• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENGENAL PASTI TAHAP KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI MURID MENGGUNAKAN PETA PEMIKIRAN DALAM SUBJEK SAINS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MENGENAL PASTI TAHAP KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI MURID MENGGUNAKAN PETA PEMIKIRAN DALAM SUBJEK SAINS"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

16

MENGENAL PASTI TAHAP KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI MURID MENGGUNAKAN PETA PEMIKIRAN DALAM SUBJEK SAINS

Site Hadijah Bt Harun2 & Razali Bin Hassan,Phd

IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka &Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Abstrak

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid tahun 5 dengan penggunaan Peta Pemikiran dalam subjek Sains. Kajian berbentuk kuasi eksperimental dengan pendekatan kuantiatif. Ujian pra dan ujian pos telah dijalankan terhadap 142 peserta kajian yang terdiri daripada murid tahun 5. Satu set borang soal selidik dan satu set ujian pencapaian pra dan pos digunakan untuk menentukan sejauh mana penggunaan Peta Pemikiran memberi kesan terhadap tahap KBAT murid tahun 5 dalam subjek Sains. Tatacara penganalisisan data adalah menggunakan analisis deskriptif. Hasil dapatan kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan tahap KBAT kumpulan rawatan berada pada tahap rendah iaitu min skor keseluruhan (2.183) manakala hasil analisis dapatan ujian pra pencapaian juga menunjukkan tahap KBAT berada pada tahap rendah dengan min markah (24.196%). Selepas rawatan dilaksanakan tahap KBAT kumpulan Rawatan berada pada tahap tinggi iaitu min skor keseluruhan (3.718) manakala hasil analisis dapatan ujian pos pencapaian juga menunjukkan tahap KBAT berada pada tahap sederhana dengan min markah (52.620%). Ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam pencapaian murid selepas rawatan dilaksanakan mengguna alat befikir iaitu Peta Pemikiran.

Kata kunci:Kemahiran berfikir aras tinggi, peta pemikiran dan subjek sains

1.0 PENGENALAN

Pembangunan modal insan merupakan salah satu teras Transformasi National dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013), yang berfokus kepada meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi serta memupuk minda warga kelas pertama. Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara

Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mula memperkenalkan kemahiran berfikir kreatif dan kritis di dalam program Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) pada tahun 1994. Guru telah diperkenalkan kepada pelbagai alat maju 2025. berfikir. Walau bagaimanapun, dapatan kajianlepas telah menunjukkan bahawaguru kurang kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

(2)

17

Pengajaran di dalam bilik darjah banyak berpusatkan kepada guru dan menjurus ke arah persediaan peperiksaan. Kesemua dapatan ini telah mendorong pihak KPM memantapkan lagi usaha ke arah menghasilkan modal insan yang kreatif dan berinovatif maka terhasil program i-Think, memberi pendedahan kepada alat berfikir yang baharu iaitu Lapan Peta Pemikiran. Usaha ini adalah bagi menghadapi cabaran abad ke-21 yang memerlukan seseorang yang mampu berfikir pada aras tinggi.(Bahagian pembangunan Kurikulum, 2012). Oleh itu, untuk mencapai matlamat ini makamemerlukanpenerapanbudayaberfikirdalamkalanganwargasekolah

Diketahui bahawapencapaianMalaysiadalamTrendsin Mathematics and Science Study (TIMSS) bagi tahun 2007, untuk mata pelajaran Matematik adalah pada kedudukan ke-20. Manakala kedudukan Malaysia dalam mata pelajaran Sains adalah berada pada kedudukan ke-21 dalam kalangan 49 buah negara. Selain itu laporan Program for International Student Assessment (PISA) tahun 2009 menunjukkan prestasi Malaysia berada pada kedudukan ke-57 bagi Matematik. Manakala mata pelajaran Sains berada pada kedudukan ke-55 dalam kalangan 74 buah negara. (BahagianpembangunanKurikulum,2012).

Kemahiran berfikir amat diperlukan dalam pendidikan bertaraf dunia masa kini yang boleh menjana pemikiran modal insan generasi masa kini dengan mengamalkan budaya berfikir secara kritis, kreatif dan berinovasi. Ini adalah kerana kemampuan berfikir secara kreatif, kritis dan berinovasi atau dikatakan kemahiran berfikir aras tinggi ini mampu melahirkan modal insan yang dapat bersaing bukan sahaja diperingkat negara tetapi di dalam dunia global. Maka untuk mencapai hasrat ini, pihak Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan satu alat berfikir yang terbaharu di peringkat sekolah untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru dan murid iaitu penggunaan Peta Pemikiran.

Diperjelaskan oleh George (dalam Nor dan Mohd Ramli, 1998) iaitu pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks. De Bono (1997) mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk

(3)

18

menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Tambahan pula, seseorang yang mempunyai pemikiran lateral akan menggunakan maklumat dengan cara yang berbeza, sama ada maklumat itu betul atau salah, tidak menjadi halangan untuk mereka membuat peralihan konsep lama kepada konsep baharu di samping mencari alternatif baharu. Kemahiran berfikir kritis dan kreatif ini boleh dikuasai oleh murid melalui kaedah pengajaran yang berkesan seperti penggunaan alat-alat berfikir yang sesuai dan tepat serta rangsangan dan latihan yang diberikan. Seterusnya murid mengaplikasikan dalam corak pembelajaran harian mereka maka kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang optimum dapat dicapai.

Dalam kontek ini, satu daripada inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran ialah program ‗i –Think‟ yang bertujuan untuk menyebatikan dan membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi dengan menggunakan alat berfikir iaitu Peta Pemikiran dalam kalangan guru dan murid. Program ini telah diperkenalkan secara rasmi pada tahun 2011. Menurut Bahagian Perkembangan Kurikulum (2012), Peta Pemikiran bukan kurikulum yang baru tetapi merupakan alat berfikir yang membolehkan guru menyampaikan kurikulum yang sedia ada dalam bentuk yang lebih mudah (Bahagian Perkembangan Kurikulum, 2012).

Peta Pemikiran merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi keperluan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi murid. Seperti mana menurut Bahagian Perkembangan Kurikulum (2012) iaitu berdasarkan kajian kecerdasan, Peta Pemikiran telah menggabungkan proses pembelajaran secara kognitif dan persembahan maklumat secara visual dalam bentuk grafik. Sehubungan itu diharapkan proses berfikir menjadi satu budaya apabila guru dan murid mengamalkan kemahiran berfikir dan menaakul semasa pengajaran dan pembelajaran. Peta Pemikiran adalah alat yang boleh membantu guru dan murid melaksanakan aktiviti kemahiran berfikir dan menaakul ini. (Bahagian Perkembangan Kurikulum, 2012).

Seterusnya, rasional kajian ini ialah untuk mengenal pasti kemahiran berfikir aras tinggi menggunakan Peta Pemikiran sebagai alat berfikir dalam

(4)

19 kalangan murid sekolah.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Maidinsah & Merza, 2001; Syed Anwar & Merza (2000) dalam Maidinsah (2004), menyatakan bahawa hasil amalan pembelajaran dan pengajaran matematik dan sains yang berlaku di sepanjang persekolahan nampak kurang berkesan untuk memperkembangkan tahap penaakulan kepada pemikiran aras tinggi.

Laporan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (1992) menyatakan bahawa pada keseluruhannya murid masih mengamalkan strategi pembelajaran secara menghafal. Laporan ini disokong oleh hasil dapatan kajian Khoo dan Kassim (dalam Khoo, 2008) iaitu masalah wujud kerana murid terlalu didedahkan dengan kaedah pembelajaran yang menjurus pada peperiksaan. Punca ini menyebabkan pemikiran kritis jarang diterokai oleh murid kerana mereka tidak mempunyai kemahiran ini (Abdul Shukor & Ismail, 2005 dalam Khoo,2008). Faktor ini selari dengan kajian Schafersman (1991) dalam Khoo (2008) dengan mengatakan bahawa 40% daripada murid yang berusia tujuh belas tahun tidak mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi.

Dapatan ini dikukuhkan lagi dengan laporan kajian keperluan oleh Perunding Kestrel Education (UK) dan 21 Centruy Schools (USA) yang dibentangkan pada 2 November 2011 mendapati bahawa pemikiran aras tinggi dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah. (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2012). Pada 27 Julai 2011 Mesyuarat di antara Agensi Inovasi Malaysia (di bawah Jabatan Perdana Menteri) dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju melaksanakan program i-Think dengan merintis 10 buah sekolah di Malaysia. Program ini akan dipeluaskan kepada 1,000 sekolah pada tahun 2013 dan seterusnya semua sekolah akan melaksanakan program ini pada tahun 2014. (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2012).

Oleh itu Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012), menekankan bahawa Program i-Think merupakan satu program yang bertujuan

(5)

20

mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir di dalam pengajaran dan pembelajaran disamping melaksanakan aktiviti kemahiran aras tinggi

3.0 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Kerangka Konseptual Kajian dalam rajah 3.1 yang telah dibina oleh penyelidik adalah mengikut keperluan kajian ini berdasarkan Model Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif, Model Operasi Metakognitif, Taksonomi Bloom oleh dan teori alat berfikir iaitu Peta Pemikiran yang telah diadaptasikan.

Rajah 3.1: Kerangka Konseptual Kajian

4.0 TUJUAN

Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk mengkaji samada Peta Pemikiran dapat meningkatkan kemahiaran berfikir aras tinggi murid tahun 5 dalam subjek Sains. Kesan yang diteliti adalah berdasarkan Aras Taksonomi Bloom (2001) mencakupi konstruk menganalisis, konstruk menilai dan mencipta.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Mengenal pasti tahap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid tahun 5 dalam subjek sains.

Alat Berfikir:Peta Pemikiran 1.Peta Bulatan 2.Peta Dakap 3.Peta Titi 4.Peta Alir

5.Peta Pelbagai Alir 6.Peta Buih Berganda Thinking Map, David (2006)

Kemahiran Berfikir aras tinggi (KBAT)

 Menganalisis

 Menilai

 Mencipta

Taksoomi Bloom, Anderson & Krathwohl (2001) dan Ahmad Seif(2012) 1. Pencapaian Sains 2. Kemahiran Berfikir aras Tinggi

(6)

21

5.1 PERSOALAN KAJIAN

i) Apakah tahap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid tahun 5 sebelum dan selepas penerapan Peta Pemikiran?

ii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan min markah ujian pos pencapaian antara kumpulan Kawalan dan kumpulan Rawatan?

6.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Dalam bahagian kepentingan kajian, menurut Yusof (2003), setiap penyelidik perlu menghuraikan mengapa sesuatu kajian itu dianggap penting Sehubungan itu, Creswell (1994) juga telah menyarankan supaya kepentingan kajian dinyatakan dari tiga aspek iaitu penambahan ilmu dan literatur,

penambahbaikan amalan dan pembentukan dasar.

Tambahan pula kajian yang berkaitan dengan tahap kemahiran berfikir secara kreatif dan kemahiran berfikir aras tinggi menggunakan peta minda Buzan telah dilaksanakan tetapi kajian mengenai tahap kemahiran berfikir aras tinggi dengan mengguna Peta Pemikiran belum lagi dilaksanakan kerana Peta Pemikiran ini baharu diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 2011. Selari dengan matlamat Kementerian Pendidikan yang menekankan penguasaan KBAT dalam kalangan guru dan murid masa kini.

Berdasarkan penyataan Creswell (1994) dan Yusof (2003) maka sesuai dengan tujuan kajian ini, kerana mempunyai kesignifikannya dari aspek teori, dan amalan guru semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, dapatan kajian ini penting dalam memberi sumbangan kepada pihak-pihak tertentu terutamanya guru, pelajar, pembuat dasar pendidikan dan para penyelidik pendidikan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah terutama dalam mata pelajaran Sains.

7.0 REKA BENTUK KAJIAN

Menurut Konting (2005), reka bentuk kajian kuasi eksperimental merupakan rangkaian konsep bila mana eksperimen dijalankan. Menurut Ahmad Mahzan (1995) kaedah penyelidikan kuasi eksperimental ini melibatkan dua kumpulan yang dijadikan bahan kajian iaitu kumpulan

(7)

22

rawatan dan kawalan. Dua bentuk perbandingan dilakukan iaitu perbandingan pada kumpulan sebelum rawatan dan selepas rawatan dan perbandingan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan (Wiersma 2000). Reka bentuk ini mengungkap hubungan antara dua pembolehubah atau lebih, atau mencari pengaruh satu pembolehubah pada pembolehubah yang lain. Penyelidik secara sistematiknya memperkenalkan olahan ke dalam sesuatu fenomena dan mengamati perubahan yang berlaku ke atas fenomena tersebut.

Kajian kuasi eksperimental memberikan lebih kepastian berbanding kepastian yang dicapai dengan menggunakan kaedah bukan eksperimental di mana penemuan tentang hubungan yang dijangka adalah sah secara empirikal (Konting, 2005).

Jadual 8.1 menunjukkan Reka Bentuk kajian kuasi eksperimental yang dilaksanakan oleh penyelidik selama tiga bulan dalam proses untuk mendapatkan hasil dapatan kajian.

Jadual 3.1: Reka Bentuk Kajian Kuasi Eksperimental

Kumpulan Sebelum Semasa Selepas

Kumpulan Rawatan soal selidik X Peta Pemikiran soal selidik Ujian pra pemcapaian Ujian pos pencapaian Kumpulan Kawalan soal selidik Y (Tradisional) soal selidik Ujian pra pencapaian Ujian pos pencapaian

X : Penggunaan M3P (Pengenalan kepada Peta Pemikiran selama dua bulan Pengajaran menggunakan Alat Berfikir Peta Pemikiran selama sebulan) Y : Pengajaran menggunakan kaedah tradisional selama sebulan.

8.0 SAMPEL KAJIAN

Menurut Babbie (2001), penyelidikan kuasi eksperimental biasanya dilakukan dalam skop yang kecil maka dengan itu sampel kajian dipilih melalui persampelan mudah yang terdiri daripada 144 orang murid Tahun 5. Selari dengan pendapat Wimmer dan Dominick (2003), jumlah minimum

(8)

23

subjek dalam kaedah kuasi eksperimental adalah antara 40 hingga 50 orang. Oleh itu, penyelidik menetapkan bilangan peserta kajian dalam kumpulan Rawatan iaitu seramai 84 orang yang terdiri daripada 34 orang murid lelaki dan 50 orang murid perempuan yang telah mengikuti pembelajaran Sains mengguna Peta Pemikiran. Manakala kumpulan Kawalan seramai 60 orang terdiri daripada 44 orang murid lelaki dan 16 orang murid perempuan yang akan belajar mata pelajaran Sains mengguna kaedah tradisional seperti dalam Jadual 9.1 di bawah.

Jadual 9.1 Taburan Sampel Kajian

Kumpulan Kaedah Pengajaran

Bilangan Murid

Bilangan Murid

Mengikut Jantina Jumlah Keselurunan Lelaki Perempuan

Rawatan M3P 84 34 50 84

Kawalan Traditional 60 44 16 60

9.0 INSTRUMEN KAJIAN

Alat kajian penting untuk menentukan objektif sesuatu penyelidikan dapat dicapai. Menurut Wiersma (2000) alat kajian dapat mengukur sesuatu pembolehubah dan dapat menjawab persoalan yang dikemukakan dengan tepat. Dalam kajian ini, dua instrumen digunakan oleh penyelidik. Dimulakan dengan instrumen pertama Ujian Pra dan Ujian Pos. Kemudian diikuti instrumen kedua iaitu satu set borang soal selidik yang mengandungi item-item mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

10.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian untuk kedua dua persoalan kajian adalah seperti berikut:

Persoalan kajian 1:

Apakah tahap KBAT murid tahun lima untuk kumpulan Rawatan dan kumpulan Kawalan dalam menyelesaikan masalah Sains?

(9)

24

Jadual 11.1 menunjukkan min skor KBAT murid dalam menyelesaikan masalah Sains mengikut aras menganalisis, aras menilai dan aras mencipta.

Jadual 11.1: menunjukkan tahap KBAT dalam menyelesaikan masalah Sains

Kum pulan

min skor KBAT

Keseluruh an tahap skor KBAT min markah Ujian % mengan

alisis menilai mencipta Pra Pos

KR 2.160 2.204 2.204 2.183 Rendah 24.196

3.676 3.731 3.771 3.718 Tinggi 52.620

KK 1.750 1.717 1.745 1.741 Rendah 21.300

1.924 1.812 1.848 1.876 Rendah 20.100

Hasil analisis dapatan kajian, menunjukkan bahawa tahap KBAT kumpulan Rawatan sebelum rawatan diberikan berada pada tahap rendah untuk setiap aras dengan min skor aras menganalisis (2.160), min skor aras menilai (2.204) dan min skor aras mencipta (2.204). Secara keseluruhannya tahap KBAT kumpulan Rawatan berada pada tahap rendah iaitu min skor keseluruhan (2.183). Manakala hasil analisis dapatan ujian pra pencapaian juga menunjukkan tahap KBAT berada pada tahap rendah dengan min markah (24.196%).

Sebaliknya terdapat peningkatan tahap KBAT kumpulan Rawatan ini iaitu daripada tahap rendah kepada tahap yang tinggi untuk setiap aras selepas rawatan diberikan dengan min skor aras menganalisis (3.676), min skor aras menilai (3.731) dan min skor aras mencipta (3.771). Secara keseluruhannya tahap KBAT kumpulan Rawatan berada pada tahap tinggi iaitu min skor keseluruhan (3.718). Manakala hasil analisis dapatan ujian pos pencapaian juga menunjukkan tahap KBAT berada pada tahap sederhana dengan min markah (52.620%), ini menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian murid selepas rawatan menggunakan M3P digunakan.

Dalam pada itu, hasil analisis dapatan kajian untuk kumpulan Kawalan menunjukkan keputusan yang sebaliknya berlaku bagi ketiga tiga aras KBAT iaitu tidak ada peningkatan tahap kepada min skor setiap aras.

(10)

25

Seperti min skor aras menganalisis (1.750), min skor aras menilai (1.717) dan min skor aras mencipta (1.745). Secara keseluruhannya tahap KBAT kumpulan Kawalan berada pada tahap rendah iaitu min skor keseluruhan (1.741). Walaupun terdapat sedikit peningkatan dari segi min skor selepas kali kedua diuji tetapi nilai min skor ini masih berada pada tahap rendah. Manakala hasil analisis dapatan ujian pra pencapaian dengan min markah (21.300%) dan ujian pos pencapaian dengan min markah (20.100%) juga menunjukkan tahap KBAT berada pada tahap rendah. Kesimpulannya didapati tidak ada peningkatan yang berlaku kepada pencapaian murid dan tahap KBAT dengan mengguna kaedah traditional.

Persoalan kajian 2

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan min markah ujian pos pencapaian antara kumpulan Kawalan dan kumpulan Rawatan?

Hasil dapatan ini ditunjukkan dalam jadual 11.2 yang mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan min markah ujian pos pencapaian antara murid kumpulan Rawatan dengan (min skor =54.136, s.p=14.104) dan kumpulan Kawalan dengan (min skor =20.100, s.p=5.278); di mana nilai t (142) = 17.808, p=0.01, (p <0.05) selepas M3P digunakan oleh kumpulan Rawatan (KR) pada aras signifikan α = 0.05 adalah ditolak. Jadual 5.2: Menunjukkan perbezaan skor markah KBAT ujian pos

kumpulan Kawalan(KK) dan kumpulan Rawatan (KR) selepas Peta Pemikiran digunakan

Kumpulan n min sp nilai -t p

Rawatan (KR) 84 54.136 14.104

17.808 0.001 Kawalan (KK) 60 20.100 5.278

Perbezaan Min 34.036

Maka dengan itu hipotesis Ho(4) ditolak iaitu terdapat perbezaan yang

signifikan min markah KBAT sains dalam ujian pos kumpulan Rawatan dan kumpulan Kawalan selepas Peta Pemikiran digunakan oleh kumpulan Rawatan. Ini bermakna secara statistiknya di dapati bahawa pencapaian

(11)

26

KBAT murid kedua-dua kumpulan Kawalan (KK) dan Rawatan (KR) adalah berbeza dengan signifikan (p=0.001) selepas Peta Pemikiran digunakan oleh kumpulan Rawatan. Nilai perbezaan min 34.036 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dan peningkatan yang ketara kepada KBAT murid kumpulan Rawatan selepas Peta Pemikiran digunakan. Manakala murid kumpulan Kawalan masih berada pada tahap rendah selepas pengajaran secara traditional dilaksanakan.

11.0 PERBINCANGAN

Hasil dapatan mendapati Peta Pemikiran yang diaplikasikan oleh guru-guru dapat memberi impak terhadap peningkatan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan murid.Implikasi ini memberikan kesan yang baik terhadap pengetahuan, kemahiaran berfikir kritis dan kreatif dan kemahiran metakognitif . Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, peranan Peta Pemikiran amat penting dalam memberikan implikasinya kepada guru dan murid. Devito (1990) menyatakan bahawa sekiranya guru ingin melihat murid mereka kreatif, guru tersebut perlu melakukannya dahulu supaya menjadi panduan kepada murid mereka. Telah terbukti dalam kajian ini dimana hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap KBAT dan tahap pencapaian murid yang belajar secara tradisional dengan murid yang belajar menggunakan Peta Pemikiran. Tahap pencapaian murid dan tahap KBAT meningkat selepas Peta Pemikiran diaplikasikan oleh guru di dalam kelas.

Di sokong oleh Hasan, A.F (1998 dalam Arshad & Siti Hajar, 2010) yang menyatakan bahawa guru yang kreatif memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pencapaian untuk mana-mana mata pelajaran yang diajar di sekolah. Ini membuktikan bahawa amat penting guru yang kreatif dan berkemahiran berfikir aras tinggi bertanggung jawab dalam melahirkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi. Aplikasi Peta Pemikiran dalam kelas melibatkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara hands-on ini telah dibuktikan dalam kajian ini yang memerlukan murid melengkapkan lembaran kerja Peta Pemikiran bersama guru yang berperanan sebagai fasilitator. Hasil daripada pendekatan

(12)

27

berbentuk Hands-on ini dapat meningkatkan KBAT murid, yang mana telah dibuktikan dalam hasil dapatan kajian ini. Oleh itu, guru mempunyai tanggung jawab yang berat dalam mewujudkan suasana yang positif bagi menggalakkan murid berfikir.

Secara keseluruhannya, tahap KBAT murid adalah pada tahap sederhana. Oleh itu, usaha yang berterusan perlu dilakukan daripada beberapa pihak seperti kementerian pendidikan, pentadbir sekolah dan guru dalam menggalakkan murid berfikir pada aras tinggi.

Rujukan

Anderson, W. & Krathwohl, D. R. (2001) Eds., A Taxonomy for Learning, Teaching, and Assessing: A Revision of Bloom's Taxonomy of Educational Objectives, New York: Longman

Arshad, M.S dan Alias, S.T. (2010). Tahap kreativiti di kalangan pelajar program sains di fakulti pendidikan:Jurnal Pendidikan.

Babbie, E. (8th Ed.). (2001). The Practice of Social Research. Belmont:Wadsworth.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012). Membudayakan Kemahiran Berfikir: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Chua, Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan. Buku 2. Malaysia:Penerbit Mc Graw-Hill Sdn.Bhd.

Creswell, J.W. (1994). Research design: qualitative and quantitative approaches. New Jersey:Pearson Prentice Hall.

Creswell, J.W. (3rd. ed). (2008). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research NJ:Pearson Education International & Distributors Sdn. Bhd.

De Bono, E. (1997). Pemikiran Lateral. Kuala Lumpur:Golden Books Centre Sdn. Bhd

Devito, A dan Krockover, G.H. (2nd ed.) (1980) Creative Sciencing: A Practical Approach. Boston:Little Brown.

Hamidah Maidinsah (2004) Kesan kaedah pengajaran metakognisi-inkuiri terhadap prestasi dalam matematik dan penaakulan saintifik di kalangan pelajar diploma. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia (tidak diterbitkan).

Hassan, A. & Mohd, A. (2003). Mendorong Kreativiti Kanak-kanak. Pahang:PTS Publication & Distribution Sdn. Bhd.

(13)

28

Hyerle, D. & Alper, L. (2011). Student Successes With Thinking Maps. United States Of America:Publication Data.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepasan Menengah). Putrajaya:Kementerian Pendidikan Pendidikan.

Khoo Yin Yin (2008) Keberkesanan Kaedah Penyelesaian Masalah Secara Kolaboratif Dalam Kalangan Pelajar Ekonomi. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia (tidak diterbitkan).

Konting, M.M. (2005). Kaedah penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohammad Yusof Arshad, Siti Hajar Alias (2010) Tahap Kreativiti Di kalangan Pelajar Program Sains Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal, Universiti Teknologi Malaysia.

Nor, S. dan Mohd Ramli, M.D. (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Petaling Jaya:Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. TIMSS. (2007). Analysis of Trends in International Mathematics and Science

Study at the Fourth and Eight Grades. Boston, USA:TIMSS & PIRLS. Wiersma, W. (2000). Research methods in education: An introduction. 7th

edition. Boston:Allyn and Bacon.

Wimmer, R.D. & J. R. Dominick. (6th Ed.). (2000). Mass Media Research: An Introduction Belmont, CA:Wadsworth

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil uji diatas diperoleh bahwa jumlah kredit yang disalurkan berpengaruh terhadap laba dikarenakan hasil keuntungan yang diperoleh dalam bentuk bunga pinjaman

Kandungan logam berat Pb, Cu dan Zn pada kepah didapat hasil yang berbeda antara daging dan cangkang. Logam Pb tertinggi terdapat dalam cangkang, sedangkan

Hal ini dikuatkan oleh penelitian Effendy (2007) dalam tesisnya tentang “Faktor-faktor yang mempengaruhi Persepsi Para Muzakki Baznas-Dompet Dhuafa untuk Berwakaf Melalui

Penulis sangat berterima kasih atas partisipasi dari berbagai pihak yang telah banyak membantu baik moril maupun materil sehingga penulis dapat menyelesaikan skripsi yang berjudul

Elemen dasar atau parameter proses gurdi pada dasarnya sama dengan parameter proses pemesinan yang lain, akan tetapi dalam proses gurdi selain kecepatan potong, gerak makan,

Usulan perbaikan pada aktivitas proses perbaikan preventive mesin filling packing berdampak pada pengurangan waktu sebesar 132,03 menit, sehingga keterlambatan

Jadi yang penulis maksud dengan penerapan strategi pembelajaran aktif pada mata pelajaran Fiqih di MTs Ma`arif NU 12 Arenan dalam penelitian ini adalah

Dalam melakukan penyidikan terkait kasus penyalahgunaan narkotika ini belum terjadi, masih dalam tahap penyelidikan, untuk penyidikan di serahkan ke BNN Provinsi