• Tidak ada hasil yang ditemukan

GAYA HIDUP PENGGUNA MUSLIM BANK ISLAM DI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "GAYA HIDUP PENGGUNA MUSLIM BANK ISLAM DI"

Copied!
31
0
0

Teks penuh

(1)

GAYA HIDUP PENGGUNA MUSLIM BANK ISLAM DI BANDA ACEH-INDONESIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

AHMAD NIZAM

Jurusan Manajemen Fakultas Ekonomi Universitas Syiah Kuala. Banda Aceh

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang E-mel : anizam@ymail.com

Tel : +601123431946

ABSTRAK

Kertas kerja ini bertumpu kepada perbincangan tentang pengguna Muslim. khususnya gaya hidup pengguna Muslim dalam memilih bank Islam di Banda Aceh. Masyarakat Banda Aceh khususnya adalah majoriti beragama Islam. Dalam kenyataannya pemilihan bertransaksi kewangan pada bank Islam relatif rendah yang terlihat pada kecilnya syer pasaran bank Islam berbanding bank knvensional. Masalahnya apakah hal itu disebabkan karena gaya hidup mereka yang tersendiri? Oleh itu kajian ini dilakukan untuk membentuk suatu model tentang prinsip-prinsip dan kriteria-kriteria gaya hidup pengguna Muslim perbankan Islam dari perspektif Islam. Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan analisis deskriptif. Dapatan kajian adalah kriteria-kriteria gaya hidup pengguna Muslim,iaitu, niat dalam penggunaan, pemilihan produk yang baik, suci dan halal, mashlahah dalam penggunaan, tauladan dalam penggunaan dan bijak dalam penggunaan untuk berhubungan dengan bank Islam untuk selaras dengan konsep syariah.

(2)

PENGENALAN

Dalam Islam. gaya hidup pengguna Muslim harus menampakkan hubungan dirinya dengan Allah SWT. Setiap gaya hidup pengguna Muslim terutamanya dalam membelanjakan harta tidak lain adalah sebagai rasa syukur dan merupakan zikir dirinya kepada Allah SWT. sehingga dalam membelanjakan harta agar hidupnya selamat di dunia mahupun akhirat. pengguna Muslim tidak memilih barang haram. pemurah dan bersederhana.

Gaya hidup penggunaan produk dan membelanjakan harta oleh seorang pengguna Muslim tidak dapat dipisahkan daripada keimanannya kepada Allah SWT sehingga menjadi rujukan penting yang mempengaruhi gelagat. keperibadian. gaya hidup dan selera seorang pengguna Muslim terhadap pemilihan bank Islam. Keimanan mempengaruhi sifat. jumlah dan kualiti produk dan perkhidmatan bank Islam yang dipilih pengguna Muslim untuk memperoleh kebahagiaan dan ridha Allah SWT.

Hal tersebut di atas disokong dengan ajaran Islam tentang tanggungjawab manusia di dunia dan akhirat serta selalu akan mengharap ridha Allah SWT dalam bergelagat. khususnya dalam membelanjakan harta pada jalan Allah SWT. Pendapatan yang diperolehi secara halal akan digunakan untuk menutupi keperluan harian seorang pengguna Muslim. Setiap wang yang dibelanjakan seorang pengguna Muslim akan menjadi pendapatan bagi pengeluar dari hasil pertukaran produk dan perkhidmatan.

Pengguna Muslim akan mendapatkan kebahagiaan dari produk dan perkhidmatan yang dipakai. Pada kemanfaatn yang bersifat kepenggunaan. wang atau harta dimanfaatkan langsung untuk keperluan pokok. Sedangkan kemanfaatn produktif. wang atau harta dapat digunakan untuk zakat. infaq dan sedaqah sesuai yang diatur dalam Al-quran.

(3)

LATAR BELAKANG

Dalam konteks perkembangan sistem bank Islam di Indonesia. Bank Indonesia telah mempersiapkan strategi jangka panjang pengembangan bank Islam. Langkah strategis menyokong perkembangan bank Islam di Indonesia diawali dengan :

 Undang-undang No.7/1992 tentang perbankan yang memberikan peluang untuk membuka bank yang beroperasi dengan prinsip bagi hasil.

 Undang-undang No.10/1998 tentang bank konvensional yang dimungkinkan membuka usaha unit syariah.

 Undang-undang No.23/1999 yang diubah oleh UU No.3/2004 tentang pengendalian moneter dilakukan secara prinsip syariah dan Bank Indonesia dapat memberikan pembiayaan berdasarkan prinsip syariah kepada bank.

 Undang-undang No.21/2008 Bertarikh 16 Juli 2008 tentang bank Islam.

Salah satu strategi pengembangan bank Islam adalah program penjenamaan baru dengan cara melakukan pemetaan baru segmentasi pasaran bank Islam. program pengembangan produk dan program peningkatan perkhidmatan. (Bank Indonesia. 2010). Penerapan strategi tersebut adalah dengan inovasi produk yang semakin beragam. membuat produk-produk baru yang boleh masuk ke setiap segmentasi pasaran sesuai dengan segmentasi pasaran baru pengguna. Hal lain nya adalah membuat pengguna bank dan yang belum menjadi pengguna bank senang datang ke bank Islam. dan bank Islam terbuka untuk semua masyarakat.

Langkah-langkah tersebut diharapkan dapat melahirkan pembezaan yang unik dan khas dengan menawarkan pelbagai produk yang sesuai dengan keperluan dan gaya hidup masyarakat Muslim sebagai pengguna serta melaksanakan sistem operasi yang terbuka. jujur dan adil bagi bank dan pihak pengguna.

(4)

Perkembangan pesat bank Islam juga berlaku di Indonesia. Pelbagai pendekatan dilakukan untuk mendapatkan wang daripada masyarakat. Pendekatan yang dilakukan antara lain melalui peningkatan perkhidmatan perbankan dan kemudahan teknologi tinggi. serta pembangunan sumber manusia agar mampu memberikan yang terbaik kepada pengguna. Bagi tujuan penjelasan dapat dilihat pada Jadual 1.1 berikut :

Jadual 1.1 Jumlah Pejabat Bank Islam dan Bank Konvensional

Sumber : Statistisk Perbankan Indonesia. Disember 2011

2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 Bank Umum

Syariah

Jumlah Bank 3 3 3 5 6 11 12

Jumlah kantor 301 346 398 576 711 1215 1390

Unit Usaha Syariah

Jumlah Bank 19 20 26 27 25 23 24

Jumlah Kantor 133 163 170 214 287 262 312

BPR Syariah

Jumlah Bank - - 114 131 139 150 155

Jumlah Kantor - - 185 202 223 286 364

Bank Umum Konvensional

Jumlah Bank 131 130 130 124 121 122 120

(5)

Daripada Jadual 1.1 di atas dapat dilihat bahawa jumlah bank dan jumlah pejabat bank Islam terus bertambah. Pada tahun 2005 hanya ada 3 bank umum syariah dengan jumlah pejabat bank sebanyak 301. Sampai akhir tahun 2011 telah ada 12 bank umum syariah dengan jumlah pejabat sebanyak 1390. Perkembangan unit usaha syariah dan bank pembiayaan syariah juga terus meningkat. Sampai dengan akhir tahun 2011. telah ada 24 unit usaha syariah dengan jumlah pejabat sebanyak 312. Bank pembiayaan syariah juga terus berkembang. sampai dengan akhir tahun 2011 telah ada 120 bank pembiayaan syariah dengan 364 pejabat.

Perkembangan bank Islam juga dapat dilihat dari peningkatan aset pada setiap tahunnya. Bagi tujuan penjelasan dapat dilihat pada Jadual 1.2 berikut :

Jadual 1.2. Perkembangan Aset Bank Islam dan Perbankan Konvensional (Milyar Rupiah/Billion Rupiah)

Aset 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011

Bank Umum Syariah

17.11 21.151 27.286 34.036 48.014 79.186 116.930

Unit Usaha Syariah

3.769 5.571 9.252 15.519 18.076 18.333 26.557

Bank Umum

Konvensional 1.469.827 1.693.850 1.986.501 2.310.557 2.534.106 3.008.853 3.652.832

Sumber : Statistisk Perbankan Indonesia. Disember 2011

Pada Jadual 1.2 di atas terlihat bahawa aset bank Islam terus meningkat sejak tahun 2005 sampai dengan tahun 2011. Apabila pada tahun 2005 aset bank Islam hanya 17.11 billion IDR maka sampai akhir tahun 20011 ada sebanyak 116.930 billion IDR

(6)

Jadual 1.3. Data Umum Keuangan Perbankan Aceh Aset 33.196.010 33.628.670 31.808.407 35.166.51

4 Syariah 2.377.230 2.784.183 2.791.473 2.861.103 2.973.833 3.573.256 Syer (%)

Konvensiona l

92.8 91.7 91.2 91.9 91.7 90.4

Syariah 7.2 8.3 8.8 8.1 8.3 9.6 Syariah 1.105.089 1.381.511 1.312.235 1.353.381 1.450.370 2.015.504 Syer (%)

Konvensiona l

94.4 93.1 93.2 93.4 93.2 91.0

Syariah 5.6 6.9 6.8 6.6 6.8 9.0

Sumber : Kajian Ekonomi Regional Aceh. Disember 2011

(7)

Apabila dibandingkan syer antara aset dan wang pihak ketiga pada bank Islam dan perbankan konvensional terlihat jurang nyata. Pada akhir tahun 2011 jurang aset dan wang pihak ketiga tersebut adalah : aset (konvensional 90.4% berbanding syariah 9.6%) dan wang pihak ketiga (konvensional 91% berbanding syariah 9%).

Peningkatan aset dan wang pihak ketiga bank Islam di Banda Aceh juga berkaitan dengan semakin meningkatnya jumlah bank dan jumlah pejabat bank bank Islam. Peningkatan jumlah pejabat tersebut adalah usaha agar semakin dekatnya pihak bank dengan pengguna sehingga pengguna lebih memilih produk dan perkhidmatan yang ditawarkan bank Islam. Bagi penjelasan lebih lanjut dapat dilihat pada Jadual 1.4 berikut :

Jadual 1.4 Jumlah Pejabat Bank Umum dan BPR di Aceh

2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011

Bank Umum

48 50 53 57 65 70 73

BPR 18

Sumber : Kajian Ekonomi Regional Aceh. II/2011

Sampai akhir tahun 2011 sebanyak 73 pejabat bank Islam telah diwujudkan di Aceh. Ini mengalami peningkatan apabila dibandingkan dengan tahun 2005 yang baru ada 48 pejabat bank. Bilangan pejabat bank Pembiayaan syariah (BPRS) juga telah mencapai 18 pejabat.

Daripada beberapa maklumat di atas terlihat jurang perkembangan perbankan konvensional dengan bank Islam di Indonesia dan khususnya di Banda Aceh. Hal tersebut mungkin disebabkan banyak perkara. antaranya: Apakah produk dan perkhidmatan bank Islam tidak sesuai dengan keperluan dan gaya hidup pengguna Muslim? ataupun Adakah faktor gaya hidup mereka sebagai pengguna muslim yang masih rendah keyakinan terhadap produk dan perkhidmatan bank Islam?

(8)

Isu perkembangan bank Islam berbanding perbankan konvensional juga boleh dipengaruhi oleh gaya hidup pengguna serta keyakinan kepada pengoperasian bank Islam. Hal ini disokong oleh hasil kajian Alif Amari Rivai et al. (2007) di Sumatera Barat. Hasil kajian itu menyatakan salah satu faktor dalaman yang mempengaruhi pemilihan perbankan konvensional adalah gaya hidup.

Pada perkara yang berlaku di Banda Aceh. hal tersebut ditandakan dengan gaya hidup pengguna Muslim yang lebih yakin menyimpan wangnya pada perbankan konvensional. Perkara ini juga dipengaruhi sikap kerajaan yang lebih mempercayai menempatkan wang pada perbankan konvensional. Secara psikologi perkara kerajaan menyimpan wang lebih banyak di perbankan konvensional mempengaruhi gaya hidup pengguna Muslim karena pihak kerajaan merupakan referensi kepada masyarakat. Bagi penjelasan selanjutnya dapat dilihat pada Jadual 1.5 berikut :

Jadual 1.5. Wang Pihak Ketiga Milik Kerajaan

2010 2011

Disember Mac Jun September Disember

Total Wang Pihak

Ketiga Milik Kerajaan

3.072.396 2.631.036 4.545.896 5.239.047 2.515.668

Konvensiona l

2.980.149 2.525.422 4.463.497 5.147.821 2.425.886

Syariah 92.247 105.614 82.399 91.226 90.802

Syer (%) Konvensiona l

97.0 96.0 98.1 98.2 96.4

Syariah 3.0 4.0 1.9 1.8 3.6

Sumber : Kajian Ekonomi Regional Aceh. Bank Indonesia Banda Aceh. 2011

(9)

konvensional. Sampai dengan akhir tahun 2011 syer wang milik kerajaan dalam bank Islam hanya sebesar 3.6 peratus berbanding 96.4 peratus yang ditempatkan dalam perbankan konvensional. Hal ini menunjukkan fakta pihak kerajaan lebih mempunyai keyakinan menyimpan wang nya kepada perbankan konvensional.

Perkara tersebut akan berhubungan dengan isu yang ketiga. iaitu. berapa kuat pengaruh gaya hidup pengguna Muslim terhadap pemilihan bank Islam dalam urusniaga kewangannya ? Permasalahan yang ketiga di atas tergambar antara lain daripada fakta bahawa syer terbesar wang pihak ketiga adalah pada akaun tabungan dan pembiayaan untuk penggunaan peribadi. Bagi penjelasan selanjutnya dapat dilihat pada Jadual 1.6 berikut :

Jadual 1.6 Wang Pihak Ketiga dan Pembiayaan menurut Penggunaan

2010 2011

Wang Pihak Ketiga

September Disember Mac Jun September Disember

Giro 184.493 310.955 207.366 227.753 256.105 455.576 Tabungan 612.493 748.025 722.924 723.178 763.232 968.082 Deposit 308.103 322.531 381.945 402.450 431.033 591.846 Pembiayaa

n

Penggunaan Peribadi (%)

_ 61.89 66.46 67.42 69.39 70.89

Modal Kerja (%)

38.10 33.53 32.57 30.60 29.10

Sumber : Kajian Ekonomi Regional Aceh. Disember 2011

(10)

Hal ini bererti pengguna Muslim bank Islam sangat kepenggunaan karena berbelanja lebih banyak kepada kesenangan peribadi. Pemilihan utama terhadap produk tabungan dan pembiayaan untuk penggunaan peribadi merupakan perwujudan gaya hidup kepenggunaan. Apabila gaya hidup seperti tersebut menjadi amalan. iaitu. boros. hidup bermewah-mewahan. belanja tidak sesuai dengan keperluan maka hal tersebut bertentangan dengan ajaran Islam. Pandangan Islam dalam kepenggunaan (Muhammad Muflih. 2006) menyatakan bahawa belanja wajib menurut keperluan dan tingkatannya. iaitu. dharuriyat (utama). hajiyat (pelengkap) dan tahsiniyat (penambah kesenangan dan keindahan)

Hal lainnya. gaya hidup kepenggunaan dapat dilihat daripada meningkatnya permintaan pembiayaan kereta dan motosikal dan pembiayaan rumah sehingga menyokong peningkatan pada pembiayaan yang bersifat kepenggunaan (Bank Indonesia Banda Aceh. 2011). Padahal sebagai pengguna Muslim setiap wang atau harta yang dimiliki sebaiknya digunakan kepada yang sesuai syariat iaitu pemilihan produk yang suci. halal. baik. hidup tidak bermewah-mewahan serta berbelanja menurut keperluan. tidak ada pengenaan riba. tidak ada unsur gharar serta maisyir (Afzal-Ur-Rahman. 1991 ; Husein Syahatah. 1998).

Gaya hidup mempunyai hubungan erat dengan tiga konsep hubungan dalam Islam yang dijalankan oleh manusia sebagai hamba di bumi Allah SWT. Tiga konsep tersebut ialah hubungan manusia dengan Allah SWT. hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam sekitar. Ketiga-tiga hubungan tersebut berasaskan tiga prinsip. iaitu. tauhid. syariah. dan akhlak. Oleh kerana itu. tiga hubungan dalam Islam dan tiga prinsip dasar tersebut menjadi tunjang terhadap pembinaan kriteria-kriteria gaya hidup pengguna Muslim.

(11)

1.Niat dalam kepenggunaan

Gaya hidup pengguna Muslim dalam membelanjakan harta dan menggunakan produk dan perkhidmatan selalu berasaskan niat untuk melaksanakan perintah ajaran Islam serta mencapai keredhaan Allah SWT. Firman Allah SWT dalam Al-quran:

"Wahai orangyang beriman. bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa". (QS.Ali-Imran:102)

"Oleh itu bertakwalah kepada Allah sedaya upaya kamu dan dengarlah serta taatlah. Belanjakan harta kamu pada jalan kebaikan". (QS.At-Taghabub:16).

Dalam kaitannya dengan gaya hidup kepenggunaan. niat berfungsi sebagai tujuan dan maksud yang ingin dicapai oleh pengguna tersebut. Tujuan yang harus dicapai dalam melakukan kepenggunaan menurut ekonomi Islam dikenal dengan sebutan falah. yang bermakna kemenangan/kebahagiaan dunia dan akhirat. Falah yang diinginkan seseorang dalam segala aktiviti termasuk kepenggunaan hendaknya memuat mashlahah ( Imam Shatibi. 2011).

Hal ini bermakna maslahah lebih luas dari sekadar utility atau kepuasan dalam terminologi ekonomi konvensional. tetapi juga berhubung kait dengan maqasid syari’ah. yakni: kehidupan atau jiwa (al-nafs). properti atau harta benda (al mal). keyakinan (al-din). intelektual (al-aql). dan keluarga atau keturunan (al-nasl).

Gaya hidup Islam pengguna muslim untuk memilih bank Islam dibandingkan bank konvensional selari dengan maqasid syariah dalam perkara yang berhubung kait dengan menjaga jiwa. harta. agama. intelektual dan keturunan daripada aktiviti perbankan yang tidak selari dengan syariah.

(12)

Hal tersebut menampakan bahwa prinsip gaya hidup yang diinginkan Islam tidak hanya berorientasi pada kehidupan dunia namun juga harus memperhatikan kehidupan di akhirat kelak. meniatkan segala kegiatan kepenggunaannya sebagai ibadah dan amalan yang akan dipertanggung jawabkan di akhirat kelak.

2. Produk Yang Baik. Suci Dan Halal

Allah SWT memerintahkan manusia membangunkan kehidupan mereka dengan benar dan ajarannya sangat menegakkan kebenaran.Pengguna Muslim haruslah mendapatkan rezeki secara baik dan halal. membelanjakan wangnya untuk membeli dan menggunakan produk yang sesuai dengan prinsip tauhid dan mewujudkan mashlahah. sesuai dengan Firman Allah dalam Al-quran:

“Dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang teguh. agar Dia menanyakan kepada orang-orang yang benar tentang kebenaran mereka" (QS. Al-Ahzab: 7-8).

“Di antara orang-orang mu'min itu ada orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah.. Supaya Allah memherikan halasan kepada orang-orang yang benar itu karena kebenarannya. dan menyiksa orang munafik..." (QS. Al-Ahzab: 23-24).

Produk dan perkhidmatan yang digunakan adalah barangan keperluan yang berselarian dengan syariah Islam yaitu baik. suci dan halal (Ahmad Umar Hasyim. 2004 & Afzal-Ur-Rahman. 1991).Didalam Islam Seorang Muslim diperintahkan untuk makan makanan yang halal (sah menurut hukum dan diizinkan) dan tidak mengambil yang haram (tidak sah menurut hukum dan terlarang). Halal disini tidak hanya diertikan bersih secara lahiriah dari unsur-unsur najis tetapi juga diertikan suci dan bersih dari hasil atau proses yang tidak sesuai aturan Islam. Di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman:

(13)

Prinsip halal-haram juga berlaku bagi hal lain selain makanan. misalkan untuk transaksi kewangannya. Pemeluk Islam diharuskan membelanjakan wangnya pada produk dan perkhidmatan yang baik. suci dan halal dan dilarang membelanjakan hartanya pada barang haram seperti minuman keras. narkotika. pelacuran. judi. kemewahan. dan sebagainya.

3. Mashlahah dalam Kepenggunaan

Penggunaan produk oleh pengguna Muslim harus menjaga keseimbangan antara manfaat dunia dan kenikmatan akhirat. tidak boleh mengorbankan kemaslahatan perseorangan dan kelompok masyarakat. serta harus sesuai dengan perintah dan larangan daripada Allah SWT. Menurut Islam. perintah dan larangan daripada Allah SWT adalah amanah yang wajib ditunaikan (Johari Alias. 1999). seperti firman Allah SWT berikut:

"Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu menghianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya dan (janganlah) kamu menghianati amanah-amanah kamu sedang kamu mengetahui (salahnya)" (QS. Al-Anfal: 27)

Dari perspektif seorang pengguna Muslim. ayat di atas dapat diertikan bahawa pengguna Muslim yang memiliki harta sepatutnya menyimpan wangnya pada bank Islam yang dapat dipercaya dan memegang amanh serta dapat menguruskannya untuk memberi manfaat kepada pihak masyarakat Muslim lainnya.

Harta hendaklah digunakan untuk kepentingan seluruh masyarakat dan tidak boleh diberi kepada pihak-pihak yang akan menyalahgunakannya sehingga nantinya akan memberikan kerugian kepada pemiliknya. Hal tersebut ditegaskan Allah SWT dalam beberapa firman Nya di dalam Al-quran. iaitu sebagai berikut:

(14)

Perkara tersebut dapat diertikan bahawa pengguna Muslim akan memilih bank Islam karena selari dengan keimanannya kepada Allah SWT. Dengan niat karena Allah SWT dan melalui perantara pihak bank. wang dapat diproduktifkan kepada pembiayaan-pembiyaan yang dapat membantu pihak Muslim lainnya. Menyimpan wang pada bank Islam juga dapat merupakan ibadah dan amal serta yakin untuk memperoleh kemuliaan dunia dan akhirat.

4. Tauladan dalam penggunaan

Pengguna Muslim sebagai seorang hamba Allah SWT adalah juga seorang pendakwah yang dapat menjadikan diri dan gaya hidupnya sebagai contoh tauladan dan alat untuk mengajak orang lain berbuat kebajikan. Islam sangat menggalakkan kepada berbuat kebajikan dan mencegah kejahatan. seperti firman Allah SWT berikut:

"Dan hendaklah ada diantara kamu satu kumpulan yang mengajak orang kepada perkara baik. menyuruh orang berbuat baik dan melarang orang berbuat jahat.Mereka begitulah orang yang berjaya''.(QS.Ali Imran: 104).

"Patutkah kamu menyuruh manusia melakukan amalan baik. sedangkan kamu lupa diri kamu sendiri.Padahal kamu semua membaca kitab Allah. Tidakkah kamu berakal?”(QS.Al-Baqarah:44).

Gaya hidup pengguna Muslim yang memilih urusniaga kewangannya kepada bank Islam adalah merupakan kegiatan dakwah yang mengajak kepada berbuat kebajikan yang tidak hanya untuk mendapat keuntungan dunia tetapi juga akan kehidupan hari akhirat yang lebih baik.

(15)

“Dan Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan Perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka.Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.”(Q.S. Al-isra: 53)

“Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima).Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun”. (Q.S. Al-baqarah: 263)

“Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab. melainkan dengan cara yang paling baik. kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka. dan Katakanlah: "Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada Kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan Kami dan Tuhanmu adalah satu; dan Kami hanya kepada-Nya berserah diri". (Q.S. Al-Ankabut: 46)

Ayat tersebut berisi anjuran untuk berkata-kata yang baik agar tidak menimbulkan perselisihan diantara sesama. Perkataan yang baik juga dapat melemahkan hati yang keras menjadi lembut sehingga akan membawa setiap orang pada kebaikan. Gaya hidup pengguna muslim dengan akhlak yang baik dan ajakan yang lemah lembut dan mesra untuk mempengaruhi keluarga dan masyarakat persekitaran memilih menggunakan produk dan perkhidmatan bank Islam adalah merupakan contoh tauladan dan merupakan tindakan dakwah menyebarkan kebaikan ajaran Islam kepada orang lain.

5. Bijak dalam kepenggunaan

(16)

Gaya hidup bermewah-mewahan tersebut adalah gelagat yang tidak selari dengan nilai-nilai Islam dan membawa kepada kerosakan di muka bumi.. Pengguna Muslim sebaiknya memanfaatkan wangnya selari dengan keperluannya. ertinya tidak digunakan untuk kegiatan yang tidak selari ajaran agama Islam. Hal tersebut selari dengan firman Allah SWT:

“Hai anak Adam. pakailah pakaianmu yang indah di Setiap (memasuki) mesjid. Makan dan minumlah. dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan”.(QS. Al-a’raaf:31)

Al-Qur’an menyatakan lagi :

“ Hai orang-orang yang beriman. janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu. dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas”.(QS.Al-maidah: 87 )

Di dalam suatu hadits Rasulullah Saw bersabda:

Dari miqdam bin ma’dikariba sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:“Tidaklah seorang anak Adam mengisi sesuatu yang lebih buruk dari perutnya sendiri. cukuplah bagi anak adam beberapa suap yang dapat menegakkan tulang punggungnya. jikapun ingin berbuat lebih. maka sepertiga untuk makanan dan sepertiga untuk minum dan sepertiga lagi untuk nafasnya. (HR. Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

(17)

“Hai anak Adam. pakailah pakaianmu yang indah di Setiap (memasuki) mesjid. Makan dan minumlah. dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan”.(Q.S. Al-A’raaf: 31)

Gaya hidup bermewah-mewahan juga boleh membawa kepada kerosakan. kehancuran dalam masyarakat. Orang berlumba-lumba mencari kekayaan sehingga lupa kepada Allah SWT dan hanya cinta kehidupan duniawi. Hal ini sangat dimurkai oleh Allah SWT. seperti firman Nya:

“Dan jika kami hendak membinasakan suatu negeri. maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu supaya menta'ati Allah SWT tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu. maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya ketentuan Kami. kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya" (Q.S.Al-Israa': 16).

Gaya hidup pengguna Muslim tidak hanya dilarang bermewah-mewahan tetapi juga harus menjaga keseimbangan. Dalam Islam dianjurkan pengguna tidak boros dan kedekut. Kelebihan wang dapat disimpan atau ditabung untuk masa depan. Islam menerapkan aturan-aturan dalam menyimpan dan menabung wang. iaitu: menyimpan kelebihan setelah keperluan primer terpenuhi. menyimpan kelebihan untuk menghadapi kesulitan. tidak menimbun harta dan pengembangan harta dilakukan dengan baik dan halal. (Husein Syahatah. 1998). Pola kepenggunaan tidak boleh boros dan bermewahan. bukan bererti juga bakhil dan kedekut. seperti firman Allah SWT:

“Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta). mereka tidak berlebihan. dan tidak (pula) kikir. dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.” (Al-Furqan: 67)

Islam juga melarang pemilihan dan penggunaan produk dan perkhidmatan yang membahayakan dan mempunyai kesan negatif kepada pengguna. Hal ini agar tidak berakibat negatif terhadap kehidupan sosial dan ekonomi pengguna serta menghindarkan pengguna daripada kemudharatan ketika menggunakannya. Islam sangat tegas mengatur hal tersebut. seperti Firman Allah SWT:

(18)

Maka jauhilahperbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”. (Q.S.Al-Maidah: 90).

Pembaziran dan gaya hidup yang bersifat kepenggunaan dapat menimbulkan kelangkaan barang-barang. menimbulkan ketidakseimbangan akibat kenaikan harga. sehingga diharapkan gaya hidup pengguna Muslim sepatutnya dapat menyesuaikan diri dengan keperluannya.

(19)

Rajah 1 di atas menjelaskan bahawa gaya hidup seorang pengguna muslim merupakan perwujudan dari tiga hubungan manusia yaitu hubungan manusia dengan Allah SWT sebagai sang Khalik. kemudian hubungan manusia dengan sesame manusia. serta hubungan manusia dengan alam sekitar.

Gaya hidup pengguna muslim juga didasarkan pada tiga prinsip utama yaitu prinsip Akidah. prinsip Syari’ah dan prinsip Akhlak. Prinsip Akidah menekankan bahwa segala sesuatu yang ada di alam semesta ini baik yang hidup maupun mati merupakan ciptaan Allah SWT yang maha Esa lagi maha Kuasa.

Oleh itu segala bentuk aktivitas termasuk konsumsi harus mengarah kepada manifestasi keimanan kepada Allah.Kemudian prinsip syari’ah menekankan kepada pelaksanaan segala aktivitas itu hendaknya merupakan bentuk ibadah kepada Allah.Agar hal ini tercapai maka segala aktivitas tersebut haruslah dilandasi dengan niat dan sesuai dengan segala aturan yang telah ditetapkan dalam Islam. Sedangkan prinsip akhlak dalam pembentukan gaya hidup pengguna muslim mensyaratkan aktivitas-aktivitas penggunaan barang dan jasa dilandasi nilai-nilai akhlak yang mulia.

Dari ketiga prinsip tersebut terbentuklah beberapa kriteria-kriteria penggguna muslim yang harus dipenuhi seperti niat dalam kepenggunaan; pemilihan produk yang baik. suci. dan halal; mashlahah dalam kepenggunaan; tauladan dan kepenggunaan dan bijak dalam kepenggunaan. Kelima kriteria tersebut mesti dipenuhi agar aktiviti kepenggunaan yang dilakukan mengarah pada pencapaian falah, lihat jadual dbawah ini :

Jadual 2.

Hubungan Prinsip, Kiteria dan Item Gaya hidup pengguna Muslim bank Islam

Prinsip-Prinsip

Kriteria-kriteria Item-item

Aqidah Niat dalam kepenggunaan Memilih produk bank Islam sesuai tuntutan syariah.

Memilih produk tabungan karena mengharap redha Allah SWT.

(20)

SWT. bersama baik untuk pengguna dan bank.

(21)

Bank Islam baik dalam program 53; QS. Al-Baqarah: 263 dan QS. Al-Ankabut: 46)

Keluarga mempengaruhi dalam memilih bank Islam.

Teman mempengaruhi dalam memilih bank Islam.

Tetap memilih bank Islam walau kadar keuntungan lebih kecil daripada bank konvensional. Setiap urusan dengan bank Islam berorientasi ibadah.

(22)

Kesimpulan

(23)

BIBLIOGRAFI

A Sajeevan Rao & R K Sharma (2010). Bank Selection Criteria Employed by MBA Students in Delhi: An Empirical Analysis. Journal of Business StudiesQuaterly. 1 (2).56-69.

Ab.Aziz Yusof & Ahmad Bashir Aziz (2008). Pengurusan Perniagaan Islam; Konsep.Isu dan Pelaksanaan.Penerbit UUM.

Abdullah Yasin (2000). Islam dan Bisnes. Malaysia. Johor Corporation.

Adiwarman A. Karim & Adi Zakaria Affif (2005). Islamic Banking Consumer Behaviour in Indonesia: A Qualitatif Approach.

Afzal-Ur-Rahman (1991). Doktrin Ekonomi Islam. Jilid II. Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Azrin Adnan & Wan Mohd Yusof Wan Chik (2008).Penentu Pemilihan Bank Menurut Perspektif Islam: Satu Sorotan Awal. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan.

Ahmad Azrin Bin Adnan (2010). Penentu Pemilihan Institusi Perbankan IslamDalam kalangan Muslim di Terengganu. Tesis Sarjana Social Science. USM.

Ahmad Umar Hasyim (2004). Menjadi Muslim Kaffah. Yogyakarta. Penerbit Mitra Pustaka.

Al-Qur’an dan Terjemahannya (2006). Departemen Agama RI. PT.Syaamil Cipta Media.

Anderson. L. W.(1994). Attitude Measure. The International Encyclopedia of Education (2nd Ed).

Arthur Meidan(1984). Bank Marketing Management. Macmillan Publisher LTD. London.

Asyraf Wajdi Dusuki & Nurdianawati Irwani abdulah (2007). Why do Malaysian Customers Patronise Islamic Banks. InternationalJournalof Bank Marketing. 25(3). 142-160.

(24)

Blackwell. Miniard & Engel (2006).Consumer Behavior.Canada: Thomson Southwestern. Borg. W. R & Gall. M. D (1979). Educational Research; An Introduction (3rd Ed). New York.

Logman.

Bronis Verhage (2001).Marketing Fundamentals.Netherlands.Wolters-Noordhoff.

Campbell. D. & Fiske. D (1959). Covergent and Discriminant Validation. New York. New York Publisher.

Chris Bauman. Suzan Burton & Gregory Elliott (2007). Predicting Consumer Behavior in Retail Banking. Journal of Business and Management.2(1).

Cohen. J.. Cohen. P.. West. S. G.. & Aiken. L.S. (2003). Applied multiple regression/correlation analysis for the behavior science (3ra edition). Mahwah. NJ: Lawrence Erlbaum.

Cooper. D. R.. & Schindler. P. S. (2006). Business research methods. 9th ed. NewYork:

McGraw-Hill.

Cronbach Albert. (2004). Research Method. Mc. Graw Hill Book Company. Singapore.

Delta Khoirunissa (2003). Consumers' Preference Toward Islamic Banking (Case Study In Bank Muamalat Indonesia and Bank BNI Syariah). IQTISAD Journal of Islamic Economics. 4(2). 145-168.

Fatchur Rahman. (1974). Ikhtisar Mashthalahu’l Hadits. Bandung: Almaa’rif.

Fraenkel. J. R & Walen. N. E (1996). How to-Design and Evaluate Research. New York. McGraw-Hill.

Guilford. JP & Frutcher. B (1978). Fundamental of Statistic in Educational Psychology. McGraw Hill. New York.

(25)

Harif Amali Rivai et al (2000). Identifikasi Faktor Penentu Keputusan Konsumen Dalam Memilih Jasa Perbankan: Bank Islam VS Bank Konvensional. Kerja Sama dengan Bank Indonesia.

Hasan Al-Banna. (1983). Akidah Islam. Bandung: Al-Ma’rif.

Hayat M.Awam & Khuram Shahzad Bukhari (2011). Customer's Criteria forSelecting and Islamic Bank: Evidence from Pakistan. Journal of Islamic Marketing.2(1). 14-27.

Howard. W & Henry. I.B (1988). Test Validity. New Jersey. Lawrence Erlbaum Associates Publishers.

Ibnu Katsir. (2000). Tafsir Ibnu Katsir. Terj. Bahrun Abu Bakar L.C. Bandung: Sinar Baru Agensindo.

Ibnu Manzhur. Muhammad Ibn Mukaram. (1992). Lisan Al-Arab Juz Ii

Ibnu Maskawaih. (1994). Menuju Kesempurnaan Akhlak Terj. Helmi Hidayat. Bandung: Mizan.

Ibnu Taymiyah. (1983). Akidah Islam Menurut Ibnu Taymiyah. Bandung: Al-Ma’rif.

Imamudi Yuliadi. (2007). Ekonomi Islam: Filosofi. teori dan implementasi. Yogyakarta: LPPI Universitas Muhammadiyah.

Imam Ghazali. (2003). Ihya’ Ulumiddin. Terj: Ismail Yakub. Singapura: Pustaka Nasional.

Jazim Hamidi et al (2000). Persepsi dan Sikap Masyarakat Santri Jawa Timur Terhadap Bank Islam. Kerja Sama dengan Bank Indonesia.

Kajian Regional Bank Indonesia Banda Aceh. 2011.

(26)

Kateryna Dmytrakova (2010). Travel Lifestyle and Behaviour Of New Canadians. Waterloo. Ontario. Canada.

Kau Ah Keng et al (2003). Segmentation of Library Visitors in Singapore: Learning andReading Related lifestyle. Library Management.2A(1).20-32.

Khaliq Ahmad (2008). Management From Islamic Perspektif: Principles and Practices. HUM Press.

Long-Yi Lin & Hsing-Yu Shih (2011). The Impact of Lifestyle and Money Attitude on Purchase Decisions: The Moderating Effect of Marketing Stimulation. Crown Journal of Business Management. 1(1).8-19.

Long-Yi Lin & Hsing-Yu Shih (2012). The Relationship of University Student's Lifestyle. Money Attitude. Personal Value and Their Purchase Decision. tternational Research in Management.4(2).

Mahestu N Krisjanti & Fang Liu (n.d). How Does Lifestyle Shape Shopping Behavior: A Study on Indonesian Chinese Consumers. Atma Java Yogyakarta University/University of Western Australia.

Manna’ Al-Qaththan.(2005). Pengantar Studi Ilmu Al-Qur’an. Terj: Mifdhol Abdurrahman. Jakarta: Pustaka Al-Kautsar.

Maran Marimuthu et al (2010). Islamic Banking: Selection Criteria and Implication. Global Journal of Human Social Science. 10(4). 52-61.

Mardani. (2013).Fiqh Ekonomi Syari’ah: Fiqh Mu’amalah. Jakarta: Kencana.

Marieke de Mooij (2010).Global Marketing and Advertising: Understanding Cultural ParaJox£.s'.Amerika.Sage Publicationjnc.

Michael R. Solomon et al (2007).Consumer behavior;Buying. Having. Being. Australia.Pearson Education.

(27)

Muhaimin Dkk. (2005). Kawasan Dan Wawasan Studi Islam.Jakarta: Kencana.

Muhammad (2007).Minat Berhubungan dengan Bank Islam dan Wilayah Potensial Pengembangan Bank Islam di Daerah Istimewa Yogyakarta. Sinergi. 9(2). 143-156.

Muhammad ‘Ajjaj Al-Khatib. (1989). Ushul Al-Hadits ‘Ulumuhu Wa Musthalaluhuhu. Kairo. Dar Al-Fikr.

Muhammad Muflih (2006). Perilaku Konsumen Dalam Pespektif Ekonomi Islam. Jakarta: PT.Raja Grafindo Persada.

Muhammad Sulaiman & Aizuddinur zakaria (2010). Jejak Bisnis Rasul. Jakarta: Penerbit Hikmah.

M.Quraish Shihab. (2007) Tafsir Al-Mishbaah Pesan. Kesan. Dan Keserasian Al-Qur’an Jilid I. Jakarta: Lentera Hati

---. (2007) Wawasan Al-Qur’an. Bandung: Mizan Pustaka.

Muijs. D (2004). Doing Quantitave Research in Education with SPSS. London. Sage Publication.

Munzier Suparta. (2010). Ilmu Hadits. Jakarta: Rajawali Pers.

Neuman. W.L (2006). Social Research Mehods: Qualitative and Quantitave Aprroaches (6th ed). Boston. Allyn and Bacom.

Philip Kotler et al (2007). Marketing. Australia. Pearson Education.

Piaw. Chua Yuan (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Mc Graw-Hill. Malaysia.

Pusat Pengkajian dan pengembangan Ekonomi Islam (2011). Ekonomi Islam. Jakarta: Rajawali Pers.

(28)

Rahmatina A. Kasri & Salina Kasim (2009). Empirical Determinants of Saving inThe Islamic Bank: Evidence from Indonesia. J.KAU: Islamic Economi. 22(2). 13.

Rhenald Kasali (1998). Membidik Pasar Indonesia. PT. Gramedia Pustaka Utama.

Rifki Ismail (2011). Depositors' Withdrawal Behavior in Islamic Banking: Case of Indonesia. Humanomics. 27(1). 61-76.

Rini Rinawati (2007). Lifestyle Muslimah. Mediator.8(1).

Roger Blackwell et al (2007). Consumer Behavior: An Asia Pacific Approach. Canada: Thomson South-Western.

Rohana Yusof (2003). Kaedah Penyelidikan Sosial. Kuala Lumpur. Percetakan Cergas.

Roid. G. H & Haladyna. T. M (1982). A Technology for Test-Item Writing. New York. Academic.

Rusjdi Ali Muhammad (2003).Revitalisasi Syari'at Islam di Aceh; Problem. Solusi dan Implementasi. Menuju Hukum Islam di Nanggroe Aceh Darussalam. Indonesia: Ar-Raniry Press.

SabnhaUarican (2006). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Malaysia: Pearson Prentice Hall.

Safiek Mokhlis (2009). Determinants of Choice Criteria in Malaysia's Retail Banking: An Analysis of Gender-Based Choice Decisions. European Journal of Economics. Finance and Administrative Sciences.16.

Safiek Mokhlis. Hayatul Safrah Saleh & Nik Hazimahh Nik Mat (2008). Commercial Bank Selection: The Case of Undergraduate Students in Malaysia. International Review of Business Research Papers.4(5).258-270.

Safiek Mokhlis. Hayatul Safrah Saleh & Nik Hazimahh Nik Mat (2009). Commercial Bank Selection: Comparison between Single and Multiple Bank Users in Malaysia. International Journal of Economics and Finance.! (12).

(29)

Saira Khan & Mohd Nasr (2011). Impact of Lifestyle Pakistani Women on Their Buying Behavior. International Review of Business Research Paper s.l(2).292-309.

Sekaran. U (2003). Research Methods for Business: A Skill Building Approach (4th ed). New York. John Wiley & Sonc Inc.

Siradjuddin Abbas. (1991). I’itiqad Ahlussunnah Wal-Jama’ah. Jakarta: Pustaka Tarbiyah.

Sudin Haron et al (1994). Bank Patronage Factors of Muslim and Non Muslim stomers. International journal of Bank Marketing. 2(l).32-40.

Sun-Hee Lee & Beverley Spark (2007). Cultural Influences on Travel Lifestyle: A Comparison of Korean Autralians and Korean in Korea. Tourism Management.28.505-518.

Susan H. C. Tai & Jackie L. M. Tam (1997). A Lifestyle Analysis of Female rs in Greaters China. Psychologi & Marketing. 14(3).287-301.

Syed Mohd. Ghazali Wafa Syed Adwam wafa. Muhammad Nasri Md Husein.Mohd Hizam Hanafiah (2005). Perngantar Perniagaan Zs7a/?2.Prentice Hall Sdn.Bhd.

Tanja Kesic & Suncana Piri-Rajh (2003). Market Segmentation on The Basis of Food-Related Lifestyles of Croatian Families. British Food Journal. 105(3). 162-174.

Tuckman. B.W (1999). A Tripartite Model of Motivation For Achievement:Attitude-Drive-Stretegy. Paper Presented at Annual Meeting of The American Psychological Association. Boston.

Vathsala Wickramasinghe & Anurudh Gurugamage. Effects of Social Demografic Attributes. Knowledge about Credit Card and Perceived Lifestyle Outcomes on Credit Card Usage. International Journal of Consumers Studies.36.809-89.

Wan Marhaini Wan Ahmad et al (2008). Religiosity and Banking Selection Criteria Among Malays in Lembah Klang. Jurnal Syariah.16(2).219-304.

Wirdyaningsih et al (2005).Bank dan Asuransi Islam di Indonesia.BVFH-UI. Indonesia.

(30)

Yanqun He et al (2010). Exploiting the Goldmine: A Lifestyle Analysis of Affluent Chinese Consumers. Journal of Consumer Marketing. 27(7).615-628.

(31)

Referensi

Dokumen terkait

Dengan metode ini laba atau rugi bersih disesuaikan dengan mengoreksi pengaruh dari transaksi bukan kas, penangguhan atau akrual dari penerimaan atau

Petugas-petugas kesehatan yang bekerja di lingkungan yang bersifat lintas budaya, lebih cepat menemukan masalah daripada mereka yang bekerja

Berdasarkan hasil analisis faktor, terdapat dua komponen baru yang membentuk faktor disiplin kerja pada KUD Minatani, komponen satu yang diberi nama Standart

PENGARUH NILAI-NILAI RELIGIUS PEGAWAI DALAM MENDUKUNG PENINGKATAN KINERJA PEGAWAI (STUDI PADA STAFF INSTANSI BADAN KEPEGAWAIAN DAERAH..

[r]

PENGGUNAAN MODEL PEMBELAJARAN KOOPERATIF ROUND TABLE DALAM MENINGKATKAN KEMAMPUAN BERBICARA BAHASA JEPANG.. Universitas Pendidikan Indonesia | repository.upi.edu |

Raditya Designer Art Merupakan Jasa Lukis Dinding Terbaik Di Indonesia Dengan Desain – Desainnya Yang Unik, Berbeda, Simple, Dan Menarik Yang Akan Menarik Pelanggan Agar Datang

16 Firginia Mega Sari SMP Negeri 2 44. 17 Amilia Krisda Maulida SMP Saljul