• Tidak ada hasil yang ditemukan

ms Tafsiran Quran dalam Perspektif Jari (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ms Tafsiran Quran dalam Perspektif Jari (1)"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

ISLAM LIBERAL, ISLAM PROGRESIF DAN PIMPINAN PROGRESIF

DEFINISI KONSEP ISLAM LIBERAL

Penggunaan istilah “Islam Liberal” adalah begitu asing dalam dunia Islam sebelum kurun ke-21. Istilah ini mula diperkenalkan oleh Charles Kurzman (1998) dalam karyanya yang berjudul “Liberal Islam: A Sourcebook” terbitan Oxford University Press. Begitulah seterusnya apabila diperkenalkan, kandungan dan method “Islam Liberal” belum dikenali secara jelas. Buku ini tidaklah membawa kerangka yang tetap mengenai istilah penggunaan “Islam Liberal” dan hanya memuatkan artikel-artikel yang cenderung kepada idea perubahan dalam dunia Islam. Buku ini juga memuatkan artikel yang menjadi kontroversi iaitu “al-Islam wa usul al-Hukm” karya cAli cAbdul Raziq dan mengemukakan tokoh termasyhur zaman sekarang iaitu Dr Yusuf al-Qardawi. Nama tokoh-tokoh yang Kurzman (2008) kaitkan dengan “Islam Liberal” dimuatkan dalam laman websitenya: http://www.unc.edu/~kurzman/LiberalIslamLinks.htm.

(2)

Charles Kurzman adalah Profesor Sosiologi di “University of North Carolina” di Chapel Hill merupakan specialis dalam kajian Timur Tengah dan Pengajian Islam.

Sesudah pengenalan “Islam Liberal” yang telah dimasyhurkan, kempen mengetengahkan idea dan kandungan Islam Liberal dilakukan dengan drastik sekali melalui wacana-wacana dan penulisan-penulisan ilmiyyah. Malah, media massa telah digunakan sebaik mungkin seperti surat khabar, majalah, saluran radio dan saluran televisyen. Laman maya juga digunakan seperti website dan blog. Bahkan ijtihad-ijtihad baru berlandaskan gaya pemikiran Islam Liberal berjaya diketengahkan melalui penerbitan buku dari PARAMADINA iaitu “Fiqh Lintas Agama”. Penerbitan buku ini secara tidak langsung telah menjadi sandaran oleh golongan ulama di Indonesia bagi mempertikaikan gerakan ini secara keseluruhan sehingga fatwa pengharaman “Islam Liberal” berjaya dikeluarkan.

(3)

Pada 28 Julai 2005, Majelis Ulama Indonesia (MUI) telah mewartakan pengharaman Islam Liberal melalui tiga istilah yang diharamkan dikaitkan dengan Islam Liberal iaitu “Pluralisme”, “Sekularisme” dan “Liberalisme”. Tampaknya, Majelis Ulama Indonesia (2010: 96-97) tidaklah mengharamkan Islam Liberal berdasarkan istilah “Islam Liberal” tetapi lebih cenderung mengaitkan pengharamannya melalui empat istilah iaitu:

1. Pluralisme agama adalah suatu paham yang mengajarkan bahwa semua agama adalah sama dan karenanya kebenaran setiap agama adalah relatif; oleh sebab itu, setiap pemeluk agama mengklaim bahwa hanya agamanya saja yang benar sedangkan agama yang lain adalah salah. Pluralisme agama juga mengajarkan bahwa semua pemeluk agama akan masuk dan hidup berdampingan di surga. 2. Pluralitas agama adalah sebuah kenyataan bahwa di negara atau daerah tertentu

terdapat berbagai pemeluk agama yang hidup secara berdampingan.

3. Liberalisme agama adalah memahami nash-nas agama (Al-Quran & Sunnah) dengan menggunakan akal pikiran yang bebas; dan hanya menerima doktrin-doktrin agama yang sesuai denagn akal pikiran semata.

4. Sekularisme agama adalah memisahkan urusan dunia dari agama; agama hanya digunakan untuk mengatur hubungan peribadi dengan Tuhan, sedangkan hubungan sesama manusia diatur hanya dengan berdasarkan kesepakatan sosial.

Setahun selepas fatwa pengharaman Islam Liberal ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM 2009: 15-17) pula mewartakan pengharaman pemikiran liberal melalui Muzakarah Kali Ke-74 pada 25-27 Julai 2006 memutuskan bahawa gerakan pemikiran liberal mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah. Dari aspek akidah, faktor penyelewengan adalah berpegang kepada konsep pluralisme, akal manusia merupakan wahyu dan meragui ketulenan al-Qur’an. Manakala dari aspek syariah, faktor penyelewengan adalah mempersoalkan metodologi pentafsiran al-Qur’an dan al-Hadith, menggesa tafsiran baru, mempertikaikan kriteria dan akhlak kenabian, sikap terhadap ilmu-ilmu Islam dan sikap terhadap hukum.

(4)

berjaya menjadi batu asas kepada gerakan penentangan terhadap “Islam Liberal”. Bahkan fatwa ini dapat menjana pelbagai bentuk kajian mengenai Islam Liberal bagi pihak yang menyokong fatwa. Sebaliknya bagi pihak menyokong Islam Liberal, wacana-wacana mengenai pemikiran Islam Liberal walaupun tidak surut, “Islam Liberal” menjadi perkataan jijik dan menakutkan untuk diterima pakai oleh masyarakat rumpun Melayu meliputi Indonesia dan Malaysia. Justeru, golongan “Islam Liberal” memilih untuk menggantikan istilah Islam Liberal kepada istilah neo-Modernis dan “Islam Progresif” agar diberi nafas baru.

Greg Barton adalah profesor madya bagi jabatan Immunology and Pathogenesis di University of California, Berkeley.

(5)

digunakan oleh Nurcholish Majdid atau Cak Nur yang pernah mengkritik keintelektualan gerakan Islam dan menyatakan penyakit Islam adalah akibat kebekuan fekah lama (Muhammad Nazreen Jaafar 2012a: 189-190).

Pandangan Barton ini menunjukkan, perbezaan istilah “Islam Liberal” dan “neo-Modernisme” dengan istilah “Islam Progresif” adalah dari sudut pemikiran politik sahaja. “Islam Progresif” melibatkan pemikiran politik dalam penjanaan pemikiran “Islam Liberal” merupakan idea baru Barton berbanding “Islam Liberal” pada asalnya yang tidak memasukkan unsur politik dalam menyampaikan dakyahnya seperti yang dilakukan oleh Nacholish Madjid. Ini bermakna, “Islam Progresif” adalah pembinaan baru “Islam Liberal” yang berpolitik memasuki arus politik Islam dan gerakan Islam.

ISLAM PROGRESIF

Tulisan ini juga menumpukan kepada politik Islam yang dicanangkan oleh Islamic Renaissance Front (IRF) dengan penggunaan istilah Islam Progresif (Progessive Islam). Idea-idea ini dimuatkan dalam blog beralamat www.irfront.net dan dua karya diterbitkan IRF iaitu “Wacana Pemikiran Reformis Jilid I” dan “Wacana Pemikiran Reformis Jilid II”. Dalam buku ini, Ahmad Farouk (2012, Kata Pengantar: 11) menyebut:

“Sub-topik ketiga membicarakan tentang pendekatan yang dinamakan progresif di masa kini. Memandangkan masih ada di kalangan Islamis yang terperangkap dengan silibus dan pemikiran yang mungkin tidak lagi serasi dengan peredaran zaman yang terlalu pantas, maka membicarakan tentang agenda reformis Islam amatlah penting sekali. Perbincangan ini juga menyediakan landskap yang wajar bagi penerusan agenda Islam Progresif”.

(6)

Logo Islamic Renaissance Front yang kedapatan dalam web rasminya http://irfront.net/.

Islamic Renaissance Front (IRF) menjadi perbincangan dan kritikan utama bagi kajian ini kerana NGO ini adalah bertanggungjawab melebarkan idea-idea “Islam Liberal” di Malaysia atas nama “Islam Progresif”. Untuk kepastian, hendaklah melayari laman webnya iaitu “irfront.net” dan silalah pergi ke pejabat IRF. Pejabatnya bertempat di Tingkat 8, Pavilion KL, 168, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. IRF ini telah diasaskan oleh Dr Ahmad Farouk Musa dan dilancarkan oleh Prof. Tariq Ramadhan pada 12 Desember 2009 di Auditorium, Securities Commission, Mont Kiara, Kuala Lumpur. Menurut IRF, NGO ini ditubuhkan sebagai gerakan intelektual bagi menyemarakkan perbincangan intelektual mengenai demokrasi, kebebasan dan keadilan sosial. Suaranya adalah mengetengahkan liberalisasi pemikiran Muslim dari pemikiran ortodok dan konservatif (IRF Tth(b)).

(7)

menurutnya merupakan platform bagi membincangkan isu berkaitan dengan hak kaum wanita dari sudut Islam. Program ini adalah anjuran bersama IRF dan Institut Pemikiran dan Tamadun Antarabangsa (ISTAC), UIAM. Menurut laporan TMI lagi, JAKIM meminta pegawainya dijemput untuk menjadi aggota panel dan menolak Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) sebagai anggota panel. Pihak pengajur menolak pintaan JAKIM, menggugurkan MAZA dan digantikan oleh Felo ISTAC iaitu Dr Muhammad Uthman El Muhammady. Forum ini diteruskan juga pada 18 September 2011 di ISTAC yang dijayakan oleh Zainah Anwar (tokoh SIS), Muhammad Uthman dan Dr Farish A. Noor sebagai ahli panel dengan Ahmad Farouk menjadi moderator. Pihak JAKIM pula menghantar kakitangan mereka untuk merakamkan keseluruhan perjalanan forum (Manimaran 2011).

(8)

Logo “Seksualiti Merdeka” yang menjadi platform untuk mempertahankan amalan lesbian, gay, bisesksual dan transeksual.

(9)

Latar belakang Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM) yang menjadi salah satu platform jalinan bersama IRF.

(10)

Malah, IRF juga telah menganjurkan dan menjemput pimpinan Jaringan Islam Liberal dari Indonesia iaitu Dr Ulil Abshar Abdalla bagi memberi pembentangan dalam “Diskusi Meja-bulat: Tantangan Fundamentalisme Agama di Abda Ini Bersama Dr Ulil Abshar Abdalla”. Diskusi ini bakal dijalankan pada 18 Oktober 2014 di Global Movement of Moederates Foundation Level 15 Menara Manulife, Bukit Damansara. Kehadiran Ulil Abshar ini mendapat tentangan Persatua Ulama’ Malaysia (PUM) yang meminta supaaya JAKIM dan pihak berautoriti mengambil tindakan sewajarnya agar Islam Liberal yang telah diharamkan di Malaysia tidak disebarkan secara halus (Harakahdaily 2014, Malaysiakini 2014).

PELANCARAN BUKU “WACANA PEMIKIRAN REFORMIS”

Buku Wacana Pemikiran Reformis Jilid I (WPR1) yang sarat dengan idea Islam Liberal ini telah dilancarkan pada 10 Jun 2012 di Renaissance Hotel Kuala Lumpur oleh Dr Mujahid Rawa dan Dr Farish Noor (http://www.al-ahkam.net/home/content/uraian-dr-mujahid-yusuf-rawa-tentang-wacana-pemikiran-reformis). Buku ini juga mendapat pengiktirafan dari Dr Mujahid Yusof Rawa yang merupakan penulis sisi dalam kulit buku dan Dr Farish Noor yang menulis pada bahagian belakang kulit buku. Kedua-dua tokoh ini memberi impak publisiti dalam penjualan buku ini secara online.

(11)

dapat dibeli secara online)

Dr Mujahid dan Liberalisme

Pertuduhan terhadap Dr Mujahid Yusof Rawa adalah sebagaimana berikut:

Pertuduhan Pertama: Terlibat melancarkan buku berbaur liberal.

Buku “Wacana Pemikiran Reformis Jilid 1” (WPR1) yang sarat dengan idea Islam Liberal ini telah dilancarkan pada 10 Jun 2012 di Renaissance Hotel Kuala Lumpur oleh Dr Mujahid Rawa dan Dr Farish Noor (Mujahid 2012(b)). Buku ini juga mendapat pengiktirafan dari Dr Mujahid Yusof Rawa yang merupakan penulis sisi dalam kulit buku dan Dr Farish Noor yang menulis pada bahagian belakang kulit buku. Kedua-dua tokoh ini memberi impak publisiti dalam penjualan buku ini secara online.

(“Wacana Pemikiran Reformis telah dilancarkan oleh Mujahid Rawa dan Farish Noor dan dapat dibeli secara online)

(12)

“Begitu juga dengan konsep Tatbiq Syari’ah yang dilaungkan dengan keperluan yang lebih utama dari segi sosio-ekonomi rakyat yang memerlukan pembungkahan semula dari regim lama. Bagaimanakah pula sinergi dari segi teori dan oeperasinya kepada soal-soal konstitutionalisme yang selama ini ditolak oleh golongan Islamis kerana kerangka sekularnya?”

(Dr Mujahid Yusof Rawa, AJK PAS Pusat yang banyak mengemudi dialog antara agama).

Rangkap ini secara jelas menunjukkan Mujahid sedar perbahasan dan kandungan dalam buku ini serta memberi sokongan penentangan terhadap Islamis (golongan menghendaki konsep negara Islam) dan menyokong bahawa kerangka sekular tidak perlu ditentang. Malah, Mujahid juga diberi ruang oleh penerbit untuk berbicara pada hari pelancaran buku di Renaissance Hotel Kuala Lumpur untuk membicarakan kandungan buku tersebut.

(13)

Islam Liberal kerana nama Dr Mujahdi dan Dr Farish Noor digunakan oleh IRF untuk mempromosikan penjualan buku tersebut secara online (http://www.google.com/url? sa=t&source=web&cd=2&ved=0CC0QFjAB&url =http%3A%2F%2Fwww.al-ahkam.net

%2Fhome%2Fcontent%2Fprakata-wacana-pemikiran-reformis-dr-dzulkefly-ahmad&ei=t7z0UdzLKoTLrQfO_oHQAg&usg= AFQjCNHI3qSlvZedEGe2SASRdGo1D5DCJA )

(14)

Pertuduhan Kedua: Idea liberal dalam Sistem Negara Islam

Pemikiran Mujahid adalah sama dengan kerangka dan idea-idea buku WPR1 tersebut. Pemikiran Mujahid yang mengemukakan maqasid tanpa syarak dikupas bagi mengukuhkan pemikiran menasionalkan PAS dan pluraliti. Beliau menyebut:

“Fiqh Maqasid ialah kefahaman terhadap tujuan utama mengapa syariah dijadikan Allah, ia adalah pemikiran yang lebih luas dari sekadar hukum halal dan haram kerana ia mengambil kira beberapa perkiraan apabila yang diutamakan ialah tujuan syariat dijadikan Allah” (Mujahid 2012(a): 133).

Konsep kenegaraan IRF turut diingin oleh Mujahid iaitu negara Islam berasaskan nilai-nilai Islam bukan berasaskan hukum-hakam Islam (Mujahid 2012(a): 182). Bahkan, beliau berani mengkriti negara yang melaksanakan hukum Islam (Mujahid 2012(a): 136). Tidak hairanlah, Mujahid turut terlibat memberi alasan menolak hukum hudud dengan dua alasan iaitu ulama menghukum orang ramai dengan mengatakan hudud merupakan hukum tuhan dan ingin memaksa orang lain. Perhatikan kalamnya:

“Dikaitkan juga, PAS akan melaksanakan hukum hudud dan sebagainya. Negara ini akan dipimpin oleh ulama’ yang akan meletakkan hukum-hakam yang akan menghukum sesiapa yang menolak kebenaran ilahi dan sebagainya. Terbayang dalam kotak pemikiran rakyat bahawa kabinet dan ahli Parlimen terdiri daripada agamawan yang akan menentukan dasar-dasar negara dan ‘memaksa’ orang lain menerima dasar-dasarnya” (Mujahid 2012(a): 109).

(15)

urusan mereka (mu’minin) dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka”. Pandangan Mujahid ini adalah pentafsiran secara sewenang-wenang tanpa disiplin ilmu tafsir. Pandangan Mujahid ini telah ditolak oleh Ustaz Fathul Bari bin Mat Jaya dalam youtube yang bertajuk: “UFB - Demokrasi - Mujahid Yusof Rawa Seleweng Ayat Quran..??” (http://www.youtube.com/watch?v=zmV3Bdmvqk4).

Pemikiran post-Islamisme yang wujud dalam WPR1 turut diperkatakan oleh Mujahid dalam blognya. Mujahid mengatakan bahawa politik Islam bermula di Iran (Mujahid 2013(c)) adalah merupakan garapan dari pemikiran Asef Bayat. Sungguh pasti idea post-Islamisme yang dicanang oleh Dr Ahmad Farouq, pengasas IRF turut dibincang dan mendapat sokongan Mujahid sebagaimana kedapatan dalam laman blognya iaitu drmujahid.com (Mujahid 2013(b), 2013(c)) .

Pertuduhan Ketiga: Mujahid mendokong pluralism agama

Bukti ketiga pula adalah idea Mujahid yang menyokong pluralisme. Pandangan pluralisme Mujahid disebut oleh wartawan The Malaysian Insider iaitu Looi Sue-Chern yang bertajuk “Ketika Putrajaya bertegas isu Allah, pemimpin PAS terus mendampingi gereja” menyebut pandangan jelas berbaur pluralisme:

“Mujahid berkata tidak siapa boleh mengatakan agama yang dianutinya lebih baik daripada agama orang lain. Katanya, memadai manusia hidup sebagai hamba Tuhan yang baik, menerima dan mengiktiraf perbezaan dan menyerahkan kepada Tuhan dalam membuat keputusan tentangnya. Tambahnya, seseorang itu tidak boleh mempersoalkan dewa agama lain atau kepercayaan yang dianggap syirik oleh agamanya” (Looi Sue-Chern. 2014)

(16)

“kita tidak berdebat tentang nilai kebenaran sesuatu agama, kebenaran sesuatu agama itu adalah sesuatu yang relatif kepada penganutnya dan kalau adapun perdebatan tentang kebenaran sesuatu agama, perdebatan itu akan lebih kepada persoalan tentang kepercayaan” (Mujahid 2013: 39).

“Ketahuilah bahawa keajaiban itu adalah kepelbagaian keyakinan yang ada di hadapan kita, kepelbagaian ini adalah untuk kita terima dan akur dengan dada yang lapang dan hanya Allah s.w.t. atau Tuhan yang menentukan siapakah yang terbaik, bukan saya dan bukan para hadirin sekalian” (Mujahid 2013: 43).

Tulisan Mujahid yang mengatakan kebenaran sesuatu agama adalah relatif merupakan idea pluralism sebagaimana disebut oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI):

“Pluralisme agama adalah paham yang mengajarkan bahwa semua agama adalah sama dan karenanya kebenaran setiap agama adalah relatif; oleh sebab itu, setiap pemeluk agama tidak boleh mengklaim bahwa hanya agamanya saja yang benar sedangkan agama yang lain salah.” (Majelis Ulama Indonesia 2010: 96).

Pertuduhan Keempat: Menyokong “Sis Forum” dan Menuding MAIS

(17)

menyalahkan fatwa MAIS tersebut. Hasilnya, Sultan Selangor telah murka sebagaimana Sinar Harian laporkan dalam pautan: http://www.sinarharian.com.my/nasional/jangan-kritik-fatwa-yang-diluluskan-1.331068.

Dengan bukti-bukti yang dikemukakan ini, tidak pelik jikalau Mujahid berani memberi ucapan selamat pada hari perayaan agama kepada non-Muslim (25 Disember 2013) walaupun bertentangan dengan fatwa kebangsaan (Mujahid 2013(e)). Beliau juga mempertikaikan fatwa kebangsaan mengenai isu kalimah Allah dan mempertikaikan tindakan tegas JAIS merampas 351 naskhah Bible versi Bahasa Melayu dan Iban di Petaling Jaya Selangor (Nizam 2014.).

PENUTUP

(18)

tunjang pemikiran, kaedah dan isu adalah adaptasi dari prinsip-prinsip liberalisme dan Islam Liberal. Kesemua idea-idea ini yang kedapatan dalam karya-karya IRF turut kedapatan dalam “Islam Liberal”. Konsepnya berubah tetapi kandungannya masih sama walaupun Barton tidak menyatakan secara jelas kandungan “Islam Progresif” yang diperkenalkan.

Manakala mengenai Mujahid telah dikenalpasti sumbernya yang dapat menjelaskan aliran Islam Liberal dalam pemikiran Mujahid. Beliau terlibat secara langsung dalam penerbitan buku “Wacana Pemikiran Reformis Jilid 1” (WPR1) yang sarat dengan idea Islam Liberal. Pemikiran Mujahid bermasalah dalam sistem kenegaraan Islam khususnya menolak penentangan terhadap sistem Sekular, maqasid tanpa syariat, penerimaan total terhadap demokrasi, post Islamisme dan menyokong konsep pluralisme agama. Idea pluralisme agama adalah idea yang telah dinyatakan sesat oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI).

RUJUKAN

Looi Sue-Chern. 2014. Ketika Putrajaya Bertegas Isu Allah, Pemimpin PAS Terus Dampingi Gereja. Diambil. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/ article/ketika-putrajaya-bertegas-isu-allah-pemimpin-pas-terus-dampingi-gereja#sthash.hCagjkNC.dpuf [22 September 2012].

Majelis Ulama Indonesia. 2010. Himpunan Fatwa Majelis Ulama Indonesia. Jakarta: Sakretariat Majelis Ulama Indonesia.

Mujahid Yusof Rawa. 2012(a). Rejuvenasi PAS: Idea, Realiti, Aplikasi ke Arah Massa. Shah Alam: Ilham Centre.

(19)

Mujahid Yusof Rawa. 2013(a). Berdialog dengan Gereja: Sebuah Travelog Keamanan. Shah Alam: Ilham Centre.

Mujahid Yusof Rawa. 2013(b). Mesir: Doktrin Islam Politik Dicabar. Diambil. http://drmujahid.com/blog/mesir-doktrin-islam-politik-dicabar/ [22 September 2014].

Mujahid Yusof Rawa. 2013(c). Pemikiran Politik Islam Moden. Diambil. http://drmujahid.com/blog/pemikiran-politik-islam-moden/ [22 September 2014].

Mujahid Yusof Rawa. 2013(d). Pengajaran dari Politik Islam Tunisia. Diambil. http://drmujahid.com/blog/pengajaran-dari-politik-islam-tunisia/[22 September 2014].

Mujahid Yusof Rawa. 2013(e). Selamat Hari Natal: My Message of Peace. Diambil. http://www.themalaysianinsider.com/opinion/mujahid-yusof-rawa/article

/selamat-hari-natal-my-message-of-peace [22 September 2014].

Nizam Zain. 2014. Isu rampas Bible: Jais Perlu 'hikmah'. Diambil. http://www.sinarharian.com.my/nasional/isu-rampas-bible-jais-perlu-hikmah-1.237791 [22 September 2014].

Shazwan. 2010. Khir Toyo Says in Mourning Over Allah. Diambil. http://national-

Referensi

Dokumen terkait

Menurut para ulama, makna kedua hadits ini bukan berarti semua perkara yang baru adalah urusan agama tergolong bid‟ah, karena mungkin ada perkara baru dalam

Praktik Pengalaman Lapangan adalah semua kegiatan kurikuler yang harus dilakukan oleh mahasiswa praktikan, sabagai pelatihan untuk menerapkan teori yang diperoleh dalam

Memang bukan hal yang mudah bagi ibu dalam melakukan pembiasaan-pembiasaan yang baik pada anak dalam melakukan segala aktivitasnya sendiri terutama pada anak usia

Masa produksi dari Galantine Jantung Pisang ini tidak begitu terpengaruh dengan kenaikan harga daging karena bahan bakunya berupa jantung pisang yang dapat diperoleh dengan biaya

Metode analisis data yang digunakan adalah regresi linier berganda, Hasil penelitian menunjukkan bahwa variabel pertimbangan pasar kerja, pengakuan professional dan

Suhartini, 2012, Analisa SWOT dalam menentukan Strategi Pemasaran pada Perusahaan, Jurnal Matrik Teknik Industri Universitas Muhammadiyah GresikVol:XII Nomor 2 Bulan

Puji dan syukur penulis panjatkan kepada Allah SWT atas segala karunia- Nya sehingga karya ilmiah dalam bentuk tesis ini dapat diselesaikan, dengan tema yang diambil

Manfaat yang bisa diberikan dengan pemakaian teknologi yang tepat dalam memonitor proses pengiriman :. Perusahaan pengiriman