• Tidak ada hasil yang ditemukan

Islam di Sabah Muallaf dan Dakwah terhad

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Islam di Sabah Muallaf dan Dakwah terhad"

Copied!
29
0
0

Teks penuh

(1)

BAB DUA:

ISLAM DI SABAH, MUALLAF DAN DAKWAH TERHADAP MUALLAF

2.0 PENDAHULUAN

Islam merupakan agama yang kedua terbesar di dunia selepas agama Kristian. Jika kita melihat ke alam melayu, Islam sinonim dengan orang melayu seperti mana di Semenanjung Malaysia. Namun begitu berbeza di negeri yang mendapat jolokan “Di Bawah Bayu”, istilah “Melayu Islam” tidak boleh diguna pakai kerana kepelbagaian bangsa dan etnik di negeri tersebut. Islam merupakan agama terbesar di Sabah di samping agama Kristian, Buddha, Konfusius dan Tao.

Namun, beberapa tahun kebelakangan ini dilihat makin banyak organisasi bukan kerajaan (NGO) Islam yang melibatkan diri dalam gerakan dakwah di Sabah. Salah satu daripada NGO tersebut adalah Hidayah Centre, yang merupakan subjek kajian bagi penulis yang mana NGO ini memegang amanah untuk membimbing golongan mualaf, iaitu orang yang baru memeluk agama Islam disamping kerja-kerja kebajikan yang lain.

(2)

terlibat secara khusus dengan golongan mualaf di Sabah. Penulis juga akan cuba untuk menerangkan secara umum tentang golongan mualaf di Sabah.

2.1 ISLAM DI NEGERI SABAH

Seperti mana yang telah dijelaskan di pendahuluan bab dua ini, penulis telah menyatakan bahawa secara amnya, Islam merupakan agama terbesar di negeri tersebut. Menurut bancian Negeri Sabah pada tahun 1991, jumlah penduduk yang beragama Islam di Sabah mencecah lebih sejuta orang, melibatkan warga bumiputera Sabah mengikut kumpulan etnik, bangsa dan juga kerakyatan.1

Namun begitu, Islam bukanlah agama yang pertama bertapak di Sabah sejak zaman dahulu. Sebahagian penduduk asal Sabah merupakan penduduk yang tidak mempunyai agama, manakala sebahagian yang lain menganut fahaman Atheis. Kemasukan Islam ke Sabah memerlukan satu penelitian sejarah untuk mengenal pasti susur galur masuknya Islam ke Kepulauan Borneo, yang melibatkan dua negeri terbesar di Malaysia iaitu Sabah dan juga Sarawak, Negara Brunei Darussalam, dan juga Kalimantan yang merupakan sebahagian daripada Indonesia.

(3)

Permulaan Islam di Sabah bukanlah bermula daripada dalam negeri itu sendiri, tetapi ianya merupakan peranan yang dimainkan oleh pemerintah Borneo pada satu ketika dahulu iaitu Negara Brunei Darussalam. Menurut Alijah Gordon, penulis buku “The Propagation Of Islam in the Indonesian-Malay Archipelago” menyatakan bahawa Islam telah masuk ke Kepulauan Borneo melalui pengislaman raja Brunei pada abad ke-15. Raja Brunei pada ketika itu berketurunan China, juga didakwa mempunyai pertalian darah dengan Laksamana Cheng Ho, yang merupakan seorang pahlawan China yang hebat dan telah dilakarkan dalam sejarah Melaka.2

Seperti yang tertulis dalam sejarah, Melaka pada satu ketika dahulu merupakan pusat perdagangan di Asia Tenggara yang menghubungkan pedagang-pedagang dari seluruh dunia. Brunei, yang terletak di Kepulauan Borneo menjadi pusat perdagangan di antara Melaka dan juga Filipina. Pedagang-pedagang yang datang dari negara Arab merupakan penyumbang utama dalam pengislaman raja di Brunei pada akhir abad ke-15. Kawasan Kepulauan Borneo pada asalnya adalah pagan, iaitu tidak mempunyai agama dan Islam dinyatakan telah masuk ke Kepulauan Borneo pada bahagian kedua abad ke-16 ataupun lebih awal.3 Penyebaran Islam ke

Sabah bermula daripada perkahwinan antara kerabat Diraja Brunei dengan suku kaum Bajau di Sabah pada abad ke-16. Perkahwinan tersebut dilaksanakan mengikut syariat Islam.4

(4)

memiliki sebahagian daripada tanah Sabah satu ketika dahulu. Pengukuhan Islam di Borneo berlaku setelah jatuhnya Kesultanan Melaka pada tahun 1511, setelah diserang oleh pihak penjajah. Kesan daripada itu, Brunei telah menjadi salah satu pelabuhan tumpuan oleh pedangang dunia dan Islam.5

2.1.2 BUMIPUTRA DAN AGAMA YANG DIANUTI

Sabah yang mendapat jolokan Negeri Di Bawah Bayu ini terkenal dengan keunikannya tersendiri sama ada dari segi flora dan faunanya mahupun kepelbagaian etnik dan bangsa. Pada asalnya, menurut catatan sejarah, penduduk asal Kepulauan Borneo iaitu Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan adalah masyarakat yang pagan, yang bermaksud tidak mempunyai agama. Namun, setelah kemasukan Islam pada abad ke-15, maka masyarakat mula menerima Islam sebagai agama hasil daripada kerja dakwah yang dilaksanakan oleh Kesultanan Brunei.

Bumiputra Sabah terdiri daripada pelbagai kaum dengan latar belakang dan kebudayaan masing-masing. Penduduk asli atau lebih dikenali sebagai bumiputera, terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan dengan menggunkan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek. Antara kumpulan penduduk bumiputra Sabah ialah Bajau, Kadazandusun, Murut, Iranun, Suluk, Bisaya, Ida’an dan banyak lagi.6 Majoriti masyarakat Kadazandusun yang merupakan

(5)

Manakala masyarakat Bajau, Iranun, Suluk, Bisaya dan beberapa kumpulan yang lain adalah penganut agama Islam.

2.1.3 KESEDARAN DAKWAH DI SABAH

Dakwah merupakan satu tanggungjawab seorang muslim untuk menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Tanggungjawab untuk berdakwah ini telah termaktub di dalam Al-Quran melalui firman Allah Ta’ala dalam Ali ‘Imran:

















































110. Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang

dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat

Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah

(buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan

sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman

(sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi

mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan

(6)

Ali ‘Imran

(3):110

Berdasarkan ayat di atas, telah jelas bahawa Allah s.w.t memerintahkan

umat Islam supaya melaksanakan kerja dakwah dengan sebaik yang

mungkin.

Melihat kepada situasi di Sabah, pada awal zaman selepas kemerdekaan

Sabah yang turut sama dalam membentuk Malaysia pada tahun 1963, Islam

pada ketika itu masih lemah dan tidak berkembang. Hasil daripada cetusan

idea Ketua Menteri Sabah yang pertama iaitu Tun Dato Mustapha Harun

yang mencadangkan gerakan dakwah diteruskan dengan menggunakan

pelbagai saluran, maka tertubuhnya United Sabah Islamic Association

ataupun lebih dikenali sebagai USIA yang berusaha untuk menyebarkan

Islam pada masyarakat umum. USIA tertubuh pada 14 Ogos 1969. Kemudian

pada tahun 1970, sekolah-sekolah aliran Islam ditubuhkan dengan jumlah 68

buah sekolah pada keseluruhannya. Pada tahun 1971 pula, Majlis Ugama

Islam Sabah ataupun MUIS ditubuhkan untuk memberi tumpuan kepada

pembangunan sekolah-sekolah Islam di Sabah. Ini adalah di antara gerakan

dakwah Islam pada zaman pasca-kemerdekaan yang diketuai oleh Tun Datu

(7)

Hasil daripada inisiatif tersebut, maka gerakan dakwah di Sabah mulai berkembang dengan adanya kemudahan serta bantuan daripada organisasi Islam seperti USIA dan MUIS. Di samping itu, seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia yang menyatakan bahawa Islam sebagai agama rasmi negara, menjadikan kerja-kerja dakwah di Sabah tidak terbatas dan tidak timbulnya persaingan dengan mubaligh Kristian yang juga cuba untuk menjalankan dakyah mereka secara tersembunyi.

Gerakan dakwah di Sabah diteruskan sehingga kini, dengan tertubuhnya pelbagai organisasi bukan kerajaan yang melibatkan diri secara khusus dalam gerak kerja dakwah di Sabah. Organisasi-organisasi yang terlibat itu diantaranya ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan beberapa lagi organisasi yang lain. Diperingkat negeri pula, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah memainkan peranan sebagai badan berkanun yang menggalas tugas-tugas yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam di Sabah.

(8)

2.2 GOLONGAN MUALLAF

Umumnya, masyarakat kita di Malaysia ini sudah terbiasa dengan panggilan Muallaf apabila bertemu dengan orang yang baru memeluk Islam. Apakah yang dimaksudkan dengan Muallaf? Memang diketahui Muallaf itu adalah orang yang baru memeluk Islam. Namun, adakah itu takrifan sebenar bagi panggilan tersebut? Bagaimana jika mereka sudah lama memeluk Islam? Adakah mereka juga masih dipanggil Muallaf? Apakah hak-hak mereka sebagai seorang Muallaf?

2.2.1 SIAPAKAH ITU MUALLAF?

Terdapat pelbagai tafsiran mengenai muallaf sama ada tafsiran secara terus mahupun subjektif. Muallaf secara umumnya diketahui oleh masyarakat sebagai orang yang baru memeluk Islam. Panggilan lain bagi muallaf adalah “Saudara Baru”. Muallaf menurut Kamus Dewan didefinisikan sebagai seorang yang baru memeluk agama Islam yang dahulunya merupakan orang kafir.9 Manakala menurut ensiklopedia Islam, muallaf didefinisikan sebagai orang yang

(9)

Muallaf diklasifikasikan sebagai orang yang telah dilembutkan hati untuk memeluk Islam. Ia merupakan perkataan bahasa arab yang membawa erti orang yang dijinakkan hati mereka untuk memeluk Islam yang diambil daripada perkataan akhun manakala di dalam bahasa inggeris disebut sebagai brother.11 Muallaf juga datang bersama-sama dengan perkataan “Muallafat

Quluubuhum” yakni keempat daripada lapan kategori yang layak menerima zakat seperti yang

diperkatakan dalam surah At-Taubah:















































60. Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil Yang mengurusnya, dan orang-orang-orang-orang muallaf Yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba Yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang Yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) Dalam perjalanan. (Ketetapan hukum Yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.12

At-Taubah (09):60

(10)

Mereka ini memeluk Islam melalui lafaz syahadah yang mana mereka mengakui bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Hal ini diperkuatkan lagi dalam firman Allah Ta’ala dalam surah Yunus:































10. Doa ucapan mereka di Dalam syurga itu ialah Maha suci Engkau dari Segala kekurangan Wahai Tuhan! dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera! dan akhir doa mereka ialah Segala puji dipersembahkan kepada Allah Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam!14

Yunus (10):10

(11)

golongan hamba.15 Mereka ini diraikan, diberikan bantuan dan perhatian seperti orang yang telah

lama memeluk Islam.

2.2.2 MUALLAF DAN MUKALLAF

Muallaf dan Mukallaf merupakan dua panggilan yang berbeza untuk dua golongan yang berbeza. Muallaf seperti yang telah dijelaskan tadi iaitu orang yang dilembutkan hatinya untuk memeluk Islam, manakala mukallaf dideifinisikan sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan dengan kewajipan dan perintah untuk menjalankan hukum tuntutan agama Islam serta menjauhi larangan-Nya atas dasar orang tersebut telah mencapai umur dewasa dan mempunyai akal ataupun telah akil baligh serta telah sampai seruan agama yakni syariat Islam kepadanya.16

Timbul pertanyaan sekiranya seseorang yang telah memeluk Islam untuk beberapa tahun, adakah mereka masih dipanggil muallaf atau mukallaf? Brother Lim Joi Soon (Brother merujuk kepada muallaf lelaki) telah menjelaskan bahawa mereka yang telah lama memeluk Islam tidak lagi dipanggil dengan panggilan muallaf tetapi mereka dikategorikan sebagai mukallaf kerana syarat untuk seseorang itu menjadi mukallaf adalah telah sampai syariat Islam kepadanya dan mereka telah memahami serta mengamalkan syariat Islam dengan baik.17

(12)

Golongan muallaf dalam Islam amat diraikan dan diberikan perhatian seperti mana yang telah dilakukakn oleh Rasululullah s.a.w kepada ahli keluarga dan sahabat yang terdekat semasa di awal tahun dakwah baginda bermula. Apabila telah memeluk Islam, seorang muallaf mempunyai hak untuk diberikan perhatian, diraikan dan diberikan bantuan. Perhatian kepada golongan muallaf ini adalah dari segi pendidikan asas mengenai Islam iaitu perkara-perkara tentang fardhu ain dan fardhu kifayah, perkara asas yang lain mengenai Islam seperti mana baginda Nabi s.a.w lakukan iaitu memberi bimbingan tentang Islam kepada golongan terawal yang memeluk Islam pada ketika itu di dar al-Arqam bin Abi al-Arqam, pusat untuk baginda Nabi s.a.w menyampaikan Islam serta memberi ruang untuk para sahabat berbincang mengenai Islam dan mendapat bimbingan secara terus dari baginda.18

(13)

Berbeza pula dengan pandangan daripada ulama mazhab Hanafi dan Syafie, mereka berpendapat bahawa pemberian zakat kepada golongan muallaf yang belum memeluk Islam bukanlah bertujuan untuk menundukkan hati mereka, tetapi kerana pada ketika itu Islam masih lemah dan Allah s.w.t ingin memuliakan Islam dan kaum muslimin, maka pemberian itu menunjukkan kepada golongan ini bahawa Islam tidak memerlukan belas kasihan daripada mereka.20

2.2.4 CABARAN TERHADAP GOLONGAN MUALLAF

Tertulis dalam sejarah Islam lampau bagaimana dakwah baginda Nabi s.a.w di tentang oleh kaum musyrikin Mekah yang diketuai oleh bapa saudaranya sendiri iaitu Abu Jahal. Islam senantiasa mendapat tentangan yang hebat sehingga kini. Jika dikaitkan dengan muallaf, memang wujudnya penentangan yang jelas terhadap golongan ini terutamanya dari kaum keluarga mereka sendiri. Hal ini telah dibuktikan melalui perkongsian yang telah diberikan oleh golongan muallaf sendiri dalam sesi ceramah, forum, perkongsian secara bertulis dan sebagainya. Pelbagai ancaman diterima apabila mereka memeluk agama Islam, namun tidak kesemuanya berkongsi nasib yang sama.

Terdapat beberapa cabaran yang dikenalpasti dalam hal yang berkaitan dengan muallaf seperti cabaran dalam tempoh transisi yang melibatkan cabaran mental, psikologi dan emosi.21 Hal ini

(14)

bagi golongan muallaf kerana mereka perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup yang baru. Ini memerlukan kepada kekuatan mental, psikologi dan emosi untuk melepasi tempoh transisi ini.

Cabaran psikologi golongan muallaf diterangkan secara khusus oleh Nur A’thiroh Masyaa’il Tan, seorang muallaf yang menulis jurnal tentang keperluan memahami psikologi saudara mulsim, di mana seorang muallaf itu akan berdepan dengan cabaran psikologi yang mengandungi lima peringkat iaitu peringkat tenang, peringkat konflik kepercayaan, peringkat desakan dalaman, peringkat tenang semula dan peringkat pengukuhan penghayatan terhadap Islam.22 Namun begitu, selain daripada lima peringkat tersebut, golongan muallaf akan

menghadapi satu peringkat desakan psikologi yang hebat sebelum mengalami peringkat tenang semula iaitu peringkat desakan psikologi dalaman dan luaran pada ketika sebelum dan selepas memeluk Islam.23 Desakan psikologi ini dimaksudkan dengan tekanan daripada keluarga dan

masyarakat serta desakan psikologi dalaman muallaf itu sendiri.

Cabaran yang seterusnya ialah cabaran keluarga dan masyarakat.24 Ini adalah perkara yang biasa

(15)

hubungan kekeluargaan yang didalamnya terdapat perbezaan agama. Begitu juga dengan sesetengah masyarakat yang seringkali memberikan tanggapan yang negatif serta tafsiran yang salah terhadap golongan muallaf apabila mereka berbuat sesuatu. Masyarakat berpandangan bahawa apabila seseorang itu telah memeluk Islam, maka cara hidupnya hendaklah berubah mengikut Islam secara total. Masyarakat harus faham bahawa proses transisi seorang muallaf itu bukanlah semudah yang disangkakan, sedangkan seorang muslim yang cuba untuk beristiqamah juga berhadapan dengan kepayahan, inikan pula bagi golongan muallaf.

Antara cabaran lain yang dihadapi oleh golongan muallaf ialah keterbatasan bidang kuasa institusi dakwah dan juga kurangnya sumber kewangan yang membataskan segala bentuk program dakwah untuk golongan ini.25 Golongan muallaf perlu diberikan perhatian dari aspek

kebajikan dan juga pendidikan asas Islam bagi memastikan mereka sentiasa merasakan bahawa Islam itu amat mengambil berat terhadap golongan muallaf. Kurangnya perhatian daripada pihak tertentu menyebabkan ada dalam kalangan muallaf ini kembali kepada agama asal kerana merasakan mereka tidak dipedulikan. Namun begitu, kekangan ini masih dihadapi oleh sebahagian daripada pihak yang terlibat sehingga kini menyebabkan mereka tidak dapat melaksanakan segala program yang telah direncanakan kepada golongan muallaf.

Cabaran yang terakhir terhadap golongan muallaf ialah jangkaan masyarakat muslim.26

(16)

diri seorang muallaf. Masyarakat terlalu memandang kepentingan melaksanakan syariat Islam tanpa memikirkan kesannya terhadap golongan muallaf yang mana mereka ini baru sahaja memeluk agama Islam. Melihat kepada situasi ini, masyarakat Islam terutamanya masyarakat Melayu itu sendiri harus memahami tentang perlunya untuk melihat golongan muallaf ini dari sudut pendekatan psikologi kerana bagi mereka bukan mudah untuk mengubah diri daripada tabiat atau gaya hidup pada ketika mereka belum memeluk Islam dan selepas memeluk Islam.27

2.4 DAKWAH TERHADAP GOLONGAN MUALLAF

Perkara di atas telah membincangkan tentang siapa itu muallaf, perbezaan mereka dengan mukallaf, hak-hak golongan muallaf dan juga cabaran yang dihadapi oleh mereka. Perkara yang ingin diketengahkan oleh penulis dalam topik ini ialah dakwah kepada golongan muallaf serta kaedah yang digunakan, disamping mennyenaraikan beberapa cabaran yang dihadapi oleh golongan pendakwah dalam melaksanakan kerja-kerja untuk menyebarkan Islam kepada golongan muallaf dan golongan Non-Muslim.

2.4.1 PENGERTIAN DAKWAH

(17)

menyedari atau menghayati dan mengamalkan ajaran agama yang sebenar.28 Dakwah juga boleh

ditakrifkan sebagai satu kegiatan ajakan yang baik dalam bentuk lisan, tulisan, tingkah laku dan sebagainya yang dilakukan secara sedar dan berencana dalam usaha mempengaruhi orang lain baik secara individu atau berkelompok.29

Secara umumnya, dakwah ditakrifkan sebagai satu kegiatan dalam mengajak orang lain ke arah kebaikan dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegah dalam agama. Dakwah bukan sahaja tertentu kepada mereka yang ahli dalam bidang dakwah, tetapi ianya merupakan tugas seorang muslim kepada muslim yang lain dan juga kepada mereka yang bukan Islam. Ini dijelaskan melalui firman Allah Ta’ala dalam surah Ali ‘Imran:

















































110. kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.

(18)

Islam merupakan agama yang terakhir diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, dan umat yang terbaik daripada umat yang sebelumnya ialah umat Islam kerana tugas yang disandarkan kepada kaum muslimin iaitu tugas dakwah. Ini amat jelas dalam firman Allah di atas yang menyatakan khaira ummah yang bermaksud sebaik-baik umat. Ini juga menunjukkan bahawa dakwah itu bukanlah satu tugas kepada mereka yang ahli dalam bidang tersebut tetapi ianya adalah tugas seluruh umat Islam.

2.4.2 DAKWAH KEPADA GOLONGAN MUALLAF DAN NON-MUSLIM

Dakwah kepada golongan muallaf melibatkan dua golongan iaitu dakwah kepada mereka yang baru sahaja memeluk agama Islam dan juga dakwah kepada golongan Non-Muslim. Ini memerlukan kepada pendekatan yang berbeza mengikut golongan yang hendak disampaikan dakwah kepada mereka. Al-Quran merupakan sumber yang kaya dengan cara menyampaikan dakwah seperti mana yang telah dilakukan oleh para nabi yang terdahulu sehinggalah Nabi Muhammad s.a.w. Antara ayat yang mengetengahkan uslub pendekatan dakwah secara jelas ialah melalui firman Allah dalam surah An-Nahl:















































(19)

Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.30

An-Nahl (16):125

Ayat di atas jelas menunjukkan cara untuk berdakwah yang meliputi tiga cara iaitu pendekatan melalui hikmah atau cara kebijaksanaan, kemudian diikuti dengan nasihat serta pengajaran yang baik dan yang akhir sekali ialah melalui perbahasan atau perdebatan dengan cara yang baik. Tiga cara ini boleh dieksploitasikan mengikut kebijaksanaan para pendakwah dalam memastikan dakwah yang disampaikan itu berkesan.

(20)

























133. dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal Yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa;32

Ali ‘Imran (03):133

Golongan profesional ataupun intelektual dalam kalangan muallaf merupakan mereka yang memeluk Islam melalui diskusi ilmiah, kajian, pembacaan dan sebagainya. Mereka ini memerlukan pendekatan dengan menggunakan kaedah interaksi dengan minda iaitu pendekatan dalil-dalil aqli untuk menjawab setiap persoalan yang berbentuk logik akal. Al-Quran sebagai wahyu telah menyediakan pelbagai dalil-dalil aqli untuk meyakinkan golongan ini tentang kebenaran Islam serta kekuasaan Allah Ta’ala seperti mana firman Allah dalam surah Adz-Dzariyaat:





















20. dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) Yang yakin,

21. dan juga pada diri kamu sendiri. maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan Bukti itu)?33

(21)

Kaedah ini juga boleh digunakan untuk tujuan memperlihatkan kebenaran Islam kepada golongan Non-Muslim. Pendekatan-pendekatan ini boleh digunakan oleh para pendakwah melalui aktiviti ceramah ataupun forum agama serta kelas-kelas bimbingan.

Institusi dakwah juga memainkan peranan penting dalam menjalankan dakwah kepada golongan muallaf. Ini melibatkan pelbagai institusi dakwah dan organisasi bukan kerajaan (NGO) dalam usaha untuk memastikan golongan muallaf mendapat perhatian dan bantuan yang secukupnya. Pelbagai program direncanakan oleh organisasi-organisasi ini untuk melaksanakan aktiviti dakwah dan penyebaran maklumat tentang Islam kepada golongan muallaf. Seperti contoh program yang sering dilakukan oleh pelbagai institusi dakwah di Malaysia ialah dengan mengadakan program-program yang berbentuk pendidikan seperti kelas bimbingan fardhu ain untuk memberikan pendidikan yang asas mengenai Islam. Pusat Latihan Dakwah (PLD) merupakan antara institusi dakwah yang menawarkan pendidikan diperingkat asas disamping menyediakan pelbagai program lain untuk golongan muallaf. Program Keluarga Angkat juga merupakan antara aktiviti-aktiviti berbentuk sosial yang direncanakan untuk golongan muallaf bagi memudahkan mereka untuk mengenali Islam dengan lebih baik secara tidak formal melalui program ini.34 Selain itu, program kaunseling serta khidmat nasihat juga disediakan bagi muallaf

yang berhadapan dengan masalah peribadi mahupun masalah yang berkaitan dengan agama.

(22)

merupakan satu aktiviti yang mana para pendakwah yang terlatih dalam kalangan belia dan remaja terlibat untuk memberi penjelasan terhadap Islam di tempat-tempat awam. Ini sekaligus memberi peluang kepada golongan Non-Muslim untuk mendapatkan informasi yang betul tentang Islam. Aktiviti dakwah jalanan ini amat popular di negara-negara eropah di atas kesedaran para pendakwah dalam mengatasi isu ‘Islamophobia’ yang semakin menjadi dalam kalangan masyarakat barat. Mereka seringkali mempunyai tanggapan yang salah terhadap Islam dan melabelkan Islam sebagai satu agama yang menggalakkan keganasan.

2.4.3 CABARAN DAKWAH

Dakwah bukanlah satu pekerjaan yang mudah untuk dilaksanakan. Ianya merupakan tugas yang berat untuk dipikul namun disebaliknya ada ganjaran yang amat bernilai. Dakwah tanpa cabaran bukanlah dakwah yang sebenar. Jika disusuri sejarah Islam pada zaman baginda Nabi s.a.w, baginda sendiri berhadapan dengan tentangan yang amat hebat daripada kaum musyrikin Mekah sehingga baginda berhadapan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan. Ini meperlihatkan dakwah itu bukanlah sesuatu yang mudah. Cabaran dakwah terhadap golongan muallaf boleh dilihat daripada pelbagai aspek seperti aspek sosial, aspek ilmu pengetahuan para pendakwah dan pemimpin, aspek keperibadian pendakwah serta aspek fizikal pendakwah.35

(23)

Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) menjelaskan bahawa timbulnya perasaan kurang selesa dalam kalangan muallaf terhadap masyarakat Islam terutamanya orang Melayu kerana sikap orang Melayu itu sendiri. Masyarakat Melayu tidak memperlihatkan kesejagatan Islam kerana terlalu menghubungkan diri dengan Islam, sehingga ada yang merasakan golongan muallaf yang tidak mengamalkan budaya Melayu diragui keIslamannya.36 Hussein Yee, seorang pendakwah terkenal juga turut memberikan pandangan

beliau mengenai perkara ini yang mana beliau menjelaskan bahawa ketidakmampuan masyarakat Islam dalam membezakan budaya dengan agama membuktikan sempitnya fahaman mereka terhadap agama sendiri dan boleh menimbulkan fitnah kepada Islam. beliau turut menasihati masyarakat Islam khususnya orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka dan sedia berkongsi agama Islam bersama masyarakat bukan Islam yang berpotensi untuk menjadi seorang muslim.37

Cabaran dari aspek ilmu pengetahuan para pendakwah dan pemimpin pula tertumpu kepada kemahiran dakwah serta tahap ilmu yang dimiliki oleh golongan pendakwah dan pemimpin itu sendiri. Pendakwah dan pemimpin yang mempunyai ilmu yang cetek tentang agama akan mudah membuat tanggapan yang berbeza serta membuat keputusan dengan logik akalnya sendiri. Ini menyebabkan golongan muallaf keliru dan merasakan tiada perkara yang dapat menarik perhatian mereka untuk mendalami agama Islam.38 Melihat kepada situasi ini, keperluan kepada

(24)

terhadap agama juga mampu untuk memudahkan gerak kerja dakwah bukan sahaja kepada golongan tertentu, tetapi kepada masyarakat umum secara amnya.

Antara cabaran dakwah yang lain terhadap golongan muallaf ialah dari aspek keperibadian seorang pendakwah tersebut. Dakwah Bil-Hal yang memerlukan kepada penonjolan keperibadian muslim yang baik adalah amat perlu untuk mempengaruhi golongan muallaf dalam menarik minat mereka untuk mendalami agama Islam. Namun begitu, kegagalan para pendakwah dan pemimpin Islam dalam menonjolkan keperibadian dan akhlak yang mulia menjejaskan dakwah dan Islam itu sendiri. Mereka yang tidak mempunyai ciri-ciri ini dianggap sebagai orang yang terpengaruh dengan keduniaan dan nafsu. Malah, mereka dianggap sebagai orang yang tidak mempunyai keimanan dan tidak memberikan contoh yang sempurna sebagai ikutan.39 Hal ini menjadikan masyarakat tidak memandang tinggi dan menghormati Islam itu

sendiri. Kepercayaan masyarakat tidak akan wujud sehinggalah pendakwah itu mampu untuk menjadi satu teladan yang baik dalam perbuatan dan pengetahuannya melalui amalan dan muamalah harian.40

(25)

Antara cabaran dakwah yang lain ialah keterbatasan institusi dakwah dan organisasi yang terlibat dalam dakwah untuk menyediakan pelbagai kemudahan bagi kegunaan golongan muallaf akibat daripada kekangan kewangan. Faktor ekonomi juga memainkan peranan dalam membataskan segala gerak kerja dakwah yang telah direncanakan oleh pihak yang berkaitan. Ini kerana ekonomi yang tidak stabil membawa kepada kurangnya sumber pendapatan golongan muallaf yang mana tidak kesemua mereka itu tergolong dalam kumpulan masyarakat yang datang dari golongan kaya. Keterbatasan ini juga menyebabkan sebahagian daripada organisasi dakwah tidak dapat untuk menyediakan bantuan kebajikan yang bertujuan untuk membantu golongan muallaf.

Sebahagian daripada institusi dan organisasi dakwah ini juga menyediakan bukan sahaja bantuan kewangan, bahkan bantuan dari sudut keperluan isi rumah juga turut diberikan. Sekiranya ekonomi dan aspek kewangan pihak yang terlibat ini tidak kukuh, ini menjejaskan pemberian bantuan kepada muallaf yang memerlukan. Walaupun pada ketika ini adanya organisasi dakwah seperti ABIM yang menyediakan pelbagai bentuk kursus kemahiran untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan muallaf, itu masih tidak mencukupi kerana persediaan untuk menganjurkan kursus kemahiran juga memerlukan kos yang tinggi. Perkara-perkara sebegini tidak seharusnya dipandang remeh oleh pihak yang berkenaan kerana golongan muallaf adalah mereka yang menjadi pewaris generasi Islam yang seterusnya.

(26)

juga mampu untuk mengelakkan isu murtad dalam kalangan muallaf yang mana perkara ini boleh berlaku apabila sebahagian daripada mereka tidak mendapat perhatian dan bantuan yang secukupnya. Ini menyebabkan mereka rasa tidak dipedulikan dan timbul prasangka yang tidak baik terhadap Islam lantas memberikan keraguan dalam keimanan mereka. Disamping itu, para pendakwah juga harus bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk memberikan sepenuh perhatian mereka kepada golongan muallaf agar dapat menarik minat mereka untuk lebih mengenali Islam.

Aspek kesanggupan para pendakwah untuk turun bersama dengan masyarakat, berinteraksi secara terus merupakan salah satu kekurangan yang perlu diatasi. Jika dilihat kepada sejarah dakwah baginda Nabi s.a.w dan juga para nabi yang terdahulu, mereka sanggup untuk berdepan dengan segala bentuk ujian dan rintangan demi menjalankan amanah yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. Para pendakwah kini juga harus bersiap sedia untuk bersaing dengan golongan mubaligh kristian yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memurtadkan golongan muallaf.

2.5 GOLONGAN MUALLAF DI SABAH

(27)

didapati adalah berdasarkan statistic yang dikeluarkan oleh Hidayah Centre Sabah, salah satu organisasi dakwah yang terlibat secara khusus dengan golongan muallaf dan non-muslim secara amnya. Sehingga kini, jumlah golongan muallaf di Sabah hanyalah 340 orang, yang berdaftar di lima cawangan Hidayah Centre di seluruh Sabah, dan hanya 236 daripada mereka yang terlibat dengan program yang telah disediakan oleh pihak Hidayah Centre.

Sebagaimana golongan muallaf yang lain, muallaf di Sabah juga berhadapan dengan situasi cabaran yang sama seperti konflik kekeluargaan, cabaran psikologi dan yang lain. Namun begitu, terdapat beberapa isu kritikal yang telah dinyatakan oleh Ustaz Joanes dalam sesi temubual bersama penulis di Sabah, di antaranya ialah isu berkenaan dengan kebajikan golongan muallaf yang tidak dijaga, tidak ada aktiviti susulan terhadap golongan muallaf di Sabah, Isu hasutan daripada keluarga untuk kembali murtad, isu perceraian dan pembahagian harta. Isu-isu yang kritikal ini merupakan isu yang sering dihadapi oleh golongan muallaf di Sabah dan ianya merupakan tugas Hidayah Centre untuk menangani setiap isu tersebut.

Golongan muallaf di Sabah datang dari kumpulan etnik yang berbeza, yang mempunyai pelbagai adat resam dan latar belakang kebudayaan yang berbeza. Ini memerlukan kepada kemahiran pendakwah dalam menyesuaikan dan menyampaikan kehendak syariat Islam tanpa perlu untuk meninggalkan aktiviti kebudayaan tersebut.

(28)

1 Alijah Gordon. 2001. The Propagation Of Islam in the Indonesian-Malay Archipelago. Kuala Lumpur: Malaysian

Sociological Research Institute.

2 Ibid.

3 Ibid.

4 Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman. 2007. Islam di Brunei Darussalam

Zaman British (1774-1984). Brunei Darussalam: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

5 Ibid.

6 __________. 2013. Http://ms.wikipedia.org/wiki/Bumiputra_di_Sabah. 23 Mac.

7 Sheikh Abdullah Basmeh.2003.Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran.Kuala Lumpur: Darul

al-Fikr.

8 Al-Habib Alwi bin Thahir al-Haddad. 2001. Sejarah Masuknya Islam di Timur Jauh. Terj. Drs. Ali Yahya. Jakarta:

PT. LENTERA BASRITAMA.

9 Hjh Noresah bt Baharom. 2005. Kamus Dewan. Edisi 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10 Nurhafizah Bte Amir Salleh. 2011. Permasalahan Pentadbiran Harta Pusaka Muallaf Di Sabah. Latihan Ilmiah

Diploma Pengajian Islam, Jabatan Syariah, Akademi Islam, Koelj Universiti Antarabangsa Selangor, Selangor.

11 Nur Damia Husna Bte Nor Sad. 2010. Program Dakwah terhadap Golongan Muallaf: Satu Kajian di PERKIM

Kebangsaan, Kuala Lumpur. Latihan Ilmiah Diploma Pengajian Islam, Jabatan Dakwah dan Pengurusan, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Selangor.

12 Sheikh Abdullah Basmeh.2003.Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran.Kuala Lumpur: Darul

al-Fikr.

13 Bro Lim Joi Soon. 2012. Http://m.facebook.com/permalink.php?story.html. 18 September.

14 Ibid.

15 Muhammad Al-Fath Bainuni. 1995. Al-Madkhal Fi ‘Ilm Al-Dakwah. Beirut: Ar-Risalah. Hlm 14.

16 _______. 2013. Http://ms.wikipedia.org/wiki/Mukallaf.html. 23 September.

17Bro Lim Joi Soon. 2012. Op.cit.

18Muhammad Al-Fath Bainuni. 1995. Op.cit.

19 Norazila Bte Ojee. 2012. Kaedah dan Keberkesanan Pemberian Zakat Terhadap Golongan Muallaf: Kajian di

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Syariah dengan Undang-Undang, Jabatan Undang-Undang, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Selangor.

20 Ibid.

21 Abdul Ghafar Hj Don. 2009. Dakwah kepada Non-Muslim di Malaysia. Bangi: Jabatan Dakwah dan Kepimpinan.

Hlm 173

22Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Bte Abdullah. 2009. Keperluan memahami psikologi saudara muslim. Jurnal Hadhari,

2: 83.97

(29)

24 Abdul Ghafar Hj Don. 2009. Op.cit. hlm 174.

25Nor Damia Husna Bte Nor Sad. 2010. Op.cit.

26Ibid. hlm 38.

27 Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Bte Abdullah. 2009. Op.cit.

28Hjh Noresah bt Baharom. 2005. Kamus Dewan. Edisi 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

29 Dr. Abdul Aziz Bin Mohd Zin. 1999. Psikologi Dakwah. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Hlm 16.

30Sheikh Abdullah Basmeh.2003.Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran.Kuala Lumpur: Darul

al-Fikr.

31 Nur Damia Husna Bte Nor Sad. 2010. Op.cit.

32Sheikh Abdullah Basmeh.2003.Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran.Kuala Lumpur: Darul

al-Fikr.

33 Ibid.

34 Razaleigh Muhamat@Kawangit, Abd. Ghafar Don & Abu Dardaa Muhammad. 2012. Dakwah kepada Golongan Muallaf Orang Asli di Kelantan. Jurnal Hikmah. 4: 87-105.

35 Nor Damia Husna Bte Nor Sad. 2010. Op.cit. Hlm 39.

36 Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Bte Abdullah. 2009. Op.cit.

37 Ibid.

38 Nor Damia Husna Bte Nor Sad. 2010. Op.cit.

39 Muhammad A-Fath Bainuni. 1995. Op.cit. Hlm 155.

40 Usamah Bin Hussein. 1996. Pendakwah Masa Kini: Sikap dan Pendekatan. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Hlm. 63.

41 Nur Damia Husna Bte Nor Sad. 2010. Op.cit. hlm. 40.

Referensi

Dokumen terkait

Pada tahap awal, pekerjaan memahami bukti bukanlah sesuatu yang menarik karena kita lebih banyak bergelut dengan simbol dan pernyataan logika ketimbang berhadapan dengan

Terapi diare akut yang tidak disebabkan oleh infeksi (tidak ada panas dan simtom sistemik) adalah diberikan terapi simtomatik seperti terapi rehidrasi, pemberian

Berdasarkan hasil penelitian yang didapatkan peneliti tentang pemahaman perawat tentang penerapanRJPdipengaruhi oleh beberapa faktor diantaranya yaitu umur, pendidikan,

Di dalam Tabel 1 terlihat bahwa primer yang dapat digunakan sebagai penanda gen antosianin adalah primer yang telah dikonfirmasi melalui polimorfisme pita DNA pada

kasus : Adanya kerusakan pada roda gigi-pinyon pompa tarum timur unit 6, Informasi dilapangan yang telah dikumpulkan diantaranya : Bahan, Gambar, Posisi Kerusakan, Buku

Dari penelitian yang telah dilakukan peneliti dalam menerapkan strategi City Branding di Kota Surakarta terdapat beberapa subdranding yang diusung. Sub-brand

Kamu pasti tahu bahwa setiap organisasi mem- punyai anggota, karena organisasi dibentuk oleh anggota-anggotanya. Anggota organisasi terdiri dari orang-orang yang

sumber risiko yang terdapat pada kegiatan produksi atau budidaya tanaman bunga potong krisan di Perusahaan Natalia Nursery, menganalisis besarnya risiko yang terjadi pada