• Tidak ada hasil yang ditemukan

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2019

Membagikan "DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN"

Copied!
37
0
0

Teks penuh

(1)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

(2)
(3)

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

(MASALAH PEMBELAJARAN)

PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAHUN EMPAT

(4)

Cetakan Pertama 2013

© Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam

apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum

(5)

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita

untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan

seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup

demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi

kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama

secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal

terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan

berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif

yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan

seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita

tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

(6)

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

berterusan ke arah lebih memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara

Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan

(7)

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

PENDAHULUAN 1

MATLAMAT 1

OBJEKTIF 1

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 3

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 3

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4

FOKUS MATA PELAJARAN 6

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 6

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 7

PENTAKSIRAN 7

PERLAKSANAAN PdP DAN PENAKSIRAN SEKOLAH 10

(8)
(9)

1

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid, ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “ guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai

tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.

KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga

menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran membolehkan murid:

i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna

(10)

2 iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah

kehidupan berkerjaya

iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna

v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk

vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam

vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah

ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya

x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:

i. Komunikasi

ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai iii. Kemanusiaan

iv. Sains dan Teknologi

v. Perkembangan Fizikal dan Estetika vi. Keterampilan Diri

(11)

3

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

5.1 Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

5.2 Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard Kandungan.

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,

berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir.

Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif Tinggi (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

(12)

4

Mengaplikasi  Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara

Menganalisis  Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan

Menilai  Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi

Mencipta  menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif

Jadual 1: Penerangan KBAT

Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulum mata pelajaran.

KBAT boleh diaplikasikan di dalam bililik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan

murid berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran mereka.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar, Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR dikekalkan dan ditambah dengan memperkenalkan elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Kreativiti dan Inovasi

Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Elemen kreativiti dan inovasi merupakan salah satu elemen yang

d

iberi penekanan dalam KSSR untuk menyediakan murid dalam menangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi murid perlu dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum supaya mereka berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan

(13)

5 seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan warganegara Malaysia pada masa hadapan. Bagi mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Suaian) yang berkaitan dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun guru juga digalakkan menerapkan elemen kreativiti dan inovasi di mana-mana topik yang difikirkan sesuai jika elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru haruslah menyediakan aktiviti yang meningkatkan minat dan kreativiti. Murid pula perlu dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan alat yang membolehkan mereka membangunkan kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif.

Keusahawanan

Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020 adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:

 Mengamalkan sikap keusahawanan;

 Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;

 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengurusan perniagaan;

 Memformulasikan konsep, proses atau produk keusahawanan; dan

 Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam keusahawanan.

Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah rendah.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet, perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web. Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK iaitu:

 Belajar mengenai TMK

 Belajar melalui TMK

(14)

6

FOKUS MATA PELAJARAN

6.1 Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Matlamat

Pendidikan Seni Visual memberi fokus kepada usaha mencungkil dan mengembangkan bakat juga potensi murid supaya dapat mengamalkan kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan murid-murid yang berkeyakinan, berkemahiran, berketerampilan serta bersikap positif dalam kehidupan.

Aspek yang diberi penekanan adalah perkembangan motor halus dan motor kasar. Kemahiran menggambar, mencorak, membentuk dan membina serta penghargaan kepada hasil kraf tradisional boleh dimasukkan ke.dalam perkembangan motor halus dan motor kasar Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti bagi memenuhi kehendak tajuk berdasarkan kebolehan, kreativiti dan inovasi.

Objektif

i. Pendidikan Seni Visual membolehkan murid

ii. menunjukkan kemahiran kognitif, psikomotor dan sosial iii. mengembangkan bakat, kreativiti dan inovasi.

iv. menghayati keindahan alam dan warisan budaya v. menghasilkan karya seni yang kreatif

vi. menimba ilmu sebagai persediaan ke arah kerjaya masa depan

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pendidikan Seni Visual boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih seronok serta membentukdan guru dan murid menjadi lebih kreatif dan inovatif. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah:

 Pembelajaran kendiri

 Kolaboratif

 Pembelajaran berasaskan projek

 Inkuiri-penemuan

 Penyelesaian masalah

 Pembelajaran masteri

 Konstruktivisme

(15)

7

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Definisi Rancangan Pendidikan Individu:

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid.

(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas, 2000)

RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid pendidikan khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid, dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut, perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa, dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain.

RPI memperincikan antara lain:

i. Tahap prestasi sedia ada murid

ii. Perancangan akademik dan bukan akademik

iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur

v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid

vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan

viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran mereka.

PENTAKSIRAN SEKOLAH

(16)

8 penskoran, perekodan hingga pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi, dan hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri berikut:

 Holistik iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan pengamalan nilai murni;

 Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan PdP;

 Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan

 Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.

PS boleh dilaksanakan secara:

 Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.

 Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.

Pentaksiran Rujukan Standard

(17)

9 Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan.

Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap TP. Jadual 2 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran TMK (Suaian)

Tafsiran Umum TAHAP

PENGUASAAN MAKSUD TAFSIRAN UMUM

1 Tahu Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan

kemahiran asas atau

memberi respons terhadap

perkara yang asas.

2 Tahu dan Faham

Murid menunjukkan

kefahaman untuk menukar

bentuk komunikasi atau

menterjemah serta

menjelaskan apa yang telah

dipelajari.

TAHAP

PENGUASAAN MAKSUD TAFSIRAN UMUM

3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

Murid menggunakan

pengetahuan untuk

melaksanakan sesuatu

kemahiran pada suatu

situasi.

sesuatu kemahiran dengan

beradab, iaitu mengikut

prosedur atau secara

sistematik.

sesuatu kemahiran pada

situasi baharu, dengan

mengikut prosedur atau

secara sistematik, serta

tekal, dan bersikap positif.

untuk digunakan pada

(18)

10

TAHAP

PENGUASAAN MAKSUD TAFSIRAN UMUM

sistematik, bersikap positif,

kreatif dan inovatif, serta

boleh dicontohi.

Jadual 1: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

1 Mengenal dan mengetahui bahasa seni visual, media serta proses dan teknik pada karya. 2 Menyatakan dan memahami bahasa seni visual,

media serta proses dan teknik pada karya. 3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman

bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.

4 Menzahirkan idea, pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 5 Menzahirkan idea, pengetahuan, kefahaman

dan kemahiran bahasa seni visual, proses dan teknik serta menggunakan media yang betul

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

dalam penghasilan karya yang kreatif.

6 Menzahirkan idea kreatif berpandukan kemahiran bahasa seni visual, media ,proses dan teknik yang betul dalam penghasilan karya serta berhujah terhadap hasil karya sendiri dan rakan secara lisan dengan menghubungkaitkan sejarah seni, tokoh seni dan warisan seni negara.

Jadual 2: Tafsiran Tahap Penguasaan bagi mata pelajaran TMK(Suaian)

PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

(19)

11 muridnya untuk mencapai tahap keupayaan yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.

Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.

Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan adalah:

Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid, bukan hasil akhir yang diperoleh.

Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.

Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.

Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni.

Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan folio.

(20)

12

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.1 Melakar secara spontan untuk menghasilkan imej.

1.1.1 Menghasilkan lakaran dengan teknik

gosokan.

i. pensel ii. pensel warna

1 Mengecam pensel dan pensel warna untuk membuat gosokan.

2 Memilih dua bahan yang boleh menghasilkan corak dengan teknik gosokan.

3 Menghasilkan gosokan bebas menggunakan : pensel

 pensel warna

4 Menghasilkan lakaran corak dengan teknik gosokan menggunakan :

 pensel

 pensel warna

5 Menghasilkan imej bercorak dengan teknik gosokan menggunakan gabungan pensel dan pensel warna.

(21)

13

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

1.1 Melakar secara spontan untuk menghasilkan imej.

1.1.2 Menghasilkan lakaran teknik gurisan pada doh dengan menggunakan.

i. pensel ii. pembaris iii. ranting kayu

1 Mengecam doh, pensel, pembaris dan ranting kayu.

2 Menyatakan dua alatan dan kegunaannya dalam

Membuat lakaran pada sebarang permukaan menggunakan teknik gurisan. (contohnya : tanah liat, polisterin) dengan menggunakan :

 pensel

 pembaris

 ranting kayu

4

Menghasilkan lakaran imej secara spontan dengan teknik gurisan pada doh dengan menggunakan :

 pensel

 pembaris

(22)

14

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

5 Menggunakan gabungan dua alatan bagi menghasilkan imej dengan teknik gurisan pada doh.

(23)

15

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.2 Menghasilkan gambar. 1.2.1 Menghasilkan gambar dengan teknik kolaj menggunakan.

i. kertas warna ii. kertas surat khabar iii. kertas majalah

1 Mengecam bahan dan alatan bagi menghasilkan kolaj.

2 Menghasilkan lakaran gambar bebas menggunakan pensel.

3 Membentuk cebisan kertas dengan teknik : memotong

 mengoyak

 menggunting

4 Menghasilkan menggunakan : gambar dengan teknik kolaj

 kertas warna,

 kertas surat khabar

 kertas majalah

5 Menghasilkan menggunakan gabungan ketiga-tiga bahan. gambar dengan teknik kolaj

 kertas warna,

 kertas surat khabar

(24)

16

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

(25)

17

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.2 Menghasilkan gambar. 1.2.2 Menghasilkan gambar dengan menggunakan teknik montaj.

i. menggunting, menyusun dan menampal

1 Mengecam alatan dan media untuk menghasilkan gambar menggunakan teknik montaj.

2 Menyatakan kegunaan alatan dan media bagi menghasilkan gambar menggunakan teknik montaj.

3 Menghasilkan gambar dengan teknik montaj. i. menggunting, menyusun dan menampal

4 Menghasilkan gambar bertema menggunakan teknik montaj.

5 Menghasilkan gambar dengan teknik montaj mengikut tema dengan gabungan pelbagai media dan alatan.

(26)

18

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.3 Mewarna. 1.3.1 Mengenal warna asas. i. biru

ii. kuning iii. merah

1.3.2 Mewarna rupa organik dengan menggunakan warna asas.

1.3.3 Mewarna rupa geometri dengan menggunakan warna asas.

1 Mengecam warna asas: biru, kuning dan merah mengikut rupa organik dan rupa geometri.

2 Melakar rupa organik dan rupa geometri

3 Mewarna rupa organik atau rupa geometri menggunakan warna asas.

4 Menghasilkan gambar rupa organik dan rupa geometri menggunakan warna asas.

5 Menghasilkan corak menggunakan rupa organik dan rupa geometri menggunakan warna asas dengan pelbagai teknik.

(27)

19

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

1.4 Meneroka unsur seni. 1.4.1 Mengenal jenis-jenis garisan.

i. garisan titik-titik ii. garisan putus-putus iii. garisan berlingkar iv. garisan beralun v. garisan berbulu vi. garisan zig-zag

1.4.2 Menghasilkan gambar

Menghasilkan lakaran bebas menggunakan i. garisan titik-titik

ii. garisan putus-putus iii. garisan berlingkar iv. garisan beralun v. garisan berbulu vi. garisan zig-zag

3 Menghasilkan gambar menggunakan gabungan tiga jenis garisan.

4 Menghasilkan gambar tunggal menggunakan jenis-jenis garisan

(28)

20

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

(29)

21

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

1. 4 Meneroka unsur seni. 1.4.3 Mengenal jenis-jenis jalinan.

i. jalinan tampak ii. jalinan sentuh

1.4.4 Mengenal sifat-sifat

Mengecam jenis-jenis jalinan tampak dan jalinan sentuh

2

Menyatakan sifat-sifat jalinan tampak dan jalinan sentuh :

 kasar

 berbulu

 berduri

3 Menghasilkan sifat-sifat jalinan tampak menggunakan media kering

4 Menghasilkan sifat-sifat jalinan sentuh dengan menggunakan unsur dua dimensi dan tiga dimensi.

5 Menghasilkan jalinan sentuh dan jalinan tampak menggunakan pelbagai teknik dan media.

(30)

22

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

2.1 Mereka corak secara tidak terancang.

2.1.1 Menghasilkan corak dengan teknik capan menggunakan. i. buah-buahan ii. sayur-sayuran iii. keratan batang iv. dedaun

v. bahan kitar semula

1 Mengecam bahan yang sesuai dengan teknik capan.

2 Menghasilkan capan bebas.

3 Menghasilkan capan corak buah-buahan, sayur-sayuran, keratan batang dan dedaun.

4 Menghasilkan corak capan menggunakan pelbagai bahan kitar semula.

5 Menghasilkan corak capan menggunakan gabungan semua bahan.

(31)

23

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

2.2 Mereka corak secara terancang.

2.2.1 Mengenal rupa positif.

2.2.2 Mengenal rupa negatif.

2.2.3 Menghasilkan rupa positif.

2.2.4 Menghasilkan rupa negatif.

1 Mengecam rupa positif dan rupa negatif.

2 Menghasilkan lakaran rupa

3 Mewarna rupa positif dengan warna cerah dan warna gelap.

4 Mereka corak ulangan menggunakan rupa positif dan rupa negatif.

5 Menghasilkan corak cerminan rupa positif dan rupa negatif menggunakan teknik capan.

(32)

24

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

2.3 Membuat projek. 2.3.1 Menghasilkan corak menggunakan teknik i. stensilan ii. kolaj

1 Mengecam alatan dan bahan bagi menghasilkan projek.

2 Menyatakan kegunaan alatan dan bahan bagi menghasilkan projek:

3 Menghasilkan projek menggunakan corak stensilan.

4 Menghasilkan projek gabungan corak stensilan dan kolaj.

5 Menghasilkan pelbagai corak dengan menggunakan teknik :

 stensilan

 kolaj

(33)

25

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

3.1 Membuat binaan mudah 3.1.1 Menghasilkan origami i. bentuk kenderaan ii. bentuk bunga iii. bentuk haiwan

1

Mengecam origami:

 bentuk kenderaan

 bentuk bunga

 bentuk haiwan

2 Menyatakan alatan dan bahan untuk menghasilkan origami.

3

Menghasilkan origami mudah secara bebas.

4

Menghasilkan origami:

 bentuk kenderaan

 bentuk bunga

 bentuk haiwan

5

Menghias origami dengan pelbagai bahan dan alat.

(34)

26

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

3.1 Membuat binaan mudah. 3.1.2 Menghasilkan mobail. 1 Mengecam mobail.

2 Menyatakan alatan dan bahan untuk menghasilkan mobail.

3 Menghasilkan mobail menggunakan hasil kerja sedia ada.

4 Menghasilkan mobail menggunakan bahan kitar semula:

5 Menghias mobail secara kreatif menggunakan pelbagai bahan.

(35)

27

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

3.2 Membuat projek. 3.2.1 Menghasilkan model robot dengan teknik asemblaj.

1 Mengecam model robot.

2 Menyatakan empat bahan yang digunakan untuk menghasilkan model robot dengan teknik asemblaj.

3 Menghasilkan model robot dengan teknik asemblaj.

4 Menghias dan mempamerkan model robot.

5

Menghasilkan model robot dengan teknik asemblaj menggunakan gabungan pelbagai teknik dan media secara kreatif.

(36)

28

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

4.1 Mengenal Kraf Tradisional.

4.1.1 Mengenal jenis wau.

i. layang-layang ii. wau bulan iii. wau kucing

4.1.2 Menghias wau dengan Motif.

i. flora ii. fauna

1

Mengecam jenis wau :

 layang-layang

 wau bulan

 wau kucing

2 Memilih motif flora dan motif fauna.

3 Menghias dan membuat kemasan akhir wau dengan :

 motif flora

 motif fauna

4 Menghias dan membuat kemasan akhir wau dengan gabungan motif flora dan motif fauna.

5 Menghasil dan menghias lain-lain jenis wau dengan pelbagai motif.

(37)

TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

ARAS 4-8 BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA

Gambar

gambar dengan
gambar menggunakan teknik montaj.
gambar atau

Referensi

Dokumen terkait

Story Waveform Model ini dapat menjadi acuan yang lebih mudah dalam menjelaskan suatu struktur cerita dan dalam membuat kerangka cerita atau plot, di mana plot tersebut dapat

Upaya yang dilakukan SPA untuk menyelesaikan permasalahan tersebut adalah bertindak dengan meminta pihak manajemen perusahaan guna melakukan pertemuan Tripartit dan

Administrasi keuangan merupakan suatu kegiatan dalam mengelola uang dan berhubungan dengan kegiatan pencatatan, pengurusan, penyelenggaraan, penyediaan dana, pembukuan

Pedoman wawancara disusun sebagai panduan dalam melakukan wawancara agar tidak ada informasi penting yang terlewat. Pedoman wawancara didesain sedemikian rupa

Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa Pengurus komite Madrasah sudah menjalankan perannya dengan baik, yaitu sebagai pemberi pertimbangan ( advisory agency ), pendukung

Pada sistem ini, webcam sebagai perantara untuk pengambilan citra telapak tangan dan dilakukan proses pengolahan citra, Arduino Uno berfungsi untuk memproses

Pedagang olahan daging domba di Jalur Kawasan Wisata Puncak Bogor Jawa Barat dalam memilih daging domba memiliki preferensi lebih menyukai daging dengan atribut secara

Dari analisis tersebut diharapkan kinerja simpang tak bersinyal di Jl Muchtar Basri - Jl Bukit Barisan I yang didasarkan pada ukuran-ukuran kinerja, kita bisa merencanakan