• Tidak ada hasil yang ditemukan

ARTIKEL HOMONIM DAN PERUBAHAN MAKNA ANTA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ARTIKEL HOMONIM DAN PERUBAHAN MAKNA ANTA"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

BML 3083

SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU

ARTIKEL : HOMONIM DAN PERUBAHAN MAKNA ANTARA

BAHASA MELAYU BAKU DAN DIALEK MELAYU

BRUNEI/SUBDIALEK KEDAYAN

NURUL SARIZAN BINTI SALLEH

D20111047610

GROUP D

PENSYARAH:

ENCIK ABDULLAH BIN YUSOF

JABATAN BAHASA MELAYU

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

(2)

Menurut Abdullah Hassan (1992:1), semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna. Oleh sebab makna adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Semantik biasanya dibezakan dengan dua aspek lain dari simbol yang lebih sederhana, serta pragmatik, penggunaan praktis simbol oleh komuniti pada suatu keadaan atau konteks tertentu.

Kajian makna kata dalam bahasa Melayu menurut sistem penggolongan semantik adalah cabang linguistik yang berperanan semata-mata untuk meneliti makna kata, asal usul, perkembangannya dan sebab-sebab berlakunya perubahan makna dalam sejarah bahasa. Dalam kajian bahasa, kajian dari segi makna atau semantik adalah yang paling penting kerana tanpa makna, bahasa tidak memberi erti apa-apa kepada penuturnya. Bahasa bukan sahaja dari segi pertuturan sebaliknya bahasa isyarat, bahasa badan sama ada dari segi gaya duduk, menggeleng kepala malah ekpresi muka turut memberi makna tertentu.

Akan tetapi makna bagi sesuatu perkara mungkin sekali berbeza mengikut budaya setempat dan perspektif masyarakat serta individu. Biasanya apabila merujuk kepada sesuatu, tanpa disedari kita akan mengikut kod universal yang boleh difahami oleh semua. Hal ini juga bagi mengelakkan wujudnya salah faham antara penutur dengan penerima mesej.

Homonim merupakan suatu aspek yang terkandung dalam sistem makna. Menurut Kamus Dewan keempat, homonim dapat dimaknakan sebagai perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dgn perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Bentuk homonim ini bukan sahaja wujud dalam satu bahasa masyarakat yang sama, tetapi turut dijumpai dalam beberapa bahasa yang berlainan latar belakang penuturnya.

Oleh itu, artikel ini tertumpu kepada bentuk istilah yang sama ejaan dan sama sebutannya dalam dialek Melayu Brunei dengan bahasa Melayu baku. Artikel ini turut menunjukkan pengguguran huruf vokal dan konsonan serta perubahan bunyi-bunyi vokal yang seterusnya membawa kepada perubahan makna kepada masyarakat itu sendiri.

(3)

hampir sama kerana berasal dari pusat bahasa yang sama iaitu negara Brunei Darussalam. Menurut Jaludin Chuchu(2003): “..walaupun [bahasa ini] terdapat beberapa subdialek, semua penutur ini tergolong dalam masyarakat dialek yang sama, iaitu Dialek Melayu Brunei(dialek Melayu Brunei/subdialek Kedayan).

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara mengandungi istilah-istilah baku yang mantap dan teratur dari segi ejaan, sebutan, tatabahasa dan penggunaannya. Menurut Kamus Dewan keempat, baku merujuk yang menjadi pokok, yang sebenarnya, yang digunakan sebagai ukuran. Oleh itu, bahasa baku dapatlah dikatakan bentuk bahasa yang betul dan dijadikan sebagai ukuran dalam hal penggunaan bahasa.

Data-data dalam artikel ini diambil dari Kamus Dewan Bahasa keempat dan juga data yang dikumpul oleh penulis melalui borang kaji selidik yang diedarkan kepada rakan yang berketurunan Melayu Brunei/Kedayan dan menggunakan bahasa ibunda dialek Melayu Brunei/subdialek Kedayan.

Penelitian ini mendapati bahawa terdapat kosa kata yang sama ejaan dan sama sebutan dalam bahasa Melayu baku yang sememangnya mempunyai persamaan dan juga perbezaan makna dalam dialek Melayu Brunei/subdialek Kedayan. Kadang-kadang terdapat istilah yang mengalami perluasan dan penyempitan makna bergantung kepada penggunaannya dalam ayat.

Jadual 1 menunjukkan beberapa perbendaharaan kata dalam dialek Melayu Brunei/subdialek Kedayan yang berhomonim dengan bahasa Melayu. Jadual ini turut memuatkan perbendaharaan kata yang berkonotasi dengan kosa kata bahasa Melayu.

Dialek Melayu

Makna dalam bahasa Melayu baku

Ibun Bergurau Fros(istilah geografi)

Mengayau Melepak tanpa tujuan, merayau-rayau

Membanjiri,mengenangi/kayau

(4)

Bayi Babi(konotasi negatif) bayi I anak kecil yg baru dilahirkan; bayi II babi(istilah Brunei)

Pulang Pula 1. pergi ke tempat asalnya, pergi ke rumah, balik, kembali:

2. terserah kpd, tertanggung atas

Gali Perasaan geli gali I; bergali Ph = menggali mengorek (kubur);

menggali 1. membuat lubang dlm tanah dgn menggunakan alat,

mesin, dll

2. ki menyelidiki, mendalami:

gali II sj kapal yg digerakkan oleh dayung atau layar yg digunakan pd

zaman dahulu atau pd zaman pertengahan sbg kapal perang atau

kapal dagang.

Jajal Sikap degil Mencuba(istilah Jakarta) Gugur Terjatuh 1. jatuh, luruh (buah dll):

2. jatuh sebelum masak (buah-buahan); 3.lahir sebelum cukup bulan (anak kecil): 4. runtuh (tanah dll);

5.mati(terkorban) dlm pertempuran: 6. hilang, habis (hak dll)

Tani Kita tani I; orang (kaum) ~ = petani orang yg

pekerjaannya bercucuk tanam 1. perihal bertani (tanam-menanam); 2. Perusahaan bercucuk tanam:

tani II ark tali-temali pd perahu utk meneguhkan tiang, temberang.

tani III pintu ~ sl pintu gerbang di sebelah luar istana.

(5)

2.ki mengalami bencana atau keburukan Kumuh Renyuk(pakaian) 1. Mn kotor, keji, cemar; berhati ~ tidak

bersih (ikhlas) hatinya;

2. benda yg tidak berguna dan dikeluarkan oleh badan manusia, haiwan atau tumbuhan, kotoran

Tagar Karat tagar I (bunyi) guruh (Huntur)

tagar II Br; bertagar berkarat

Bual Bohong 1. bunyi spt bunyi air yg memancar dr mata air (air mendidih dll),

buak, gelegak;

2. pancaran (luapan) air (drpd mata air atau air mendidih)

3. omong kosong, borak Bagas Bekas orang 1.(bkn angin) kencang, kuat:

2.(bkn badan) tegap, kuat

1. melambungkan, melemparkan ke atas: 2. mengumbang-ambingkan:

a) menghempaskan diri;

b) meninggikan diri, menyombong; 3.mengambung-ambungkan mengangkat-angkat, menyanjung-nyanjung, memuja-muja:

ambung III mencium(Jw). Tinting Berjengket tinting I; meninting

(6)

2.menggoncang-goncang nyiru 3.ki meneliti (menapis, menimbang tintingan tapisan, ayakan (pengayak). tinting II -tingting I.

tinting III; burung

Biut senget biut I ark tidak mahu sembuh-sembuh (penyakit).

biut II ark; biang-~ geliang-geliut, incang-incut.

Jadual 1

Perbezaan ini mungkin kerana bahasa Melayu baku dibuat yang diselaraskan dengan bahasa Melayu Riau manakala dialek Melayu Brunei pula ada yang mengambil istilah-istilah daripada kaum lain dan kosa kata tradisi.

Selain itu, terdapat juga perbendaharaan kata dalam dialek ini mengalami perubahan makna apabila berlaku perubahan seperti pengguguran konsonan dan vokal dalam kosa kata tersebut. Hal ini mungkin kerana sifat penutur masyarakat ini yang cepat dari segi kelajuan cara pertuturan sehingga menggugurkan beberapa huruf namun tetap boleh difahami oleh anggota masyarakat yang lain. Jadual di bawah menunjukkan beberapa kosa kata yang mengalami proses pengguguran dan perubahan makna yang berlaku.

1 ) Pengguguran huruf vokal dan konsonan dalam perbendaharaan kata.

Kosa kata asal dalam BM Hasil pengguguran Makna dalam konteks dialek

Selipar Slipar Selipar

(7)

Kerusi Krusi Kerusi

Trial Triak Teriak

Hempas Ampas Pukul

Kalah Alah Mengalah untuk tidak

memanjangkan persengketaan.

Hitung Itung Kira

Seorang Surang Seorang

Hambur Ambur Tabur

Jadual 2

Selain daripada berlaku pengguguran huruf vokal dan konsonan, perubahan makna juga boleh berlaku apabila huruf-huruf vokal dalam kosa kata tersebut berubah. Hal ini disebabkan kosa kata dalam dialek ini terikat dengan sebutan tradisi yang banyak menggunakan /a/, /i/ dan /u/. Hal ini bertepatan dengan penyataan Jaludin Chuchu(2003) bahawa dalam dialek Melayu Brunei, terdapat pengurangan bunyi vokalnya kepada tiga saja, iaitu /a/, /i/, /u/.

Jadual 3 menunjukkan perubahan makna yang terjadi apabila huruf-huruf vokal berubah. Namun begitu, perubahan ini dapat diperhatikan apabila hanya vokal tertentu sahaja yang berubah dan ada yang dikekalkan.

a) Perubahan vokal /o/ kepada /u/.

b) Perubahan vokal /e/ kepada /a/.

c) Perubahan vokal /e/ kepada /i/

2) Perubahan vokal dan perubahan makna

Kosa kata asal dalam bahasa Melayu baku

(8)

Telur Talur Bodoh/telur

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, kajian tentang perubahan makna kosa kata antara bahasa Melayu baku dan dialek bahasa Melayu Brunei dalam pengkhususan subdialek Kedayan masih banyak yang belum diterokai. Kebanyakan kajian sebelum ini banyak mengkhususkan dialek Melayu Sarawak yang sama sekali jauh berbeza daripada dialek ini. Kajian tentang dialek Melayu Brunei juga turut dijalankan namun dikaji menjurus kepada pembakuan dialek ini kepada bahasa Melayu Brunei Standard dan amat sedikit menjurus kepada bahasa Melayu baku itu sendiri.

Jika diperhatikan, penggunaan dialek Melayu Brunei kini sudah semakin kurang digunapakai kerana persaingan penggunaan bahasa Inggeris di pusa penyebaran bahasa iaitu negara Brunei Darussalam. Selain itu, penduduk luar dari kawasan ini pula terdedah kepada bahasa etnik lain dan variasi dialek Melayu yang lain seperti dialek Melayu Sarawak dan dialek Melayu Sabah yang mempunyai perbezaan yang agak ketara sama ada dari segi kosa kata malah sebutan dan makna yang berbeza. Antara faktor lain juga, terdapat generasi muda yang mendapat pendidikan yang tinggi, kemudian terdedah kepada istilah baku dan membiasakannya dalam pertuturan seharian.

(9)

perluasan dan penyempitan makna. Keadaan ini jelas menunjukkan bahasa Melayu itu sendiri secara keseluruhannya bersifat dinamik dan tidak terhad kepada mana-mana bahasa tertentu sahaja.

Rujukan

Abdullah Hassan (1992). Semantik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia.

Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim & Mohd Ra’in Shaari (2009). Semantik dan

(10)

Chong Shin(2009). Dialek-dialek melayu di Lembah Baram. Latihan ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi. Diambil dan diperoleh pada Nov 15, 2013 daripada http://journalarticle.ukm.my/1173/1/SARI27%5B2%5D2009_%5B03%5D.pdf

Hj Jaludin Hj Chuchu. Peranan dialek dan bahasa sukuan dalam mencirikan bahasa

Melayu Brunei Standard di Brunei. Dalam PURIH, Kumpulan Esei Mengenai

Brunei Darussalam. Brunei Darussalam : Universiti Brunei Darussalam.

Ibrahim Ahmad et. al (Ed)(2005). Kamus Dewan edisi Keempat. Kuala Lumpur Dewan: Bahasa dan Pustaka.

Nur Syakimah binti Rabaha & Prof. Madya Dr. Hj Jaludin bin Hj Chuchu. Penggunaan

Kata Sapaan ’Kau’ Dulu dan Sekarang: DalamKonteks Puak Melayu Kedayan.

Prosiding Setaling II. Diambil dan diperoleh pada Nov 15, 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/6753121/Kk5-Nur-Syakimah

Referensi

Dokumen terkait

Pendaftaran Nama JK Agama Tempat Lahir Tanggal Lahir Asal Sekolah 1 3004470 FARA TRI UTAMI PUTRI P Islam UJUNG PANDANG 29-Jun-99 SMK PRATIDINA MAKASSAR. 2 3156805 Nur Wanda Hamida

Komputer merupakan suatu alat untuk melakukan kegiatan dalam bidang administrasi atau tempat untuk menyimpan ribuan data yang bisa diproses sewaktu-waktu tanpa

Tujuan dalam penelitian ini untuk mengetahui tingkat pola asuh orang tua yang diterapkan, untuk mengetahui tingkat kecerdasan emosional, dan untuk mengetahui

Berdasarkan hasil perhitungan dari SPSS fersi 16 hasil jadi, pengaruh proporsi madu dan bahan pewar special effect dna makanan pada make up karakter

Adapun untuk kredit UMKM pada bank umum, hingga triwulan II-2011, kredit yang disalurkan tercatat sebesar Rp1.72 triliun atau mengambil pangsa sebesar 41,56% dari total

Dari permasalahan tersebut, harus ada upaya untuk menyelesaikannya, munculnya konsep Open Course Ware (OCW) sebagai platform baru dibidang teknologi pendidikan

Ciri khas wilayah pada kurikulum inti yang dimiliki oleh program studi arsitektur sangat berpengaruh dari faktor potensi dan keunikan wilayah yang ada pada area

Model yang digunakan untuk segmentasi yaitu RFM ( Recency, Frequency dan Monetary ) serta teknik data mining yaitu teknik clustering dengan algoritma K-Means.. Hasil