• Tidak ada hasil yang ditemukan

Permainan Ohh Anda Jutawan Dapat Meningk

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Permainan Ohh Anda Jutawan Dapat Meningk"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

PERMAINAN “OHH ANDAJUTAWAN!! ” DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWIKAN PERKATAAN RUMI YANG MENGANDUNGI SUKU KATA

TERBUKA-TERBUKA

Nuratiqah Abdul Halim tiqahsolehah@gmail.com

Zamri Rajab, MA zamri@ipgmksm.edu.my

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Institut Pendidikan Guru

Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk mencari solusi terhadap murid yang mengalami kesukaran dalam menjawikan perkataan rumi yang mengandungi suku kata terbuka-terbuka. Seramai enam orang murid daripada tahun Empat Cempaka telah dijadikan sebagai responden kajian. Kajian yang dijalankan berfokus kepada penggunaan permainan “Ohh Anda Jutawan!!” dalam meningkatkan kemahiran menjawikan perkataan rumi yang mengandungi suku kata terbuka-buka. Tinjauan awal telah dijalankan dengan menganalisis data dokumentasi yang telah diperoleh daripada kajian. Pemerhatian terhadap sikap dan tindak balas responden kajian menunjukkan mereka menggemari

penggunaan permainan “Ohh Anda Jutawan!!” dalam pembelajaran Jawi. Kesimpulannya, kajian ini berjaya meningkatkan kemahiran murid dalam kemahiran menjawikan perkataan rumi yang mengandungi suku kata terbuka-terbuka.

Kata kunci : Permainan “Ohh Anda Jutawan!!” , kemahiran menjawikan perkataan rumi, meningkatkan, suku kata terbuka-terbuka.

1.0 Pengenalan

Terdapat 11 anjakan dalam transformasi sistem yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Menurut anjakan ketiga tranformasi sistem pendidikan, telah dinyatakan bahawa setiap murid meninggalkan alam persekolahan sebagai seorang warga global yang telah dipupuk dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti nasional yang utuh. Nilai yang telah dipelajari akan diamalkan dalam kehidupan harian, yang seterusnya menghasilkan tingkah laku sivik. Justeru itu, kerajaan telah membuat satu transformasi iaitu mengukuhkan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral dengan lebih tumpuan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid. Ini berselari dengan falsafah Pendidikan Islam iaitu Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

(2)

amat penting untuk memastikan pelajar mempunyai kekuatan dalaman untuk menyesuaikan diri dengan keperluan semasa agar mereka tidak terkeluar daripada landasan nilai etika dan kerohanian. Berdasarkan pada pernyataan di atas, dapat kita lihat, pentingnya penghayatan pendidikan Islam di dalam kehidupan murid-murid. Bagi memastikan hasrat anjakan ketiga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2015) berjaya, maka guru perlu berusaha membuat transformasi kaedah dan bahan bantu pengajaran supaya hasrat ini dapat ditunaikan dengan jayanya.

2.0 Fokus Kajian

Kajian tentang prestasi tulisan jawi telah banyak dijalankan. Boleh dikatakan bahawa kebanyakan hasil dapatan kajian berkenaan menunjukkan bahawa penguasaan tulisan jawi dalam kalangan murid Islam masih berada pada tahap sederhana dan lemah. Misalnya, kajian Abdul Halim Tamuri et al (2004) dalam kajiannya tentang keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar mendapati bahawa, tahap penguasaan tulisan jawi murid adalah sederhana (67.8%). Begitu juga kajian Nik Hassan (2006) terhadap pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah daerah Tuaran, Sabah mendapati bahawa skor min pelajar adalah 2.26. Ini disokong oleh kajian Asmawati Suhid dan Lukman Abdul Mutalib (2008) mendapati tahap penguasaan murid membaca dan menulis perkataan mudah daripada suku kata tertutup adalah 49.2%, membaca dan menulis perkataan mudah daripada suku kata tertutup adalah 57.9% dalam jawi. Kajian-kajian diatas merupakan antara bukti-bukti yang menunjukkan sebahagian murid-murid di sesebuah institusi pendidikan negara kita masih lemah dalam pembelajaran jawi. Oleh itu, penting bagi saya untuk mengesan dan mengatasi masalah yang berlaku di dalam pembelajaran Jawi kelas saya supaya murid-murid tidak ketinggalan di dalam subjek yang memerlukan mereka kepada pembacaan dan penulisan Jawi seperti mata pelajaran Pendidikan Islam.

Melalui kajian ini, saya telah mengenal pasti hampir separuh murid daripada kelas 4 Cempaka lemah dalam kemahiran menjawikan perkataan rumi yang mengandungi suku kata terbuka-terbuka. Justeru itu, saya perlu membuat inovasi pengajaran saya di dalam kelas Jawi. Menurut Siti Fatimah (2012) dalam kajiannya telah memetik kata-kata sarjana menyatakan bahawa pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi akan semakin ketinggalan dalam Pendidikan Islam apabila alat membantu mengajar yang digunakan oleh guru ditulis dalam tulisan jawi. Maka dengan ini, saya hendak mencuba permainan “Ohh Anda Jutawan!!” yang telah diinovasikan ke atas murid saya dalam pembelajaran Jawi. Saya membuat sedikit inovasi terhadap permainan ini supaya ia dapat membantu murid-murid dalam pembelajaran Jawi dan agar murid-murid tidak ketinggalan di dalam subjek yang memerlukan mereka kepada pembacaan dan penulisan Jawi seperti mata pelajaran Pendidikan Islam.

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Umum

Meningkatkan kemahiran menjawikan perkataan rumi yang mengandungi suku kata terbuka-terbuka melalui kaedah permainan.

3.2 Objektif Khusus

 Meningkatkan kemahiran menjawikan perkataan rumi yang mengandungi suku kata terbuka-terbuka melalui kaedah permainan “Ohh Anda Jutawan!!”

(3)

3.3 Soalan Kajian

 Apakah penggunaan permainan “Ohh Anda Jutawan!!” dapat meningkatkan kemahiran menjawikan perkataan rumi yang mengandungi suku kata terbuka-terbuka murid tahun 4 Cempaka dalam pembelajaran Jawi?

 Apakah penggunaan kaedah “Ohh Anda Jutawan!!” dapat membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran jawi di dalam kelas?

4.0 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran pengkaji adalah seramai enam orang murid lelaki Tahun Empat Cempaka dari Sekolah Kebangsaan Berangan (1), Tumpat, Kelantan. Keenam-enam murid melakukan sepuluh kesalahan daripada lima belas soalan yag diberi semasa menjawikan perkataan rumi yang diberi didalam lembaran kerja. Saya meletakkan skala 14-15 sebagai cemerlang, 11-13 sebagai sedarhana, 7-10 sebagai lemah dan 0-4 amat lemah.

5.0 Tindakan Dijalankan

Langkah 1 :

Dilaksanakan bagi melakukan tinjauan awal untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran menjawikan perkataan rumi yang mengandungi suku kata terbuka-terbuka. Saya memberikan satu set soalan ujian dapatan awal yang terdiri daripada 15 soalan untuk menguji kemahiran menjawikan perkataan rumi murid.

Langkah 2 :

Saya memperkenalkan kepada murid permainan “Ohh Anda Jutawan!!” kepada murid. Sebelum intervensi diaplikasikan, saya memberi penerangan kepada murid tentang cara permainan dan penerangan tentang warna bagi huruf vokal Jawi dan huruf konsonan Jawi. Murid bermain secara berkumpulan.

Langkah 3 :

Saya telah menangkap gambar foto dan merekod video sepanjang intervensi diadakan. Gambar foto dan rakaman video akan digunakan sebagai data yang akan dianalisis untuk mendapat dapatan kajian.

Langkah 4 :

Setelah selesai intervensi, saya mengedarkan lembaran kerja kepada murid bagi melihat peningkatan pencapaian markah murid setelah menggunakan permainan “Ohh Anda Jutawan!!”

Langkah 5 :

(4)

6.0 Dapatan Kajian

6.1 Analisis Dokumen

Saya menggunakan kaedah dokumentasi untuk mendapat data kajian. Saya telah membuat ujian dapatan awal dan ujian dapatan akhir kepada murid. Melalui kaedah ini, saya menganalisis lembaran kerja murid sebelum dan selepas intervensi dijalankan ke atas murid. Hasil analisis data menunjukkan terdapat perbezaan markah antara ujian dapatan awal dan ujian dapatan akhir iaitu sebelum dan selepas saya melaksanakan Permainan “Ohh Anda Jutawan!!”. Perbandingan nilai markah ujian dapatan awal dan ujian dapatan akhir dipersembahkan dalam bentuk graf.

Rajah 1

Saya menggunakan data dokumentasi bagi menjawab soalan kajian yang pertama. Berdasarkan Rajah 1, murid yang mendapat markah rendah dalam ujian pertama telah menunjukkan peningkatan markah dalam ujian kedua. Ini bermakna murid telah berjaya menguasai kemahiran menjawikan perkataan rumi dengan baik. Oleh itu, penggunaan permainan “Ohh Anda Jutawan!!” sebagai bahan untuk membantu meningkatkan kemahiran menjawikan perkataan rumi terbukti berkesan.

6.2 Pemerhatian

Saya menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur bagi menjawab soalan kedua kajian. Pemerhatian dijalankan dan direkod melalui borang senarai semak pemerhatian. Hasil analisis senarai semak perhatian menunjukan terdapat perubahan ke atas murid sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan. Sebelum intervensi dilaksanakan, empat daripada enam murid tidak menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Murid juga menunjukkan rasa bosan dan mengantuk semasa sesi pembelajaran. Ini menyebabkan murid tidak memberi kerjasama semasa proses pembelajaran sedang berlaku. Hasilnya tidak wujud pembelajaran dua hala antara guru dan murid. Selepas intervensi dilaksanakan, keenam-enam murid menunjukkan tindak balas yang positif. Kesemua murid menumpukan perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Selain itu, murid tidak menunjukkan rasa mengantuk dan kurang menunjukkan rasa bosan semasa proses pembelajaran. Kesannya, murid memberi kerjasama dan berlaku pembelajaran dua hala antara guru dan murid. Proses pembelajaran dan pengajaran berlaku secara aktif.

0

5

10

15

20

M1

M2

M3

M4

M5

M6

Perbandingan markah

Data Awal (U1)

(5)

6.3 Temu Bual

Selain daripada data dokumentasi dan data pemerhatian, saya juga menggunakan data temu bual dalam kajian ini. Data temu bual digunakan bagi menjawab persoalan kedua kajian. Analisis temu bual menunjukkan murid-murid seronok dengan permainan “Ohh Anda Jutawan!!”. Ini dibuktikan dengan temu bual berikut:

Soalan guru : Adakah kamu sudah seronok dengan permainan “Ohh Anda Jutawan!!” ?

Respon murid : M1 : “Sederhana” ; M2 : ... “Angguk-angguk” ; M3 : “Sonok benaaa.. (seronok sangat)” ; M4, M5, M6 : Sederhana/biasa je cikgu.

Selain itu, murid-murid juga menyatakan bahawa permainan “Ohh Anda Jutawan!!” memudahkan murid menukarkan perkataan rumi kepada Jawi berdasarkan analisis temu bual yang dijalankan. Ini disokong dengan temu bual berikut :

Soalan guru : Apabila kamu main permainan “Ohh Anda Jutawan!!” adakah mudah bagi kamu untuk tukarkan perkataan rumi kepada Jawi?

Respon murid : M2 : “Mudah” ; M3 : “Meme mudah... (memang mudah)” ; M4, M5, M6 : “Sederhana”

Analisis temu bual juga menunjukkan bahawa murid-murid bersetuju dan menyokong bahawa permainan “Ohh Anda Jutawan!!” boleh dilaksanakan dalam pembelajaran Jawi pada masa akan datang. Ini dapat dibuktikan dengan temu bual berikut :

Soalan guru : Adakah kamu rasa permainan ini boleh dilaksanakan pada masa akan datang dalam pembelajaran Jawi?

Respon murid : M1, M2 : “Boleh” ; M3, M4 : “... boleh...boleh.. (sambil angguk-angguk)” ; M5 : “Seronok” ; M6 : “Gembira”

Selain itu, murid-murid memberi reaksi yang positif apabila ditanya tentang kesesuaian guru mata pelajaran lain untuk menggunakan permainan ini dalam pengajaran serta memberi cadangan mengenai mata pelajaran yang sesuai untuk mengaplikasikan permainan “Ohh Anda Jutawan!!” semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Ini dapat dibuktikan dengan temu bual berikut :

Soalan guru : Adakah kamu rasa guru matapelajaran lain boleh aplikasikan permainan “Ohh Anda Jutawan!!” dalam PdP dan beritahu mata pelajaran yang kamu rasa sesuai?

Respon murid : M1, M2 : “Bahasa Arab” ; M3 : “Matematik” ; M4 : “Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Sains” ; M5, M6 : “Bahasa Melayu gok... (Bahasa Melayu juga)”

(6)

7.0 Rumusan dan Cadangan Penambahbaikan

Secara konklusinya, dapat saya simpulkan bahawa penggunaan permainan “Ohh Anda Jutawan!!” dapat meningkatkan kemahiran menjawikan perkataan rumi yang mengandungi suku kata terbuka-terbuka bagi murid-murid. Selain itu, ia juga dapat menarik perhatian murid untuk sentiasa minat dan seronok dalam pembelajaran Jawi sekaligus membantu guru memperbaiki amalan pedagogi guru. Antara cadangan penambaikan pula ialah guru boleh mengaplikasikan permainan “Ohh Anta Jutawan!!” dalam mata pelajaran lain. Permainan ini juga boleh dilaksanakan ke atas murid yang berbeza tahun dan kelas. Dari segi bahan permainan boleh dikemas kini dan ditambah baik. Bahan boleh diperkemaskan dan ditingkatkan kualiti permainan dengan menggunakan bahan yang lebih tahan lasak dan kekal lama supaya bahan tersebut boleh digunakan berulang kali.

Rujukan

Abdul Halim Tamuri et al. (2004). Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam ke atas Pembangunan Diri Pelajar. Laporan Penyelidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan JAPIM.

Asmawati Suhid dan Lukman Abdul Mutalib (2008). Model Kelas Pemulihan Jawi: Satu Penilaian Umum. Kertas Kerja Seminar JPPG.

Nik Hassan Bin Seman (2006). “Pengaruh Motivasi dan Gaya Pembelajaran Pelajar Terhadap Kemahiran Menulis Jawi”. Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah.

Nik Rosila Nik Yaacob (2007). Penguasaan Jawi dan Hubungannya Dengan Minat dan Pencapaian Pelajar dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jilid 22, ms 161-172

Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) Kementerian Pendidikan Malaysia. Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tahun 4.

Siti Fatimah Kassim (2012). Penggunaan “Permainan Cari Saya Beserta Sifir Vokal +

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan kerangka konsep dalam penelitian ini variabel independennya terdiri dari faktor pemudah (pendidikan, pengetahuan, sikap, paritas, pekerjaan dan

reseptor –   – reseptor vitamin D yang sangat berperan dalam sirkulasi vitamin D dan reseptor vitamin D yang sangat berperan dalam sirkulasi vitamin D dan 25 hidroksi D (bentuk

Kesatu, adanya anggaran belanja Angkatan Laut (naval expenditure) yang signifikan. Setidaknya sama dengan 50 % total anggaran belanja di suatu kawasan. dua,

Pada konsentrasi 5 ppm merkuri, hanya dua jenis jamur yang menunjukkan pertumbuhan dan dapat bertahan hidup dalam media yang mengandung logam berat tersebut,

Nasabah Bank Mandiri telah merasa puas atas layanan ATM Bank Mandiri, namun demikian untuk mempertahankan dan meningkatkan pelayanan, Bank Mandiri harus lebih memperhatikan dimensi

Proses bisnis ini diawali dengan kondisi tertentu yaitu masyarakat pengguna lalu lintas jalan raya yang terkena Tilang karena pelanggaran. Untuk mengambil STNK pada

Hasil ini tidak terlepas dari tingginya kesadaran siswa akan sesuainya penerapan model MURDER pada pembelajaran sub materi indikator 4 pada kelas MGIM yang

Isolasi dan identifikasi bakteri termofilik penghasil kitinase dari sumber air panas Danau Ranau Suma- tera Selatan, diperoleh 2 isolat yang mampu meng- hasilkan kitinase dengan