TAJUK 3
MEDIA PENGAJARAN
SINOPSIS
Tajuk ini mengandungi menjelaskan konsep media dan media pengajaran yang
merupakan salah satu domain dalam teknologi pengajaran. Tajuk ini juga
menghuraikan pengkelasan, kelebihan serta fungsi untuk menentukan pemilihan,
pembinaan dan penggunaan media pengajaran sebagai saluran komunikasi.
HASIL PEMBELAJARAN
Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan
dapat:
i.
menjelaskan konsep media dan media pengajaran.
ii.
merumuskan fungsi media pengajaran.
iii.
menyatakan pengkelasan media pengajaran.
iv.
menyata dan menghuraikan langkah penyediaan media pengajaran.
KERANGKA TAJUK
3.1 Konsep Media Pengajaran
3.2 Fungsi Media Pengajaran
3.3Jenis-jenis dan Klasifikasi Media
Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang
kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, bolehlah dikatakan media
pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan.
Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada
perkataan Latin yang bermaksud perantara. Ia merujuk kepada apa sahaja yang
membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Contoh media
termasuklah filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak,
komputer dan pengajar. Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat
digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima
sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian
murid dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.
Fikirkan
Apakah kelebihan menggunakan media dalam pengajaran?
Apakah jenis media yang akan anda gunakan untuk mengajar topik berikut?
(a) Sains mengenai rupa atom;
(b) Matematik mengenai set, subset dan tindanan
3.2 Fungsi Media Pengajaran
Kesan menggunakan media yang terdiri daripada pelbagai jenis itu didapati berbeza
antara satu dengan yang lain. Ada yang sesuai pada perkara yang mempunyai unsur
abstrak ikonik dan enaktif. Ini dapat dilihat kon pengalaman pembelajaran yang
pernah diketengahkan oleh Edgar Dale (Wah Wan Ali et al.2008) sebagaimana yang
Rajah 1: Kon Pengalaman Dale
Media terdiri daripada pelbagai jenis boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Antaranya ialah:
a) Media menjadi sumber yang dapat membantu guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran berikut:
Memainkan peranan sebagai papan hitam.
Menjadi alat yang boleh mengawal disiplin murid semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
Boleh mengurangkan kebosanan murid di mana menggunakan pelbagai
multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
b) Media dapat membantu guru menyakinkan diri dan mengurangkan darah
c) Media dapat membantu guru menyampaikan mesej dalam pengajaran,
memberi maklumat yang tepat dan jelas, motivasi murid dalam pembelajaran
dan memberi hiburan (
entertainmen
t).
d) Melalui media keterangan seribu perkataan dapat diperjelaskan dengan
sekeping gambar. Di samping itu juga media dapat:
mengurangkan masa penerangan.
murid dapat belajar lebih.
murid dapat mengekakalkan kefahaman.
murid dapat meyakinkan kemahiran dan prestasinya pada subjek yang
dipelajarinya.
e) Penggunaan alat bantu memudahkan kita mewujudkan pengalaman konkrit.
Menurut kajian, kadar murid ingat berbeza-beza jika mereka membuat kerja
seperti berikut: Jika,
membaca
mereka
memperolehi 10% dari apa yang dibacanya
mendengar mereka memperolehi 20% dari apa yang didengar
mendengar dan melihat mereka
memperolehi
30% dari apa yang didengar dan
dilihat
memyebut
mereka
memperolehi 70% dari apa yang didengar, dilihat
dn disebut
membuat, menyebut mereka
memperolehi
90% dari apa yang didengar, dilihat
dan disebut
3.3 Jenis-Jenis dan Klasifikasi Media
Media pengajaran terbahagi kepada dua:
i. Media
cetak
3.3.1 Media Cetak
Media cetak merupakan bahan-bahan maklumat yang dicetak di atas kertas. Ia
berbentuk buku teks, buku kerja,buku rujukan, majalah, risalah, surat khabar,
nota-nota, prosiding seminar, surat-surat berita, laporan tahunan dan sebagainya. Tujuan
bahan-bahan ini dicetak adalah untuk:
i. Memberikan
panduan.
ii. Menyampaikan
maklumat.
iii.
Mempertingkatkan tumpuan atau fokus perhatian pada bidang yang dicetak.
3.3.1.1. Jenis Media Cetak
Secara umumnya media cetak boleh diklasifikasikan kepada empat fungsi
sebagaimana yang dinyatakan seperti berikut:
a. Alat bantu mengajar
b. Bahan untuk latihan
c. Bahan
maklumat
d. Bahan untuk peningkatan ilmu
Rajah 2: Contoh Media Cetak
Media Sebagai Alat Bantu Mengajar
Bahan cetak yang berperanan sebagai alat bantu belajar merupakan bahan-bahan
yang mempunyai instruksi atau panduan sumber belajar. Lazimnya instruksi yang
terdapat dalam bahan bantu mengajar itu dibentuk tahap demi tahap atau langkah
demi langkah untuk memudahkan murid mengguna dan memahamkan pelajaran
dengan mudah. Ia berbentuk ’
guide sheet’, ’jobs aids’
dan sebagai satu gambar
bersiri.
Maklumat dalam ”
guide sheet”
akan menampilkan kata-kata atau arahan secara
keseluruhan sedangkan ”
jobs aids”
selain dari kata-kata atau arahan tadi terdapat
juga beberapa ilustrasi atau gambar bersama-sama arahan tadi, manakala ”
picture
series”
merupakan maklumat yang disampaikan dalam gambar bersiri.
Media Sebagai Bahan Untuk Latihan
Bahan yang berperanan sebagai bahan untuk latihan lazimnya ia berbentuk intruksi.
Di sini pembaca akan disugukkan dengan pelbagai maklumat atau petunjuk yang
berkaitan dengan pelajaran yang diajar. Bahan untuk latihan ini adalah berbentuk
”
manual”
, ”
handou
t” dan ada yang berbentuk Panduan Pembelajaran(
study guides
).
Manual
Manual adalah petunjuk yang praktikal bagi sesuatu kerja yang perlu dilaksanakan.
Biasanya pelatih-pelatih akan menggunakan manual ini untuk melaksanakan sesuatu
kerja atau projek mengikut langkah-langkah yang instruktornya telah rancang dan
catatkan di manual yang diedarkan itu.
Rajah 3: Contoh
handout
Nota atau catatan yang dibuat oleh guru atau tenaga pengajar yang diedarkan
kepada murid. Lazimnya catatan itu berkaitan dengan isi pelajaran. Maklumat yang
terdapat dalam bahan edaran itu antara lainya adalah jadual pelajaran, sinopsis
pelajaran dan objektif yang ingin dicapai, tugas-tugas yang perlu disempurnakan,
sumber-sumber bahan untuk rujukan.
Panduan Pembelajaran (Study Guides)
Secara kasarnya ”
study guides”
ini mempunyai ciri seakan-akan serupa dengan
”
handout
” dari aspek penggunaannya. Kedua-dua bahan ini bertujuan untuk murid
dan poeserta membuat latihan. Perbezaan yang nyata terhadap ”
handout
” dengan
”
study guides
” adalah dari aspek penjelasan isi bagi sesuatu topik pengajaran. Pada
”
handout
” penjelasan yang dapat kita lihat adalah ringkas terhadap sesuatu topik
manakala ”
study guides
” maklumat yang diterangkan itu didapati terperinci.
Media Sebagai Bahan Maklumat
Media cetak berperanan sebagai bahan maklumat foreka dengan tujuan untuk
memberi mahlumat dan mitibasi. Ia dapat menarik perhatian seseorang dengan
menampilkan sesuatu yang dimiliki oleh sesebuah organisasi; Lazimnya, ia
berbentuk risalah (
brochure
) surat khabar, laporan tahunan dan sebagainya.
Media Sebagai bahan Peningkatan Ilmu
Media cetak berbentuk buku boleh berperanan sebagai alat yang dapat
meningkatkan ilmu seseorang dengan lebih mendalam. Jenis bahan berbentuk buku
dan bukan buku ini boleh diklasifikasikan pada bahan rujukan, fiksyen dan bukan
fiksyen yang Dewey klasifikasikan kepada 10 kod yang bermula dari kod 000
hingga ke kod 999 dan Library Congress menggunakan notasi bercampur seperti
berikut:
Sistem Perpuluhan Dewey (DDC) iaitu kod ringkasan pertama
000 Karya
Am
100 Falsafah
200 Agama
300 Sains
Sosial
400 Bahasa
500 Sains
Tulin
600 Teknologi/Sains
Gunaan
700 Kesenian
800 Kesusasteraan
Kod Library Congress pula menggunakan kod pengklasannya seperti berikut untuk
mengkelaskan bahan pendidikan di pusat pendidikan terutama di institut pengajian
tinggi di Malaysia. Simbol-simbol pada kod Library Congress adalah:
A, AS, AG, Ae, AY
Karya Am
B, BH, BJ BF
Falsafah
Bl, BX, BP, BZ
Agama
H, HA, HJ HM, HX
Sains Sosial
L, LH, LA, LC, LD, LG, LJ,LB
Pendidikan
P, PE, PN, PR, PZ
Bahasa
Q, Qa, QB, QC, QD, QE,QH
Sains Tulin
TA, TE, TG, TH, TK, TP,TT,TE, TX
Teknologi
K Undang-Undang
G,C, F
Geografi Am dan Biografi
3.3.1.2. Kebaikan Media Bercetak
Media cetak sebagaimana yang tersenarai di atas jika dibandingkan dengan media
lain, ia mempunyai beberapa kebaikan seperti berikut:
i.
Bentuk media cetak didapati mudah dibawa dan mudah juga digunakan di
mana sahaja.
ii. Media cetak didapati lebih ekonomi, mudah disebar, mudah
dipindah-pindahkan dari seorang pengguna kepada pengguna yang lain.
iii.
Pembaca boleh mengambil masa yang lama untuk mencerna isi maklumat
yang terkandung di dalamnya dan boleh diulang-ulang mengikut keperluan
pengguna.
iv.
Media cetak mampu menyimpan maklumat yang konsisten dan tepat dan
dapat menghasilkan kesamaan pengertian maklumat untuk hari ini dan juga
untuk sedekad yang akan datang.
v.
Bahan cetak digunakan begitu meluas kerana terdapat beberapa ciri yang
positif seperti berikut:
b. Mudah disedia dan diterbitkan.
c. Digunakan sebagai alat pengajaran utama.
d. Tidak menggunakan alat lain semasa menggunakannya.
e. Mudah dikemas kini.
f. Murid dapat mengawal masa, tempat dan tempoh pembelajaran mereka.
g. Bahan bercetak mempunyai latihan di akhir modulnya, mempunyai
pengajaran yang sudah dirancang dengan penerangannya dilengkapkan
dengan gambar, carta, jadual dan gambar-gambar kartun.
3.3.1.3 Kelemahan Media Cetak
Media cetak apabila dibandingkan dengan media lain seperti audio, video terdapat
beberapa kelemahan seperti berikut:
i.
Media cetak tidak dapat menampilkan gambar bergerak dan bersuara yang
dapat memberikan pengalaman murid bersifat konkrit.
ii.
Keberkesanan media cetak banyak bergantung pada kebolehan individu
menguasai bacaan. Jika kebolehan membaca lemah maka pembaca akan
menghadapi masalah untuk memahami isi maklumat.
iii.
Maklum balas tidak dapat disampaikan serta merta kecuali menggunakan
kemudahan telefon atau internet.
3.3.2 Media Bukan Bercetak
Kumpulan bahan pengajaran yang kedua adalah bahan yang berbentuk bukan
bercetak yang boleh diklasifikasikan pada jenis perkakasan (
hardware
) dan jenis
perisian (
softwar
e) dan bahan kos rendah dan papan peragaan.
3.3.2.1 Bahan Jenis Perkakasan (
Hardware
)
Kamera filem 35mm
Kamera
video
Perakam
audio
Radio
Projektor
slaid
Projektor
LCD
Projektor legap
Rajah
4:
Projektor
slaid
Bahan Jenis Perisian (
software
)
Filem
Transparensi
Kaset
audio
Slaid
Perisian
komputer
Mikro
filem
Rajah 5: Mikro filem
Kesemua media yang berbentuk perkakasan dan perisian tersebut pada umumnya
boleh diklasifikasikan juga mengikut fungsinya seperti berikut:
3.3.2.2 Media Tayang
Bahan yang memerlukan projektor untuk menayangkan imej, gambar, fakta dan teks
untuk ditonton. Projektor bagi bahan seperti berikut berbeza antara satu dengan
yang lain. Ada yang memerlukan OHP, filem ptojektor, LCD, slaid projektor dan
mikro filem.
Slaid
Filem
Transparensi
Multimedia
Video
Produk
komputer
Mikro
filem
Rajah 6: Multimedia
Projektor slaid
Mikro filem
3.3.2.3 Bahan Kos Rendah
Bahan kos rendah boleh dikategorikan kepada bahan 2 dimensi (2D) dan bahan 3
dimensi (3D).
Bahan 2D terdiri daripada bahan seperti carta, bahan bercetak,graf, lukisan, fotograf,
poster, kartun,brosur dan akhbaryang guru boleh gunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Bahan 3D adalah bahan sebenar (realia) ataupun bahan buatan manusia yang
menyerupai bahan sebenar. Bahan 3D boleh dikategorikan kepada kategori berikut:
i.
Bahan berbentuk model
ii. Bahan
realia
iii.
Bahan berbentuk diorama
iv.
Bahan berbentuk panel animasi dan si mulasi
v.
Boneka-Boneka sarung tangan, boneka lidi, boneka wayang kulit dan boneka
bertali.
vi.
Bahan mudahalih (
mobile
)
Aktiviti1
Jawab soalan-soalan berikut:
1. Apakah media pengajaran?
2. Bagaimana media boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran?
3. Bagaimana media boleh diklasifikasikan?
4. Apakah fungsi media pengajaran?
5. Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memilih media
pengajaran?
6. Apakah langkah-langkah yang perlu dalam menyediakan bahan media
Berikan seberapa banyak contoh untuk setiap jenis media berikut:
Bil
Klasifikasi media
Contoh media
1
Media tayang kaku
2
Media tayang bergerak
3 Bahan
grafik
4 Gambar
pegun
5
Bahan 2 Dimensi
6
Bahan 3 Dimensi
7 Papan
Peragaan
8 Media
audio
9 Media
cetak
3.4 Pemilihan Media Pengajaran
Media boleh digunakan dalam pelbagai cara dan bentuk dengan tujuan untuk
membantu seseorang dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui
pengalaman yang lepas penggunaan media dalam proses pengajaran dan
pembelajaran perlu dilakukan dengan berhemah untuk pemilihan kesesuaian media
dengan pengajaran.
Terdapat enam panduan yang boleh dilakukan untuk kita membuat pilihan media
untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
i. Sebelum membuat pemilihan media, pastikan perkara berikut sudah diketahui,
a. Ciri murid yang akan menggunakan media dan kaedah pembelajaran yang
telah dialaminya.
b. Bilangan murid dan tempat atau suasana yang kita akan gunakan media
tersebut.
c. Matlamat dan objektif pengajaran tersebut.
e. Pastikan bentuk aktiviti yang akan dilaksanakan nanti.
f. Alat kawalan media yang akan digunakan.
g. Strategi penyampaian guru (cara, mana satu yang akan didahulukan).
ii. Tentukan jenis media seperti bahan-bahan cetak, slaid, OHP, pita video, pita
audio, mikrokomputer dan kemudahan virtual yang hendak digunakan itu ada dan
boleh digunakan.
iii. Tentukan sumber sokongan yang boleh digunakan, terutamanya kakitangan
sokongan, kemudahan yang berkaitan dengan media, masa persiapan juga
kemahiran teknikal tentang penggunaan media pengajaran tersebut semasa
pengajaran.
iv. Kenal pasti media dan kelengkapan yang murid boleh gunakan. Hal ini perlu
diketahui kerana sebahagian murid kita sudah melihat, mengalami dan
menggunakan beberapa alat di rumah dan di persekitaran hidup kita. Dari kemahiran
yang murid miliki ini, guru boleh bekerjasama dan melibatkan murid yang mahir
dalam pengajarannya.
v. Tentukan cara penyampaian yang hendah digunakan, sama ada komunikasi
sehala atau dua hala dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu nanti.
vi. Pastikan tempat dan suasana fizikal yang guru hendak gunakan media itu sesuai
dan boleh memberi kesan yang baik dan objektifnya tercapai.
RUMUSAN
Media pengajaran yang baru boleh digunakan terdiri dari pelbagai bentuk. Ada yang
berbentuk tayang dan ada yang berbentuk bukan tayang. Setiap bahan dan alat ini
berperanan sebagai alat yang boleh membantu guru dan murid memahami sesuatu
ilmu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Fungsi setiap alat dan bahan ini
berbeza mengikut keperluan pengguna. Dengan ini amat wajar bagi setiap guru
Jawab semua soalan berikut:
1. Tujuan media cetak digunakan adalah untuk
A. meningkatkan kemampuan pembaca
B. memotivasikan tingkat pemerhatian dan perilaku seseorang
C. menjelaskan kembali kepada orang lain mengenai maklumat yang ada
D. menyamakan persepsi pembaca
2.
Study Guides
merupakan salah satu bentuk media untuk menyampaikan
maklumat, dan digunakan sebagai
A. instruksi
B. bimbingan
C. latihan
D. praktik
3. Antara yang berikut, yang manakah media cetak yang berperanan sebagai
sebaran maklumat
A. handout
B. manual
C. study guides
D. brochure
4. Huraikan empat kelebihan menggunakan bahan bercetak dalam pengajaran dan
pembelajaran.
5. Senaraikan empat contoh bahan bukan bercetak.
6. Apakah perbezaan antara media cetak dengan media bukan cetak?
7. Bagaimana media mampu membantu guru dalam proses pengajaran dan
BIBLIOGRAFI
Mohd Jizat Abdol, Abdul Razak Idris & Jessnor Elmy (2006). Teknologi pengajaran
dan pembelajaran. UTM.
Ngui Kuan Sang.(1989).Teknologi pendidikan: penggunaannya dalam pengajaran
Geografi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain.(2009).
Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Penerbitan
Multimedia.
Noriati A.Rashid, et. al. (2009).Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah
Alam: Oxford Fajar.
Prcival, H.T., Ellington, H.I. dan Race,P., (1993). Handbook of Educational
Technology. edisi ke-3. London: Kogan Page.
Smaldino, S.E., Russell, J., Heinnich, R. & Molenda, M. (2005). Instructional
technology and media for learning. Edisi ke 8. New Jersey: Prentice Hall.