• Tidak ada hasil yang ditemukan

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

PENGURUSAN ORGANISASI SENI PERSEMBAHAN

GAMBUS JOHOR : KAJIAN KE ATAS KUMPULAN GAMBUS

NURULHILAL

Mohammad Haiqal Hakim Bin Hamson 52551

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dan Kreatif Dengan Kepujian (WA59 – Pengurusan Seni)

2018

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

(2)

PENGURUSAN ORGANISASI SENI PERSEMBAHAN GAMBUS JOHOR : KAJIAN KE ATAS KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL.

MOHAMMAD HAIQAL HAKIM BIN HAMSON

Kajian ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda

Seni Gunaan Dan Kreatif Dengan Kepujian

(Program Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

(3)

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISILAPORAN

flJDUL PENGURUSA,N ORGANISASI SEN1 PERSEMBAHAN GAMBUS JOHOR K~AJIAN KE AT AS KUMPULAN GAMBUS NURULHlLAL

SESI PENGAJIAN :2017/2018

Saya. MOHAMlvlAD HA,IOAL HAKIM BIN HAMSON

I

Mengaku membenarkan tesisllaporan* ini di simpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut •

1. TesislLaporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara inslitusi pengajian tinggi

5. 'sila tandakan( I)

DSUUT (mengaodungi maklumat yang berdajah keselamatan atau

kepentingan termaktub di dalam AKTA RARSlA

D TERHAD RASMlI972)

(mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan

[ZJ

TlDAK TERHAD oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkall

,

bcW. ,

" IIt"o\! '\

Tand

r

a~

~

~

n

Penulis TandatanganPenlel ia

Tarikh lJ1

l

ob(

I'is Tarikh

1-

(

&/

lf

Alamat terap • NO 38, LORONG ABU, Mo d Sbarizam bIn

".uon"

KAMPUNG PARIT LAPIS KHALID, p. ~ ., "1 ·3.h

, <Ian Kr••tlf

86400 PARlT RAJA, BATU PAHAT,

...,.ulri Se~I ' \AS,utAWAt{

JOHOR llN1VEltSrfl MAL,u :.

Catatan: "TeslsfLaporan dl!l1aksudkan sebagal tes!s bagl IJazah Doktor FalsafaJI, SarJaIla dan SaJ)ana

Muda

*Jika TcsisfLaporan ini SUUT atau TERHAD, sila lampirkan sural daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menl'alakan sekali sebab dan Tempol! lesis/laparan ini perlu sebagai SUUT atall TERHAD

(4)

PENGAKUAN

Projek bertajuk ‘Pengurusan organisasi seni persembahan Gambus Johor: kajian

keatas kumpulan Gambus Nurulhilal’ telah disediakan oleh Mohammad Haiqal Hakim bin Hamson dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuh

isyarat untuk Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Pengurusan Seni).

Diterima untuk diperiksa oleh:

(Encik Mohd Sharizam Hamzah) Tarikh :

(5)
(6)

i

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaan Nya dapat saya menyiapkan projek tahun akhir ini dengan sempurna. Setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya tujukan kepada Encik Mohd Sharizam Hamzah selaku penyelia projek tahun akhir saya yang telah banyak memberi bantuan dan bimbingan yang amat bernilai sepanjang proses untuk menyiapkan projek tahun akhir saya ini.

Tidak dilupakan juga kepada para pensyarah lain di Fakuliti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kajian ini kerana telah banyak memberi teguran serta tunjuk ajar yang berguna kepada saya. Seterusnya, jutaan terima kasih saya rakamkan kepada kedua - dua ibu bapa dan ahli keluarga saya yang tidak jemu untuk memberi semangat dan sokongan moral untuk saya meneruskan projek ini.

Ucapan terima kasih kepada informan - informan terutama kepada Encik Mohd Nizam bin Attan yang sanggup meluangkan masa untuk menjawab persoalan saya serta kepada rakan - rakan seperjuangan dan sahabat handai, ribuan terima kasih di atas bantuan yang dihulurkan. Diharap semoga kita semua berjaya dengan cemerlang dan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.

Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi saya ucapkan, tanpa pertolongan daripada kalian pasti kajian ini tidak dapat disiapkan pada waktu yang ditetapkan. Harapan saya agar tugasan ini akan digunakan oleh pengkaji akan dating. Sekian, terima kasih.

(7)

ii

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Borang Pengesahan Tesis

Pengakuan Penghargaan i Isi Kandungan ii - v Abstrak vi BAB 1 PENGENALAN 1.0. Pendahuluan 1

1.1. Latar Belakang Kajian

1.1.1. Sejarah Gambus Dunia 2

1.1.2. Sejarah Gambus di Kepulauan Melayu 3

1.1.3. Sejarah Gambus di Johor 4

1.2. Permasalahan Kajian 5 - 6

1.3. Persoalan Kajian 6 - 7

1.4. Objektif Kajian 7 - 8

(8)

iii

1.6. Skop dan Batasan Kajian 9 - 10

1.7. Limitasi Kajian 10

1.8. Rumusan Bab 11

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.0. Pengenalan 12

2.1. Sumber Buku 12 - 14

2.2. Sumber Jurnal 14 - 16

2.3. Sumber Artikel 16 - 17

2.4. Rumusan Bab 18

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0. Pengenalan 19

3.1. Teknik Pengumpulan Data 20

3.2. Sumber Data 20

3.2.1. Data Primer 20 - 22

3.2.2. Data Sekunder 22

3.3. Teori 23 - 24

(9)

iv

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.0. Pengenalan 26

4.1. Persoalan 1: Apakah kaedah atau sistem pengurusan seni 27 - 31 persembahan gambus yang digunakan dalam

mengetengahkan lagi identiti gambus johor kepada masyarakat terutamanya kumpulan gambus nurulhilal.

4.2. Persoalan 2: Apakah jenis- jenis permasalahan yang 31 - 35 dihadapi di dalam organisasi seni persembahan Gambus

Johor, Kumpulan Gambus Nurulhilal.

4.3. Persoalan 3: Bagaimanakah Kumpulan Gambus Nurulhilal 35 - 37 menghadapi dan mengatasi cabaran tersebut.

4.4. Rumusan bab 37

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0. Pengenalan 38

5.1. Rumusan setiap bab 38 - 40

5.2. Cadangan 40

5.2.1. Cadangan Kepada Kumpulan Gambus Nurulhilal 40 - 41

5.2.2. Cadangan Kepada Pengkaji Akan Datang 42 - 43

(10)

v

Rujukan 44 - 48

Lampiran

Lampiran 1: Soalan Temu Bual 49 - 50

(11)

vi ABSTRAK

Gambus adalah sebuah alat muzik tradisional yang popular di negeri Johor pada suatu ketika dahulu. Gambus juga digunakan sebagai sebuah alat muzik yang dipersembahkan kepada golongan istana pada asalnya dan dimainkan oleh masyarakat sebagai sebuah alat hiburan sewaktu beristirehat serta didalam majlis - majlis tertentu. Kajian ini adalah mengenai pengurusan seni persembahan kumpulan Gambus Nurulhila di Batu Pahat, Johor. Kajian tertumpu kepada kaedah pengurusan yang digunakan didalam pelaksanaan kumpulan Gambus. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah kualitatif bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian iaitu Pengurusan Organisasi Seni Persembahan Gambus Johor: Kajian Ke Atas Kumpulan Gambus Nurulhilal. Diharapkan dapatan kajian ini membantu kumpulan Gambus Nurulhilal meningkatkan kualiti dan pengurusan yang lebih baik untuk menjadi sebuah kumpulan Gambus yang berkualiti.

(12)

1 BAB 1.

1.0. Pendahuluan.

Di Timur Tengah Gambus dikenali sebagai “Al-Ud” atau “Lute” yang menyerupai alat muzik barat berbentuk bujur. “Menurut seorang ahli muzikologi,

Gambus berasal dari perkataan Arab iaitu qupuz” (Jaap, K, didalam Mohd Nizam,

2013 m.s. 14). Namun, telah berlaku perubahan perkataan iaitu qupuz menjadi “Gabbus” di Zanzibar dan di Filipina Selatan, di Republik Malagasy menjadi kaboosa dan setibanya di Alam Melayu telah mengalami penukaran bahasa menjadi Gambus. Terdapat persamaan dan perhubungan bentuk antara gambus dan kaboosa dengan gabbus. Di Kepulauan Melayu Gambus boleh didapati di Malaysia Barat (Johor) didalam kumpulan tradisional seperti Ghazal dan Zapin. Selain itu, Gambus juga turut boleh dijumpai di sekitar daerah pesisir Sumatera dan Jawa (Dewan Budaya, dipetik didalam Mohd Nizam, 2013, m.s. 14).

Bahagian ini akan menjelaskan berkaitan perkara yang terkandung dalam kajian yang akan di jalankan. Selain itu, pada bahagian ini juga penyelidik akan menjelaskan dengan lebih lanjut berkaitan tajuk yang akan dikaji berkaitan seni persembahan dan sejarah awal Gambus di Johor.

Suatu ketika dahulu Gambus adalah sebuah alat muzik yang digunakan dalam persembahan hiburan kepada masyarakat setempat yang memerlukan istirehat. Di dalam majlis perkahwinan, tuan rumah akan menjemput kumpulan gambus untuk membuat persembahan kepada tetamu yang hadir dan diberikan bayaran yang berpatutan. Persembahan Gambus juga di persembahkan di dalam majlis - majlis lain seperti berkhatan. Fungsi Gambus masih sama sehingga ke hari ini iaitu memberi

(13)

2

hiburan kepada tetamu yang hadir dan menambah kemeriahan suasana. Selain itu, Gambus juga dimainkan untuk mengisi masa lapang kepada masyarakat setelah penat bekerja disamping dapat memberi nasihat dan tunjuk ajar menerusi lagu - lagu yang disampaikan (Mohd Nizam, 2013 m.s. 13).

1.1. Latar Belakang Kajian. 1.1.1. Sejarah Gambus Dunia.

Pada tahun 710 - 713 sebelum masihi sewaktu penaklukan Arab ke atas Sepanyol, Al-Ud dibawa bersama dan wujud era Al-Ud di negara - negara Eropah. Pada pertengahan zaman tersebut, Sepanyol lebih dikenali sebagai Al-Andalus iaitu sebuah pusat perkembangan ilmu, teori dan idea-idea muzik yang berkembang ke seluruh benua Eropah. Masyarakat Kristian telah membuat penambahbaikan pada Gambus dan lebih bersistematik serta menjadi alat muzik yang bertahan lebih dari tiga dekad di benua Eropah (Mohd Nizam, 2013, m.s. 27).

Pada waktu yang sama terdapat juga dakwaan alat muzik Al-Ud dijumpai di bahagian tengah Asia sejak 2000 tahun dahulu. Ini kerana terdapatnya patung dengan Gambus di Samarkand (Uzbekistan), ukiran yang terdapat pada dinding di Antar, Gandhara staterattles, dan Turkestani Cina menggambarkan lute (Jenkins & Olsen, dipetik didalam Mohd Nizam, 2013, m.s. 28).

Alat muzik ini juga telah berkembang ke Negara China, Jepun, dan Korea pada abad keenam. Gambus dikenali dengan nama berbeza di setiap negara, seperti di China pipa dan di Jepun sebagai biwa. Pengaruh alat muzik ini juga boleh dilihat di India sekitar abad pertama kesenian India Utara. Dapat dilihat bahawa terdapat beberapa patung dan ukiran yang menggambarkan pemuzik sedang bermain lute, dan

(14)

3

menyerupai bentuk lute di Eropah dan di dunia Islam Arab. Terdapat juga beberapa bukti lain seperti skulptur di China dan Jepun yang menunjukkan lute yang digunakan sejak abad keenam (Mohd Nizam, 2013, m.s. 28).

1.1.2. Sejarah Gambus di Kepulauan Melayu.

Di kepulauan Melayu, Gambus boleh ditemui dibahagian selatan Semenanjung Malaysia dan Singapura. Manakala di bahagian Sumatera dan Pulau Jawa pula, gambus dikenali sebagai Gambusan didalam ensemble muzik (Ibrahim Shah, dipetik didalam Mohd Nizam, 2013 m.s. 18). Al-Ud adalah Gambus Arab yang terdapat di Johor berbentuk seperti buah pear, tidak mempunyai ‘fret’ pada papan jarinya, berleher pendek serta pemulas tali yang tidak terlalu bengkok ke belakang berbanding lute dari Negara Eropah. Pengkaji dari kurun ke - 14 menyatakan Al-Ud telah dikenali sejak kurun ketiga zaman Shapur 1 semasa menjadi Raja Persia tahun 241 sehingga 273 Masehi. Namun demikian, kenyataan tersebut disangkal oleh Sachs, dan mendakwa

“… the oldest short lutes are depicted on Persia figurans of the eight century B.C,

excavated from the Tell at Suza. The body is rather small and narrow about two feet long and eight inches wide; details cannot be distinguished…” (Sachs, dipetik didalam

Mohd Nizam, 2013, m.s. 19).

Sejarah kedatangan Gambus masih tidak dapat dikenalpasti, oleh sebab itu sejarah alat permainan Gambus di kepulauan Melayu masih kabur. Walau bagaimanapun, di Asia Tenggara penggunaan alat muzik bukanlah suatu yang baru kerana boleh dilihat pada ukiran lama. Ukiran - ukiran tersebut dapat dilihat di beberapa Candi di Indonesia sebelum kedatangan Islam lagi. Contohnya Di Candi Sari pada sebuah Boddhisitva terdapat Gambus bertali tiga yang bertarikh 750 Masehi,

(15)

4

Candi Borobudor terdapat banyak ukiran pemain muzik perseorangan ataupun berkumpulan yang bermain lute yang hampir serupa Gambus dan di Candi Jago terdapat ukiran orang bermain lute kecil serta di Jawa Tengah sebuah patung Saravasti (Dewi Hindu) sedang bermain lute. Bukti - bukti diatas menggambarkan Gambus berasal dari lute sewaktu kedatangan Islam (Ibrahim Shah, dipetik didalam Mohd Nizam, 2013 m.s. 19).

1.1.3. Sejarah Gambus di Johor.

Identiti Gambus Johor muncul sewaktu kedatangan penduduk Arab ke Johor. Namun, walaupun ketika itu kewujudan awal Gambus Melayu didalam muzik tempatan. Perkataan Arab Jauhar bermaksud “permata” sendiri membuktikan perkaitan antara Johor dengan bahasa Arab (Mohd Sohaimi dipetik didalam Mohd Nizam, 2013 m.s. 22).

Selain dimainkan secara solo, Gambus juga boleh dimainkan dalam kumpulan muzik tradisional lain seperti Ghazal, Zapin, Nasyid, Kumpulan Gambus dan Samrah. Gambus adalah alat muzik tradisonal yang bermelodi dalam sesebuah lagu. Walaupun berasal dari Timur Tengah namun kesan penukaran budaya, Gambus telah diterima oleh masyarakat negara ini sebagai alat muzik tradisional tempatan yang sangat sinonim dengan kesenian negeri Johor Darul Takzim (Dewan Budaya, dipetik didalam Mohd Nizam, 2013 m.s. 12).

Penyelidik akan menjalankan kajian di Batu Pahat, Johor. Penyelidik memfokuskan lokasi tersebut kerana adanyanya kegiatan persembahan kumpulan yang masih aktif. Selain itu, kumpulan tersebut masih aktif bermain Gambus terutamanya untuk mengiringi Muzik Ghazal dan Zapin. Lokasi ini dipilih kerana

(16)

5

lokasi yang dipelihara dan Kumpulan Gambus Nurulhilal dibimbing oleh Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor.

Gambar 1: Peta daerah Batu Pahat

1.2. Permasalahan Kajian.

Berdasarkan kajian yang dijalankan terdapat beberapa permasalahan yang akan dikemukakan oleh pengkaji dalam kajian ini bagi menjalankan serta mendapatkan data kajian yang dijalankan.

Berdasarkan kajian - kajian lepas, pengkaji hanya menjalankan kajian terhadap persiapan sesebuah kumpulan gambus sebelum memulakan persembahan, ketika membuat persembahan dan selepas selesai sesebuah persembahan. Penerangan mengenai tempahan persembahan, peralatan muzik yang digunakan, para pemuzik, penyanyi, latihan - latihan yang dijalankan, pengangkutan, bayaran upah, jenis - jenis lagu, kostum dan tarian yang terdapat pada sesebuah persembahan kumpulan gambus (Mohd Nizam, 2014).

(17)

6

Selain itu, perkembangan muzik terkini seperti pop, Rock dan banyak lagi menyebabkan masyarakat lebih tertumpu kepada budaya popular. Generasi muda lebih mengenali muzik - muzik berunsur luar yang tidak menggambarkan budaya masyarakat Malaysia. Nettl mendakwa “…pengaruh muzik barat telah diterima oleh

sesetengah masyarakat sebagai ‘muzik mereka’. Malaysia juga tidak ketinggalan

dalam menerima arus perkembangan muzik yang dipengaruhi unsur muzik barat.

Tambahan lagi, media seperti televisyen, radio dan penjualan bahan-bahan rakaman

yang mengandungi bahan muzik barat banyak terdapat di Malaysia” (Nettl, dipetik

didalam Mohd Nizam, 2013, m.s. 92).

1.3. Persoalan Kajian.

1) Apakah kaedah atau sistem pengurusan seni persembahan Gambus yang digunakan dalam mengetengahkan lagi identiti Gambus Johor kepada masyarakat terutamanya kumpulan Gambus Nurulhilal.

Persoalan yang pertama adalah bagaimana kaedah atau sistem pengurusan seni persembahan Gambus yang digunakan dalam mengetengahkan lagi identiti Gambus Johor kepada masyarakat. Ini kerana terdapat pelbagai budaya yang membawa Gambus ke negara ini.

2) Apakah jenis - jenis permasalahan yang dihadapi di dalam organisasi seni persembahan Gambus Johor, Kumpulan Gambus Nurulhilal.

Pengkaji ingin mengenalpasti jenis-jenis permasalahan yang dihadapi oleh organisasi seni persembahan Gambus Johor kerana setiap ahli didalam organisasi Kumpulan Gambus Nurulhilal turut mempunyai komitmen lain seperti bekerja selain bermain alat muzik didalam kumpulan.

(18)

7

3) Bagaimanakah Kumpulan Gambus Nurulhilal menghadapi dan mengatasi cabaran tersebut.

Pengkaji ingin mengetahui bagaimana Kumpulan Gambus Nurulhilal menghadapi dan mengatasi cabaran didalam seni persembahan Gambus. Didalam sesebuah organisasi seni persembahan Gambus pasti akan terdapat cabaran yang perlu diambil dan diatasi bagi melakukan penambahbaikan didalam kumpulan.

1.4. Objektif Kajian.

Kajian ini dijalankan adalah berketepatan dengan objektif yang berikut. Objektif kajian adalah matlamat yang hendak dicapai oleh pengkaji supaya kajian yang dijalankan berketepatan dengan apa yang dikehendaki. Objektif bagi kajian ini adalah seperti :

i. Mengenalpasti kaedah pengurusan seni persembahan Gambus Johor yang dijalankan oleh Kumpulan Gambus Nurulhilal di Johor.

Di dalam objektif yang pertama ini, penyelidik ingin mengkaji apakah kaedah pengurusan seni persembahan Gambus yang digunakan oleh Kumpulan Gambus Nurulhilal. Objektif ini dilihat amat penting bagi penyelidik dalam mengetahui apakah kaedah pengurusan seni persembahan Gambus yang digunakan bersesuaian ataupun tidak. Penyelidik juga ingin mengetahui tentang, adakah aspek seni persembahan gambus yang digunakan berkesan untuk menarik perhatian penonton.

ii. Meneliti jenis-jenis permasalahan yang dihadapi di dalam organisasi seni persembahan Gambus Johor, Kumpulan Gambus Nurulhilal.

(19)

8

Objektif seterusnya, penyelidik ingin melihat tentang jenis-jenis permasalahan yang dihadapi oleh seni persembahan Gambus Johor yang terdapat di sekitar kawasan kajian. Kajian ini juga dilakukan bagi mendapatkan maklumat mengenai faktor masalah dalaman yang dihadapi oleh organisasi seni persembahan Gambus Johor, Kumpulan Gambus Nurulhilal.

iii. Mengkaji cabaran dan cara penyelesaian seni persembahan Gambus. Selain itu, bagi objektif yang terakhir ini pula penyelidik akan melihat cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan seni persembahan Gambus. Cabaran-cabaran tersebut dijadikan sebagai satu bahagian yang perlu diperbaiki agar mencapai tahap penyelesaian yang baik untuk sesebuah pelaksanaan seni persembahan Gambus.

1.5. Kepentingan Kajian.

Tajuk kajian ini telah dipilih oleh penyelidik setelah mengenal pasti kepentingan dan sumbangan yang diperolehi hasil daripada dapatan kajian untuk beberapa pihak tertentu. Antara golongan yang terlibat adalah:

i. Kumpulan Gambus Nurulhilal.

Diasaskan oleh Ustaz Attan Hassan pada tahun 1970an, Kumpulan Gambus Nurulhilal adalah kumpulan pilihan utama di sekitar daerah Batu Pahat dan Pontian untuk mengadakan persembahan di majlis - majlis pada tahun 70an sehingga penghujung tahun 90an. Terdapatnya perbezaan pada kumpulan ini dengan kumpulan lain antaranya Kumpulan Gambus Samrah.

(20)

9

ii. Kajian akan datang.

Kajian ini dipercayai dapat menjadikan rujukan untuk pengkaji akan datang menjalankan kajian terhadap pengurusan seni persembahan Gambus. Kajian ini diharapkan serba sedikit membantu penyelidik akan datang untuk mencari rujukan awal tentang seni persembahan Gambus Johor.

iii. Penyelidik sendiri.

Minat terhadap alunan muzik tradisional yang telah menjadi muzik sinkretik dan muzik kotemporari dalam diri penyelidik telah mendorong penyelidik untuk menjalankan kajian ini. Kajian ini dilihat dari sudut masa hadapan dapat memberi peluang kepada penyelidik untuk mendalami dengan lebih lanjut lagi tentang bagaimana cara persembahan muzik yang baik dan sebagai inisiatif baru untuk mengetengahkan lagi muzik tradisional ke arena muzik yang berlainan.

Di dalam kajian ini penyelidik ingin mengetahui tentang sejarah awal kemunculan Gambus di Johor dan bagaimanakah kaedah pengurusan seni persembahan yang dijalankan di dalam Kumpulan Gambus Nurulhilal, Johor. Penyelidikan tersebut dijalankan agar ahli-ahli organisasi tersebut mengenalpasti bahawa proses pengurusan yang diamalkan bersesuaian atau tidak. Secara tidak langsung mereka dapat berusaha untuk melakukan tranformasi terhadap sistem pengurusan mereka.

1.6. Skop dan Batasan Kajian.

Dalam kajian yang dilakukan, pemilihan tajuk adalah berdasarkan dari aspek bidang pengetahuan kajian penyelidik. Skop kajian adalah tertumpu kepada kajian

(21)

10

pengurusan organisasi seni persembahan Gambus Johor Kumpulan Gambus Nurulhilal. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk meneliti jenis-jenis permasalahan yang dihadapi di dalam seni persembahan Gambus, Kumpulan Gambus Nurulhilal dan mengkaji cabaran dan cara penyelesaian yang diambil didalam seni persembahan Gambus Johor.

1.7. Limitasi Kajian.

Limitasi kajian adalah satu permasalahan atau cabaran yang dihadapi semasa menjalankan penyelidikan ini. Dalam kajian ini, terdapat beberapa limitasi kajian yang berkemungkinan akan dihadapi oleh pengkaji semasa menjalankan penyelidikan. Antaranya ialah dari segi peruntukan masa yang terhad semasa menjalankan kajian. Sedia maklum bahawa pengkaji mempunyai tempoh masa menjalankan kajian yang sangat terhad. Secara tidak langsung menyebabkan pengkaji sukar untuk memperoleh maklumat dengan lebih banyak lagi. Oleh itu, pentingnya pengurusan masa yang efektif bagi membolehkan kajian yang bakal dijalankan menepati tempoh yang ditetapkan serta mendapat sumber maklumat yang secukupnya.

Seterusnya adalah kurangnya sumber maklumat untuk menjalankan kajian ini. Beberapa tempat yang di kunjungi penyelidik untuk mencari sumber maklumat tambahan hanya mendapat maklumat yang hamper serupa. Ini menunjukkan sumber bahan rujukan mengenai kajian ini masih berkurangan dan perlu ditambah agar mudah dirujuk pada masa akan datang.

Selain itu, penyelidik menghadapi limitasi kajian ini disebabkan jarak lokasi kajian terletak di negeri Johor. Jarak lokasi kajian telah mengehadkan kekerapan penyelidik di dalam menjalankan kajian lapangan. Penyelidik perlu menetapkan masa

(22)

11

yang bersesuaian untuk menjalankan kajian lapangan kerana jarak lokasi kajian yang terletak di Semenanjung Malaysia.

1.8. Rumusan Bab.

Secara Kesimpulan, bab ini akan akan memberikan gambaran awal mengenai tajuk kajian yang telah dipilih oleh penyelidik iaitu Pengurusan Organisasi Seni Persembahan Gambus Johor, kajian ke atas Kumpulan Gambus Nurulhilal, Batu Pahat, Johor. Permasalahan yang diperoleh melalui pembacaan awal telah membantu penyelidik untuk menetapkan tajuk kajian ini.

Justeru, permasalahan tersebut telah mendorong penyelidik untuk menetapkan objektif dan persoalan kajian yang sesuai melalui pemilihan lokasi kajian dan merangka persoalan yang berketepatan dengan objektif kajian ini. Seterusnya, penyelidik turut menerangkan kepentingan kajian yang dijalankan ini, mampu dijadikan sebagai sumber rujukan kepada pihak tertentu pada masa hadapan.

(23)

12

BAB 2. Kajian Literatur.

2.0. Pengenalan.

Bab ini akan membincangkan kajian yang pernah dijalankan oleh pengkaji - pengkaji terdahulu. Bidang ini telah dipelopori oleh Allahyarham Fadzil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Raja Gambus Malaysia (Fauziah, 2017). Beliau antara individu yang mengadakan persembahan muzik diluar negara semasa menjadi duta kecil negara dan individu yang merakam album pertama serta mencipta lebih 52 buah lagu yang popular (para 3). Selain itu, bahagian ini juga akan menerangkan dengan lebih lanjut berkaitan tajuk kajian yang dikaji. Pengkaji akan membahagikan kepada beberapa bahagian rujukan yang digunakan semasa menjalankan kajian.

2.1. Buku.

Jika diimbas kembali pada asalnya sejarah muzik tradisional Malaysia haruslah dilihat dari aspek dunia Melayu terdahulu yang bersempadanan dengan negara Indonesia, Thailand, Kampuchea dan Filipina. Dapat dilihat pelbagai persamaan dan penerimaan aspek alat dan struktur muzik yang wujud hasil warisan budaya yang hampir serupa serta turut menerima pengaruh aspek muzik dari Timur Tengah, India dan China. Justeru, berlaku interaksi sosiobudaya yang menyebabkan wujudnya kepelbagaian genre muzik di Malaysia (Moorhead, 1957, m.s. 21 - 22).

Terdapat pelbagai genre muzik di Malaysia yang wujud kesan pertembungan budaya sejak zaman dahulu lagi. Antaranya adalah muzik sinkterik Malaysia yang menggunakan skala Barat yang dihasilkan oleh kumpulan muzik dengan

(24)

13

menggunakan alat muzik tradisional. Antara kumpulan muzik dibawah muzik sinkretik Malaysia adalah ghazal, asli, keroncong dan bangsawan. Jika difokuskan pada muzik ghazal yang dikaitkan dengan nyanyian puisi bertemakan cinta yang dikatakan dibawa dari Timur Tengah sebelum kemunculan Islam. Pada asalnya ghazal adalah muzik yang dipersembahkan di istana namun telah menjadi muzik rakyat dan semakin popular terutama dalam interlude bangsawan. Ghazal merupakan hasil gabungan unsur - unsur muzik Arab, Hindustani dan Melayu seperti kombinasi alat muzik yang digunakan didalam sesebuah persembahan. Antaranya adalah Gambus yang sangat popular pada ketika itu di Johor. Chordophone, Ud atau Gambus yang dikenali sebagai ud tempatan kelihatan seperti gitar berasal dari Timur Tengah, berbentuk bujur, batang petikan bertanda dan 11 atau 12 tali yang bernada B, E, A, D, G, C berukuran 36 inci panjang serta 14 ½ inci lebar (Mohamed Ghouse, 2003, m.s. 165 - 166).

Gambus adalah sebuah alat muzik yang berasal dari Arab, ia juga boleh dijumpai dalam kumpulan komuniti Islam di Pantai Timur Malaysia terutamanya di Brunei. Gambus biasanya dimainkan oleh kaum lelaki pada waktu malam sebagai sebuah alat beristirehat sambil bermain gambus setelah penat bekerja. Namun demikian, gambus juga turut digunakan semasa mengiringi tarian - tarian Melayu. Di Sabah gambus masih baharu diperkenalkan dan tidak sehingga ke kawasan pedalaman. Manakala di bahagian Pantai Timur ianya menjadi sebuah kebudayaan yang diteruskan (Patricia and Tan, 2004, m.s. 311 - 312).

Menurut Curt Sachs, gambus adalah sebuah alat muzik yang menyerupai lute yang berleher pendek dan dipercayai berasal dari Timur Tengah. Gambus juga disebut sebagai komuz, kaboosa, kobuz dan qupuz. Alat muzik ini diperbuat daripada sebuah

Gambar

Gambar 1: Peta daerah Batu Pahat

Referensi

Dokumen terkait

Pada saat Peraturan Bupati ini mulai berlaku, Peraturan Bupati Blitar Nomor 19 Tahun 2013 tentang Pedoman Teknis Penatausahaan Belanja Bagi Hasil, Bantuan Keuangan dan Belanja

Maka dari itu dapat disimpulkan bahwa kegiatan belajar mengajar (KBM) pendidikan jasmani olahraga dan kesehatan pada materi bola voli di SMP Negeri 1 Wirosari guru pendidikan

Fluida panas di bawah permukaan daerah panas bumi Sampuraga diindikasikan oleh mata air panas Sirambas, Longat, dan mata air Roburan Lombang yang memiliki temperatur antara 42 °C -

 Kecemasan guru tentang disiplin dalam kelas.  Beberapa redefinisi

Menurut Saya, PD Pasar Jaya telah mengalami peningkatan standar kerja (waktu, biaya, mutu) seiring dengan berubahnya struktur1. Dalam bekerja, saya berperilaku atau

Dalam pelaksanaan jual beli tersebut Supono dapat memperkirakan jumlah armada (truk) yang akan mengambil pasir dalam penambangan/ penggalian yang berkisar 1.800

Untuk menggunakan mekanisme ini, pemilik barang atau agennya melakukan proses booking ke pelayaran (shipping line) yang sudah membuka layanan Cikarang Dry Port (kode

Roscoe Davis dalam Jogiyanto (2016e:11) bahwa sistem informasi adalah suatu sistem di dalam suatu organisasi yang mempertemukan kebutuhan pengolahan transaksi harian,