• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAMADUN ISLAM DI TANAH MELAYU DISKURSI A

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TAMADUN ISLAM DI TANAH MELAYU DISKURSI A"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

TAMADUN ISLAM DI TANAH MELAYU: DISKURSI ANTARA PERANAN PONDOK DAN PENJAJAH BRITISH.

Oleh,

Prof. Dr Badlihisyam Mohd Nasir, Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia,

81310 UTM Johor Bahru, Johor.

Telefon: 07-5557664 Email: badlihisham@utm.my

Prof. Madya Dr. Rahimin Affandi Abd. Rahim, Dr Ridwan Ahmad & Tengku Maizura Binti Tengku Yahya

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,

Lembah Pantai 50603, Kuala Lumpur. Telefon : 03-79676080/ 012-3192177. Email : faqir_ila_rabbih@um.edu.my

1. Pengenalan

Memandangkan penulisan sejarah Tanah Melayu diasaskan penulisannya oleh sejarawan penjajah ataupun terdidik daripada disiplin barat, maka sejarah Tanah Melayu sering diselewengkan dalam bentuk mendedahkan peranan penjajah British yang berlebihan dalam membangunkan tamadun Tanah Melayu. Walaupun diakui sumbangan penjajah yang agak banyak tetapi ianya terhad untuk kepentingan sosio-politik dan ekonomi penjajah British semata-mata. Dalam artikel ini kita akan menganalisa hujah sumbangan British dalam membangunkan tamadun di Tanah Melayu dengan mendedahkan peranan Pondok dalam tiga aspek utama; memasyarakat hukum Islam, memajukan budaya ilmu dan menyuntik elemen nasionalisme sejati dalam masyarakat Melayu.

2. Teori Kuasa British Dalam Pemodenan Tanah Melayu

Dalam konteks sejarah Alam Melayu, kebanyakan Sarjana Barat telah mengaitkan proses pemodenan yang timbul adalah kerana faktor penjajahan kuasa barat, khususnya pihak British dan menolak hujah bahawa Islam meninggalkan pengaruh yang baik ke atas masyarakat Melayu. Antara elemen pemodenan yang kononnya telah dibawa masuk ataupun dipaksakan1

ke atas masyarakat Melayu oleh kuasa penjajah British adalah;

1. Mewujudkan kemudahan infrastruktur moden seperti sistem jalanraya, talian telefon, Hospital dan sebagainya.2

2. Mewujudkan sistem pendidikan vernakular ala British untuk tiga etnik kaum yang berbeza.3

1 Hadijah Rahmat (2001), In Search Of Modernity : A Study Of The Concepts Of Literature, Authorship And Notion Of Self In Traditional Malay Literature, Kuala Lumpur : DBP, h. 19-22.

2 T.N. Harper (1999), The End Of Empire And The Making Of Malaya, Cambridge, h. 18-26.

(2)

3. Menanamkan sikap yang lebih terbuka dan keberanian untuk mengkritik kepincangan yang dilakukan oleh Pembesar Melayu.

4. Memperkenalkan sistem pentadbiran di semua peringkat yang lebih tersusun termasuklah dalam sektor berkaitan dengan Islam.4

Di zaman terkemudiannya, teori ini mula dicabar oleh sarjana Malaysia. Impak negatif yang terhasil daripada dasar penjajah British dapat dikesan dalam beberapa aspek. Antaranya;

2.1 Merubah Demografi Masyarakat Tanah Melayu.

Sebelum kedatangan kuasa penjajah barat, masyarakat Alam Melayu telah pun mempunyai pengalaman berinteraksi dengan pelbagai bentuk masyarakat majmuk (India, China, Jawa, Parsi dan Arab) tanpa mengalami apa-apa masalah sehingga kesemuanya dapat hidup secara harmonis dan bertoleransi.5 Keadaan ini mula berubah dengan kedatangan kuasa

ras Caucasian Eropah, pada mulanya sebagai pedagang biasa yang menawarkan barangan merbahaya seperti senjata api canggih dan candu. Kemudiannya, status ini mula berubah apabila pedagang Eropah bergabung sesama mereka membentuk kelompok Syarikat besar seperti (East Indian Company) yang bertindak melanggar amalan hubungan harmonis masyarakat Alam Melayu dengan memperkenalkan pendekatan kapitalisme dan monopoli mutlak tanpa mempedulikan kebajikan puak yang lain. Dalam banyak hal, ras pedagang Eropah ini telah menjalankan urusniaga secara tipu helah, putar belit, penindasan dan penjajahan ke atas ras kaum lain. Apa yang cukup memalukan adalah penindasan ini telah dijustifikasikan dengan nama agama (tujuan penyebaran agama Kristian) dan tugas mentamadunkan ras bangsa bukan Caucasian yang kononnya perlu ditamadunkan melalui kaedah penjajahan.6

Pihak British sebenarnya hanya mementingkan keuntungan material semata-mata dengan mengaut sebanyak mungkin hasil bumi Tanah Melayu untuk dibawa balik ke Britain. Hal ini terserlah dengan pengenalan sistem ekonomi kapitalisme colonial, yang bercirikan;7

1. Penguasaan yang menonjol dan pengerahan modal oleh kekuatan ekonomi asing.

2. Penguasaan terhadap jajahan oleh kuasa asing yang bertindak menurut kepentingannya sendiri.

3. Tingkat tertinggi daripada unsur perdagangan dan industri semuanya dikuasai oleh komuniti penguasa asing.

4. Arah perdagangan eksport dan import Negara disesuaikan dengan kepentingan penguasa asing.

5. Lebih condong kepada pola pengeluaran pertanian daripada perusahaan. 6. Pengembangan keterampilan teknologi dan ilmu pengetahuan sangat sedikit. 7. Organisasi pengeluaran melibatkan tenaga kerja setengah bebas.

8. Ketiadaan kesatuan sekerja atau organisasi buruh untuk melakukan tindakan pemerasan. 9. Sebahagian besar penduduk peribumi tidak terlibat langsung dengan perusahaan kapitalis.

4 Moshe Yegar (1979), Islam And Islamic Institutions In British Malaya, Jerusalem, h. 187-234.

5 Idris Zakaria, (2003), ”Islam Dan Amalan Toleransi Di Nusantara”, Dalam Jaringan Dakwah Malaysia Indonesia, Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan, Ukm Dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (Umsu), h. 150-164.

6 Sivachandralingam Sundara Raja (2001), “ Sumbangan Pedagang Negeri (Country Traders) Dalam Penulisan Sejarah Malaysia”, Dalam (Ed. Oleh Mohammad Redzuan Othman) Jendela Masa; Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato’ Khoo Kay Kim, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, h. 85-94.

(3)

2.2. Perubahan Bentuk Sosio-Politik Dan Ekonomi Masyarakat Tanah Melayu.

Pihak penjajah British melalui medium politik (bertindak sebagai Penasihat Raja-raja Melayu) telah memperkenalkan pelbagai dasar sosio-ekonomi yang bersifat berat sebelah yang lebih menguntungkan kepentingan mereka, berbanding dengan kebajikan masyarakat pribumi Melayu sendiri. Dengan kemasukan buruh asing daripada China dan India bagi tujuan menjana perkembangan ekonomi kapitalis penjajah British, yang memerah hasil bumi Tanah Melayu semaksimum mungkin, pihak British telah mengubah bentuk masyarakat yang sedia ada di Tanah Melayu. Secara jelas beberapa perubahan masyarakat telah timbul, seperti; 1. Dominasi dan ketuanan yang dimiliki oleh masyarakat Melayu melalui sektor politik,

sosial dan ekonomi telah mula terhakis.

2. Walaupun pihak penjajah British sering mendakwa mereka menjaga kebajikan masyarakat Melayu, tetapi hal ini tidak berlaku kepada masyarakat Melayu pada keseluruhannya, kerana mereka lebih bertindak bias hanya kepada golongan elit Pembesar Melayu semata-mata.

3. Pihak British tidak menyediakan suasana dan kefahaman yang kondusif ke arah mewujudkan perpaduan dikalangan masyarakat di Tanah Melayu. Sebaliknya mereka telah meletakkan asas perpecahan di kalangan masyarakat majmuk, sebagai contohnya menyediakan sistem pendidikan yang berbeza mengikut etnik yang berbeza. Masyarakat India dan China telah diberikan Kurikulum Pendidikan yang lebih berorientasikan tanah Besar China dan India, manakala masyarakat Melayu telah diberikan sistem pendidikan berbentuk kemahiran asas yang terhad bagi menjadikan mereka Petani dan Nelayan yang lebih baik sedikit berbanding dengan orang tua mereka.

4. Dasar pembahagian masyarakat Tanah Melayu mengikut kawasan dan status pekerjaan yang berbeza. Kesemua masyarakat awam, terdiri dari masyarakat Melayu, China dan India digunakan hanya untuk memberikan perkhidmatan kepada kuasa British dan sesetengah Saudagar China dan Pembesar Melayu yang tinggal di kawasan Bandar. Kawasan Bandar dan tempat strategik di Tanah Melayu seperti kawasan Lombong, Ladang Getah dan Pelabuhan Besar telah disediakan kemudahan infrastruktur yang baik, yang tidak dapat dinikmati oleh kebanyakan penduduk awam biasa.

2.3. Penerapan Fahaman Sekularisme (Fahaman Anti Agama) Di Dalam Masyarakat Melayu-Islam.

Sejarah telah mencatatkan bagaimana pada peringkat awalnya, kuasa penjajah British di Alam Melayu telah menjalankan dasar yang tidak campurtangan dalam soal agama dan adat resam, tetapi secara realitinya hal yang sebaliknya telah berlaku apabila pihak British turut mencampuri kedua-dua bidang ini dan dalam konteks yang lebih penting lagi pihak British telah cuba menghapuskan potensi dan mekanisme pengerak yang terdapat di dalam ajaran Islam. Di dalam usaha mereka mengkaji tentang cara yang terbaik untuk menghapuskan akar dan asas kekuatan Islam yang selama ini terjalin erat di antara umat Islam di rantau Alam Melayu, mereka telah mendapat khidmat nasihat dari serangkaian sarjana pentadbir Orientalis yang bertugas mengkaji kekuatan dan kelemahan umat Melayu dan seterusnya dicadangkan cara terbaik untuk menangani persoalan ini.8

Dalam konteks Malaysia, beberapa dasar dan pendekatan utama telah dijalankan oleh penjajah British untuk tujuan penghapusan potensi Islam ini, antaranya; Pertama, memperkenalkan konsep nation state berasaskan semangat asabiyah sempit kepada sesuatu

(4)

negeri dan kawasan yang tertentu menggantikan semangat perpaduan ummah Islam.9 Dasar

ini merupakan usaha untuk memecah belahkan perpaduan umat Melayu di rantau ini agar ianya tidak menjadi ancaman kepada kuasa penjajah barat,10 seperti apa yang pernah berlaku

sebelumnya. Untuk memperjelaskan pendekatan ini, kita boleh merujuk kepada dasar penjajah British dan Belanda yang begitu bimbangkan peranan Institusi Haji dan Pendidikan Islam di Timur Tengah, yang dimaklumi bahawa mereka pernah menjadi penggerak utama kepada jalinan ukhwah Islam di rantau Alam Melayu.

Kedua, penerapan proses sekularisme di dalam masyarakat Melayu dan memperkenalkan sistem pendidikan barat. Apa yang jelasnya kita boleh melihat bahawa sebab utama berlakunya jalinan perpaduan ini adalah kerana faktor Islam dan ilmu pengetahuan. Jadi, dalam soal ini, pihak British secara halus cuba menghapuskan Institusi Pengajian Islam tradisional berasaskan pengetahuan Islam dan tulisan jawi.11 Kedua-duanya telah dijadikan

sasaran utama yang ditonjolkan kepada masyarakat Melayu sebagai ketinggalan zaman, tidak mempunyai nilai-nilai komersil dan menyekat semangat intelektual moden.12 Sebagai

gantinya, penjajah British telah memperkenalkan sistem persekolahan British berteraskan pemberian pengetahuan am yang amat terhad dan bersifat perkauman untuk ketiga etnik kaum yang terdapat di Tanah Melayu. Pihak British telah menerapkan di dalam mata pelajaran yang diajarkan bahawa mereka sebagai hero, penyelamat kepada orang Melayu dan ambassador of civilization untuk masyarakat di Alam Melayu.

3. Pondok Dan Batu Bersurat Di Terengganu.

Batu Bersurat Terengganu boleh dianggap sebagai mercu tanda pengamalan Islam yang syumul dalam masyarakat Melayu. Kita boleh berbangga dengan Batu Bersurat Terengganu ini kerana ia menunjukkan bagaimana Islam telah menjadi asas jati diri dan world-view masyarakat Melayu sejak awal lagi. Seperti mana halnya dengan prasasti dan bukti bertulis Melayu Islam yang lain,13 Batu Bersurat Terengganu merupakan catatan

penganut Islam di Terengganu tentang bagaimana pemahaman dan penghayatan Islam telah diamalkan dalam kehidupan seharian.

Melalui catatan Batu Bersurat Terengganu ini kita dapat mengesan beberapa perkara yang membabitkan jati diri Islam yang diamalkan di dalam masyarakat Melayu-Islam Terengganu. Ianya terdiri daripada;14

1. Masyarakat Melayu Terengganu antara golongan terawal memeluk Islam di Alam Melayu. Hal ini bukannya berlaku secara superficial (luaran semata-mata), tetapi turut diperkuatkan dengan pelaksanaan Syariah Islam di dalam kehidupan bermasyarakat.

9 Abdul Rahman Embong, (2000), “ Wacana Globalisasi “, Dalam Malaysia Menangani Globalisasi : Peserta Atau Mangsa, Ukm Bangi, h. 34-43.

10 Rahimin Affandi Abdul Rahim (2003), “ Analisis Sejarah Dakwah Dan Jalinan Intelektual Rantau Malaysia-Indonesia “, Dalam (Edit Oleh Zulkiple Abd. Ghani) Jaringan Dakwah Malaysia-Indonesia, Terbitan Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan, Ukm Dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Bangi, 2003, h. 47-74.

11 Siddiq Fadhil (2001), Ledakan Maklumat, Revolusi Komunikasi Dan Globalisasi : Implikasi Terhadap Jati Diri “, Dalam Teknologi Maklumat Dan Komunikasi : Harapan, Cabaran Dan Barakah, Insaniah, Alor Setar, h. 6.

12 Muhammad Abu Bakar, (1990) “ Dari Pusat Ke Penggiran : Masa Kini Dan Masa Depan Pondok Di Malaysia “, Dalam Jurnal Pendidikan Islam, V. 3, Bil 1,h. 10-12.

13 Rahimin Affandi Abd Rahim, (2003) “ Pengamalan Ilmu Usul Al-Fiqh Di Dalam Sastera Undang-Undang Melayu : Satu Analisa “, dalam (edit oleh Muhammad Mokhtar Hassan) Kesusasteraan dan Undang-undang,

Penerbitan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, hlm 158-179.

(5)

2. Masyarakat Melayu di Terengganu telah mengamalkan undang-undang Islam secara holistik dalam aspek Jenayah, Munakahat, Muamalah dan Politik. Intipati hukum Islam dalam Batu Bersurat ini menunjukkan ia lebih berasaskan world-view Islam sejati dan bukannya bercirikan world-view feudalisme Melayu seperti mana dikesan dalam Hukum Kanun Melaka. Dalam Hukum Kanun Melaka syariah Islam terpaksa berkompromi dengan undang-undang adat Melayu. Bahkan dalam beberapa aspek, undang-undang adat Melayu warisan Hindu lebih diutamakan pelaksanaannya dalam masyarakat Melayu Melaka.

3. Semua perkara positif yang biasanya wujud dengan proses kedatangan Islam dapat dikesan dalam masyarakat Melayu Terengganu. Mengikut catatan Para Sejarawan, di mana sahaja Islam berkembang pasti akan wujud artifak material dan immaterial merangkumi Institusi Masjid, Institusi Pendidikan, sistem tulisan, Kitab Agama, pegangan kepada world-view Tauhid dan budaya penghayatan agama yang kuat di kalangan anggota masyarakat. Kesemua perkara ini apabila diamalkan secara berterusan akan membentuk tradisi, suatu elemen yang amat diperlukan dalam kehidupan manusia. 4. Batu Bersurat Terengganu ini menjadi mercu tanda penciptaan tulisan Jawi dalam dunia

intelektual Alam Melayu. Merujuk kepada asal usul penciptaan dan penggunaan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu, sekali lagi kita terpaksa berterima kasih dengan sumbangan Ulama Melayu Islam terawal yang telah mengasaskan dan memperkayakan Bahasa Melayu15 dalam bentuk tulisan Jawi, yang dijadikan sebagai alat untuk

memperkembangkan keilmuan Islam.16 Fenomena yang mengambilkira elemen tempatan

dalam bentuk memilih bahasa tempatan sebagai medium untuk penyebaran ilmu agama telah dilakukan oleh sarjana Islam di kebanyakan dunia Islam, seperti penciptaan tulisan Urdu di India dan tulisan Parsi di Iran berteraskan dari segi bentuknya kepada bahasa Arab dengan sedikit sebanyak pengubahsuaian.17

Mengikut kupasan Wan Mohd Nor Wan Daud, keunggulan Batu Bersurat di Terengganu ini muncul akibat daripada sistem Pondok Tradisional di Terengganu yang berjaya menerapkan world-view sejati kepada masyarakat Melayu. Lebih menonjol lagi yang menuntut kajian lanjutan adalah pengetahuan ilmu astronomi Islam yang berimpak tinggi turut dikesan dalam Batu Bersurat ini. Berasaskan catatan Bulan Saratain yang terdapat dalam Batu Bersurat dan dibuktikan memang betul oleh kaedah astronomi moden mengesahkan bahawa ilmu astronomi memang diketahui oleh sarjana yang membuat Batu Bersurat ini. Dipercayai bahawa memang terdapat Balai Cerap yang canggih di kawasan terbabit pada masa dahulu. Hal ini ditegaskan kerana kawasan tamadun Islam lain seperti di Parsi dan India memang memiliki Balai Cerap canggih yang mendorong mereka mampu mengeluarkan catatan ilmu astronomi Islam.

4. Pondok Sebagai Pemangkin Budaya Ilmu Di Tanah Melayu.

Sistem pengajian Pondok yang boleh dikatakan sebagai cukup advance untuk zaman dan keadaan masyarakat tradisi dengan merujuk khusus kepada usaha pembudayaan ilmu. Dewasa ini, terdapat beberapa orang sarjana yang mengkritik dan bersikap sinikal terhadap sistem pengajian Pondok yang dikatakan out of date dan tidak mampu berhadapan dengan

15 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Amran Kasimin (1987), Perbendaharaan Kata Arab Dalam Bahasa Melayu, Bangi.

16 Omar Awang (1981), “ The major Arabic sources which determined the structure of Islamic thought in the Malay Archipelago before the Nineteenth century A.D. in the field of law, theology and sufism “, dalam

Islamika, v. 1, h. 80-85.

(6)

pemodenan.18 Pendapat ini walaupun boleh dikatakan sebagai separuh betul, tetapi ianya

dibuat dalam bentuk yang tidak memenuhi adab ikhtilaf di dalam Islam. Ini kerana, sistem pengajian Pondok telah difikir dan dirangka dengan teliti oleh Ulama silam untuk era zamannya, dan ternyata ianya telah berjaya berfungsi seperti yang diharapkan. Oleh sebab itu tindakan mengkritik secara sewenang-wenangnya tanpa mengambilkira faktor masa ini adalah amat salah.19 Dalam konteks penerapan budaya ilmu, keistimewaan yang dimiliki oleh

sistem Pondok ini adalah;

1) Sistem pengajian yang dibuat secara swasta tanpa kongkongan dan kekangan polisi daripada pihak pemerintah. Keadaan ini menyebabkan seseorang Ulama itu dapat bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan tertentu.20 Lebih tepat lagi, Ulama Pondok dalam era tradisi telah

bertindak selaku agen perubahan dan intelektual ummah yang bersikap sensitif dan proaktif dengan isu semasa yang timbul di dalam masyarakat.

2) Sistem pengajian yang berorientasikan perkaitan antara teori dan praktikal, yang menekankan pemupukan budaya ilmu bagi menjadikan seseorang pelajar;

a) Mendapat sebanyak mungkin ilmu untuk mencapai keredaan Allah.

b) Bertindak mengikut perkiraan ilmunya, menyebarkannya ke dalam masyarakat dan berfungsi sebagai pemimpin masyarakat.

c) Menjadikan matlamat pencarian ilmu bukan untuk tujuan kebendaan (makan gaji) tetapi untuk mencapai keredaan Allah dan nikmat pengetahuan.

d) Menjadikan pelajar sebagai seorang yang mampu berdikari tanpa bergantung kepada orang lain. Untuk tujuan ini, mereka akan dibekalkan dengan segala bentuk keilmuan Islam dan kemahiran hidup yang amat diperlukan.

e) Menekankan persoalan akhlak dan disiplin Islam melebihi segala-galanya.

3) Sistem pengajian yang bersifat terbuka yang memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk mengikutinya tanpa mengira latar belakang, keturunan dan faktor umur. Apa yang boleh dibanggakan adalah melalui pendekatan ini secara tidak langsung ianya telah pun mengamalkan konsep pendemokrasian pendidikan berasaskan penekanan kepada kepentingan ilmu dalam kehidupan seseorang Islam, ilmu adalah milik bersama dan setiap individu berhak diberi peluang untuk mendapatkan ilmu.

Institusi Pondok tradisi ternyata mampu menerapkan beberapa bentuk kemahiran insaniah (suatu bentuk kemahiran yang cukup ketara dibincangkan dalam sistem pendidikan semasa) dengan cukup sempurna kepada graduannya. Sebagai contohnya, Institusi Pondok silam telah mampu menerapkan elemen Kemahiran Berkomunikasi, Pemikiran Kritis dan Menyelesaikan Masalah dan Etika dan Moral Professionalisme kepada lulusannya. Dalam sistem pengajian pondok, soal ilmu, amal (akhlak) dan disiplin amat dititikberatkan mengatasi soal lain. Untuk jangka masa panjang, ia terbukti mampu melahirkan Ulama dan individu Melayu yang celek agama dan mampu menyelesaikan masalah yang timbul dalam kehidupan peribadi dan bermasyarakat mengikut persepktif Islam.21

Kita dapat menyaksikan bagaimana usaha mulia ini akan mengambil masa yang panjang dan ianya tidak dianggap sebagai masalah oleh pelajar Pondok. Mereka menyedari tentang

18 Rahimin Affandi Abd. Rahim, (1995), “ Budaya Taqlid Di Dalam Masyarakat Melayu : Suatu Tinjauan Ringkas “, Dalam Jurnal Syariah, V. 3, Bil. 1 h. 30-31.

19 Shafie Abu Bakar, (1994), “ Keilmuan Islam Dan Tradisi Pengajian Pondok “, Dalam Budi Kencana, Kuala Lumpur : DBP, h. 93-94.

20 Rahimin Affandi Abd. Rahim, (1994) “ Hubungan Antara Ulama Dan Pemerintah Di Dalam Sejarah Tamadun Umat Islam “, Dalam Jurnal Pengajian Melayu, V. 4.

(7)

kepentingan konsep Rehlah Ilmiah22 (termasuk beberapa ciri budaya ilmu: sentiasa ingin belajar, bertindak mengikut perkiraan ilmu dan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi). Konsep ini menuntut supaya pelajar sentiasa berusaha keras di dalam menuntut ilmu di pelbagai tempat yang berbeza, bukan setakat untuk menimba ilmu bahkan pengalaman (seperti menyaksikan sosiologi masyarakat yang berbeza). Hasilnya, pengamalan konsep ini akan melahirkan Ulama Islam yang mantap dari segi ilmu, akhlak dan pengalaman hidup yang kemudiannya mengikut epistemologi Islam bakal melahirkan hikmah (kebijaksanaan).

Bagi tujuan penyebaran ilmu Islam tidak dapat tidak seseorang pelajar Pondok perlu menguasai pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu dan Arab yang memang menjadi bahasa pengantar keilmuan Islam dan Lingua Franca pada masa tersebut. Hal ini terbukti dengan timbulnya konsep Serambi Mekah di kawasan Alam Melayu yang menjadi tempat persinggahan (pusat yang menyediakan Kursus Persediaan Pelajar) bagi mana-mana pelajar Alam Melayu yang melanjutkan pengajian mereka ke Mekah. Antara beberapa tempat yang dimaksudkan ialah Kelantan, Terengganu, Pattani, Kedah dan Acheh.23

Institusi Pondok juga telah menjadi penyumbang kepada faktor ekonomi dan asas keusahawanan. Dalam konteks latihan keusahawanan, apa yang menariknya, pelajar Pondok telah mempelajarinya secara langsung daripada pengamalan budaya hidup berdikari yang diamalkan oleh Guru Pondok. Guru pondok rata-ratanya boleh dikatakan sebagai usahawan yang berjaya sehingga dapat menarik minat masyarakat Melayu pada masa itu, seperti mana halnya Mubaligh awal yang mengembangkan ajaran Islam di Alam Melayu yang terdiri daripada Saudagar Besar. Hasilnya, mereka sangat disanjung tinggi oleh masyarakat Melayu yang mendorong proses penyebaran Islam dapat berjalan dengan lancar tanpa berlakunya pertumpahan darah. Guru Pondok terlibat dalam pelbagai aktiviti keusahawanan seperti penternakan (Lembu, Kambing dan Ikan), pertanian (Padi, Tanaman Kontang, Getah, Buah-buahan dan Sayuran), pengilangan Padi dan Balak, Kedai Runcit, orang tengah untuk penjualan tanah dan getah serta agen haji.

Apa yang diusahakan oleh guru Pondok ini telah ditiru oleh pelajar mereka secara langsung sehingga ianya mampu melahirkan beberapa orang usahawan lulusan Pondok yang berjaya. Sikap berdikari ini kemudiannya telah mula berubah apabila pihak British memperkenalkan Sistem Pendidikan Barat di Tanah Melayu yang mewujudkan sindrom makan gaji di kalangan masyarakat Melayu.24 Apa yang diperkenalkan oleh pihak British ini

bertentangan sama sekali dengan budaya keusahawanan dan hidup berdikari yang diterapkan dalam sistem Pondok, berpaksikan kepada prinsip Tauhid (hanya Allah yang menentukan hidup dan rezeki makhluk tanpa perlu bergantung harap kepada makhluk) dan hadis Rasulullah tentang 90 peratus daripada sumber rezeki bersumberkan kepada perniagaan. Atas dasar inilah kita dapat melihat bagaimana Institusi Pondok berbentuk swasta (bebas) tanpa kongkongan dan kekangan polisi dari pihak pemerintah. Keadaan ini menyebabkan seseorang Ulama itu dapat bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan tertentu. Lebih tepat lagi, Ulama Pondok dalam era tradisi telah bertindak selaku agen perubahan dan intelektual ummah yang bersikap sensitif dan proaktif dengan isu semasa yang timbul di dalam masyarakat.25

22 Azyumardi Azra (1998), Esei-Esei Intelektual Muslim Dan Pendidikan Islam, Jakarta : LOGOS, h. 89-90. 23Rahimin Affandi Abd. Rahim (2003), “ Analisis Sejarah Dakwah dan Jalinan Intelektuaal Rantau Malaysia-Indonesia “, dalam (edit oleh Zulkiple Abd. Ghani) Jaringan Dakwah Malaysia-Indonesia, Terbitan Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Bangi, h. 47-74.

24 Abdul Rahman Aziz (1996), “ Nilai Pekerjaan Orang Melayu “, dalam (ed. Oleh Ahmad Fawzi Basri) Nilai Orang Melayu, Sintok : UUM, h. 213-218.

(8)

Aura kehebatan dan pengaruh pengembangan ekonomi yang dijana oleh Institusi Pondok boleh dilihat daripada fakta sejarah pengembangan ekonomi masyarakat Melayu silam. Mengikut analisa Muhammad Abu Bakar, sesuatu penempatan Pondok yang biasanya berpusat di kawasan pedalaman dengan sebab hubungan yang rapat di antara masyarakat awam sekitar dengan warga Pondok kemudiannya telah menambah aktifkan kegiatan sosial dan ekonomi serta melahirkan beberapa penempatan kampung yang baru.26 Fenomena ini

boleh dilihat contohnya dengan fakta kelahiran dan kemasyhuran kawasan baru di Kelantan yang dikaitkan dengan Ulama tempatan yang ada di tempat tersebut. Antaranya kawasan pekan Melor, Pasir Mas, Kubang Kerian (Tuk Kenali), Kota Bharu, Machang (Tuk Kemuning), Bachok (Tuk Bachok) dan sebagainya. Jalinan hubungan kemasyarakatan ini telah menjadikan pondok tersebut sebagai tempat rujukan utama kepada anggota masyarakat. Dengan cara ini secara tidak langsung Institusi Pondok telah menjadi pembimbing utama kegiatan masyarakat ke arah nilai-nilai Islam dan menjadi penapis dan kubu untuk menangkis serangan idea pemodenan berteraskan sekularisme yang dibawa oleh penjajah barat.27

5. Pondok Sebagai Pemangkin Nasionalisme Melayu Awal

Suatu hal yang agak menarik dikaji adalah wujudnya gabungan antara Ulama Pondok dan Umara yang cukup kuat dalam pentadbiran negeri Terengganu. Ini terbukti apabila Ulama memainkan peranan aktif dalam pentadbiran negeri sehingga sekarang. Di zaman Terengganu silam ini, peranan Ulama bukan setakat mengasaskan tetapi terlibat secara maksimum dalam pentadbiran Negara. Kita dapat mengetahui bagaimana Ulama Terengganu terlibat sebagai penasihat dan meletakkan batu asas kepada perlembagaan negeri. Ianya juga menjadi bukti bagaimana Ulama Terengganu bertindak sebagai agen yang menjana dan mencetuskan semangat nasionalisme awal.

Proses Islamisasi Alam Melayu ternyata memberikan impak yang cukup besar dalam segenap aspek kehidupan masyarakat. Hal ini berbeza dengan proses Indianisasi sebelumnya yang meninggalkan impak yang agak sederhana khusus terhadap golongan Bangsawan dan Raja-raja Melayu. Untuk konteks negeri Terengganu, pengaruh Islamisasi telah mewujudkan kerajaan Islam yang agak holistik dalam sudut pelaksanaan ajaran Islam. Ianya dibuktikan dengan dua tanda besar iaitu Batu Bersurat dan Perlembagaan Itqan Muluk (bermaksud kesungguhan Raja menyempurnakan perjalanan pemerintahan yang adil).

Perlembagaan Itqan Muluk ini digubal oleh Ulama-Umara’ dalam 53 fasal yang mengandungi antara lainnya memiliki beberapa intipati utama;28

1. Meletakkan asas bahawa negeri Terengganu adalah sebuah negeri Islam yang berdaulat. 2. Mempertahankan dan menentukan kedudukan Raja dalam negeri. Ia terdiri daripada (a)

perlantikan Raja dan tanggungjawabnya (fasal 2: maka hendaklah raja yang memerintah kerajaan Terengganu selama-lamanya dia beragama Islam dan daripada bangsa Melayu dan darah daging keturunan sultan-sultan yang memerintah kerajaan Terengganu dan laki-laki sebagaimana tertib dan syarat-syarat yang tersebut pada fasal 3, 4 dan 5.) (b) kebajikan Raja dan kerabat keturunannya.

3. Mengasas dan menyusun atur pemerintahan negeri Islam moden. Ia terdiri daripada (a) bentuk, struktur dan pengendalian pemerintahan negeri dan (b) pentadbiran undang-undang.

Usuluddin, bil. 14, h. 19-28.

26 Muhammad Abu Bakar (1990), “ Dari Pusat Ke Penggiran : Masa Kini Dan Masa Depan Pondok Di Malaysia”, Dalam Jurnal Pendidikan Islam, v. 3, bil 1, h. 1-4.

(9)

4. Menerapkan pengaruh sistem politik Islam dalam pemerintahan negeri.

Ulama Pondok di Terengganu, khususnya Tokku Paloh yang terlibat dalam menggubal Kitab Itqan Muluk secara langsung bertindak sebagai intelektual ummah yang mengamalkan pendekatan futuristik bagi menghadapi asakan penjajahan British di Terengganu. Beliau telah melihat bagaimana penjajah British dengan taktik tipu muslihat telah berjaya memaksa Raja Melayu menerima campurtangan British di Tanah Melayu. Hasilnya, beliau telah memasukkan suatu peruntukan khusus dalam Kitab Itqan Muluk bagi menghalang Raja Melayu menerima kuasa penjajah British untuk campurtangan di Terengganu.

Merujuk khusus kepada Kitab Itqan Muluk, peranan Ulama Melayu Terengganu silam terserlah dalam beberapa perkara;

Pertama, sebagai penjana yang menerapkan world-view Islam dalam masyarakat Melayu amnya dan Perlembagaan Itqan Muluk khususnya. Hasil penelitian yang dibuat oleh Prof. Hashim Musa terhadap tipologi sejarah tamadun Alam Melayu, mendapati pembinaan tamadun Melayu ini telah diasaskan dengan enam pandangan world-view yang bersumberkan wahyu Allah. Keenam-enam pandangan ini telah menjadi pegangan utama masyarakat Melayu (konsep jati diri Melayu), termasuklah ianya menjadi intipati terpenting dalam Perlembagaan Itqan Muluk. World-view ini;29

1) Alam ini hasil ciptaan dan tabdiran Allah yang mencakupi alam primordial (arwah), alam dunia dan alam akhirat. Alam akhirat adalah destinasi dan natijah muktamad dari kehidupan di alam dunia. Kejayaan hakiki di alam akhirat adalah dapat memasuki syurga dan kejayaan di alam dunia adalah ketaatan kepada Allah.

2) Islam adalah panduan dari Allah sebagai al-Din yang mengandungi segala peraturan bagi segala gelagat hidup di dunia untuk individu dan masyarakat demi untuk kejayaan hakiki mereka.

3) Keyakinan kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya pembalasan yang buruk untuk amalan yang buruk.

4) Wawasan, misi, objektif, niat, strategi dan operasi segala bidang kerja hendaklah salih, benar dan mematuhi segala aspek hukum Islam tanpa kompromi, manipulasi dan tolak ansur.

5) Nilai tertinggi dikaitkan dengan segala perkara yang membantu pembentukan insan yang beriman, beramal salih dan berakhlak mulia yang manfaatnya dapat dinikmati sama oleh orang lain.

6) Kehidupan pertengahan dan seimbang antara jasmani, akali dan rohani berasaskan kepada ilmu pengetahuan dalam bentuk fardhu Ain dan fardhu Kifayah.

Unsur world-view Islam ini dapat dilihat dalam Fasal 52 Perlembagaan Itqan Muluk yang secara jelas menerangkan;

“Sesungguhnya telah disifatkan dan ditetapkan selama-lamanya kerajaan Terengganu ini kerajaan Islamiyyah Melayuwiyyah, ialah yang dikatakan ugama negeri dan kerajaan maka tiadalah boleh sekali-kali sebarang ugama lain dijadikan atau disebut ugama negeri, sekalipun banyak segala bangsa dan ugama diamankan dan dibenarkan masuk diam di dalam negeri dan jajahan Terengganu.”

(10)

Maksud ugama di dalam kenyataan ini adalah bersesuaian dengan maksud Islam sebagai al-Din (way of life) dan bukannya mengikut perspektif sekular barat, yang menghadkan fahaman ugama kepada amalan ritual semata-mata.

Pemilihan Islam sebagai asas jati diri ini ternyata menguntungkan masyarakat Melayu kerana seperti mana berlaku kepada masyarakat Arab, Islam juga telah mengangkat martabat tamadun Melayu ke persada antarabangsa.30 Proses ini telah menimbulkan semangat

perpaduan (internationalism) di kalangan umat Melayu bahawa kedudukan mereka di dalam kerangka Tauhid, Ummah dan ukhuwwah bukan terhad kepada lingkungan kawasan dan sejarah Alam Melayu semata-mata bahkan turut membabitkan kesemua umat Islam seluruh dunia dari setiap zaman dengan warisan tamadun yang tinggi.31

Kedua, tokoh yang menerapkan pengaruh Sains Politik Islam dalam Kitab Itqan Muluk. Hal ini boleh dirujuk kepada beberapa perkara utama, (a) prinsip Ahl Hall Wal Aqd

(fasal 1), (b) syarat seorang pemimpin dan cara pemecatan seandainya berlaku kepincangan (fasal 5), (c) supremasi hukum Islam (hingga boleh pecat Menteri yang berdosa) (fasal 7, 37 dan 9), (d) konsep Syura, (e) masalah kecacatan tugas Raja (fasal 11,12 dan 14), (f) konsep

Bay'ah (fasal 25), (g) mengakui hak golongan bukan Islam (fasal 39) dan (h) teras terpenting

Perlembagaan Itqan Muluk yang pastikan kedaulatan Islam tidak dicabar (fasal 51).

Ketiga, Ulama bertindak sebagai pemikir dan penyelesai masalah ummah - ancaman campur tangan penjajah British di Terengganu (kerana Ulama memang mengikuti perkembangan politik yang berlaku di negeri Melayu lain). Dalam soal ini, mereka telah mengamalkan kaedah pemikiran strategik bagi menghadapi campur tangan penjajah British yang bakal mendesak dan mempengaruhi Sultan Melayu. Hal ini dirujuk kepada usaha mengekang campurtangan British dan mengekalkan kedaulatan negeri sebagai sebuah negeri Islam. Usaha untuk mengekang campurtangan kuasa British ini boleh dilihat dalam fasal 14 Perlembagaan Itqan Muluk menetapkan;

“Maka tiada lulus dan tiada sah sekali-kali Raja membuat perjanjian atau ikhtiar melepas atau menyerahkan negeri dan kerajaannya itu atau suatu bahagian daripada kuasa kerajaan atau Huquqnya itu kepada sebarang mana-mana kerajaan atau kepada kuasa-kuasa bangsa Eropah atau lainnya. Maka jikalau raja cuba lalui larangan dan tegahan ini nescaya disifatkanlah akan dia memecahkan amanah yang diletakkan atasnya serta tiada sah perbuatan yang demikian itu. Maka tatkala itu tiadalah diwajibkan di atas ahli-ahli kerajaan dan segala rakyat bersetia lagi dengan dia haruslah diturunkan dia daripada taktha kerajaannya dan diangkatkan gantinya pula.”

Fasal 14 ini secara terang-terangan menetapkan bahawa tidak sah Raja yang menerima persekutuan dengan kuasa kafir luar. Hal ini ternyata betul kerana fasal 14 ini telah menyulitkan tugas Harold Mac Michael memujuk Sultan Terengganu untuk menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union yang membawa erti penyerahan kuasa negeri kepada penjajah British.32

Secara langsung kita dapat mengesan beberapa intipati nasionalisme Melayu-Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Itqan Muluk. Ianya terdiri daripada;

1. Semangat sayangkan tanah air sangat diperlukan kerana tanah air merupakan tapak utama untuk dilaksanakan pengabdian kepada perintah Allah. Hal ini jelas boleh difahami dengan pengisytiharan Terengganu sebagai negeri bangsa Melayu yang berpegang pada

30 Ibid, h. 50.

31 Rahimin Affandi Abd Rahim (2000)“ Kebudayaan Melayu Dan Islam Di Nusantara : Satu Analisa Pengkaedahan “, dalam Seminar Hukum Islam Semasa 111 Peringkat Kebangsaan 2000, Anjuran Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, pada 7-8hb. November 2000, h. 18-19.

(11)

prinsip Islam. Dalam soal ini ketinggian syiar dan syariah Islam menjadi prioriti utama kerajaan Islam di Terengganu.

2. Berusaha memastikan tanah air diperintah dengan peraturan yang betul. Ianya juga berusaha memastikan agar penyelewengan pemerintah dan kezaliman tidak berlaku dalam pemerintahan negeri. Atas dasar Perlembagaan Itqan Muluk meletakkan asas yang menyusun atur pemerintahan negeri Islam moden. Ia terdiri daripada (a) bentuk, struktur dan pengendalian pemerintahan negeri dan (b) pentadbiran undang-undang.

3. Menerapkan pengaruh sistem politik Islam dalam pemerintahan negeri. Hal ini boleh dirujuk kepada beberapa perkara utama, (a) prinsip Ahl Hall Wal Aqd (fasal 1), (b) syarat seorang pemimpin dan cara pemecatan seandainya berlaku kepincangan (fasal 5), (c) supremasi hukum Islam (hingga boleh pecat Menteri yang berdosa) (fasal 7, 37 dan 9), (d) konsep Syura, (e) masalah kecacatan tugas Raja (fasal 11,12 dan 14), (f) konsep

Bay'ah (fasal 25), (g) mengakui hak golongan bukan Islam (fasal 39) dan (h) teras

terpenting Perlembagaan Itqan Muluk yang memastikan kedaulatan Islam tidak dicabar (fasal 51).

4. Berusaha menjaga kebajikan kerabat diraja Terengganu kerana mereka ahli kepada pemerintah Terengganu;

5. Menetapkan konsep ketuanan Melayu berasaskan neraca Islam. Namun begitu, ianya bukan bersifat eksklusif untuk bangsa Melayu Terengganu semata-mata tetapi terbuka kepada bangsa Islam yang lain (buktinya bangsa bukan Melayu yang memeluk Islam akan dianggap sebagai saudara sendiri oleh orang Melayu).

6. Kedaulatan dan kemerdekaan Terengganu wajib dikekalkan daripada dijajah oleh kuasa asing.

Kesemua intipati ini menjadi bukti bagaimana Perlembagaan Itqan Muluk bukan setakat cuba mengekalkan survival Melayu, bahkan turut mengandungi elemen nasionalisme yang tidak bertentangan dengan nilai Islam. Terpenting lagi, dalam Perlembagaan Itqan Muluk ini dimaktubkan bahawa "negeri Terenganu sebagai negeri Islam Melayuwiyyah" secara jelas menerangkan nisbah nasionalisme Melayu-Islam. Ianya merupakan gabungan Ulama dan Umara dalam mewujudkan kesedaran kebangsaan di Terengganu. Ia sebagai respon kepada ancaman campurtangan penjajah British di Terengganu. Mereka bertindak sebagai intelektual yang memerhati permasalahan zamannya dan berusaha mengemukakan jalan penyelesaian masalah dan cuba menghalang kemungkinan berlakunya campur tangan British diTerengganu.33

Sarjana Melayu yang terlibat dalam menyusun Perlembagaan Itqan Muluk secara langsung bertindak di atas kesedaran nasionalisme Melayu. Mereka mengamalkan kaedah pemikiran aktif dan proaktif serta strategik dalam menghadapi masalah di zamannya. Mereka bukan sahaja mengamalkan pendekatan pemikiran reaktif, tetapi telah dapat meramalkan apa yang bakal terjadi (pihak sultan akan akur untuk tunduk dan bernaung di bawah naungan British) dan menyediakan pelan untuk mengatasi hal ini daripada berlaku. Contohnya perkara dalam Perlembagaan Itqan Muluk yang menetapkan Bahawa Terengganu Ini Negeri

Melayuwiyyah hal ini terbukti apabila wakil British sendiri mengakui bahawa kerana perkara

ini yang menyebabkan British berhadapan dengan masalah mendapatkan persetujuan raja Terengganu untuk bernaung di bawah gagasan Malayan Union.

Kesimpulan

(12)

Referensi

Dokumen terkait

Prevalensi Premature Loss Gigi Desidui Pada Anak Usia 9-10 Tahun Prevalence of Premature Loss of Deciduous Teeth in 9-10-Year-Old Children.. Wustha Farani 1,* , Aryani

 Dalam prospektus yang disampaikan kepada Bursa Efek Indonesia, Centratama Telekomunikasi Indonesia akan menerbitkan saham baru sebanyak 34 miliar saham dengan skema

Berdasarkan studi pendahuluan yang dilakukan peneliti di SLB Bina Bangsa, yaitu di SMPLB terdapat satu orang anak tunarungu berusia 16 tahun, hasil pengamatan

Tim Pembina kabupaten/kota adalah sebuah tim ahli yang bertugas melaksanakan pembinaan peserta olimpiade di tingkat kabupaten/kota yang ditunjuk dan ditetapkan

(1986) juga menjelaskan ciri dominan dari perkembangan geologi Papua yang merupakan transformasi antara sejarah tektonik dari batuan kraton Australia dan Lempeng Pasifik

ACE Inhibitor dan angiotensin receptor blockers mempunyai efek yang baik pada fungsi renal dan memperbaiki sensitivitas insulin, oleh karena itu ACE Inhibitor dan

HH-02.KU.02.02 Tahun 2010 tentang Tata Cara Pengelolaan dan Pelaporan Penerimaan Negara Bukan Pajak atas Biaya Pelayanan Jasa Hukum di Bidang Notariat, Fidusia, dan

23 PEMANFAATAN PROGRAM GEOGEBRA DALAM UPAYA MENINGKATKAN PEMAHAMAN PADA POKOK BAHASAN SEGITIGA DITINJAU DARI HASIL BELAJAR SISWA KELAS VII. Adi