognitif seperti aplikasi dan penaakulan. Pencapaian ini menggambarkan bahawa sistem pendidikan di Malaysia masih lemah dalam melengkapkan pelajar dengan kemahiran tersebut (PPPM 2013-2025). Oleh itu, program i-THINK dilihat sebagai satu kaedah pengajaran yang mampu membina perkembangan kognitif pelajar ke arah memupuk pembelajaran bermakna (Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), 2012). Program i-THINK disifatkan sebagai satu kekuatan transformasi pendidikan yang dapat memupuk kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar Abu Bakar (2013).

(3)

853

ISU-ISU PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM P&P BAHASA MELAYU

Kurikulum sekolah menengah khususnya dalam bahasa Melayu bertujuan untuk menyediakan pelajar menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan aspek tatabahasa dengan betul dan tepat. KBAT mula diberikan tumpuan pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) disebabkan tuntutan pendidikan semasa yang lebih kompleks pada masa kini. Setiap pelajar mesti mempunyai semangat ingin tahu dan cara untuk mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat, mampu menghubungkait pelbagai pengetahuan dan mewujudkan pengetahuan baru. Guru telah diperkenalkan dengan pelbagai alat berfikir bagi membantu pelajar berfikir dan membuat penaakulan. Namun, guru didapati kurang menyebatikan KBAT dalam P&P mereka (BPK, 2012). Perhatian yang kurang oleh guru terhadap keperluan pelajar menguasai kemahiran kognitif ini menyebabkan pelajar kurang berupaya untuk mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan berfikir secara kreatif dan kritis di luar konteks akademik.

Sharifah Nor Puteh (2012) melalui kajiannya mendapati bahawa kemahiran berfikir guru bahasa Melayu masih berada pada tahap penggunaan mekanikal dan masih belum diterapkan secara terancang. Guru didapati banyak mengemukakan soalan kognitif aras rendah dan sederhana sahaja. Hal ini merupakan sesuatu yang kurang baik kerana penyoalan aras rendah tidak membantu membangunkan KBAT (Mourtos, 2010). Apabila teknik pengajaran guru kurang mengandungi unsur kemahiran berfikir maka pemikiran pelajar juga kurang berkembang. Kurangnya penekanan KBAT oleh guru dan peluang yang jarang disediakan kepada pelajar disebabkan oleh guru sendiri kurang bersedia daripada segi pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap untuk mengaplikasikan KBAT dalam P&P (Rajendran, 2001). Amalan guru dikatakan sangat dipengaruhi oleh kepercayaan dan pengetahuan yang ada pada mereka (Klien & Lee 2006). Jika situasi ini berterusan maka pengajaran yang berasaskan pemikiran akan gagal di samping melahirkan generasi pelajar yang malas berfikir.

Seterusnya, Juriah (2010) mendapati bahawa pengajaran bahasa Melayu di bilik darjah kerap kali berpusatkan guru dan tidak mengaplikasikan strategi P&P yang disarankan oleh Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM (2003a).

(4)

854

Pengajaran guru yang bergantung sepenuhnya kepada kaedah syarahan yang pasif bertujuan untuk memastikan pelajar memahami kandungan asas mata pelajaran untuk tujuan pentaksiran sumatif daripada menyerapkan KBAT tidak menarik minat pelajar. Kaedah ini masih popular terutamanya dalam kalangan 'guru berpengalaman' kerana bagi mereka kaedah ini mudah dilaksanakan dan tidak perlu membuat persediaan yang rapi dan rumit (Hand, 2004). Zamri (2012) menyatakan bahawa kejayaan dan kecemerlangan dalam sesuatu mata pelajaran tidak akan berhasil sekiranya proses P&P masih menggunakan kaedah tradisional tanpa mengambil kira kemahiran berfikir sedangkan kemahiran berfikir merupakan aspek penting dalam menguasai kemahiran yang banyak mempengaruhi pencapaian dan sikap pelajar.

Selain itu, penekanan kepada peperiksaan dan pencapaian akademik semata-mata oleh guru tanpa menjadikan keupayaan berfikir sebagai fokus pengajaran menyebabkan pembelajaran tidak disepadukan dengan dunia luar. Hal ini selari dengan dapatan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) (2011) yang menunjukkan bahawa guru mengajar untuk peperiksaan. Guru lebih berfokus kepada usaha untuk menghabiskan sukatan pelajaran (Chew, 2011) dan suka memberikan latih tubi soalan yang berfokus kepada soalan peperiksaan kerana mahu memastikan pelajar bersedia menghadapi peperiksaan. Pendapat ini turut disokong oleh Brandsford et al. (2006) dengan menyatakan bahawa pihak sekolah memberikan tekanan untuk memaksimumkan pencapaian dan skor dalam peperiksaan serta menyoal mereka memberikan jawapan yang mudah tanpa menggalakkan pelajar mengutarakan idea baru. Kesannya, pelajar tidak berupaya untuk menguasai kemahiran berbahasa dengan baik sedangkan kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas yang sangat penting dan perlu difokuskan dalam proses P&P (Roselan Baki, 2003).

Berdasarkan isu-isu tersebut, dapat disimpulkan bahawa guru-guru bahasa Melayu pada umumnya faham akan kepentingan mengaplikasikan KBAT dalam P&P namun menghadapi kesukaran untuk melaksanakannya. Guru-guru juga masih kurang memahami dan kurang mampu mengembangkan kemahiran berfikir pelajar. Oleh yang demikian, kaedah peta pemikiran i-THINK dilihat sebagai satu kaedah yang mampu membina perkembangan kognitif pelajar dalam

(5)

855

menghasilkan pembelajaran bermakna. Guru bahasa Melayu perlu mahir memilih strategi belajar yang boleh diaplikasikan dalam pembelajaran bahasa dengan menterjemahkan hasil pembelajaran dalam bentuk aktiviti KBAT. Guru juga perlu sentiasa bersedia dan sanggup menerima perubahan bagi memastikan kejayaan dalam perubahan kurikulum.

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

KBAT ialah keupayaan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan sesuatu masalah, membuat keputusan, berinovasi serta berupaya mencipta sesuatu (BPK, 2013). Ini bermaksud pelajar perlu memahami, menghubungkait maklumat dengan kritis dan kreatif, mengkategori dan memanipulasi maklumat yang diterima bagi membolehkan mereka menemui makna baru seterusnya menyelesaikan sesuatu masalah dan membuat keputusan dengan wajar.

Program i-THINK dilihat sebagai satu pendekatan yang realistik dan bersistem untuk memupuk proses pemikiran dalam kaedah P&P oleh guru melalui penggunaan lapan bentuk peta pemikiran berdasarkan Taksonomi Bloom Edisi Semakan (Anderson & Krathwohl, 2001). Enam kategori keupayaan kognitif diklasifikasikan melalui Taksonomi ini iaitu daripada keupayaan minda yang mudah kepada yang kompleks iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, menilai dan mencipta yang memudahkan pelajar memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari penyelesaian. KBAT merujuk kepada empat kemahiran teratas manakala dua kemahiran terbawah dikenali sebagai kemahiran berfikir aras rendah (KBAR). Berdasarkan aras kognitif inilah guru merancang P&P dengan membina soalan-soalan untuk dikemukakan kepada pelajar.

(6)

856

Jadual 1: Taksonomi Bloom Edisi Semakan

MENGAPA PETA PEMIKIRAN I-THINK DI PERLUKAN?

Peta pemikiran memudahkan pelajar memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari jalan penyelesaian (Hyerle & Yeager, 2007). Program I-THINK merupakan satu inovasi baru hasil kerjasama KPM dan Agensi Inovasi Malaysia bertujuan memupuk kemahiran berfikir, menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif dalam kalangan pelajar sekolah. I-THINK bermaksud innovative Thinking atau pemikiran inovatif. Ia bukanlah kurikulum baru tetapi merupakan alat berfikir yang dirangka untuk dijadikan bahan bantu belajar yang boleh digunakan oleh guru dan pelajar dalam melaksanakan P&P di dalam dan di luar bilik darjah (BPK, 2012). Kaedah pengajaran ini menekankan aktiviti berpusatkan pelajar yang mana menggalakkan pelajar bekerja secara kolaboratif.

Terdapat lapan jenis peta pemikiran iaitu peta bulatan, peta buih, peta buih berganda, peta pokok, peta dakap, peta alir, peta pelbagai alir dan peta titi. Setiap peta pemikiran membangunkan proses pemikiran tertentu yang menjurus ke arah KBAT. Berdasarkan kajian kecerdasan, peta pemikiran i-THINK menggabungkan proses pembelajaran secara kognitif dan maklumat dipersembahkan dalam bentuk visual seperti bentuk grafik yang mudah digunakan dan difahami merentas kurikulum (BPK, 2012). Fakta-fakta yang disampaikan oleh guru akan mudah

Taksonomi Bloom Edisi Semakan Mencipta Menilai Menganalisis Mengaplikasi Memahami Mengingat KBAR KBAT

Menjana idea baru, produk atau persepsi terhadap sesuatu, merekacipta, membina, merancang, menghasilkan, mencipta Justifikasi keputusan atau tindakan, menyemak, membuat hipotesis, mengkritik, membuat eksperimen dan menilai Mencerakin maklumat bagi meneroka kefahaman dan hubungan, membanding, mengurus, menyoal siasat, mencari maklumat

Menggunakan maklumat dalam situasi serupa, melaksana, mengira, menggunakan formula

Menerangkan idea dan konsep, interpretasi, meringkaskan, prafrasa, mengkelaskan, menerangkan

Mengingati maklumat, mengenal, menyenaraikan, mencirikan, menamakan, melabelkan

(7)

857

difahami kerana ia ditunjukkan dalam bentuk grafik. Peta pemikiran i-THINK juga boleh digunakan untuk mendefinisikan mengikut konteks yang sesuai, menerangkan kata sifat, membanding beza, membuat pengelasan, membuat hubungan seluruh bahagian, membuat turutan, membuat sebab dan kesan dan membuat analogi untuk sesuatu perkara.

Peta pemikiran I-THINK berbeza dengan peta minda walaupun mempunyai konsep percambahan idea yang sama. Lee & Gan (2012) menyatakan bahawa peta pemikiran i-THINK dapat membantu pelajar dalam mengorganisasikan pemikiran mereka, memudahkan pemahaman serta membantu pelajar menjana idea yang baru dan bernas. Kandungan dan disiplin peta pemikiran yang sama membolehkan pelajar belajar dengan lebih efektif dan efisien (Thinking Maps Inc. 2011). Guru dan pelajar akan menggunakan alat berfikir ini mengikut kesesuaian tajuk dan dijadikan amalan dalam P&P bagi memupuk KBAT dalam kalangan pelajar.

Jadual 2: Jenis-jenis Peta Pemikiran i-THINK dan Proses Pemikiran Peta Pemikiran Proses

Pemikiran

Kata Kunci Peta Bulatan Mendefinisikan

mengikut konteks

Konteks/ senaraikan, jelaskan, tuliskan semua yang anda tahu, sumbangsaran, kenalpasti, kaitkan dengan pengetahuan sedia ada, meneroka makna/ maklumat.

Peta Buih Menerangkan kata sifat

Terangkan, Jelaskan, Gunakan lima pancaindera untuk menerangkan...., kualiti, sifat, ciri-ciri.

Peta Buih Berganda

Membanding beza

Bandingkan, bezakan, persamaan, bezakan antara...dengan....

Peta Pokok Membuat pengelasan

Kelaskan, asingkan, kategorikan, kenal pasti antara idea utama dan penjelasannya.

Peta Dakap Hubungan seluruh-bahagian

Sebahagian daripada..., tunjukkan struktur...., sambil sebahagian daripada..., kenalpasti struktur, komponen fizikal.

Peta Alir Urutan Susunkan mengikut urutan yang betul, ceritakan/kira semula, kitaran, tunjukkan proses, selesaikan masalah..., mengkaji corak (trend). Peta Pelbagai Alir Sebab dan

kesan

Sebab dan kesan, bincangkan kesan/pengajaran, apakah yang akan berlaku sekiranya....?,

(8)

858

jika...maka...., terangkan perubatan...., kenalpasti pengajarannya, kenalpasti keputusan daripada...., apa yang berlaku jika....

Peta Titi Analogi

(hubungan yang sama, mencari faktor

hubungan)

Kenalpasti perkaitan, meneka peraturan, simbol, kenalpasti perkaitan, meneka peraturan, simbol, analogi, kesetaraan.

(Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum 2012)

PENGAPLIKASIAN PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM P&P MELAYU

Dalam pengajaran bahasa Melayu, penekanan terhadap KBAT melalui penguasaan morfologi dan sintaksis untuk membentuk makna dalam pengucapan dan penulisan perlu diambil perhatian oleh guru yang mana guru perlu menguasai KBAT dengan mendalam. Pelajar juga perlu menguasai kemahiran berfikir bagi menyatakan sesuatu mesej dengan berkesan melalui kemahiran lisan, membaca dan menulis. Kemahiran ini menawarkan peluang kepada guru bahasa Melayu untuk menyebatikan KBAT dalam P&P. KBAT akan menjadi amalan apabila guru dan pelajar mengaplikasikannya dalam bilik darjah melalui aktiviti yang memerlukan penyoalan aras tinggi dan berpusatkan pelajar dengan menggunakan peta pemikiran i-THINK.

Melalui kemahiran membaca contohnya, alat pengurusan grafik digunakan untuk membantu dan mengurus cara berfikir yang lebih tersusun bertujuan untuk memantapkan pemikiran selepas membaca teks (Yahya, 2014). Kemahiran membaca sangat penting kerana merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan. Pengajaran membaca peringkat sekolah menengah mementingkan bacaan teks secara kritis dilaksanakan kerana aktiviti ini dapat membina kecekapan pelajar mengorganisasi kandungan teks dengan berkesan. Kebolehan pelajar menggunakan pengetahuan lalu dalam konteks kemahiran membaca penting bagi memastikan pelajar mampu berfikir dengan kritis apabila membaca teks. Sesuatu idea atau perkara dengan hubungannya dalam pembacaan dengan aspek lain dapat digambarkan dengan jelas melalui kaedah peta pemikiran ini. Pemikiran pelajar dapat difokuskan terutama dalam menetapkan tahap kefahaman masing-masing dalam proses membaca. Pemahaman yang tinggi juga dapat dijana oleh pelajar sekiranya sesuai

(9)

859

dengan kemahiran yang diperolehi. Oleh yang demikian, guru perlu bijak mengatur strategi P&P dengan menggunakan pendekatan dan teknik yang sesuai melalui pengajaran membaca dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, pendekatan dan teknik yang betul menentukan pencapaian pelajar dalam penguasaan kemahiran membaca dengan tepat dan lancar (Bayrei Asrin et. al, 2008).

Manakala menerusi kemahiran menulis pula, kesesuaian mengaplikasikan peta pemikiran i-THINK dilihat daripada aspek keperluan pelajar menghuraikan idea yang bernas melalui penulisannya. Dalam penulisan karangan contohnya, pelajar perlu menghasilkan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif dalam menyatakan isi-isi penting dan untuk mempertahankan hujah-hujahnya. Rajendran (2002) menyatakan bahawa proses mengubah dan mengolah merupakan suatu aktiviti kognitif yang sangat kompleks dan membawa cabaran KBAT kepada pelajar. Hal ini dapat dilihat melalui situasi pelajar yang lebih berminat menjawab soalan-soalan mudah daripada soalan jenis pengalaman berbanding soalan fakta dan pentakrifan. Oleh itu, penggunaan peta pemikiran i-THINK ini diharap dapat membantu pelajar menulis dengan lebih baik. Guru menggunakan peta pemikiran ini untuk melatih pelajar merangka isi-isi penting karangan secara tersusun supaya menunjukkan perkaitan idea dan membantu pelajar menghasilkan penulisan yang berkesan dan bermutu. Hal ini kerana pelajar didapati sukar menggambarkan isi-isi penting yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan.

Guru juga boleh menyebatikan KBAT dengan menggunakan peta pemikiran i-THINK melalui pengajaran tatabahasa. Rajendran (2001) menyatakan bahawa komponen tatabahasa menawarkan peluang yang begitu banyak untuk menyebatikan KBAT dalam P&P. Pelajar perlu menilai, memahami dan membuat rumusan tentang sesuatu peraturan tatabahasa dan bukan hanya sekadar menghafal peraturan tatabahasa sahaja tanpa mengetahui sebabnya. Jika perkara ini diamalkan oleh pelajar, peraturan tatabahasa tersebut akan difahami seterusnya pelajar dapat mengaplikasikan peraturan tatabahasa dengan cara yang betul.

Aktiviti pembelajaran yang menggunakan peta pemikiran i-THINK ini membolehkan pelajar terlibat secara aktif dalam membincangkan isi pelajaran apabila mereka diminta membina sendiri peta pemikiran berdasarkan kefahaman mereka dengan konsep ilmu yang disampaikan oleh guru. Guru bahasa Melayu

(10)

860

boleh melatih pelajar mencari isi penting dengan merujuk kata kunci yang terdapat pada soalan dan bertindak sebagai pemudah cara dengan memberikan kebebasan kepada pelajar menyampaikan idea masing-masing dalam kumpulan yang telah dibentuk. Zamri (2012) berpendapat, proses berfikir lebih berkesan sekiranya isi penting tersebut dikembangkan secara berkumpulan. Aktiviti pembelajaran menggunakan peta pemikiran i-THINK ini juga dapat menggalakkan interaksi antara pelajar dengan ahli kumpulan lain di samping berinteraksi dengan bahan apabila membuat peta pemikiran yang sesuai. Hal ini secara tidak langsung dapat mengelakkan pelajar pasif dan tidak aktif di dalam bilik darjah.

CONTOH PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM P&P BAHASA MELAYU

Penggunaan peta pemikiran i-THINK dalam P&P bahasa Melayu boleh dijalankan dalam banyak aktiviti seperti dalam P&P kefahaman, rumusan, karangan dan komponen sastera. Dalam hal ini kreativiti guru diperlukan bagi memastikan penggunaan peta pemikiran yang sesuai dengan kandungan pelajaran yang akan dipelajari. Guru perlu memastikan bahawa peta pemikiran yang dipilih mampu membantu pelajar memahami kandungan pelajaran yang akan disampaikan dengan berkesan disamping menimbulkan suasana P&P yang menyeronokkan.

Peta Buih Berganda: Penulisan Karangan

Proses Pemikiran: Membanding Beza

Karangan Bergambar Pengenalan Contoh Huraian isi Definisi ringkas Susunan isi penting Karangan Bergambar Definisi Contoh Huraian isi Penutup

(11)

861

KEPENTINGAN PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM P&P BAHASA MELAYU

Setiap kaedah, strategi dan teknik yang digunakan dalam P&P mempunyai kepentingan dan kekurangannya. Antara kepentingan penggunaan peta pemikiran i-THINK ialah memberikan satu alternatif kepada pendekatan pengajaran guru yang lebih berstruktur, praktikal dan bermakna. Guru-guru bahasa Melayu mudah merancang bahan P&P secara sistematik, terancang, serta menyusun maklumat dengan jelas dan teratur.

Penggunaan peta pemikiran i-THINK juga dapat mengukuhkan daya ingatan pelajar tentang isi pelajaran terutamanya sesuatu idea atau konsep yang sukar. Pelajar dapat mengorganisasi maklumat dengan berstruktur, mengingat kembali dan menghasilkan idea baru dengan mudah melalui alat berfikir ini. Penggunaan simbol, warna, gambar dan sebagainya mampu merangsang pemikiran pelajar untuk mempelajari bahasa Melayu dengan baik. Ismail (2009) menyatakan bahawa bahan grafik dan gambar-gambar yang dilukis berupaya merangsang pemikiran pelajar, memudahkan pemahaman dan mengukuhkan daya ingatan pelajar.

Selain itu, peta pemikiran i-THINK dapat menggalakkan pelajar bekerjasama secara aktif dalam pasukan melalui aktiviti perbincangan dan sumbang saran. Contohnya melalui aktiviti membina peta pemikiran serta mencari isi-isi penting berkaitan tajuk yang diberi. Pelajar perlu berbincang dan bertukar

Peta Alir: Penulisan Rumusan

Isi Tersurat Pendahuluan Tukar kata kunci Penanda wacana Enam isi petikan Petikan membincangka n

Dua idea sendiri Kesimpulan...haruslah/agar/sup

aya Penanda wacana/kata

hubung

Isi Tersirat Penutup

(12)

862

idea sesama sendiri bagi mendapatkan jawapan yang tepat. Hal ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan daya fikir dan daya imaginasi pelajar untuk berfikir diluar kotak melalui perkongsian idea tersebut. Santrock (2008) menegaskan bahawa perkara yang penting dalam pengajaran di bilik darjah ialah memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan bakat dan kecerdasan mereka dalam proses pembelajaran.

Keberkesanan pengajaran guru menggunakan alat berfikir ini mampu menarik perhatian dan mendorong pelajar untuk terus memberi tumpuan terhadap pengajaran guru. Pelajar dapat meningkatkan daya pemerhatian dan pemusatan fikiran melalui penggunaan peta pemikiran ini seterusnya dapat menjana idea dengan kreatif dan kritis. Pelajar dapat mengaitkan konsep baru dengan konsep lama yang sedia ada dalam pemikiran mereka serta mengaitkannya ke dalam kehidupan seharian. Apabila pelajar terlibat secara langsung dengan proses pembelajaran, maka pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada mereka (Effandi Zakaria & Abd Razak Habib 2006).

Di samping itu, pelajar juga dapat berinteraksi dengan aktif dalam pelbagai hala sama ada antara pelajar dengan guru mahupun guru dengan pelajar. Hal ini dapat mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar disebabkan kecenderungan guru yang berperanan sebagai pemudah cara dan menjadi tempat pelajar merujuk. Kemahiran komunikasi antara pelajar juga dapat ditingkatkan melalui aktiviti pembelajaran sebegini. Kepelbagaian kaedah dalam P&P dapat mengelakkan pelajar daripada merasa cepat bosan semasa proses P&P berlangsung (Izani, 2010).

Kesimpulannya, peta pemikiran i-THINK dilihat sebagai suatu pendekatan yang membantu ke arah perubahan positif dalam amalan pengajaran guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu. Guru-guru bahasa Melayu perlu mengaplikasikan kaedah ini dalam membantu pelajar mempelajari dan menguasai mata pelajaran bahasa Melayu dengan baik seterusnya melahirkan pelajar yang berkebolehan menyelesaikan masalah, berfikiran kritikal tentang sesuatu isu, dapat berkomunikasi dengan berkesan serta dapat membuat perkaitan antara satu kemahiran dengan kemahiran yang lain. Pelajar yang aktif dalam

(13)

863

mengikuti pengajaran merupakan petanda positif terhadap pencapaian pembelajaran mereka.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, peranan guru bahasa Melayu untuk menyerapkan KBAT melalui aktiviti P&P sangat penting bagi memastikan objektif kurikulum bahasa Melayu tercapai. Guru bahasa Melayu haruslah berusaha dengan gigih mengembangkan kemahiran berbahasa dan potensi berfikir pelajar dengan sentiasa memikirkan dan merancang aktiviti pembelajaran yang mengandungi unsur kreativiti dan inovasi di dalam bilik darjah. Soalan pelbagai aras kognitif harus diberikan kepada pelajar dan bukannya bertumpu kepada soalan kognitif aras rendah dan sederhana sahaja. Teknik penyoalan dengan mengambil kira aras-arasnya sangat membantu merangsang dan mencorakkan pemikiran pelajar untuk berfikir pada aras tinggi seterusnya dapat melahirkan modal insan bertaraf dunia dan menjayakan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi. Hal ini kerana peranan guru bukan hanya sekadar menyampaikan pengajaran seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran tetapi juga menyediakan pelajar ke arah mencapai matlamat pendidikan.

Justeru, pengaplikasian KBAT melalui penggunaan alat berfikir peta pemikiran i-THINK dalam P&P bahasa Melayu mampu membantu pelajar berfikir dengan lebih mendalam dan berkesan. Penggunaan peta pemikiran i-THINK ini dilihat memberikan satu dimensi baru kepada P&P bahasa Melayu di sekolah dan diharap dapat mengubah amalan pengajaran lama oleh guru kerana cara pengajaran menggunakan peta pemikiran i-THINK ini lebih terarah, berfokus dan menyeronokkan yang mana pelajar lebih berkeyakinan dan tidak merasa tertekan sepanjang proses P&P berlangsung. Pengajaran akan lebih berkesan sekiranya guru seronok dalam melaksanakan pengajaran kemahiran berfikir (Samsoo & Nik Suryani Nik Abd Rahman, 2007). Penggunaan peta pemikiran i-THINK juga membolehkan pembelajaran sepanjang hayat diterapkan disamping melengkapkan diri pelajar dengan kemahiran yang tepat bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

(14)

864

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin. (2013). Kurikulum Ke Arah Penghasilan Kemahiran Berfikir Kritis, Kreatif dan Inovatif. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik. Bil 1. Isu. 1.

Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. 2012. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012). Program i-THINK Membudayakan Kemahiran Berfikir. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Brandsford, J. et. al. 2006. Learning Theories and Education: Toward a Decade

of Synergy, In P.A. Alexander & P.H. Winne (eds.). Handbook of Educational Psychology (2nd Ed.). Mahwah, NJ: Erlbaum.

Chew Fong Peng (2011). Tanggapan Guru Terhadap Buku Teks dalam Pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Malaysia. Kertas Kerja dibentangkan di International Conference of Future Education in Global Challenges, Surabaya, Indonesia, 19 Mei 2011.

Effandi Zakaria & Abd Razak Habib. (2006). Kesan Pembelajaran Koperatif Dalam Mata Pelajaran Matematik. Jurnal Teknologi. 45(E). 2006:43-62 .

Hand, Brian. 2004. Cognitive, Constructivist Mechanismes for Learning Science Through Writing. dlm Hand, Brian, Wallace, C.S., dan Prain, Vaughan. Writing and Learning in the Science Classroom. USA: Kluwer Academic Publisher.

Hyerle, D. & Yeager, C. (2007). Thinking Maps: A Language for Learning. US: Thinking Maps. Incorporated.

Ismail Zain. (2009). Kepentingan Peta Minda. Diperoleh pada 5 Februari 2011 daripada

http://www.tutor.com.my/tutor/motivasi/index.asp?pg=artikel/

petaminda1.htm

Izani Daud (2010). Belajar Bahasa dengan Keratan Akhbar. Pelita Bahasa, Mei, 24-25.

Juriah Long. (2010). Senario dan Cabaran Pengajaran, Pembelajaran Bahasa Melayu Masa Kini. Dlm Juriah Long (Pnyt.). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, (17-32). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003a). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

(15)

865

Klien, J.H. & Lee, S. (2006). The Effects of Personality on Learning: The Mediating Role of Goal Setting. Journal of Human Performance. 19(1), 43-66.

Lee Hou Yew & Gan We Ling (2012). Penggunaan Peta Pemikiran i-THINK dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kertas Kerja dibentangkan di Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2012, Bukit Gambang Resort, Oktober 2012.

Nikos J. Mourtos. (2010). Challenges Students Face When Solving Open-Ended Problems. International Journal of Engineering Education. San Jose State University, California. Vol 26, No.4, 846-859.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (2012). Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rajendran, Nagappan. (2001). Pengajaran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Kertas Kerja dibentangkan pada Seminar/Pameran Projek KBKK: Poster 'Warisan-Pendidikan-Wawasan', 1-2 Ogos 2001.

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Samsoo & Nik Suryani Nik Abd Rahman (2007). Factors Influencing Teachers‘ Perceptions on Teaching Thinking: A Case Study in Kuala Lumpur, Malaysia. The 4th International Postgraduate Research Colloquium IPRC Proceedings. International Islamic University Malaysia.

Santrock, J. 2008. Educational Psychology (3rd edition). New York: McGraw Hill. Sharifah Nor Puteh, Nor Adibah Ghazali, Mohd Mahzan Tamyis & Aliza Ali. (2012). Keprihatinan Guru Bahasa Melayu Dalam Melaksanakan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. ISSN: 2180-4842. Vol.2, Bil. 2, 19-31.

Thinking Maps, Inc. (2011). Thinking Maps. Diperoleh pada 29 Mac 2011 daripada http://www.thinkingmaps.com/.

Yahya Othman (2014). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Bahasa Melayu: Peranan Guru. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu Kali Ketiga. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod. (2012). Inovasi P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zarina Ahmad (2008). Persepsi dan Sikap Guru Bahasa Melayu Terhadap Pelaksanan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Bangi: Institut Pendidikan Guru.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil kajian menunjukkan tahap kompetensi guru dari aspek pemahaman (min3.60) dan aspek pengetahuan (min3.35) berada pada tahap sederhana, manakala sikap guru-guru

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah di Daerah Sri Aman terhadap pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT ) iaitu daripada

Ho4:Tidak wujud perbezaan penggunaan peta pemikiran (peta pelbagai alir) terhadap pencapaian murid bagi penulisan ulasan dan karangan Bahasa Melayu dalam pasca ujian

Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan pelajar mengenai nama serta proses pemikiran lapan jenis peta pemikiran i-Think berada pada tahap yang rendah namun pengetahuan

Guru-guru Bahasa Melayu telah memperlihatkan sikap positif tentang kesedaran untuk mengikuti latihan yang berterusan mengenai KBAT supaya mereka dapat menjadi seorang guru

Tambahan pula kajian yang berkaitan dengan tahap kemahiran berfikir secara kreatif dan kemahiran berfikir aras tinggi menggunakan peta minda Buzan telah

Justeru, menyedari kepentingan kemahiran berfikir dalam kalangan guru pelatih, kajian ini bertujuan meninjau tahap penggunaan peta pemikiran i-THINK guru pelatih dalam amalan pedagogi

Kerangka pemupukan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik tambahan ABSTRAK Artikel konseptual ini membincangkan tentang pendekatan yang dapat