• Tidak ada hasil yang ditemukan

KESAN PENGGUNAAN PERISIAN GEOMETER’S SKETCHPAD KE ATAS KEFAHAMAN KONSEP MATEMATIK PELAJAR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KESAN PENGGUNAAN PERISIAN GEOMETER’S SKETCHPAD KE ATAS KEFAHAMAN KONSEP MATEMATIK PELAJAR"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

KESAN PENGGUNAAN PERISIAN GEOMETER’S SKETCHPAD

KE ATAS KEFAHAMAN KONSEP MATEMATIK PELAJAR

( The Effects of Using Geometer’s Sketchpad on Students’ Conceptual Understanding of Mathematics)

Endang Istikomah, Nor Sakinah Mohamad Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan penggunaan perisian Geometer’s Sketchpad ke atas kefahaman konsep matematik pelajar. Kajian ini juga menentukan hubungan antara kefahaman konsep matematik dan pencapaian pelajar. Reka bentuk eksperimen kuasi digunakan. Seramai 88 orang pelajar sebuah sekolah menengah di Indragiri Hulu Riau, Indonesia terlibat dalam kajian ini. Kajian dilaksanakan dalam tempoh 7 minggu. Alat kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah ujian kefahaman konsep dan ujian pencapaian pelajar. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kefahaman konsep bagi kumpulan pelajar yang mengikuti pembelajaran dengan menggunakan pengajaran berintegrasi perisian Geometer’s Sketchpad berbanding kumpulan pelajar yang mengikuti pembelajaran dengan menggunakan kaedah pengajaran tradisional. Dapat disimpulkan bahawa pengintegrasian perisian Geometer’s Sketchpad dalam pengajaran dapat memberi kesan yang positif terhadap kefahaman konsep pelajar. Terdapat hubungan yang positif antara kefahaman konsep matematik dengan pencapaian matematik untuk kedua-dua kumpulan.

Kata kunci: Geometer’s Sketchpad, kefahaman konsep,pencapaian matematik ABSTRACT

This study was conducted to determine the effect of using Geometer's Sketchpad on students’ understanding of mathematical concepts. The study also sought to determine the relationship between students’ conceptual understanding of mathematics and achievement. This study used a quasi-experimental design which was conducted on 88 students of a secondary school in Indragiri Hulu Riau, Indonesia. This study was carried out over a 7 weeks period. The instrument used was a test of conceptual understanding and an achievement tests. The results showed significant differences in terms of conceptual understanding in a group using Geometer's Sketchpad compared to the group of students using traditional teaching method. It can be concluded that the integration of Geometer's Sketchpad in teaching mathematics can have a positive impact on students' conceptual understanding. There was also a relationship between conceptual understanding of mathematics and mathematics achievement for both group.

Key words: Geometer’s Sketchpad, conceptual understanding, mathematics achievement

PENGENALAN

Geometri adalah salah satu topik yang penting dalam sukatan mata pelajaran Matematik sekolah menengah. Geometri juga merupakan subjek yang sukar bagi pelajar. Pembelajaran geometri menekankan penguasaan keterampilan deduktif bukti tertulis. Dalam trend masa kini guru tidak cukup hanya mengajar dengan pendekatan

(2)

tradisional, tanpa mengikut perkembangan teknologi yang dapat membantu kemajuan pelajar dan guru itu sendiri. Pengajaran dan pembelajaran matematik, terutama geometri telah banyak mengalami perubahan daripada masa ke semasa. Perubahan ini adalah sejajar dengan pembangunan teknologi yang berlaku. Teknologi adalah salah satu aspek utama dalam proses pendidikan di semua peringkat. Almeqdadi (2005) menyatakan bahawa teknologi baru seperti penggunaan komputer dapat mempengaruhi sistem sekolah jika mereka digunakan dengan cara yang tepat, kerana teknologi memberikan pelajar kekuatan mengawal apa yang mereka pelajari. Seiring dengan itu, Hai dan Kamran (2010) menyatakan Geometer’s Sketchpad telah membawa banyak manfaat kepada pengajaran dan pembelajaran matematik secara am, dan bidang geometri khususnya. Geometer’s Sketchpad (GSP) merupakan salah satu alat teknologi maklumat yang mampu membantu guru untuk menyampaikan isi pengajaran terutama topik geometri. GSP adalah perisian khusus bersistem komputer untuk membuat, meneroka dan menganalisis pelbagai konsep matematik di bidang algebra, geometri, trigonometri, kalkulus, dan bidang lain (Key Curriculum Press, 2001).

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, komputer adalah salah peralatan teknologi yang digunakan (Hai & Kamran, 2010), maka isi bahan pengajaran dan pembelajaran yang terdapat di dalamnya merupakan data yang harus diproses oleh pelajar. Melalui proses analisis dan eksplorasi, pelajar akan memperoleh informasi seperti fakta, prosedur, konsep, dan prinsip. Jika pelajar mampu melakukan sintesis dan eksplorasi terhadap informasi yang telah diperoleh dengan membandingkan serta menyatukannya bersama dengan pengetahuan awal yang telah dimilikinya, maka pelajar akan memperoleh pengetahuan awal tambahan yang telah dimilikinya. Dengan demikian, tugas guru yang utama dalam proses memperoleh informasi adalah membantu pelajar melakukan analisis, sintesis dan membuat eksplorasi kemampuan rasional yang berkaitan dengan bukti generik dari bahan pengajaran dan pembelajaran.

Pencapaian matematik pelajar adalah rendah (Ratna, 2010). Pencapaian yang rendah ini adalah disebabkan oleh pelajar sukar memahami konsep matematik yang dipelajari, pelajar hanya bertindak sebagai penerima pasif matematik. Perkara ini mungkin disebabkan kecenderungan guru melaksanakan proses pengajaran menggunakan strategi tradisional. Guru cenderung menjelaskan tajuk, memberikan contoh soalan dan memberi latihan untuk kerja sekolah mahupun di rumah. Dengan demikian guru berfungsi sebagai pemberi maklumat dan pelajar sebagai penerima maklumat. Tuntutan kurikulum menghendaki guru memilih secara kreatif dalam menggunakan kaedah pengajaran yang dapat melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran, baik secara mental, fizikal, mahupun sosial dan menekankan pembelajaran matematik pada kefahaman konsep, keterampilan menyelesaikan masalah soalan dan penyelesaian masalah (Depdikbud, 2005).

Terdapat kajian-kajian yang berkaitan dengan penggunaan Geometer’s Sketchpad telah dijalankan. Dixon (1996) melalui kajiannya membuat kesimpulan bahawa pelajar yang menggunakan perisian GSP mempunyai skor pencapaian yang lebih tinggi dalam ujian berkenaan konsep refleksi dan pusingan. Groman (1996) pula telah melakukan kajian menggunakan perisian GSP dalam kursus geometri bagi pendidikan matematik sekolah menengah. Pelajar diberikan tiga contoh bagaimana GSP digunakan dan dapatan menunjukkan guru-guru dan pelajar-pelajar menunjukkan reaksi yang positif terhadap

(3)

perisian ini. Seterusnya, Renuwat et al. (2009) mendapati pengajaran menggunakan perisian GSP mampu mempengaruhi sikap positif dan cara berfikir sehingga mempengaruhi prestasi matematik pelajar. Almeqdadi (2005) pula mengkaji keberkesanan perisian GSP terhadap kefahaman beberapa konsep dalam Geometri. Dapatan menunjukkan pelajar dalam kumpulan eksperimen menunjukkan peningkatan skor yang lebih tinggi berbanding pelajar dalam kumpulan kawalan. Yousef (1997) telah melakukan satu kajian untuk melihat kesan penggunaan perisian GSP terhadap sikap pelajar terhadap geometri. Salah satu dapatan kajian beliau menunjukkan skor ujian pos yang lebih tinggi berbanding skor dalam ujian pra bagi kumpulan eksperimen. Lester (1996) pula telah mengkaji kesan perisian ini terhadap pencapaian pelajar sekolah menengah dalam bidang geometri. Beliau mendapati pelajar dalam kumpulan eksperimen mendapat peningkatan skor yang lebih tinggi dalam ujian pos berbanding pelajar dalam kumpulan kawalan. Zeynep dan Nesrin (2010) dalam kajiannya mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian ujian bagi kumpulan eksperimen yang menggunakan GSP didukung oleh foto-foto digital yang memberikan contoh kehidupan seharian, dibandingkan dengan kumpulan kawalan menggunakan GSP sahaja. Seterusnya, pelajar tertarik dengan pengajaran guru kerana kaedah kinematik dengan menggunakan bantuan perisian GSP membantu pelajar dalam memahami subjek pecutan dan vektor dengan lebih mudah. Karen (2003) mendapati bahawa pelajar belajar transformasi geometri dalam konteks teknologi dapat mengembangkan kefahaman yang dipengaruhi oleh interaksi mereka dengan alat-alat teknologi. Kamariah (2009) mengatakan GSP mempengaruhi cara kerja dan berfikir pelajar dalam memahami matematik tambahan. Pelajar lebih mudah dalam memahami konsep geometri melalui alat teknologi ini.

Dalam kajiannya, Nik Rahimah (2008) membangunkan modul digital dan bercetak integrasi perisian GSP dalam pembelajaran matematik. Marzita dan Rohaidah (2004) menjalankan kajian yang melibatkan pembangunan dan pengajaran satu prototaip menggunakan perisian GSP untuk pengajaran dan pembelajaran matematik bertajuk sukatan membulat di sekolah menengah. Kajiannya mendapati GSP membantu mengukuhkan kefahaman pelajar. Beberapa kajian lain yang menggunakan perisian komputer juga telah banyak dijalankan (Agung, 2010; Muhammad Zainal, 2008; Choirul, 2009; Revillia, 2007; Fitra, 2009). Analisis mendapati, kefahaman, keaktifan dan hasil pencapaian matematik pelajar dapat ditingkatkan. Sinclair et al. (2004) menyatakan GSP membantu kegiatan siswa mengamati secara terperinci objek geometri, menerokai hubungan antara titik atau garis yang satu dengan titik atau garis yang lain dan meningkatkan kemampuan rasional yang berkaitan dengan bukti geometri serta dapat berperanan aktif mencapai kefahaman konseptual kandungan geometri. Nor Hayati (2002) menjalankan kajian keberkesanan penggunaan perisian GSP dalam pembelajaran matematik tajuk penjelmaan menggunakan kuasi eksperimental ke atas 68 orang pelajar tingkatan dua. Dapatan kajiannya memberikan kesan yang positif ke atas pencapaian matematik pelajar. Bhasah dan Rafidah (2003) mengkaji keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer menggunakan GSP di Pahang dalam tajuk penjelmaan ke atas 66 orang pelajar tingkatan dua. Dapatan menunjukkan pelajar seronok dengan kaedah ini dan juga mendapati perbezaan yang signifikan berbanding dengan pembelajaran konvensional. Walaupun banyak kajian tentang perisian komputer khususnya GSP yang berhasil memberi kesan positif terhadap pembelajaran matematik pelajar, tetapi ada kajian lain (Teoh & Fong 2005;

(4)

Edwards, 2002; Ling, 2004) menyatakan bahawa pembelajaran yang mengintegrasikan perisian komputer ini tidak memberikan kesan yang positif terhadap pelajar.

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kesan integrasi perisian GSP ke atas kefahaman konsep matematik pelajar antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan dalam mata pelajaran matematik Sekolah Menengah Atas. Kajian ini juga menentukan hubungan antara kefahaman konsep matematik topik transformasi dengan pencapaian pelajar.

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen yang melibatkan kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan tidak serupa yang diasaskan oleh Shadish et al. (2001). Ujian kefahaman konsep pelajar dibina oleh pengkaji bersama dua orang pensyarah universiti dan seorang guru berpengalaman di Indragiri Hulu dengan membuat pengubahsuaian soalan daripada kajian Rafidah (2003). Instrumen mengandungi 16 item yang diberikan kepada pelajar untuk diselesaikan. Setiap item diberikan markah yang berbeza sesuai dengan tahap kefahaman pelajar dan jumlah skor keseluruhan 42. Kumpulan rawatan menjalankan pengajaran menggunakan alat bantu GSP, manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah tradisional. Kedua-dua kumpulan mengambil ujian pra dan ujian pos. Ujian pra dijalankan bagi menentukan kesetaraan kumpulan di peringkat awal kajian. Kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan masing-masing terdiri daripada 44 orang pelajar Tingkatan Tiga IPA Sekolah Menengah Atas di Indragiri Hulu Riau. Sampel kajian ialah 88 orang pelajar. Pemboleh ubah bersandar dalam kajian ini adalah kefahaman konsep matematik. Ujian kefahaman konsep ini menggunakan ujian geometri Van Hiele yang dibina untuk mengukur tahap kefahaman transformasi pelajar yang merupakan salah satu bahan pembelajaran bidang geometri (Van Hiele, 1957). Pencapaian pelajar diuji dengan menggunakan ujian topik yang dibina sendiri oleh pengkaji dan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia dengan bimbingan penyelia.

DAPATAN KAJIAN

Dalam kajian kuasi eksperimen ini, kefahaman konsep awal pelajar dikenal pasti melalui ujian pra. Ujian pos digunakan untuk melihat perbezaan antara dua kumpulan rawatan dan kawalan. Jadual 1 menunjukkan bahawa min skor ujian kefahaman konsep pelajar bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan hampir sama sebelum bermula kajian. Min untuk kumpulan rawatan 42.68 dan min untuk kumpulan kawalan 40.98. Ini bermakna bahawa sebelum pelaksanaan pengajaran, kefahaman konsep pelajar adalah sama.

(5)

Jadual 1. Statistik ujian pra dan ujian pos kefahaman konsep pelajar pada kumpulan rawatan yang menggunakan GSP dan kumpulan kawalan tanpa GSP.

Keterangan Kump. Rawatan Kump. Kawalan

Pra Pos Pra Pos

Jadual 1 juga menunjukkan min kumpulan rawatan 69.61, manakala min untuk kumpulan kawalan 59.45. Dengan demikian, selepas dilaksanakan pengajaran dengan menggunakan perisian GSP, kumpulan rawatan lebih baik daripada pelajar kumpulan kawalan

Merujuk kepada Jadual 2, hasil ujian pra dijelaskan dengan melakukan pengujian secara statistik dengan menggunakan ujian Normality Kolmogorov-Smirnov. Nilai signifikan skor ujian pra untuk kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan masing-masing adalah 0.200*, p > 0.05. Ini bermakna skor ujian pra bertabur secara normal.

Jadual 2. Ujian Normality pra kefahaman konsep matematik pelajar bagi topik transformasi.

Dengan menggunakan ujian-t bebas untuk membandingkan kefahaman konsep pelajar bagi ujian pra antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan, nilai t adalah 0.892, p > 0.05 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3 di bawah. Ini bermakna, tidak ada perbezaan antara kefahaman konsep matematik bagi topik transformasi antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan bagi ujian pra.

Jadual 3. Perbezaan ujian pra kefahaman konsep kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan

Jadual 4 pula menunjukkan nilai p skor ujian pos untuk kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan adalah 0.200*, p > 0.05 . Ini bererti, skor ujian pos bertabur secara normal.

(6)

Jadual 4. Perhitungan normality ujian pos kefahaman konsep matematik pelajar

Dapatan ujian-t bebas menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman konsep pelajar kumpulan rawatan dengan kefahaman konsep pelajar kumpulan kawalan, p< 0.05. Ini bermakna, terdapat perbezaan kefahaman konsep antara pelajar kumpulan rawatan dengan pelajar kumpulan kawalan seperti yang dipaparkan dalam Jadual 5 berikut:

Jadual 5. Ujian pos kefahaman konsep kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan Kefahaman Konsep Ujian Pos N Min Sisihan Piawai Nilai t p

Terdapat perbezaan min yang signifikan kefahaman konsep matematik bagi topik transformasi antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

Jadual 6 dan 7, memaparkan data tentang hubungan antara kefahaman konsep matematik pelajar dengan pencapaian. Hasil analisis data menunjukkan bahawa hubungan antara kefahaman konsep pelajar dengan pencapaian pelajar untuk kumpulan rawatan 0.797. Ini menunjukkan bahawa hubungan antara kefahaman konsep pelajar dengan pencapaian pelajar adalah tinggi (Alias, 1999). Manakala hasil analisis hubungan antara kefahaman konsep pelajar dengan pencapaian pelajar kumpulan kawalan adalah 0.721. Ini menunjukkan bahawa hubungan antara kefahaman konsep pelajar dengan pencapaian pelajar adalah tinggi (Alias, 1999).

Jadual 6. Hubungan antara kefahaman konsep pelajar dengan pencapaian pelajar kumpulan rawatan

Kefahaman konsep Pencapaian Kefahaman konsep Korelasi Pearson

Sig(2-hujung) Pencapaian Korelasi Pearson

(7)

Jadual 7. Hubungan antara kefahaman konsep dengan pencapaian pelajar kumpulan kawalan.

Kefahaman konsep Pencapaian Kefahaman konsep Korelasi Pearson

Sig(2-hujung) N

1 . 44

. 721** .000 44 Pencapaian Korelasi Pearson

Sig(2-hujung) N

. 721** .000 44

1 . 44

PERBINCANGAN

Berdasarkan analisis data menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kefahaman konsep pelajar antara pelajar kumpulan rawatan yang menggunakan pengajaran berbantukan perisian Geometer’s Sketchpad berbanding pelajar kumpulan kawalan yang belajar dengan kaedah tradisional. Min skor kumpulan rawatan ialah 69.61 manakala min skor kumpulan kawalan ialah 59.45. Pengajaran berbantukan perisian Geometer’s Sketchpad memberikan kemudahan dalam kefahaman konsep pelajar. Perisian Geometer’s Sketchpad menyediakan proses pengajaran dan pengajaran dengan cara yang lebih kreatif (Venkataraman, 2007). Dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian daripada Finzer dan Bennett (1995), Norazah et. al., (2008) dan Renuwat et al. (2009). Dapatan kajian menunjukkan kaedah kajian yang digunakan dapat meningkatkan kefahaman konsep pelajar, membantu pelajar secara aktif dalam menyelesaikan masalah dan memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka. Selain itu, dapatan kajian yang diperoleh menyokong dapatan Purdy (2000) dan Ustun dan Ubuz (2004). Mereka menyatakan kesan penggunaan perisian Geometer’s Sketchpad lebih baik dari penggunaan strategi tradisional dan mempengaruhi cara kerja dan berfikir matematik dalam memahami matematik tambahan (Almeqdadi, 2005).

Guru perlu merancang satu bentuk bahan pengajaran yang sesuai dengan kebolehan pelajar, membuat objektif pengajaran dan pembelajaran di samping memastikan objektif tersebut tercapai serta guru harus dapat membina persekitaran belajar yang kondusif bagi pelajar untuk menemukan suatu konsep secara sendiri (Akuysal, 2007). Bahan pengajaran yang dirancang dengan menggunakan strategi berbantukan perisian Geometer’s Sketchpad disusun sesuai dengan pengajaran geometri transformasi yang ditampilkan melalui layar komputer dan ini memberikan kemudahan belajar kepada pelajar (Leong & Lim, 2003). Selain itu, Connell (1998) dan Baharuddin dan Wahyuni (2008) menyatakan bahawa suasana pembelajaran yang menarik akan menentukan pembelajaran yang berkesan dan suasana pembelajaran yang menarik harus dibina oleh guru yang mengajar.

Clarke dan Kazinou (2001) berpendapat pembelajaran bukan hanya melibatkan pengajaran guru sahaja atau penerimaan maklumat oleh pelajar semata-mata, sebaliknya setiap pelajar memainkan peranan penting dalam proses penerimaan maklumat-maklumat baru dan mengintegrasikan maklumat-maklumat itu bersesuaian dengan pengalaman pembelajaran mereka. Menurut Housseman (1991), pelajar yang diajar untuk menyedari proses-proses pembelajaran boleh berjaya mengawal pembelajaran mereka dan

(8)

berupaya menjadi lebih kreatif berbanding dengan pelajar-pelajar yang tidak diajar untuk mengawal proses pembelajaran mereka. Seterusnya, Baki (2001), Belfort dan Guimaraes (2004) serta Toumasis (2006) mendapati selain suasana pembelajaran yang menarik terhasil dari penggunaan perisian Geometer’s Sketchpad, perisian ini juga dapat membantu pelajar untuk belajar menemukan konsep tanpa menghafal.

Dalam pembelajaran matematik proses pembentukan konsep adalah perkara yang paling utama dan penting. Ini selari dengan pandangan konstruktivis bahawa pembinaan kefahaman itu lebih penting berbanding dengan menghafal fakta (Abdullah & Abbas, 2006). Respons yang diberikan oleh pelajar sama ada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian kefahaman konsep transformasi menunjukkan tahap yang sederhana. Min skor kumpulan rawatan ialah 69.61 manakala min skor kumpulan kawalan ialah 59.45. Pelajar tidak menunjukkan kefahaman konsep yang mantap berhubung definisi transformasi. Jawapan yang diberikan menunjukkan tidak semua pelajar dalam kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang kukuh dengan apa yang terkandung dalam definisi transformasi sebenarnya. Beberapa orang pelajar memberi jawapan yang salah, hal ini menunjukkan bahawa terdapat kekurangan di dalam kefahaman mereka tentang transformasi. Kajian yang teliti ke atas kerja pelajar juga dapat membantu kegiatan pelajar mengamati pelajaran secara terperinci, membuat eksplorasi dan memperluas kemampuan berfikir rasional, sehingga dapat mengurangkan kesukaran pelajar dalam memahami konsep geometri yang abstrak (Lin, 2008).

Pelajar mempunyai pelbagai pengetahuan sedia ada yang boleh digunakan dalam pembinaan konsep dan meningkatkan pengetahuan pedagogi secara mendalam (Habre & Grunmeire, 2007). Kemampuan kefahaman konsep sangat diperlukan untuk mencapai ke tahap yang lebih tinggi (Subhan, 2007). Hal ini seiring dengan pendapat Greeno (2006) dan Reusser (2006). Kefahaman konsep menentukan hubungan antara fakta-fakta matematik, prosedur, ide dan perwakilan (Hiebert & Grouws, 2007). Pendidik perlu mengetahui bagaimana pelajar berfikir supaya persediaan awal boleh dibuat dan pedagogi dapat ditingkatkan bagi membantu pelajar membentuk kefahaman konsep yang tepat, jelas dan sesuai dengan objektif pembelajaran.

Perbezaan kefahaman konsep yang ditunjukkan oleh kumpulan pelajar ini mungkin dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Ini sesuai dengan kajian Hai dan Kamran(2010) yang menyatakan perisian Geometer’s Sketchpad dirancang sedemikian rupa sehingga dapat melayani pelbagai keperluan pelajar, sesuai dengan kemampuan mereka. Hill (2008), Tarzimah et al. (2010) serta Andersson dan Lyxell (2007) menyatakan ada interaksi antara kemampuan kognitif dalam belajar dengan kesukaran pelajar dalam menyelesaikan masalah. Oleh itu, pelajar yang mengalami kesukaran dalam menyelesaikan masalah disebabkan kemampuan kognitif yang lemah akan turut mempengaruhi kefahaman konsep mereka. Perisian Geometer’s Sketchpad merupakan teknologi interaktif dan alat visualisasi yang dapat melibatkan pelajar secara bermakna (Sedig & Summer, 2006).

Terdapat hubungan antara kefahaman konsep dengan pencapaian pelajar.Dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian Sarjiman (2006) dan Subhan (2007). Mereka mendapati terdapat hubungan yang kuat di antara kefahaman konsep dengan pencapaian yang

(9)

diperoleh. Marlina (2010) dan Sri (2008) dalam kajiannya pula mengatakan pencapaian pelajar yang tinggi memperlihatkan kefahaman konsep pelajar tersebut juga tinggi. Ini jelas menunjukkan kefahaman konsep dengan pencapaian pelajar memiliki hubungan yang erat.

IMPLIKASI KAJIAN

Dapatan kajian ini memberi implikasi terhadap amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru, pelajar dan pihak pentadbir sekolah perlu mengambil sikap positif, proaktif dan peka terhadap implikasi yang diberikan. Pelajar dapat belajar sendiri dan menemukan konsep matematik melalui gambar dan animasi-animasi dan boleh merangsang pemikiran mereka. Perisian ini membantu guru menyampaikan maklumat secara mudah dan berperingkat. Dapatan kajian ini dapat dijadikan sebagai maklum balas yang sangat berharga kepada pihak pentadbir sekolah dalam membantu guru dan pelajar. Pihak pentadbir sekolah perlu memastikan kemudahan infrastruktur, kewangan, alat-alat bantu pengajaran dan tenaga pengajar dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Pendedahan komputer dan latihan dalam menggunakan komputer hendaklah disediakan dan diberikan kepada guru dan bakal guru. Perkara ini dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam penggunaan komputer untuk pengajaran berkesan.

KESIMPULAN

Kajian ini menjelaskan kesan integrasi perisian Geometer’s Sketchpad ke atas kefahaman konsep matematik pelajar. Dapatan kajian menunjukkan pembelajaran matematik yang mengintegrasikan perisian komputer dapat memberikan kesan yang positif terhadap pelajar. Kefahaman konsep dan pencapaian pelajar yang mengikuti pengajaran dengan berbantukan perisian Geometer’s Sketchpad adalah lebih tinggi berbanding pelajar yang mengikuti pengajaran dengan menggunakan kaedah tradisional. Terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman konsep matematik transformasi dengan pencapaian pelajar. Dapatan kajian juga memberi implikasi terhadap pelajar dan guru untuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

RUJUKAN

Abdullah, S., & Abbas, M. (2006). The effect of inquiry-based computer simulation with cooperative learning on scientific thinking and conceptual understanding. Malaysian Online Journal of Instructional Technology, 3(2), 1-16

Agung Hariatmaka. (2010). Eksperimentasi Penggunaan Media Komputer Dalam Pembelajaran Matematika Pada Pokok Bahasan Peluang Kelas XI SMA Se-Kabupaten Kotawaringin Timur Ditinjau Dari Kemampuan Awal Siswa Tahun Pelajaran 2009/2010. (Tesis), Surakarta : Program Studi Pendidikan Matematika, Pascasarjana Universitas Sebelas Maret Surakarta.

(10)

Akuysal, N. (2007). Seventh grade students' misconceptions about geometrical concepts. (Unpublished Master Thesis), Selçuk University, Graduate School of Natural and Applied Sciences, Konya

Alias Baba. (1999). Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Almeqdadi, Farouq. (2005). The Effect of Using the Geometer’s Sketchpad (GSP) on Jordanian Students’ Understanding Some Geometrical Concepts. International Journal for Mathematics Teaching and Learning, 43,1-14. Retrieved from http://www.cimt.plymouth.ac.uk/journal/almeqdadi.pdf

Andersson, U., & Lyxell, B. (2007). Working memory deficit in children with mathematics difficulties: A general or specific deficit. Journal of Exeptional Children Psychology, 96(3),197-228

Baharuddin & Wahyuni, E.N. (2008). Teori Belajar dan Pembelajaran. Arruzz Media, Jogjakarta.

Baki, A. (2001). Bilisim teknolojisi isigi altinda matematik egiitiminin degerlendirilmesi [Evaluation of mathematics education in the light of information technology]. The Journal of National Education, 1, 149–154.

Belfort, E., & Guimaraes, C.L. (2004). Teacher's practices and dynamic geometry. International Group for the Psychology of Mathematics Education, 28th, Bergen, Norway, July 14-18, 2004. ms 8

Bhasah Hj. Abu Bakar & Rafidah Wahab. (2003). Keberkesanan penggunaan the geometer’s sketchpad dalam mata pelajaran sains dan matematik. Konvensyen Teknologi Pendidikan ke 16: ICT dalam pendidikan dan latihan: Trend dan isu. City Bayview Melaka, 13-16 Jun.

Choirul, Muhd Fuad. (2009). Pengunaan media pembelajaran yang inovatif Berbasis komputer untuk meningkatkan Kefahaman siswa pada pokok bahasan Bangun ruang sisi datar. (Skripsi). Universitas Muhammadiyah Surakarta.

Connell, M.L. (1998). Technology in constructivist mathematics classrooms. Journal of Computers in Mathematics and Science Teaching, 17(4),311-338.

Clarke, R., & Kazinou, M. (2001). Promoting metacognitive skills among student in education. Educational Technology, 64,1-13

Depdikbud. (2005). Kurikulum Berbasis Kompetensi. Jakarta Pusat: Kurikulum.

Dixon, J. (1996). English Language Proficiency and Spatial Visualization in Middle School Students’ Construction of the Concepts of Reflection and Rotation used the GSP. Dissertation Abstract International, DAI-A 56111, University of Florida.

Edwards, M.T. (2002). Symbolic manipulation in a technological age.The Mathematics Teacher, 95(8),614.

Finzer, W., & Bennett, D. (1995). From Drawing to Construction with The Geometer’s Sketchpad. Journal of Mathematics Teacher, 88(5),428-431.

Fitra Mayasari. (2009). Pendesainan LKS Matematika Interaktif Model E-Learning Berbasis Web di Kelas X Sma Negeri 3 Palembang. (Skripsi). Program Studi Pendidikan Matematika Jurusan Pendidikan Matematika Dan Ilmu Pengetahuan Alam.

Greeno, J. G. (2006). Theoretical and practical advances through research on learning. In Y. L. Green, G. Camilli, P. Elmore, A. Skukauskaite, & E. Graceb (Eds.), Handbook of Complementary Methods in Education Research. Washington, DC: American Educational Research Association

(11)

Growman, M. (1996). Integrating Geometer’s Sketchpad into a Geometry Course for Secondary Education Mathematics Majors. Association of Small Computer users in Education (ASCUE) Summer Conference Proceedings, 29th, North Myrtle Beach, SC.

Habre, S., & Grunmeier. (2007). Prospective mathematics teachers views on the role of technology in mathematics education, IUMPST: The Journal 3. Retrieved from http://www.k-12prep.math.ttu.edu.

Hai-Ning Liang & Kamran Sedig. (2010). Can interactive visualization tools engage and support pre-university students in exploring non-trivial mathematical concepts?. Computers & Education, 54, 972–991

Hiebert, J., & Grouws, D. A. (2007). The effects of classroom mathematics teaching on students’ learning. In F. K. Lester (Ed.), Second Handbook of Research on Mathematics Teaching and Learning (pp. 371-404). Charlotte, NC: Information Age.

Hill, B. (2008). Cognitive skills and mathematics skills. 21st century skill. Retrieved from http://www.21stcenturyskills.org/route21/index.php?option=com_ilibrary. Housseman, J. (1991). Self monitoring and learning profiency computer classroom.

Hoffstra University

Kamariah Abu Bakar. (2009). Effect of utilizing Geometer’s Sketchpad on performance and mathematical thinking of secondary mathematics learners: An initial exploration. International Journal of Education And Information Technologies, 3(1)

Karen F. Hollebrands. (2003). High school students’ understandings of geometric transformations in the context of a technological environment. Journal of Mathematical Behavior, 22, 55–72

Key Curriculum Press. (2001). The Geometer’s Sketchpad reference manual. Emeryville, CA. Retrieved from http://www.keypress.com/sketchpad/

Yeung, L.H (2003). The use of Geometer’s Sketchpad to facilitate new learning experience in geometry. (Master of Science in Information Technology in Education). Faculty of Education, The University of Hong Kong.

Leong Yew Hoong & Lim-Teo Suat Khoh. (2003). Effects of Geometer's Sketchpad on Spatial Ability and Achievement in Transformation Geometry among Secondary Two Students in Singapore. The Mathematics Educator, 7(1), 32-48

Lester, M. (1996). The Effects of the GSP Software on Achievement Knowledge of High School Geometry Students. Dissertation Abstract International, DAI-A 57106, University of San Francisco.

Lin, C.Y. (2008). Preservice teachers' beliefs about using technology in the mathematics classroom. The Journal of Computers in Mathematics and Science Teaching, 27, (3), 341.

Ling, S. (2004). Enhancing the Learning of Conics with Technology. California: California State University Dominguez Hills.

Marzita Puteh & Rohaidah Masri. (2004). Penggunaan geometer’s sketchpad dalam pembelajaran matematik. Proceeding 2003 Regional Conference on Interating Technology in the Mathematical sciences, hlm. 193-203

Muhammad Zainal Abidin. (2008). Efektivitas penggunaan maple terhadap hasil belajar Matematika pokok bahasan sistem persamaan linear Siswa kelas x madrasah aliyah al-falah Lemahabang kec. Bone-bone Kab. Luwu utara. (Skripsi) UIN Alaudin: Makasar.

(12)

Nik Azis Nik Pa. (2008). Isu-isu kritikal dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Nik Rahimah Nik Mohamed. (2008). Digital and Printed Module on the Integration of Geometer’s Sketchpad in the Teaching And Learning Of Mathematiics: Development and Evaluation (Tesis Sarjana), Universiti Kebangsaan Malaysia Norazah Mohd Nordin, Effandi Zakaria, Mohamed Amin Embi & Ruhizan Mohd

Yasin. (2008). Pedagogical Usability of the Geometer’s Sketchpad (GSP) Digital Module in the Mathematics Teaching. Proceedings of The 7th WSEAS International Conference On Education And EducationalTechnology (EDU'08), pp. 240-245.

Nor Hayati. (2002). Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Berbantukan Komputer: Keberkesanan Perisian “The Geometer’s Sketchpad” Untuk Tajuk Penjelmaan. (Tesis Sarjana) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Purdy. D.C. (2000). Using the geometer’s sketchpad to visualize maximum volume problems. The Mathematics Teacher, 93(3),224.

Rafidah Binti Mohd. Nor. (2003). Mengnalpasti Tahap Kefahaman Pelajar Sekolah Menengah Mengenai Konsep Geometri Berdasarkan Kepada Teori Van Hiele. (Tesis Sarjana). UKM

Ratna Herawati (2010). Peningkatan kefahaman konsep matematika pokok bahasan ruang dimensi tiga melalui pendekatan kooperatif tipe GI (Group Investigation) dengan Memanfaatkan Alat Peraga Matematika. (Skripsi). Universitas Surakarta

Renuwat Phonguttha, Sombat Tayraukham & Prasart Nuangchalerm. 2009. Comparisons of Mathematics Achievement, Attitude towards Mathematics and Analytical Thinking between Using the Geometer's Sketchpad Program as Media and Conventional Learning Activities. Australian Journal of Basic and Applied Sciences , 3(3), 3036-3039.

Reusser, K. (2006). Konstruktivismus: Vom epistemologischen Leitbegriff zur Erneuerung der didaktischen Kultur. [Constructivism: from a key epistemological concept to a new didactic culture]. In M. Baer, M. Fuchs, P. Fu¨glister, K. Reusser, & H. Wyss (Eds.), Didaktik auf psychologischer Grundlage. Von Hans Aeblis kognitionspsychologischer Didaktik zur modernen Lehr- und Lernforschung (pp. 151-168). Bern: H.E.P

Revillia Ardhi. (2007). Efektifitas Pembelajaran dengan Media Animasi dan LKS Mandiri pada Pokok Bahasan Pengukuran Luas dan Keliling Daerah Segiempat terhadap Hasil Belajar dan Ketuntasan Belajar Siswa Kelas VII di SMP Negeri I Wonosobo Tahun Ajaran 2006/2007. Program Studi Pendidikan Matematika, Jurusan Matematika, Fakultas MIPA, Universitas Negeri Semarang.

Sarjiman, P. (2006). Peningkatan Kefahaman Rumus Geometri Melalui Pendekatan Realistik Di Sekolah Dasar. Cakrawala Pendidikan, Th. XXV, No. 1 Journal UNY.

Sedig, K., & Sumner, M. (2006). Characterizing interaction with visual mathematical representations. International Journal of Computers for Mathematical Learning, 11(1),1–55.

Shadish, W.R., Cook, T.T., & Campbell, D.T. (2001). Experimental and quasi-experimental designs for generalised causal inference. Wadsworth Publishing.

(13)

Sinclair, M., Bruyn, Y., Hanna, G., & Harrison, P. (2004). Cinderella and the Geometer's Sketchpad. Canadian Journal of Science, Mathematics, & Technology Education, 4(3), 423-437

Sri Hajiyati. (2008). Peningkatan kefahaman konsep simetri Melalui model pembelajaran kreatif dengan permainan matematika. (Skripsi). Universitas Muhammadiyah Surakarta.

Stoffa, R.C. (2007). Generation 1.5 Immigrant Students’ Self-Regulation and Learning Strategies. The International Journal of The Humanties, 5(5), 191-200, Retreived from http://www.Humanities-Journal.com.

Subhan, A. (2007). Meningkatkan kefahaman konsep dan sikap peserta didik melalui pelatihan guru dengan VCD pemodelan dan pendampingan pada pembelajaran matematika bercirikan pendayagunaan alat peraga materi pokok luas bangun datar Kelas V Sd Sekaran 2 Tahun Pelajaran 2006/2007. (Skripsi). Universitas Negeri Semarang.

Tarzimah Tambychik, Thamby Subahan Mohd Meerah & Zahara Aziz. (2010). Mathematics Skills Difficulties: A Mixture of Intricacies. Procedia Social and Behavioral Sciences. 7,171–180

Teoh Boon Tat & Fong Soon Fook. (2005). The effects of geometer’s sketchpad and graphic calculator in the malaysian mathematics classroom. Malaysian Online Journal of Instructional Technology, 2(2),82-96

Toumasis, C. (2006). Expanding in-service mathematics teachers’ horizons in creative work using technology. International Journal of Mathematical Education in Science and Technology, 37, 901–912.

Ustun, I. & Ubuz, B. (2004). Geometrik kavramlarin Geometer’s Sketchpad yazilimi ile gelistirilmesi [The development of geometric concepts through a Geometer's Sketchpad software]. Best Practices in Education Conference 2004. Istanbul:Sabanci University.

Van Hiele, P. M. (1957). De Problematiek van het inzicht, gedemonstreed aan het inzicht van school kideren in meetkunde – leerstof (The problem of insight in connection with school children’s insight into subject matter of geometry), hlm. 211-215. English summary of doctoral dissertation, Universitas of Utrecht Venkataraman, S. (2007). Learning Triangle Properties through Sketchp ad Activities.

Proceedings of the Redesigning Pedagogy: Culture, Knowledge and Understanding Conference. Singapore

Yousef, A. (1997). The Effect of the GSP on the Attitude toward Geometry of High School Students. Dissertation Abstract International, A58105, Ohio University. Zeynep Gecu & Nesrin Ozdener. (2010).The effects of using geometry software

supported by digital daily life photographs on geometry learning. Procedia Social and Behavioral Sciences, 2, 2824–2828

Maklumat lanjut, boleh hubungi:

Endang Istikomah Fakulti Pendidikan,

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor, Malaysia

Referensi

Dokumen terkait

4.20 Perbandingan pencapaian pelajar kumpulan rawatan bagi mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. berdasarkan gaya kognitif

Hasil perkiraan Ujian t menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap min pencapaian ujian pasca pelajar kumpulan eksperimen berbanding dengan min

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap pemikiran kritis antara pelajar berjujukan dengan pelajar global setelah menerima dorongan justifikasi dan

Ia juga menunjukkan bahawa (1) terdapat korelasi yang signifikan antara pembelajaran berasaskan inkuiri terhadap penguasaan konsep sains pelajar, (2) terdapat korelasi yang

Kajian ini mendapati bahawa bagi kategori pelajar sederhana dan lemah, pelajar-pelajar dari kumpulan latihan sistematik mendapat skor pencapaian yang signifikan lebih tinggi

Berdasarkan aliran pengajian, hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan pelajar dari aliran pengajian Sains Tulen, Sains Sosial

tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pencapaian pelajar kumpulan eksperimen yang menggunakan strategi peta konsep dengan pelajar kumpulan kawalan

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap minat pelajar terhadap matematik dan faktor penguasaan kefahaman konsep di kalangan pelajar Fakulti