• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan aw

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan aw"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak di Pusat Anak

PERMATA Negara

Fauziah Hanim Jalal1, Fairuz ‘Ain Harun2, Noraini Ismail3, Nazariah Abd Samad4.

Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Volume 3, No. 1, 2014, Pages 36 to 61) Times cited: 0

Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak perlu disokong oleh pelbagai pihak khususnya pendidik, ibu bapa dan komuniti. Sokongan ini merupakan satu konsep complimentary learning bagi membantu pencapaian segala keperluan dan kejayaan kanak-kanak. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis aktiviti yang disertai dan persepsi penglibatan dan halangan dalam penglibatan ibu bapa di Pusat Anak Permata Negara (PAPN). Empat buah pusat (luar bandar=2, pinggir bandar=1, bandar=1) dari dua buah negeri dan seramai 102 ibu bapa (Bapa =22, Ibu =76, Penjaga = 4) telah diplih menggunakan persampelan berstrata. Kaedah kajian adalah berbentuk tinjauan. Data di analisis menggunakan kaedah deskriptif bagi mendapatkan min, kekerapan, dan peratusan. Kajian mendapati pusat telah mengadakan banyak aktiviti yang sesuai mengikut keperluan ibu bapa. Namun majoriti ibu bapa terlibat dalam dua aktiviti di pusat iaitu hadir dalam mesyuarat bulanan dan aktiviti dua jam setiap minggu. Persepsi ibu bapa terhadap penglibatan di pusat adalah positif dalam kesemua empat aspek penglibatan iaitu komunikasi (min=4.43), penerimaan (min=4.38), empowerment (min=4.27) dan persekitaran (min=4.13). Penglibatan ibu bapa masih di tahap sederhana kerana halangan besar mereka ialah kesuntukan masa kerana bekerja. Keputusan mengenai penglibatan ibu bapa memberi implikasi kepada pihak pusat untuk meningkatkan lagi kerjasama dengan pihak ibu bapa agar keperluan mereka difahami.

Perkembangan bahasa dan perubahan tingkah laku sosial kanak-kanak

prasekolah

Zamri Mahamod1, Awang Salleh Awang Wahap2.

Jurnal Bahasa (Volume 8, No. 1, 2008, Pages 160 to 203) Times cited: 0

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perkembangan bahasa Melayu (BM) kanak-kanak prasekolah dan kesannya terhadap perubahan tingkah laku sosial kanak-kanak prasekolah tersebut. Kajian kes menggunakan reka bentuk gabungan eksplanatori ini dijalankan di sebuah prasekolah Annex di Sarawak. Seramai 48 orang kanak-kanak prasekolah mewakili etnik Melayu, Iban dan Bidayuh dijadikan peserta kajian. Data kuantitatif diperoleh melalui soal selidik skala kadar guru dan pemerhatian kekerapan. Sebanyak 30 item perkembangan bahasa dibina berdasarkan hasil pembelajaran dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Pemerhatian dilakukan terhadap dua jenis tingkah laku sosial, iaitu tingkah laku prososial (konstruk membantu, berkongsi dan memujuk) dan tingkah laku antisosial (konstruk agresif, disruptif dan menyisih). Kajian mendapati kanak-kanak menunjukkan tahap kekerapan tingkah laku prososial yang lebih tinggi berbanding tingkah laku antisosial. Kajian ini menyokong prinsip-prinsip utama dalam Teori Perkembangan Vygotsky.

http://www.academia.edu/19268532/KEPENTINGAN_PENGLIBATAN_IBU_BAPA_DI_TADIKA

https://generasiglobal.wordpress.com/2011/12/29/penglibatan-ibu-bapa-dalam-pendidikan-awal-anak/

Referensi

Dokumen terkait

Tambahan lagi, tahap pendidikan yang tinggi dalam kalangan ibu bapa kelas menengah membolehkan anak-anak daripada kelas ini mempunyai lebih banyak peluang

Jelas kajian ini menunjukkan keperluan yang tinggi terhadap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak- anak terutama ketika anak-anak berada di sekolah menengah..

Adakah terdapat hubungan antara tahap penglibatan bapa dalam asuhan dengan dua aspek perkembangan remaja, iaitu pencapaian akademik dan konsep kendiri remaja..

Pengenalan Latar Belakang Kajian Latar Belakang Sosiodemografi Responden Latar Belakang Anak Responden Pelatih PDK Persepsi Ibu Bapa Terhadap Perkhidmatan PDK, Petugas PDK,

Min keseluruhan item adalah 3.64 dengan sebanyak 50.9 % responden bersetuju bahawa faktor minat, rakan sebaya, ibu bapa dan kemudahan yang disediakan mempengaruhi penglibatan

1. Mengenalpasti peranan ibu bapa dalam pendidikan rohani terhadap anak-anak. Mengenalpasti cara penerapan pendidikan rohani yang digunakan oleh ibu bapa.. dalam

Dapatan kajian tidak boleh digeneralisasi kepada semua ibu bapa lain yang menunjukkan penglibatan secara aktif dalam pendidikan anak di pusat pendidikan yang dikendali

Dapatan Kajian Analisis deskriptif yang dijalankan menunjukkan skor min bagi semua variabel kajian adalah pada tahap tinggi berdasarkan tafsiran cadangan Izzanni dan Yahya 2014 iaitu