PERKARA MUKA SURAT
PENGENALAN………. 3
CIRI-CIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MENGGUNAKAN MULTIMEDIA………... 4
OBJEKTIF PEMILIHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MENGGUNAKAN MULTIMEDIA……….. 5
RASIONAL PEMILIHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MENGGUNAKAN MULTIMEDIA………. 5
SASARAN……… 5
KEBAIKAN MENGGUNAKAN MULTIMEDIA KEPADA MURID…….. 6
KELEBIHAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA KEPADA GURU……….. 7
KELEMAHAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA……….. 7
KERTAS KERJA PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN MULTIMEDIA
PENGENALAN
Dewasa ini, teknologi multimedia memainkan peranan yang amat penting dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Teknologi multimedia adalah satu cara komunikasi yang bukan sahaja dapat menjadikan sesuatu persembahan lebih menarik tetapi ia juga dapat meninggalkan kesan yang lebih mendalam kepada pengguna. Penggunaakan dapat mengingati dengan lebih baik lagi sekiranya mereka mendengar, melihat dan berinteraksi dengan apa yang disampaikan kepada mereka.
Aplikasi yang berasaskan multimedia sesuai dilaksanakan dalam pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan, perubatan, perniagaan dan sebagainya. Multimedia juga adalah sebahagian daripada teknologi maklumat dan komunikasi yang meningkatkan kualiti hubungan dalam kehidupan manusia. Interaktif melalui multimedia ini telah memainkan peranan yang penting dalam mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih dinamik dan bermutu. Ini dibantu dengan keupayaan computer dalam mempersembahkan maklumat dan menyokong penghasilan aplikasi pengajaran dan pembelajaran. Guru yang berdedikasi haruslah mempunyai kreativiti untuk mencari kaedah pengajaran yang efisien supaya dapat memotivasikan murid-murid agar berminat dengan matapelajaran yang diajar supaya peningkatan penguasaan kemahiran dapat dijana dengan baik.
Menurut Norasiah binti Abdullah et al.(2009:292) mengikut definisi yang lebih spesifik, multimedia merupakan penyebaran maklumat yang menggabungkan dua atau lebih elemen seperti teks, grafik, audio, video, animasi interaktiviti dengan integrasi dan alatan yang membenarkan pengguna untuk berkomunikasi, melakukan navigasi, mencipta dan berinteraksi. Empat komponen utama dalam definisi ialah:
Kawalan komputer
integrasi
navigasi/arah pergerakan
Menurut Hofstetetter (1995), multimedia bermaksud integrasi elemen teks, audio, grafik, animasi dan video yang menggunakan computer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan pengguna mengarah, berinteraksi, mereka cipta dan berkomunikasi agar proses pembelajaran menjadi lebih berkesan.
Menurut Phelps (1995), multimedia adalah kombinasi teks, video, suara dan animasi dalam sesebuah perisian komputer yang interaktif.
Multimedia termasuklah peralatan komputer, pengimbas program (hypermedia authoring), digitizer audio dan video, pemain CD-ROM, alat jalurkod (barcode) dan perisian mengesan (probeware).Bagi komponen multimedia yang lebih besar, ia boleh membekalkan kepada guru dengan sebuah ‘kotak peralatan’ (toolbox). Pelbagai teknologi boleh digabungkan untuk mencipta pelbagai bahan pengajaran multimedia yang interaktif yang menarik dan luar biasa. (Jamaludin Badusah, 2000).
CIRI-CIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN MULTIMEDIA
Membuat pengajaran tersusun
Memperkayakan pengalaman
Memberi maklumat
Pengajaran lebih bersifat individu
Pembelajaran menjadi lebih dekat
Pendidikan boleh disebarkan
OBJEKTIF PEMILIHAN PENGAJARAN MULTIMEDIA
Objektif pemilihan pengajaran berbantukan multimedia ialah:
i. Bahan bantu belajar yang menarik minat murid ii. Mudah untuk disediakan.
iii. Banyak bahan untuk digunakan.
RASIONAL
Kaedah ini dipilih adalah kerana multimedia adalah salah satu kompenen yang penting pada maasa kini. Penggunaan alat berteknologi seperti komputer, cakera padat interaktif dan bahan bantu belajar yang lain dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah alternatif yang produktif dalam proses perpindahan maklumat dan kemahiran. Selain itu, ekses guru dan pelajar dapat ditingkatkan melalui penggunaan komputer. Hal ini kerana penggunaan komputer dapat meningkatkan penyerapan maklumat kerana ia melibatkan media grafik bergambar, video dan sistem pemprosesan maklumat yang pantas dan teratur. Kelebihan ini membawa kepada pengatasian had masa dan ruang.
SASARAN
KEBAIKAN MENGGUNAKAN MULTIMEDIA KEPADA MURID
Pembelajaran berbantu multimedia dijangka dapat meningkatkan prestasi murid-murid di samping memberi pendedahan kepada guru dan pelajar terhadap penggunaan teknologi multimedia sebagai bahan bantu mengajar. Dengan secara tidak langsung, ianya dapat meningkatkan imej sekolah yang terlibat sebagai sebuah sekolah yang memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan gemilang serta lengkap dengan nilai intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Pembelajaran berbantu multimedia dapat mempelbagaikan bahan rujukan pelajar kerana ia boleh diaplikasikan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran seperti teks, meneliti gambar, video, visual pembelajaran dan sebagainya. Selain daripada itu pelajar tidak perlu terikat dengan sesuatu gaya pembelajaran kerana pembelajaran berbantu multimedia ini dapat menangani masalah perbezaan pelajar dengan mengindividukan pengajaran mengikut kebolehan mereka (Sharifah Alawiah, 1987). Secara tidak langsung ianya akan meningkatkan kefahaman pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar.
Selain daripada itu, penggunaan animasi, visual dan bunyi akan dapat menarik minat murid untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Ini secara tidak langsung akan dapat membantu murid untuk mengingati apa yang dipelajari pada hari tersebut.
KELEBIHAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA KEPADA GURU
Selain mempunyai kebaikan kepada murid, penggunaan multimedia juga mempunyai kebaikan kepada guru. Dengan menggunakan multimedia adalah mudah untuk guru membuat pengulangan. Guru boleh menggulang bahagian-bahagian yang perlu diberi penekanan. Malahan dengan menggunakan bahan multimedia ini, guru bebas bergerak kemana-mana bahagian yang diperlukan.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Pedretti (1999) telah menunjukkan bahawa guru yang bijak mengaplikasikan komputer dan bahan bantu belajar yang lain mampu membuat pelbagai pembaharuan dalam menjalankan tugasnya sebagai perantara keilmuan kepada sasarannya. Seterusnya seorang lagi pengkaji yang bernama Cox (1999), telah menyatakan bahawa guru-guru yang sering menggunakan komputer dan bahan bantu belajar yang lain dalam melaksanakan tanggungjawabnya dan mempunyai keyakinan yang tinggi dalam mengunakan ICT dan lain-lain bahan bantu belajar seperti projektor, LCT CD dan sebagainya. Hal ini adalah kerana mereka percaya bahawa penggunaan alat berteknologi seperti ini dapat meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menarik, mudah dan lebih seronok.
KELEMAHAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA
RUMUSAN
Daripada kajian yang telah dilakukan oleh beberapa orang pengkaji akademik jelas menunjukkan bahawa penggunaan komputer dan bahan bantu belajar multimedia seperti cakera padat interaktif pendidikan banyak memberikan manfaat dan kepentingan yang tidak hanya kepada pelajar secara keseluruhannya, malah turut memberikan manfaat kepada guru khususnya dalam aspek peningkatan kemahiran dan pengetahuan berkenaan dengan penggunaan komputer.