• Tidak ada hasil yang ditemukan

Garis Panduan ini menerangkan proses pengurusan pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik di UPM.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Garis Panduan ini menerangkan proses pengurusan pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik di UPM."

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 TUJUAN

Garis Panduan ini menerangkan proses pengurusan pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik di UPM.

2.0 TANGGUNGJAWAB

2.1 TNCPI, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Siswazah), Pengarah Institut/Akademi adalah bertanggungjawab untuk memastikan garis panduan ini dipatuhi;

2.2 Sesiapa yang terlibat dengan pengurusan permohonan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik perlu mematuhi garis panduan ini.

3.0 TERMINOLOGI DAN GLOSARI

KPI : Indeks Petunjuk Prestasi

PTJ : Pusat Tanggungjawab (Fakulti/Institut/Akademi) PT TNCPI : Pegawai Tadbir Pejabat TNCPI

PT PTJ : Pegawai Tadbir PTJ

PPT TNCPI : Penolong Pegawai Tadbir Pejabat TNCPI RMC : Pusat Pengurusan Penyelidikan

JKPP : Jawatankuasa Pemilih (Penyelidik)

TNCPI : Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM : Universiti Putra Malaysia

4.0 PENGENALAN

4.1Calon-calon Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik adalah terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai rekod penyelidikan yang cemerlang.

4.2Penempatan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik adalah di Fakulti/Institut/Akademi dengan tempoh lantikan 1 hingga 3 tahun dan boleh dilantik semula tertakluk kepada keputusan daripada JKPP.

4.3Kadar imbuhan bulanan dan tiket penerbangan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik (bagi bukan warganegara sahaja dan iaitu bagi perjalanan pergi dan balik sepanjang tempoh perkhidmatan) menggunakan dana Universiti Penyelidikan

(2)

4.5Kadar imbuhan bulanan (gaji dan elaun) Pasca Doktoral ialah RM5,000 (UPD10), RM5,500 (UPD9) dan RM6,000 (UPD8).

4.6Felo Penyelidik hendaklah mempunyai kepakaran yang diperlukan oleh Fakulti/Institut/Akademi.

4.7Skim Felo Penyelidik diwujudkan untuk melantik calon-calon ke dalam perkhidmatan Universiti bagi mendapatkan kepakaran dan pengalaman mereka akan yang dapat memberi faedah dan manfaat kepada Universiti dalam bidang penyelidikan.

4.8Kadar imbuhan bulanan (gaji dan elaun) Felo Penyelidik ialah RM8,000 (UDQ11), RM9,000 (UDQ10), RM10,000 (UDQ9), RM12,000 (UDQ8), RM14,000 (UDQ7), RM16,000 (UDQ6) dan RM18,000 (UDQ5).

5.0 BIDANG TUGAS PEGAWAI

5.1Bidang tugas Pasca Doktoral adalah seperti berikut:

a) Menjalankan kerja penyelidikan dalam projek yang dikenal pasti atau yang sedia ada di PTJ;

b) Membantu menghasilkan kertas penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi; c) Membantu penyelia di peringkat pasca siswazah;

d) Membantu memberi seminar mengenai penyelidikan yang dijalankan. 5.2Bidang tugas bagi Felo Penyelidik adalah seperti berikut:

a) Menjalankan kerja penyelidikan dalam bidang kepakarannya; b) Menyelia di peringkat pasca siswazah;

c) Membantu dalam usaha mendapatkan lebih banyak peruntukan penyelidikan; d) Membantu di dalam penjanaan projek-projek baharu di Fakulti/Institut/Akademi; e) Mentor kepada penyelidik baharu;

f) Membantu membangunkan pengkomersilan hasil penyelidikan; g) Membangunkan jaringan/rangkaian penyelidikan dengan pihak luar. 6.0 PERMOHONAN

6.1 Permohonan Baharu Pasca Doktoral:

a) Muat turun Borang Permohonan Pasca Doktoral (PU/PY/BR07/PD) dan Senarai Semak Pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik (PU/PY/SS01/LANTIK) yang boleh dicapai melalui laman sesawang di http://reg.upm.edu.my/spk_upm – Pemohon

(3)

b) Lengkapkan Borang Permohonan Pasca Doktoral dan Senarai Semak Pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik – Pemohon

c) Hantar permohonan yang lengkap kepada Urus setia JKPP di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) – PTJ

6.2 Permohonan Penyambungan Kontrak Pasca Doktoral:

a) Muat turun Borang Permohonan Pasca Doktoral (PU/PY/BR07/PD), Senarai Semak Pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik (PU/PY/SS01/LANTIK) dan Borang Penilaian Prestasi Penyelidik (PU/PY/BR06/NILAIPRESTASI) yang boleh dicapai melalui laman sesawang di http://reg.upm.edu.my/spk_upm – Pemohon

b) Lengkapkan Borang Permohonan Pasca Doktoral, Senarai Semak Pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik dan Borang Penilaian Prestasi Penyelidik dan hantar kepada Urus setia JKPP di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) – Pemohon

c) Hantar permohonan yang lengkap kepada Urus setia JKPP di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) – PTJ

6.3 Permohonan Baharu Skim Felo Penyelidik :

a) Muat turun Borang Permohonan Felo Penyelidik (PU/PY/BR08/FELO) dan Senarai Semak Pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik (PU/PY/SS01/LANTIK) yang boleh dicapai melalui laman sesawang di http://reg.upm.edu.my/spk_upm. - Pemohon

b) Lengkapkan Borang Permohonan Felo Penyelidik dan Senarai Semak Pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik - Pemohon

c) Hantar permohonan yang lengkap kepada Urus setia JKPP di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) – PTJ

6.4 Permohonan Penyambungan Kontrak Skim Felo Penyelidik :

a) Muat turun Borang Permohonan Felo Penyelidik (PU/PY/BR08/FELO), Senarai Semak Pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik (PU/PY/SS01/LANTIK) dan Borang Penilaian Prestasi Penyelidik (PU/PY/BR06/NILAIPRESTASI) yang boleh

(4)

dicapai melalui laman sesawang di http://reg.upm.edu.my/spk_upm. - Pemohon

b) Lengkapkan Borang Permohonan Felo Penyelidik dan Senarai Semak Pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik dan hantar kepada Urus setia JKPP di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) – Pemohon

c) Hantar permohonan yang lengkap kepada Urus setia JKPP di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) – PTJ

7.0 PANDUAN

7.1Semak dan proses permohonan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik oleh Fakulti/Institut/Akademi – PT PTJ

7.2Pastikan Skim Perkhidmatan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik mengikut syarat dan terma lantikan serta gred jawatan yang ditawarkan oleh Pejabat Pendaftar.- PT PTJ

7.3Bagi permohonan Pasca Doktoral, pastikan pemohon mengemukakan permohonan melalui penyelia yang mempunyai geran penyelidikan yang masih aktif dalam tempoh lantikan. – PT PTJ

7.4Hantar permohonan yang telah lengkap kepada Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih (Penyelidik) untuk proses pemilihan. – PT PTJ

7.5Terima dan semak borang permohonan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik daripada Fakulti/Institut/Akademi – PT/PPT TNCPI

7.6Kemukakan permohonan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih (Penyelidik) untuk perakuan dan kelulusan pelantikan. – PT/PPT TNCPI

7.7Semak dan hantar senarai calon Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pemilih (Penyelidik) untuk pertimbangan dan pengesahan di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti. – PT/PPT TNCPI

7.8Hantar surat makluman kepada Fakulti/Institus/Akademi bagi calon-calon yang tidak berjaya. – PT/PPT TNCPI

7.9Keluarkan surat tawaran dan perjanjian daripada Pejabat Pendaftar UPM kepada calon yang berjaya selepas disahkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti. – Pejabat Pendaftar

(5)

7.10 Maklumkan kepada Pejabat Pendaftar UPM sekiranya calon menolak tawaran atau menangguhkan lapor diri dalam tempoh 2 minggu selepas tarikh surat tawaran dikeluarkan. PTJ

7.11 Bagi penyambungan kontrak, pastikan penggunaan Borang Penilaian Prestasi Penyelidik (PU/PY/BR06/NILAIPRESTASI) digunakan untuk membuat penilaian prestasi Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik. Borang ini hendaklah dikemukakan bersama-sama semasa menghantar permohonan Pasca Doktoral atau Felo Penyelidik – PT PTJ

8.0 PEMANTAUAN

8.1 Skim Pasca Doktoral:

a) Pastikan borang laporan kemajuan dihantar oleh para penyelia kepada Urus setia Jawatankuasa Pemilih (Penyelidik) pada setiap enam (6) bulan sekali dengan menggunakan Borang Laporan Kemajuan Penyelidikan (PU/PY/BR09/LKP). – PT/PPT TNCPI

b) Pastikan Pasca Doktoral mencapai sasaran Indeks Petunjuk Prestasi yang ditetapkan oleh Pejabat TNCPI. – Ketua PTJ

c) Hantar laporan akhir penyelidikan Pasca Doktoral menggunakan Borang Laporan Akhir Penyelidikan (PU/PY/BR10/LAP). – PPT TNCPI

d) Keluarkan sijil perakuan oleh Bahagian Pentadbiran Pejabat TNCPI RMC/ICC kepada Pasca Doktoral selepas menerima laporan akhir Penyelidikan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tamat projek penyelidikannya. – PPT TNCPI

8.2 Skim Felo Penyelidik :

a) Pastikan Ketua PTJ memantau projek penyelidikan yang dijalankan oleh Felo Penyelidik berdasarkan Indeks Penunjuk Prestasi (KPI) yang telah ditetapkan - Ketua PTJ

b) Guna Borang Penilaian Prestasi Penyelidik untuk pertimbangan penyambungan kontrak Felo Penyelidik sekiranya diperlukan. – PT

(6)

9.0 REKOD KUALITI

Bil. Kod Fail, Tajuk Fail dan Senarai Rekod

Tempat dan Tempoh Simpanan

Tanggungjawab Menyenggara

Kuasa dan Cara Melupus

1. UPM/(Kod PTJ)/500-4/6 (No. Staf)

Fail Pelantikan (Nama Pasca Doktoral/Felo)

1) Minit Mesyuarat J/K Pemilih Penyelidik

2) Borang Permohonan Pasca

Doktoral(PD)(PU/PY/BR07/PD) – jika berkaitan atau Borang Permohonan Felo Penyelidik/ Felo Perunding (PU/PY/BR08/FELO) – jika berkaitan

3) Surat tawaran pelantikan

4) Borang Penilaian Prestasi Penyelidik

(PU/PY/BR06/NILAI PRESTASI)

5) Borang Laporan Kemajuan

Penyelidikan (PU/PY/BR09/LKP)

6) Borang Laporan Akhir Penyelidikan

(PU/PY/BR10/LAP)

Bahagian Pentadbiran Pejabat TNCPI

3 tahun

PT/PPT TNCPI Ketua Pentadbiran

Rincih

10.0 SEJARAH SEMAKAN

No. Isu No. Semakan

No.CPD Kelulusan Mesyuarat Disedia/ Disemak Oleh Dilulus/ Diluluskan Semula Oleh Tarikh Kuatkuasa 02 00 - TNCPI WP 03/01/2011 02 01 PU/PY/09 /2011 Mesyuarat Pengurusan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan &

Inovasi)Kali Ke-16 (Bil.3/2011) Minit 16.4.1(3) TNCPI WP 13/05/2011 02 02 PU/PY/29 /2011 Mesyuarat Pengurusan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan &

Inovasi) Secara Edaran bertarikh 09/08/2011

Referensi

Dokumen terkait

Judul skripsi : Peran Badan Pemberdayaan Perempuan, Perlindungan Anak dan Keluarga Berencana (BP3AKB) Kabupaten Karanganyar Dalam Pendampingan Anak Korban Kekerasan

Melihat fenomena-fenomena perkembangan internet di atas membuat anak semakin mudah untuk mengakses situs jejaring sosial Facebook, seorang pendidik atau

75 FX Rusgianto Guru SMK Negeri 3 Magelang Kota Magelang Jawa Tengah. 76 Kristanto Triraharjo Sekolah Dasar Negeri

(d) Alat Bantu servis perbaikan system starter. Menyimpulkan dan meringkas materi pembelajaran. Mengisi buku jurnal kegiatan pembelajaran. Membuka pelajaran dan menyuruh ketua

BORANG PERMOHONAN.. 10) Saya adalah Calon Sarjana UKM luar kampus. Contohnya di Hospital Selayang. Saya juga telah mempunyai Ketua Projek/Penyelidik di Hospital Selayang.

Berdasarkan latar belakang, maka tujuan dari penelitian ini adalah menganalisis pengembangan peternakan sapi perah dan dinamika moda produksi usaha peternakan sapi perah

Dari penelitian ini diperoleh beberapa kesimpulan dengan meninjau dari beberapa aspek yaitu (1) threshold cyclic shear strain, (2) penentuan jumlah siklus dalam

Dalam hal anggota Komite Audit memperoleh saham Perusahaan baik langsung maupun tidak langsung akibat suatu peristiwa hukum, maka saham tersebut wajib dialihkan