• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cabaran dan Isu Semasa Dunia Isu Pemak

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Cabaran dan Isu Semasa Dunia Isu Pemak"

Copied!
32
0
0

Teks penuh

(1)

______________________________________________________________________

GCI 1022

CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA

___________________________________________

NAMA

: MOHD AL-QAHHAR BIN MUHMAD NOR

NO.K/P

: 990309-04-6089

OPSYEN

: PPISMP BAHASA MELAYU SK (2)

PENSYARAH : PUAN JAUYAH HJ. AMIT

KAMPUS KENT,

TUARAN, SABAH

KERJA KURSUS

(2)

2 | C a b a r a n d a n I s u S e m a s a D u n i a

ALAMAT : NO 21 JALAN 8 TAMAN BERTAM JAYA CHENG

76450 MELAKA

PROGRAM : PPISMP AMBILAN JUN 2017

PENGKHUSUSAN : BM SK 2

SEMESTER : 1

NO. TELEFON : 019-6847579

(3)

3 | C a b a r a n d a n I s u S e m a s a D u n i a

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………

Nama Penulis : MOHD AL-QAHHAR BIN MUHMAD NOR

(4)

4 | C a b a r a n d a n I s u S e m a s a D u n i a

Penghargaan

Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izinnya saya dapat melaksanakan kerja kursus yang diberi olah Puan Jauyah Hj. Amit dengan lebih teratur. Kerja kursus ini yang bertajuk CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA dapat saya siapkan dalam tempoh yang diberikan. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran kerana memberi peluang kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan lebih sistematik dengan menyediakan kemudahan yang mencukupi kepada saya seperti talian Internet bagi mencari dan mengkaji maklumat dengan lebih mendalam. Tidak kurang juga peranan pihak perpustakaan yang bertungkus lumus menyediakan prasarana yang mencukupi untuk warga Kent seperti penyediaan pencarian buku di perpustakaan dengan menggunakan khidmat atas talian seperti WebOpac. Terdapat banyak sangat bahan rujukan yang boleh saya rujuk sebagai kajian saya melalui penggunaan Komputer dan juga perpustakaan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kursus saya iaitu Puan Jauyah Hj. Amit kerana telah mengajar saya cara untuk menyiapkan kerja kursus sepanjang proses pelaksanaan kerja kursus ini tanpa rasa jemu. Tanpa sebarang tunjuk ajar dari pensyarah sudah pasti segala tugasan yang diberikan pasti tidak dapat diselesaikan dengan baik. Tambahan pula pasti saya tidak dapat menghantar tugasan yang diberi pada masa yang ditetapkan.

Tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa yang saya sayangi, mereka telah banyak membantu saya dari dahulu lagi terutamanya dari segi kewangan bagi menyiapkan tugasan-tugasan yang diberi. Dengan bantuan daripada ibu bapa saya seperti dorongan dan sokongan moral serta memberi bantuan kewangan kepada saya, saya dapat menjayakan kerja kursus ini dengan sempurna dan tepat pada masanya.

(5)

5 | C a b a r a n d a n I s u S e m a s a D u n i a

7 TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK

1.0) TAJUK : ISU PEMAKANAN DAN KESIHATAN 1.1) PENYAKIT HIV

1.2) OBESITI

1.3) ISU YANG BERKAITAN DENGAN PEMAKANAN DAN KESIHATAN 2.0) PENYELESAIAN ISU PEMAKANAN DAN KESIHATAN

9-11

TUGASAN 2: PEMBENTANGAN KUMPULAN 21-29

9 BIBLIOGRAFI 30

(6)

6 | C a b a r a n d a n I s u S e m a s a D u n i a

Objektif projek

1. Membincangkan isu-isu politik dunia semasa dengan merujuk kepada

perkembangan-perkembangan di Eropah dan Timur Tengah serta implikasinya terhadap sistem pendidikan di Malaysia melalui pembentangan secara

berkumpulan.

2. Membincangkan isu-isu ekonomi dunia semasa yang memberi kesan terhadap pendapatan negara dan perbelanjaan pendidikan di Malaysia melalui

pembentangan secara berkumpulan.

(7)

7 | C a b a r a n d a n I s u S e m a s a D u n i a

Pengenalan

Kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap individu mahupun masyarakat. Kesihatan boleh didefinisikan sebagai keadaan tubuh badan yang tidak mempunyai sebarang masalah seperti penyakit kencing manis, darah tinggi dan juga mudah diserang penyakit berjangkit lain. Terdapat pelbagai langkah yang perlu diamalkan oleh seseorang untuk memiliki tahap kesihatan yang lebih baik.

Masyarakat Malaysia sedia maklum bahawa gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan dalam kehidupan. Rakyat yang sihat sudah tentu dapat memberikan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan juga negara. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mentakrifkan perkataan kesihatan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas, cerdas serta bebas daripada sebarang penyakit berdasarkan keadaan sosial dan masyarakat. Takrifan ini menegaskan bahawa kesihatan berpunca daripada faktor fizikal, mental dan sosial yang sihat serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan diri sendiri.

Tabiat pengambilan makanan sememangnya penting terhadap tubuh manusia, terutama apabila ia bakal memberi kesan kepada kesihatan. Justeru, sangat diutamakan kepada individu mengetahui jenis makanan diambil sesuai dengan keperluan badan, terutama bagi yang gemar mengambil makanan seperti sayuran, bijirin dan buah-buahan berikutan lebih mengemari makanan tinggi dengan gula, garam dan berminyak. Disebabkan corak pemakanan sedemikian, seakan-akan lumrah pada masa kini apabila timbul pelbagai masalah kesihatan yang selalunya berpunca daripada pengambilan gula secara berlebihan dan tinggi dengan lemak dan kolestrol sehingga menyebabkan seseorang itu mudah diserang diabetes, darah tinggi serta lemah jantung.

(8)

8 | C a b a r a n d a n I s u S e m a s a D u n i a

tidak makan akan kelaparan, seterusnya boleh menyebabkan kematian. Sekiranya individu memperoleh keperluan primer ini, kesempurnaan hidup akan terjamin. Keseimbangan keperluan ini penting bagi mewujudkan keselesaan hidup dalam komuniti yang dinamik.

(9)

9 | C a b a r a n d a n I s u S e m a s a D u n i a

TUGASAN 1 :

(10)

10 | C a b a r a n d a n I s u S e m a s a D u n i a

1.0) TAJUK – ISU PEMAKANAN DAN KESIHATAN

Bagi mengetahui tahap kualiti kesihatan manusia di dunia, perkara yang paling utama yang perlu diketahui sebelum itu iaitu tahap sesebuah negara itu. Secara generalisasinya, negara-negara yang wujud di dunia boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori yang paling besar seperti :

Terdapat tiga perkara perlu disentuh untuk membincangkan tahap kesihatan penduduk di sesuatu kawasan. Antaranya iaitu jenis-jenis penyakit, simptom penyakit, kerosakan yang dibawa bersama, jangkaan hayat dan juga kadar kematian di sesuatu kawasan. Kebiasaannya, jangkitan virus, bakteria dan parasit yang membawa penyakit-penyakit berbahaya seperti HIV, tuberkulosis dan cirit-birit berlaku di negara-negara yang mundur yang mempunyai masalah malnutrisi dan kemiskinan yang melampau serta kadar penyakit penduduknya tinggi. Rajah di bawah menunjukkan contoh wabak yang berleluasa di dunia kini :

(11)

11 | C a b a r a n d a n I s u S e m a s a D u n i a

Selain daripada itu, terdapat juga penyakit-penyakit yang biasa didengari seperti malaria dan cacar berlaku pada kadar yang tinggi. Wujud juga ancaman-ancaman penyakit yang berbahaya yang telah merebak dalam rangkaian yang besar seperti penyakit kardiovaskular misalnya sakit jantung dan juga penyakit kanser. Hal ini berlaku kerana kebanyakan penduduk di kawasan-kawasan tersebut mempunyai pendapatan yang rendah sehingga mengakibatkan penduduk di kawasan tersebut tidak mampu merawat penyakit sendiri. Kesannya iaitu kurang peruntukan dapat disalurkan kepada perkhidmatan kesihatan sehingga menyebabkan kadar penyakit meningkat dari hari ke hari.

Indikator bagi tahap kesihatan penduduk yang kedua iaitu perkara yang berkaitan dengan jangkaan hayat. Umum mengetahui bahawa pada negara yang mempunyai pendapatan yang tinggi, sudah tentu jangkaan hayatnya lebih tinggi berbanding dengan negara yang kurang maju dan juga mundur. Pada tahun 2008, UNICEF (United Nations Children’s Fund) menyatakan bahawa terdapat sebuah negara yang mempunyai jangka hayat yang paling tinggi iaitu negara Jepun. Hal ini kerana negara Jepun mempunyai jangka hayat selama 83 tahun berbanding dengan negara-negara lain. UNICEF juga menyatakan bahawa terdapat sebuah negara yang mempunyai jangka hayat yang paling rendah di dunia iaitu selama 40 tahun. Negara ters ebut merupakan negara Swaziland. Hal ini demikian kerana pendapatan negara tersebut didapati mempunyai kadar pendapatan yang sangat rendah berbanding negara-negara yang lain. Kebanyakan negara yang mempunyai jangka hayat di bawah 50 tahun berasal daripada negara-negara di Afrika. Sebanyak 18 buah negara yang mempunyai jangka hayat yang pendek.

(12)

12 | C a b a r a n d a n I s u S e m a s a D u n i a

bahawa wujudnya jurang yang sangat besar antara kualiti kesihatan di antara negara maju dan negara yang kurang maju. Tambahan lagi, tahap kebersihan yang rendah dan juga kualiti air yang tidak memuaskan juga merupakan antara penyebab kadar kematian meningkat.

Kebiasaannya, kemajuan kesihatan sesebuah negara dapat diukur melalui kadar kematian semasa melahirkan anak. Amalan menggugurkan anak secara tidak selamat, semasa kelahiran dan juga kehamilan merupakan satu daripada punca kematian yang berlaku dimana-mana negara. Jangka masa kehamilan dan kelahiran anak tidak dianggap sesuatu yang mengancam nyawa seseorang bagi para ibu di negara-negara maju. Tetapi, bagi negara-negara yang sedang membangun, kematian akibat kehamilan dan semasa kelahiran merupakan punca utama kematian khususnya bagi mereka yang berumur 15 tahun hingga 49 tahun. Rajah 1.1 menunjukkan ringkasan indikator bagi mengukur kemajuan kesihatan sesebuah negara.

1.1) Penyakit HIV (human immunodeficiency virus)

(13)

13 | C a b a r a n d a n I s u S e m a s a D u n i a

Disebabkan wujudnya penyakit AIDS ini, diketahui bahawa lebih daripada 25 juta orang telah mati di serata dunia. Bukan itu sahaja, kajian mendapati bahawa lebih daripada 33 juta orang pula hidup dengan kehadiran HIV dengan sengsaranya. Tanpa disedari oleh mana-mana pihak, penyakit yang berbahaya dan kronik seperti HIV ini sungguh mudah untuk berjangkit secara senyap. Hal ini kerana cara penyakit ini berjangkit boleh dikatakan mudah dan tidak kompleks terutamanya manusia yang sering melakukan hubungan sosial yang bebas seperti perkongsian jarum suntikan yang mengandungi penyakit HIV, hubungan seks yang tidak selamat, pemindahan melalui kelahiran daripada ibu bapa kepada anak, hubungan seks sesama jenis dan juga pemindahan darah yang tidak selamat. Rajah di bawah menunjukkan contoh kesan HIV terhadap pesakit:

Sumber : http://www.slideshare.net

(14)

14 | C a b a r a n d a n I s u S e m a s a D u n i a

Penghidap HIV masih lagi meningkat di negara-negara Afrika bahagian Selatan walaupun ada beberapa kawasan wilayah negara yang jumlahnya masih lagi stabil jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain.

Didapati bahawa satu daripada 20 orang dewasa dijangkiti HIV di wilayah Sub-Sahara Afrika. Selain daripada kawasan Sub-Sahara ini, kawasan-kawasan lain di dunia seperti India, China, wilayah Mediterranean, Eropah Barat dan Amerika Latin juga mempunyai masalah seperti jangkitan HIV atau AIDS ini. Jika dilihat melalui perspektif ekonomi dunia, penyakit HIV ini menjadi satu daripada beban utama bagi negara-negara mundur yang mempunyai sumber kewangan yang tidak mencukupi. Jika mengikut anggaran, boleh dikatansebanyak 15 juta kanak-kanak telah pun kehilangan ibu bapa merekaakibat penyakit HIV yang membunuh kedua ibu bapa mereka sendiri. Hal ini menyebabkan kanak-kanak yang terbiar ini terdorong untuk melakukan perkara negatif yang lain seperti masalah sosial.

1.2) Obesiti

(15)

15 | C a b a r a n d a n I s u S e m a s a D u n i a

membangun mahupun maju. Masalah obesiti ini berlaku di negara-negara maju terutamanya kawasan-kawasan bandar yang besar. Penyakit obesiti ini membawa seiring penyakit-penyakit lain yang sangat berbahaya seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan juga kencing manis. New England Journal of Medicine 2005 mengeluarkan laporan berkenaan dengan obesiti iaitu secara puratanya, obesiti akan memendekkan hayat rakyat Amerika Syarikat antara dua hingga lima tahun untuk 50 tahun yang akan datang. Hal ini boleh dikaitkan dengan kepasifan negara-negara membangun dan maju dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang sihat seperti bersenam, berjogging, bersukan dan sebagainya. Lain pula keadaan di negara-negara yang mundur, masalah kekurangan zat dan kebuluran pula berlaku akibat kemisikinan yang melampau secara puratanya. Tetapi, apabila ditinjau melalui perspektif di Amerika Syaikat, penduduk-penduduk yang berstatus miskin akan mengalami masalah obesiti yang sangat teruk kerana makanan-makanan yang berkalori tinggi lebih murah berbanding dengan makanan-makanan sihat yang lain seperti sayur-sayuran dan juga buah-buahan. Rajah di bawah menunjukkan contoh kesan obesiti terhadap pesakit :

(16)

16 | C a b a r a n d a n I s u S e m a s a D u n i a

1.3) Isu yang berkaitan dengan pemakanan dan kesihatan dunia

Nilai-nilai murni sebenarnya sangat penting untuk dipraktikkan dimana-mana negara. Hal ini demikian kerana nilai keprihatinan manusia itu sangat penting diterapkan dalam diri setiap rakyat apabila berkata tentang isu pemakanan dan kesihatan dunia. Setiap individu perlu prihatin terhadap diri sendiri sekiranya hendak mempunyai tubuh badan yang sihat serta pemakanan yang terjaga. Terdapat satu daripada negara Afrika iaitu Rwanda menunjukkan bahawa betapa pentingnya sikap keprihatinan terhadap kesihatan. Hal ini kerana penyakit HIV atau AIDS sangat mudah untuk merebak kerana banyak pihak tidak mempunyai sikap keprihatinan yang tinggi terhadap kes ini. Dengan keadaanmobiliti antara daerah dan negara berlaku pada kadar yang cepat, wabak yang kronik sperti ini mudah untuk merebak dengan kadar yang segera dan cepat. Kebiasaannya jalan penyelesaian yang dibuat oleh negara-negara maju tidak bersifat menyeluruh kerana mereka hanya mahukan jalan penyelesaian yang cepat sahaja tetapi bukan untuk setiap rakyat.

Sejenis sindrom yang bernama AIDS telah banyak membunuh nyawa manusia di seluruh negara. AIDS merupakan Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit.Sindrom ini berlaku akibat kemasukan virus HIV (Human Immunodefiency Virus) ke dalam melalui bendalir-bendalir yang kotor melalui seks bebas dan sebagainya. Jika seseorang individu dijangkiti penyakit ini, individu itu akan mudah untuk dijangkiti penyakit-penyakit lain seperti kanser dan penumonia. Dianggarkan lebih 40 juta orang telah menjadi pesakit AIDS dan ia mengakibatkan 3 hingga 5 juta orang terkorban setiap tahun akibat wabak AIDS ini.

(17)

17 | C a b a r a n d a n I s u S e m a s a D u n i a

mengakibatkan penyakit radang paru-paru. Penyakit ini boleh merebak dalam kadar yang sangat cepat kerana ia merebak melalui titisan cecair daripada mulut dan hidung. Tambahan lagi, obejk-objek yang dipegang oleh pesakit SARS ini akan menyebabkan ia merebak dan menjangkiti orang lain yang menyentuh objek-objek tersebut. Negara-negara yang terlibat dengan jangkitan SARS ini iaitu China, Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Kanada, Singapura, Amerika Syarikat dan juga United Kingdom.Rajah di bawah menunjukkan kesan-kesan radang paru-paru :

Sumber : http://www.myhealth.gov.my

(18)

18 | C a b a r a n d a n I s u S e m a s a D u n i a

pemakanan. Populasi dunia dianggarkan berjumlah2 billion orang bagi kiraan selepas sahaja Perang Dunia Kedua.

2.0) Penyelesaian isu pemakanan dan kesihatan dunia

Langkah utama bagi mengatasi masalah isu makanan iaitu penduduk dunia mestilah distabilkan bagi mengatasi masalah makanan yang tidak mencukupi. Hasil-hasil pertanian hendaklah ditingkatkan kerana jumlah pertambahan penduduk semakin meningkat dari hari ke hari. Hal ini kerana permintaan makanan khususnya yang berkaitan dengan pertanian semakin meningkat akibat pertambahan pendudukyang mendadak.

Selain itu kemiskinan juga mestilah diatasi dengan segera bagi mengurangkan masalah pemakanan dan kesihatan ini. Selain itu, produktiviti air juga hendaklah ditingkatkan supaya air yang digunakan oleh penduduk terjaga daripada sebarang jenis kuman mahupun bakteria berbahaya. Perkara ini boleh dilakukan dengan memperkenalkan sistem pengairan pertanian yang lebih cekap dan berkualiti. Tanaman-tanaman yang kurang menggunakan air seperti gandum juga perlu diperluaskan lagi penggunaannya berbanding dengan tanaman yang menggunakanair secara intensif seperti padi. Kitar semula air perlulah digiatkan agar pengunaan air dapat dijimatkan sepenuhnya. Rajah menunjukkan contoh penanaman padi yang kurang menggunakan air :

(19)

19 | C a b a r a n d a n I s u S e m a s a D u n i a

Pihak-pihak yang berkaitan dengan pertanian hendaklah memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kesuburan tanah. Hakisan tanah perlulah diatasi dengan segera melalui beberapa teknik seperti memperkenalkan tanah-tanah pertanian yang berteres. Bagi mengelakkan hakisan tanah berlaku, pokok-pokok lindungan angin hendaklah ditanam di kawasan-kawasan pertanian. Rajah di bawah menunjukkan contoh tanah pertanian berteres :

Sumber : http://ladolcesuraya.blogspot.my

(20)

20 | C a b a r a n d a n I s u S e m a s a D u n i a

Melalui perspektif yang lain, bagi mengatasi masalah isu makanan iaitu mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke udara dengan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga. Di samping itu, penduduk dunia hendaklah menambahkan pelaburan dalam usaha penyelidikan yang bertujuan untuk memperkenalkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui . Kuatkuasa untuk melarang penebangan hutang perlulah diperkuat bagi memastikan masalah yang berkaitan tidak akan mempengaruhi kehidupan manusia terutama yang berkaitan dengan isu pemakanan. Rajah 3.1 menunjukkan cara penyelesaian isu pemakanan dan kesihatan dunia :

(21)

21 | C a b a r a n d a n I s u S e m a s a D u n i a

TUGASAN 2 :

(22)
(23)
(24)
(25)
(26)
(27)
(28)
(29)
(30)

30 | C a b a r a n d a n I s u S e m a s a D u n i a

Bibliografi

Buku-buku

Akhandi, Mukhlis. (2014). Isu Lingkungan Hidup. Yogyakarta: Graha Ilmu

Dr. Syed Ismail Syed Mustapha (2013). Cabaran dan Isu Semasa Dunia. Petaling Jaya : Sasbadi Holdings Berhad

Tuti Korina Arihadi. (2012). Mengatasi Obesiti dengan Tepat. Kuala Lumpur : Synergy Media

Internet

Billy Ash-Shiddiq. 2017. Bahaya Penyakit HIV Bagi Manusia Diluar Apek Kesehatan. Muat turun pada 15 September 2017

Daripada http://hiv.autoimuncare.com/bahaya-penyakit-hiv/

FPA. 2017. HIV. Muat turun pada 15 September 2017

Daripada http://www.fpa.org.uk/sexually-transmitted-infections-stis-help/hiv

Mohd Khuzairi Ismail. 2010. Isu Antarabangsa: Krisis Makanan Dunia. Muat turun pada 15 September 2017

Daripada https://farihinzul1974.blogspot.my/2010/10/isu-antarabangsa-krisis-makanan-dunia.html

(31)

31 | C a b a r a n d a n I s u S e m a s a D u n i a

LAMPIRAN

(32)

Referensi

Dokumen terkait

Di samping itu guru juga memberikan keteladanan kepada anak sehingga anak akan dapat menyerap melalui panca inderanya untuk kemudian memahami dan melakukan seperti yang

The amylolytic activity of extracts from 10 kinds of vegetables, Chinese white vegetable, tomato, cucumber, pumpkin, pea eggplant, carrot, cabbage, morning glory, Chinese broccoli,

 Kesulitan dalam menghadapi stress yang berkaitan dengan pekerjaannya  Kesulitan dalam mengatasi reaksi emosional orang lain di tempat kerja  Bermasalah saat harus

KEPALA KEPOLISIAN RESOR LOMBOK TENGAH KASAT LANTAS. I MADE HENDRA A,S.H.,S.I.K AKP

Pada desain bangunan atas parameter yang digunakan untuk perencanaan menggunakan jalan rel sesuai dengan fungsinya sebagai jalur perkeretaapian. Pemilihan suatu tipe

Hasil penelitian menunjukkan bahwa batik Tanjung Bumi merupakan souvenir wisata yang makin berkembang dengan adanya kemudahan akses menuju kesana karena pembangunan

• Membahas hal-hal yang dapat dipelajari dan dianalisa dari kepemimpinan dan situasi yang dihadapi oleh Sri Mulyani... Bagaimana gaya kepemimpinan yang

Berdasarkan nilai signifikansi yang ditunjukkan pada tabel hasil penghitungan SPSS 16 di atas diperoleh nilai 0.399 yang memiliki nilai lebih besar dari 0.05 sehingga