• Tidak ada hasil yang ditemukan

KOMPONEN : SAINS PERPUSTAKAAN 1.3 Definisi dan Konsep Sains Perpustakaan dan Maklumat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KOMPONEN : SAINS PERPUSTAKAAN 1.3 Definisi dan Konsep Sains Perpustakaan dan Maklumat"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

KOMPONEN : SAINS PERPUSTAKAAN

1.3 Definisi dan Konsep Sains Perpustakaan dan Maklumat

Tahukah anda maklumat boleh didapati dari pelbagai sumber iaitu dalam perpustakaan atau di luar perpustakaan, contohnya buku, jurnal, agensi kerajaan, konferen, media, laporan penyelidikan, pangkalan data elektronik dan seterusnya. Dengan itu anda hendaklah menggunakan perpustakaan dengan efektif dan efisien agar semua sumber ini dapat diterokai dan dimanfaatkan dengan maksimum.

a) Definisi Sains Perpustakaan.

Sains perpustakaan satu bidang kajian yang saintifik untuk mengelola, mengurus dan mengatur semua bahan buku dan bukan buku di pusat sumber dan perpustakaan secara bersistematik. Dengan ini dapat memudahkan pengguna untuk mengenal bahan-bahan yang berbagai jenis, membuat kajian dan mempelajari berbagai bidang ilmu di perpustakaan.

b) Definisi Maklumat

“Maklumat ialah data yang diproses atau data yang memberi makna yang difahami. Contoh bilangan murid yang telah lulus peperiksaan yang dijalankan mengikut gred yang telah ditetapkan. Berdasarkan data itu dapat dibuat kesimpulan mengenai kelemahan murid-murid tersebut dan tindakan susulan dapat dibuat bagi meningkatkan prestasi.”

(Raymond McLeod JR)

“Data yang telah diproses menjadi maklumat yang dapat membantu dalam proses membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Maklumat ialah hasil dari sumber yang akhir (siap) dan sedia digunakan. Maklumat mempunyai nilai kerana ia membantu dalam proses membuat keputusan dan mengurangkan ketidakyakinan dengan meningkatkan tahap pengetahuan seseorang.”

(Raymond McLeod JR)

1.3.1 Jenis-jenis Sumber Maklumat 1.3.1.1 Sumber Primer

Sumber primer adalah hasil kerja asal, sama ada diterbitkan atau tidak, yang

memberikan pengetahuan baru atau kemajuan kepada pengetahuan yang sedia ada mengenai sesuatu perkara. Ia menjadi asas kepada sumber sekunder atau tertiar.

1.3.1.2 Ciri-ciri sumber primer:

i. Merupakan penemuan baru atau ilmu pengetahuan baru.

ii. Melapurkan penyelidikan yang asli.

(2)

iv. Biasanya sumber primer ini sukar dicapai kerana tidak disusun atau disenarai dengan sempurna atau berada di merata tempat.

v. Sumber-sumber ini ada yang diterbitkan dan ada yang tidak diterbitkan.

Contoh sumber primer yang diterbitkan ialah:

i. Terbitan berkala / terbiatan bersiri, Jurnal. ii. Lapuran penyelidikan.

iii. Penerbitan kerajaan / penerbitan rasmi. iv. Paten.

v. Piawaian.

vi. Disertasi / tesis (jika diterbitkan sebagai artikel atau buku). vii. Prosiding, konferens.

Sumber-sumber yang tidak diterbitkan termasuklah:-

i. Kertas kerja (dari seminar, konvensyen, persidangan, symposium, bengkel, kolokium, perbincangan, kongres dll).

ii. Fail syarikat. iii. Fail peribadi. iv. Surat menyurat

v. Diari, memo

vi. Buku nota / makmal. vii. Temuramah.

viii. Rakaman audio. ix. Lukisan.

x. Pemerhatian.

xi. Lapuran penyelidikan / teknikal yang terhad edarannya. xii. Latihan ilmiah / tesis / disertasi.

Nota:

i. Oleh sebab sumber primer ini merupakan maklumat asal (first hand information) yang dihasilkan penulis atau penyeldidik, ia merupakan maklumat yang sangat baik dan berwibawa.

ii. Gunakan kebijaksanaan sendiri sama ada ingin memasukkannya ke dalam senarai bacaan atau rujukan, terutamanya jika ia merupakan suatu rujukan yang perlu serta penting berikan sebagai petikan (citation).

(3)

1.3.1.3 Sumber Sekunder.

Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan abstrak atau indeks. Rujukan kepada artikel asal adalah dalam format bibliografi atau abstrak yang diterbitkan.

1.3.1.4 Ciri-ciri Sumber Sekunder.

i. Ia bukanlah maklumat atau ilmu pengetahuan baru.

ii. Ia menyusun sumber primer dengan lebih sistematik supaya senang diakses.

iii. Ia lebih merupakan penilaian, komen, ringkasan atau pemeriksaan ke atas karya atau penyelidikan seseorang mengenai sesuatu perkara dan sebagainya.

1. Walaupun sumber sekunder begitu berguna untuk mengesan sumber lain, perlulah berhati-hati dalam menilai sumber ini sama ada ianya berwibawa atau berat sebelah atau condong ke arah tertentu (bias).

1.3.1.5 Contoh sumber-sumber sekunder ialah:

i. Terbiatan berkala / terbiatan bersiri /jurnal (yang memberi laporan tetnang perkembangan sumber primer).

ii. Perkhidmatan indeks dan abstraks. iii. Ulasan (reviews)

iv. Buku teks / monograf. v. Bahan-bahan rujukan atas. vi. Ensiklopedia

vii. Kamus / glosari / istilah. viii. Buku panduan (handbook).

ix. Jadual. x. Formula.

xi. Pangkalan data.

 Sumber sekunder boleh wujud dalam format bercetak atau tidak bercetak.

1.3.1.6 Sumber Tertiar.

Ia juga dikenali sebagai sumber umum. Ia merupakan maklumat yang telah diterima umum dari sumber-sumber primer. Sumber tertiar boleh didapati dalam bentuk buku teks, pangkalan data, ulasan artikel, kompendia dan panduan praktis. Laman web juga menyediakan banyak sumber dari kategori ini.

a) Ciri-ciri Sumber Tertiar.

Sumber tertiary dapat membantu mengesan sumber primer dan sumber sekunder.

(4)

i. Buku tahunan.

ii. Bibliografi kepada bibliografi.

iii. Panduan kepada penerbitan (Guides to the literatures). iv. Panduan kepada perpustakaan.

v. Panduan kepada sumber maklumat. vi. Panduan kepada organisasi.

1.3.2 Jenis-jenis Pencarian

a. Pencarian Boolean Logic

Using Boolean terms to refine your search

George Boole, an English Mathematician has produce algebra of logic

Booleans are simple terms that can be added to your search words to make the results more flexible or specific. Using boolean terms in your search will also greatly increase the accuracy of your queries, providing you with the best job matches. Familiarizing yourself with the logic of these boolean searches will help you get better results.

i. Boolean Term: AND

The boolean expression AND narrows your search. This is the default when you search for more than one word. A search for technical writer is the same as a search for technical AND writer. When you search for technical writer or technical AND writer you are saying find the word technical in the same document as the word writer. The search engine discards all results except those that have both terms. If just one word appears, it will not be displayed.

ii. Boolean Term: OR

Booleans are a bit easier to understand when you know about both OR and AND. The boolean expression OR broadens your search. A search for manager OR supervisor requires that a document have either of these terms. This is useful where

Latihan

(5)

two different words have similar meanings and are used interchangeably. If just one word appears in a document, it will be displayed.

iii. Boolean Term: NOT

The expression NOT works very much as you would expect it to. The word following NOT must not appear in a document for the search engine to return it. If you were to search for research NOT sales, you would receive results that mention research without the word sales in them.

iv. Boolean Term: ( ) (parentheses)

Terms can be grouped together with parentheses. This is useful when you become proficient in boolean searches and would like to ensure the results of multiple boolean terms are correct. A search for project AND (manager OR supervisor) will return any document mentioning project manager or project supervisor. Searching for (project AND manager) OR supervisor will bring results with project manager or the term

supervisor alone.

v. Quotation Marks: " "

(6)

phrase, searching for "analytical chemist", Medzilla will only return documents with the terms right next to each other.

vi. Boolean Term: * (the asterisk wildcard)

As the name implies, * can be substituted for any amount of letters. This is particularly useful to include all words with a certain term and any suffix after it. Simply apply the asterisk to the end of a term and it will return all documents containing that term, followed by anything. For example: biostatistic* will find biostatistician or biostatistics or biostatistical

b. Pencarian Truncation (Truncation Search)

Truncation search enables to retrieve in one search all terms beginning with the same character string. For example, truncating a search term allows you to retrieve singular or plural forms of a word and different spellings of a word or name. There is no truncation symbol in the system.

I. To perform truncation search,

i. Click on “Search Type” to select the field to conduct a truncation search among title, author, publisher, subject and all.

ii. In “Search Term” type any keyword.

Example: Search

i. In the preceding example, you retrieve all records that contains words beginning with the character string s-e-a-r-c-h. For example, you retrieve records containg the words search, searches, searching, searcher, and searchers.

1) Set Sear ch Limits

i. You may limit your search result by several qualifiers. Searches can be narrowed, for example, to an individual library by selecting a library from the available selections under options.

ii. In order to restrict a search, specify “Search Limits” before you search by type of material or medium and date (publication year).

(7)

2) Set Display Format

Before conduct a search, display format may be defined.

i. Click the “Max. No. Items/Page” to select the number of records to display per page. ii. Click the “Max. No. of Result Items” to select the number of records to retrieve. iii. Click the “Search” button to begin.

I. Start Over

i. Click the “Reset” button to clear the search and start over.

c. Pencarian dalam Pencarian (Search within search )

Want to add value to your current search? Allow your users to search from within search results. As databases grow the necessity for the user to continually narrow a search to the item that they truly want will grow also.

The following example utilizes our db on Perlis State capitals.. Upon the first search two radio buttons will appear indicating a search (default) or a search within the current results.

Searching within the current results will take the first search and add it to the new search and so on. Note the db only has 50 observations in it. For best results search on a letter and search for another letter within those results.

1.3.3 Sumber-sumber Maklumat a. Katalog

i. Katalog ialah rekod kemaskini mengenai koleksi sesebuah pusat sumber dan juga merupakan wakil buku dan bukan buku dalam pusat sumber.

Anda boleh melayari laman web: http://www.codeave.com

(8)

ii. Katalog digunakan bertujuan untuk memudahkan pembaca mencari bahan/maklumat.

iii. Terdapat beberapa jenis katalog seperti berbentuk kad, buku, visible indeks, mikrofis dan data buku dalam komputer komputer (OPAC). iv. Terdapat tiga jenis kad katalog iaitu kad pengarang, kad judul dan kad

perkara.

v. Kad-kad tersebut disimpan atau disusun dalam laci-laci kabinet katalog yang biasanya diletakkan pada sudut atau ruang yang mudah dilihat. vi. Tiap-tiap laci dilabelkan dengan huruf dan perkataan yang

menunjukkan susunan kad-kad dan jenis indeks untuk memudahkan para pengguna membuat rujukan.

b. Kamus

Buku yang mengandungi kata-kata yang disusun menurut abjad dengaan keterangan tentang perkataan dinyatakaan dalaam bahasa yang sama ataaau dalam bahasa yang lain. Bahan yang menerangkan tentang perkataan-perkataan, sebutan, ejaan, asas perkataan, penggunaan perkataan tersebut dalam ayat, imbuhan, makna seerti, terjemahan dan jenis perkataan.

Contoh-contoh Kamus

Kamus Dwibahasa, Kamus Dewan, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Kamus Arab dan sebagainya.

c. Ensiklopedia

Bahan yang mengandungi pelbagai maklumat dalam semua bidang ilmu pengetahuan.

Menjelaskan prinsip-prinsip umum yang asas serta penerangan ringkas mengenai definasi, gambaran, penjelasan, sejarah, kedudukan semasa, statistik dan bibliografi. Bertujuan untuk menjadi bahan rujukan: mengandungi artikel-artikeel penyelidikan, bibliografi bidang-bidang tertentu, data-data ringkas seperti nama orang, tarikh lahir, tempat-tempat geografi dan peristiwa-peristiwa.

Bibliografi di akhir setiap artikel adalah bertujuan untuk pembaca membuat rujukan lanjut.

Contoh-contoh Ensiklopedia

(9)

d. Kamus Biografi

Merupakan sketsa riwayat hidup yang disusun mengikut abjad menggunakan nama keluarga (surname). Maklumat yang diberi adlah keterangan ringkas mengenai tokoh-tokoh terkenal seperti kehidupannya, minat, pendidikan, latarbelakang, kedudukan dan alamat yang dinyatakan secara gabungan.

Jenis-jenis kamus Biografi:

Universal (tidak terbatas kepada negara atau profesion) Kebangsaan (meliputi negara tertentu bagi semua profesion)

Profesional (terhad kepada tokoh-tokoh di dalam bidang tertentu sama ada universal atau kebangsaan)

e. Almanak/ Buku Tahunan

Almanak ialah satu komponen data-data dan statistik penting mengenai negara, tokoh-tokoh, peristiwa dan sebagainya. Diterbitkan tiap-tiap tahun atau dua tahun sekali. Almanak lebih umum dan Buku Tahunan lebih khusus (mengendalikan perkara-perkara tertentu sahaja). Tujuan Buku Tahunan ialah untuk merekodkan aktiviti tahunan nagi negara atau bidang-bidang tertentu:untuk menunjukkan aliran (trend) perkembangan tamadun sebagai kunci kepada maklumat tambahan kerana memberikan punca maklumat. Terdapat Buku Tahunan Khusus yang mencatitkan nama tokoh-tokoh utama dlam sesuatu bidang dengan alamat dan sejarah hidup ringkas.

Contoh-contoh almanak/ Buku Tahunan

Reader’s Digest Almanac and Yearbook, World Almanac and Book of Facts, Malaysia Yearbook.

f. Direktori

Suatu senarai mengenai orang atau organisasi yang disusun secara sistematik, mengikut susunan abjad atau nombor pengkelasan: mengandungi alamat: afiliasi (afiliations) untuk individu. Ia juga mengandungi alamat, fungsi, staf dan lain-lain data mengenai organisasi.

Contoh-contoh Direktori

The Foundation Directory, American Universities and Collages, Direktori Telefon, Directory of Special Libraries and Information Centres.

g. Gazetir

(10)

semasa dan edisi lama memberikan maklumat sejarah mengenai tempat-tempat itu. Biasanya terdapat di dalam atlas dan ada juga dibuat berasingan. Merupakan indeks tidak langsung untuk mengesan maklumat mengenai tempat-tempat.

Contoh Gazetir

Columbia-Lippincott Gazzetter of the World.

h. Bibliografi

Nama yang diberikan untuk suatu senarai buku-buku, manuskrip dan lain-lain penerbitan, diterang dan disusun secara sistematik. Bibliografi terdiri daripada beberapa jenis. Bibliografi Umum tidak terhad kepada seseorang pengarang, perkara, negara atau jangka masa. Bibliografi Pengarang adalah senarai karya-karya yang dihasilkan oleh seseorang pengarang. Bibliografi perkara pula terhad kepada suatu perkara sahaja. Bibliografi Kebangsaan atau Wilayah pula mengandungi bahan berkaitan dengan sesebuah negara atau wilayah. Dan Bibliografi Perdagangan tertumpu kepada perniagaan buku dan membekalkan maklumat untuk membeli dan menjual buku.

i. Indeks

Tidak memberikan maklumat tetapi menunjukkan di manakah maklumat itu boleh didapati. Contoh Indeks buku menunjukkan muka surat yang mengandungi maklumat yang dicari.

Indeks untuk bahan berkala

i. Indeks am: meliputi banyak jenis bahan berkala (umum atau khusus) ii. Indeks perkara: mengandungi bahan bukan sahaja dari bahan berkala

tetapi juga buku, risalah, laporan dan lain-lain dokumen. iii. Indeks surat khabar

iv. Indeks Serials

v. Indeks bahan dalam koleksi sajak, drama, fiksyen, lagu-lagu dan lain-lain.

vi. Indeks online: CD ROM

j. Buku Laporan Tahunan

Buku Laporan tahunan merupakan rujukan yang berguna dan mudah tentang negara dan industri. Memuatkan maklumat-maklumat pentadbiran, pengurusan, peristiwa, aktiviti-aktiviti yang sebagainya tentang sesebuah negara, pertubuhan dan industri yang dijalankan sepanjang tahun itu. Segala maklumat mutakhir dibuatkan secara jelas dan tepat untuk memudahkan pembaca memanfaatkannya. Buku ini biasanya diterbitkan oleh dewan perniagaan, jabatan kerajaan atau syarikat perniagaan.

Maklumat yang terkandung di dalam Buku Laporan Tahunan termasuklah:

(11)

Buku Tahuanan Perangkaan Malaysia

k. Buku Panduan/Direktori

Buku Panduan atau Direktori lebih terkenal sebagai buku alamat. Buku ini memuatkan maklumat tentang orang ramai, tmpat, organisasai individu, keahliannya, data organisasi, alamat dan nombor telefonnya sekali. Maklumat disusun secara sistematik berdasarkan urutan abjad atau kelas.

l. Peta/Atlas

(12)

KOMPONEN : SAINS PERPUSTAKAAN

1.8 Pusat Sumber dan Agensi-Agensi Maklumat

Umumnya sumber pengajaran di bahagikan kepada 2 komponen iaitu

 Sumber manusia

 Sumber bukan manusia

Sumber Manusia Sumber Pengajaran

Sumber bukan manusia

Bahan Cetak

Bahan Audio

Bahan Tayang

Bahan Bukan Tayang

Guru-guru

Rakan Sebaya

Pelajar

Pakar-pakar dalam bidang tertentu

Sistem Video

Diletakkan di dalam satu tempat untuk memudahkan pengurusan dan penggunaan

(13)

Tahukah anda negara kita mempunyai pelbagai dasar bagi menjamin perjalanan sesuatu sektor itu lancar dan mengikut garis panduan yang telah dirangka berdasarkan kehendak negara. Dasar negara bagi perpustakaan dan perkhidmatan maklumat (DNPPM) telah diluluskan oleh kerajaan pada bulan Jun 1989. Bagi pelaksanaan dasar tersebut pihak Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai penyelaras.

Terdapat pelbagai jenis pusat sumber seperti pusat sumber sekolah, pusat kegiatan guru, pusat sumber pendidikan negeri dan lain-lain. Namun begitu fungsinya tetap sama, hanya penggunanya yang berbeza, contohnya perpustakaan akademik memberi perkhidmatan kepada komuniti akademik seperti tenaga pengajar, para siswa dan penyelidik di institut pengajian tinggi. Manakala Perpustakaan Negara pula memberi perkhidmatan kepada parlimen, kementerian dan jabatan kerajaan sementara perpustakaan awam menyediakan perkhidmatan untuk orang ramai yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat.

a. Pusat sumber sekolah

Pusat Sumber sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis.

Pusat Sumber menyediakan maklumat perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan kearah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.

Objektif Pusat Sumber Sekolah

1. Meningkatkan mutu pengajaran pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah.

2. Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanuya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.

3. Memupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaaan makljmat secara sistematis.

4. Membantu pelajar dan guru menghasilka, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran

5. Mengadakan perkhidmatan untuk memenehi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar-pelajar

6. Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.

b. Pusat Kegiatan Guru (PKG)

(14)

dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan pengurusan pusat sumber sekolah. Ia selaras dengan matlamat pendidikan bestari dan Falsfah Pendidikan Negara.

Pusat Kegiatan Guru juga dijadikan pusat perkembangan professional untuk guru-guru dan masyarakat setempat.

Objektif Pusat Kegiatan Guru.

1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen.

2. Mengumpulkan dan menyebar maklumat profesionalk pendidikan khususnya dalam kenopen ke sekolah-sekolah.

3. Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS).

4. Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.

5. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat. 6. Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti professional pendidikan untuk

guru-guru dan masyarakat setempat.

c. Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN)

Pusat Sumber Pendidikan Negeri mempunyai konsep yang bertujuan untuk

mengendalikan dua fungsi, iaitu sebagai pusat sumber dan juga sebagai pusat kegiatan guru. Oleh itu dari segi konsepnya PSPN boleh dianggap sebagai satu tempat di mana guru-guru dengan bimbingan ahli-ahli perunding pakar-pakar atau kakitangan sumber kesemuanya sama-sama mengeluarkan bahan-bahan kurikulum (dalam bentuk kebendaan dan bukan kebendaan) mengguna dapatan-dapatan penyelidikan, dan menyedia atau menerima pendidikan dalam perkhidmatan dengan pertimbangan untuk menambahkan lagi kecekapan ikhtisas guru-guru bagi memenuhi keperluan pendidikan myang semakin bertambah (BPPP, 1980).

Satu lagi konsep yang berkaitan dengan konsep di atas ialah PSPN merupakan sebuah organisasi guru, untuk guru dan oleh guru, di mana daya usaha diberikan kepada guru. Di mana dan bila masa yang boleh, munasabah dan berpatutan, guru-guru akan diberi

kesempatan mencadang, membina dan mengepalai aktivit-aktiviti ikhtisas seperti menjalankan kursus dalam perkhidmatan dan seumpamanya (BPPP, 1980).

Guru-guru dengan daya usaha dan inisiatif sendiri serta secara sukarela merancang aktivit-aktiviti yang berkaitan dengan kurikulum dan pengajaran dengan bantuan pakar-pakar kurikulum dan reka bentuk dan pengembangan pengajaran dari PSPN. Dalam

mempertahankan konsep sebuah organisasi guru, amalan birokrasi yang ketat hendaklah dikurangkan ke tahap yang paling minimum. PSPN tidak seharusnya dijadikan satu lagi cabang birokrasi kerana konsep penubuhannya berasaskan kepada prinsip, “ Saya dating ke PSPN adalah di atas pilihan saya sendiri” (Wan Zahid, 1979).

(15)

Objektif Pusat Sumber Pendidikan Negeri

i. Menyediakan perancangan bagi aktiviti membina dan menyebarkan

bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media kepada sekolah-sekolah.

ii. Merancangkan, melaksanakan, dan mengawal selia projek inovasi,

projek perintis, dan projek khas yang berkaitan dengan teknologi pendidikan dan teknologi maklumat di sekolah.

iii. Merancangkan, melaksanakan, dan menilai keberkesanan program

kemajuan staf di Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru.

iv. Merancangkan dan menjalankan penyelidikan dan penilaian terhadap

produk, pelaksanaan program dan projek, dan keberkesanan penggunaan media dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

v. Memberikan sokongan, bimbingan, dan galakan kepada sekolah dalam

hal-hal yang berkaitan dengan pembinaan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran; dan pengurusan serta penggunaan pusat sumber.

d. Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP).

Bahagian Teknologi Pendidikan diwujudkan dalam tahun 1972 dengan nama Bahagian Perkhidmatan Sebarang Pendidikan untuk memberi perkhidmatan siaran radio pendidikan, perkhidmatan alat pandang dengar, dan perkhidmatan siaran TV Pendidikan ke sekolah-sekolah. Dalam tahun 1988, Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan bertukar nama kepada Bahagian Teknologi Pendidikan apabila fungsinya diperluas bagi merangkumi perkhidmatan pusat sumber.

Dalam tahun 1996, struktur Bahagian Teknologi Pendidikan diperluaskan lagi apabila Pusat Sumber Pendidikan Negeri di Semenanjung, Bahagian Teknologi Pendidikan di Sabah dan Sarawak, dan Pusat Kegiatan Guru diletakkan di bawah pentadbiran BTP. Ini diikuti dengan Pasukan Projek Rintis Sekolah Bestari dalam tahun 2000.

Perkembangan BTP, sejak awal pewujudannya sehingga ke hari ini, adalah sejajar dengan keperluan dan perkembangan dalam bidang pendidikan negara dan juga

perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pada hari ini, BTP diberi tanggungjawab mempertingkatkan dan memperluas aplikasi teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.

Objektif Bahagian Teknologi Pendidikan

i. Mewujudkan kesedaran dan memupuk sikap pentingnya peranan teknologi pendidikan di dalam perkembangan dan kemajuan pendidikan di negara ini.

ii. Memberi khidmat bantuan yang boileh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran, khususnya untuk faedah sekolah-sekolah di luar Bandar.

(16)

iv. Menggayakan program pendidikan dan melaksanakan sebarang pembaharuan dalam system pendidikan yang berkaitan dengan penggunaan media teknologi.

v. Memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal ke arah penggunaan media teknologi pendidikan secara berkesan.

vi. Menyebarkan maklumat mengenai pembaharuan dan perkembangan dalam bidang pendidikan kepada pelajar, guru dan ibu bapa.

e. Jenis-jenis Perpustakaan i. Perpustakaan Akademik

Dasar kerajaan yang memberi perhatian utama kepada sektor pendidikan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan memberi peruntukan kewangan yang besar

membolehkan perpustakaan akademik dianggap sebagai perpustakaan yang termaju di negara ini jika dibandingkan dengan perpustakaan-perpustakaan lain seperti

perpustakaan awam, perpustakaan sekolah atau perpustakaan khusus.

Perpustakaan akademik terdapat di semua institusi pengajian tinggi, maktab-maktab perguruan, politeknik-politeknik, kolej-kolej matrikulasi, kolej-kolej awam dan kolej-kolej swasta

Perpustakaan akademik telah wujud lebih daripada 10 tahun di mana perolehan

bahannya melebihi 200, 000 koleksi termasuk buku, jurnal, bahan elektronik dan bukan elektronik.

Objektif Perpustakaan Akademik

 Memenuhi keperluan maklumat Institusi Pendidikan atau Latihan dalam kegiatan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan perundingan

 Mengoptimumkan penggunaan pelbagai kemudahan dan sumber maklumat

 Memperkukuhkan program pendidikan pelanggan ke arah pembelajaran sepanjang hayat

ii. Perpustakaan Khas

Perpustakkan Khas merupakan sebuah organisasi atau badan Kerajaan yang menyediakan perkhidmatan khusus kepada pengguna organisasi atau mempunyai koleksi khusus dalam bidang berkaitan dengan atau bagi kepentingan organisasi induk. Perpustakaan Khas juga dikenali sebagai Pusat Sumber,Pusat maklumat dan Pusat rujukan

Objektif Perpustakaan Khas

(17)

 Bekerjasama di kalangan ahli dan Perpustakaan Negara Malaysia ke arah

pembangunan sumber manusia di Perpustakaan Khusus Perkhidmatan Guna sama.

 Sebagai saluran untuk mengemukakan masalah perkhidmatan dan yang berkaitan dengan Perpustakaan Negara Malaysia dan mengatasinya bersama.

 Menghubungkan siraturrahim pegawai perpustakaan khusus perkhidmatan guna sama melalui perjumpaan dan program-program yang berbentuk professional dan separa professional

 Mewujudkan satu panduan pengurusan perkhidmatan khidmat nasihat dan khidmat perundingan.

 Memastikan khidmat nasihat dan perundingan yang cemerlang dan berkesan serta memenuhi keperluan pengguna mengikut perkembangan semasa.

iii. Perpustakaan Awam

Perpustakaan awam terdapat di seluruh negeri dengan tujuan untuk memastikan semua masyarakat tanpa mengira kaum dan peringkat umur mendapat kemudahan membaca dan menggunakaan peralatan moden yang lain seperti perkakasan dan perisian komputer, televisyen, radio, pemain kaset video dan sebagainya bagi menambahkan ilmu pengetahuan maklumat mutakhir dalam menjalani kerja seharian mereka. Bahan rujukan di perpustakaan awam tidak kira buku atau media elektronik moden sentiasa diperbaharui dari masa ke semasa untuk memastikan pengguna mendapat

perkhidmatan terbaik.

Objektif Perpustakaan Awam.

Antara objektif penubuhan perpustakaan ialah:

 Menanam dan mengukuh tabiat membawa di kalangan masyarakat awam supaya menjadi masyarakat yang berilmu dan celik IT.

 Mengaplikasikan teknologi tinggi sebagai penjana maklumat dengan efektif dan efisyen.

 Memberi perkhidmatan berorientasikan pengguna sepenuhnya.

iv. Perpustakaan Negara Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia berperanan penting sebagai teras khazanah ilmu dalam

memupuk budaya membaca di kalangan masyarakat terutamanya menjelang alaf baru.

Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab Perpustakaan Negara Malaysia untuk

menyelaras pembangunan prasarana perkhidmatan perpustakaan dan maklumat di

seluruh negara bagi memastikan agar seluruh masyarakat dapat menikmati kemudahan

perkhidmatan maklumat yang berkesan.

Tanggungjawab ini termaktub dalam

Akta

Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987

(18)

Objektif Perpustakaan Negara Malaysia

 Menyediakan bagi penggunaan generasi masa kini dan masa depan satu koleksi sumber-sumber perpustakaan di peringkat kebangsaan;

 Memudahkan penggunaan di seluruh negara sumber-sumber perpustakaan yang terdapat di dalam dan di luar negeri; dan

 Mengadakan kepimpinan dalam perkara- perkara yang berkaitan dengan perpustakaan.

Latihan

Referensi

Dokumen terkait

tumbuh liar di hutan dan berbuah umumnya satu tahun sekali dengan masa musim yang cukup pendek. Umumnya buah eksotik tersebut berasa asam manis dan dikonsumsi

Seramai 305 responden atau 89.7 peratus bersetuju bahawa penyeliaan pengajaran dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran; seramai 230 responden atau 67.0 peratus

Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai tanggapan yang positif terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah-sekolah; amalan penyeliaan pengajaran

manfaat dari penelitian ini adalah membantu Columbus Palembang dalam menyusun basis data terdistribusi yang sesuai dengan kebutuhan perusahaan serta menyelesaikan permasalahan yang

Pelaksanan  upacara  pasupati  paica  di Pura  Telagasari  memiliki  fungsi  keindahan tersendiri.  Keindahan  tersebut  terlihat  dari perbedaan  pelaksanan 

Penelitin ini bertujuan untuk mengetahui hubungan spasial nilai PDRB antar kabupaten/kota yang ditunjukkan dalam model serta mengetahui pengaruh faktor tenaga kerja

4.2 Menyampaikan informasi secara lisan dengan lafal yang tepat dalam kalimat sederhana meliputi kata sapaan (تايحتلا ءاقلإ), kata ganti tunggal مسا درفملل

Secara simultan, kualitas Mandiri Mobile yang terdiri dari variabel mobile banking reliability and responsiveness, assurance and security, convenience in banking,