• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kepuasan Pengisian Masa Senggang Dan Aspirasi Kerjaya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kepuasan Pengisian Masa Senggang Dan Aspirasi Kerjaya"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Kepuasan Pengisian Masa Senggang Dan Aspirasi Kerjaya

Mahiran Mohamed, Mohd Amar Md. Arif, Izzati Mohd Yusop & Mohd Mahzan Awang Fakulti Pendidikan, UKM

______________________________________________________________________________

ABSTRAK

Kajian ini adalah kajian tinjauan yang bertujuan untuk melihat tahap kepuasan pengisian masa senggang dalam kalangan mahasiswa dari dua buah universiti di Malaysia dan China. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara kepuasan pengisian masa senggang dengan aspirasi kerjaya, membandingkan kepuasan masa senggang dengan aspirasi kerjaya antara mahasiswa Malaysia-China dan mengenal pasti tahap kepuasan pengisian masa senggang mengikut enam aspek iaitu fisiologikal, psikologikal, pendidikan, estetika, sosial dan kesantaian. Sampel kajian terdiri daripada 40 pelajar dari Malaysia dan 40 pelajar lagi dari China. Sampel pelajar yang dipilih dilakukan secara rawak. Data dari pelajar diperoleh dengan menggunakan soal selidik. Soal selidik yang digunakan oleh pengkaji adalah soal selidik yang dibina dan diubah suai dari beberapa instrumen yang terdahulu. Statistik deskriptif digunakan bagi menjawab persoalan kajian manakala statistik inferens iaitu ujian korelasi digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Secara keseluruhan, keputusan kajian ini menunjukkan bahawa kepuasan pengisian masa senggang memainkan peranan yang penting dalam aspirasi kerjaya. Kepuasan pengisian masa senggang didapati mempunyai perkaitan yang signifikan (α = 0.05) dengan aspirasi kerjaya. Kesemua aspek kecuali estetika menunjukkan tahap yang tinggi bagi kepuasan pengisian masa senggang dalam kalangan mahasiswa Malaysia-China. Aktiviti masa senggang menyediakan satu platform tambahan kepada pelajar-pelajar dalam menentukan hala tuju kerjaya dan menilai kesesuaian pekerjaan dengan konsep kendirinya. Implikasi untuk kaunselor-kaunselor kerjaya diperbincangkan. Kata kunci : masa, senggang, aspirasi kerjaya

______________________________________________________________________________

Pengenalan

Kesenggangan sering dilihat sebagai aktiviti atau program masa lapang. Ia merupakan aktiviti pengisian yang memberi keseronokan serta kegembiraan kepada individu yang terlibat. Aktiviti senggang adalah masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan memberi kepuasan kepada seseorang individu (Mohd Syamsul, 2001). Witt dan Ellis (1987) telah mengambil pandangan holistik masa senggang dengan menekankan '' keadaan fikiran'' sebagai kunci kepada pemahaman senggang. Pengisian masa senggang adalah satu aspek yang penting kepada golongan belia kerana mereka dapat mengenali identiti diri, pembangunan kerjaya dan menyediakan konteks pelengkap dalam pemahaman diri individu belia (Armstrong dan Pusingan 2008; Munson dan Savickas, l998). Minat yang ditonjolkan dalam aktiviti masa ___________________________________________

*Corresponding author. Tel: +6013-2843549 E-mel: mahiran1221@gmail.com

(2)

senggang berkait rapat dengan kerjaya yang akan diceburi kelak (Staines, 1980). Belia yang dapat merancang pilihan aktiviti masa senggang masing-masing menunjukkan keupayaan untuk membuat keputusan yang boleh meningkatkan proses komitmen kerjaya. Kerjaya merupakan satu perkara penting untuk difikirkan oleh setiap individu kerana kehidupan masa hadapan seseorang berkait rapat dengan bidang kerjaya yang dipilihnya. Pemilihan kerjaya adalah suatu proses yang berterusan bermula dengan persepsi kanak-kanak terhadap dunia pekerjaan dan kemudiannya berkembang hingga ke peringkat remaja dan awal dewasa (Fouad dan Bynner, 2008). Aspirasi atau cita-cita menjadi daya penggerak yang pertama ke arah sesuatu bidang kerjaya yang diinginkan.

Sorotan Literatur

Teori perkembangan kerjaya juga dikenali sebagai teori pendekatan proses, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu teori perkembangan, teori ini memberi penekanan kepada proses perkembangan kerjaya itu sendiri berasaskan faktor masa. Antara teori yang dikategorikan sebagai perkembangan kerjaya ini ialah Teori Pekembangan Kerjaya Ginzberg, Teori Perkembangan Kerjaya Ann Roe dan Teori Perkembangan Kerjaya Super. Teori perkembangan kerjaya Ginzberg merupakan hasil usahasama empat orang pakar daripada bidang ekonomi, sosiologi, dan psikologi (Ginzberg et al., 1971). Mengikut teori ini, seseorang itu bergerak mengikut beberapa peringkat yang berkaitan antara satu sama lain. Proses pemilihan kerjaya yang merupakan suatu pilihan semasa dianggap sebagai perkara terpenting dan menjadi fokus dalam teori ini. Nilai, keadaan persekitaran sebenar, atribut psikologi dan peluang pendidikan serta pencapaian memberi kesan kepada proses pemilihan ini dan kerana itu faktor-faktor ini perlu diambil kira semasa membuat pemilihan kerjaya. Ginzberg et al. (dalam Weinrach, 1979) telah merumuskan teori perkembangan kerjaya mereka yang mengandungi empat unsur penting. Unsur pertama ialah pemilihan kerjaya yang merupakan satu proses perkembangan yang secara tipikal berlaku dalam satu jangka masa yang lebih dari sepuluh tahun. Menurut Ginzberg (1979), pemilihan kerjaya merupakan satu proses perkembangan yang berlaku dalam suatu jangka masa tertentu yang melebihi 10 tahun.

Pada tahun 1952, Donald E.Super telah memperkenalkan teori ini yang bersumberkan konsep-konsep kendiri yang ada dalam diri seseorang yang mempengaruhi pemilihan kerjaya

(3)

dan kepuasan terakhir kerjaya seseorang.Pemilihan kerjaya yang dibuat oleh individu akan mencerminkan kesesuaian dengan konsep kendiri seseorang dan akan dapat memberikan kepuasan maksimum bagi satu-satu pengalaman alam kerjaya seseorang individu.teori ini asalnya dikatakan idea daripada rakan seangkatan Super iaitu Ginzberg (1951), tetapi Super menjadikannya lebih kompleks dengan menambahkan beberapa aspek seperti sosial, perkembangan dan psikologi. Menurut Super, konsep kendiri pekerjaan seseorang terbina melalui pertumbuhan fizikal dan mental, pemerhatian terhadap kerja, mengenal pasti melalui kerjaya orang dewasa dan pengalaman-pengalaman umum yang diperoleh mereka. Menurut Super lagi, apabila pengalaman dan pengetahuan semakin berkembang dalam hubung kait dengan dunian pekerjaan,maka semakin sukar konsep kendiri pekerjaan seseorang. Oleh sebab itu, Super lebih gemar menggunakan pendekatan berbanding menggunakan teori. Super mencadangkan pendekatan yang dibawanya boleh diberikan nama differential iaitu perbezaan, development iaitu perkembangan dan social phenomenological psychology iaitu fenomena psikologi sosial. Super juga telah mengambil kira empat unsur yang utama dalam pendekatannya iaitu peringkat hidup semasa mencari vokasional, kematangan vokasional, pemindahan konsep kendiri kepada konsep kendiri vokasional dan corak kerjaya itu sendiri. Menurut Super, konsep kendiri sebenarnya adalah penilaian individu terhadap dirinya sendiri dengan mencari kekuatan dan kelemahan yang ada dari aspek kematangan fizikal, mental, emosi, potensi diri, bakat semula jadi, minat, nilai, kendiri moral dan etika, kendiri keluarga, kendiri sosial, tingkah laku dan kepuasan kendiri itu sendiri. Penilaian individu ini dilakukan secara semula jadi, kadangkala disedari dan tanpa disedari. Dengan kata lain, individu akan mencari dirinya, memahami dirinya, dan akan bertindak mengikut kemampuan dirinya. Oleh yang demikian, individu yang mempunyai konsep kendiri positif akan selalu dikaitkan dengan pencapaian akademik yang tinggi, pemilihan kerjaya yang baik dan gaya kepimpinan yang cemerlang manakala individu yang mempunyai konsep kendiri yang rendah akan dikaitkan pula dengan pencapaian akademik yang rendah, kerjaya yang kurang baik dan dan tidak stabil serta gaya kepimpinan yang lemah serta kucar kacir. Berdasarkan konsep dan fakta di atas, Super dalam Brown dan Brooks (1984) telah membahagikan perkembangan konsep kendiri kepada lima peringkat, iaitu peringkat pertumbuhan (lahir - 14 tahun), peringkat penerokaan (15-24 tahun), peringkat pengukuhan (25-44 tahun), peringkat pengekalan(45-64 tahun) dan peringkat penurunan (65 ke atas). Menurut

(4)

Super, peringkat-peringkat ini pula akan banyak mempengaruhi pemilihan dan kestabilan kerjaya seseorang individu.

Jika peringkat-peringkat perkembangan konsep kendiri ini tidak berjalan dengan lancar, maka individu dijangkakan akan menghadapi kesukaran dalam menentukan proses pemilihan kerjaya pada peringkat seterusnya yang pada akhirnya individu sukar untuk memperoleh kepuasan dalam kerjayanya. Sebaliknya, jika peringkat-peringkat ini berlaku dengan cemerlang, dengan individu mengalami proses kematangan yang baik, maka individu dipercayai akan mudah membuat keputusan kerjaya yang bersesuaian. Keputusan kerjaya yang tepat dan sesuai akan menentukan kepuasan dalam pekerjaan. Super percaya bahawa proses kematangan konsep kendiri dalam perkembanan kerjaya ini boleh dijadikan kurikulum yang harus dipelajari sejak dari individu lahir sehinggalah individu mengalami penurunan. Oleh itu, untuk mencapai objektif ini, individu hendaklah bersedia seawal mungkin bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Menerusi elemen perbezaan individu, Super melihat manusia ialah individu yang berbeza-beza daripada segi minat, kecenderungan, kebolehan dan personaliti masing-masing. Manusia juga dikatakan mempunyai kepelbagaian kemampuan dan keupayaan dalam menentukan jenis kerjaya yang diceburi. Elemen ini penting dalam kaunseling kerjaya kerana setiap individu dikatakan mempunyai potensi untuk berjaya dan mencapai kepuasan dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Setiap pekerjaan yang dilakukan dikatakan mempunyai corak-corak dan ciri-ciri tertentu yang didasari oleh kebolehan, minat, dan tret-tret personaliti. Konsep ini berdasarkan analisis pengamal psikologi kaunseling yang mengenal pasti perkembangan individu adalah melalui keluarga dan remaja lain atau individu-individu yang signifikan dalam kehidupannya. Pada zaman kanak-kanak dan akhirnya akan membentuk minat kepada sesuatu pekerjaan. Peranan model-model ini juga pada akhirnya menjadi contoh kepada perkembangan konsep kendiri individu itu sendiri. Proses pengubahsuaian yang berterusan antara konsep kendiri dengan sesuatu bidang pekerjaan akan juga bergantung kepada situasi tempat tinggal dan tempat bekerja mengikut masa dan pengalaman individu dalam membuat pilihan yang tepat. Elemen kesinambungan penyesuaian ini dikatakan sebagai peringkat-peringkat dalam perkembangan kehidupan yang dikategorikan kepada peringkat pertumbuhan, peringkat penerokaan,peringkat kemantapan,peringkat pengekalan dan peringkat penurunan. Manakala bagi elemen peringkat-peringkat kehidupan banyak menekankan tahap-tahap perkembangan kerjaya. Cadangan Super telah dikaji oleh ahli-ahli sosiologi dan psikologi dengan

(5)

memerihalkannya sebagai satu turutan yang dipanggil edaran mini dan edaran maksi atau dikenali dengan edaran jangka pendek dan edaran jangka panjang. Keadaan ini bermula dengan peringkat pertumbuhan, diikuti peringkat eksplorasi atau penerokaan, penubuhan atau pewujudan, pemeliharaan atau pengekalan dan akhirnya peringkat penurunan.

Peringkat pekerjaan yang dicapai dan urutannya, kekerapan dan jangka masa kerja percubaan dan tetap ditentukan oleh tahap sosioekonomi ibu bapa, kebolehan mental, pendidikan, kemahiran, ciri-ciri personaliti, kehendak, nilai, minat, tret dan konsep kendiri serta kematangan kerjaya juga ialah peluang-peluang yang terdedah kepada individu. Pada waktu peringkat pertumbuhan (0-14 tahun), individu dirujuk kepada perkembangan fizikal dan psikologinya. Individu dikatakan membentuk sikap dan mekanisme tingkah lakunya yang akan menjadi komponen penting dalam konsep kendiri untuk hidup seterusnya.Dalam pada itu,pengalaman memberikan latar belakang pengetahuan terhadap dunia pekerjaan yang akhirnya akan digunakan untuk membuat pemilihan terakhir. Peringkat ini bermula apabila individu mendapat kesedaran bahawa pekerjaan ialah suatu aspek dalam kehidupan. Hal ini bermula pada peringkat fantasi dengan pemilihan yang ditunjukkan selalunya tidak realistik dan berhubung rapat dengan cara hidup bermain-main.Sebagai contoh, anak-anak ingin menjadi angkasawan, superman, batman dan idola yang difikirkan popular, gagah, menarik, pandai, menawan hati dan sebagainya. Pemilihan seperti ini dilihat sebagai kabur, bersifat sementara dan tidak begitu bererti bagi individu pada jangka masa panjang. Peringkat penerokaan (15-24 tahun) terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa tentatif dan realistik. Pada fasa tentatif, ketika dalam peringkat penerokaan, individu mula menyempitkan pemilihannya kepada beberapa kemungkinan. Hal ini disebabkan oleh beberapa ketidakpastian tentang keupayaan, latihan yang disediakan, peluang pekerjaan, senarai pemilihan yang mungkin juga akan menjadi terhad dan sempit. Pada fasa realistik, masih dalam penerokaan, individu akan lebih menyempitkan pemilihan kerjayanya kepada pekerjaan yang dapat dicapai olehnya dan dapat pula memberikan kesempatan atau peluang-peluang yang baik yang dirasakan lebih mustahak kepadanya. Peringkat pengukuhan (25-44 tahun) terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa percubaan dan stabil.Pada fasa percubaan,individu mula memperlihatkan hubungan antara penemuan awal dengan pengalaman bekerja.Pada masa ini individu mencuba,meninjau,dan menilai untuk memastikan pilihan dan keputusan yang dibuat pada peringkat penerokaan boleh direalisasikan. Pada peringkat ini, individu mungkin sudah menjawat satu pekerjaan dengan satu perasaan bahawa ia pasti akan

(6)

menukar kerjayanya jika kerjaya itu tidak bersesuaian. Secara beransur-ansur, individu mula menimba pengalaman dan bertambah cekap dan akhirnya menjadi fasa stabil. Dari sinilah, aspek pekerjaan ini di bawa ke dalam konsep kendirinya dan pekerjaan itu kemudiannya diterima sebagai sesuatu yang memberikan kepuasan dalam hidupnya.

Bagi sesetengah orang, tahun-tahun inilah yang merupakan tahun yang paling kreatif baginya. Peringkat pengekalan (45-64 tahun) dicirikan dengan individu cuba berusaha untuk meneruskan dan membaiki situasi pekerjaannya. Disebabkan pekerjaan dan konsep kendirinya mempunyai hubungan yang erat, maka proses perubahan atau penyesuaian akan terus berlaku.Individu ini akan meneruskan situasi kerja yang dapat memberikan kepuasan yang lebih kepada dirinya. Individu juga akan melihatnya kembali mengubah keadaan atau aspek yang tidak menyeronokkan atau menyakitkan dirinya.Walau bagaimanapun hal ini tidaklah sampai terus mengeluarkan individu tersebut dari dunia pekerjaannya. Peringkat penurunan (65 tahun ke atas) dikaitkan dengan waktu hampir pencen atau bersara dengan penekanan individu pada kerja, berfokus kepada melaksanakan tugasnya dengan output yang minimum. Disebabkan kekuatan daya fizikal dan mental menurun, aktiviti kerja mula bertukar dari atas ke bawah. Langkah dan cara bekerja mula tersangkut-sangkut, tugas mula berubah atau bentuk kerja juga turut bertukar bagi menyesuaikan kebolehan yang mula menunjukkan penurunan. Peringkat-peringkat perkembangan pekerjaan Super ini dapat membentuk satu rangka untuk tingkah laku dan sikap kerjaya yang dinyatakan menerusi lima aktiviti yang kemudiannya dikenali sebagai tugas-tugas perkembangan kerjaya. Perkara ini dapat dinyatakan seperti dalam jadual di bawah:

Jadual 1 : Tugas-Tugas Perkembangan Kerjaya Mengikut Super Tugas-tugas

perkembangan kerjaya Umur Sifat-sifat umum

Kristalisasi

14-18 tahun

Dalam masa proses membentuk satu matlamat umum kerjaya menerusi sumber-sumber kesedaran, minat, nilai-nilai, dan merancang kerjaya yang dikehendakinya.

Pengkhususan 18-21 tahun Dalam masa bergerak dari pemilihan cadangan-cadangan kerjaya kepada pemilihan satu kerjaya tertentu.

Pelaksanaan 21-24 tahun Dalam masa memenuhi latihan kerjaya yang dibuat dan terus memasuki bidang pekerjaan.

(7)

Pengukuhan 24-35 tahun

Dalam masa penetapan pemilihan kerjaya oleh pengalaman bekerjanya yang sebenar dan menggunakan bakat untuk menunjukkan pemilihan kerjaya itu sebagai suatu yang paling tepat.

Kestabilan >35 tahun Dalam masa memperkenalkannya ke dalam kerjaya yang berlanjutan status dan senioriti.

Sumber: Super, D. E. (1957). The psychology of careers. New York, NY: Harper & Row. Kaedah Kajian

Kajian yang dijalankan merupakan satu penyelidikan berbentuk deskriptif yang dilakukan secara tinjauan. Rekabentuk ini dipilih kerana ia bersesuaian untuk mendapatkan maklumat tentang satu peristiwa yang sedang berlaku . Menurut Ahmad Lisot (1988) kajian berbentuk ini adalah sesuai digunakan dalam penyelidikan yang bertujuan untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Dalam kajian ini persoalan yang dikaji adalah hubungan kepuasan masa senggang dengan aspirasi kerjaya. Kajian ini dijalankan di dua buah universiti kebangsaan di Malaysia dan China dan memberi tumpuan kepada mahasiswa daripada pelbagai jurusan dan peringkat pengajian. Dalam melaksanakan kajian ini, kumpulan penyelidik memberikan tumpuan subjek terdiri daripada golongan pelajar lelaki dan perempuan yang berumur antara bawah 18 hingga 31 tahun dan ke atas. Reka bentuk persampelan yang digunakan adalah persampelan jenis rawak. Persampelan ini sesuai kerana terdapat keseragaman yang tinggi mengenai ciri populasi yang dikaji. Penyelidik telah memilih 40 orang yang terdiri daripada 20 pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan untuk sampel kajian bagi setiap lokasi kajian. Tahap pendidikan bermula dari peringkat sekolah tinggi (SPM/STPM), diploma, ijazah dan sarjana/PhD. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik sebagai instrumen yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A-Maklumat Demografi, Bahagian B-Pemilihan Kerjaya, Bahagian C-Kepuasan Masa Senggang. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini menggunakan kaedah Skala Likert 4 poin dengan skor (1) Sangat tidak setuju, (2) Tidak setuju, (3) Setuju dan (4) Sangat setuju. Sebelum kajian dijalankan , penyelidik membuat tinjauan dari segi masa dan hari yang sesuai di mana lokasi kajian yang dipilih menjadi tumpuan pelajar universiti. Ini adalah bertujuan untuk penyelidik mendapatkan responden yang lebih tepat dan sampel yang dipilih secara rawak. Data yang telah dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan kaedah ‘Statiscal Package For Social Severees.’ (SPSS) dan dipersembahkan dalam bentuk min dan sisihan piawai.

(8)

Dapatan Kajian

Jadual 2 menunjukkan hubungan frekuensi, min dan peratusan dalam kepuasan masa senggang berdasarkan penilaian mahasiswa China. Konstruk kepuasan masa senggang terbahagi kepada enam aspek iaitu fisiologikal, psikologikal, sosial, pendidikan, estetika dan kesantaian. Aspek kesantaian mempunyai skor min yang tertinggi iaitu 3.48, yang diikuti oleh aspek fisiologikal (3.42), pendidikan (3.37), sosial (3.32), psikologikal (3.23) dan akhir sekali aspek estetika (2.99). Berdasarkan skor min, mahasiswa China mempunyai tahap kepuasan masa senggang yang tinggi. Aspek dengan frekuensi skor min tinggi yang tertinggi adalah psikologikal manakala aspek dengan frekuensi skor min rendah yang tertinggi pula adalah kesantaian. Hal ini menunjukkan ramai mahasiswa China berpuas hati dengan aspek psikologikal masa senggang mereka. Mahasiswa China juga kurang berpuas hati dengan aspek kesantaian masa senggang.

Jadual 2 : Skor Min, Frekuensi & Peratusan Aspek-Aspek Dalam Kepuasan Masa Senggang Berdasarkan Penilaian Mahasiswa China

Aspek

Frekuensi & Peratusan Skor min

Tahap Pengisian Masa Senggang Skor min 1.00 – 1.99 (rendah) Skor min 2.00 – 2.99 (sederhana) Skor min 3.00 – 3.99 (tinggi) Fisiologikal 17 (42.5%) 0 (0%) 23 (57.5%) 3.42 Tinggi Psikologikal 12 (30%) 3 (7.5%) 25 (62.5%) 3.23 Tinggi Sosial 14 (35%) 2 (5%) 24 (60%) 3.32 Tinggi Pendidikan 16 (40%) 2 (5%) 22 (55%) 3.37 Tinggi Estetika 9 (22.5%) 8 (20%) 24 (57.5%) 2.99 Sederhana Kesantaian 20 (50%) 1 (2.5%) 19 (47.5%) 3.48 Tinggi

Jadual 3 menunjukkan hubungan frekuensi, min dan peratusan dalam kepuasan masa senggang berdasarkan penilaian mahasiswa Malaysia. Konstruk kepuasan masa senggang terbahagi kepada enam aspek yang sama iaitu fisiologikal, psikologikal, sosial, pendidikan, estetika dan kesantaian. Aspek psikologikal mempunyai skor min yang tertinggi iaitu 3.34, yang diikuti oleh aspek pendidikan (3.28), fisiologikal (3.26), estetika (3.23), kesantaian (3.22) dan akhir sekali aspek sosial (3.17). Berdasarkan skor min, mahasiswa Malaysia mempunyai tahap kepuasan masa senggang yang tinggi. Aspek dengan frekuensi skor min tinggi yang tertinggi adalah sosial dan pendidikan manakala aspek dengan frekuensi skor min rendah yang tertinggi pula adalah fisiologikal. Hal ini menunjukkan ramai mahasiswa Malaysia berpuas hati dengan

(9)

aspek sosial dan pendidikan masa senggang mereka. Mahasiswa Malaysia juga kurang berpuas hati dengan aspek fisiologikal masa senggang.

Jadual 3 : Skor Min, Frekuensi & Peratusan Aspek-Aspek Dalam Kepuasan Masa Senggang Berdasarkan Penilaian Mahasiswa Malaysia

Aspek 1.00 – 1.99Skor min (rendah) Skor min 2.00 – 2.99 (sederhana) Skor min 3.00 – 3.99

(tinggi) Skor min

Tahap Pengisian Masa Senggang Fisiologikal 0 (0%) 1 (2.5%) 31 (77.5%) 3.26 Tinggi Psikologikal 0 (0%) 4 (10%) 36 (90%) 3.34 Tinggi Sosial 0 (0%) 3 (7.5%) 37 (92.5%) 3.17 Tinggi Pendidikan 0 (0%) 3 (7.5%) 37 (92.5%) 3.28 Tinggi Estetika 0 (0%) 4 (10%) 36 (90%) 3.23 Tinggi Kesantaian 0 (0%) 3 (7.5%) 36 (90%) 3.22 Tinggi

Analisis yang digunakan bagi melihat hubungan antara kepuasan masa senggang dengan aspirasi kerjaya adalah Korelasi Pearson (r). Ujian ini akan digunakan bagi menguji hipotesis berikut: H0: Tidak terdapat hubungan antara kepuasan masa senggang dengan aspirasi kerjaya. H1: Terdapat hubungan antara kepuasan masa senggang dengan aspirasi kerjaya.

Jadual 4 pula menunjukkan hubungan antara dua pembolehubah kajian berdasarkan mahasiswa China. Bagi mahasiswa China, nilai Korelasi Pearson yang diperolehi antara kepuasan masa senggang dengan aspirasi kerjaya adalah -0.039 (rp < 0.05). Nilai ini berjaya menolak H0 dan menunjukkan wujud hubungan negatif antara kepuasan masa senggang dengan aspirasi kerjaya. Ini menunjukkan terdapat hubungan antara kepuasan masa senggang dengan aspirasi kerjaya bagi mahasiswa China.

Jadual 4 : Korelasi Antara Kepuasan Masa Senggang Dengan Aspirasi Kerjaya Mahasiswa China

Aspirasi

Kerjaya Kepuasan MasaSenggang

AspirasiKerjaya Pearson Correlation 1 -.039

Sig. (2-tailed) .813

N 40 40

KepuasanMasaSenggang Pearson Correlation -.039 1

Sig. (2-tailed) .813

(10)

Jadual 5 pula menunjukkan hubungan antara dua pembolehubah kajian berdasarkan mahasiswa Malaysia. Bagi mahasiswa Malaysia, nilai Korelasi Pearson yang diperolehi antara kepuasan masa senggang dengan aspirasi kerjaya adalah 0.193 (rp > 0.05). Nilai ini gagal menolak H0 dan menunjukkan tidak terdapat hubungan antara kepuasan masa senggang dengan aspirasi kerjaya. Maka bolehlah disimpulkan bahawa tidak terdapat hubungan antara kepuasan masa senggang dengan aspirasi kerjaya bagi mahasiswa Malaysia.

Jadual 5 : Korelasi Antara Kepuasan Masa Senggang Dengan Aspirasi Kerjaya Mahasiswa Malaysia

Kepuasan Masa Senggang

Aspirasi Kerjaya

KepuasanSenggang Pearson Correlation 1 .193

Sig. (2-tailed) .234

N 40 40

AspirasiKerjaya Pearson Correlation .193 1

Sig. (2-tailed) .234

N 40 40

Perbincangan Dan Implikasi

Pengisian masa senggang adalah satu aspek yang penting kepada golongan belia kerana mereka dapat mengenali identiti diri, pembangunan kerjaya dan menyediakan konteks pelengkap dalam pemahaman diri individu belia (Armstrong dan Pusingan 2008; Munson dan Savickas l998). Kesan baik atau buruk aktiviti senggang yang dilakukan bukanlah menjadi faktor utama kepada pemilihan aktiviti masa senggang, tetapi nilai kepuasan yang diperoleh oleh individu yang banyak mendorong kepada pemilihan bentuk dan jenis aktiviti masa senggang yang dilakukan. Dewasa ini kita dapat perhatikan aktiviti masa senggang bukan hanya memenuhi kepuasan dan minat individu semata-mata tetapi pada masa yang sama memberi nilai sampingan kepada aspek pembangunan karier individu. Hal ini adalah kerana pemilihan aktiviti masa senggang yang dilakukan adalah berkaitan dengan minat yang seterusnya mendorong kepada pembinaan kerjaya. Merujuk kepada hasil dapatan kajian perbandingan mengenai perkaitan antara tahap

(11)

kepuasan pengisian masa senggang dan aspirasi kerjaya yang dijalankan terhadap pelajar di Malaysia dan China, jelas menunjukkan bahawa pengisian masa senggang mereka pada masa kini lebih menjurus kepada bidang kerjaya yang mereka bakal ceburi. Secara umumnya, minat yang ditonjolkan dalam aktiviti masa senggang berkait rapat dengan kerjaya yang akan diceburi kelak (Staines 1980).

Dalam konteks kajian yang telah dijalankan, terdapat dua konstruk yang mewakili pembolehubah dalam kajian yang terkandung dalam soal selidik. Konstruk kedua dalam soal selidik ini yang mewakili pembolehubah iaitu kepuasan masa senggang telah dirangka berdasarkan skala yang dipetik daripada Leisure Satification Scala (LSS) dimana telah menguji keterlibatan enam aspek dan diletakkan dalam sub konstruk iaitu faktor estetika, pembelajaran, fisiologikal, psikologikal, kesantaian dan juga sosial. Dapatan menunjukkan bahawa bagi pelajar yang mewakili responden di China, mahasiswa-mahasiswa ini mempunyai tahap kepuasan masa senggang yang tinggi. Aspek dengan frekuensi skor min tinggi yang tertinggi adalah kesantaian dengan min 3.48 manakala aspek dengan frekuensi skor min rendah yang tertinggi pula adalah estetika iaitu 2.99. Manakala bagi aspek-aspek lain dalam konstruk iaitu aspek fisiologikal. sosial, psikologikal dan pendidikan menunjukkan bacaan min yang tinggi untuk penilaian keseluruhan. Bagi pelajar yang mewakili responden di Malaysia pula, dapatan menunjukkan bahawa kesemua enam aspek penilaian yang diselitkan dalam konstruk soal selidik yang dijalankan menunjukkan min yang tinggi untuk tahap kepuasan masa senggang mereka, iaitu dengan skor bacaan min 3.0 dan ke atas bagi kesemuanya. Berdasarkan min-min yang telah diperoleh daripada keseluruhan min bagi aspek dalam konstruk tahap kepuasan masa senggang, Korelasi Pearson yang telah dibuat dan dikenalpasti antara kepuasan masa senggang dengan aspirasi kerjaya adalah 0.193 bagi mahasiswa Malaysia manakala bagi mahasiswa China nila Korelasi Pearson yang diperoleh adalah – 0.039. Merujuk kepada nilai signifikan (α=0.05) Nilai ini gagal menolak Hipotesis Nol bagi mahasiswa Malaysia ( 0.193 > 0.05) manakala bagi mahasiswa China pula Hipotesis Nol berjaya ditolak ( -0.039 < 0.05) dan ini menunjukkan wujud hubungan antara kepuasan masa senggang dengan aspirasi kerjaya bagi kedua-dua wakil responden mahasiswa bagi setiap negara.

Berdasarkan dapatan yang telah dikemukakan, dapatlah dinyatakan bahawa aspirasi dalam kerjaya atau karier berkait rapat dengan kepuasan dalam hidup yang seacra umumnya

(12)

akan dikaitkan dengan pengisian masa senggang, seperti mana yang telah dinyatakan oleh Super (1980) iaitu kepuasan kerja dan kepuasan kehidupan adalah bergantung kepada sejauh mana individu memperoleh jalan keluar yang mencukupi bagi menyalurkan kebolehannya, kehendak, nilai, minat, tret-tret personaliti dan konsep kendirinya. Segalanya bergantung kepada kemantapan dalam sesuatu jenis pekerjaan, situasi kerja dan cara hidup yang membolehkannya berperanan dan dianggap sepadan dan sesuai dengan pengalaman ketika peringkat pertumbuhan dan penerokaan sesuatu bidang kerjaya itu. Walaupun keenam-enam aspek yang diselit dalam konstruk bagi pengujian menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan antara dua pembolehubah kajian, namun terdapat aspek-aspek terpenting yang ditekankan seperti aspek kesantaian bagi mahasiswa China dan juga aspek psikologikal bagi mahasiswa Malaysia berdasarkan catatan min tertinggi yang diperoleh. Hal ini adalah kerana wujudnya faktor latar belakang pengalaman individu akan menyumbangkan sesuatu tindakan terhadap sikap dan tingkah laku. Perbezaan-perbezaan dari segi aspek yang mendorong kepada aspirasi kerjaya mereka dilihat dari kaca mata yang berlainan kerana ianya bergantung pengalaman sedia ada dan lingkungan kehidupuan masing-masing. Jika dilihat dari konteks negara lain yang mungkin negara lebih miskin, tahap sosioekonomi keluarga misalnya mungkin menjadi faktor yang amat signifikan kerana dalam lingkungan keluargalah hubungan awal individu dengan dunia pekerjaan berlaku menerusi interaksinya dengan ibu bapa,keluarga dan kawan-kawan, (Super. 1980). Implikasi daripada dapatan kajian ini adalah tahap kepuasan masa senggang yang baik salah satu perkara yang penting dalam menentukan hala tuju dan menjadi aspirasi kerjaya bagi setiap individu. Ini adalah kerana, seperti mana yang dilihat dari sudut pandangan Super (1980) iaitu perkembangan individu adalah melalui lingkungan persekitaran kehidupannya seperti keluarga, rakan sebaya atau sesiapa sahaja yang singnifikan dalam kehidupannya. Pada zaman kanak-kanak yang akhirnya akhirnya akan membentuk minat kepada sesuatu pekerjaan. Peranan model-model ini juga pada akhirnya menjadi contoh kepada perkembangan konsep kendiri individu itu sendiri. Maka tidaklah terikat bagi mana-mana individu untuk menentukan apakah perkara pada masa senggang yang dilakukan asalkan perkara itu adalah sesuatu perkara yang diterima oleh norma dirinya sendiri berdasarkan pengalaman sedia ada selaras dengan pendapat yang dinyatakan oleh Super (1980). Tahap kepuasan masa senggang penting dan perlu sentiasa dikenal pasti oleh individu untuk dipertingkatkan. Implikasinya adalah apabila tahap kepuasan

(13)

masa senggang mereka meningkat, maka kualiti kerjaya atau aspirasi dalam kerjaya mereka akan berkembang baik seterusnya memberi nilai yang positif dalam kehidupan.

Kajian kepuasan pengisian masa senggang ini boleh menjadi asas bimbingan kerjaya kerana dapat membantu para kaunselor khususnya kaunselor kerjaya untuk melihat dengan lebih dekat tentang aspek sosial, pendidikan, dan kebolehan atau mobiliti pekerjaan seseorang klien. Perkembangan dapat dibimbing bermaksud biarpun ada bukti yang longgar menunjukkan keupayaan dan personaliti ialah warisan sistem respondan endoktrin, ada juga bukti kukuh yang menunjukkan persekitaran juga turut menyumbang ke arah kecerdikan dan personaliti yang berfungsi. Perkembangan kerjaya dapat dibimbing dengan mempercepat proses kematangan, kebolehan dan minat dan sebahagiannya lagi dengan pengujian-pengujian realiti dan memperkembangkan konsep kendiri individu itu. Dengan perkataan lain, individu dapat dibentuk untuk menuju ke arah pilihan kerjaya yang memuaskan hatinya dengan dua cara iaitu membantu memperkembangkan keupayaan dan minat; membantu individu mengenalpasti dan memahami kekuatan dan kelemahan dirinya supaya dia dapat membuat pilihan kerjaya yang paling tepat. Di sinilah letaknya peranan sekolah, guru dan kaunselor yang boleh memberikan motivasi, maklumat kerjaya dan mengadakan ujian-ujian minat dan sebagainya.

Kesimpulan

Domain senggang memberi peluang bagi seseorang untuk menerima maklum balas mengenai diri dan belajar dari pelbagai kritikan. Individu yang mengalami kebebasan pada masa senggang lebih cenderung untuk mengalami tahap kecekapan, kawalan, dan motivasi intrinsik yang lebih tinggi. Mereka juga lebih cenderung untuk mengalami keseronokan dalam semua domain dalam hidup mereka, termasuk kehidupan semasa bekerja. Hasil kajian ini berjaya menunjukkan bahawa wujudnya hubungan yang signifikan antara aspirasi kerjaya dengan tahap kepuasan masa senggang bagi mahasiswa Malaysia-China. Kajian ini memantapkan dan memartabatkan nilai kesenggangan dalam kehidupan. Hal ini adalah kerana ianya dapat menjelaskan dan menentukan hala tuju kerjaya bagi individu pada masa kini. Pembolehubah-pembolehubah dalam kajian ini iaitu aspirasi kerjaya dan tahap kepuasan masa senggang dilihat bersandaran antara satu sama lain. Dapatan kajian memberi sumbangan yang amat berguna dalam bidang pengurusan

(14)

pendidikan dan kerjaya terutamanya bagi para kaunselor dalam membantu dari segi pemilihan dan aspek-aspek yang sesuai yang mendorong kepada hala tuju kerjaya generasi hari ini.

RUJUKAN

Anne Roe (1988). The Career Development Quarterly. 36: 208–210.

Armstrong, P. I., & Rounds, J. (2008). Linking leisure interests to the RIASEC world of work map. Journal of Career Development. 35: 5–22.

Csikszentmihalyi, M. (l981). Leisure and socialization. Social Forces. 60: 332–340.

Ellis, G. D., & Witt, P. A. (1994). Perceived freedom in leisure and satisfaction: Exploring the factor structure of the perceived freedom components of the Leisure Diagnostic Battery. Leisure Science, 16, 259–270.

Frank Parson (1909). Choosing a vacation. Houghton Miffin Company

Fouad, N. A., & Bynner, J. (2008). Work transititons. American Psychologist. 63: 241–251 Gati, I., Osipow, S. H., Krausz, M., & Saka, N. (2000). Validity of the career decision-making

difficulties questionnaire: Counselees’ versus career counselors’ perceptions. Journal of Vocational Behavior. 56: 99–113.

Ginzberg. E (1979). Good Jobs, Bad Jobs, No Jobs .Harvard University Press Kelly, J. R. (1990). Leisure (2nd edition). Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Lehmann, I. S., & Konstam, V. (IN PRESS). Growing up perfect: Perfectionism, problematic Internet use, and career indecision in emerging adults. Journal of Counseling and Development.

Munson, W. W. (1993). Perceived freedom in leisure and career salience in adolescence. Journal of Leisure Research. 25: 305–314.

Osipow, S. H. (1999). Assessing career indecision. Journal of Vocational Behavior. 55: 147-154. R. Larson (2000). Toward a psychology of positive youth development, American Psychologist,

55: 170-183.

Staines, G. L. (1980). Spillover versus compensation: A review of the literature on the relationship between work and nonwork. Human Relations. 33: 111–129.

Super, D. E. (1957). The psychology of careers. New York, NY: Harper & Row.

Super, D. E. (1990). A life-span, life-spaced approach to career development. In D. Brown, L. Brook, & Associates (Eds.), Career choice and development: Applying contemporary theories to practice 2: 197–261. San Francisco, CA: Jossey-Bass.

(15)

Super, D. E. (1980). A life-span, life-space approach to career development. Journal of Vocational Behavior. 13: 282-298.

Weissinger, E., & Bandalos, D. L. (1995). Development, reliability and validity of a scale to measure intrinsic motivation in leisure. Journal of Leisure Research. 27: 379–400. Witt, P. A., & Ellis, G. D. (1987). Leisure diagnostic battery and user’s manual. State College,

Referensi

Dokumen terkait

Hipotesis penelitian ini adalah pematahan dormansi dengan proses skarifikasi pada bagian yang berbeda memberi respons yang berbeda terhadap perkecambahan benih

Hal ini menunjukan bahwa besarnya pengaruh variabel bebas, yaitu Komitmen, Kualitas Sumber Daya Manusia, Perangkat Pendukung dan Motivasi terhadap variabel terikat

Dengan hasil penelitian ini menunjukkan bahwa apabila semakin tinggi Financing Expansion , maka risiko pembiayaan semakin rendah sehingga hal ini menunjukkan bahwa manjemen bank

Jasa Sarana adalah imbalan yang diterima oleh RSUD atas pemakaian sarana dan fasilitas rumah sakit dalam rangka pelaksanaan kegiatan praktek klinik mahasiswa, ujian

Bagaimanakah upaya yang dilakukan untuk mengatasi hambatan yang dihadapi oleh Penyidik Pegawai Negeri Sipil Balai Besar Pengawasan Obat dan Makanan dalam memberantas

Struktur populasi pekerja industri tersier mempertunjukkan bahwa angka di Okinawa sebesar 62,2 % merupakan porsi yang cukup besar dibandingkan dengan angka pulau utama Jepang, 46,6

Artikel ini menganalisis tentang Push, Pass, Pull Political Marketing Adnan Purichta Ichsan-Abdul Rauf Mallagani Pada Pemilihan Kepala Daerah di Kabupaten Gowa