• Tidak ada hasil yang ditemukan

MANUAL PENGGUNA. Portal Rasmi PNS MARKETPLACE (VENDOR)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "MANUAL PENGGUNA. Portal Rasmi PNS MARKETPLACE (VENDOR)"

Copied!
40
0
0

Teks penuh

(1)

MANUAL PENGGUNA

Portal Rasmi

PNS MARKETPLACE (VENDOR)

Disediakan Oleh:

(2)

ISI KANDUNGAN

Pengenalan ... 3

Daftar Masuk ... 4

Laman Pengurusan (Dashboard) ... 9

Tambah Produk Baru / Cipta Produk ... 10

Tambah Produk ... 10

Jenis Produk : Simple... 12

Jenis Produk : Variable ... 12

Pesanan (Orders) ... 17

Senarai Pesanan ... 17

Status Pesanan ... 18

Kupon (Coupons) ... 20

Fungsi Coupons ... 20

Laporan (Report) ... 22

Fungsi Report ... 22

Ulasan (Review) ... 23

Fungsi Review/Ulasan ... 23

Withdraw ... 24

Fungsi Withdraw ... 24

Followers ... 25

Fungsi Followers ... 25

Langganan (Subscription)... 26

Fungsi Subscription ... 26

Tempahan (Booking) ... 27

Fungsi Booking ... 27

Membuat Tempahan Baru ... 27

Pengurusan Tempahan (Manage Bookings) ... 29

Kalendar ... 30

Pengurusan Sumber (Manage Resources) ... 31

Auction ... 33

Fungsi Auction ... 34

Membuat Lelongan Baru ... 34

Sokongan (Support) ... 36

Fungsi Support... 36

Setting ... 37

Fungsi Setting ... 37

Store ... 37

Payment ... 38

(3)

3

Pengenalan

Pengenalan

Marketplace adalah pusat membeli-belah dalam talian yang membekalkan pelbagai produk dan perkhidmatan seperti pendidikan, latihan, fesyen, makanan, produk kecantikan, kesihatan dan pelbagai lagi.

PNS Marketplace merupakan platform yang disediakan untuk menjual produk atau barangan secara online. Melalui portal PNS Marketplace, aktiviti seperti menghasilkan kedai secara online, menambah produk, membuat pesanan, menguruskan pesanan dan sebagainya dapat dilaksanakan.

Pengguna yang dikenali sebagai vendor atau penjual boleh menambah produk dan perkhidmatan mereka serta menguruskan produk atau perkhidmatan tersebut secara online melalui paparan dashboard.

PNS Marketplace telah dibina dengan menggunakan aplikasi WordPress.

WordPress merupakan sistem penerbitan blog atau kini dikenali sebagai CMS (Content Management System).

Portal PNS boleh dilayari melalui

https://mall.rocketweb.dev/

(4)

Daftar Masuk

A) Sign In

Klik pada Sign In untuk mendaftar masuk ke dalam Portal PNS Marketplace.

B) Lihat pada bahagian Register dan masukkan maklumat berkaitan.

 Seterusnya untuk kumpulan pengguna, sila pilih I am a vendor.

(5)

5

Daftar Masuk

C) Apabila I am a vendor telah dipilih, beberapa butiran maklumat perlu dilengkapkan.

D) Isi kan maklumat seperti First Name, Last Name, Phone Number dan sebagainya. Dan isikan juga maklumat untuk butiran Shop Name. Shop Name adalah nama kedai online yang akan digunakan di dalam portal PNS Marketplace. Sistem akan menyemak sama ada Shop Name yang telah dimasukkan telah digunakan atau sesuai digunakan.

E) Setelah selesai, klik pada butang Register.

F) Setelah pendaftaran telah berjaya dilaksana, seterusnya lengkapkan butiran maklumat berkaitan.

(6)

G) Setelah selesai melengkapkan maklumat berkaitan, klik pada butang Place Order.

H) Maklumat seperti di atas akan dipaparkan dan emel berkaitan juga akan diterima oleh pihak vendor atau penjual.

(7)

7

Daftar Masuk

I) Seterusnya klik pada butang Let’s Go! Bagi tujuan konfigurasi tetapan asas.

Sekiranya anda ingin melakukan pada masa yang lain, klik pada butang Not right now dan portal akan membuka tetingkap Store.

J) Lengkapkan maklumat berkaitan Store Setup. Setelah selesai klik pada butang Continue.

K) Seterusnya isikan maklumat bagi Payment Setup. Setelah selesai, klik pada butang Continue. Atau sekiranya anda mahu mengisi maklumat berkaitan pada masa yang lain, klik pada butang Skip this step.

(8)

L) Laman Your Store is Ready akan dipaparkan. Klik pada butang Go to your Store Dashboard!.

M) Laman Dashboard akan dipaparkan.

(9)

9

Laman Pengurusan (Dashboard)

Laman Pengurusan (Dashboard)

A) Sidebar

 Sidebar merupakan menu pautan kepada modul – modul pengurusan di dalam wordpress. Selalunya terdapat sub menu tambahan apabila tetikus di halakan.

B) Informasi mengenai Portal

 Bahagian ini akan menunjukkan informasi ringkas mengenai Portal PNS Marketplace yang merangkumi aktiviti pengemaskinian terkini, rumusan kepada penjualan, produk, ulasan, pengumuman dan sebagainya.

(10)

Tambah Produk Baru / Cipta Produk

Tambah Produk

A) Navigasi ke papan pemuka/dashboard vendor. Pada sidebar di sebelah kiri, klik pada Products dan seterusnya klik pada butang Add new product.

B) Lengkapkan maklumat berkaitan yang terdiri daripada informasi asas seperti Product name, Price, Discounted Price Schedule dan sebagainya.

Muatnaik juga gambar produk pada bahagian Upload a product cover image.

C) Seterusnya klik pada butang Create product. Sekiranya anda ingin menambah produk seterusnya klik pada butang Create & add new.

(11)

11

Tambah Produk Baru / Cipta Produk

D) Laman Edit Product akan dipaparkan. Pengemaskinian maklumat lanjut berkaitan produk boleh dilakukan melalui laman ini.

E) Bagi bahagian Product Type, terbahagi kepada 2 pilihan iaitu Simple dan Variable.

 Simple - Jenis produk ini adalah mudah dan tiada varian. Terdiri daripada produk tunggal dan tidak memerlukan sebarang maklumat lain untuk menentukan variasi yang berbeza.

 Variable – adalah produk yang mempunyai pelbagai jenis varian.

Sebagai contoh, anda mungkin mahu menjual pakaian yang tersedia dalam 3 warna dan saiz yang berbeza. Jadi pilihan ini akan membolehkan anda menambah warna dan saiz yang anda perlukan.

F) Untuk bahagian Discounted Price, anda boleh menetapkan jadual bagi tarikh tertentu untuk potongan harga istimewa dengan memasukkan maklumat tarikh mula dan tarikh akhir untuk sesi potongan harga berkenaan.

G) Bahagian Inventory digunakan untuk menguruskan inventori bagi produk berkaitan. Bahagian ini adalah tidak wajib di isi.

(12)

Jenis Produk : Simple

A) Jenis produk ini adalah mudah dan tiada varian. Terdiri daripada produk tunggal dan tidak memerlukan sebarang maklumat lain untuk menentukan variasi yang berbeza.

B) Isikan butiran yang berkaitan.

C) Setelah selesai, klik pada butang Save Product.

Jenis Produk : Variable

A) Adalah produk yang mempunyai pelbagai jenis varian. Sebagai contoh, anda mahu menjual pakaian yang tersedia dalam pelbagai saiz dan warna. Dan hanya warna hitam diletakkan dengan harga istimewa. Jadi pilihan ini akan membolehkan anda menambah warna dan saiz atau harga yang anda inginkan.

(13)

13

Tambah Produk Baru / Cipta Produk

B) Terdiri daripada 2 langkah iaitu kemaskini pada Custom Attribute dan seterusnya pada Variation.

C) Pada Custom Attribute, pilih attribute yang dikehendaki, seterusnya klik butang Add Attribute.

D) Atau sekiranya ingin menambah Attribute yang baru, pada Custom Attribute, pilih Add Attribute.

(14)

E) Masukkan attribute yang dikehendaki. Contohnya saiz, atau warna. Pada ruangan Value(s) pula, masukkan nilai yang bersesuaian dan asingkan atttribute berkenaan dengan tanda “|”. Contohnya Attribute Name adalah warna, manakala Value adalah biru | merah | hitam. Tandakan juga pada Used for variations.

F) Setelah selesai, klik pada butang Save attribute.

(15)

15

Tambah Produk Baru / Cipta Produk

G) Kemudian masukkan attribute seterusnya, contohnya Attribute Name adalah saiz, manakala Value adalah XS | S | M | L. Tandakan juga pada Used for variations. Dan klik butang Save attribute.

H) Langkah seterusnya adalah kemaskini pada variation. Pada Add variation, klik butang Go.

I) Pilih variation yang dikehendaki.

(16)

J) Contohnya untuk warna hitam sahaja ada harga istimewa. Isi kan butiran berkaitan seperti Regular Price, Sale Price dan sebagainya.

K) Setelah selesai, klik pada butang Save Variations.

L) Dan akhir sekali, klik pada butang Save Product.

(17)

17

Pesanan (Orders)

Pesanan (Orders)

Senarai Pesanan

A) Halaman ini akan menunjukkan senarai pesanan ke atas produk anda. Antara maklumat yang boleh diperolehi adalah Order Number, Order Total, Earning, Status, Customer, Date, Action dan sebagainya.

B) Ruangan Action membenarkan anda untuk melihat maklumat lanjut berkaitan pesanan, mendapatkan invois pesanan dan packing slip.

(18)

Status Pesanan

A) Pihak vendor atau penjual boleh melihat senarai status pesanan dan membuat perubahan ke atas status tersebut. Dokumen invois dan packing slip juga disediakan secara automatik oleh sistem berdasarkan maklumat yang telah dimasukkan.

B) Untuk melihat dan memgemaskini status order, klik pada ikon view

C) Pada bahagian General Details, klik pada Edit

(19)

19

Pesanan (Orders)

D) Kemaskini Order Status dan seterusnya klik pada butang Update.

E) Selain itu, sebagai salah satu cara komunikasi antara vendor dan pembeli, pihak vendor juga boleh memasukkan nota pesanan seperti tracking number dan sebagainya.

F) Sekiranya produk tersebut adalah berbentuk produk yang perlu dimuat turun, klik pada butang Grant Access.

(20)

Kupon (Coupons)

Fungsi Coupons

Fungsi Coupons digunakan sebagai ganjaran atau menyediakan potongan harga yang istimewa untuk suatu tempoh tertentu kepada pihak pembeli atau yang layak menerimanya.

A) Untuk mengakses laman Coupons, pada sidebar di panel kiri, klik pada Coupons

B) Untuk menambah Coupon baru, klik pada butang Add new Coupon.

C) Isikan maklumat berkaitan, setelah selesai klik butang Create Coupon

 Coupon title: Nama kepada Coupon tersebut

 Description: penerangan berkaitan Coupon

(21)

21

Kupon (Coupons)

 Email Restriction: jika ruangan ini di isi, hanya penama di dalam emel tersebut sahaja yang boleh dan layak menggunakan Coupon tersebut.

 User Limit: masukkan bilangan unit coupon yang boleh digunakan.

 Expire Date: masukkan informasi ini sekiranya Coupon tersebut mempunyai had tempoh tertentu.

D) Senarai Coupon yang telah berjaya dimuatnaik akan dipaparkan.

E) Sekiranya anda ingin mengemaskini semula Coupon tersebut, halakan tetikus di ruangan bawah Code, dan klik pada Edit.

F) Manakala untuk menghapuskan Coupon tersebut, klik pada Delete.

(22)

Laporan (Report)

Fungsi Report

Fungsi laporan akan menunjukkan maklumat berkaitan rekod jualan produk atau perkhidmatan. Terdapat beberapa tab disediakan iaitu Overview, Sales by day, Top Selling, Top earning dan Statement.

A) Untuk mengakses laman Report, pada sidebar di panel kiri, klik pada Report

B) Tab Overview akan memaparkan rumusan kepada jualan produk atau perkhidmatan

C) Tab Sales by day menunjukkan maklumat berkaitan jualan mengikut hari.

D) Tab Top selling memperlihatkan jualan teratas atau tertinggi yang di rekodkan.

E) Tab Top earning pula adalah data berkaitan pendapatan tertinggi yang diperolehi.

F) Tab Statement membolehkan maklumat berkaitan jualan dijana dalam format CSV.

(23)

23

Ulasan (Review)

Ulasan (Review)

Fungsi Review/Ulasan

Fungsi Review membenarkan vendor/penjual untuk:

 Melulus atau menolak ulasan yang diberikan oleh pembeli atau pengguna Portal PNS Marketplace.

 Tandakan ulasan sebagai Spam.

 Mengeluarkan usalan dengan memasukkan ke dalam Trash.

A) Vendor atau penjual boleh melihat semua ulasan pelanggan berkaitan produk melalui sidebar Reviews.

B) Vendor tidak dibenarkan untuk membuat perubahan pada ulasan yang telah ditulis oleh pelanggan tetapi pihak vendor boleh menetapkan sama ada ulasan tersebut bersesuaian untuk dipaparkan atau sebaliknya.

C) Untuk meluluskan ulasan berkaitan, sila pilih Approve.

(24)

D) Sekiranya pihak vendor, tidak mahu ulasan tersebut dipaparkan pada umum, sila pilih Spam pada ulasan berkaitan.

E) Untuk mengapuskan ulasan tersebut, klik pada Trash.

Withdraw

Fungsi Withdraw

Fungsi Withdraw akan menunjukkan informasi berkaitan pengeluaran yang dibenarkan.

A) Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu

 Withdraw Request

 Approved Requests

 Cancelled Request

B) Proses Withdraw yang terlibat adalah merujuk kepada polisi yang ditetapkan oleh pihak PNS Marketplace.

(25)

25

Followers

Followers

Fungsi Followers

Fungsi Followers akan menunjukkan senarai pengikut yang berminat untuk mengetahui perkembangan produk atau perkhidmatan anda. Pembeli atau pengguna hanya perlu menekan butang Like pada produk atau perkhidmatan. Dan secara automatik, mereka akan dimasukkan ke dalam senarai Followers.

Pihak Followers akan menerima aktiviti terkini berkaitan produk/perkhidmatan yang di pilih melalui saluran emel.

(26)

Langganan (Subscription)

Fungsi Subscription

Buat masa ini, pakej langganan yang disediakan adalah Lite Package. Pakej ini membenarkan sehingga 5 produk atau perkhidmatan dimasukkan ke dalam Portal Marketplace. Tiada pembayaran dikenakan untuk pakej ini.

(27)

27

Tempahan (Booking)

Tempahan (Booking)

Fungsi Booking

Fungsi Booking sesuai digunakan terutama untuk produk yang melibatkan perkhidmatan. Tempahan boleh dibuat berdasarkan tarikh tertentu. Booking menggunakan fungsi block di mana:

 Block adalah unit minimum bagi sesuatu produk atau perkhidmatan yang boleh di tempah.

 Tempahan produk atau perkhidmatan adalah bergantung kepada masa dan kebiasaannya tiada pengeposan untuk produk tersebut.

Navigasi ke menu Booking untuk melihat pilihan yang di sediakan.

Membuat Tempahan Baru

A) Untuk membuat tetapan baru bagi suatu tempahan, klik pada butang Add New Booking Product.

(28)

B) Kemaskini maklumat berkaitan.

 Upload a product cover image

Muatnaik gambar produk atau perkhidmatan yang akan dijadikan sebagai cover image.

 Booking duration

Ruangan ini membenarkan pengguna untuk membuat tetapan berkaitan tempoh masa untuk sesuatu tempahan. Terdapat 2 pilihan yang disediakan iaitu Fixed blocks of dan Customer defined blocks of.

 Calendar display mode

Menunjukkan ketersediaan sesuatu produk atau perkhidmatan. Terdiri daripada 2 pilihan iaitu Display calendar on click dan Calendar always visible.

C) Setelah selesai klik pada butang Save Product.

D) Untuk mengemaskini tempahan yang sedia ada, klik pada tab All Booking Product dan seterusnya klik pada Edit.

E) Untuk mengeluarkan atau menghapuskan tempahan sedia ada, klik pada Delete Permanently.

F) Dan untuk melihat tempahan berkaitan klik pada View.

(29)

29

Tempahan (Booking)

Pengurusan Tempahan (Manage Bookings)

Bahagian ini menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk menguruskan tempahan produk atau perkhidmatan.

A) Untuk menguruskan berkaitan dengan tempahan, klik pada tab Manage Booking.

B) Klik pada butang View untuk melihat status tempahan dengan lebih lanjut.

(30)

C) Klik pada Edit untuk mengemaskini status tempahan.

D) Setelah selesai, klik pada butang Update.

(31)

31

Tempahan (Booking)

Kalendar

Bahagian ini menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk melihat informasi berkaitan tempahan dan fungsi filter booking membantu untuk mendapatkan maklumat berkaitan.

A) Untuk melihat maklumat berkaitan tempahan, klik pada tab Calendar. Pada pilihan di Filter Booking, pilih data yang dikehendaki.

Pengurusan Sumber (Manage Resources)

Bahagian ini menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk membuat penambahan sumber kepada produk atau perkhidmatan.

A) Untuk menguruskan berkaitan dengan sumber, klik pada tab Manage Resources.

(32)

B) Untuk menambah sumber baru, klik pada butang Add new Resource.

Masukkan nama untuk sumber tersebut dan klik pada butang OK.

C) Untuk mengemaskini semula sumber berkenaan, klik pada butang Edit.

(33)

33

E) Sekiranya ingin menghapus kan sumber berkenaan, klik pada butang Remove.

(34)

Auction

Fungsi Auction

Fungsi Auction adalah untuk membuat penjualan atau lelongan sesuatu produk kepada penawar tertinggi.

Membuat Lelongan Baru

A) Untuk membuat tetapan baru bagi suatu lelongan, klik pada butang Add New Auction Product.

(35)

35

B) Kemaskini maklumat berkaitan.

C) Setelah selesai klik pada butang add auction Product.

D) Untuk mengemaskini auction yang sedia ada, klik pada Edit.

E) Untuk mengeluarkan atau menghapuskan tempahan sedia ada, klik pada Delete Permanently.

F) Dan untuk melihat tempahan berkaitan klik pada View.

(36)

Sokongan (Support)

Fungsi Support

Fungsi Support membenarkan pihak pengguna atau pembeli untuk berhubung dengan vendor melalui tiket sokongan.

Sekiranya terdapat tiket sokongan yang baru, senarai berkaitan akan dipaparkan.

(37)

37

Setting

Setting

Fungsi Setting

Fungsi Setting digunakan untuk mengemaskini maklumat berkaitan syarikat, produk, pembayaran, penghantaran dan sebagainya.

A) Klik pada sidebar Setting untuk mengakses laman tersebut.

Store

Store adalah tempat atau ruangan untuk menjual produk dan menguruskan produk.

B) Isikan maklumat berkaitan dengan Store.

C) Setelah selesai, klik pada butang Update Settings

(38)

Payment

A) Isikan maklumat berkaitan dengan kaedah pembayaran.

B) Setelah selesai, klik pada butang Update Settings.

Shipping

Laman ini membenarkan tetapan dibuat ke atas pengeposan seperti kos, fungsi pengeposan, masa pemprosesan, polisi pengeposan dan sebagainya.

A) Maklumat berkaitan pengeposan akan dipaparkan. Klik pada Click Here.

(39)

39

Setting

B) Lengkapkan butiran berkaitan.

C) Tetapan untuk kos pengeposan boleh dibuat perincian mengikut lokasi atau negeri.

(40)

D) Klik pada butang Add Location untuk menambah dan membuat tetapan kos lokasi pengeposan yang baru. Setelah selesai, klik pada butang Save Settings.

Social Profiles

A) Masukkan maklumat berkaitan dengan media sosial seperti Facebook, Youtube, Instagram dan sebagainya.

B) Setelah selesai, klik pada butang Update Settings

Referensi

Dokumen terkait

Untuk akses pejalan kaki pada site yang berkontur untuk menuju Ruang tunggu Angkot, tidak beratap, sebagai pendekatan terhadap alam. Hanya akses menuju rg tunggu angkot,

Dengan mengucapkan syukur Alhamdulillah atas kehadirat Allah SWT atas segala limpahan rahmat dan karunia-Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan dengan baik

Tapi kalo mamah tu masih dengan anggepan orang Jawa tu lebih kesed. Anggepan dari mamah itu sih. Trus ada misal e ada yang bilang kemproh. Kalo papah dulu kalo

Berdasarkan hasil estimasi dengan MLE 15 Bank Pembangunan Daerah (BPD) Syariah untuk mengetahui pengaruh variabel input terhadap variabel output pada tahun 2008- 2012

Secara simultan, variabel independen yang diujikan good corporate governance dan struktur kepemilikan (kepemilikan manajerial dan kepemilikan intitusional)

Dalam konteks yang lebih luas, direct request dapat diartikan sebagai “ Suatu kegiatan yang dilakukan oleh seseorang atau organisasi kepada pihak lain untuk meminta berbagai

Untuk melihat daftar pekerjaan yang harus dilakukan pada tanggal tertentu dapat dilakukan dengan mengklik tanggal yang dimaksud kemudian klik kanan dan pilihlah Task List

Penelitian ini dilakukan pada pekerja bengkel di Kelurahan Merdeka Kota Medan tahun 2015 untuk mengetahui hubungan antara usia, lama kerja, personal hygiene, penggunaan APD dan