• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perkembangan sosioekonomi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Perkembangan sosioekonomi"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 Pengenalan 1.0 Pengenalan

J.A Habson menyatakan bahawa kolonialisme berlaku sekiranya sesuatu bangsa J.A Habson menyatakan bahawa kolonialisme berlaku sekiranya sesuatu bangsa atau negeri mengembangkan kuasa dan pengaruhnya melalui penghijrahan rakyatnya atau negeri mengembangkan kuasa dan pengaruhnya melalui penghijrahan rakyatnya kepada sesuatu kawasan atau jajahan baru di seberang laut yang belum diterokai atau kepada sesuatu kawasan atau jajahan baru di seberang laut yang belum diterokai atau diduduki orang lain. Hal ini memjelaskan bahawa dasar kolonialisme yang dilakukan diduduki orang lain. Hal ini memjelaskan bahawa dasar kolonialisme yang dilakukan British di Malaysia ialah satu dasar untuk mengeksploitasi rakyat dan sumber daya British di Malaysia ialah satu dasar untuk mengeksploitasi rakyat dan sumber daya sesuatu bangsa demi kepentingan Negara induk iaitu British. Episod sejarah sesuatu bangsa demi kepentingan Negara induk iaitu British. Episod sejarah sosio-ekonomi Malaysia sering dikaitkan dengan pengalamannya dalam era penjajahan ekonomi Malaysia sering dikaitkan dengan pengalamannya dalam era penjajahan khususnya semasa dalam cengkaman Inggeris. Senario yang mewarnai susur galur khususnya semasa dalam cengkaman Inggeris. Senario yang mewarnai susur galur sejarahnya menunjukkan ada perubahan yang secara tidak langsung mencerminkan sejarahnya menunjukkan ada perubahan yang secara tidak langsung mencerminkan ekonomi negara yang ada pada masa kini.

ekonomi negara yang ada pada masa kini.

Sejarawan mengatakan bahawa perkembangan sosio ekonomi kolonial ketika itu Sejarawan mengatakan bahawa perkembangan sosio ekonomi kolonial ketika itu mempengaruhi keadaan struktur masyarakat kita sekarang iatu masyarakat yang

mempengaruhi keadaan struktur masyarakat kita sekarang iatu masyarakat yang majmuk. Jika kita melihat lebih teliti pada topik ini, banyak faktor-faktor ynag majmuk. Jika kita melihat lebih teliti pada topik ini, banyak faktor-faktor ynag

menyokong pendapat ini seperti, struktur masyarakat, sistem ekonomi dan lain-lain. menyokong pendapat ini seperti, struktur masyarakat, sistem ekonomi dan lain-lain.

(2)

2.0 Faktor-Faktor

2.1 Struktur Masyarakat

Penguasaan British di Tanah Melayu telah membawa perubahan yang besar kepada sosioekonomi masyarakat Melayu,bumiputera dan bangsa asing yang menetap di Tanah Melayu.Apabila kita melihat pada sistem lapisan masyarakat dan struktur masyarakat Melayu dapat kita lihat perubahan ketara dan menonjol.Dahulu di mana kelompok tertinggi lapisan masyarakat adalah golongan pemerintah yang terdiri

daripada bangsa Melayu tetapi telah mengalami perubahan di mana kelompok tertinggi terdiri daripada orang Inggeris .

Selain itu, British telah mengubah corak pentadbiran di Tanah Melayu iatu

dengan mengurangkan kuasa pemerintah. Pemerintah tertinggi pada zaman tradisional iaitu raja telah hilang kekuasaannya dan kedaulatannya di mana selepas kedatangan British peranan raja telah berkurangan .Hal ini kerana British memperkenalkan sistem Residen yang diperkenalkan di Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang . Melalui sistem ini kuasa mutlak sultan telah digantikan dengan kuasa Residen Inggeris yang telah menguasai kesemua kuasa sultan kecuali dalam perkara yang berkaitan agama Islam adat istiadat orang Melayu. Pada peringkat awal peranan residen sebagai

pelindung rakyat British dan pedagang asing .Mereka juga menguruskan hal ehwal luar negeri-negeri Melayu dan agen perubahan dalam membentuk birokrasi pentadbiran corak Barat serta pelaksana dasar-dasar kerajaan. Berdasarkan Perjanjian Pangkor, residen akan menasihatkan sultan dalam semua hal ehwal kerajaan negeri kecuali yang menyentuh soal agama dan adat istiadat Melayu.

(3)

2.2 Sistem Ekonomi

Pentadbiran Inggeris telah memperkenalkan sistem ekonomi moden yang berasaskan perdagangan antarabangsa atau komersial telah dilaksanakan.

Perkembangan ekonomi tanah Melayu khususnya Pulau Pinang dan Singpura muncul sebagai pelabuhan perdagangan penting di bawah pentadbiran yang mengamalkan dasar ekonomi laissez fair telah mewujudkan sistem ekonomi duaan atau dual di Tanah Melayu . Dual atau dwi-ekonomi bermaksud terdapat dua corak kegiatan ekonomi yang diamalkan iaitu ekonomi komersial dan sara diri. Perkembangan ekonomi Tanah

Melayu juga bergantung kepada meningkatnya kemasukan pelaburan daripada saudagar-saudagar Cina Negeri-negeri Selat dan kemudiannya modal Barat .

Seterusnya,kemasukan buruh Cina dan India,penggunaan teknologi pengeluaran lebih baik yang menjimatkan kos dan meningkatkan pengeluaran.Sistem pengurusan

lombong dan ladang yang baru serta institusi kewangan dan bank yang menjadi punca modal .

Walaupun wujud perkembangan ekonomi tetapi kegiatan ekonomi orang Melayu masih berkisar di sektor pertanian ,menangkap ikan dan pertukangan atau kerja tangan. Kegiatan pertanian komersial lebih banyak melibatkan orang Cina dan bermula sejak abad ke-19. Tanaman komersial peringkat awal iaitu tebu,ubi kayu,sagu dan

gambir.Kemudian the dan kopi pula menarik minat pengusaha . Tanaman komersial peringkat kedua iaitu kelapa,getah dan kelapa sawit . Peringkat ini melibatkan modal dan kawasan tanah yang lebih luas. Walaupun orang Melayu terlibat dalam sektor pertanian ini tetapi hanya sebagai pekebun kecil.

(4)

Campur tangan British didorong oleh kekayaan hasil bumi tanah Melayu . Seterusnya, perkembangan Revolusi Industri di England dan ketidakstabilan politik di negeri-negeri Melayu. British menjalankan langkah yang lebih agresif bagi

meningkatkan pengeluaran ekonomi dan keuntungan dengan memperkenalkan kegiatan ekonomi berasaskan eksport,memberi perhatian terhadap sektor

perlombongan,pembukaan ladang tanaman secara besar-besaran dan penyediaan pelbagai bentuk kemudahan

British melakukan pelbagai pembangunan sosio-ekonomi seperti pembentukan infrastruktur, khasnya sistem perhubungan. Melihat kepada konteks ini pelbagai

kemudahan termasuk jalan raya, telegraf, dermaga dan keretapi telah di bina bagi memudahkan aliran perdagangan. Pekara yang perlu dipastikan bahawa kesemua ini hanya dilakukan atas kepentingan ekonomi sahaja.Kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah bagi memastikan kelancaran pentadbiran dan perkembangan

ekonomi.Umum mengetahui bahawa British mempunyai matlamat tersendiri di sebalik penjajahannya di Tanah Melayu iaitu mengaut seberapa banyak secara maksimum keuntungan daripada pengeksploitasian terhadap kekayaan hasil bahan mentah khususnya bijih timah di Tanah Melayu dan objektif ini sebenarnya dapat dicapai melalui kemajuan dalam infrastruktur iaitu dengan mewujudkan beberapa jaringan perhubungan bagi memudahkan proses penghantaran sumber secara berkesan serta efisien.

Perkembangan infrastruktur ini telah memberi kesan terhadap sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan kerana dahulunya mereka menggunakan

(5)

Pahang didirikan berhampiran Sungai Kuantan, bandar Diraja Pekan terletak

berhampiran Sungai Pahang, Kuala Kangsar berhampiran Sungai Perak, Kota Tinggi berhampiran Sungai Johor, bandar Kuching berhampiran Sungai Sarawak,

Kinabatangan berhampiran Sungai Kinabatangan dan bandar-bandar yang lain.

Perkembangan infrastruktur ini adalah kesan kolonilisme British yang memberi perubahan dalam landskap sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan.

Di samping itu, kemajuan dalam bidang komunikasi juga wujud dalam Tanah Melayu yang telah wujud talian telegraf antara Kuala Lumpur dengan Melaka pada tahun 1886. Penubuhan persekutuan 1895 telah memantapkan sistem perhubungan serta

komunikasi setiap negeri di bawah British dengan terbinanya sambungan sistem perhubungan yang sedia ada di setiap negeri bagi meningkatkan keberkesanan eksploitasi terhadap sumber alam khususnya bijih timah dan ladang getah di negeri-negeri berkenaan kerana kos pengangkutan bijih timah akan dapat dikurangkan dan diangkut dalam kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat untuk dieksport.

Kepesatan perhubungan dapat dibuktikan dengan pendapat Amarjit Kaur yang mengemukakan bahawa sejarah pembinaan jalan kereta api di Semenanjung terbahagi kepada tiga fasa iaitu peringkat pertamanya pembinaan jalan kereta api yang pendek-pendek pada tahun 1885 hingga 1896 dan akhirnya berkembang pesat. Akhirnya dengan kemajuan sistem perhubungan telah mengubah struktur sosiekonomi masyarakat tradisional tempatan kerana kewujudan sistem perhubungan tanpa sempadan.

(6)

Selain itu, penyeragaman melalui Persekutuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada 1895, Frank Swettenham berjaya juga membuka jaringan jalan kereta api merangkumi seluruh Tanah Melayu iaitu menghubungkan Taiping ke Sungai Larut terus ke Port Weld yang dibina pada tahun 1885, diikuti jalan kereta api Kuala Lumpur ke Sungai Kelang setahun kemudian dan dilanjutkan ke Kelang melalui jambatan Connought pada tahun 1890. Keadaan ini membolehkan para pemodal menerokai kawasan pertanian secara liberal atau bebas sekaligus mengubah corak kehidupan masyarakat tradisional tempatan. Lantaran dasar British yang inginkan penguasaan ekonomi akhirnya memberi kesan terhadap struktur sosioekonomi masyarakat

tempatan.

Terhadnya penghasilan ekonomi rakyat kerana terhadnya tenaga buruh . Ini kerana tenaga buruh bergantung kepada buruh keluarga yang menjadi unit asas pengeluaran

(7)

2.3 Sistem Sosial

Buruh adalah tenaga kerja yang dijadikan sebagai modal untuk hasilkan produktiviti. Buruh berkepentingan dalam sektor perladangan, perlombongan,

pentadbiran, perkhidmatan dan ketenteraan.Kemajuan sistem ekonomi telah memberi kesan di mana imigran Cina dan India telah dibawa masuk secara beramai-ramai bagi memenuhi permintaan tenaga buruh dalam sektor ekonomi moden. Kemasukkan mereka disokong oleh pihak British. Ini kerana tenaga mereka amat diperlukan untuk bekerja di lombong-lombong dan estet-estet. Pada tahun 1840an permintaan pada buruh-buruh luar terutama dari China dan India agak tinggi berbanding buruh-buruh Melayu.Permintaan pada tenaga buruh ini tinggi kerana terdapatnya permintaan yang tinggi bagi sektor tanaman komersil contohnya di Perak, Negeri Sembilan dan Johor. Seperti tanaman lada hitam, gambir, tebu dan buruh-buruh ini dibawa masuk secara beransur-ansur.

(8)

3.0 Kedatangan Imigran ke Tanah Melayu

Pembangunan dan kepesatan ekonomi Tanah Melayu telah menggalakkan kedatangan buruh-buruh asing untuk bekerja di kawasan perlombongan bijih timah, estet-estet getah dan kawasan pertanian ladang.Faktor ekonomi merupakan pendorong utama kemasukkan imigran ditambah lagi dengan pemerintahan kuasa British di Pulau Pinang dan Singapura yang telah memudahkan lagi kemasukan imigran.Kemasukan imigran ini adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor penolak iaitu yang mendorong mereka untuk meninggalkan negara masing-masing seperti peperangan, kebuluran dan lain-lain.Kerajaan British juga telah menggalakkan agar imigran ini berhijrah ke Tanah Melayu.

Orang-orang Melayu juga tidak menentang kedatangan kaum imigran ini. Imigran China dan India telah lama mengenali Tanah Melayu sebagai salah satu pusat

perdagangan yang penting suatu masa dahulu, ini telah mendorong mereka untuk berhijrah ke Tanah Melayu. Keadaan ekonomi Tanah Melayu yang sedang pesat

membangun melalui perusahaan getah dan bijih timah telah membuka banyak peluang pekerjaan.Politik di Tanah Melayu juga berada dalam keadaan stabil di bawah penjajah British, dan ini telah menarik lebih ramai golongan pemodal dan imigran asing ke Tanah Melayu

(9)

3.1 Kedatangan Buruh Cina

Kedatangan buruh dari China secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yang kebanyakkan berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung,

Kwangsi dan Fukien.Kedatangan buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan, dan sistem

pengambilan rumah kongsi.

Ramai dikalangan imigran Cina telah datang ke Tanah Melayu melalui sistem tiket Kredit.Imigran Cina yang ingin datang ke Tanah Melayu akan dikumpulkan oleh Kheh-thau ( Ketua ), orang yang bertanggunjawab mengumpulkan masyarakat

tempatan di China sebelum di bawa ke Pelabuhan.Kheh-thau ini akan dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa oleh mereka.

Imigran yang datang ini dipanggil Sin Kheh dan diletakkan dibawah pengawasan nahkoda kapal atau agensi buruh yang biasanya telah menerima bayaran daripada bakal majikan imigran berkenaan.Imigran yang datang dengan cara ini terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi satu tempoh masa sehinggalah hutang tambang mereka dijelaskan.Selepas itu mereka bebas berkhidmat dengan sesiapa sahaja yang mereka suka.

Mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang.Mereka akan dibawa oleh orang tengah atau pemborong buruh dengan bayaran tertentu kepada pihak majikan.

(10)

Kerajaan British di Tanah Melayu telah mewujudkan jawatan pegawai pelindung buruh dari China pada bulan Mac 1872.Ia adalah bertujuan untuk mengawasi

kemasukan buruh dan imigran dari China.Beberapa undang-undang telah dilaksanakan bagi membaiki sistem pengambilan buruh.Pada 30 Jun 1914, sistem tiket kredit ini telah digantikan dengan dengan sistem pengambilan Kakitangan ataupun pengambilan

rumah kongsi.

3.1.3 Sistem Pengambilan Kakitangan

Melalui sistem ini, majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China bagi mendapatkan tenaga buruh.Segala tambang dan

perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan.Pegawai yang dihantar tersebut adalah bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh tersebut sehigga mereka

sampai di tempat majikannya.

3.1.2 Sistem Pengambilan Rumah Kongsi

Di bawah sistem ini, pemgambilan buruh adalah dilakukan oleh pegawai dinegara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.Pegawai tersebut akan membaiyai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di

rumah kongsi.Pembawa buruh tadi akan dibayar oleh tuan punya rumah kongsi dengan kadar yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawanya.

(11)

3.1.3 Secara Berkumpulan ( Foochow )

Pada awal abad ke-20, cara kedatangan imigran ini telah berubah terutamanya di Sarawak.Charles Brooke melalui syarikatnya di Singapura telah menaja kemasukan buruh ke Sarawak.Buruh ini masuk ke Sarawak secara berkumpulan seperti yang dianjurkan oleh orang Foochow di Sarawak.Kumpulan pertama dibawa masuk selepas adnya persetujuan di antara Wong Nai Siong, seorang ketua Foochow di Sibu, dengan Charles Brooke untuk menjemput petani Cina menerokai Lembah Rajang. Lebih kurang 570 orang Foochow telah dibawa masuk ke Sibu pada bulan Januari 1901 dan bulan Mac.Kaum imigran ini amat diperlukan untuk mengusahakan tanah dan

membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam.

4.0 Sumber Asli 4.1 Bijih timah

 Aktiviti ini menunjukkan suatu komoditi yang sangat penting malah merupakkan pengerak awal ekonomi khususnya di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada peringkat awal sememangnya hasil bumi ini kurang mendapat perhatian menyeluruh, namun demikian setelah wujudnya pasaran yang memberangsangkan ianya menjadi lebih agresif untuk di gali. Tanah Melayu merupakan pengeluar bijih timah yang terbesar dunia.Sebelum Perang Dunia Kedua, antara 30- 40 peratus jumlah pengeluaran bijih timah dunia telah dibekalkan oleh Tanah Melayu. Kekayaan dan kemajuan ekonomi di tanah Melayu pada ketika itu adalah disebabkan oleh jumlah keuntungan yang

diperolehi hasil pengeksportan bijih timah ke pasaran dunia. Akhir kurun ke-19, Tanah Melayu telah menjadi pengeluar bijih timah yg terbesar di dunia iaitu dengan

(12)

besar-besaran ialah berlaku pada akhir abad ke-19. Petemuan tapak baru sering membuatkan ramai pihak mencebur diri dalam aktiviti ini khususnya orang Cina. Perusahaan ini dilakukan oleh usahawan Cina Selat dan ada juga antara mereka mendapat sokongan modal dari saudagar Eropah.

Faktor kemasukan modal Eropah secara pukal berlaku hanya selepas pengenalan kapal korek pada tahun 1912. Penggunaan teknologi ini telah berjaya

meluaskan operasi lombong kerana kemampuannya mengorek dengan lebih dalam lagi malah setiap hasil yang dikeluarkan mampu menghasilkan keuntungan yang besar berdasarkan pasaran. Melihatkan kepada modal yang besar, pengurusan yang

sistematik amat diperlukan bagi melicinkan operasi. Bagi tujuan tersebut secara tidak langsung mengakibatkan kesannya kepada struktur sosial yang mana terdapat kelas dalam birokrasi pengeluaran hasil.

Permintaan yang tinggi daripada hasil bijih ini telah mendesak pihak kolonial untuk memenuhi kehendak pelabur dengan mengesyorkan kawasan yang lebih luas di Negeri Melayu Bersekutu seperti Perak, Selangor, dan Pahang. Proses penyediaan ini melibatkan hal mengukur tanah, mengumpul maklumat mengenai kawasan lombong serta menyelia setiap kawasan yang diteroka. Usaha ini dilakukan ini menjamin

kawasan pemajakkan yang tepat serta menghasilkan untung yang lebih maksimum. Pada awal kurun ke-20 pemintaannya meningkat disebabkan oleh industri mengetin yang berlaku di Eropah. namun sejak 1920 pemintaannya hanya berkisar pada aras 2540 tan setahun disebabkan penjimatan dan pengunaan timah yang lebih efektif. Meskipun mencapai zaman gemilangnya industri timah juga mengalami kemerosotan sekitar tahun 1930an disebabkan masalah harganya yang tidak seimbang.

(13)

Meskipun mencapai zaman gemilangnya industri timah juga mengalami

kemerosotan sekitar tahun 1930an. Jelasnya aktiviti ini menunjukkan suatu komoditi yang sangat penting malah merupakan pengerak awal ekonomi khususnya di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada peringkat awal sememangnya hasil bumi ini kurang mendapat perhatian menyeluruh, namun demikian setelah wujudnya pasaran yang memberangsangkan ianya menjadi lebih agresif untuk di korek. Perkembangan bijih timah dilakukan secara besar-besaran ialah berlaku pada akhir abad ke-19.

Petemuan tapak baru sering membuatkan ramai pihak mencebur diri dalam aktiviti ini khususnya orang Cina. Perusahaan ini dilakukan oleh usahawan Cina Selat dan ada juga antara mereka mendapat sokongan modal dari saudagar Eropah.

Faktor kemasukan modal Eropah secara pukal berlaku hanya selepas pengenalan kapal korek pada tahun 1912. Penggunaan teknologi ini telah berjaya meluaskan operasi lombong kerana kemampuannya mengorek dengan lebih dalam lagi malah setiap hasil yang dikeluarkan mampu menghasilkan keuntungan yang besar

berdasarkan pasaran.

Melihatkan kepada modal yang besar, pengurusan yang sistematik amat diperlukan bagi melicinkan operasi. Bagi tujuan tersebut secara tidak langsung mengakibatkan kesannya kepada struktur sosial yang mana terdapat kelas dalam birokrasi pengeluaran hasil. Permintaan yang tinggi daripada hasil bijih timah ini telah mendesak pihak kolonial untuk memenuhi kehendak pelabur dengan mengesyorkan kawasan yang lebih luas di Negeri Melayu Bersekutu seperti Perak, Selangor, dan Pahang.

(14)

4.2 Getah

Penglibatan Tanah Melayu dengan tanaman ini bermula dengan hadirnya biji benih pokok yang mampu mengeluarkan cecair getah yang di pungut dari Brazil ( Hevea brasiliensis ). Penanaman awal getah dilihat tidak begitu teratur kerana kurang

penyelidikan malah pasarannya yang belum diketahui keuntungannya. Justeru getah merupakan komoditi yang berjaya ditanam di kedua-dua belah bahagian Malaysia ketika itu.melihatkan kepesatan yang berlaku d Tanah Melayu maka penanamannya telah diperbesarkan. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada

perkembangan getah di Malaysia khususnya pada zaman penjajahan. Tenaga buruh yang banyak dan murah membantu dalam pengeluran komoditi ini. Buruh India Selatan telah dibawa masuk untuk bekerja di estet menggunakan Sistem Kontrak. Seterusnya modal seperti tanah amat diperlukan dalam hal sedemikian kerana rantau Malaysia amat sesuai bagi tanaman getah jenis ini. Maka di sebabkan faktor modal tanah ianya telah berjaya membuka mata pelabur asing dalam memcebur diri dalam penanaman getah.

Kemerosotan pengeluaran bijih telah digantikan dengan penanaman pohon getah. Secara amnya getah telah ditanam secara rasmi pada tahun 1896 berikutan

perkembangan pembuatan tayar oleh Goodyear serta peningkatan pengeluaran kereta yang sangat memerlukan bahan ini bagi tujuan tersebut. Peningkatan dalam jumlah pengeluaran meningkat setiap tahun ( sila rujuk Lampiran 1). Selain kemerosotan bijih kemerosotan harga kopi turut menyumbang kepada peralihan terhadap tanaman getah. Pada tahun 1897 satu peraturan tanah khas telah di perkenalkan di NMB untuk

(15)

bagi menarik minat penguasaha contohnya dengan mengenakan cukai yang rendah iaitu sebanyak 10 sen setiap ekar untuk sepuluh tahun pertama dan duti rendah hanya 2.5% bagi 15 tahun pertama. Perkembangan getah ini secara amnya telah di bawa oleh seorang Inggeris iaitu H.N. Ridley. Beliau sangat berminat dan bersungguh-sungguh mengalakkan penanaman getah secara komersil bagi mengaut keuntungan seterusnya meningkatkan ekonomi domestik. Harga getah dilihat semakin meningkat setiap tahun berdasarkan pasarannya .Hasil ketekunan Ridley dalam usaha ujikajinya yang

berterusan maka telah berjaya mengembangkan tanaman getah ini.

Seperti yang dikatakan tadi meledaknya harga getah belaku dalam tahun 1905 dengan berkembangnya industri kereta. Senario ini telah menyebabkan lebih banyak kawasan yang dibuka untuk penanaman getah dengan lebih menyeluruh. Menjelang 1908, getah telah ditanam hampir keseluruhan Tanah Melayu berjumlah kira-kira 190000 hektar. Jumlah ini merupakan lebih banyak daripada tanaman lain. Pengulangan peningkatan harga getah sekali lagi berlaku pada 1909 dan 1912 telah menyebabkan beberapa syarikat eropah seperti Guthries dan Harrisons & Crosfield menambah pelaburan dan membuka lebih banyak tanah bagi tujuan ini. Harga yang semakin meningkat

menyebabkan penambahan kos dalam membuat selingan dengan tanaman lain supaya pengeluaran dapat dimaksimakan. Terdapat juga pekebun kecil Melayu dan Cina

berusaha untuk menanam namun pihak kerajaan kurang mengambil perhatian kepada mereka. Hasilnya keluasan tanah yang ditanam dengan getah telah menunjukkan kadar yang positif iaitu kira-kira 219000 hektar dan terus meningkat kepada 322000 hektar pada tahun 1913.

(16)

Getah begitu ketara di negeri pantai barat di sebabkan kesinambungan penggunaan infrastruktur yang telah wujud sejak zaman timah lagi. Landasan keretapi dan jalan raya berfungsi sebagai penghubung dalam mengangkut susu getah ke bahagian pesisir

pantai bagi tujuan eksport. Tempoh masa Perang Dunia Pertama sedikit sebanyak telah menjejaskan peranan getah, lebih parah lagi dengan wujudnya getah tiruan yang

menyaingi getah asli. Kemelesetan semakin meruncing pada awal tahun 1930 menyebabkan peraturan getah telah telah ditanda tangani bagi mengurangkan pengeluaran getah dunia.

4.3 M i n y a k S a w i t  

Menjelang tahun 1917 kemunculan ladang kelapa sawit yang pertama telah menampakkan usaha untuk mengkomersilkanya. Penggunaanya melibatkan

pembuatan sabun, lilin, fluks, menyadur timah, majerin, minyak sayur, gris dan minyak untuk enjin pembakaran. Namun demikian penggunaannya hanya bersifat sedikit sehingga merosotnya harga getah telah menyebabkan pihak syarikat yang terlibat mencari tanaman ganti. Bagaimanapun pembangunan secara besar-besaran

dilakasanakan menjelang tahun 1924 apabila tiga buah syarikat getah dalam Guthrie telah menubuhkan Kelapa Sawit Malaya Berhad. Kemudian terdapat firma lain

mencuba nasib dalam tanaman ini dan berharap mendapat pulangan yang besar. Modal yang besar dalam pengoperasian memerlukan tenaga yang pakar sering merusingkan pihak kolonial dan secara tidak langsung mengekalkan tanaman ini berdekatan dengan kawasan getah agar mendapat manfaat daripada infrastruktur getah itu sendiri. Kebanyakkan ladang sawit terdapat di kawasan pantai barat dan bertambah besar sehingga tahun 1930-an. Komoditi ini mencatatkan pertumbuhan

(17)

pengeluaran yang memberangsangkan contohnya pada tahun 1938 telah berjaya meningkat kepada 58300 tan iaitu 11% daripada pengeluaran minyak sawit dunia. Kemajuan ini telah dibantu dengan kemasukan teknologi baru serta kepakaran yang tinggi dalam teknik penanaman. Menjelang pendudukan Jepun banyak ladang telah musnah serta terbakar. Justeru pengeluarannya terhenti seketika dan bersambung semula selepas perang.

4.4 Komoditi Padi

Padi pada asalnya berkisar dalam kalangan masyarakat tempatan namun

menjelang kemasukan imigran luar ke Tanah Melayu menyebabkan bahan makanan ini amat diperlukan untuk menampung bekalan. Penanaman secara aktif telah di syorkan oleh kerajaan kolonial disebabkan pertambahan penduduk, hal ini disokong dengan wujudnya keadaan di mana kesemua manusia yang ada memerlukan beras sebagai makanan ruji. Pemintaan semakin pesat serentak dengan kemerosotan pekerjaan tradisional seperti pertukangan telah menyebabkan ramai masyarakat khususnya

Melayu memperbesarkan kawasan padi mereka. Contohnya bermula sejak akhir kurun ke-19 golongan bangsawan di Kedah telah memperluaskan kawasan padi sehingga ke kawasan barat laut negeri. Sementara itu kerajaan negeri juga telah memperkenalkan sistem saliran secara besar-besaran bagi mengairi sawah padi dengan lebih sistematik lagi. Secara keseluruhannya 60 % dari kawasan padi di Tanah Melayu berada di

kawasan seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak manakala 23 % lagi di negeri Kelantan dan Terengganu. Bagi Borneo Utara dan Sarawak padi telah ditanam

(18)

hidup secara pindah. Secara keseluruhanya Padi juga mengalami perkembangan yang positif kesan daripada pertambahan penduduk Di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Kesimpulan

Menurut J.S Furnivall maksud masyarakat majmuk adalah pelbagai kaum

mempunyai budaya,agama ,bahasa dan adapt resam yang tersendiri. Walaupun berada di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka berasingan. Masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar penjajahan yang menggalakkan penghijrahan mengikut keperluan ekonomi. Kedatangan imigran dari Negara China dan India

memenuhi keperluan ekonomi menyebabkan pembentukan tiga kaum utama di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina dan India.

Kawasan penempatan yang berbeza seperti orang Cina tinggal di lombong-lombong bijih timah yang kemudiannya berkembang menjadi Bandar seperti ipoh, Taiping , Kuala Lumpur dan Seremban. Manakala orang India tinggal di kawasan

ladang getah yang terpencil daripada orang Cina dan Melayu. Masyarakat Melayu pula tinggal di kampong-kampung di luar Bandar. Penempatan yang berbeza ini

menyebabkan mereka tidak berhubung antara satu sama lain.

Pendidikan juga berbeza mengikut suku kaum. Pendidikan Cina untuk orang Cina , buku-buku dan guru-gurunya juga dibawa dari cina . Kebanyakan sekolah Cina dibina di kawasan perlombongan yang kemudiannya menjadi Bandar. Sekolah tamil pula dibina untuk anak-anak kaum India yang tinggal di kawasan ladang getah . Buku

 –

buku dan guru-gurunya dibawa dari India. Manakala Pendidikan Melayu hanya untuk orang Melayu. Perbezaan ini telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

(19)

Setiap kaum Cina, India dan Melayu mengamalkan cara hidup yang berbeza . Bagi Cina dan India , mereka mengekalkan amalan sosio budaya mereka seperti

pakaian, bahasa dan budaya. Di samping itu, wujud pertubuhan di petempatan masing-masing yng kegiatannya berdasarkan kepentingan sesuatu kaum. Perkembangan ini menyebabkan masyarakat Cina , India dan Melayu hidup sebagai sebuah masyarakat tersendiri.

Pembentukan masyarakat majmuk secara tidak langsung telah mempengaruhi dan mengubah system social di Tanah Melayu yang akhirnya mewujudkan jurang perbezaan antara kaum. Walaupun ketiga-tiga kaum ini tinggal di Negara yang sama tetapi masih mengekalkan identity masing-masing dan mengamalkan tradisi tersendiri tanpa mengasimilasikan budaya antara satu sama lain.

Referensi

Dokumen terkait

Valbury Asia Securities or their respective employees and agents makes any representation or warranty or accepts any responsibility or liability as to, or in relation to,

Puji Syukur Alhamdulillah Kehadirat Allah SWT, yang telah melimpahkan rahmat, taufiq, serta hidayah-Nya kepada penulis, segala atas ridho- Nya penulis dapat menyelesaikan

Setiap pelayanan yang diberikan selalu diselesaikan dengan baik o1eh pegawai kecamatan yang memberikan pelayanan Pegawai kecamatan selalu taat dan patuh terhadap perintah atasan

Tujuan penelitian ini adalah membuat sediaan gel rambut yang mengandung ekstrak daun sirih merah dan evaluasi sifat fisik dan stabilitas fisik dari sediaan gel

Hipotesis yang diajukan dalam penelitian ini adalah resiliensi dan iklim organisasi secara bersama-sama dapat berperan dalam meningkatkan work engagement.. Subjek

Disebutkan bahwa perlu bagi guru dan orang tua menyadari pentingnya anak mengembangkan fleksibelitas linguistik agar mampu memahami dan menggunakan tidak hanya bahasa

Tanpa disadari tidak hanya tontonan tidak mendidik serta hal-hal buruk didalamnya yang kemudian bisa dicontoh anak- anak, akan tetapi televisi memengaruhi beberapa aspek

Menyatakan bahwa skripsi yang berjudul STUDI KELAYAKAN BISNIS PADA RUMAH MAKAN SAUNG POJOK DADAHA KOTA TASIKMALAYA sepenuhnya adalah hasil karya saya sendiri,