• Tidak ada hasil yang ditemukan

TWIDDLA DALAM PENGAJARAN DAN PEMELAJARAN SEJARAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TWIDDLA DALAM PENGAJARAN DAN PEMELAJARAN SEJARAH"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

326

TWIDDLA DALAM PENGAJARAN DAN PEMELAJARAN SEJARAH

S. Azman Ligun & Zamri Mahamod6 Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kertas konsep ini bertujuan untuk mengetengahkan idea penggunaan aplikasi Twiddla dalam pengajaran dan pemelajaran Sejarah. Mata pelajaran Sejarah sukar untuk bebas daripada dikaitkan dengan pengajaran yang tidak menarik dan diburukkan dengan suasana bilik darjah yang tidak kondusif serta dilangsungkan pada waktu tengah hari. Penggunaan Twiddla dalam pengajaran menawarkan alternatif kepada guru untuk mengadakan pengajaran dan pemelajaran di luar waktu persekolahan. Sebagai salah satu rangkaian generasi Web 2.0, Twiddla akan dapat membantu guru dan pelajar untuk berinteraksi secara „blended learning‟ dan „ubiquitous learning‟, dua konsep pemelajaran yang semakin mendapat tempat di institusi-institusi pendidikan di Malaysia. Berbeza dengan laman web lain, Twiddla menepati ciri-ciri sebuah kelas siber. Dibangunkan bersama dengan komponen pengajaran dalam bilik darjah seperti papan putih, Twiddla turut menyediakan ruangan perbincangan dan membenarkan peserta berkongsi gambar, video serta dokumen pada waktu sebenar dengan semua pelajar dalam sesebuah perbincangan hanya dengan paparan satu laman web. Guru masih boleh melaksanakan pengajaran seperti dalam bilik darjah, bezanya guru tidak bersemuka dengan pelajar dan pelajar pula mengikuti pemelajaran dalam suasana yang lebih santai dan selesa. Aplikasi Twiddla dalam pengajaran dan pemelajaran Sejarah diharap akan dapat membuka perspektif baru terhadap mata pelajaran Sejarah agar lebih fleksibel, kreatif dan tidak lagi terikat dengan sesi yang ditetapkan pada waktu persekolahan.

Kata kunci : Twiddla, Web 2.0, blended learning, ubquitous learning, Sejarah.

1.0 PENGENALAN

Kesan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah menyentuh segala aspek kehidupan manusia, ia berjaya merubah cara manusia bekerja, belajar, berubat dan berhibur (Surwanee & Zamri 2008). Impak nyata boleh dilihat melalui penghasilan satu cetusan idea baru bagi reformasi pendidikan, iaitu penggunaan TMK sebagai medium terkini dalam sistem pendidikan negara (Nor Azan 2000). Bidang pendidikan tidak terkecuali daripada memanfaatkan kemajuan TMK sebagai salah satu anjakan dalam amalan pedagogi guru.

Beberapa penyelidikan terkini menunjukkan keberkesanan TMK dalam merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah pembelajaran, dan pengendalian pendidikan secara keseluruhannya yang telah di sesuaikan dengan era siber (lihat Johan 2013; Lee 2013; Azlina 2013; Tan 2013; Renuka, Norizan & Siti Hawa 2013). Sokongan teknologi menjadikan pengajaran dan pemelajaran (P&P)

(2)

327

bersifat lebih fleksibel. Umumnya pihak kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), khususnya berhasrat untuk melengkapkan semua sekolah di Malaysia dengan kemudahan TMK secara beransur-ansur untuk membantu proses P&P. Tidak lagi terhad di dalam bilik darjah atau perpustakaan sahaja, tetapi melangkaui masa dan tempat. Perkembangan dunia digital membenarkan pemelajaran formal berlaku walaupun di luar waktu persekolahan. Penggunaan laman web dalam proses P&P memungkinkan senario ini. Laman web khusus yang dimaksudkan dalam perbincangan ini ialah Web 2.07 yang membolehkan guru dan pelajar berinteraksi di alam siber. Antara Web 2.0 yang popular dan telah dimanipulasikan untuk manfaat pendidikan ialah Facebook, Youtube, Twitter, Blogspot, Wordpress, Dropbox, Murally, Bubbls, StoryJumper, Sixty dan Linkedin (Mohamed Amin 2012). Pemelajaran berasaskan laman web membuka ruang kepada guru dan pelajar untuk melangsungkan P&P walau di mana mereka berada tanpa had masa (ubiquitous learning) (Johan 2013). Meskipun telah banyak dapatan penyelidikan yang menunjukkan kesan positif aplikasi TMK dalam pendidikan, khususnya Web 2.0 tetapi pengunaannya dalam kalangan guru Sejarah masih belum meluas. Kedengaran logik jika ia berlaku di sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman kerana menurut Surwanee dan Zamri (2008), sekolah-sekolah berkenaan agak sukar memperoleh kemudahan seperti komputer dan bahan rujukan terhad yang mungkin berlaku disebabkan faktor geografi, sosial dan persekitaran. Tetapi ia seharusnya sudah digunakan secara maksima di

7

Istilah Web 2.0 mula diperkenalkan pada tahun 2003 bermula dengan pengenalan rangkaian ‗social network‘ seperti Facebook dan Youtube yang telah mengubah cara interaksi dalam kalangan pelajar. Teknologi Web 2.0 ini terus berkembang dan merevolusikan bidang pendidikan. Menurut Webopedia (2013), istilah Web 2.0 merujuk kepada generasi kedua World Wide Web (WWW) yang membolehkan individu dalam talian berkolaborasi dan berkongsi maklumat. Berbeza dengan Web 1.0 yang hanya membenarkan pengguna untuk melihat serta membaca paparan web. Ia secara umumnya merupakan perubahan daripada laman web yang statik kepada laman web yang lebih dinamik. Web 2.0 membolehkan pengguna memberi input serta memuat naik bahan ke dalam laman web. Penggunaan Web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran didorong oleh konsep ‗open educational resourses‘ di mana maklumat serta aplikasi adalah percuma untuk digunakan tanpa kekangan, kecuali terdapat pakej khusus yang perlu dibayar oleh pengguna. Konsep ‗open educational resourses‘ ini sememangnya direka supaya interaksi antara individu dalam alam siber lebih mudah dan tersusun. Justeru itu, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mendemokrasikan pendidikan golongan pendidik sewajarnya mengambil peluang aplikasi Web 2.0 ini untuk kekal berhubung serta berinteraksi dengan pelajar walaupun di luar waktu persekolahan. Selanjutnya, sila rujuk Johan@Eddy Luaran. 2013. ‗Pengintegrasian Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran subjek Sejarah dan Geografi‘. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

(3)

328

sekolah-sekolah yang mempunyai kelengkapan dan pelajar-pelajar memiliki latar belakang sosio ekonomi keluarga yang baik.

2.0 ISU-ISU BERKAITAN

Persekitaran pendidikan semakin pantas berkembang dan guru juga seharusnya berperanan sebagai agen perubahan yang sentiasa ke hadapan, khususnya dalam isu berkaitan teknologi dalam pendidikan. Walau bagaimanapun, dapatan kajian Azlina (2013) terhadap penggunaan TMK dalam P&P menunjukkan dapatan yang tidak selari dengan tuntutan ini. Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat di salah sebuah sekolah menengah di daerah Papar, Sabah menunjukkan responden berpendapat guru kurang mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam bilik darjah Sejarah.

Tetapi, ketidakupayaan guru menggunakan aplikasi teknologi maklumat dalam pengajaran juga mungkin dapat digambarkan melalui dapatan kajian oleh Inman-Anderson & Ditson (1999), McMahon, Gardner, Gray & Mulhern (1999), Jeannette (2001) dan Liu, Min, Reed & Michael (2002) yang merujuk kepada pengetahuan teknologi maklumat dalam kalangan guru. Rata-rata guru yang menggunakan teknologi berasaskan komputer dalam P&P memperoleh kemahiran tersebut hasil pemelajaran sendiri atau belajar daripada rakan-rakan. Hanya sebilangan kecil yang belajar melalui kursus yang dianjurkan oleh agensi-agensi tertentu. Kajian Jeannette (2001) juga menunjukkan 30% guru menyatakan berminat untuk terus belajar sekiranya terdapat kursus-kursus yang sesuai ditawarkan. Ini memberikan isyarat kepada pihak-pihak berkenaan dalam bidang pendidikan (kementerian pelajaran, jabatan pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah) bahawa kesediaan guru-guru mengaplikasikan TMK dalam P&P dipengaruhi oleh kemahiran yang ada pada guru. Sistem pendidikan negara sedang melalui proses transformasi secara berperingkat untuk memenuhi tuntutan semasa klien. Justeru , guru juga seharusnya sentiasa kemas kini dengan amalan terkini dalam pendidikan.

Guru-guru Sejarah berhadapan kesukaran mengekalkan konsistensi pengajaran kerana penekanan kepada transmisi pengetahuan dan kehendak peperiksaan. Sebagai tindak balas kepada kehendak peperiksaan, teknik menjawab

(4)

329

soalan, latih tubi topik-topik ramalan dan hafalan fakta-fakta berkaitan akan menjadi rutin dalam pengajaran guru. Meskipun kedengaran klise, namun isu ini seolah-olah berdepan kesukaran mencari jalan penyelesaian terbaik. Wujud juga keadaan guru-guru terpaksa menjalankan proses pengajaran untuk menyelesaikan sukatan pelajaran lebih awal bagi membolehkan pihak sekolah mengadakan latih tubi khususnya kepada pelajar-pelajar peperiksaan awam. Keadaan ini menyebabkan kaedah pengajaran berpusatkan guru yang tiada ruang interaksi akan lebih kerap digunakan. Kandungan kurikulum yang berorientasikan peperiksaan ini menyebabkan matlamat penting pendidikan sejarah tidak akan dapat dicapai dengan berkesan (Hazri 2003). Meskipun guru-guru Sejarah telah menerima latihan berkaitan organisasi kurikulum pendidikan sejarah (kandungan, kemahiran pemikiran sejarah dan penerapan patriotisme) dalam bilik darjah Sejarah, namun faktor-faktor seperti iklim sekolah, kemudahan, bahan bantu mengajar, latar belakang pelajar dan juga kawalan bilik darjah akan mempengaruhi pelaksanaan kemahiran ini dalam bilik darjah. Hazri (2003) mengakui kaedah pengajaran yang dipelajari semasa latihan perguruan di dapati sukar untuk diaplikasi di dalam bilik darjah.

Kaedah pengajaran guru yang tidak interaktif bertambah kritikal apabila mata pelajaran Sejarah diajar pada waktu tengah hari. Keadaan diburukkan dengan suasana bilik darjah yang padat, panas dan tidak kondusif menyebabkan pelajar sukar untuk memberikan perhatian dengan sewajarnya. Pelajar sudah kepenatan, mengantuk, dan mula gelisah kerana tempoh pembelajaran selama 30 hingga 80 minit terlalu lama untuk dilalui bagi satu pembelajaran yang stereotaip dan berlangsung dalam suasana yang tidak selesa. Keadaan persekitaran mereka tidak memungkinkan mereka dapat memproses maklumat pemelajaran dengan berkesan apatah lagi jika melibatkan fakta-fakta yang sukar dan bersifat teknikal. Masalah ini tidak terhad menimpa pengajaran mata pelajaran Sejarah sahaja, tetapi semua mata pelajaran yang disampaikan dengan kaedah sehala dan suasana bilik darjah yang tidak menarik.

Banyak aplikasi terkini dalam Web 2.0 yang cuba memindahkan sesi P&P di dalam bilik darjah kepada pemelajaran siber. Meskipun tanpa bersemuka seperti dalam bilik darjah, namun prinsip asas P&P itu tetap wujud iaitu guru, pelajar dan

(5)

330

bahan pengajaran serta dilangsungkan dalam satu sesi yang sama secara serentak bagi semua pelajar yang terlibat. Aplikasi seumpama ini membolehkan guru memindahkan sesi P&P Sejarah ke masa yang difikirkan sesuai, berada dalam suasana yang lebih selesa dan lebih interaktif. Antara aplikasi Web 2.0 yang hampir menetapi kehendak konsep kelas maya ini ialah Twiddla, Dabbleboard dan Scribblar (Mohamed Amin 2013). Penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam pengajaran akan membantu guru dalam interaksi secara blended learning8 dan ubiquitous learning.

3.0 RASIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

DALAM PENDIDIKAN

TMK merangkumi apa jua alatan elektronik yang membenarkan pengguna menyimpan, menghubung, memproses, mencipta dan menyampaikan maklumat (Abdul Razak, Yazrina, Mohd Shanudin & Mohd Zamri 2000). Guru perlu menggunakan budi bicaranya untuk mengubah suai apa yang telah dirancang mengikut keperluan pelajar. Di samping itu, berbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan untuk memberi pengalaman yang berguna kepada pelajar. Guru juga perlu memberi galakan dan menjadikan aktiviti pembelajaran menarik supaya dapat mengekalkan perhatian dan minat pelajar. Komputer telah mengalami evolusi daripada mesin yang sangat kompleks dan memerlukan kemahiran yang sangat tinggi untuk pengoperasian kepada suatu alat yang sangat mudah untuk dioperasi sehingga pelajar sekolah pun berkemahiran mengaplikasikannya (Zamri 2012).

Kepesatan perkembangan TMK telah membuka peluang yang luas untuk dimanfaatkan dalam bidang pendidikan. Peranannya menjadi begitu penting, terutamanya sebagai asas penyaluran ilmu. Penyaluran ilmu dapat disampaikan dengan berkesan melalui proses P&P di dalam dan luar bilik darjah. Ledakan

8

Blended learning merupakan inovasi dalam pembelajaran yang menggabungkan model pembelajaran konvensional (bersemuka) dengan pembelajaran siber (secara atas talian). Disebut juga sebagai long distance instructed learning dan virtual instructor led training kerana memanfaatkan teknologi maklumat seperti video conference, phone conference dan online chatting. Guru berfungsi sebagai pemudah cara atau fasilitator dalam satu pembelajaran yang disifatkan kondusif. Pembelajaran berasaskan blended learning berperanan untuk memperkasakan lagi model pembelajaran konvensional melalui pengembangan teknologi dalam pendidikan. Blended learning disifatkan sebagai trend pembelajaran masa hadapan yang semakin berkembang luas di seluruh dunia, termasuk juga Malaysia.

(6)

331

TMK yang pantas memerlukan P&P bergerak seiring dengan situasi semasa. TMK mempunyai potensi untuk memberikan kesan perubahan yang cukup besar dalam dunia pendidikan (Zamri Mahamod 2012). Penggunaan komputer boleh membantu meningkatkan proses P&P (Noraihan 2000). Menurut Abdul Rafie (2001), keupayaan warga pendidik dan para pelajar menguasai kemahiran TMK pasti menjadi aset yang amat berguna untuk menjadikan negara ini sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Serantau dan menghasilkan pelajar yang berkualiti. Crawford (1997) dalam Zamri (2012), kajian Unit Perancangan Mikro, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) (2003) menyatakan TMK berupaya menjadi alat bantu pengajaran yang efektif kerana ia:

i. Berupaya menarik minat pelajar. ii. Penyabar dan responsif.

iii. Berpusatkan pelajar.

iv. Menyokong pembelajaran yang terbuka, bebas dan fleksibel. v. Memberikan capaian kepada bahan-bahan dalam talian. vi. Boleh diamalkan di mana-mana.

vii. Menggalakkan perkongsian dan kolaborasi serta kepelbagaian. viii. Tidak mengenal jantina, bangsa dan ketidakupayaan.

ix. Memberi kesan kepada kerjaya dan masa depan. x. Sumber bahan rujukan yang sangat bernilai. xi. Perkembangannya sukar dijangkakan.

Kesanggupan guru menggunakan alat dan media ini bergantung kepada pelbagai aspek, iaitu daripada diri seseorang guru itu sendiri atau persekitaran dan kemudahan TMK yang ada (Zamri 2012). Penggunaan TMK memberi kesan positif kepada P&P dan beberapa kajian berkaitan telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Supyan (2000) dalam Surwanee dan Zamri (2008), menjelaskan hasil penyelidikan terdahulu membuktikan bahawa P&P berbantukan komputer dapat:

i. Meningkatkan minat terhadap mata pelajaran (Chambers & Spretchers 1980; Kulik, Kulik & Cohen 1980; Fisher 1983; Norhanim 1994; Affendi 1995; Zubaidah 1996; Hazline 1998; Zuwati 1998).

(7)

332

ii. Meningkatkan keberkesanan dalam kefahaman dan penguasaan bahasa (Allen 1972; Magidson 1978; Supyan 1994).

iii. Meningkatkan minat terhadap sesuatu mata pelajaran tersebut (McDougall 1975; Chambers & Spretchers 1980; Kulik, Kulik & Cohen 1980).

iv. Berkesan jika digunakan bersama-sama dengan bahan pengajaran (Edward, Norton, Taylor, Dusselddrop & Weiss 1974; Fisher 1983; Supyan 1994; Ng & Oliver 1987).

v. Berkesan jika ia selari dengan sukatan mata pelajaran tersebut (Bloomeyer 1985; Supyan 1994; Zuwati 1998; Affendi & Hazline 1998).

Konsep blended learning yang semakin mendapat tempat di institusi-institusi pendidikan kini telah mengubah peranan guru daripada sumber pemberi dan penyampai maklumat kepada pemudah cara, fasilitator atau pengurus untuk mendapatkan maklumat. Justeru, guru perlu memperoleh pengetahuan dan kemahiran menggunakan teknologi berasaskan komputer serta pelbagai aplikasinya. Penggunaan TMK bukan hanya merubah peranan guru malah turut membawa perubahan dalam proses P&P secara keseluruhannya. Menurut Norizan (2000) dalam Zamri (2012), penggunaan TMK telah membawa perubahan kepada P&P di dalam bilik darjah, iaitu:

i. Perubahan dari segi bentuk interaksi pelajar yang lebih interaktif dan spontan. ii. Perubahan dari segi bentuk bahan pengajaran yang diprogramkan dalam

bentuk multimedia.

iii. Perubahan dari segi aktiviti kelas yang berpusatkan pelajar tanpa berat sebelah

iv. Perubahan dari segi cara pembelajaran kendiri mengikut tahap pencapaian masing-masing.

v. Perubahan dari segi waktu pentadbiran kelas yang mana ia boleh dijalankan di luar waktu pengajaran atau di luar bilik darjah.

vi. Perubahan dari segi penilaian yang berbentuk komprehensif yang diadakan di atas talian.

vii. Perubahan dari segi peranan guru sebagai instruktor atau fasilitator yang dapat membantu pelajar pada bila-bila masa sahaja.

(8)

333

Zainudin (2004) dalam Surwanee dan Zamri (2008) menyatakan dalam kajiannya bahawa beberapa kajian yang telah dijalankan oleh Funkhousher (1993), Henderson dan Landersman (1992), Chazan (1988), McCoy (1991) dan Al Ghamdi (1987) mendapati:

i. Pelajar yang menggunakan komputer mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.

ii. Perisian kompoter yag digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip sesuatu mata pelajaran dengan mudah dan berkesan.

iii. Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Rumusannya, penggunaan TMK dalam P&P telah menyuntik variasi dalam kaedah pengajaran mengikut tahap kemampuan pelajar dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Ini secara tidak langsung dapat mengatasi kelemahan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Penggunaan TMK mampu mendorong pelajar untuk meningkatkan penglibatan mereka dalam menggalakkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar dalam menyelesaikan sesuatu aktiviti latihan yang terdapat dalam perisian mata pelajaran yang dipelajarinya (Zamri 2008). Penggunaan TMK dalam P&P dapat melancarkan lagi aktiviti dan menarik minat para pelajar untuk mempelajari sesuatu mata pelajaran yang diajar. Melalui penggunaan TMK dalam P&P juga, keperluan pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan dapat dipenuhi. Oleh itu, tugas guru semakin mudah dan proses pengajaran menjadi semakin baik dan sempurna.

4.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS

Pemilihan bahan bantu mengajar yang digunakan dalam bilik darjah harus mengambil kira kesesuaiannya dengan generasi abad ke-21. Interpretasi konsep TMK sentiasa berubah disebabkan kepantasan perkembangan pelbagai aplikasi

(9)

334

dalam teknologi pendidikan hari ini. Teknologi pendidikan pada tahun 1990-an mungkin hanya berkisar tentang penggunaan bahan multimedia yang terhad, tidak meluas dan hanya berlangsung di sekolah. Laman-laman sesawang yang wujud juga hanya bersifat statik iaitu pelawat dibenarkan melihat dan membaca kandungan dalam laman tersebut. Namun hari ini, TMK dalam pendidikan telah melalui pelbagai transformasi dengan membolehkan proses P&P tidak hanya terhad dilakukan dalam bilik darjah sahaja. Terdapat beberapa kajian terkini yang membincangkan penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam P&P Sejarah.

Berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan di England, kualiti pengajaran guru menggunakan TMK dalam pembelajaran bergantung kepada sejauh mana pengetahuan mata pelajaran yang diajar oleh guru (Condie & Munroe 2007). Pendedahan kepada kemahiran TMK tetapi tidak memanipulasikannya dalam dalam pembelajaran adalah sesuatu yang merugikan. Guru Sejarah yang proaktif akan mencabar para pelajar untuk berfikir secara analitikal dan pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran telah memberi peluang kepada pelajar untuk menganalisis dan membina hujah mereka sendiri berdasarkan kepada sumber yang telah diperoleh menerusi carian dalam internet. Sumber yang ada itu pula boleh membantu pelajar untuk membentuk naratif berdasarkan kepada pemahaman dan perspektif mereka masing-masing. Menurut Lee (2013), mencari maklumat sejarah bukanlah satu tugas yang mudah. Oleh itu, enjin carian (search engine) yang sesuai telah digunakan secara meluas seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox, Netscape Navigator dan Google Chrome. Walau bagaimanapun, kekurangan yang paling ketara untuk melaksanakan TMK dalam P&P Sejarah ialah ketiadaan aspek perkongsian maklumat dalam kalangan sekolah atau institusi lain untuk mencari bahan.

Youtube merupakan salah satu aplikasi Web 2.0 yang telah digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran. Youtube merupakan laman web perkongsian video yang popular dan merangkumi animasi, video klip, TV klip, video muzik, iklan dan sebagainya yang dimuat naik oleh individu-individu yang berdaftar (Clifton & Mann 2010). Laman sosial Youtube tidak sahaja terhad digunakan untuk berkongsi video-video berunsur hiburan, komersial mahu pun

(10)

335

peribadi, tapi juga telah digunakan sebagai salah satu medium pengajaran. Berdasarkan kepada Yuen (2009), Youtube telah dipilih sebagai laman perkongsian video yang mendapat undian terbanyak dalam ‗The Emerging List of Top 100 Tools for Learning‟ pada tahun 2009 dan 2010. Kini Youtube semakin banyak digunakan sebagai salah satu sumber pedagogi untuk segala perkara, daripada acara menarik yang bernilai berita di serata dunia hinggalah kepada cebisan kisah kehidupan. Tan & Carol (2013) telah menjalankan kajian kuasi ekperimen ke atas pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah dalam daerah Penampang, Sabah. Kajian terhadap pengaplikasian video Youtube dalam pengajaran dan pembelajaran sains sosial menunjukkan peningkatan markah Ujian Pos kumpulan rawatan berbanding markah kumpulan kawalan. Kajian ini turut mendapati penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan TMK seperti video Youtube tidak akan berkesan mencapai objektif sekiranya pengajaran guru tidak melaksanakan peranan sebagai pembimbing dan pemudahcara. Seperti kata Mohamed Amin (2011), sebahagian besar kekuatannya bukan terletak pada video itu sendiri tetap pada cara video itu digunakan.

Selain Youtube, sebuah lagi laman Web 2.0 yang telah meninggalkan pengaruh besar dalam kehidupan sosial masyarakat ialah Facebook. Facebook dikendalikan dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook Inc.sejak tahun 2006 dan sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook mensasarkan golongan belia sebagai pengguna dan aplikasi ini membenarkan pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej. Disebabkan oleh pengaruh meluas aplikasi interaktif ini dalam kehidupan semasa masyarakat, guru-guru juga telah mula memanipulasi aplikasi ini sebagai salah satu medium pengajaran. Rossafri dan Shabariah (2011) telah melakukan kajian terhadap kesan penggunaan aplikasi Facebook ke atas kaedah perbincangan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah dan mendapati penggunaan laman sosial ini meningkatkan motivasi dan kefahaman pelajar terhadap topik Tamadun Yunani dan Tamadun Rom dalam tingkatan Empat. Selain itu, motivasi yang terbentuk

(11)

336

secara tidak langsung melalui pengajaran menggunakan laman sosial telah menyebabkan pembelajaran yang berkesan dapat berlaku dan diikuti oleh pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah (Rossafri dan Shabariah 2011). Menurut Mohamed Amin (2012), selain kadar penggunaan yang tinggi, Facebook juga memberikan beberapa kelebihan untuk dimanfaatkan oleh guru:

i. Menghubungkan sesama pelajar yang secara tidak langsung membina komuniti pembelajaran – satu komponen penting untuk pendidikan pelajar (Baker 1999 dalam Mohamed Amin 2012).

ii. Menyediakan peluang dan struktur kepada pengajar untuk membolehkan pelajar membantu dan menyokong satu sama lain dengan membina kursus-kursus melalui komuniti yang telah diwujudkan sendiri oleh pelajar.

iii. Modul pembelajaran berasaskan internet akan menggalakkan penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza daripada kuliah biasa.

iv. Meningkatkan interaksi antara guru dengan pelajar dan juga sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web.

v. Membantu pengajar berhubung dengan pelajar mereka mengenai tugasan, kegiatan akan datang, pautan berguna dan contoh-contoh tugasan di luar kelas.

vi. Pelajar boleh menggunakan Facebook untuk menghubungi rakan sekelas tentang tugasan kelas atau peperiksaan serta bekerjasama melakukan tugasan dan projek kumpulan dalam persekitaran internet.

vii. Rangkaian sosial yang dibina berasaskan konsep interaksi secara bersemuka antara guru dengan pelajar ini membenarkan pelajar untuk melihat profil pengajar yang mengandungi maklumat peribadi, minat, latar belakang dan ‗rakan-rakan‘ yang boleh meningkatkan motivasi pelajar, pemelajaran berkesan dan juga iklim bilik darjah (Mazer et. al dalam Mohamed Amin 2012)

5.0 APA ITU TWIDDLA ?

Twiddla9 merupakan aplikasi perbincangan secara atas talian yang mudah digunakan tanpa memerlukan sebarang muat turun dan boleh diakses secara

9

(12)

337

percuma (Mohamed Amin 2013). Papan induk Twiddla kelihatan seperti mempunyai papan putih (whiteboard skin) yang boleh digunakan bersama-sama dengan laman-laman web lain pada waktu sebenar bersama-sama dengan pengguna lain di seluruh dunia.

Paparan 5.1

Papan induk Twiddla.com

Twiddla telah dibangunkan oleh Jason Kester dan Benjamin Satterfield pada tahun 2008. Twiddla ini pada asalnya dibangunkan hanya untuk

memudahkan

Kester dan Satterfield mentadbir tugasan mereka dan berkongsi idea mengenai rekaan mereka bersama dengan pereka-pereka yang bekerjasama dengan mereka. Idea Twiddla tercetus apabila mereka menemui kesukaran untuk berkongsi idea, grafik dan mengadakan perbincangan pada waktu yang sama melalui satu platform. Kemudahan-kemudahan sedia ada tidak membantu untuk menyelesaikan tugasan mereka. Kester dan Satterfield terpaksa melakukan print screen terhadap rekaan-rekaan mereka berulang kali untuk dihantar kepada pereka yang lain melalui e-mel dan terpaksa menunggu jawapan selama berhari-hari. Bertitik tolak daripada kesukaran itu, Kester dan Satterfield memperoleh konsep untuk membangunkan Twiddla. Kejayaan menghasilkan Twiddla telah

(13)

338

membolehkan mereka untuk berkongsi idea, web, imej dan dokumen secara bebas dan kolektif.

6.0 KELEBIHAN MENGGUNAKAN TWIDDLA DALAM P&P SEJARAH

Menurut Mohamed Amin (2013), Twiddla boleh dimanipulasikan untuk kepentingan pendidikan kerana mempunyai beberapa kelebihan, iaitu:

i. Percuma

ii. Bebas digunakan oleh sesiapa sahaja pada bila-bila waktu.

iii. Tidak memerlukan sebarang muat turun, hanya memerlukan pelayar (browser) dan akses internet.

iv. Berinteraksi dengan pelbagai web pada masa yang sama (atau sebarang imej, dokumen atau logo yang dimuat naik) dan melakukan penandaan pada waktu yang sama.

Sifat-sifat dalam Twiddla ini boleh dimanfaatkan dalam P&P kerana P&P Sejarah seharusnya melibatkan pengunaan pelbagai media untuk meransang pemikiran pelajar terhadap sesuatu topik. Kombinasi gambar, video, dokumen, soal jawab dan perbincangan dalam satu sahaja laman web telah menjadi alternatif kepada guru Sejarah untuk mengadakan P&P di luar waktu persekolahan. P&P yang lazim digunakan dalam bilik darjah mungkin menggunakan media pelbagai, tetapi ia menjadi kurang efektif dan sukar untuk ditadbir seandainya pelbagai media digunakan pada waktu yang sama dalam sesi P&P yang dijalankan melalui pemelajaran maya.

(14)

339

7.0 CARA MUDAH MENGGUNAKAN TWIDDLA

Langkah 1 : Log masuk ke www.twiddla.com. Klik ‗start a new meeting‘.

Paparan 7.1

Papan induk Twiddla.com

Langkah 2 :

1. Pengguna boleh menggunakan nama sendiri dalam perbincangan ini. Klik ‗guest‘ dan tuliskan nama anda.

2. Jika ingin melibatkan individu lain dalam sesi perbincangan, anda hanya perlu berikan alamat pautan (url link) yang terpapar pada kotak perbincangan.

Paparan 7.2

(15)

340

Langkah 3 : Klik butang yang terdapat pada toolbars jika ingin menulis pada papan putih (butang white board), menggunakan laman-laman web tertentu (butang web page), menulis nota (butang ether pad), memuat naik dokumen (butang document), atau memuat naik gambar (butang image).

Paparan 7.3

Halaman papan putih (white board)

Paparan 7.4

(16)

341

Paparan 7.5

Halaman mencatat nota (ether pad)

Paparan 7.6

(17)

342

Paparan 7.7

Halaman perkongsian gambar (image)

Melalui Twiddla, semua media, nota, latihan dan perbincangan dilakukan hanya menggunakan satu halaman. Guru dan pelajar tidak perlu membuka pelayar atau laman web lain secara berasingan jika ingin melakukan akses kepada media-media lain. Konsep inilah yang menjadikan Twiddla mesra pengguna dan sesuai untuk digunakan sebagai opsyen dalam P&P Sejarah. Twiddla memudahkan tugas guru mengakses maklumat dengan pantas untuk dikongsikan dengan pelajar meskipun berlaku secara impromtu.

8.0 KESIMPULAN

P&P menggunakan Twiddla menjadi alternatif kepada guru Sejarah untuk mempelbagaikan kaedah penyampaian maklumat. Tiada satu kaedah yang boleh digunakan untuk semua pengajaran, namun sebagai guru haruslah bijak untuk menggunakan kaedah yang sesuai agar sesi P&P berlangsung dengan lebih berkesan. Guru mungkin perlu mengubah suai kaedah atau bahan pengajaran semata-mata untuk menyenangkan pelajar menerima dan belajar sesuatu yang baru. Oleh itu, guru perlu memilih kaedah atau teknik mengajar paling sesuai untuk pelajar kelasnya. Pemilihan kaedah mengajar dan bahan pengajaran perlu berdasarkan objektif yang telah ditetapkan semasa perancangan pengajaran. Kebanjiran aplikasi dalam generasi Web 2.0 membuka ruang kepada guru Sejarah untuk keluar dari kekangan bilik darjah. Kajian lepas telah membuktikan TMK

(18)

343

berkesan dalam P&P dan sesuatu yang merugikan jika guru Sejarah tidak memanfaatkan kesempatan ini untuk menyokong P&P mereka. Namun lebih merugikan apabila guru sudah mengakui keberkesanannya tetapi masih enggan berganjak dari kaedah pengajaran konvensional yang tidak interaktif.

RUJUKAN

Azlina Abdul Manap (2013). ‗Konteks, input, proses dan hasil penggunaan kaedah illustrasi komik terhadap pelajar Tingkatan Empat dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di salah sebuah sekolah di daerah Papar: Satu Kajian Kes‘. Prosiding Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi UMS 2013, hlm. 29-54.

Churchill, Rick; Ferguson, Peter; Godinho, Sally; Johnson, Nicola; Keddie, Amanda; Letts, Will; Mackay, Jenny; McHill, Michele; Moss, Julianne; Nagel, Mike; Nicholson, Paul & Vick, Melissa (2013). Teaching making a difference. 2nd edition. Australia; John Wiley & Sons Australia, Ltd. Hazri Jamil (2003). Teknik mengajar sejarah. Bentong: PTS Publication and

Distributors.

Johan@Eddy Luaran. Perkembangan, cabaran dan aplikasi teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi MARA Malaysia.

Johan@Eddy Luaran (2013). Pengintegrasian Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran subjek Sejarah dan Geografi. Prosiding Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi UMS 2013, hlm. 16 – 28.

Lee, Bih Ni ( 2013). ICT dan Pengajaran-Pembelajaran Sejarah di Sekolah. Prosiding Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi UMS 2013, hlm. 106 – 115.

Mohamed Amin Embi (2011). Web 2.0 tools in aducation: a quick guide. Bangi; Centre of Academic Advancement, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohamed Amin Embi (2012). Aplikasi perangkaian sosial web 2.0 dalam

pendidikan. Bangi; Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamed Amin Embi (2012). Web 2.0 annotation & bookmarking tools: a quick guide.

Bangi; Centre of Academic Advancement, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohamed Amin Embi (2013). Web 2.0 interactive tools: a quick guide. Bangi;

(19)

344

Rahil Mahyuddin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar (2009). Amalan pengajaran berkesan. Shah Alam; Karisma Publications Sdn. Bhd.

Ramlah Adam, Abdul Hakim Samuri & Muslimin Fadzil (2003). Sejarah tingkatan 3. Buku Teks. Kuala Lumpur; Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Renuka Ramakrishnan, Norizan Esa & Siti Hawa Abdullah. Kesan penggunaan sumber digital terhadap amalan pemikiran sejarah. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. Universiti Sains Malaysia.

Rossafri Mohamad & Shabariah Mohd. Sharif (2011). ‗Kesan penggunaan laman sosial ke atas kaedah perbincangan di dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah‘. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011.

Shaffe Mohd Daud, Sharifah Md Nor, Habsah Ismail & Mohd Hazwan Mohd Puad (ed.). (2009). Pengajaran dan pembelajaran daripada pelbagai perspektif. Serdang; Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Tan, Choon Keong & Carol Abu (2013). Pengaplikasian video Youtube: Bahan bantu mengajar (BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Sosial. Prosidng Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi UMS 2013, hlm. 250-266.

Zamri Mahamod. (2012). Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Tanjong Malim; Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi (ed.) (2008). Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam; Karisma Publications Sdn. Bhd.

(20)

345

PENDEKATAN KULTURAL PENDIDIKAN KEJURUAN

Yasdin Bakhrani Rauf

Faizal Amir

Fakultas Teknik Universitas Negeri Makassar yasdinptkuny@gmail.com

Abstract

The culture rooted in 'the community is an accumulation of knowledge is possessed. The culture of vocational education was formed in the 'community also an accumulation of knowledge and experience that is received and obtained hearts crimpers daily. As far as the husband, vocational education evolving culture in society is far from the essence of vocational education. Community have a tendency to assume that looked and vocational education is the second caste education, vocational education still underestimated, the vocational education line education The selected alternative if failed to enter the general education. Things can be done to change the paradigm of It is a concept of cultural diffusion and diffusion of innovations. The concept of cultural diffusion and vocational education innovation diffusion refers on spreading ideas of the 'public' community lay or institutions hearts. Diffusion of innovations between society is a prayer one process important fence hearts cultural evolution. It can be done hearts initials for vocational education to change the paradigm of community during this thing considers label education vocational education as second caste.

Keywords: Vocational Education, culture

Abstrak

Budaya yang mengakar di masyarakat merupakan akumulasi dari pengetahuan yang dimiliki. Budaya pendidikan kejuruan yang terbentuk di masyarakat juga merupakan akumulasi dari pengetahuan dan pengalaman yang diterima dan didapatkan dalam aktivitas dan keseharian. Sejauh ini, budaya pendidikan kejuruan yang berkembang di masyarakat masih jauh dari esensi pendidikan kejuruan yang sesungguhnya.Masyarakat memiliki kecenderungan memandang dan menganggap bahwa pendidikan kejuruan adalah pendidikan kasta kedua, pendidikan kejuruan masih dipandang sebelah mata, pendidikan kejuruan merupakan pendidikan jalur alternatif yang dipilih jika gagal memasuki pendidikan umum. Hal yang dapat dilakukan untuk merubah paradigm itu adalah konsep difusi budaya dan difusi inovasi. Konsep difusi budaya dan difusi inovasi pendidikan kejuruan mengacu pada penyebaran ide-ide dari satu masyarakat ke masyarakat lain atau lembaga dalam masyarakat ke bagian lain dari masyarakat. Difusi inovasi antara masyarakat merupakan salah satu proses yang paling penting dalam evolusi budaya. Hal ini dapat dilakukan dalam pendidikan kejuruan untuk merubah paradigma masyarakat yang selama ini menganggap pendidikan kejuruan sebagai pendidikan kasta kedua.

Kata kunci: pendidikan kejuruan, budaya

Pendahuluan

Pendidikan kejuruan sangat rentan dengan kondisi sosial, ekonomi politik dan budaya suatu bangsa. Perubahan yang terjadi di masyarakat akan mempengaruhi pendidikan kejuruan. Aspek kemasyarakatan relevansi perguruan tinggi dengan fungsi-fungsi baru merubah perilaku ekonomi yang berkontribusi

(21)

346

pada struktur tenaga kerja, integrasi sosial, mobilitas sosial, pelestarian kelas sosial, persamaan sosial, pemilihan dan alokasi SDM, pembangunan sosial dan perubahan, legitimasi politik, perbaikan struktur politik dan keberlanjutan, promosi demokrasi, fasilitas pembangunan politik dan reformasi, integrasi dan keberlangsungan budaya, reproduksi budaya, produksi modal budaya, revitalisasi budaya, pengembangan profesi pendidikan, pengembangan struktur pendidikan, diseminasi pengetahuan dan informasi, masyarakat belajar (learning society) (Putu Sudira, 2014).

Budaya yang mengakar di masyarakat merupakan akumulasi dari pengetahuan yang dimiliki. Budaya pendidikan kejuruan yang terbentuk di masyarakat juga merupakan akumulasi dari pengetahuan dan pengalaman yang diterima dan didapatkan dalam aktivitas dan keseharian. Sejauh ini, budaya pendidikan kejuruan yang berkembang di masyarakat masih jauh dari esensi pendidikan kejuruan yang sesungguhnya.

Masyarakat memiliki kecenderungan memandang dan menganggap bahwa pendidikan kejuruan adalah pendidikan kasta kedua, pendidikan kejuruan masih dipandang sebelah mata, pendidikan kejuruan merupakan pendidikan jalur alternatif yang dipilih jika gagal memasuki pendidikan umum. Pilihan pragmatis masyarakat khususnya orang tua dalam memilihkan sekolah kepada anak-anak atau peserta didik masih terlalu dominan. Dominasi keluarga (orang tua) dalam pengembangan potensi peserta didik khususnya memilih sekolah, memilih jurusan dan keterampilan tertentu sangat menentukan. Budaya ini bertentangan dengan John Dewey meyakini bahwa tujuan dasar pendidikan adalah untuk mempertemukan kebutuhan individu untuk pemenuhan pribadinya dan persiapan menjalani hidup.

Pandangan Dewey mengisyaratkan jika pendidikan kejuruan merupakan pendidikan yang harus disesuaikan dengan bakat dan minat seorang peserta didik. Pendidikan kejuruan tidak boleh dipilihkan, pendidikan kejuruan juga tak boleh dipaksakan. Pendidikan kejuruan adalah pendidikan yang dirancang untuk mengembangkan keterampilan, kemampuan/kecakapan, pemahaman, sikap, kebiasaan-kebiasaan kerja, dan apresiasi yang diperlukan oleh pekerja dalam pekerjaan penuh makna dan produktif (Adhikary, 2005).

(22)

347

Argumentasi Adhikary menguatkan bahwa pendidikan kejuruan merupakan kebutuhan dasar individu yang tidak boleh dipilihkan atau dipaksakan. Oleh karena itu, proses yang kurang tepat yang dilakukan oleh orang tua dalam memilihkan dan memaksakan kejuruan tertentu kepada anak-anaknya dianggap sebagai hal yang menyimpang dalam pendidikan kejuruan. Pilihan dan terkadang paksaan yang dilakukan oleh orang tua kepada anak-anaknya untuk memilih sekolah dan jurusan tertentu dipengaruhi oleh sikap pragmatis orang tua. Masyarakat memiliki kecenderungan untuk melihat kesuksesan anak secara instant. Kesuksesan instant yang dimaksudkan adalah cepat mendapatkan pekerjaan.

Kesuksesan instan yang diharapkan orang tua kepada anak-anak sebenarnya selaras dengan tujuan pendidikan kejuruan yaitu bekerja, berwirausaha dan melanjutkan studi. Hanya saja, orang tua memaksakan kepada anak-anak untuk memilih perkejaan yang lebih popular seperti tentara, polisi dan dokter serta beberapa pekerjaan popular lainnya. Pilihan anak bahkan tidak didengar lagi hanya karena orang tua lebih cenderung melihat perkembangan yang di masyarakat. Ironisnya lagi pilihan itu tidak didasarkan lagi pada kebutuhan anak hanya karena pikiran pragmatis yang berkembang di masyarakat lalu menjadi budaya yang destruktif.

Sebelum kokoh, pandangan pragmatis masyarakat harus segera direkonstruksi menjadi kaum pragmatis yang mampu memilah persoalan yang bersifat teoritis dan praktis. Pahaman yang ada di masyarakat harus direkonstruksi menjadi pemahaman yang bersifat etik dan sesua dengan kaidah normatif sebagai bekal teoritis dalam pendidikan kejuruan. Selanjutnya, masyarakat juga perlu dipahamkan kemampuan yang lain yaitu kemampuan praktis pendidikan kejuruan yang diarahkan mempersiapkan tenaga profesional sesuai dengan kebutuhan masyarakat agar tidak adalah budaya ‖pemaksaan‖ dan pemilihan sekolah dan jurusan tertentu yang dilakukan oleh masyarakat kepada anak-anaknya.

Proporsionalisasi antara teoritis dan praktis itu penting agar pendidikan kejuruan tidak melahirkan materialisme terselubung ketika terlalu menekankan yang praktis. Pendidikan kejuruan juga tidak dapat mengabaikan kebutuhan praktis masyarakat, agar tidak dikatakan disfungsi dan tidak memiliki konsekuansi

(23)

348

praktis (Putu Sudira, 2014). Pandangan ini juga sesuai dengan pandangan Strom dan Miller.

Menurut Strom, pendidikan kejuruan sebagai bagian praktis harus diorientasikan dengan memadukan filosofi pragmatisme, esensialisme dan eksistensialisme karena pendidikan kejuruan merupakan education for work yang berguna untuk merefleksikan kegiatan dalam membentuk atau mengadopsi visi lembaga. Miller menambahkan, ruang praktis yang dibentuk dalam pendidikan kejuruan akan sesuai dengan kebutuhan masyarakat jika memadukan kutub filosofis yang ada pada pendidikan kejuruan. Kutub filosofis yang dimaksudkan adalah memadukan filosofi pragmatis, esensialis dan eksitensialis. Hal ini dilakukan agar budaya pragmatis masyarakat dapat direorientasi. Reorientasi ini diarahkan agar peserta didik tanggap terhadap perkembangan inovasi-inovasi program.

Perubahan peradigma yang terjadi di masyarakat dapat dilakukan dengan melakukan vokasionalisasi secara terus menerus. Menurut Usman (1998), ada empat pendekatan yang biasa dilakukan dalam pendidikan dan latihan, yakni :

1. Pendekatan kebutuhan sosial (social demand aproach)

Pendekatan kebutuhan sosial adalah pendekatan kebutuhan yang didasarkan atas keperluan masyarakat. Pendekatan ini lebih memfokuskan pada pemerataan kesempatan untuk mengikuti latihan. 2. Pendekatan ketenagakerjaan (manpower aproach)

Pendekatan ketenagakerjaan adalah pendekatan yang mengutamakan keterkakaitan lulusan sistem pelatihan dengan tuntutan terhadap kebutuhan dunia kerja. Keperluan mempertemukan kebutuhan dunia kerja dengan pelatihan itu semakin mendesak ditandai dengan banyaknya masyarakat pengangguran.

3. Pendekatan untung rugi (cost and benefit aproach)

Pendekatan ini lebih diutamakan pada pada konsep ekonomi yang berinvestasi pada pengembangan Sumber Daya Manusia (SDM). Setiap investasi yang dilakukan harus mendatangkan keuntungan yang dapat dinilai dengan moneter.

(24)

349 4. Pendekatan cost effectiveness

Pendekatan ini menitikberatkan pada pemanfaatan biaya secermat mungkin untuk mendapatkan hasil pelatihan yang seoptimal mungkin baik secara kuantitatif maupun secara kualitatif. Pelatihan ini hanya diadakan jika benar-benar memberikan keuntungan yang relatif pasti bagi penyelenggara dan pesertanya. Kelemahan pendekatan ini adalah pengelolaan dana pelatihan terutama di negara berkembang masih sangat lemah.

Pendekatan yang ada tersebut digunakan untuk mengembangkan pendidikan kejuruan dalam perspektif budaya yang lebih besar. Pendidikan kejuruan dapat didekati secara ekonomi untuk membentuk budaya baru yang tidak berkembang di masyarakat. Oleh karena itu, pendidikan kejuruan juga harus mengalami proses difusi inovasi dan difusi budaya yang selama ini kurang dilakukan. Beberapa langkah yang dapat dilakukan:

a. Memperluas pengetahuan masyarakat.

Hal ini dilakukan agar orang menjadi sadar akan suatu inovasi dan fungsi inovasi baik dari perspektif budaya maupun dalam perspektif pemahaman. b. Melakukan pendekatan persuasif

Hal ini dilakukan untuk membentuk sikap menguntungkan atau tidak menguntungkan terhadap inovasi.Pendekatan persuasif itu dilakukan agar paradigm masyarakat terhadap pendidikan kejuruan dapat berubah

c. Pengambilan keputusan

Orang yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang mengarah pada pilihan untuk mengadopsi atau menolak inovasi sangat dipengaruhi oleh pendekatan persuasif yang dilakukan.

d. Tahapan pelaksanaan

e. Tahapan konfirmasi (Rogers, Everest & Dearing, 1998; Dearing)

Penyampaian difusi budaya dan difusi inovasi dalam pendidikan kejuruan dapat dilakukan oleh beberapa kalangan seperti a) innovator, b) pengadopsi awal, c) mayoritas awal, d) mayoritas akhir, dan e) kaum lamban (Rogers, Everest &

(25)

350

Dearing, 1994). Seluruh elemen ini juga memberikan warna pada pemahaman pendidikan kejuruan yang ada di masayarakat.

Kesimpulan

Konsep difusi budaya dan difusi inovasi pendidikan kejuruan mengacu pada penyebaran ide-ide dari satu masyarakat ke masyarakat lain atau lembaga dalam masyarakat ke bagian lain dari masyarakat. Difusi inovasi antara masyarakat merupakan salah satu proses yang paling penting dalam evolusi budaya. Hal ini dapat dilakukan dalam pendidikan kejuruan untuk merubah paradigm masyarakat yang selama ini menganggap pendidikan kejuruan sebagai pendidikan kasta kedua.

Daftar Pustaka

Adhikary, P.K. (2005). Educational Reform For Linking Skills Development With Employment In Nepal. In M. SINGH (Eds.), Meeting Basic Learning Needs in the Informal Sector Integrating Education and Training for Decent Work, Empowerment and Citizenship (pp. 215-228). Hamburg, Germany: UNESCO Institute for Education.

Dearing. (-). Diffusion of innovation.

Putu Sudira. (2014). Pendidikan kejuruan di era industry berbasis pengetahuan. Tidak ditebitkan.

Rogers, & Everest, M.A. (1994). History of communication: a biographical approach. New York: The Free Press.

Rogers, Everest, M.A., & Dearing, J.W. (1998). Agenda Setting Research. Beverly Hills: Sage Publication.

Referensi

Dokumen terkait

penggunaan internet secara positif. Salah satu kegiatan yang diselenggarakan dalam program ini adalah seminar dan edukasi penggunaan media online secara aman yang

Tegangan Pada Sistem Interkoneksi Jawa Bali 500KV dengan Pemasangan SVC pada Tahun 2024” adalah benar benar hasil karya intelektual mandiri, diselesaikan

Hasil dari penelitian ini menunjukkan bahwa mekanisme jual beli buku lembar kerja siswa (LKS) di MTsN 2 Palangka Raya adalah pihak penerbit melalui guru mata

Dalam penelitian ini telah dilakukan pengembangan beberapa aspek, antara lain; (1) Metode instruksional, dimana diskusi dan tanya jawab dikembangkan melalui penyelenggaraan

Tuliskan secara ringkas tentang prototipe yang dihasilkan dari riset ini dengan fokus menyangkut spesifikasi teknis seperti : bentuk, dimensi, fungsi, dsb. Jumlah

Earning After Tax (EAT) Meskipun metode kontrak selesai yang diterapkan perusahaan berbeda dengan yang ditentukan oleh PSAK N0.34 akan tetapi pada akhir periode

Berdasarkan informasi seperti tersebut di atas dapatlah disumpulkan bahwa permasalahan mencari solusi persamaan normal pada analisis variansi dengan cara memasukkan suatu kendala

Data kualitatif untuk perilaku penduduk dalam membuang air limbah domestik dan memanfaatkan bahan-bahan yang berpotensi menurunkan kualitas air sungai dikumpulkan dengan