• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kriteria Pemilihan Aktiviti PJ Suaian

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kriteria Pemilihan Aktiviti PJ Suaian"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Thursday, 5 June 2014

Not Found

Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian

Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan JasmaniKriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

SuaianSuaian

Infrastruktur dan Tenaga PengajarInfrastruktur dan Tenaga Pengajar

1.1 Infrastruktur1.1 Infrastruktur

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2003), infrastruktur ialah struktur asas sesuatu sistem atau kemudahan serta perkhidmatan asas. Manakala, Associated General of America(ACGA) pada tahun 1982 mengklafikasikan

infrastruktur sebagai suatu bentuk sistem kemudahan awam yang menyediakan pembinaan perkhidmatan keperluan asas

yang penting untuk manusia memeruskan hidup. Maka, dalam penyampaian ilmu dan perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani suaian, infrastruktur

memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan setiap aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang dikehendaki.

Terdapat pelbagai jenis aktiviti fizikal yang terkandung dalam kurikulum pendidikan jasmani suaian. Setiap

aktiviti memerlukan infrastruktur yang bersesuaian agar aktiviti boleh dilakukan dengan keadaan baik yang paling maksimum. Terdapat aktiviti yang memerlukan murid-murid melakukannya di padang, gelanggang, kolam renang, tasik, gimnasium, bilik aerobik, kelas dan sebagainya. Kesemua tempat yang dinyatakan itu merupakan infrastruktur yang perlu disediakan dan diwujudkan dalam penyampaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani suaian.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang mungkin melibatkan

kemahiran dan juga permainan. Antara kategori kemahiran dan permainan dalam aktiviti fizikal untuk pendidikan jasmani suaian ialah

:-Permainan padang dan trek – larian, lontaran, lompatan Permainan melibatkan bola – bola keranjang, bola tampar,

Advertisement

Cara memotivasikan murid dalam bilik darjah

Cara memotivasikan murid dalam bilik darjah Definisi Motivasi Motivasi boleh didefinasikan sebagai kemahuan dalam diri seseorang untuk mela...

Soalan latihan PJM 3106 anatomi dan fisiologi

Soalan latihan untuk PJM 3106 anatomi dan fisiologi. Sesuai digunakan untuk buat ulangkaji. Perlu diingat ini bukan soalan ramalan tetapi b...

Modul PJM3112

Download modul PJM3112 di sini. Kandungan : 1. PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 2. REKREASI DAN KESENGGANGAN 3....

Ulasan Jurnal Pendidikan Jasmani Suaian #2

Tajuk Artikel : Program

Intervensi Kemahiran Membaling Bola Terhadap Pelajar Autisme Sekolah Menengah : Satu Kajian Kes Penulis : Tan Teck B...

Ulasan Jurnal Pendidikan Suaian #1

Bagi melaksanakan tugasan

membuat ulasan jurnal yang saya bacaan, saya memilih artikel yang berkaitan dengan

pelaksanaan pengajaran dan pem...

(2)

hoki, bola sepak, bola jaring dan lain-lain.

Gimnastik – memusing, gulingan, melompat, memanjat, bergayut

Permainan menguji kekuatan – menolak, menarik, keseimbangan, rintangan

Permainan melibatkan kerjasama – aktiviti yang melibatkan perlakuan secara beramai-ramai atau berkumpulan

Permainan orientasi dan persepsi ruang – aktiviti yang berkaitan dengan arah (dalam, luar, belakang, depan,

kanan, kiri) dan aktiviti yang menggunakan ruang sebagai medium untuk mekakukan aktiviti fizikal

Permainan melibatkan imaginasi – pembinaan blok, penyusunan objek pelbagai bentuk dan saiz

Akuatik – kemahiran-kemahiran dalam renang

Pergerakan asas – menggunakan skaf, riben, belon, gelung, tali, cermin dan lain-lain.

1.2 Tenaga Pengajar1.2 Tenaga Pengajar

Tenaga pengajar merupakan orang atau individu yang

bertanggungjawab dalam menyampaikan ilmu dan maklumat apa yang ingin diajar kepada murid-murid kurang upaya bagi subjek pendidikan jasmani suaian. Dalam erti kata lain, tenaga pengajar pendidikan jasmani suaian ialah guru yang berperanan untuk membimbing murid-murid tersebut dalam melakukan aktiviti yang telah dirancang dan cuba mencapai objektif yang telah ditetapkan dan cuba membantu mereka melakukan aktiviti fizikal pada tahap yang paling

maksimum. Tenaga pengajar merupakan tunjang kepada kejayaan pencapaian seseorang murid itu kerana mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan murid-murid dapat melakukan setiap aktiviti dengan baik.

Menurut Carlise dan Philip (1984), guru pendidikan jasmani suaian perlu mempamerkan tingkah laku yang baik dan

mempunyai kemahiran yang sangat baik untuk menjadi seorang tenaga pengajar yang efektif. Setiap perlakuan guru akan mempengaruhi tingkah laku murid yang diajar. Perlakuan tersebut boleh dilihat dan dinilai secara lisan dan bukan lisan. Murid akan melihat setiap perlakuan guru dan cuba memberi respon berdasarkan apa yang dilihat oleh mereka.

Menurut Suomi, J., Collier, D., & Brown, L. (2003), seorang guru pendidikan jasmani ialah seorang yang

berperanan sangat penting dalam mempengaruhi kehidupan sosial muridnya melalui pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pendidikan jasmani. Seorang tenaga pengajar yang

baik turut memiliki tingkah laku yang baik. Antara tingkah laku atau ciri-ciri seorang tenaga pengajar pendidikan

jasmani suaian yang baik ialah :

Ciri-ciri Penerangan Mempunyai suara

yang jelas

Guru harus mempelbagaikan ton, kekuatan dan nada suara agar murid-murid tidak mudah teralih perhatian.Guru boleh bercakap perlahan dan kemudiannya kuat untuk menarik minat murid mendengar isi pengajaran dan arahan yang diberi

Mempunyai eye contact

Lirikan mata memainkan peranan dengan cara guru boleh melihat murid secara menatap dari mata ke mata, bercakap tanpa melihat, bercakap dengan melihat ke atas dan ke bawah atau mempelbagaikan aksi mata dengan mengecilkan atau membesarkan mata ketika bercakap

Menggunakan bahasa Seorang guru pendidikan jasmani suaian

Blog Archive

Blog Archive

(3)

badan (body language) banyak melakukan demonstrasi dan melibatkan pergerakan badan. Selain itu, guru juga boleh mempelbagaikan aksi pergerakan tubuh badan ketika melakukan penerangan agar setiap isi pengajaran tidak disampaikan secara membosankan

Menunjukkan mimik muka yang bersesuaian

Guru perlu menunjukkan mimik muka yang menyeronokkan agar murid-murid turut berasa seronok untuk mempelajari isi pengajaran dan melakukan aktiviti fizikal yang dirancang. Murid-murid akan melakukan aktiviti bersungguh-sungguh dengan tunjuk ajar yang diberi oleh guru

Memberi maklum balas atau respon

Seorang guru PJ suaian haruslah peka terhadap muridnya. Guru haruslah memberi respon dan maklum balas terhadap setiap usaha yang dilakukan mereka agar keyakinan diri mereka dapat ditingkatkan. Maklum balas terbahagi kepada 2 iaitu :

a) Diskriptif (general)

Contoh : Bagus!, Kamu boleh buat!, Sikit saja lagi!.

b) Presriktif (spesifik)

Contoh : Ikut lajak!, Pindahkan berat badan!, Pusing ke arah kanan!, Guna kekura kaki untuk menendang!

Memberi galakan dan motivasi

Guru harus bijak dalam menambat hati murid agar mereka berasa diri mereka dihargai. Guru perlu memberi galakan yang positif agar agar murid-murid yang lemah tidak berasa rendah diri dan murid-murid yang mahir berasa usaha mereka diberi perhatian dan penghargaan. Contoh: Jangan mengaku kalah!, Usaha lagi!, Kamu pasti boleh lakukannya! Bagus! Baik! Kamu ada peningkatan!

Penyabar Guru PJ suaian harus mempunyai kesabaran yang tinggi kerana murid-murid kurang upaya mempunyai pelbagai jenis kerenah yang di luar dugaan. Setiap kerenah haruslah ditangani dengan bijak dan cuba sedaya upaya untuk menarik minat mereka melakukan aktiviti.

Guru juga perlu bersabar dalam memberi penerangan kepada murid bagi setiap permainan dan aktiviti yang dilakukan dengan mengulang setiap peraturan berulang kali setiap hari agar mereka lebih memahami dan mengingati setiap peraturan yang dinyatakan.

(4)

Guru juga perlu peka terhadap kelebihan atau kekurangan kemahiran motor murid serta prestasi murid agar setiap kekurangan dapat diperbaiki dari semasa ke semasa.

Kreatif Guru PJ suaian perlu bersikap kreatif dengan mempelbagaikan jenis permainan agar murid tidak berasa bosan. Walaupun kemahiran yang diajar adalah sama, tetapi guru boleh melakukannya dengan memberi murid merasai dan melakukan kemahiran dalam bentuk permainan yang berlainan.

Guru juga boleh mempelbagaikan jenis peralatan atau mengubah suai peralatan mengikut kesesuaian masalah yang dihadapi oleh murid (tetapi aspek keselamatan harus diutamakan). Contoh 1: Guru ingin mengajar kemahiran membaling. Guru boleh mempelbagaikan jenis objek iaitu menggunakan belon, bola kecil, bola besar, bola bewarna-warni (pelbagai jenis warna), bola ringan dan sebagainya. Contoh 2: Guru boleh mengubah suai kayu atau bet sofbol dengan menggantikannya dengan gulungan surat khabar lama, dahan pokok, bet kecil dan lain-lain.

Guru juga perlu bijak dalam mengubah peraturan agar murid-murid tidak berasa tertekan untuk terus mencapai tahap yang tinggi. Guru boleh mengubah peraturan mengikut kebolehan murid

Guru juga boleh mempelbagaikan gaya pengajaran agar murid-murid sentiasa berasa seronok dan tertarik untuk mempelajari setiap kemahiran yang diajar dengan lebih mendalam Membuat rekod /

penilaian

Guru PJ suaian perlu membuat pemerhatian terhadap perkembangan murid-murid agar setiap peningkatan dan perkembanagn murid dapat dilihat dan dianalisis dari semasa ke semasa. Murid yang lemah perlu dibantu dan murid yang bagus perlulah diberikan penambahan kepada kemahiran.

Seorang guru pendidikan jasmani suaian yang bagus dan

efektif mempunyai 3 kebolehan iaitu pengetahuan, kelakuan dan persembahan kemahiran. Berikut ialah langkah-langkah dan peringkat pengajaran bagi seorang tenaga pengajar atau guru pendidikan jasmani suaian:

2. Perkembangan Murid2. Perkembangan Murid

Perkembangan murid ialah perkara terpenting dalam

memastikan pemilihan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran atau permainan. Tujuan utama seorang guru merancang aktiviti adalah untuk memastikan murid berusaha untuk menggunakan anggota badannya secara

maksimum agar otot-otot dapat dikembangkan dan diaktifkan secara betul.

(5)

perkembangan murid daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosialnya. Semua aspek yang dinyatakan perlu diambil kira agar aktiviti yang bersesuaian boleh

dirancang untuk mereka. Tidak semua murid mempunyai tahap perkembangan yang sama dan seimbang. Tambahan pula,

kekurangan dan kecacatan mereka berlainan antara satu sama lain. Guru perlu meneliti setiap murid dan mengambil tahu setiap perkembangan murid-murid berdasarkan semua aspek yang dinyatakan. Tetapi, sebagai guru pendidikan jasmani, guru perlu tahu fokus utama aktiviti fizikal dilakukan adalah untuk memperkembangkan aspek fizikal mereka

semaksimumnya. Tetapi dalam masa yang sama, aspek-aspek lain tidak dilupakan.

Semua aspek yang dinyatakan perlu wujud agar murid kurang upaya juga dapat menjadi insan yang harmonis dan seimbang selaras dengan matlamat dan falsafah yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

2.1 Jasmani2.1 Jasmani

Memandangkan murid-murid keperluan khas mempunyai pelbagai kekurangan dan masalah, guru perlu mengubah rancangan

pengajaran bagi aktiviti fizikal kepada yang lebih mudah. Guru juga perlu sentiasa memerhatikan murid-murid ketika mereka melakukan aktiviti. Guru perlu memastikan murid-murid melibatkan diri, bekerjasama antara rakan sebaya dan mewujudkan suasana yang positif. Bagi memastikan kemahiran dan perkembangan fizikal mereka dapat ditingkatkan, guru-guru boleh :

Mengubah suai permainan kepada aras yang lebih rendah tetapi masih boleh memberi cabaran kepada seisi kelas. Contoh: gunakan belon sewaktu

melakukan aktiviti menggelecek atau menendang kepada murid yang mempunyai masalah lembam atau masa tindak balas yang sangat lemah.

Mengubah suai peraturan tetapi masih mengekalkan konsep aktiviti yang sama. Contoh: ubahkan posisi biasa dalam permainan bola tampar seperti memberi arahan kepada murid untuk duduk ketika bermain maka semua murid boleh terlibat

Memberi kesenangan dan memudahkan murid-murid yang tidak mampu melakukan pergerakan yang banyak

dengan mengecilkan saiz kawasan bermain dan juga mengecilkan saiz kumpulan yang terlibat.

Sekiranya murid mengalami kecacatan atau masalah pada bahagian kaki, pastikan dia menggunakan lebih lengan dan tangannya. Contoh : benarkan murid

tersebut melakuakan ‘tendangan ke dalam’ bagi futsal dengan menggunakan tangan.

Tentukan posisi murid mengikut kebolehan mereka. Contoh: murid yang bergantung pada kerusi roda bertindak sebagai pitcher dalam sofbal, penjaga gol bagi bola sepak dan foul shooter dalam bola keranjang.

Kesemua perkara di atas merupakan sebahagian daripada

aktiviti yang boleh meransang perkembangan fizikal murid-murid. Pendidikan jasmani suaian bertindak sebgai medium untuk mereka memaksimumkan penggunaan anggota fizikal mereka dan menggunakannya dengan cara yang betul.

2.3 Emosi2.3 Emosi

(6)

natural-gender murid-murid perlu dibina daripada aspek

:-2.4 Keyakinan diri2.4 Keyakinan diri

Aktiviti yang dirancang mengikut kesesuaian tahap murid yang terlibat. Secara tidak langsung, aktiviti-aktiviti tersebut mampu membina keyakinan diri murid-murid untuk bertindak seperti individu yang normal. Mereka juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti berenang,

bermain bola sepak, bermain bola tampar, berkayak dan sebagainya tetapi mengikut cara yang sewajarnya.

Murid-murid juga dapat mengasah potensi dan kebolehan yang terdapat dalam diri mereka dan disalurkan dengan cara yang betul. Mereka juga dapat melaksanakan aktiviti atau rutin harian mereka dengan menggunakan segala kekurangan mereka sebagai suatu kelebihan. Contohnya : murid yang kudung mampu menggunakan kaki untuk menulis

2.5 Motivasi2.5 Motivasi

Apabila mereka sudah mempunyai tahap keyakinan yang baik, mereka juga sudah mampu memotivasikan diri sendiri. Mereka akan melakukan setiap perkara dengan besungguh-sungguh. Bukan setakat memotivasikan diri sendiri, malah mereka boleh juga memotivasikan rakan-rakan yang lain.

2.6 Daya usaha2.6 Daya usaha

Sekiranya mereka sudah boleh memotivasikan diri sendiri, mereka pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk

mencapai sesuatu perkara atau kemahiran yang diajar kepada mereka. Mereka akan berlatih untuk memahirkan diri dan

memantapkan kemahiran yang dipelajari agar mereka dapat menggunakan segala kemahiran tersebut dengan cara yang betul

2.7 Rohani2.7 Rohani

Setiap apa yang diajar kepada mereka, perlu diselit unsur-unsur atau nilai-nilai murni agar segala perkara positif dapat diterapkan ke dalam diri mereka. Guru boleh

menerapkan nilai kesyukuran kepada mereka walaupun mereka dilahirkan dan ditakdirkan untuk mempunyai kecacatan dan kekurangan, mereka harus bersyukur kerana masih mampu hidup dna menjalani kehidupan seharian dengan baik. Mereka juga perlu diterapkan dengan nilai menghargai, menghormati, membantu orang lain dan lain-lain.

2.8 Intelek2.8 Intelek

Selain daripada aspek fizikal atau jasmani, aspek kognitif turut dititik beratkan dalam perkembangan murid-murid

ketika melakukan aktiviti dalam pendidikan jasmani suaian. Hal ini kerana sebelum melakukan apa-apa perkara, mereka akan menggunakan otak untuk berfikir seterusnya melakukan tindakan. Maka, penjanaan intelek dan minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas. Oleh sebab itu, murid melakukan aktiviti fizikal untuk mengoptimumkan kecergasan dan secara tidak langsung menjana minda yang cerdas. Murid-murid mampu berfikir secara kritis dan

menjana kemahiran berfikir mereka. Secara tidak langsung, mereka juga mampu menganalisis setiap perkara yang diajar ketika aktiviti fizikal dilakukan. Contohnya: kenapa saya tidak dapat melakukan kemahiran memukul dalam hoki tepat mengenai sasaran? Murid akan menganalisis dan mengesan kelemahan sendiri.

2.9 Sosial2.9 Sosial

Menurut Block dan Conatser (1999), interaksi sosial antara murid agak mencabar kerana mereka kurang berkomunikasi

(7)

berkumpulan agar mereka lebih bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Mereka akan mengenali sifat tanggungjawab terhadap orang lain pada ketika ini. Mereka akan melakukan aktiviti secara berpasangan atau berkumpulan. Pada masa itu,

kerjasama juga dapat dipupuk dalam diri mereka dan menghormati orang lain.

3. Peralatan dan Kemudahan3. Peralatan dan Kemudahan

Setiap aktiviti fizikal yang dirancang pasti ada

menggunakan peralatan dan kemudahan tertentu sebagai alatan yang membantu kepada pencapaian objektif

pembelajaran. Peralatan memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan aktiviti fizikal setiap murid

dapat dilakukan secara maksimum. Semua permainan mempunyai peralatannya yang tersendiri. Tetapi, oleh sebab murid-murid yang mempelajari pendidikan jasmani suaian ialah

murid-murid kurang upaya, peralatannya juga ada yang telah diubah suai mengikut tahap kelemahan dan kekurangan

individu.

Jenis kecacatan/kekurangan Peralatan yang Digunakan Buta Bola yang mempunyai loceng

Buta Velkro

Kecacatan fizikal (kaki) Tiang gol pintu yang lebih luas (penyerang)

Kecacatan fizikal (pakai kerusi roda)

Tiang gol yang lebih rendah (penjaga gol)

Autisme Bola yang bewarna – warni (menarik perhatian)

Pekak Semua peralatan(tetapi diselitkan dengan isyarat tangan dan mimik muka)

(8)

mengikut

Jadual : Peraturan, Kawasan, Masa dan Tindakan untuk Aktiviti

Bola Keranjang

· Gunakan pelbagai jenis bola

(saiz, berat, tekstur, warna) Benarkan menggelecek menggunakan kedua-dua tangan

· Abaikan arahan 3 saat

· Gunakan tiang gol yang

rendah dan gol yang besar

· Perlahankan kelajuan

permainan

· Jika murid menggunakan

kerusi roda, benarkan dia memegang bola atau meletakkan bola di peha ketika dia hendak

memusingkan kerusi

· Gunakan bola yang bergetar

dan letakkan radio di bawah gol untuk murid yang cacat penglihatan

tanda yang mudah dilihat

· Kurangkan keluasan

kawasan bermain

· Permainan 6 sebelah

Jika murid menggunakan kerusi roda, benarkan dia memegang bola atau meletakkan bola di peha ketika dia hendak

memusingkan kerusi

· Sasaran yang disediakan

mesti berbunyi bising sebagai tanda atau menyenangkan murid yang cacat penglihatan

Sofbol

· Gunakan bola dan sarung

tangan valkro

Gunakan bet yang besar / kecil

· Gunakan batting tee

· Kurangkan jarak base

· Pendekkan jarak untuk

pitching

Shorten the pitching distance

· Jika murid menggunakan

kerusi roda, benarkan dia memukul bola off ramp, off lap, or from tee

Sediakan rakan untuk membantu

· Murid yang benar-benar

(9)

Bola Tampar

· Gunakan bola yang besar,

ringan, lembut dan berwarna cerah

· Benarkan murid menangkap

bola pengganti menyangga atas

· Benarkan murid melambung

dan

Tenis

· Gunakan bola yang besar dan

ringan

· Gunakan raket yang pendek

dan ringan

· Gunakan raket yang

kepalanya luas

· Bola dipukul perlahan

· mengumpan sendiri bola

· Rendahkan jaring

· Kurangkan saiz dan keluasan

gelanggang

· Berdiri dekat dengan net

ketika servis

· Biarkan bola melantun

dahulu

· Rendahkan jaring atau tidak

menggunakan jaring

· Benarkan servis pendek

· Berdiri berhampiran net ketika

servis

· Tidak perlu berada di petak

servis untuk melakukan servis

· Meminta bantuan rakan untuk

memberi arahan.

4. Persekitaran Budaya dan Tempat4. Persekitaran Budaya dan Tempat

4.1 Persekitaran Budaya4.1 Persekitaran Budaya

Persekitaran budaya merujuk kepada suasana sesuatu gaya hidup, adat dan tamadun sesebuah kawasan. Budaya juga sering dikaitkan dengan corak atau rutin kehidupan seharian, adat resam sesuatu agama dan bangsa. Setiap budaya diamalkan berbeza mengikut agama masing-masing. Memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis bangsa dan kaum, maka pelbagai budaya wujud di negara kita. Jadi, dalam sesebuah kelas kanak-kanak keperluan khas yang mempelajari pendidikan jasmani suaian terdiri daripada pelbagai kaum termasuklah Melayu, Cina, India, orang Asli, Kadazan, Iban dan lain-lain.

Guru atau tenaga pengajar perlu mengambil berat aspek ini sebelum memilih sebarang aktiviti. Guru perlu memastikan aktiviti yang dipih tidak akan menyentuh sensitiviti mana-mana kaum bagi mengelakkan berlakunya sebarang

pertelingkahan dan pergaduhan.

Guru perlu sentiasa memerhatikan pergaulan dan tingkah laku murid supaya tidak berlakunya sebarang pergaduhan atau tindakan untuk mencederakan. Sekiranya berlaku

pergaduhan. kemungkinan besar mereka akan berperang mulut atau berlawan kata-kata. Tanpa sedar, mereka akan bercakap perkara-perkara yang melibatkan budaya dan sensitiviti

perkauman yang boleh menyebabkan berlakunya pelbagai implikasi negatif.

Menurut Bond dan Castagnera (2003), murid-murid kurang upaya ini perlu diterapkan perasaan tanggungjawab sebagai komuniti dalam sesebuah kelas dan integrasi antara rakan-rakan supaya mereka mempelajari menghargai kelebihan dan nilai persahabatan supaya mereka lebih menghormati antara satu sama lain. Murid perlu selesa dengan kehidupan

(10)

rumah. Dengan itu, pendidikan yang sempurna mampu menentukan corak kehidupan mereka selepas alam persekolahan.

Murid kurang upaya lebih memerlukan perhatian dan

pendidikan daripada tenaga pengajar agar mereka boleh menjalani kehidupan yang lebih baik sepanjang kehidupan mereka. Suasana bilik darjah, suasana pengajaran dan pendekatan yang digunakan guru ketika mengajar membantu dalam membina sahsiah yang baik murid.

Aktiviti fizikal mampu merapatkan hubungan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum ini. Mereka akan menghormati budaya masing-masing tetapi guru harus peka dan mengambil berat setiap perlakuan murid. Sebagai rasa bangga dengan kepelbagaian kaum di Malaysia, guru boleh mengajar murid permainan tradisional mengikut kaum di

Malaysia. Contohnya, permainan konda- kondi yang dimainkan oleh masyarakat India. Guru boleh memberi penerangan

tentang sejarah dan asal usul permainan tersebut dan menerangkan peraturannya kepada murid sebelum bermain. Galah panjang yang sering dimainkan oleh masyrakat Melayu juga boleh dimasukkan dalam aktiviti untuk pendidikan

jasmani suaian. Seni Tari dan mempertahankan diri kaum Cina iaitu Tai Chi boleh dijadikan sebagai aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti fizikal.

4.2 Persekitaran Tempat4.2 Persekitaran Tempat

Persekitaran tempat merujuk kepada kawasan sekitar atau suasana sesuatu tempat. Tempat atau kawasan sesebuah sekolah didirikan ialah sama ada di kawasan bandar atau luar bandar. Mentaliti dan cara masyrakat bandar dan luar bandar adalah berbeza. Maka, seorang guru pendidikan

jasmani suaian haruslah mengambil tahu terlebih dahulu cara masyarakat setempat sebelum memilih aktiviti.

Bagi masyarakat luar bandar, mereka mungkin mempunyai kekurangan daripada segi kemudahan dan infrasruktur. Contohnya, mereka tidak didedahkan dengan kebiasaan berenang di kolam renang. Bagi mereka, aktiviti renang dilakukan di sungai ataupun laut. Guru memainkan peranan untuk menerangkan kepada murid-murid ini tentang perbezaan ruang untuk melakukan aktiviti tersebut. Walau

bagaimanapun kedua-duanya sangat mementingkan aspek keselamatan.

Masyarakat luar bandar juga mungkin tidak tahu bagaimana keadaan gelanggang tenis yang sebenar. Maka, guru perlu mengambil inisiatif dengan mewujudkan gelanggang tenis menggunakan segala kelengkapan dan kemudahan yang

disediakan. Walaupun tidak sempurna, guru

sekurang-kurangnya telah berusaha untuk memberi gambaran yang jelas kepada murid-murid sebelum mengajar mereka dengan lebih lanjut.

Lain pula halnya dengan masyarakat bandar, mereka mungkin kurang arif daripada segi permainan-permainan tradisonal. Contohnya permainan galah panjang. Masyarakat bandar tidak berapa dititikberatkan tentang nilai dan budaya kita.

Maka, guru perlulah memberi penerangan yang jelas tentang permainan tersebut beserta peraturan dan undang-undang permainan.

(11)

Newer Post Home Older Post

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Posted by igufran at 06:58

Labels: Nota pendidikan jasmani, Pendidikan Jasmani Suaian

guru perlulah bersedia terlebih dahulu untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan wujud ketika mengajar.

proudduck: PROUDDUCK

» weekend at the golf club

56,204 views

Sila Share Jika Suka Nota Ini

Sila Share Jika Suka Nota Ini

Recommend this on Google

Sign out

Notify me

Enter your comment...

Comment as: Unknown (Google

Publish

Publish PreviewPreview

No comments:

Post a Comment

Not Found

The requested URL /api/widget/myfran/1/468x60 was not found on this

server.

Referensi

Dokumen terkait

Hal ini disebabkan transaksi jual beli langsung dilokasi pembenihan, pembenih sudah memiliki pelanggan tetap untuk menjual benih ikan mas dan terjadi kesepakatan

orang perseorangan yang bertindak mewakili kepentingan Perusahaan Efek yang melakukan kegiatan usaha sebagai Perantara Pedagang Efek, yang khusus melakukan fungsi pemasaran

Kelayakan konseptual dan operasional “perang- kat instrumen pengembangan kompetensi kon- selor berdasarkan Standar Kompetensi Konselor Indonesia” yang dihasilkan dalam

Dalam penelitian ini ada beberapa faktor-faktor yang mempengaruhi pendapatan usahatani jambu mete di Desa Bontokassi dan Desa Belabori Kecamatan Parangloe Kabupaten

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui bagaimana konten (muatan) subjek kajian manajemen dan ekonomi pada database Emerald, ProQuest ABI/INFORM dan SpringerLink dan

Penulisan laporan Tugas Akhir ini dimaksudkan guna memenuhi salah satu persyaratan untuk memperoleh gelar Ahli Madya Komputer pada Program Studi Diploma III Teknik Informatika,

Hasil penelitian menunjukkan : (1) Tingkat kemasakan buah berpengaruh nyata terhadap mutu fisik (ukuran buah dan benih, berat buah dan benih, kadar air buah dan

Hipotesis tersebut sejalan dengan penelitian (Agmeka, Wathoni, & Santoso, 2019) hasil ini menunjukkan bahwa variabel brand image menjadi prediktor yang penting dalam