• Tidak ada hasil yang ditemukan

Masjid An Nahdhah sebagai Harmony Centre

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Masjid An Nahdhah sebagai Harmony Centre"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Masjid An-Nahdhah sebagai Harmony Centre (Pusat Islam) di Singapura

1,2

Ezad Azraai Jamsari, 1Siti Noorasikin Tumiran & 1,2Kaseh Abu Bakar

1

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam

2

Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB)

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

Abstrak: Artikel ini membincangkan tentang Masjid An-Nahdhah yang mendapat perhatian secara meluas

sama ada daripada masyarakat Melayu-Islam dan bukan Melayu-Islam Singapura. Masjid tersebut menjadi kepentingan kepada mereka bukan setakat untuk menunaikan solat fardhu lima waktu dan aktiviti-aktiviti keagamaan. Bahkan, Masjid An-Nahdhah telah menawarkan pelbagai kemudahan lain terutamanya bagi pembangunan sosial umat Islam Singapura sendiri di sekitar masjid itu. Selain itu, masjid tersebut turut menjadi pusat penyebaran Islam di Singapura. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sejarah penubuhan dan peranan Masjid An-Nahdhah, di samping ia bertujuan untuk menganalisis Masjid tersebut sebagai Harmony Centre (Pusat Islam) di Singapura. Keseluruhan kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif, menerusi instrumen kajian kepustakaan, observasi, analisis dokumen dan temu bual. Hasil kajian mendapati bahawa Harmony Centre (Pusat Islam), Singapura di bawah kelolaan MUIS dapat berkembang dengan pesat dan baik disebabkan sokongan serta dorongan masyarakat Islam dan bukan Islam Singapura. Pengunjung-pengunjung yang datang ke sana adalah terdiri daripada masyarakat Islam dan bukan Islam, mereka dapat mempelajari tentang komuniti Muslim dan Islam. Selain itu, pusat tersebut bergerak cergas dalam mengajar Islam kepada masyarakat Islam Singapura dari segi pendidikan Islam dan agama Islam secara mendalam. Hal ini, Masjid An-Nahdhah telah menyusun program-program yang bersesuaian dengan ajaran Islam dan kehendak masyarakat Islam masa kini.

PENGENALAN

Masjid merupakan institusi utama dan penting kepada umat Islam di mana peranan institusi masjid adalah sebagai ‘jantung dan nadi’ masyarakat Islam. Jika “jantung” lemah akan mengakibatkan ‘nadi’, iaitu ia menjadikan seluruh anggota badan atau masyarakat turut menjadi lemah dan lumpuh. Di Singapura telah memperlihatkan masjid di sana merupakan sebuah institusi strategik bagi pembangunan, pembelajaran dan sosial umat Islam Singapura. Justeru, masjid telah diletakkan di setiap estet perumahan awam untuk kemudahan Muslim Singapura menangani isu dan pembangunan sosio-agama ummah. Kajian ini akan memberi fokus terhadap Masjid Masjid An-Nahdhah yang diiktiraf sebagai pusat Islam di Republik Singapura.

Sejarah Penubuhan: Masjid An-Nahdhah yang terletak di tengah Siangapura, iaitu di Bishan. Masjid tersebut merupakan sebuah masjid baru yang dibina di Singapura bagi kegunaan masyarakat Islam yang berada di sekitar Bishan. Tujuan pembinaan masjid ini adalah sebagai tempat solat berjemaah dan pusat yang menjalankan aktiviti keagamaan oleh masyarakat Islam Singapura serta aktiviti sosial yang lain. Masjid ini adalah masjid yang ke-6 dibangunkan di bawah Fasa III program MBF untuk

melayani keperluan komuniti Muslim di sekitar Bishan.1 Masjid ini mampu menampung 4,000 orang jemaah dalam sesuatu masa.2

Pelbagai syarikat bertanggungjawab atas pembinaan Masjid An-Nahdhah, iaitu pengurusan projek dipertanggungjawabkan Syarikat kepada Warees Investments Pte. Ltd. Syarikat Consultants Incorporated Architects and Planners pula bertindak sebagai arkitek masjid, iaitu syarikat tersebut bertanggungjawab sepenuhnya dalam menentukan apa jenis reka bentuk yang sesuai untuk Masjid An-Nahdhah. Reka bentuk masjid tersebut adalah berdasarkan konsep yang menggambarkan sokongan komuniti masyarakat Islam terhadap intergrasi antara kaum yang hidup dalam keadaan aman dan tenang dalam komuniti masyarakat yang besar di Singapura. Selain itu, reka bentuk masjid tersebut mempunyai reka bentuk yang menarik, unik dan bukan bersifat tradisional. Hal ini menunjukkan reka bentuk masjid ini lebih kepada reka bentuk moden dan tidak seperti pada reka bentuk Masjid Sultan yang lebih menampakkan ciri-ciri reka bentuk Islam, Melayu dan tradisional. Namun, konsep reka bentuk ini tetap mengambil elemen Islam sebagai asas reka bentuk masjid dan bukan berkonsep moden komtemperori moden semata-mata. Masjid tersebut masih mengekalkan pembinaan menara sebagai simbol Islam, iaitu lima rukun Islam. Namun,

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara

(2)

pembinaan menara adalah berbentuk empat segi tepat dan diletakkan simbol bulan dan bintang yang memperlihatkan reka bentuk yang unik dan tersendiri.3

Manakala Syarikat Web Structures dan Syarikat Bescon Consulting Engineers Pte. Ltd. bertindak sebagai jurutera perancang masjid. Syarikat Inter-Zaqs Consultants dilantik sebagai pengurus kualiti masjid, iaitu pihak syarikat tersebut dipertanggungjawabkan untuk mengurus sebaik mungkin kualiti pembinaan masjid tersebut sama ada selamat dan dibina dengan baik atau sebaliknya. Selain itu, Syarikat Aesthetix Interior Design diberi tugas untuk meguruskan rekaan di bahagian dalam masjid tersebut agar ruang dalam masjid ini kelihatan menarik, tersusun, teratur dan selesa bagi para jemaah dan pengunjung.4

Pembinaan Masjid An-Nahdhah di bahagikan kepada tiga bahagian pembinaan, iaitu:5

 Bahagian Pertama: Kerja-kerja bagi memastikan tempat yang sesuai untuk dibina saluran longkang, laluan air dan najis. Kerja ini mengambil masa selama 4 empat bermula pada 27 Jun 2033 dan siap sepenuhnya pada 19 September 2003.

 Bahagian Kedua: Kerja-kerja menanam cerucuk besi sebagai asas pembinaan sesuatu bangunan yang baru didirikan. Proses menanam cerucuk besi ini mengambil masa selama empat bulan juga, iaitu bermula pada 3 Oktober 2003 dan siap sepenuhnya pada 10 Januari 2004.

 Bahagian Ketiga: Kemudian, proses membina bangunan Masjid An-Nahdhah bermula pada 14 Jun 2004 dan siap sepenuhnya pada 10 November 2005. Akan tetapi, masjid tersebut belum dibuka secara rasmi kepada umum kerana pihak masjid mahu memastikan segala perancangan pembinaan masjid sama ada dari segi bangunan, kemudahan dan keselesaan masjid telah dijamin baik dan selamat. Justeru, Masjid An-Nahdhah telah dibuka secara rasmi kepada masyarakat umum pada 6 Januari 2006 dan menjadi tumpuan bukan sahaja masyarakat Islam, bahkan masyarakat bukan Islam di Singapura.

Keunikan dan keindahan Masjid An-Nahdhah ini bukan sekadar pada reka bentuknya sahaja, bahkan terhadap kemudahan yang disediakan oleh pihak masjid. Justeru, masjid tersebut mempunyai empat tingkat bangunan utama, di samping satu tingkat bawah tanah. Pembahagian tingkat dan kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:6

 Tingkat bawah tanah: Tingkat ini dibina setinggi 110.80m persegi yang menempatkan kawasan letak kenderaan. Kawasan letak kenderaan ini

mampu menampung sebanyak 26 petak kereta dan 13 petak motorsikal.

 Tingakat satu: Tingkat ini dibina setinggi 1,087.65m persegi dengan kemudahan ruangan solat utama lelaki dan ruangan tambahan. Selain itu, bahagian ini turut menempatkan tandas lelaki (mempunyai tujuh buah bilik air) dan bilik wudhuk lelaki (mempunyai 34 tempat wudhuk). Kemudian, menempatkan sebuah bilik pengurusan masjid, ruangan pertanyaan, bilik AV, dua bahagian pameran bagi pusat Islam serta bilik Noja.

 Tingkat dua: Manakala, tingkat ini dibina setinggi 893.81m persegi dengan kemudahan ruangan solat utama bagi wanita dan ruangan tambahan (sebuah bilik dengan dua rungan). Di samping itu, tingkat ini menempatkan tandas wanita (mempunyai tiga buah bilik air) dan bilik wudhuk wanita. Selain itu, ia menempatkan pejabat pengurusan Masjid An-Nahdhah dan ruangan untuk pusat Islam (pejabat pengurusan, ruang pameran dan barang-barang bersejarah).  Tingkat tiga: Tingkat ini mempunyai ketinggian

sebanyak 792.85m persegi dengan kemudahan ruangan solat utama bagi wanita yang boleh menampung 200 orang jemaah dan ruangan tambahan (sebuah bilik untuk 30 orang). Tambahan pula, ia turut dilengkapi dengan bilik seminar (100 orang), ruang pelbagai guna, tandas wanita, pejabat IL dan SD serta pejabat pusat pembangunan belia.

 Tingkat empat: Tingkat ini pula hanya dibina setinggi 570.36m persegi yang menempatkan tandas lelaki dan wanita serta sebuah taman terbuka di bahagian atas masjid yang boleh menampung 200 orang. Di samping itu, bahagian ini turut mempunyai lima buah kelas:

 Kelas pertama boleh menampung seramai 30 orang pelajar.

 Kelas kedua boleh menampung seramai 25 orang pelajar.

 Kelas ketiga boleh menampung seramai 30 orang pelajar.

 Kelas keempat boleh menampung seramai 18 orang pelajar.

 Kelas kelima boleh menampung seramai 30 orang pelajar.

(3)

Vapumarican dan Puan Paridah Yusof. Ahli lembaga pengarah yang dinyatakan sebelum ini berkuat kuasa pada bulan Mac 2010 hingga Februari 2012.7

Di samping itu, masjid tersebut mempunyai tiga bahagian pengurusan, iaitu Jabatan Sistem dan Operasi (tiga orang kakitangan), Jabatan Pendidikan Islam (dua orang kakitangan) dan Jabatan Tadika (tiga orang kakitangan). Kakitangan yang berkhidmat di masjid ini adalah berstatus tetap dan sambilan.8

Peranan Masjid An-Nahdhah: Dalam artikel ini hanya membincangkan empat peranan atau fungsi utama Masjid An-Nahdhah, iaitu sebagai ruang solat, pusat pendidikan Islam, menjalakan aktiviti keagamaan dan sosial serta Harmony Centre (pusat Islam). Namun, Harmony Centre tidak dijelaskan pada sub-topik ini kerana ia akan dijelaskan pada sub-topik khusus untuk pusat tersebut.

Ruang solat: Masjid An-Nahdhah dibina dengan tujuan utama, iaitu untuk kegunaan solat umat Islam yang bersolat berjemaah. Justeru, ruangan solat utama masjid tersebut boleh menampung seramai 330 orang jemaah dalam sesuatu masa dan termasuk ruangan tambahan untuk solat bagi 300 orang. Ruangan solat utama ini dikhususkan kepada golongan lelaki kerana ruangan ini lebih terbuka. Manakala ruangan solat utama bagi wanita di tingkat dua boleh menampung 200 orang jemaah dan ruangan tambahan (sebuah bilik dengan dua rungan). Ruangan solat tersebut diletakkan di bahagian atas adalah bertujuan untuk menjaga aurat wanita dan ia lebih tertutup daripada pandangan lelaki ajnabi.9

Pendidikan Islam: Dalam menyebarkan Islam dengan aturan yang betul, Masjid An-Nahdhah telah menyusun program-program yang bersesuaian dengan ajaran Islam dan kehendak masyarakat Islam masa kini. Justeru, di bawah unit Pusat Pendidikan Islam di masjid ini memiliki tiga jabatan yang berkaitan, iaitu:

Jabatan Dakwah dan Penasihat Keagamaan: Pendidikan Islam yang dijalankan di masjid tersebut bukan sekadar untuk menambah ilmu pengetahuan, tetapi untuk mengajar anak-anak Islam di Singapura mampu berdakwah menyampaikan dakwah Islamiah.10

Jabatan Program aL.I.V.E: Pendidikan Islam yang dijalankan di masjid ini menggunakan program aL.I.V.E. Pembahagian katagori dalam program ini, iaitu Kids aL.I.V.E. (5-8 tahun), Teens aL.I.V.E. (13-15 tahun) dan Youth aL.I.V.E. (17-24 tahun) (MUIS 2008: 21). Masjid ini bertemakan Flatform for Progressive Muslims di mana ia mampu menjalankan program tersebut sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak MUIS.11

Pusat aL.I.V.E. yang dijalankan hanya berlangsung pada hujung minggu, iaitu pada hari Sabtu dan Ahad yang mana kebanyakan para pelajarnya terdiri daripada pelajara-pelajar yang bersekolah pemerintah. Mereka berlajar berdasarkan tema yang diberikan dan sebagai contoh mereka belajar bertemakan ‘solat atau saya dan keluarga’. Justeru, para pelajar tersebut akan menggunakan tema tersebut sebagai tajuk untuk dipelajari pada hari yang telah ditetapkan. Sehingga kini, madrasah masjid ini sudah mempunyai asatizah seramai 10 orang yang berkerja secara separuh masa.12

Sesungguhnya, ibu bapa sememangnya memainkan peranan penting dalam memberikan pendidikan Islam yang sebaiknya kepada anak-anak mereka. Hal ini disebabkan tidak semua ibu bapa memberikan pandangan yang positif terhadap pendidikan Islam yang dijalankan dan program aL. I. V. E.. Mereka menyatakan bahawa program ini kurang membantu anak-anak mereka mengetahui lebih mendalam tentang Islam. Sebenarnya, ia bukan silap guru dalam memberikan ilmu sedaya yang mampu kepada semua pelajar. Akan tetapi, ia adalah berpunca daripada sikap ibu bapa yang mengambil sambil lewa terhadap perkembangan pelajaran anak-anak mereka kerana mereka sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk menyemak apa yang dipelajari oleh anak-anak mereka. Maka, asatizahlah yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk mendidikan anak-anak ini sehingga faham dengan betul agama Islam ini.13

Rentetan daripada itu, pihak madrasah masjid telah menyusun suatu pendekatan lain yang boleh memberikan kesedaran kepada ibu bapa terhadap program aL. I. V. E. Pendekatan tersebut ialah mengadakan Seminar for parents about aL. I. V. E. programme yang berkemungkinan akan diadakan pada bulan Disember setiap tahun. Seminar ini bertujuan untuk menerangkan secara jelas kepada ibu bapa apa yang terkandung dalam program ini dan bagaimana program ini dapat memberikan ilmu pengetahuan yang sebaik kepada anak-anak mereka bahkan ibu bapa secara tidak langsung dapat memperlajari agama Islam dengan betul. Seminar ini turut mahu ibu bapa bersama-sama melaksanakan tanggungjawab ini agar natijah dan kesan yang bakal diperolehi adalah baik.14

(4)

pendidikan Islam yang dijalankan oleh Masjid An-Nahdhah mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh masyarakat di Bishan dan sekitarnya.15

Jabatan Tadika: Jabatan ini bertanggungjawab atas pendidikan Islam kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Para pelajar di jabatan ini terdiri daripada kanak-kanak berumur dua hingga lima tahun.16

Aktiviti Agama dan Sosial: Selain itu, Masjid An-Nahdhah turut menjalankan aktiviti agama selain daripada bersolat dan membaca al-Quran. Antara aktiviti agama yang dijalankan seperti mengadakan ceramah, sambutan Maulidur Rasul, forum dan dialog. Manakala aktiviti sosial bagi pembangunan masyarakat Islam di sekitar Bishan seperti program untuk golongan remaja dan belia serta ceramah motivasi.17

Harmony Centre (Pusat Islam) di Masjid An-Nahdhah: Masjid An-Nahdhah turut terkenal sebagai Harmony Centre kerana masjid tersebut telah diberi fungsi sebagai Pusat Islam Singapura. Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Singapura ke-3, Lee Hsien Loong pada bulan 7 Oktober 2006. Pusat tersebut merupakan usaha pihak MUIS secara rasmi dalam memberi kefahaman terhadap agama Islam dan masyarakat Islam kepada masyarakat pelbagai bangsa di Singapura. Justeru, pelbagai aktiviti yang pihak pusat Islam adakan seperti mengadakan majlis rumah terbuka, program lawatan dan silaturrahim antara pihak masjid dan masyarakat sekitar Bishan serta perkhimatan ejen sosial pusat Islam.18

Tambahan pula, masjid tersebut telah menjadi masjid Singapura pertama yang memiliki Harmony Centre. Pusat tersebut terletak dalam Masjid An-Nahdhah dan mempunyai dua tingkat bangunan.19 Tingkat pertama mewakili ruangan pameran berkenaan Islam dan artifak tamadun Islam, manakala tingkat kedua lebih memperlihatakan cara hidup masyarakat Islam.20 Terdapat juga ruangan pameran berkaitan dengan agama-agama yang terdapat di Singapura, iaitu agama Buddism, Baha’i, Faith, Christiannity, Hinduism, Jainism, Judaism, Sikhism, Taoism, Zoroastrianism. Semua agama yang diperlihatkan itu bukan bertujuan untuk memperkenalkan agama-agama tersebut tetapi hanya sekadar pengetahuan tentang agama-agama itu kepada para pengunjung.21

Tema bagi Harmony Centre ialah ‘Pusat Ikatan untuk Masyarakat’ yang bererti pusat pertemuan bagi pelbagai agama dan kaum. Pusat ini beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (sesi pagi) dan jam 2.00 hingga 4.00 petang (sesi petang). Program yang diadakan di pusat ini, iaitu menerangkan secara ringkas berkenaan dengan Harmony Centre, persembahan video Harmony Centre serta kuiz

untuk para pelajar. Di samping itu, pusat ini turut memperlihatkan empat bahagian dalam menerangkan tentang Islam, iaitu pandangan terhadap Islam, tamadun Islam, Asas Islam dan cara hidup Islam.22

Pengunjung-pengunjung yang datang ke sana adalah terdiri daripada masyarakat Islam dan bukan Islam. Kedatangan masyarakat Islam adalah bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang Islam, bahkan ada juga sebahagian daripada mereka kurang faham berkenaan dengan Islam. Manakala pengunjung bukan Islam bertujuan untuk mengetahui tentang Islam dan mewujudkan hubungan yang baik dengan masyarakat Islam kerana mereka dapat mempelajari tentang komuniti Muslim dan Islam.23

Peranan Harmony Centre (Pusat Islam): Harmony Centre @ An-Nahdhah turut mempunyai peranan tersendiri sebagai pusat Islam di Singapura kerana ia menjadi tumpuan pengunjung Islam dan bukan Islam dari seluruh Singapura dan luar Singapura untuk mengetahui Islam dan masyarakat Islam. Peranan pusat tersebut adalah seperti berikut:

Pusat Penyebaran Dakwah Islamiyyah: Sesungguhnya, setiap masjid yang terdapat di Singapura seperti Masjid An-Nahdhah telah memainkan peranan besar dalam menyebarkan agama Islam di Singapura. Namun, pusat Islam di bawah kelolaan masjid tersebut lebih bersifat utama dalam menyebarkan Islam kerana pusat ini mempunyai pengurusan tersendiri yang tidak dicampur dengan pengurusan masjid. Keadaan ini lebih sistematik dan terbaik kerana pusat Islam boleh mengendalikan segala objektif pusat Islam. Hal ini, pusat tersebut dapat menyebarkan dakwah Islamiyyah dengan jelas, rasmi dan penuh yakin serta tidak berselindung sama ada kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.24 Pusat Kefahaman Tentang Islam Sebenar:

Selain itu, pusat Islam ini berperanan sebagai tempat mempromosi kefahaman yang sebenar berkenaan dengan Islam kepada para pengunjung. Para pegawai yang bertugas akan mengajarkan secara mendalam dan jelas dari segi pendidikan Islam dan agama Islam.25 Di samping itu, demi memberikan gambaran yang jelas tentang kefahaman Islam, pihak pusat Islam telah mengaturkan beberapa audiovisual (audio pandang dengar) berkaitan dengan gambaran yang berbeza terhadap Islam sama ada pandangan daripada pihak tempatan atau antarabangsa. Para pengunjung boleh memperkayakan perjalanan dan mempelajari benda baru yang mereka tidak pernah tahu sebelum ini dalam agama Islam.26

(5)

dengan Islam. Para pengunjung yang berminat untuk belajar dan mengetahui tentang asas melaksanakan Islam mengikut Islam sebenar disarankan untuk mendapatkan maklumat yang tepat di pusat tersebut. Hal ini memperlihatkan pusat Islam yang diwujudkan di Masjid An-Nahdhah ini adalah untuk mempermudahkan masyarakat Islam Singapura khasnya dan masyarakat bukan Islam Singapura umumnya bagi mendapatkan info yang tepat dan keterangan yang jelas terhadap Islam. Selain itu, pusat ini turut menerangkan konsep hubungan antara manusia dengan tuhan serta hubungan manusia dengan manusia. Bahkan, pusat ini ada memperkenalkan undang-undang syariah bagi undang-undang dalam Islam yang menjadi batasan bagi umat Islam, di samping mengajarkan sifat belas kasihan serta kasih sayang antara manusia.27

Pusat Tamadun Islam: Selain itu, Harmony Centre ini mempamerkan artifak dan informasi mengenai sejarah kedatangan Islam di Singapura serta sejarah dan tamadun Islam pada zaman Rasulullah hingga zaman kerajaan Islam. Di samping itu, terdapat juga pameran tentang tokoh-tokoh Islam yang mencipta nama sebagai tokoh yang menaikkan Islam di mata dunia. Antaranya Ibn Sina dalam bidang perubatan, Ibn Jubayr dan Zheung He (Cheng Ho) dalam bidang pelayaran dunia serta ramai lagi. Manakala tokoh ternama di Singapura seperti Syed Abdullah bin Ahmad al-Jufra dan Hajjah Fatimah.28 Semua tinggalan sejarah tersebut memberi kesan dan sumbangan yang besar bukan sahaja kepada masyarakat dunia, bahkan masyarakat di Singapura. Hal ini memperlihatkan Islam bukan sahaja digambarkan melalui pemerintan, malah dapat dilihat daripada tinggalan sejarah sama ada yang masih wujud atau tidak. Justeru, pusat Islam ini masih menyimpan kesan serta sumbangan sejarah dan tamadun Islam sebagai paparan para pengunjung yang pernah mengetahui tentangnya atau tidak. Ia menjadi lebih menarik apabila para pengunjung bukan Islam sangat mengagumi dan menghormati kesan sejarah dan tamadun Islam.29

Pusat tentang Cara Hidup Masyarakat Islam: Pusat Islam ini turut menjadi tempat yang mempamerkan gaya hidup masyarakat Islam yang sebenar. Para pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat dan memahami bagaimana masyarakat Islam menjalani kehidupan seharian mereka. Lazimnya, masyarakat Islam dikenali dengan cara mereka melakukan solat lima waktu dan membaca al-Quran serta kehidupan mereka berlandaskan ajaran Islam sepenuhnya. Antara artifak yang dipamerkan seperti pelbagai jenis al-Quran dari pelbagai negara, rihal, buku-buku agama, tasbih, seni khat, seni tenunan karpet dan sejadah serta seni ukuran pinggan mangkuk.30

Di samping itu, gaya hidup masyarakat Islam di Singapura turut diperlihatkan melalui logo halal bagi makanan dan minuman halal di Singapura. Logo ini sangat penting sebagaimana di Malaysia kerana mahu menjaga kualiti makanan dan minuman yang diperbuat daripada benda halal dan cara membuat makanan dan minuman juga perlu halal. Seandainya logo ini tidak dipaparkan di kedai atau resturan yang mahu pengunjungnya terdiri daripada orang Islam, orang Islam dilarang keras memasuki permis tersebut. Ia mahu mengelakkan syubhah yang dimakan dan diminum. Justeru, sijil logo halal tersebut turut dipamerkan untuk tatapan umum serta memberi kefahaman yang lebuh banyak kepada pengunjung yang tidak pernah tahu berkenaan dengannya.31

Pusat Pertembungan Dialog: Pertembungan dialog yang wujud memberikan kesan positif terhadap perkembangan Islam di Singapura. Hal ini menunjukkan para pengunjung sama ada Islam dan bukan Islam telah memberikan respon yang baik terhadap Islam. Diolag yang berlaku adalah berkenaan dengan isu agama Islam dan masyarakat Islam sama ada di Singapura, mahupun masyarakat Islam dunia. Keadaan ini telah membuka minda masyarakat agar lebih memahami dan menghayati tentang Islam sebaiknya. Pertembungan yang pernah wujud di pusat Islam ini adalah ketika perdebatan yang diadakan dalam seminar, bengkel, lawatan dan pengalaman individu. Selain itu, pihak yang kebiasaannya mewujudkan dialog antara agama ini ialah pihak ketua masyarakat, masyarakat sekitar, belia dan remaja.32

Pusat Pertembungan Sosio-budaya: Akhir sekali, pusat ini juga merupakan pertembungan antara bukan budaya Islam dan bukan Islam. Hal ini, pengunjung yang datang adalah terdiri daripada pelbagai kebudayaan. Justeru, wujudnya pertukaran infomasi berkenaan dengan sosio-budaya masing-masing. Ianya turut membincangkan isu Islam dan isu semasa di Singapura.33

KESIMPULAN

(6)

Centre @ An-Nahdhah bertempat di masjid ini terkenal sebagai pusat Islam di Singapura. Kerelevenan pembinaan Masjid An-Nahdhah membuktikan masyarakat Islam Singapura turut maju kehadapan dalam arus kemodenan Republik Singapura. Ia merupakan simbol betapa Islam dan umatnya sentiasa mengikut peredaran masa dan tidak mahu ketinggalan.

Tambahan pula, Harmony Centre @ An-Nahdhah yang diwujudkan oleh pihak MUIS adalah merupakan projek terbaik yang perlu disokong oleh masyarakat Islam khasnya dan masyarakat bukan Islam amnya. Pusat ini dibina bertujuan untuk memberi pemahaman dan penghayatan yang menyeluruh kepada masyarakat berkaitan Islam dan masyarakat Islam. Justeru, Harmony Centre @ An-Nahdhah berperanan sebagai pusat penyebaran Dakwah Islamiyyah, pusat kefahaman tentang Islam sebenar, pusat asas pengetahuan Islam, pusat tamadun Islam, pusat tentang cara hidup masyarakat Islam, pusat pertembungan dialog dan pusat pertembungan sosio-budaya. Oleh itu, keperihatinan pihak MUIS membina pusat ini adalah untuk memudahkan sama ada masyarakat Islam atau bukan Islam mencari saluran dan mendapatkan maklumat yang betul berkenaan dengan Islam.

NOTA HUJUNG

1

Siti Noorasikin Tumiran, 2009, Masjid sebagai pusat pendidikan Islam di Singapura: Satu pengamatan, Kertas kerja Seminar The 4th ISDEV International Graduate Workshop (INGRAW09), Anjuran Centre for Islam Development Management Studies (ISDEV) & Institute of Graduate Studies (IPS), Universiti Sains Malaysia, Bayan Lepas, Pulau Pinang, 18-19 Ogos, hlm. 34.

2

Anon, 2009, An-Nahdhah (Harmony Centre), www.muslim.Ad.Network.htm, [19 November 2011].

Masjid An-Nahdhah, 2009, [19 November 2011].

5

Masjid An-Nahdhah, [19 November 2011].

6

Masjid An-Nahdhah, [19 November 2011].

7

Masjid An-Nahdhah, [19 November 2011].

8

Masjid An-Nahdhah, [19 November 2011].

9

Masjid An-Nahdhah, [19 November 2011].

10

Mohd. Effendi Suparde, 2009, Masjid sebagai pusat pendidikan Islam di Singapura, Singapura, Masjid An-Nahdhah, Temu bual, 10 Jun 2009.

11

Siti Noorasikin Tumiran, 2009a, Laporan Kajian Lapangan Ke Singapura Kali Pertama, Pendidikan Islam di Singapura masa kini, Masjid An-Nahdhah, Bishan, Singapura, 8-11 Jun, hlm. 17.

16

Siti Noorasikin Tumiran, 2009a, hlm. 17.

17

Siti Noorasikin Tumiran, 2009a, hlm. 18.

18

Harmony Centre, 2009, Harmony Centre @ An-Nahdhah,

http://harmonycentre.sg/cms/HA/aboutus.htm, [19 November 2011].

19

Muhammad Haniff Abdul Razak, 2009, Masjid sebagai pusat pendidikan Islam di Singapura, Singapura, Harmony Centre@an-Nahdhah, Temu bual,10 Jun 2009.

20

Muhammad Afdhal, 2008, Salam Bersambut Ukhwah Bertaut, Singapura, Harmony Centre@an-Nahdhah, Temu bual,15 Februari.

Muhammad Haniff Abdul Razak, 2009.

24

Tengku Suhaila, 2008, Salam Bersambut Ukhwah Bertaut, Singapura, Harmony Centre@an-Nahdhah, Temu bual,15 Februari.

25

Muhammad Haniff Abdul Razak, 2009.

26

Anon. 2009. An-Nahdhah (Harmony Centre). www.muslim.Ad.Network.htm. [19 November 2011].

Harmony Centre. 2009. Harmony Centre @ An-Nahdhah.

http://harmonycentre.sg/cms/HA/aboutus.htm. [19 November 2011].

Masjid An-Nahdhah. 2009. Info pembinaan Masjid An-Nahdhah. http://www.mosque.org.sg/an-nahdhah/index.htm. [19 November 2011]. Muhammad Afdhal. 2008. Salam Bersambut

Ukhwah Bertaut. Singapura: Harmony Centre@an-Nahdhah. Temu bual,15 Februari. Muhammad Haniff Abdul Razak. 2009. Masjid

sebagai pusat pendidikan Islam di Singapura. Singapura: Harmony Centre@an-Nahdhah. Temu bual,10 Jun 2009.

(7)

Siti Noorasikin Tumiran. 2009b. Masjid sebagai pusat pendidikan Islam di Singapura: Satu pengamatan. Kertas kerja Seminar The 4th ISDEV International Graduate Workshop (INGRAW09). Anjuran Centre for Islam Development Management Studies (ISDEV) & Institute of Graduate Studies (IPS), Universiti Sains Malaysia. Bayan Lepas, Pulau Pinang, 18-19 Ogos.

Referensi

Dokumen terkait

Pada desain interior diperlukan untuk menemukan dan menganalisa data-data yang berhubungan erat dengan desain interior radio Jeje FM Surabaya seperti halnya

Pada profil kadar gula reduksi memiliki kecenderungan trend sebanding dengan profil kadar gula total, yaitu berupa penurunan yang signifikan di awal proses

efisiensipengendara pada saat keluar- masuk ruang parkir, menciptakan suasana yangaman dan nyaman, dan menata pintu masuk dan keluar fasilitas parkir denganjalur

Dari hasil penelitian ini diharapkan dapat memberikan informasi mengenai struktur dan komposisi jenis tumbuhan bawah serta memberikan informasi mengenai jenis-jenis

semula dan mempercayai yang ghaib. Allah telah menerima niat mereka apabila mereka semua ditidurkan selama 309 tahun dan niat asal mereka itu terhasil setelah

Penelitian skripsi yang berjudul “Analisis Framing Citra Polisi Pada Surat Kabar & Media Online Pos Kota dan Warta Kota dalam Periode November 2017 sampai Mei 2018”

Nilai impor Sulawesi Tenggara pada bulan Mei 2015 tercatat US$ 36,66 juta atau mengalami peningkatan sebesar 52,24 persen dibanding impor April 2015 yang tercatat US$ 24,08

Hasil dari penelitian adalah: (1) terdapat pengaruh penerapan model pembelajaran Team Assisted Individualization (TAI) dan Group Investigation (GI) terhadap prestasi