• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANALISIS FLEKSIBILITI MEKANISME WAKAF BE

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ANALISIS FLEKSIBILITI MEKANISME WAKAF BE"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

ANALISIS FLEKSIBILITI MEKANISME WAKAF BERASASKAN ASET HARTA ALIH MENURUT UNDANG-UNDANG WAKAF ISLAM DAN AMALANNYA DI MALAYSIA

Siti Aishah binti Ismail (A144943) Nur Alyani Farhana binti Ghazali (A144896)

ABSTRAK

Institusi wakaf merupakan salah satu institusi yang banyak menyumbang ke arah pembangunan sosial masyarakat Islam dan juga merupakan aspek kebajikan yang bersifat kekal. Hal ini kerana wakaf adalah gabungan di antara kerohanian dan kebendaan. Umumnya, institusi wakaf adalah untuk menjaga maslahat manusia sejagat, Namun demikian, persepsi sebahagian besar masyarakat Islam pada hari ini memahami wakaf dalam konteks yang amat sempit dengan mengaitkannya dengan ibadah khusus seperti wakaf untuk masjid, surau, tanah perkuburan dan sekolah agama. Dalam erti kata lain, anggapan bahawa masjid, surau dan tanah perkuburan lebih menjamin ganjaran pahala yang berterusan. Selain itu rata-rata masyarakat terikat dengan fikiran tradisional dengan menyatakan wakaf dianggap bermanfaat hanya pada wakaf harta tak alih seperti bangunan dan tanah. Sedangkan mereka tidak mengetahui bahawa wakaf harta alih juga dapat dijadikan sebagai aset yang kekal melalui wakaf tunai. Justeru kertas kerja ini dibuat bagi merungkai sejauh mana keboleh upayaan mekanisme wakaf berasaskan harta alih memandangkan skop harta alih adalah sangat luas. Perkara ini perlu sebagai pencerahan dan membetulkan salah faham dalam kalangan masyarakat awam mengenai aplikasi wakaf bagi harta alih.

Kata kunci : Institusi wakaf, wakaf tunai

PENGENALAN

Amalan wakaf bukanlah suatu yang asing lagi dalam Islam. Sewaktu zaman Nabi dan para sahabat, amalan ini menjadi kelaziman bagi mereka. Hal ini berdasarkan hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim yang berikut yang mafhumnya setiap Bani Adam apabila mati akan meninggalkan segala-galanya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat serta doa anak yang soleh kepada kedua-dua ibu bapanya

(2)

1.KONSEP WAKAF 1.1 Definisi Wakaf

Perkataan wakaf menurut kamus Furaqi’s Law Dictionary ialah menahan, berdiri, ditujukan, dan berhenti yang diambil dari kata dasar waqf atau waqafa (Harith Suleiman Faruqi : 1983: 376). Muhammad al-Syarbini dalam kitabnya al-Iqna’ menyebut apabila seseorang berkata, “saya wakafkan sesuatu” bermaksud saya menahannya. Justeru, perkataan wakaf di sini bermaksud pembekuan hak milik bagi faedah tertentu.

Manakala istilahnya pula, mengikut pendapat jumhur ulama yang terdiri daripada Imam al-Syafie, Abu Yusuf, Muhammad bin al-Hasan al-Shaybani dan ulama mazhab Hanbali berpendapat bahawa wakaf ialah menahan harta tertentu yang boleh dimanfaatkan dan dalam keadaan harta tersebut kekal dan boleh dipindah milikkan serta memutuskan pengurusannya daripada pihak yang mewakafkannya (Mohd Zamro Muda, Mohd Ridzuan Awang etc :2008 : 157). Namun umumnya para ulama sepakat menyatakan makna wakaf menerusi perkataan ‘al-habs’sebagai menahan harta atau menjadikan harta tersebut bermanfaat bagi tujuan kebaikan umat dan agama.

Maka dapatlah disimpulkan di sini menerusi tujuh prinsip asas yang dapat menjelaskan pengertian sebenar wakaf iaitu (Razali Othman : 2013 : 4) :

Bertujuan untuk melaksanakan amalan wakaf dari sudut syariah dan bagi pewakaf sendiri adalah untuk melakukan kebajikan (tabarru’) dan bagi mendekatkan diri seorang pewakaf itu kepada Allah swt (taqarrub)

1. Harta wakaf hendaklah jelas tentang jenis dan pemilikannya

2. Harta yang diwakafkan bersifat kekal dan berterusan sepanjang hayat dan selepasnya 3. Wakaf memutuskan segala bentuk hak dan penguasaan pewakaf ke atas harta yang

diwakafkan

4. Wakaf tertakluk kepada sifat-sifat seperti kekal, tidak boleh berpindah milik dan muktamad. Maka, maksud wakaf berbeza dengan bentuk kebajikan yang lain seperti sedekah, hibah, hadiah atau sebarang bentuk pemberiaan

5. Tujuan, penerima harta wakaf dan segala perkara berkaitan dengan wakaf perlu jelas maksudnya

6. Wakaf merupakan dana yang dikumpul dan berfungsi sebagai sumber pembiayaan secara berkekalan untuk tujuan-tujuan yang bersifat khusus sebagaimana yang ditetapkan oleh pewakaf

1.2 Rukun Wakaf

Wakaf mempunyai empat rukun yang mesti dipenuh. Pertama, orang yang berwakaf (al-waqif). Kedua, harta yang diwakafkan (al-mauquf). Ketiga, orang yang menerima manfaat atau harta wakaf (al-mauquf ‘alaihi). Keempat, lafaz tawaran dan penerimaan (sighah).

(3)

2. Syarat-syarat harta yang diwakafkan (al-mauquf). Harta yang diwakafkan itu tidak sah dipindah milikkan, kecuali apabila ia memenuhi beberapa syarat yang ditentukan. Pertama, barang yang diwakafkan itu mestilah barang yang berharga. Kedua, harta yang diwakafkan itu mestilah diketahui kadarnya. Jadi apabila harta itu tidak diketahui jumlahnya, maka status wakaf pada ketika itu tidak sah. Ketiga, harta yang diwakafkan itu dimiliki oleh wakif secara pasti. Keempat, harta itu mestilah bersifat bersama ain dan manfaatnya.

3. Syarat-syarat orang yang menerima manfaat wakaf (al-mauquf alaih). Perkara ini boleh dikategorikan kepada dua bahagian, pertama penerima wakaf yang ditentukan dan tidak ditentukan.

4. Syarat-syarat akad (sighah) iaitu tawaran dan penerimaan.

1.3 Pensyariatan wakaf

Amalan berwakaf ini memperlihatkan pengorbanan dan keikhlasan seorang hamba kepada penciptaNya tanpa mengharapkan sebarang ganjaran kecuali hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. Pensyariatan amalan in dapat dilihat melalui empat sumber, antaranya ialah :

 Al-Quran

Allah telah berfirman dalam Al-Quran (Al-Baqarah : 261) :

ِلَثَمَك ِهّللا ِليِبَس يِف ْمُهَلاَوْم

َأ َنوُقِفْنُي َنيِذّلا ُلَثَم

ٍةّبَح ُةَئاِم ٍةَلُبْنُس ّلُك يِف َلِباَنَس َعْبَس ْتَتَبْنَأ ٍةّبَح

ۗ

ٌميِلَع ٌعِساَو ُهّللاَو ُءا َشَي ْنَمِل ُفِعاَضُي ُهّللاَو

ۗ

Maksudnya : “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.

Antara lain firman Allah swt dalam Al-Quran (Ali Imran : 92) :

اوُقِفْنُت اَمَو َنوّبِحُت اّمِم اوُقِفْنُت ٰىّتَح ّرِبْلا اوُلاَنَت ْنَل

ۚ

ٌميِلَع ِهِب َهّللا ّنِإَف ٍءْي َش ْنِم

Maksudnya : Tiada akan tercapai oleh kamu kebaikan itu sehingga kamu membelanjakan apa-apa yang kamu sayangi. Dan apa jua pun yang kamu belanjakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya (untuk memberi balasan)

Jelasnya di sini, amalan wakaf ini amatlah disukai dan digalakkan untuk dibuat kerana ia merupakan amalan kebajikan yang mempunyai maslahat untuk orang awam atau orang yang tertentu dan pahalanya dijanjikan berterusan oleh Allah swt.

 Hadis

(4)

sarjana apabila membahaskan mengenai perkara wakaf (Razali Othman : 2013:13). Peristiwa ini disaksikan sendiri oleh anak-anak Saidina Umar ra termasuk Hafsah

“Umar mendapat sebidang tanah di Khaibar, dia menghadap kepada Nabi Muhammad saw untuk meminta pandangan tentang tanah itu. Katanya, ‘Ya Rasulullah, aku mendapat tanah di Khaibar yang belumku dapatkan harta yang lebih berharga menurut pandanganku’. Sabda Rasulullah saw, ‘Jika kamu suka maka tahankanlah asal harta itu dan sedekahkanlah hasilnya’. Lalu Saidina Umar ra menjadikan harta yang diperolehnya sebagai harta sedekah yang tidak boleh dijual, dibeli dan diwarisi. Saidina Umar ra menyedekahkannya kepada orang-orang fakir,kerabat,budak,ibnu sabil dan tamu.”

(Bukhari dan Muslim, bab As-Syurut no 2711) Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa Rasulullah saw sendiri menganjurkan untuk menjana, membelanjakan harta ke arah kebajikan. Maka dengan itu Saidina Umar sanggup menyerahkan hartanya untuk dijadikan sedekah dan untuk kegunaan yang berpanjangan. Secara tidak lansung, amalan wakaf ini dapat melawan keinginan mencintai harta melebihi segalanya malah mengutamakan jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Athar

Akibat daripada peristiwa wakaf yang dibuat oleh Saidina Umar, Imam Syafie’ menceritakan bahawa terdapat 80 orang sahabat Rasulullah saw daripada kaum Ansar telah menjalankan ibadah wakaf termasuklah Saidina Ali yang telah mewakafkan rumah dan tanahnya di Mesir. Perbuatan Saidina Umar ini telah menjadi ikutan dan asas kepada kewujudan wakaf am. Bahkan amalan wakaf ini telah menjadi amalan rebutan dalam kalangan para sahabat Nabi dan kaum muslimin sebagaimana kata Jabir ra :

“Tiada seorang pun daripada sahabat Nabi saw yang berkemampuan melainkan memberikan wakaf. Hal ini telah menjadi ijmak, maka sesungguhnya orang yang mampu mewakafkan harta daripada kalangan mereka telah pun melakukannya, dan masyhurlah yang demikian itu kerana tiada seorang pun yang membantahnya, maka jadilah yang demikian itu ijmak.”

 Ijmak

(5)

1.4 Pembahagian harta wakaf

Secara asasnya, harta wakaf dapat dibahagikan kepada dua iaitu harta tak alih dan harta alih. Namun akibat perkembangan dan uruf zaman, skop amalan wakaf menjadi luas asalkan harta yang diwakafkan itu bersifat sah, halal, kekal zatnya, tidak mudah rosak dan mempunyai faedah yang diharuskan oleh syarak. Antara jenis-jenis harta wakaf dapat difahami melalui pembahagian di bawah (Wahbah Zuhaili : 1998 :142-145).

1. Wakaf harta tak alih (‘aqar)

Harta tak alih di sini bermaksud asset yang tidak boleh berpindah seperti tanah, rumah dan bangunan. Semua fuqaha’ kecuali Qadi Syuraih telah sepakat menyatakan wakaf harta tak alih adalah dibolehkan dalam Islam.

2. Wakaf harta alih (manqul)

Harta alih bermaksud harta yang boleh bergerak, dimanfaatkan secara lansung dan boleh jadi ia bersifat kekal atau mengalami kerosakan atau perubahan seperti contoh mata wang, al-Quran, kerusi, lampu, meja dan banyak lagi. Hukum wakaf harta alih ini ada tiga dan akan dikupas pada subtopik seterusnya.

3. Wakaf al-Masha

Al-Masha’ merupakan harta daripada harta ‘aqar ataupun manqul yang sebahagian hartanya milik pewakaf dan sebahagiannya milik orang lain. Sebagai contoh, berwakaf dalam bentuk saham syarikat, mewakafkan saham kedai, mewakafkan kereta sewa di mana sahamnya bercampur dengan hak orang lain. Menurut mazhab Syafie dan Hanbali, wakaf jenis ini adalah sah manakala mazhab Maliki berpendapat bahawa jika wakaf tersebut boleh dipisahkan maka hukumnya sah dan jika wakaf tersebut tidak boleh dipindahkan maka ia adalah tidak sah.

4. Wakaf al-Iqtiqa’at

Wakaf ini merupakan tanah yang dikuasai oleh pihak kerajaan yang diserahkan kepada penduduk yang sudah mendapat izin bagi diguna pakai untuk keperluan awam, namun hak milik tanah tersebut masih tertakluk di bawah pihak kerajaan. Jumhur menyatakan bahawa wakaf jenis ini tidak sah kerana ia bukan hak milik sebenar

5. Wakaf al-Irsod

Wakaf jenis ini merupakan wakaf tanah yang diserahkan kepada Negara bagi diguna pakai untuk kepentingan awam seperti sekolah dan hospital. Hukumnya dibolehkan namun terdapat perselisihan menyataka ianya bukan dipanggil wakaf sebaliknya hanya al-Irsod

6. Wakaf al-Ain al-Muajjir

(6)

7. Wakaf Haq al-Irtifaq

(7)

2. PERBAHASAN ULAMA MENGENAI KEHARUSAN WAKAF HARTA ALIH Konsep wakaf secara umumnya merupakan sebuah proses di mana sesuatu harta itu dipisahkan daripada kuasa pemilikan pewakaf. Manfaat harta tadi kemudiannya akan disalurkan bagi tujuan kebajikan dan kepentingan umum. Jika harta tak alih seperti tanah atau bangunan boleh dibuktikan status kekalnya secara mutlak atau melalui status perundangan seperti bukti geran, namun bagi wakaf harta alih yang lebih sinonim dikenali sebagai wakaf tunai, elemen kekal yang perlu ada padanya dapat direalisasikan melalui penukaran tunai tersebut kepada harta yang kekal (Unit Penyelidikan Syariah Bank Muamalat :2012: 22-23). Apabila kita menyebut wakaf harta alih, skopnya pasti luas dan tidak tertakluk kepada wang sahaja. Maka dengan adanya wakaf tunai inilah sebagai salah satu cara menjadikan harta alih yang diwakafkan itu menjadi suatu aset yang berkekalan manfaatnya dan tidak akan pernah habis sebagaimana asalnya sifat harta alih tersebut.

Hukum wakaf bagi harta tak alih di bawah kategori kekal telah dipersetujui keharusannya oleh kesemua para fuqaha. Hal ini adalah berdasarkan kepada perbuatan Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang menjadikan harta kekal sebagai objek yang diwakafkan. Tambahan pula, terdapat riwayat yang menyatakan bahawa pada zaman Rasulullah SAW, tidak ada harta yang diwakafkan kecuali daripada tanah dan bangunan. Sebaliknya bagi wakaf harta alih pula, secara asasnya wakaf ini dianggap tidak sah merujuk kepada syarat asset yang bersifat kekal yang menjadi asas utama dalam sesuatu perwakafan. Adalah sukar untuk memastikan harta alih ini kekal abadi hingga ke akhirnya memandangkan ianya terdedah kepada kerosakan dan perubahan (Razali Othman : 2015 : 48).

Imam Syafie berpandangan bahawa setiap harta yang boleh dijual beli boleh diwakafkan selagi mana manfaatnya itu dinikmati oleh mauquf alaih dan dapat diperolehi secara kekal. Justeru itu, perwakafan yang dibuat daripada harta alih di mana manfaatnya diperolehi dengan memusnahkan fizikal harta berkenaan seperti makanan dan minuman, menjadi perselisihan dalam kalangan fuqaha. Secara umumnya, wakaf harta alih adalah dibolehkan mengikut apa yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan juga pandangan para sarjana perundangan Islam namun dikategorikan mengikut kepada dua kategori ini (Muhd Ramadhan Fitri Ellias, Ahmad Firdaus Kadir, Muhamad Nasir Haron : 5-6) .

Kategori Pertama: Aset mudah alih yang mempunyai ciri fizikal yang tahan lama dan tidak rosak walaupun selepas digunakan seperti alat senjata, kuda dan lain-lain. Dalam kategori ini, fuqaha berbeza pandangan sama ada ia dibenarkan oleh syarak seperti berikut:

1) Majoriti fuqaha daripada Mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali berpandangan bahawa adalah dibenarkan untuk mewakafkan semua jenis aset mudah alih yang tahan lama dan tidak mudah rosak

2) Dalam Mazhab Hanafi, terdapat 3 pandangan berkenaan dengan hukum mewakaf aset mudah alih

 Tidak harus. Sebahagian dari kelompok ini berpendapat bahawa harta mestilah bersifat kekal dan semula jadi

 Harus. Namun ia terhad kepada harta alih yang disifatkan kepada jalan Allah seperti alatan peperangan

(8)

Kategori Kedua: Aset mudah alih yang mempunyai ciri fizikal yang tidak tahan lama dan mudah rosak selepas digunakan seperti makanan, sayur-sayuran dan lain-lain. Dalam kategori ini, fuqaha berbeza pendapat sama ada ia dibenarkan oleh Syarak

1) Sebahagian fuqaha dari mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali membenarkan wakaf aset alih kategori ini dengan syarat ia digunakan dengan cara mampu mengekalkan aset yang diwakaf. Ini kerana syarat utama wakaf adalah fizikal aset mestilah kekal dan tidak rosak. Walau bagaimanapun, sekiranya aset yang mudah rosak itu tidak boleh mengekalkan fizikalnya, maka ia tidak boleh diwakafkan. Ini kerana harta tersebut tidak dapat memenuhi keperluan utama wakaf iaitu fizikal aset yang kekal.

2) Beberapa fuqaha dari mazhab Maliki termasuk Imam Al-'Auzaie mempunyai pendapat yang berbeza dari jumhur fuqaha, di mana mereka membenarkan wakaf aset yang mudah rosak seperti makanan. Hujah untuk keharusan ini adalah kerana mereka tidak mengiktiraf elemen kekal pada wakaf aset sebagai keperluan utama untuk wakaf.

Namun apabila menyentuh kepada wakaf tunai, dapatlah difahami melalui rajah di bawah :

Ra jah 1 : Menunjukkan carta alir wakaf tunai.

Secara umumnya, terdapat tiga pendapat para ulama dalam isu wakaf tunai ini:

Dalam membincangkan isu keharusan wakaf tunai, kita perlu merujuk kepada pendapat fuqaha mengenai keharusan mewakafkan dinar atau dirham. Berikut adalah pandangan fuqaha berkenaan dengan isu wakaf dinar dan dirham yang diqiyaskan dengan konteks semasa wang tunai (ibid) :

Menurut Mazhab Syafie, keharusan wakaf tunai bergantung kepada hukum keharusan menyewakan Dinar dan Dirham. Maka hukum wakaf tunai adalah dibenarkan dan sah. Fuqaha mazhab Maliki mempunyai sudut pandangan yang berbeza dengan membenarkan wakaf tunai kerana sifat kekal tidak dikira sebagai syarat sah bagi sesuatu harta wakaf

Menurut salah satu pandangan mazhab Hanafi, wakaf tunai adalah diharuskan jika ianya diterima oleh uruf masyarakat berdasarkan kata-kata dari Jabir r.a iaitu :

‘Apa yang dilihat oleh Muslim itu baik, maka di sisi Allah pun adalah baik’ Sebahagiannya pula mengatakan tidak harus iaitu Ibn Abidin

Wakaf

Harta Alih

Wakaf

Tunai

Wang

(dicairkan)

Aset yang

kekal

(9)

3. UNDANG-UNDANG WAKAF DI MALAYSIA

Pentadbiran wakaf di Malaysia jelas memberi bidang kuasa yang mutlak kepada Majlis Agama Islam Negeri. Pemusatan pentadbiran harta wakaf di peringkat negeri ini amatlah tepat. Tanpa pendekatan ini, institusi wakaf tidak mungkin berperanan untuk dikendalikan secara tersusun dan menyeluruh. Melalui Enakmen-Enakmen Pentadbiran Agama Islam yang digubal oleh setiap negeri jelas memperuntukkan bahawa hak mutlak untuk mengurus dan mentadbir harta wakaf terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Negeri-Negeri. Hampir semua negeri telah menggubal Enakmen Wakaf mereka sendiri sebagai asas perundangan untuk mengurus dan mentadbir harta wakaf secara menyeluruh. Antara enakmen adalah berikut:

1. Johor- Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Agama Islam, 1978. 2. Kedah- Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Orang Islam, 1962. 3. Kelantan- Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Melayu, 1994. 4. Melaka- Enakmen Pentadbiran Undang-undang Agama Islam, 1991.

5. Negeri Sembilan- Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Agama Islam, (Negeri Sembilan), 1991.

6. Pahang- Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Agama Islam, 1991.

7. Penang- Enakmen Pentadbiran Islam Dan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang, 1993. 8. Perak- Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Agama Islam, 1992.

9. Perlis- Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Orang Islam, 1964. 10. Sabah- Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Agama Islam, 1992. 11. Sarawak- Ordinan (Perbadanan) Majlis Islam, 1954.

12. Selangor- Enakmen Wakaf (Negeri Selangor)1999.

13. Terengganu- Enakmen Pentadbiran Islam dan Hal Ehwal Agama, 1986.

14. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya- Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam, Akta (Wilayah Persekutuan), 1993. (Siti Mashitoh: 2006: 57-58)

Namun kebanyakan Enakmen Wakaf yang telah digubal oleh negeri-negeri bermula sekitar 90-an dan tahun 2000, kecuali beberapa buah negeri seperti Johor (1978), Pulau Pinang (1959) dan Kedah (1962) yang sudah pun mempunyai enakmennya lebih awal daripada tahun tersebut. Keadaan ini memberi gambaran awal bagi kita, betapa pengurusan wakaf di Negara ini masih baru di mana pentadbiran dan pelaksanaan institusi ini masih ditahap yang memerlukan kepada pembaharuan yang drastik dan berkesan untuk ia berperanan dengan lebih efektif. (Abdul Halim: 2005: 83)

3.1 Wakaf Dalam Perlembagaan Persekutuan

Di Malaysia, perlembagaan persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di dalam Negara. Di dalam Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, terdapat 3 Senarai Perundangan iaitu Senarai I – Senarai Persekutuan, Senarai II- Senarai Negeri dan Senarai III- Senarai Bersama. Ini bermakna perlembagaan telah pun dengan jelas memperakui dan membahagikan perkara-perkara yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kuasa-kuasa yang dimiliki secara bersama antara Persekutuan dan Negeri. (Abu Bakar 2007 : 56)

(10)

negeri-negeri di Malaysia di bawah Enakmen-enakmen atau Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Negeri masing-masing. Daripada peruntukan di atas jugalah, Mahkamah-mahkamah syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa ke atas pekara wakaf ini yang membabitkan orang-orang yang menganut agama Islam. (Siti Mashitoh 2006: 57)

Butiran 1 senarai II, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan

memperuntukkan:-“…wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat dan agama, pelantikan pemegang amanah dan pemerbadanan orang berkenaan dengan derma kekal agama dan khairat, institusi, amanah, khairat dan institusi khairat Islam yang beroperasi keseluruhannya di dalam Negeri; adat Melayu Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam orang Islam…”

4. PERUNTUKKAN WAKAF DALAM STATUT NEGERI DI MALAYSIA

Di Malaysia, kedudukan wakaf sama sahaja dengan kedudukan hal ehwal islam yang lain, iaitu terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Dengan itu peruntukan tentang harta wakaf terdapat dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri. Perkara wakaf merupakan salah satu aspek harta keagamaan yang disenaraikan di bawah Senarai II, Senarai negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan yang diletakkan di bawah bidang kuasa negeri-negeri di Malaysia. Ia memperuntukkan:

“…hukum syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama islam, termasuk hukum syarak berhubung dengan wakaf Islam dan takrif… keanggotaan, penyusunan, dan acara bagi mahkamah-mahkamah syariah yang akan mempunyai bidang kuasanya ke atas orang-orang yang menganut agama islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini…”

Sebagaimana yang telah disebutkan di atas, undang-undang berkaitan wakaf telah diperuntukkan di bawah akta atau Enakmen-Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri di Malaysia. Walau bagaimanapaun, terdapat Negeri-negeri yang telah memperkenalkan statut wakaf yang khusus dan diasingkan daripada peruntukan utama dalam enakmen pentadbiran agamanya iaitu Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Negeri Selangor merupakan negeri yang pertama di Malaysia yang telah memperkenalkan enakmen baru yang khusus memperuntukkan tentang wakaf dalam era masa kini. Sebelum ini telah ada negeri yang telah memperkenalkan enakmennya sendiri, iaitu Johor yang dinamakan sebagai Enakmen Wakaf, 1973 (Bil. 11 tahun 1973). Walau bagaimanapun, iainya telah dimansuhkan di mana segala peruntukan wakaf telah dimasukkan ke dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1978 dan kini ia di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 (No. 16 tahun 2003).

(11)

Berdasarkan kepada kedudukan tersebut, Majlis mempunyai kuasa untuk mentadbir dan menjalankan sebarang kegiatan pembangunan ke atas harta-harta tersebut serta mengutip sebarang hasil yang diperolehi kepada mereka yang berhak menerimanya seterusnya menetukan bentuk penggunaan hasil yang selebihnya.

5. PENGAMALAN WAKAF HARTA ALIH DI MALAYSIA

Menurut Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor, wakaf dibahagikan kepada dua (JAIS, Undanng-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor, Nombor 3, Tahun 1952, Bahagian ke 4 (95): 36) iaitu:

I) Wakaf Am

Wakaf am ialah harta pemberian selama-lamanya dan segala pendapatan daripada harta itu turun-temurun bagi penggunaan agam Islam atau faedah umum yang diharuskan oleh agama Islam dan demikian juga harta yang diberikan itu (Che Zuina: 2005: 70). Wakaf am merupakan wakaf yang memberi faedah secara umum kepada kebajikan umat islam. Maka dalam hal ini, wakaf am di mana harta wakaf dan hasil yang diperolehi daripadanya akan dimasukkan ke dalam harta baitulmal. Berbeza dengan harta yang termasuk dalam Wakaf Khas, penggunaanya tidak terbatas dan hanya dalam lingkungan tertentu sahaja tetapi Wakaf Am adalah lebih meluas memandangkan penggunannya meliputi perbelanjaan am dan tidak menyalahi kehendak syarak dan kepentingan negara II) Wakaf Khas

Wakaf khas ialah pemberian harta selama-lamanya bagi penggunaan agama Islam atau bagi faedah yang diharuskan oleh agama Islam dan demikian juga harta yang diberikan itu hasil daripada harta itu dibayar balik kepada orang atau perkara yang ditentukan dalam wakaf itu (ibid). Wakaf khas merupakan wakaf yang memberi faedah dan kebaikan khusus. ini adalah wakaf yang ditentukan secara jelas penerimanya sama ada kepada seseorang, kumpulan atau institusi tertentu. Oleh hal yang demikian, mereka sahaja yang berhak mengurus, mendapat faedah dan kegunannya.

5.1 Jenis-jenis wakaf harta alih menjadi amalan di Malaysia

Secara khususnya di Selangor, terdapat pelbagai harta alh yang diwakafkan malah dilaksanakan sendiri oleh Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) serta mendapat kerjasama daripada badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam projek wakaf. Antara wakaf harta alih ialah:

 Wakaf Tunai

(12)

Di bahagian PWS sendiri, terdapat wakaf tunai yang diterima akan dimasukkan ke dalam Kumpulan wang Wakaf dan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Wakaf Selangor akan memutuskan aliran wang tersebut. Dan PWS mempunyai dua bahagian aliran wang wakaf tersebut, iaitu 70% akan dilaburkan dan 30% sebagai fi sabilillah iaitu sumbangan awam seperti membina semula masjid seperti Masjid Annur Tanjong Karang, Masjid Nurul Falah, Sabak Bernam dan membina ekskalator Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Pelaburan 70% yang dijalankan adalah dengan cara mendepositkan ke dalam bank dan kemudian biakkan dan wang ini akan kembali semula kepada masyarakat dengan membeli bangunan dan membuat sewaan kepada orang awam

Wakaf tunai adalah antara wakaf yang paling banyak diterima kerana ekoran daripada masyarakat kini tidak mempunyai asset seperti tanah, rumah dan lain-lain.oleh hal yang demikian, wakaf tunai boleh jadi wakah khas dan boleh jadi wakaf am. Hal ini kerana, seseorang individu berwakaf untuk kegunaan sesebuah masjid maka wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun khas bagi tujuan tersebut. Manakala, untuk wakaf am, perbadanan dapat menyumbang ke arah kebaikkan ummah yang lain seperti pembangunan infrastuktur masjid, surau, sekolah dan lain-lain.

 Wakaf Kesihatan

Wakaf kesihatan yang dilakukan buat masa kini adalah lebih kepada mewakafkan peralatan kegunaan hospital. Antara sumbangan wakaf adalah, klinik bergerak, mesin dialysis, dan nitrogen storage tank (tangki simpanan nitrogen). Sumbangan diberikan kepada klinik dan hospital yang memerlukan seperti sumbangan tangki simpanan nitrogen ke Pusat Kanser, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Klinik bergerak digunakan untuk bantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan pada tahun lepas (2014).

Bagi perancangan akan datang untuk kesihatan, PWS merancang untuk membina hospital wakaf dengan kerjasama Gombak Medical Centre. Bagi menyediakan pakar-pakar perubatan, dan ubat-ubatan di hospital wakaf masih belum boleh lagi kerana duit wakaf tidak boleh dibuat untuk belanja hangus. Hal ini memerlukan wang pusingan manfaat harta wakaf seperti hasil sewaan amat memerlukan masa. Manfaat harta wakaf boleh digunakan untuk belanja ubat-ubatan dan gaji doktor atau pakar perubatan.

 Wakaf Pendidikan

Antara aktiviti wakaf pendidikan dalah dengan membina sekolah seperti Sekolah Rendah Agama Pulau Indah, Klang, membina Maahad Tahfiz Miftahul Ulum, Hulu Langat. Ada juga di MAIS sendiri terdapat Perpustakaan Wakaf MAIS. Selain pembinaan sekolah terdapat juga penambahbaikkan sekolah seperti membina bilik darjah dan kelengkapan pembelajaran di Sekolah Agama Darus Sa’adah Ijok, Selangor.

Wakaf pendidikan juga termasuk Wakaf Ilmu dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seperti sumbangan buku-buku, fakulti dan pondok bacaan itu sendiri sebagai harta wakaf untuk kegunaan para pelajar.

 Wakaf Emas

(13)

kelangsungan bagi menjalankan wakaf emas amat perlu untuk mengelakkan berlakunya perubahan susut nilai emas seterusnya menjaga nilai emas pada hari seseorang itu berwakaf emas.

 Wakaf Taklik

Harta wakaf diurus di bawah Majlis Agama Negeri-negeri (MAIN) dan bagi wakaf taklik pewakaf mewakafkan rumah dan pindahan nama dilakukan tetapi pewakaf boleh tinggal di rumah yang telah diwakafkan sehinggalah beliau meninggal dunia. MAIN akan mengambil alih rumah tersebut setelah pewakaf meninggal, samada membuat sewaan, membina kedai atau mana-mana yang pihak MAIN sendiri berasa sesuai.

 Wakaf Airlines

PWS adakan kerjasama dengan Air Riths dan kini mengumpul dana bagi membolehkan membuat sebarang kemudahan seperti membeli kapal terbang dan dijadikan kapal terbang wakaf. Hal ini membolehkan warga Malaysia berumrah sambil berwakaf dengan harga tiket yang murah mengikut promosi pakej umrah yang dianjurkan.

 Wakaf rumah warga tua dan gelandangan

Rumah ini dibina dengan menggunakan wang wakaf tunai. Tujuan rumah warga tua dibina adalah untuk pendidikan warga tua yang lebih kearah belajar agama dan segala kelengkapan hospitaliti akan disediakan untuk keperluan dan keselesaan warga tua.

(14)

6. KESIMPULAN

Wakaf adalah satu jenis dedikasi harta yang melibatkan harta alih dan harta tak alih, untuk tujuan kebajikan dan keagamaan sama ada secara umum atau khusus dan balasan bagi sedekah jariyyah daripada Allah di Hari Kiamat kelak. Wakaf merupakan satu tuntutan agama bagi mendapat pahala yang tidak terputus.

Undang-undang di Malaysia berkenaan dengan harta wakaf merupakan satu jalan untuk melaksanakan tuntutan agama dengan orang yang mengendalikannya adalah orang yang ahli bab-bab agam khususnya bab harta wakaf. Wakaf harta alih merupakan satu alternatif untuk individu berwakaf atas faktor-faktor tertentu seperti tiada harta tak alih untuk diwakafkan maka wakaf alih diharuskan dalam berwakaf. Antara wakaf harta alih adalah wakaf tunai, wakaf saham dan saham wakaf.

(15)

RUJUKAN Al-Quran

Abdul Halim Ramli. 2005. Pengurusan Wakaf di Malaysia: Cabaran dan Masa Depan. Dlm. Abdul Halim Ramli & Ahmad Che Yaacob (pnyt). Islam Hadhari : Pengukuhan Institusi Baitulmal dan Wakaf di Malaysia, hlm 83-98. Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) UTM

Abu Bakar Manat. 2007. Isu-isu Semasa berhubung Pembangunan harta Wakaf. Dlm. Jurnal Pengurusan JWZH Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). Putrajaya : Jabatan Perdana Menteri

Abu Abdillah Muhammad Bin Ismail Bin Ibrahim Bin Al Mughirah Al Bukhary, Al Jami’u Al Shahih (Shahih Al Bukhari), Natata Ebook Compiler : Natata Software, 2002, Hadits No. 2811.

Che Zuina Ismail. 2005. Konsep dan amalan wakaf menurut Islam. Dlm. Abdul Halim Ramli & Ahmad Che Yaacob (pnyt). Islam Hadhari : Pengukuhan Institusi Baitulmal dan Wakaf di Malaysia, hlm 67-82. Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) UTM

Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) Bil:7, 1999

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Harith Suleiman Faruqi. 1983. Faruqi’s Law Dictionary. Librairie Du Liban Beirut

Mohd Zamro Muda, Mohd Ridzuan Awang, Abdul Basir Mohamad, Md. Yazid Ahmad. 2008. Undang-undang dan Pentadbiran Pusaka, Wasiat dan Wakaf Orang Islam di Malaysia. Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Zamro Muda, t.th. Undang-undang dan Pentadbiran Wakaf di Malaysia. Slaid. Malaysia

Muhd Ramadhan Fitri Ellias, Ahmad Firdaus Kadir, Muhamad Nasir Haron. Parameter Syariah untuk Wakaf Tunai.

Perlembagaan Persekutuan 1957

Razali Othman. 2013. Institusi Wakaf Sejarah dan Amalan Masa Kini. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

Razali Othman. 2015. Wakaf Tunai : Sejarah ,Amalan dan Cabaran Masa Kini. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

Siti Mashitoh Mahamood. 2006.Waqaf in Malaysia : Legal and Administrative Perspectives. University Malaya Press

Unit Penyelidikan Syariah Bank Muamalat. 2012. Al-Muamalat. Jabatan Syariah Bank Muamalat Malaysia Berhad

(16)

LAMPIRAN

SOALAN DAN JAWAPAN TEMUBUAL

S : Sejauhmanakah wakaf harta alih ini dianggap kekal ‘ain dan manfaatnya sedangkan sifat harta alih adalah tidak kekal dan mudah rosak?

J : Secara asasnya, Perbadanan Wakaf Selangor memang ada menguruskan kedua-dua jenis wakaf iaitu wakaf harta alih dan harta tak alih. Namun item harta alih yang biasa diwakafkan adalah kerusi roda, al-Quran, kenderaan dan sebagainya. Harta alih ini atau nama lainnya cash waqaf ialah dengan cara kita mewakafkan duit kita kemudian ia akan dicairkan kepada aset harta alih yang bersifat tahan lama. Hal ini diputuskan oleh keputusan fatwa yang mana cash waqaf perlu dicairkan kepada aset kekal. Duit wakaf yang dikutip di masjid, surau dan tempat tertentu akan disalurkan ke dana wakaf, kemudian hasil mesyuarat PWS akan memutuskan kemanakah wang ini akan dikerjakan/dilaburkan. Kami di PWS mempunyai portion, iaitu 70% disalurkan kepada pelaburan selebihnya 30% digunakan untuk fisabilillah iaitu untuk sumbangan awam contohnya di Selangor, kami telah pun membina masjid al-Falah yang bernilai RM 2juta menggunakan duit wakaf tadi dan yang terbaru pembinaan eskelator di Masjid Negeri Shah Alam. 70% tadi pula kami melabur menggunakan duit iaitu disimpan di bank kemudian duit tersebut akan dibiakkan supaya manfaatnya berterusan ataupun kami membeli tanah, bangunan atau premis kedai kemudian sewa tersebut akan digunakan untuk manfaat bersama. Kedua-dua bahagian ini adalah tertakluk di bawah wakaf am sahaja. Adapun aset alih yang bukan cash pula adalah barang. Untuk pengetahuan, pihak PWS telah bekerjasama dengan pihak Selangor Muamalat. Di Selangor Muamalat banyak menguruskan wakaf harta alih yang bersifat pendidikan dan kesihatan antaranya nitrogen storage, mesin dialysis, kerusi roda, klinik bergerak, peralatan hospital, katil, tilam, almari serta alat pertukangan di bengkel kemahiran hidup. Perkara ini termasuk harta kekal juga cuma ia tidak bertahan lama seperti harta tak alih namun ia tetap dianggap aset juga maka tiada masalah untuk dilakukan. Namun aset sebegini kebanyakannya memerlukan maintainence dan penjagaan yang rapi supaya boleh digunakan untuk jangka masa panjang. Maka daripada itu kegunaan hasil sewa premis yang dibeli ini akan digunakan untuk kos-kos penjagaan kerana untuk kos penjagaan, kita tidak boleh menyentuh harta wakaf kerana asas wakaf ia tidak boleh dibelanjakan secara hangus kerana manfaat harta wakaf tersebut akan terhenti kepada pemberi wakaf. Sebaliknya jika harta tersebut telah bertahan lama dan akhirnya rosak dan tidak dapat digunakan contohnya di masjid terdapat tinggalan kayu-kayu lama atau tempat mandi jenazah yang using, maka seharusnya kayu dan besi tersebut perlu istibdal atau dijual bagi mendapatkan pulangan dan tidak terbiar kerana ia dikira memutuskan pahala pewakaf sebelumnya. Oleh itu, masyarakat umum perlu memahami konsep ini kerana jika tidak seolah-olah sifat harta alih yang mudah rosak itu menjadi halangan serta menghadkan masyarakat untuk berwakaf dan seolah-olah tidak afdal untuk wakaf dengan aset alih. Walaupun aset alih adalah susut nilai namun tetap boleh ditukarkankan kepada aset yang kekal manfaatnya.

(17)

pewakaf semasa hidupnya. Apabila pewakaf telah meninggal, maka rumah tersebut akan diserahkan kepada pihak majlis agam untuk disewakan atau dijadikan maahad tahfiz atau sebagainya. Bagi wakaf taklik ini, sekiranya pewakaf ingin membatalkan niatnya untuk berwakaf, maka ia dibolehkan. Namun bagi wakaf yang lain, perkara ini ditegah kerana ia dilihat zalim kerana wakaf adalah hak Allah sebagai contoh seorang pewakaf mewakafkan RM10 ribu namun beliau ingin membatalkan, maka hukumnya adalah ditegah. Berbeza pula dengan zakat, ia adalah hak hamba yang mana zakat menjaga kelansungan dan kebajikan asnaf. Wakaf pula adalah untuk mengayakan ummah, wakaf juga boleh merasai oleh non-Muslim. Namun dari sudut memberi harta wakaf, menerima harta dari non-Muslim perlulah diteliti yang mana harta tersebut perlulah patuh syariah dan halal di sisi Islam

S : Bagaimanakah prosedur yang dijalankan ke atas wakaf harta alih mengikut prinsip harta wakaf yang bersyarat kekal bagi membolehkan kelansungan manfaat?

J : Saya kira jawapan bagi soalan ini telah dirangkumkan oleh soalan terdahulu. Wakaf harta alih ini begitu mudah pelaksanaanya. Suka untuk saya sebut mengenai wakaf emas yang termasuk dalam cabang harta alih. Pelaksanaan wakaf emas dianggap tidak pelik pada zaman. Berbeza dengan harta alih yang alih, wakaf emas ini perlu lebih teliti dan antara langkah yang perlu dibuat apabila adanya pewakaf yang mewakafkan emas/ gold bar, maka pihak kami akan menangkap gambar emas tersebut, kedua pergi menjual emas mengikut harga pasaran dan yang paling penting, proses ini perlu dibuat pada hari yang sama memandang emas mempunyai nilai yang berbeza dari hari ke hari. Kemudian emas yang dijual tadi akan dileburkan nilainya dalam bentuk duit untuk disalurkan kepada dana wakaf. Seterusnya barulah pihak kami akan mengusahakannya ke arah aset yang berkekalan.

S : Adakah produk wakaf yang sedia ada dapat menyumbang kepada sumber ekonomi dan kemajuan umat Islam?

J : Alhamdulillah wakaf sangat menjana dan membantu ekonomi umat Islam. Kalau kita lihat di kebanyakan masjid, terdapat kiosk jualan yang diuruskan oleh wakaf negeri dan projek-projek pembinaan ini ada juga yang ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Wakaf Malaysia, maka hasil sewaan kiosk tersebut akan kita gunakan untuk maintenance kedai. Sebagai contoh yang terkini di Space U8 di Shah Alam yang mana kita telah membeli satu lot kedai dan sewaan itu akan dimanfaatkan. Banyak juga warga Palestin yang datang ke Malaysia untuk memohon sumbangan wakaf bagi mereka membeli tanah di sana kerana kebanyakan penempatan di Palestin telah pun dirampas oleh Yahudi Zionis

S : Bagaimana pula dengan wakaf kesihatan yang dijalankan di Selangor, adakah ia melibatkan alatan hospitality ataupun terdapat wakaf perkhidmatan menerusi perkhidmatan doctor/pakar perubatan

(18)

S : Apakah cadangan penambahbaikan pihak tuan untuk masa hadapan

J : Macam-macam. Bagi pihak kami sendiri, kami ingin memajukan tanah-tanah yang berpotensi untuk membangun, antara yang terbaru kami baru sahaja membuat majli pecah tanah iaitu tanah perumahan semi-d iaitu rumah di atas tanah wakaf, manfaat sewaan dan belian rumah ini kami akan pulangkan kepada kegunaan dan keperluan masjid dan surau. Apa-apa pun bila menyebut mengenai penambah baikan, kita memerlukan duit, jika tiada duit maka tiada gerak kerja dapat dibuat. Kedua cadangan untuk membina rumah warga tua yang bermatlamat mengumpulkan warga emas yang ingin menghabiskan sisa tua mereka untuk belajar agama dan mengaji al-Quran dengan kelengkapan kemudahan dan hospitaliti. Ketiga dalam perancangan untuk membuat rumah gelandangan dan yang terakhir membeli kapal terbang wakaf iaitu kerjasama dengan Eric Airline supaya orang awam yang ingin menunaikan umrah dan ziarah serta ibadah haji dengan harga yang lebih murah. Setakat ini projek wakaf airline ini dalam fasa pengumpulan dana.

S : Apakah kekangan yang dihadapi oleh PWS dalam melaksanakan wakaf berasaskan harta alih

(19)

Referensi

Dokumen terkait

Sejauh pengamatan peneliti, penelitian mengenai perbedaan adversity quotient pada mahasiswa yang mengikuti Objective Structured Clinical Skills (OSCE) berdasarkan motivasi

Perwakilan perusahaan berupaya mendekati tokoh- tokoh kunci baik tokoh formal (para petinggi desa dan pamong desa) maupun tokoh informal (tokoh masyarakat) dari desa-desa yang

Hasil : Uji Independent T Test menunjukkan tidak terdapat perbedaan yang bermakna (p>0,05) antara kelompok perlakuan dengan injeksi ketorolak dan

Tanah bengkok milik perangkat Desa Tawangrejo juga ada yang disewakan, dalam penyewaan aset Desa berupa tanah bengkok masyarakat ikut andil dalam pengelolaan aset Desa dengan

Hasil penelitian menunjukkan bahwa persentase responden yang kurang baik dalam melakukan praktik PHBS pencegahan TB Paru lebih banyak dijumpai pada kelompok

Jadi yang maksud dari judul penelitian ini adalah perasaan puas konsumen, dimana hasil yang didapat sesuai dengan harapan dan keinginan konsumen dalam berbelanja

Dengan dibentuknya Kecamatan Batang Serangan dan Kecamatan Sawit Seberang, maka wilayah Kecamatan Padang Tualang dikurangi dengan wilayah Kecamatan Batang Serangan sebagaimana

Meskipun total mikroba pada miso K3S2 lebih rendah dari kontrol namun produk ini masih bisa dikatakan aman dengan adanya penambahan garam yang dapat