• Tidak ada hasil yang ditemukan

CBFC1103 Kajian Liputan Media ke atas ko

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "CBFC1103 Kajian Liputan Media ke atas ko"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

SEMESTER MAY / TAHUN 2013

CBFC1103

Introduction to communication

TAJUK TUGASAN:

Fungsi Media Massa Dan Peranannya Di Dalam Isu Pencerobohan

Lahad Datu

NAMA

:

RASMAN ABDULLAH

NO. MATRIKULASI

:

750614036095001

(2)

1.0 Pengenalan

Krisis pencerobohan Lahad Datu, Sabah pada Februari 2013 bermula apabila sekumpulan penceroboh yang diketahui dari kumpulan pengikut kesultanan Sulu telah mendarat di Lahad Datu. Mereka ini secara berperingkat telah memasuki Felda Sahabat 17 di kampung Tanduo. Pencerobohan ini berlaku disebabkan oleh tindakan pewaris kesultanan Sulu iaitu Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram yang telah mendakwa bahawa kerajaan Sabah adalah milik Kesultanan Sulu dan beliau ingin menuntutnya kembali.

Liputan media terhadap kejadian pencerobohan ini boleh dikatakan agak lambat dan banyak pihak telah menuduh kerajaan lambat dan terlalu berlembut dengan pihak penceroboh. Ini disokong pula oleh laporan media yang melaporkan anggota keselamatan negara telah diserang oleh penceroboh sehingga berlaku pertumpahan darah dan menyebabkan beberapa anggota keselamatan kita telah terkorban. Agensi-agensi media di seluruh dunia banyakyang telah datang ke Malaysia untuk mendapatkan berita perkembangan semasa dan melaporkannya tetapi tidak banyak kerjasama yang diperolehi daripada pihak keselamatan. Ini adalah kerana kerajaan telah memutuskan berdasarkan faktor-faktor keselamatan awam agar pihak media mendapat maklumat yang terhad daripada apa yang telah berlaku. Ini menyebabkan masyarakat telah mencari satu alternatif lain untuk mendapatkan sumber maklumat. Dengan itu penonton akan berpaling dari media arus perdana.

2.0 Fungsi Media

(3)

pendengar, mereka perlu mengetahui kewujudan sesuatu isu dan akan terpanggil untuk mengikuti perkembangan isu tersebut. Keghairahan media ini yang cuba membuat liputan dari setiap sudut dan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber dibimbangi akan menggagalkan langkah berjaga-jaga dan keselamatan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan. Keadaan ini juga dibimbangi akan mendedahkan strategi pihak kerajaan dalam usaha menangani konflik yang timbul, khususnya di Lahad Datu. Di sini dapat dilihat betapa media dapat mempengaruhi orang awam melalui liputan terhadap sesuatu isu yang dibuat olehnya.

Tidak dapat dinafikan bahawa kita dikelilingi oleh media dan ia memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan kita. Tidak kira apa sahaja yang kita lakukan, atau di mana sahaja kita berada, kita akan sentiasa terdedah kepada berita-berita dan maklumat daripada media massa. Jika diperhatikan dengan teliti, hidup kita banyak terdedah dan bergantung kepada media yang mana ia telah membentuk cara kita berfikir, cara kita melihat sesuatu isu dan permasalahan, dan juga mempengaruhi setiap keputusan yang kita ambil dalam sesuatu situasi. Selain itu, media mampu mempengaruhi pemikiran, percakapan, perbuatan, malah ideologi kita juga boleh terbentuk dengan pengaruh media.

Pengaruh media yang besar dan meluas ini sememangnya memberi kesan dalam kehidupan kita seharian. Disebabkan pengaruh ini juga, boleh dikatakan media mampu membentuk corak pemikiran sesebuah masyarakat. Menurut Massila dan Arfah (2011), peranan dan fungsi media massa dalam masyarakat adalah seperti berikut:

1. Fungsi mengawasi 2. Fungsi intepretasi 3. Fungsi menghubung 4. Fungsi memujuk

5. Fungsi sosialisasi dan menyebarkan nilai

Liputan media semasa krisis Lahad Datu telah menunjukkan peranan besar yang dimainkan pihak media dalam menyebarkan maklumat mengenai kejadian tersebut serta rentetan-rentetannya. Di sini dapat dilihat bagaimana fungsi-fungsi media yang dinyatakan di atas memainkan peranan dalam krisis tersebut.

2.1 Fungsi mengawasi

(4)

kerap. Fungsi ini merupakan yang terawal digunakan oleh manusia dan seterusnya media yang mana tumpuan penuh adalah kepada sumber maklumat dan tidak mementingkan reaksi penerima maklumat.

Menurut The Online Media pula, fungsi mengawasi ini mempunyai dua tujuan, iaitu yang pertama adalah untuk memberi amaran tentang wujudnya ancaman atau bahaya yang sedang atau bakal menimpa masyarakat samada dalam kumpulan kecil atau masyarakat umumnya. Contoh yang paling lazim adalah seperti gempa bumi, banjir, jenayah, serangan ketenteraan, dan letupan gunung berapi. Ia juga dinamakan Amaran atau Pemberitahuan Berjaga-jaga. Semasa berlakunya konflik Lahad Datu, media telah menunjukkan dan memainkan peranannya dalam melaksanakan fungsi memberitahu ini. Masyarakat sentiasa dihidangkan dengan maklumat-maklumat serta perkembangan terkini berkaitan dengan kejadian tersebut yang sedang berlaku pada masa itu. Masyarakat juga disedarkan oleh media melalui penyebaran maklumatnya tentang bagaimana kejadian itu boleh menggugat dan mengancam keamanan dan kestabilan negara. Media juga mendedahkan peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam menangani kesan daripada krisis yang berlaku itu dan sumbangan serta pengorbanan anggota polis dalam menjaga dan mempertahankan negara daripada ancaman musuh.

Tujuan yang kedua fungsi ini adalah dinamakan instrumental surveillance. Ini telah diberikan definisi oleh Baig(2012) sebagai penyebaran maklumat yang berguna dan perlu kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian. Contohnya adalah seperti harga pasaran saham semasa, filem-filem baru, berita sukan dan politik tanah air dan sebagainya. Contoh yang paling terkini adalah Pilihanraya Umum ke-13 yang lepas di mana maklumat berkaitan calon-calon yang bertanding adalah merupakan instrumental surveillance kerana maklumat ini membantu para pengundi membuat keputusan tentang calon yang akan diundi. Dalam isu Lahad Datu pula, pihak media akan memberikan maklumat tentang kedudukan kawasan pencerobohan, bilangan komuniti di kawasan tersebut dan perkembangan pergolakkan di situ. Dengan ini masyarakat keseluruhannya akan dapat tahu lokasi sebenar kejadian dan apa nasib yang akan menimpa penduduk tempatan di kawasan tersebut.

(5)

Media massa bukan sekadar menyampaikan maklumat tentang fakta dan data sahaja tetapi juga memberikan maklumat tentang matlamat, makna dan kepentingan disebalik sesuatu peristiwa yang berlaku.

Mengikut The online Media, fungsi interpretasi adalah penerangan kepada data dan fakta yang menerangkan tentang apa yang berlaku. Massila dan Arfah (2011) menyatakan fungsi interpretasi bagi media massa adalah berkait rapat dengan fungsi pengawasan. Beliau menyatakan bahawa pengampang media akan menentukan berita yang layak untuk disebarkan mengikut turutan kepentingan dan keutamaan. Ini bermakna tidak semua berita yang diterima disebarkan oleh stesen-stesen televisyen dan radio. Ia hanya akan disebarkan jika mempunyai kepentingan kepada masyarakat.

Di dalam isu Lahad Datu, pihak-pihak media banyak menghasilkan kronologi peristiwa yang berlaku sama ada dalam bentuk media cetak mahu pun media digital. Media-media bertindak melaporkan dimana, bila, sebab berlaku peristiwa dan juga menjelasskan perkara-perkara yang berkaita tentang reality sebenar isu yang sedang berlaku. Oleh kerana fungsi intepretasi ini untuk memberikan maklumat, pihak media seharusnya mempunyai pelapor yang mempunyai kredibiliti dan pengentahuan yang luas berkenaan dengan isu yang ditulis disamping mempunyai kemampuan untuk menganalisa.

2.3 Fungsi menghubung

Fungsi menghubung dalam media menggabungkan elemen-elemen atau kumpulan yang berbeza. Menurut Baig (2012), menghubung adalah menggabungkan elemen berbeza dalam masyarakat yang terpisah. Sebagai contoh, iklan komersial menghubungkan penjual dengan pembeli. Tanpa fungsi mengubung ini, pembeli tidak akan mendapat maklumat berkaitan dengan produk yang dijual atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak penjual atau penyedia perkhidmatan, malah mungkin tidak akan tahu langsung tentang kewujudannya kerana tidak wujud penghubung di antara keduanya.

(6)

membantu mangsa krisis tersebut, yang mana tidak pernah wujud perkaitan di antara mangsa dan pihak-pihak atau kelompok yang membantu sebelum ini. Ini jelas menunjukkan fungsi menghubung ini yang wujud dalam media massa.

Kewujudan media digital yang menghubungkan masyarakat dari segenap pelusuk pada masa sekarang telah membolehkan maklumat tersebar dengan lebih cepat, meluas, dan merentas sempadan dunia. Ini selari dengan apa yang diperkatakan oleh Massila Hamzah dan Arfah Yusof (2012) bahawa kemajuan teknologi dalam media telah mengatasi kekangan masa dan sempadan yang wujud sebelum ini. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa fungsi ini juga boleh membawa keburukan apabila menghubungkan kelompok atau individu yang salah, yang mana ini boleh membawa kepada ancaman keselamatan terhadap individu terlibat mahupun dalam masyarakat itu sendiri. Media sosial seperti facebook sebagai contoh, boleh menghubungkan kumpulan-kumpulan tertentu yang tidak pernah mempunyai perkaitan sebelum ini yang mana satu kumpulan boleh menjadi ancaman kepada kumpulan lain. Dalam facebook baru-baru ini terdapat kumpulan murtad yang secara terang-terangan menghina agama. Media yang kita sedia maklum mempunyai fungsi mengubung memainkan peranan dalam hal ini. Kumpulan murtad dalam contoh ini boleh membawa ancaman kepada akidah kumpulan lain yang mungkin tidak mempunyai pengetahuan luas tentang agama sendiri. Ini akhirnya mungkin boleh menyebabkan berlakunya perbalahan secara fizikal yang akan menggugat keamanan dalam masyarakat.

2.4 Fungsi memujuk

(7)

Di samping itu, media juga mampu mempengaruhi dan membentuk pandangan peribadi atau kelompok dalam sesuatu perkara. Contohnya, apabila media memaparkan tentang pemberian subsidi oleh kerajaan bertujuan untuk meringankan beban rakyat, ini telah mempengaruhi pemikiran dan keputusan yang dibuat oleh rakyat yang mana rakyat lebih meyakini kesediaan kerajaan membantu rakyat dan atas sebab ini juga rakyat terus memilih kerajaan yang sama untuk menerajui Negara.

Fungsi kebujukan yang ada pada media amat jelas dapat dilihat dalam paparan iklan yang dibuat sedemikian rupa untuk mempengaruhi dan memujuk pengguna agar mempercayai dan mendapatkan produk mereka. Pelbagai corak iklan dibuat dan dipaparkan di media massa, seperti menggunakan golongan artis sebagai model dan duta produk. Selain itu, iklan di media-media massa pada masa kini juga banyak diolah dalam bentuk yang mampu menyentuh naluri orang ramai dan dengan ini lebih mudah mempengaruhi ataupun memujuk orang ramai agar menerima sesuatu idea atau cara berfikir yang ingin diterapkan dalam minda mereka.

2.5 Fungsi Sosialisasi dan menyebarkan nilai

Proses sosialisasi merupakan satu proses penyebaran dan transmisi nilai dalam masyarakat manakala fungsinya pula merujuk kepada cara seseorang individu menerima tingkah laku dan nilai sesebuah kumpulan.

Dalam media massa, proses sosialisasi ini adalah melalui idea-idea yang membolehkan masyarakat mengenal pasti yang mana baik dan penting dalam kehidupan.Ia disampaikan kepada masyarakat melalui saluran-saluran media seperti televisyen, radio dan akhbar. Melalui televisyen, penonton dapat menilai dan belajar tentang apa yang baik dan betul melalui segmen-segmen yang diudarakan seperti segmen forum perdana dan segmen-segmen dokumentari tentang budaya masyarakat tempatan. Dengan ini penonton dapat belajar dan mengenali akan kehidupan di persekitaran mereka. Bagi isu Lahad Datu,penyebaran maklumat oleh media massa telah menjadikan rakyat Malaysia secara keseluruhan mendapat satu nilai iaitu semagat patriotism dan merasakan terpanggil untuk menyumbang kepada mangsa-mangsa pencerobohan itu.

(8)

Pertama kali berita pencerobohan Lahad Datu oleh militan kesultanan Sulu dilaporkan oleh media terdapat berbagai-bagai reaksi dari rakyat kedua-dua Negara Malaysia dan Filipina. Media melaporkan dari sudut yang berbeza-beza. Di tambah lagi dengan maklumbalas yang berbeza dari individu. Cara tersebut sedikit sebanyak akan memberikan respon yang berbeza dari penonton. Ini adalah disebabkan individu yang memberikan maklumbalas tersebut mempunyai latar-belakang, peribadi, social dan budaya yang berbeza.

Disebabkan perkara tersebut majlis keselamatan Negara telah mengawal segala liputan yang di buat oleh pihak media. Banyak maklumat telah dirahsiakan dari pengentahuan pihak media. Maklumat-maklumat tersebut hanya akan diberitahu oleh individu yang dipertanggunjawapkan oleh pihak kerajaan sahaja dan hanya akan disampaikan kepada rakyat melalui media-media yang yang dibenarkan oleh kerajaan. Ini telah menyebabkan rakyat yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu mencari saluran-saluran media yang baru untuk mengentahui perkara sebenar yang berlaku di sana. Pada masa sekarang ini rakyat akan lebih tertumpu kepada media-media yang terdapat dalam saluran siber bagi mendapatkan berita sebenar.

Berikut adalah petikan-petikan yang menunjukkan rasa ketidakpuasan rakyat terhadap keputusan kerajaan yang menyekat laporan sebenar tentang isu di Lahad Datu.

“It is sad and shameful that in the past fortnight, Sabahans and Malaysians

have to search the Internet to read about what is happening with regard to the Lahad Datu standoff from the Philippines media as there is a serious information blackout of the issue in the Malaysian media – another international black-eye for Malaysia!”

(Lim Kit Siang for Malaysia, February 23, 2013)

(9)

(Desmond Sky, FMT.com, March 8 2013)

Secara umumnya orang ramai percaya yang media adalah sumber untuk mereka mendapatkan maklumat. Akan tetapi jika dilihat kepada komen-komen tersebut ia mempunyai unsur kemarahan masyarakat terhadap media. Ini berlaku kerana pihak media telah bertindak mengikut arahan dari kerajaan sedangkan seperti yang diketahui media adalah merupakan satu agensi bebas yang hanya akan menyampaikan maklumat yang betul dan tepat kepada masyarakat tanpa mengira apa halangannya. Di Malaysia telah berlaku sebaliknya apabila media harus bertindak mengikut apa yang ditetapkan oleh kerajaan. Dengan kata lain media telah dikawal oleh kerajaan. Di zaman yang serba moden dengan perkembangan sistem maklumat yang lebih canggih menyebabkan masyarakat akan mendapatkan maklumat dari sumber-sumber lain seperti laporan media asing yang senang didapati iaitu melalui sistem talian.

Di lihat juga dari skop menjelang piliharaya umum ke-13 yang akan dijalankan pada bila-bila masa dan pada masa yang sama krisis pencerobohan Lahad Datu terjadi. Ini akan lagi memberi perpektif yang buruk kepada media. Media telah dikatakan cuba untuk menyembunyikan fakta tentang isu pencerobohan kerana ingin melindungi kepentingan kerajaan. Kerajaan telah dilihat pada masa itu gagal menangani krisis yang berlaku sehingga telah menyebabkan ramai anggota keselamatan yang terkorban semasa operasi di Lahad Datu. Ini akan memberikan peluang kepada parti-parti pembangkang untuk menyampai ketidak berkesanan kerajaan dalam menangani krisis tersebut. Disebabkan parti pembangkang tidak mendapat ruang di dalam media tempatan, mereka banyak menggunakan saluran-saluran di dalam talian untuk menyampaikan mesej. Ini akan memberikan kelebihan kepada mereka kerana masyarakat juga telah banyak beralih kepada media di dalam talian disebabkan masyarakat sudah tidak percaya kepada media yang sedia ada.

“NOW is the time for the nation to wake up from its slumber and get its priorities straight. When our borders have been breached and our national sovereignty is at stake, this is not the time for our opposing politicians to bash each other with the hope of scoring silly points to boost their oversized egos.”

(10)

Penggarang itu menambahkan lagi;

“I posted this message on Facebook a few days ago. “For once, can our politicians from both sides shut up and stop their silly, stupid and outrageous comments on Ops Sulu and Ops Daulat? Stop criticising the work of our security forces there. This is a time when the nation has to come together. So put aside your political differences for once. If you are that smart and that brave, go and join our policemen and soldiers at the front line. If not, then shut up!”

(The Borneo Post, March 9, 2013)

Petikan di atas mengatakan bahawa pengarang telah memberi maklum balas kepada ahli-ahli politik yang terlibat dalam mengeluarkan kenyataan yang berbaur politik terhadap isu pencerobohan Lahad Datu. Maklum balas daripada masyarakat juga banyak yang telah menyedari betapa seriusnya krisis tersebut dan merasakan bahawa isu ini tidak patut dipolitikkan. Ini adalah kerana masyarakat merasakan isu ini adalah isu Negara dan melibatkan kedaulatan Negara yang patut ditangani bersama dan bukannya untuk menyalahkan sesiapa.

4 Kesimpulan

(11)

Rujukan

Marsila Hamzah & Arfah Yusof. (2011). Introduction to Communication. Selangor.Meteor Doc. Sdn. Bhd

(12)

http://theonlinemedia.blogspot.com/2012/06/functions-of-mass-media.html

[Jun 1,2013]

Baig, Nasir Ullah. (2012). Function of Mass Communication. [Online]

communication.html [July 1, 2013]

Kit Siang, Lim. (2013) Lahad Datu Standoff. Lim Kit Siang Online. [Online]

http://blog.limkitsiang.com/2013/02/23/lahad-datuk-stand-off-with-some-150- suluintruders-getting-curioser-and-curioser-why-is-hishammuddin-passing-the- buck-towisma-putra-and-not-to-the-defence-ministry/ [July 1, 2013]

Editor. (2013) Lahad Datu: Politicians who could not help should shut up. The Borneo Post. [Online]

http://www.theborneopost.com/2013/03/09/lahad-datupoliticians-who-cannot-help-should-shut-up/ [July3, 2012]

Fernandez, Lira Dalangin, Uy, Veronica and Kwok, Abigail. (2013). Malaysian Air

Strikes Illegal, Violate Human Rights. InterAksyon. [Online].

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan profil daya psikologis siswa dan implikasinya terhadap program bimbingan dan konseling pribadi.. Metode penelitian

Tidak dipungkiri bahwa penggunaan printer dalam suatu pekerjaan tidak selalu efektif. Hal ini dapat dilihat dari penggunaan printer dalam sebuah perusahaan, seperti

Data-data yang dibutuhkan pada penelitian ini seperti data pasien, data rekam medis pasien untuk menentukan atribut dalam pembuatan sistem, alur kerja pada klinik

PEMBERITAHUAN HASIL KOREKSI ARITMATIK DALAM RANGKA PEMILIHAN LANGSUNG PENYEDIA PEKERJAAN KONSTRUKSI PADA BADAN PELAKSANA PENYULUHAN DAN KETAHANAN PANGAN KABUPATEN

Persentase kebutuhan dosen akan aplikasi yang dapat membantu merancang dan mengelola content dari situs web pribadinya Persentase dosen yang memerlukan aplikasi untuk

catatan kontra.  Dengan cara memindahkan baki akaun yang mempunyai baki yang lebih kecil ke akaun yang mempunyai baki yang lebih besar.  Hanya satu amaun sahaja yang wujud dan

Tujuan khusus dari penelitian ini adalah untuk mengetahui peningkatan penguasaan pengetahuan laundry melalui penggunaan video pembelajaran pada peserta didik SMKN

Pengetahuan ilmiah adalah pengetahuan yang diperoleh dengan cara merumuskan hipotesis dan menguji hipotesis kemudian ditarik kesimpulan dari percobaan / eksperimen mengenai