• Tidak ada hasil yang ditemukan

Istihsan Menurut Pandangan Ulama Klasik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Istihsan Menurut Pandangan Ulama Klasik"

Copied!
42
0
0

Teks penuh

(1)

ISTIHSAN

MENURUT PANDANGAN

ULAMA KLASIK DAN

KONTEMPORARI

Disediakan Oleh: Mohd Hafiz Jamaludin

Calon Sarjana

Jabatan Syariah Dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya

Pembentangan di:

International Conference on Research in Islamic law 2009 (ICRIL 09) 15 Julai 2009

(2)

PENDAHULUAN

Istihsan merupakan salah satu sumber hukum syarak yang menjadi perbahasan para ulama usul fiqh. Istihsan diketegorikan sebagai dalil yang tidak sepakati oleh sekelian ulama untuk digunakan sebagai sumber hukum. Takrif-takrif yang dikemukakan oleh para ulama berkenaan istihsan sangat banyak dan berbeza-beza. Sungguhpun begitu, terdapat titik persamaan yang dapat dikenalpasti agar kita dapat menggunakan satu takrif yang paling tepat untuk diaplikasikan di dalam penyelesaian hukum syarak di masa kini.

(3)

SAMBUNGAN

(4)

TAKRIF

ISTIHSAN

MENURUT

PANDANGAN ULAMA KLASIK

 Al-Nasafi

 Sadr al-Syari ah

 Al-Sarakhsi

 Al-Jassas

 Ibn al-Hajib

 Siraj al-Din al-Armawi

 Ibn Qudamah

 Al-Syatibi

(5)

TAKRIF

ISTIHSAN

DI SISI

AL-NASAFI

 Nama bagi satu dalil yang bertentangan dengan Qiyas Jali.

 Dalil yang bertentangan dengan qiyas jali ialah Nas, Ijma , Darurat ataupun Qiyas Khofi.

 Istihsan dengan Nas seperti Akad Salam.

 Istihsan dengan Ijma seperti Akad Istisna

 Istihsan dengan Darurat seperti masalah kesucian perigi yang terkena najis.

(6)

TAKRIF

ISTIHSAN

DI SISI SADR

AL-SYARIAH

.

 Dalil yang bertentangan dengan Qiyas Jaliy yang terlebih dahulu sampai kefahamannya.

Terlebih dahulu sampai kefahamnnya bermaksud apabila dipersoalkan satu permasalahan kepada mufti, dalil dengan menggunakan qiyas jaliy ini akan terlebih dahulu sampai ke fikiran mufti kerana zahir dan jelasnya qiyas tersebut daripada dalil-dalil yang lain.

(7)

SAMBUNGAN

Istihsan dianggap hujah di sisi golongan Hanafiah kerana ia telah sabit dengan dalil-dalil yang sememangnya dianggap sebagai hujah dengan ijma .

(8)

TAKRIF

ISTIHSAN

DI SISI

AL-SARAKHSI (BAHAGIAN PERTAMA)

 Al-Sarakhsi membahagikan istihsan berdasarkan

penggunaan para fuqaha kepada dua bahagian

1) Beramal dengan ijtihad dan pendapat yang paling banyak ketika mentaqdirkan perkara-perkara yang Syarak telah wakilkan kepada kita untuk menetapkan kadar-kadarnya

Seperti Mut ah yang tersebut di dalam Quran di dalam surah al-Baqarah ayat 236, Allah Taala mewajibkan kadar

mut ah tersebut berdasarkan senang dan susahnya suami dengan syarat mengikut pendapat uruf. Di sini kita dapat memahami bahawasanya yang dimaksudkan dengan istihsan ialah pendapat yang paling ramai.

(9)

TAKRIF

ISTIHSAN

DI SISI

AL-SARAKHSI (BAHAGIAN KEDUA)

2) Dalil yang bertentangan dengan qiyas zahir yang terlebih

dahulu sampai kefahamannya sebelum dikaji dengan lebih teliti. Walaubagaimanapun, selepas dikaji dengan lebih teliti dan dibuat perbandingan di antara masalah tersebut dan masalah-masalah yang mempunyai persamaan dengannya, jelaslah bahawa dalil yang bertentangan dengan qiyas jauh lebih kuat. Oleh itu beramal dengan istihsan ketika ini hukumnya adalah wajib

(10)

SAMBUNGAN

 Al-Sarakhsi juga meyebut bahawa istihsan kadang-kadang berlaku dengan nas, kadang-kadang-kadang-kadang dengan ijma dan kadang-kadang dengan darurat.

 Beliau juga membezakan di antara istihsan dengan nas, ijmak atau darurat, dan antara istihsan dengan qiyas khofi.

 Istihsan dengan qiyas khofi tidak akan terhad pada hukum tertentu bahkan dia juga boleh diaplikasikan pada hukum yang lain (ta diyah). Ini adalah disebabkan qiyas khofi sekalipun dikhususkan dengan nama istihsan, tetapi ia masih tidak terkeluar daripada qiyas syar ie. Maka hukum istihsan (dengan qiyas khafiy) ialah ta diah sepertimana qiyas-qiyas yang lain.

(11)

ISTIHSAN

DI SISI AL-JA

SSA

S

(BAHAGIAN PERTAMA)

 Al-Jassas menyebut bahawasanya istihsan

terkandung di dalam dua perkara :-

1) Menggunakan ijtihad dan pendapat ramai untuk menetapkan kadar-kadar yang telah diwakilkan kepada kita untuk menetapkannya, seperti kadar

mut ah bagi perempuan yang ditalak.

(12)

ISTIHSAN

DI SISI AL-JA

SSA

S

(BAHAGIAN KEDUA)

2) Meninggalkan qiyas kepada dalil yang lebih utama daripadanya.

 Makna yang kedua ini mempunyai dua bahagian:-

i) Satu masalah furu yang mempunyai persamaan dengan dua asal. Oleh itu, masalah furu ini hendaklah diserupakan dengan salah satu daripada dua asal tadi berdasarkan dalil yang menyokongnya.

(13)

SAMBUNGAN

 Masalah : Seorang lelaki berkata kepada isterinya jika kamu haid maka kamu aku talak , lalu isterinya berkata

aku telah haid .

 Qiyas (asal yang pertama) : Perkataan perempuan tidak diterima dalam masalah-masalah talak yang lain.

Istihsan (asal yang kedua) : Perkataan perempuan boleh

(14)

SAMBUNGAN

ii) Takhsis hukum serta wujud illah.

Takhsis hukum serta wujud illah berlaku apabila kita mewajibkan satu hukum kerana satu sifat yang dinamakan illah.

 Apabila kita telah menghukumkan bahawasanya sifat ini merupakan illah bagi satu hukum, menjadi kewajipan untuk kita menggunakan hukum tersebut apabila wujudnya sifat ini.

 Melainkan, sekiranya ada dalil lain yang menunjukkan bahawasanya hukum ini tidak boleh digunakan sekalipun wujud illahnya.

(15)

SAMBUNGAN

 Dalil yang lain ini disebut sebagai mani iaitu penghalang.

 Ketika wujudnya mani , maka wajiblah dihukumkan dengan hukum yang lain yang bukan berdasarkan illah sebelumnya.

 Oleh itu, meninggalkan hukum (kerana wujud mani ) sedangkan illah masih wujud, dinamakan juga oleh ulama hanafiah sebagai istihsan.

(16)

ISTIHSAN

DI SISI IBN

AL-HAJIB

Ibn al-Hajib mendatangkan lima takrif bagi

istihsan

.

Takrif-takrif ini telah dikategorikan oleh

al-Qadi al- Idid kepada dua bahagian. Takrif

yang diterima oleh sekelian ulama dan takrif

yang ditolak oleh sekelian ulama.

(17)

SAMBUNGAN (TAKRIF PERTAMA)

1) Dalil yang berada di dalam diri mujtahid tetapi dia tidak mampu untuk mengungkapkan dalil tersebut

 Jikalau dalil yang berada di dalam diri mujtahid ini sememangnya wujud di dalam dirinya, maka dia wajib beramal dengan dalil tersebut secara ittifaq .

(18)

SAMBUNGAN (TAKRIF KEDUA, KETIGA

DAN KEEMPAT)

2) Berpaling daripada qiyas kepada qiyas yang lebih kuat.

3) Takhsis qiyas dengan qiyas yang lebih kuat.

4) Berpaling kepada hukum yang bertentangan dengan bandingannya kerana dalil yang lebih kuat

 Ketiga-tiga takrif ini diterimapakai oleh sekelian ulama.

(19)

SAMBUNGAN (TAKRIF KELIMA)

5) Berpaling daripada hukum yang berdasarkan satu dalil kepada kepada hukum yang bersandarkan kepada adat kerana maslahat manusia.

 Sekiranya dalil yang lain itu ialah adat yang diterima kerana berlaku pada zaman Nabi, maka dalil ini sabit dengan sunnah, atau kerana berlaku pada zaman sahabat serta para sahabat tidak ingkar, maka hukum ini sabit dengan ijma atau sekiranya dalil yang lain itu ialah nas atau qiyas yang tergolong daripada dalil-dalil yang sabit kehujahannya, maka hukum itu sabit dengan dalil-dalil tersebut.

(20)

ISTIHSAN

DI SISI SIRAJ AL-DIN

AL-ARMAWI

 Siraj al-Din al-Armawi menerimapakai takrif yang dinaqalkan daripada Abu Husayn al-Basri.

 Istihsan menurut beliau ialah meninggalkan salah satu pendapat daripada pendapat-pendapat yang hasil daripada ijtihad, yang tidak merangkumi (semua pendapat-pendapat tadi) secara syumul lafaz kerana wujud dalil yang lebih kuat dan dalil ini seolah-olah baru datang ke atas dalil bagi pendapat yang pertama

(21)

SAMBUNGAN

 Siraj al-Din al-Armawi menegaskan bahawa khilaf di antara golongan Syafi iyyah dan Hanafiah ialah khilaf dari sudut makna bukan khilaf daripada sudut lafaz semata-mata.

(22)

ISTIHSAN

DI SISI IBN QUDAMAH

Ibn Qudamah telah memilih satu takrif yang

terbaik

untuk

istihsan

setelah

beliau

mengkritik takrif-takrif sebelumnya.

Takrif terbaik tersebut ialah berpaling

daripada

menghukumkan

masalah

berdasarkan bandingannya kerana wujud

dalil syarak yang khas.

(23)

ISTIHSAN

DI SISI AL-SYATIBI

 Al-Syatibi mendatangkan tiga takrif bagi istihsan.

1) Mengambil dengan maslahah juz iyyah yang bertentangan dengan dalil kulli.

2) Mengutamakan untuk meninggalkan kehendak dalil dengan cara pengecualian atau rukhsah (kemudahan).

(24)

ISTIHSAN

MENURUT PANDANGAN

ULAMA KONTEMPORARI

Abd al

-

Aziz Abd al

-

Rahman bin Ali al

-Rabi ah

Mustafa Ahmad Zarqa

Abdullah Rabi Abdullah Muhammad

Muhammad Ali Muhammad al

-

S

alihim

Usamah al-Hamawi

(25)

ISTIHSAN

DI SISI ABD AL

-

AZIZ

ABD AL

-

RAHMAN BIN ALI AL

-RABI AH

(26)

SAMBUNGAN

Beliau membahagikan

istihsan

kepada 3

bahagian :-

1) Berpaling daripada tuntutan qiyas zahir

kepada tuntutan qiyas

khafiy

.

2) Berpaling daripada tuntutan nas yang am

kepada hukum yang khas.

3) Berpaling daripada hukum

kulliy

kepada

hukum pengecualian.

(27)

ISTIHSAN

DI SISI MUSTAFA AHMAD

ZARQA

 Memalingkan satu permasalahan daripada hukum permasalahan-permasalahan lain yang serupa dengannnya kepada hukum yang lain kerana wujud dalil yang kuat menuntut kepada pemalingan ini.

 Beliau membahagikan istihsan berdasarkan illah yang membezakan permasalahan istihsan daripada permasalahan qiyas kepada 2 bahagian :-

(28)

SAMBUNGAN

 Beliau mengkritik pembahagian istihsan kepada 4 bahagian sepertimana yang dilakukan oleh para ulama Hanafiyyah. Beliau tidak bersetuju dengan 2 bahagian pertama iaitu Istihsan dengan Sunnah dan Istihsan

dengan Ijma . Hujah beliau ,hukum-hukum yang sabit berdasarkan Istihsan Sunnah dan Istihsan Ijma pada hakikatnya sabit dengan Sunnah dan Ijma itu sendiri bukan dengan qiyas ataupun istihsan.

 Maksud istihsan yang sebenar ialah berpaling mujtahid daripada hukum yang berdasarkan qiyas. Sedangkan qiyas hanya harus digunakan apabila tidak wujud dalil

(29)

ISTIHSAN

DI SISI ABDULLAH RABI

ABDULLAH MUHAMMAD

 Beliau menggunakan takrif Abu Hasan al-Karkhi kerana menurut beliau takrif ini ialah takrif terbaik bagi istihsan yang menghimpunkan semua bahagian-bahagian istihsan.

(30)

SAMBUNGAN

 Takrif ini telah menggambarkan istihsan dalam gambaran terbaik dan menunjukkan perbezaan di antara istihsan dan maslahah mursalah. Takrif ini menegaskan bahawasanya istihsan menuntut setiap permasalahan yang dihukumkan berdasarkan

istihsan hendaklah mempunyai permasalahan yang serupa dengannya tetapi dihukumkan dengan hukum yang lain. Permasalahan istihsan

dihukumkan dengan hukum yang lain daripada permasalahan-permasalahan yang sama dengannya ialah disebabkan wujud sebab yang menghendaki perbezaan tersebut, tetapi tidak wujud pada permasalahan-permasalahan yang lain.

(31)

SAMBUNGAN

(32)

SAMBUNGAN

 Sekalipun para ulama berbeza-beza dalam

mentakrifkan istihsan, mereka bersepakat bahawa

tidak harus memalingkan satu permasalahan daripada hukum yang dikehendaki oleh qiyas atau dalil-dalil yang lain melainkan jika wujud sebab yang lebih kuat untuk diambil kira dan lebih tepat bagi menempati makna yang dikehendaki oleh syariat secara umum seperti melaksanakan kemaslahatan, menolak kerosakan, mengangkat kesusahan dan

menghalang kemudaratan. Hukum istihsan mestilah

bersandarkan dalil fiqh yang tepat dan dalil ini hendaklah lebih rajih di sisi ulama yang memalingkan permasalahan ini daripada bandingan-bandingannya

yang lain. Dalil inilah yang digelarkan sebagai istihsan.

(33)

ISTIHSAN

DI SISI MUHAMMAD ALI

MUHAMMAD AL-

S

ALIHIM

 Meninggalkan satu hukum kepada hukum yang lebih utama berdasarkan pendapat yang menuntut keringanan dan menjelaskan tentang wujudnya kesusahan sekiranya disamakan hukum permasalahan ini dengan bandingan-bandingannya yang lain.

(34)

SAMBUNGAN

 Titik persamaan ialah kebanyakan takrif-takrif yang dikemukakan menggunakan istilah

meninggalkan atau memalingkan .

 Titik perbezaaan ialah dalil yang menyebabkan berlaku pemalingan ini kadang-kadang disebut maslahah sahaja ataupun qiyas sahaja. Takrif yang menggunakan istilah dalil yang lebih kuat merupakan takrif yang umum dan merangkumi semua bahagian-bahagian istihsan.

(35)

SAMBUNGAN

 Walaubagaimanapun takrif yang dikemukan oleh oleh para ulama usul fiqh tidak menyebutkan perkara yang paling penting tentang istihsan. Mereka tidak menyatakan secara jelas perkara yang menjadi titik persamaan bagi sekelian permasalahan

istihsan iaitu meringankan dan mengangkat kesusahan melainkan sebahagian takrif yang dikemukakan oleh ulama malikiyyah. Sekiranya dua perkara ini merupakan perkara paling penting di dalam istihsan, ia sepatutnya dinyatakan secara jelas di dalam takrif.

(36)

ISTIHSAN

DI SISI USAMAH

AL-HAMAWI

Beramal dengan dalil yang bertentangan

dengan qiyas

jaliy

yang terlebih dahulu sampai

kefahamannya ataupun qiyas

am

dengan

makna kaedah yang umum.

Takrif ini diterima oleh Usamah al-Hamawi

kerana ia merangkumi sekelian

bahagian-bahagian

istihsan

.

Dalil yang bertentangan dengan qiyas

jaliy

ini

sama ada nas, ijma

,

qiyas ataupun darurat.

(37)

SAMBUNGAN

Masalah-masalah

istihsan

sentiasa menuntut

perbandingan di antara masalah-masalah

juz iyyat

daripada kaedah yang

kulliyyah

,

supaya

jelas

di

sana

permasalahan-permasalahan yang memerlukan pemalingan

daripada hukum yang berdasarkan

kaedah-kaedah

kulliyyah

. Oleh itu,

istihsan

juga

bermaksud pengecualian bagi masalah yang

(38)

KESIMPULAN

 Takrif-takrif para ulama hanafiah banyak menggunakan perkataan dalil bagi makna istihsan tanpa menerangkan gambaran dalil istihsan itu sendiri.

 Hanya al-Jassas menggunakan istilah meninggalkan bagi menggambarkan makna istihsan.

 Semua takrif ini juga menerangkang istihsan ialah dalil yang bertentangan dengan qiyas jaliy

(39)

SAMBUNGAN

 Takrif-takrif ulama selain Hanafiyyah kebanyakannya menaqal takrif-takrif para ulama Hanafiyyah sebelumnya.

 Sebahagian takrif cuba mengeluarkan nasakh dan takhsis daripada makna istihsan.

 Ibn Qudamah menggunakan istilah berpaling daripada bandingan

(40)

SAMBUNGAN

 Takrif-takrif kontemporari cuba membezakan istihan daripada maslahah, mencari titik persamaan dan perbezaan di antara takrif-takrif ulama terdahulu.

 Takrif kontemporari juga cuba menyebutkan perkara yang penting di dalam istihsan iaitu memberi keringanan, menolak kesusahan dan membuat perbandingan.

 Terdapat takrif kontemporari yang menolak istihsan dengan nas dan istihsan dengan ijma .

(41)

PENUTUP

 Sekiranya kita menggabungkan takrif Muhammad

Ali muhammad al-Salihim dan Usamah al-Hamawi kita akan mendapat takrif yang menghimpunkan sekelian ciri-ciri dan bahagian-bahagian istihsan.

 Oleh itu, kita boleh menakrifkan istihsan seperti berikut :

(42)

اوصل ب ملعأ ىل عت ه

Referensi

Dokumen terkait

PERANCANGAN KEBIJAKAN PENGENDALIAN PERSEDIAAN SUKU CADANG KRITIS LOKOMOTIF GE C18MMi MENGGUNAKAN METODE CONTINOUS REVIEW (s,Q) DENGAN MEMPERTIMBANGKAN KETIDAKPASTIAN

Hasil penelitian menujukan bahwa: (1) Profil pemecahan masalah matematika siswa dengan kinestetik tinggi yaitu siswa kesulitan menyebutkan data yang diketahui dan

Maka dari itulah penulis mencoba untuk meneliti bagaimana keadaan perekonomian daerah Kabupaten Kerinci di Provinsi Jambi dari sisi sektor basis atau unggulan

Tujuan dari penelitian ini yaitu melakukan skrining fitokimia untuk mengetahui kandungan senyawa alkaloid, triterpenoid dan steroid, flavonoid, tannin, saponin dan menetukan

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh pemanfaatan kulit pisang yang difermentasi dengan Rhyzopus oligosporus) dalam ransum terhadap bobot potong, berat

selaku Rektor Universitas Bakrie sekaligus Dosen Program Studi Teknik Sipil Universitas Bakrie yang juga telah memberikan pengetahuan-pengetahuan dalam bidang ilmu teknik

Seumpama saya saat ini telah mencapai suatu tahapan dalam spiritual maka saya tidak akan bersikap fanatik, karena pengetahuan saya saat ini suatu saat akan bisa saya revisi

Perbedaan penelitian ini dengan yang akan peneliti lakukan adalah fokus penelitian yang akan dilakukan yaitu berupa pengelolaan/ manajemen boarding school khusus dalam