• Tidak ada hasil yang ditemukan

277680334 Analisis Keperluan Latihan (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "277680334 Analisis Keperluan Latihan (1)"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENDAHULUAN

Pembangunan sumber manusia merupakan set aktiviti yang sistematik dan dirancang untuk memberi ahli kemahiran bekerja, peningkatan prestasi, motivasi pekerja dan keberskesanan organisasi. Dalam pembangunan sumber manusia, konsep pembangunan dirujuk kepada kesan akhir pencapaian organisasi. Organisasi yang membangun mempunyai pencapaian yang positif dalam perniagaan, bukan sahaja dari aspek perkembangan skop perniagaan, tugas atau urusan kualiti pekerja, kewangan produk dan perkhidmatan tetapi juga lain seperti tanggungjawab dan khidmat sosial serta pencapaian antarabangsa. Terdapat tiga kaedah yang boleh diterangkan untuk mencapai atau mengekalkan pembangunan dalam organisasi iaitu melalui latihan dan pembangunan, motivasi dan kepimpinan serta pembangunan organisasi. Setelah individu digaji, majikan akan berusaha adaptasikan pekerja mereka dan memastikan mereka bekerja secara efektif. Justeru, kaedah yang paling utama dalam pembangunan sumber manusia ialah memberi latihan kepada pekerjanya dimana program latihan seharusnya berupaya memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak samaada kepada organisasi mahupun para pekerja. Latihan yang dilaksanakan adalah untuk membangunkan potensi, kemantapan kebolehan selain melengkapkan seseorang itu supaya lebih kompeten, inovatif, dan bermotivasi tinggi dalam menjalankan dan mendokong tanggungjawab kepada organisasinya dan juga masyarakat. Hasil pelaksanaan program latihan yang dilaksanakan diharapkan meliputi perubahan sikap, pengetahuan dan kemahiran seseorang individu tersebut.

Menurut Nadle (1994), latihan didefinisikan sebagai satu proses yang terancang dan sistematik untuk membangunkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan melalui satu proses pembelajaran dan pengajaran bagi mencapai

(2)

prestasi kerja yang efektif. Latihan juga adalah satu aktiviti dan pendekatan pembelajaran yang mana mengarah kepada perolehan pengetahuan dan kemahiran yang spesifik bagi tujuan pekerjaan atau tugasan yang cekap dan berkesan.

1.1 Pernyataan Masalah

Kajian kes ini dijalankan adalah untuk membincangkan mengenai analisis keperluan latihan dalam sesebuah kerjaya di dalam sesuatu organisasi.

1.2 Objektif kajian

Tujuan penulisan laporan ini adalah untuk mengenalpasti analisis keperluan latihan dalam kerjaya Bomba.

2.0 METODOLOGI / KAEDAH KAJIAN

Metodologi/kaedah kajian ialah kaedah bagaimana kita mendapatkan maklumat untuk mencapai sesuatu matlamat kajian atas penulisan ini. Untuk menghasilkan kertas kerja ini, saya telah memilih pendekatan kualitatif melalui kaedah temubual sebagai metod kajian kes. Selain daripada menggunakan kaedah tersebut, saya juga turut menggunakan kaedah pertanyaan dan berbincang dengan rakan-rakan sekuliah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penulisan kertas kerja ini. Beberapa buah buku, jurnal dan artikel telah digunakan sebagai panduan dan rujukan. Segala bahan yang diperoleh daripada pelbagai sumber ini dianalisis dan disusun mengikut kesesuaian untuk dikelaskan atau dikategorikan di bawah sub-topik tugasan ini. Dalam mengkaji aspek-aspek tersebut, perhatian dan penelitian akan difokuskan kepada analisis keperluan latihan dalam kerjaya sebagai bomba.

(3)

3.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (Kementerian Pelajaran Malaysia) rekabentuk ialah (réka bentuk) rancangan (corak, bentuk, dsb) yang menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu (binaan, dsb). Manakala, Latihan adalah apa-apa usaha yang bertujuan meningkatkan keupayaan pembelajaran dan pencapaian ahli dalam mencapai keberkesanan organisasi. Ia juga usaha yang dilakukan oleh organisasi bagi meningkatkan kemampuan seseorang untuk melaksanakan tugasnya atau memainkan peranan yang telah ditetapkan oleh organisasi. Sesuatu program yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk memperbaiki prestasi kakitangan yang menurun disebabkan kemahiran yang rendah. Latihan dalam organisasi pada kebiasaannya dilaksanakan secara formal yang bermaksud penyampaian sesuatu idea, inovasi atau teknologi adalah secara teratur.

Antara tujuan utama sesuatu program latihan itu diadakan adalah bagi memenuhi matlamat organisasi melalui peningkatan pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap kakitangan seterusnya memberikan sumbangan kearah pencapaian matlamat organisasi. Sokongan daripada semua pihak terutama pihak atasan dan kerjasama pekerja bawahannya merupakan faktor utama yang membawa kepada kejayaan sesebuah organisasi dalam sebarang program latihan yang dianjurkan. Oleh itu, setiap program latihan yang dianjurkan mestilah berupaya untuk menyakinkan peserta yang terlibat bahawa program yang akan disertai akan memberi manfaat dalam mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kakitangan agar prestasi kerja dapat dipertingkatkan. Untuk memenuhi hasrat itu, penglibatan dan kerjasama semua pihak amat diperlukan. Suatu program latihan perlu direkabentuk bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.Dengan itu, rekabentuk latihan yang akan direka berupaya untuk berfungsi sebagai satu dokumen penyelarasan antara semua pihak yang terlibat. Ia sebagai panduan

(4)

pengurus latihan untuk mengendalikan dan menyelaras program latihan, jurulatih yang sesuai, memberi garis panduan kepada jurulatih agar mereka dapat menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, membimbing pelatih belajar secara sistematik serta menuju kea rah pencapaian objektif latihan.

4.0 KERJAYA YANG DIPILIH

Kerjaya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang kerana dengan kerjaya,seseorang itu akan mendapat sumber pendapatan dan ruang untuk bersosial dan berinteraksi. Kerjaya sebagai bomba adalah satu kerjaya yang sangat penting di mana ia adalah satu pekerjaan yang mencabar yang memerlukan seseorang itu mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang kuat di mana mereka perlu menjalani kursus dan latihan tertentu untuk menjadi seorang anggota bomba. Seseorang yang menjadi anggota bomba bukan sahaja dapat menyara hidup keluarganya, bahkan dapat membantu orang lain dan masyarakat sekeliling yang memerlukan pertolongan. Di dalam kerjaya bomba ia terbahagi kepada beberapa pangkat jawatan iaitu, Penguasa Bomba, Penolong Penguasa Bomba dan Pegawai Bomba. Bagi Jawatan Penguasa bomba tugas mereka adalah bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pengurusan am, pentadbiran dan kewangan, penyelidikan, perancangan, pembangunan, latihan, operasi melawan kebakaran, penguatkuasaan Akta 341 dan undang-undang lain serta peraturan yang berkaitan. Manakala, Penolong penguasa bomba pula bertanggungjawab mengetuai tugas-tugas operasi melawan kebakaran di ibu pejabat di peringkat negeri dan membantu di dalam tugas-tugas pengurusan am, penyelidikan perancangan pembangunan dan penguatkuasaan Akta 341 dan undang-undang lain yang berkaitan. Sementara itu, bagi Pegawai bomba pula mereka bertanggungjawab sebagai pekerja yang menguruskan pentadbiran harian balai serta bertanggungjawab memadamkan kebakaran semasa kebakaran dan menjalankan

(5)

bencana-bencana alam yang lain. Dalam bidang kerjaya bomba, tugas dan peranan akan dibincangkan dalam Fail Meja serta Manual Prosedur Kerja dalam kajian ini.

4.1 Manual Prosedur Kerja a). Latarbelakang Jabatan

Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahun 1883 dengan penubuhan Bomba sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F.Bellamy bersama 15 anggota. Pasukan ini yang diletakkan di bawah Lembaga Kebersihan telah menjadi Pasukan Bomba Dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895. Perkhidmatan terus berkembang di setiap negeri dan diletakkan di bawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar. Pasa tahun 1946, iaitu selepas perang Dunia Kedua, pasukan 'Malayan Union Services' (MUS) dengan Flight Lt.W.J Gerumandi sebagai 'Director of Malayan Union Fire Services' telah dibentuk. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur. Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan-kerajaan negeri di bawah pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri-negeri masing-masing. Untuk menyelaraskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan di bawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan. Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan dengan penyatuan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan pada 1hb januari 1976. Penyatuan ini meletakkan Perkhidmatan Bomba Malaysia di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini diikuti oleh perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka pada 1hb januari 1977. Pada 15hb Mei 1981, perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak telah disatukan. Pada 8hb januari 1977, jemaah Menteri telah bersetuju dengan perubahan nama Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di mana pada 21hb

(6)

Febuari 1997, YAB Perdana Menteri Malaysia dengan rasminya telah mengumumkan dan melancarkan pertukaran nama, logo dan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Genting Highlands.

b). Objektif Jabatan

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA (JBPM) mempunyai objektif untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan. Dari segi kualiti Jabatan bertekad untuk lebih cemerlang melalui inovasi dan kualiti M.S ISO 9001-2008..

c). Carta Jabatan (Sila Rujuk Lampiran)

d). Fungsi-fumgsi utama Jabatan

Antara fungsi-fungsi yang dijalankan oleh jabatan mengikut peruntukkan dibawah seksyen 5(1) & (2) di dalam akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) seperti berikut :

1. Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran. 2. Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran. 3. Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelengaraan dan pengawalseliaan yang sempurna.

4. Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.

5. Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana.

JBPM boleh selain daripada tugas-tugasnya dibawah subseksyen (1), melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan kepadanya

(7)

oleh undang-undang atau sebaliknya yang diadakan oleh menteri untuk dilaksanakan.

e) Aktiviti-aktiviti Utama Jabatan

Dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terdapat beberapa bahagian Utama yang mempunyai fungsi pelbagai. Di antara bahagian-bahagian dan aktiviti-aktiviti utama Jabatan adalah seperti berikut: 1.Pengurusan

1. Menentukan pengurusan perkhidmatan bagi keseluruhan jawatan 2. Menentukan pengagihan dan perbelanjaan kewangan jabatan mematuhi

peraturan yang dibenarkan

3. Mengawal selia perbelanjaan bahagian-bahagian serta perkhidmatan

bomba negeri.

Bahagian Pengurusan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu : 1. Unit Pentadbiran 2. Unit Penjawatan 3. Unit Kewangan

Operasi

Aktiviti ini terbahagi kepada beberapa unti utama iaitu unit Pemadaman Kebakaran, Penyelamat, Perkhidmatan Khas, Rancangan Pra Kebakaran, Unit Pili Bomba, Unit Komunikasi, Unit Bekalan dan Logistik, Unit Siasatan Kebakaran danAnaliasa Arson, Unit Piawaian dan Kawalan Keberkesanan Operasi, Unit Pemadaman Api dan Unit Pengurusan Daerah

Penguatkuasaan

1. Merancang dan merangka dasar penguatkuasaan dan strategi perlaksanaan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).

2. Merancang dan merangka dasar Perakuan Bomba ke atas Premis di tetapkan.

(8)

3. Merancang dan merangka dasar penyiasatan dan pendakwaan berkenaan dengan kesalahan di bawah Akta Perkhidmtan Bomba 1988.

4. Merancang dan merangka dasar penyiasatan dan kebakaran.

5. Merancang dan merangka peraturan-peraturan yang berkaitan dengan perlaksanaan peruntukan di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988

Kejuruteraan

1. Mengurus, menyelaras dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikian kenderaan, jentera dan peralatan motor.

2. Menyediakan perkhidmatan pembangunan, latihan dan kajian Bahagian Kejuruteraan merangkumi kemudahan workshop, peralatan workshop, latihan kakitangan dan sistem penyelenggaraan pelbagai jentera dan peralatan bomba.

3. Merangka, menyelaras dan melaksana aktiviti-aktiviti penyelengaraan pencegahan kerosakan (preventive maintenance) bagi pelbagai kenderaan, jentera dan peralatan bomba.

4. Memberi khidmat nasihat dan kajian teknikal dalam hal-hal pembelian kenderaan utiliti, jentera dan peralatan bomba.

Latihan dan perancangan tenaga manusia

1. Merancang dan mengendalikan keperluan dan dasar latihan serta perancangan tenaga manusia bagi pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

2. Merancang dan menyelaras keperluan dan dasar latihan keselamatan kebakaran bagi pelanggan jabatan dan pihak awam.

3. Merancang dan melaksanakan program latihan kebombaan berkembar dengan istitusi pengajian dan istitusi kebombaan dalam dan luar negara.

(9)

4. Merancang dan menyelaras program utama, tahunan dan dwi tahunan jabatan.

5. Menyelaras pengurusan pentadbiran serta pembangunan fizikal akademik dan pusat-pusat latihan.

Perancangan, penyelidikan dan pembangunan

1. Merancang dan menyelaraskan dasar serta rangka perlaksanaan pembangunan fizikal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

2. Memantau dan mengkordinasikan perancangan dan pengurusan peruntukan kewangan pembangunan tahunan dan lima tahun jabatan.

3. Menganalisa dan mengawalselia kelulusan bahan ketahanan api dan sistem perlindungan kebakaran.

4. Memantau dan menyelaraskan perancangan dan perlaksanaan penyelidikan dan pembangunan,kebombaan dan pengurusan bencana.

Pencegahan dan keselamatan

Mengambil konsep 'Mencegah Lebih Baik Daripada Memadam' Bahagian Pencegah dan Keselamatan telah dipertanggungjawabkan untuk mengurangkan risiko kebakaran dan meminimakan kerugian kebakaran. Oleh itu,untuk mencapai objektif dan fungsi bahagian di antara langkah komprehensif yang diambil

termasuk:-1. Mengkaji dan memberi perakuan kepada rekabentuk bangunan baru dengan memastikan pematuhan sepenuhnya kepada keperluan kebombaan. 2. Menyelaras dan mengkaji keberkesanan piawaian dan kod-kod amali yang digunapakai.

3. Memantau, menyelaras aktiviti pengkajian pelan dan pengeluaran surat sokongan Sijil Menduduki Bangunan di peringkat negeri.

(10)

4. Menyelaras, menaja dan menyediakan panduan-panduan pendidikan awam kepada usaha-usaha meningkatkan kesedaran masyarakat umum terhadap pentingnya pencegahan kebakaran.

Unit perhubungan awam

1 . Merancang dan menyediakan deraf kenyataan peringkat nasional.

2. Menyediakan dan menerbitkan dokumentasi.

3. Lawatan dari luar ke jabatan bomba

4. Lawatan ketua pengarah ke luar ibu pejabat 5. Pengendalian aktiviti rasmi jabatan.

Unit udara bomba

Melaksanakan operasi kebombaan melalui udara secara strategik, cepat dan berkesan demi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar. Memastikan perkhidmatan udara untuk melaksanakan misi-misi kebombaan.

4.2 Fail Meja

Fail meja merupakan dokumen rujukan peringkat individu/jawatan dimana ia berasaskan tugas dan tanggungjawab individu. Setiap Fail Meja mewakili satujawatan misalnya pegawai bomba KB17 mempunyai fail mejanya tersendiridan begitu juga bagi jawatan penolong kanan penguasa bomba KB32 mempunyai fail meja tersendiri.Dalam setiap fail meja Mengandungi maklumat/panduan untuk mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi satu-satu jawatan. (Sila Rujuk Lampiran Untuk melihat Fail Meja Bagi Jawatan Pegawai Bomba KB17, KB22, KB 24,KB 26 dan KB32)

(11)

4.3 Latihan dalam kerjaya Bomba

Pada dasarnya sepanjang kerjaya seorang Pegawai Bomba di dalam Jabatan, ia akan melalui suatu struktur latihan yang sistematik dan berterusan terbahagi kepada lima (5) peringkat berikut

1. Pra-Penempatan /Asas

Fokus kepada awal perkhidmatan pegawai iaitu antara satu hingga tiga tahun. Mana-mana pegawai yang berada di dalam tempoh perkhidmatan ini perlu menjalani latihan yang telah ditetapkan oleh Jabatan. Dalam peringkat ini pegawai-pegawai akan didedahkan kepada kursus yang berkonsepkan "PENDEDAHAN DAN PENERAPAN".

2. Pertengahan

Fokus kepada pegawai yang telah berkhidmat antara tiga hingga sepuluh tahun di dalam Jabatan. Mana-mana pegawai yang berada di dalam tempoh ini perlu menjalani latihan yang telah ditetapkan oleh Jabatan berdasarkan kepada jawatan dan pangkat mereka. Dalam peringkat ini pegawai-pegawai akan didedahkan kepada kursus yang berkonsepkan "PEMBANGUNAN DAN PENINGKATAN".

3. Lanjutan

Fokus kepada pegawai yang telah berkhidmat antara sepuluh hingga 25 tahun atau lebih yang mana hampir sebelum tiga tahun menamatkan perkhidmatan. Mana mana pegawai yang berada di dalam kategori ini perlu menjaiani latihan yang teiah ditetapkan oieh jabatan berdasarkan kepada jawatan dan pangkat mereka. Dalam kategori ini pegawai-pegawai akan didedahkan kepada kursus yang berkonsepkan"PENGUKUHAN".

4. Peralihan

Fokus kepada pegawai yang akan menamatkan perkhidmatan wajibnya iaitu 3 tahun sebelum mereka menamatkan perkhidmatan. Mereka ini akan

(12)

didedahkan kepada kursus persediaan bagi menjalani kehidupan selepas menamatkan perkhidmatan dan kursus ini akan ditentukan oleh Jabatan. 5. Persaraan

Peringkat dimana para pekerja telah tamat tempoh perkhidmatannya dan akan memfokuskan kepada kehidupan bersama keluarga tersayang. Walau bagaimanapun terdapat juga anggota yang meneruskan kerja lain seperti berniaga, kerja di dalam sector swasta dan lain-lain lagi. Dalam fasa ini program latihan tidak lagi diperlukan disebabkan para pekerja tidak lagi berada dalam organisasi.

5.0 PERBINCANGAN

5.1 Analisis keperluan latihan

Masalah organisasi ditakrifkan sebagai sisihan prestasi kakitangan daripada prestasi biasa atau juga dikenali sebagai jurang perbezaan antara keadaan sebenar dengan yang sepatutnya. Sebelum sesuatu latihan atau kursus yang diadakan, pihak Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menjalankan analisis trainabiliti. Analisis Trainabiliti ini dibuat bagi memastikan latihan yang direkabentuk bertepatan dengan kehendak individu. Ia adalah untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi. Dengan menjalankan Analisis Trainabiliti ini, masalah akan dapat dikenalpasti dan dapat membahagikan semua masalah tersebut kepada 2 kategori utama iaitu :

i. Masalah yang dapat diatasi melalui program latihan; dan ii. Masalah yang perlu diatasi melalui tindakan bukan latihan

Analisis Trainabiliti akan menjurus analisis keperluan latihan dan kegiatan program Latihan kearah mencari penyelesaian.

Dalam mengenalpasti dan mengetahui punca masalah juga tahap masalah yang mereka hadapi, kaedah temubual telah dijalankan terhadap beberapa orang

(13)

responden yang terdiri daripada anggota bomba itu sendiri. Maklumbalas daripada mereka bahawa masalah yang mereka hadapi merupakan punca utama yang membawa kepada penurunan prestasi kerja seperti kecekapan semasa melakukan kerja yang menurun dan tahap disiplin yang semakin merosot.

Analisis keperluan latihan mengkaji secara mendalam pengetahuan, kemahiran dan sikap kakitangan yang mengendalikan sesuatu tugas secara tidak cekap dan telah menimbulkan masalah serta mengkaji sesuatu tugas yang mengalami masalah secara terperinci. Ia boleh didefinisikan sebagai satu proses mengenalpasti kakitangan yang memerlukan latihan serta bidang latihan yang diperlukan. Keperluan diumpamakan sebagai keinginan yang belum dicapai. Keperluan merupakan jurang atau perbezaan yang wujud anatar apa yang sebenarnya dengan apa yang sepatutnya. Analisis keperluan latihan diperlukan dalam sesebuah organisasi melihat sejauh manakah organisasi memerlukan latihan. Jika latihan yang salah diberikan, maka berlaku kerugian dan juga pembaziran kepada organisasi. Ini bukan sahaja diperlukan untuk menentukan jenis latihan yang akan dijalankan, tetapi lebih khusus kepaada keperluan menjalankan latihan. Walaupun latihan biasanya memang amat perlu bagi sesebuah organisasi tetapi tidak semua masalah dalam organisasi dapat diselesaikan dengan latihan. Apa yang membimbangkan adalah pembaziran kewangan latihan yang selalu menjadi masalah utama maka pihak pengurusan latihan menjimatkan masa dan tenaga bagi sesuatu program latihan. Oleh itu adalah amat penting analisis keperluan latihan dilakukan dalam sesebuah organisasi bagi mengetahui apakah masalah yang berlaku di dalam organisasi yang menyebabkan kerugian dari segi produktiviti kerja dan tugas serta penurunan prestasi pekerja disamping mencari jalan penyelesaian yang lebih ekonomi yang dapat mengurangkan pembaziran. Justeru, latihan yang diberikan kepada pekerja mestilah selaras, dengan keperluan masa kini dan masa akan datang organisasi tersebut. Keperluan tersebut mestilah datang daripada objektif dan matlmat organisasi

(14)

tersebut. Oleh yang demikian untuk memperoleh analisis keperluan latihan yang berjaya maka Model Analisis Keperluan Latihan ( Rujuk lampiran 1) diguna pakai pihak Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia sebelum sesuatu program latihan dijalankanini memastikan latihan yang direkabentuk bertepatan dengan kehendak individu. Ia adalah untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi.

5.2 Masalah Mengikut Tahap Dan Punca

i. Peringkat Individu

Setelah dianalisis, sebilangan anggota yang telah lama berkhidmat mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang kurang berbanding dengan anggota-anggota baru berkhidmat dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan peralatan teknologi terkini yang digunakan semasa operasi. Walaupun mempunyai banyak pengalaman namun begitu mereka masih kurang pengetahuan dan kemahiran yang terbaru contohnya dalam cara-cara mengendalikan jentera baru dan peralatan menyelamat yang terkini. Pengetahuan dan kemahiran yang betul dalam mengendalikannya amat penting untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan semasa bekerja. Selain daripada itu, teknik-teknik melawan kebakaran yang lebih berkesan amat perlu dalam usaha para anggota membuat kerja dengan cekap apabila berhadapan dengan pelbagai bentuk bencana alam.

Selain daripada itu, disiplin dan sikap negatif pekerja itu sendiri menjadi punca kepada penurunan prestasi kerja mereka. Sikap endah tak endah mereka semasa mengikuti latihan atau berkursus atau semasa proses pembelajaran menyebabkan mereka tidak dapat mengaplikasikan apa yang diajar oleh tenaga pengajar. Secara tak langsung, apa yang diajarkan hanyalah sia-sia sekaligus memberi kesan negative kepada jabatan dan individu itu sendiri. Pembaziran kewangan berlaku dan masalah yang sepatutnya diatasi melalui latihan tidak

(15)

ii. Peringkat Institusi

Masalah yang timbul tidak hanya disebabkan oleh individu itu sendiri.

Kadangkala pihak atasan juga insitusi boleh menjadi punca berlakunya masalah dalam organisasi. Mereka harus menyedari dari awal masalah yang dihadapi oleh kakitangan dan bersedia menghadapi masalah yang mungkin timbul agar ia tidak mengganggu kelancaran operasi kerja. Pada peringkat ini, seringkali masalah yang berkaitan dengan pengrekrutan dan pemilihan kakitangan baru, pengurusan personel, dilegasi kuasa, perancangan kewangan dan pengagihan tanggungjawab. Pihak pengurusan atau atasan harus mengenali punca masalah yang dihadapi oleh anggota dan organisasi. Contohnya dalam dunia yang moden ini, teknologi canggih digunakan ketika operasi menyelamat. Masalah disini apabila insitusi gagal merancang kewangan secara tak langsung tidak dapat menyediakan modal terkini peralatan yang diperlukan. Pentadbiran yang kurang cekap juga akan memberi kesan pada peringkat tugas atau fungsi. Ia sekaligus akan mengganggu kelancaran dan kecekapan kerja pekerja apabila anggota tidak mahir dan tidak biasa mengendalikan peralatan terkini yang digunakan. Ini juga berlaku apabila kurangnya pendedahan dan tiada latihan yang berterusan dilakukan oleh pihak pengurusan. Kurangnya pengetahuan dan kemahiran setiap anggota akan mengakibatkan tahap kecekapan dan prestasi kerja mereka menurun.

5.3 Komponen-Komponen Penganalisisan

Penganalisisan perlu memahami empat komponen iaitu organisasi, kerja, tugas dan kakitangan dalam usaha untuk menentukan keperluan latihan bagi pembangunan anggota.

a. Analisis Organisasi

Sesebuah organisasi perlu dikenalpasti secara menyeluruh bermula daripada visi, misi, matlamat penubuhan, sumber-subaer yang ada, perancangan masa

(16)

depan dan potensi yang terdapat dalam organisasi. Selain itu terdapat juga tiga faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih latihan iaitu:

i). Sokongan pengurus dan rakan sekerja-kesanggupan pengurus dan rakan sekerja memberi maklumat kepada pelatih agar dapat menggunakan pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap yang telah dipelajari semasa latihan dalam kerja

ii). Strategi syarikat- rancangan yang dipilih oleh organisasi untuk mencapai matlamat organisasi mempunyai kesan ke atas sumber-sumber seperti wang, masa dan pembangunan program.

iii). Sumber latihan- kenalpasti samaada syarikat mempunyai peruntukan masa depan dan kepakaran bagi latihan yang diperlukan.

Sebagai satu agensi kecemasan yang utama di negeri ini, pegawai dan juga anggota perlu mempunyai tahap kompetensi yang tertinggi bagi laksanakan tugas yang tertinggi bagi laksanakan tugas yang professional, cekap dan berkesan :

i) Mempertingkatkan pengetahuan dan kepakaran di dalam aktiviti pencegahan kebakaran, pemadaman dan perlindungan kebakaran serta memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai bahaya kebakaran. ii) Memberi pengetahuan dan meningkatkan kecekapan kepada kakitangan

jabatan dari segi pentadbiran dan pengurusan jabatan.

iii) Memberi kesedaran dan kefahaman terhadap dasar kerajaan dan sensitif terhadap suasana alam sekitar. .

iv) Mempertingkatkan perhubungan dan persefahaman antara kakitangan dengan kakitangan dan antara kakitangan dengan orang awam.

(17)

b. Analisis Kerja

Setelah memahami organisasi, para penganalisis perlu memahami jenis-jenis kerja yang ditugaskan kepada bakal-bakal pelatih. Melalui analisis, kerja penyelamatan seperti kursus Offensive Indoor Firefighting terutamanya amat berkait rapat dengan visi dan matlamat jabatan. Mencari dan menyelamat membawa maksud usaha untuk membuat kerja penyelamatan dengan cara-cara yang lebih sesuai, teknik-teknik dan kaedah menyelamat yang lebih berkesan. Pengetahuan dan kemahiran mengenai teknik terkini haruslah selari dengan peralatan moden perlu dibekalkan untuk melancarkan dan memudahkan operasi.

c. Analisis Tugas

Tugas utama anggota ialah sebagai memenuhi hasrat JBPM itu sendiri untuk melahirkan seorang anggota bomba yang cekap disamping mempunyai kepakaran dan pengetahuan yang tinggi ketika menjalankan tugas semasa akan melicinkan kerja dan meningkatkan tahap kecekapan anggota.

d. Analisis Kakitangan

Analisis kakitangan atau sumber manusia nendaklah berdasarkan rekod prestasi atau rekod peribadi seseorang pekerja yang merangkumi tahap prestasi masa kini, prestasi lalu, kelayakan, pengalaman dan lain-lain. Pada peringkat ini, kakitangan yang terlibat dalam analisis ini terdiri daripada ketua pasukan, ketua unit dan anggota yang telah lama berkhidmat dan juga yang baru berkhidmat. Kebanyakan mereka terdiri daripada anggota yang baru berumur dalam lingkungan 40-50 tahun. Pada lingkungan umur ini, kurangnya pengetahuan tentang penggunaan teknik-teknik penyelamat terbaru dan kurangnya dalam kemahiran mengendalikan peralatan-peralatan baru yang lebih canggih berbanding dahulu akan menyumbang kepada ketidakcekapan mereka ketika berkerja. Ia berbeza dengan anggota baru yang sememangnya menggunakan peralatan terkini dalam proses pembelajaran mereka setiap hari. Namun begitu, tidak semua anggota berpeluang mengikuti dan

(18)

menghadiri latihan. Ada juga yang menolak untuk menyertai kursus latihan yang akan diadakan kerana menganggap ianya merupakan satu beban. Faktor sedemikianlah yang mempengaruhi prestasi semasa mereka iaitu prestasi mereka akan menurun.

5.4 Teknik-Teknik Dan Langkah-Langkah Menganalisis

Dalam merekabentuk latihan, terdapat dua jenis teknik yang digunakan untuk mengenalipasti masalah dan punca masalah iaitu teknik DIF (Difficult, important & Frequency) dan teknik SATNA (A SIMPLE APPROACH To TRAINING’S NEEDS ASSESSMENT). Setelah di fahami kompenen yang di analisis , teknik menganalisis keperluan latihan secara khusus hendaklah dirangka . Teknik DIF ( Difficult, Important & Frequency) atau KKK (Kepentingan, Kekerapan ,Kesukaran ) dipilih dan dijadikan panduan.Teknik ini mempunyai 13 langkah iaitu:

1) Berbincang dengan ketua organisasi, jabatan atau unit

-untuk menjelaskan tentang tujuan dan faedah membuat analisis keperluan latihan serta mendapatkan sokongan dan kerjasama daripada mereka.

2) Mengenalpasti produk

-contohnya produk unit perancangan ialah mengeluarkan laporan rancangan organisasi

3) Mencartakan proses aliran untuk mengeluar sesuatu produk

-semua proses pengeluaran dapat ditunjukkan dengan lebih jelas dari awal hingga akhir proses. Jenis kerja dan tugas yang sepatutnya dikenalpasti.

4) Mengenal pasti Key Result Area ( KRAS ) dalam proses aliran

-KRAs merupakan kegiatan yang paling penting dalam proses pengeluaran dan jika tidak dilaksanakan dengan baik akan menjejaskan pengeluaran sasaran

(19)

produk. Melalui KRAs ini bahagian/kerja yang paling penting dan genting dapat dikenalpasti.

5) Struktur organisasi

-struktur organisasi sebenar perlu dibentuk untuk dibandingkan dengan struktur organisasi rasmi untuk melihat samaada wujud perbezaan yang boleh menjejaskan prestasi sesuatu unit kerja dan kesannya terhadap keperluan latihan kakitangan.

6) Meneliti pelbagai maklumat organisasi

-maklumat yang perlu dianalisis adalah maklumat yang menunjukkan kelemahan dalam system pentadbiran organisasi yang boleh diperolehi melalui pemerhatian, laporan, rekod dan temubual dengan pelbagai pihak.

7) Pemilihan responden

-responden yang dipilh berdasarkan KRAs dan peratusan yang mencukupi untuk ditemubual.

8) Menemubual responden

-bertujuan untuk menilai tahap kecekapan responden bagi setiap tugas yang dilaksanakan. Memandangkan organisasi mungkin tidak dapat memenuhi semua keperluan latihan yang dikenalpasti untuk kakitangannya maka pemilihan perlu dibuat untuk memilih tugas yang benar-benar memerlukan latihan melalui teknik DIF(KKK).

9) Menemubual pengurus unit kerja

-bertujuan untuk mendapatkan penilaian pengurus untuk semua responden dan mengenalpasti keperluan latihan untuk pengurus pertimbangkan serta menjadikan pengurus sebagai jurulatih.

(20)

-menentukan responden yang mana memerlukan latihan dalam bidang-bidang tugas tertentu

11) Membuat analisis kerja dan tugas

-setiap kerja perlu dijelaskan mengikut format deskripsi kerja supaya dapat dikenalpasti samaada tugas yang diberi relevan dengan tanggunjawab dan skop kerja responden.

12) Menulis laporan

-laporan yang lengkap tentang keperluan lathan kakitangn dalam sesebuah organisasi, jabatan atau unit disediakan.

13) Membentang laporan dan perbincangan dengan pihak pengurusan

-bertujuan mendapatkan sokongan daripada pihak pengurusan bagi melaksanakan program latihan seperti yang dicadangkan dalam laporan.

Pengunaan teknik KKK dapat membantu penganalisis menentukan sama ada sesuatu tugas itu perlu dimasukkan dalam program latihan atau tidak

(21)

6.0 KESIMPULAN

Sebagai seorang anggota bomba, mereka akan menjadi tenaga kerja yang mempunyai motivasi tinggi yang kompeten, berilmu pengetahuan, kecekapan dan kemahiran yang pelbagai dan berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan tugas serta mampu memikul tanggungjawab yang besar di dalam memberikan perkhidmatan yang baik dan cekap kepada masyarakat keseluruhannya. Kejayaan sesuatu program latihan itu bergantung kepada rekabentuk program yang komprehensif, kemahiran jurulatih untuk memberikan tunjukajar dan kebolehan pihak penganjur untuk menganjurkan program latihan itu dengan baik dan berkesan. Apabila pihak penganjur berjaya menyediakan kemudahan yang sesuai dan selesa dan juga tenaga pengajar yang berkaliber yang mempunyai kepandaian dan kepakaran yang tinggi serta mempunyai ciri-ciri seorang komunikator yang hebat, nescaya peserta akan memperolehi manfaat. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi sikap mereka, pengetahuan dan kemahiran mereka.

Referensi

Dokumen terkait

Kabupaten Pemalang mempunyai peranan penting dalam memainkan fungsinya.. untuk membantu peningkatan sumber daya manusia para pegawai di daerah. Kabupaten Pemalang. Untuk itu

Tumbuhan emergen yang tumbuh dengan meluas telah memainkan peranan yang penting dalam penyingkiran bahan tercemar pada paya tiruan kerana ia dapat bertoleransi

2.4 Model Kesantunan Bahasa Rancangan realiti Yuttha Medai memainkan peranan yang penting dengan memberi kesan kepada pendengar melalui penggunaan bahasa.. Hal ini demikian

Tenaga pengajar merupakan tunjang kepada kejayaan pencapaian seseorang murid itu kerana mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan murid-murid dapat melakukan

Pemimpin memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan perubahan di dalam organisasi. Ini kerana mereka diharap untuk membimbing pasukan untuk mengharungi tempoh peralihan ini

..33 Sumbangan Bidang Pertanian:- Oleh kerana perlindungan tumbuhan merupakan komponen gabungan kepada satu sistem penghasilan tanaman yang baik, MAPPS memainkan peranan yang penting

Masyarakat sebagai pelengkap dalam kehidupan manusia juga memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam usaha untuk menyebarkan nilai murni dan pengetahuan tentang alam sekitar

Diantara sumber-sumber pendapatan tersebut, hasil pajak daerah merupakan sumber pendapatan yang sangat pontensial dan memegang peranan yang sangat penting dalam penimgkatan pendapatan